Selasa, 13 Januari 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


PR Wajar Timbang Mejar Zaidi Calon PRU 14

Posted: 13 Jan 2015 04:15 AM PST

shahbudindotcom



Dalam mengharungi hari-hari yang mencengkam kehidupannya sehinggalah keputusan diumumkan semalam, Mejar Zaidi Ahmad telah memperincikan kepada umum mengenai wataknya yang berani, jujur, ikhlas, amanah serta mempunya tawakal yang tinggi kepada Allah.

Dalam dunia yang semakin mencabar di mana kebendaan, wang ringgit dan pangkat sering menjadi kebanggaan, keperibadiaan seperti Mejar Zaidi adalah "intan terpilih" yang barangkali hanya ditemui "satu dalam sejuta".

Sebagai pegawai TUDM, beliau boleh saja memilih berdiam diri dan redha dengan isu "dakwat kekal yang tidak kekal", apatah lagi dengan rekod perkhidmatan selama 26 tahun, mustahil tidak mengetahui apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukannya sebagai anggota tentera.

Tetapi tindakannya membuat laporan polis dan bercakap mengenai dakwat kekal tentulah datang daripada nalurinya tinggi untuk melihat sistem dan perjalanan pilihanraya serta pentadbiran negara berjalan dengan baik dan adil. 

Keyakinannya juga tentulah bersandarkan bahawa hanya melalui sistem dan perjalanan pilihanraya yang adil saja dapat melahirkan sebuah kerajaan yang adil juga.

Mungkin dengan jawatan serta pangkat yang dimilikinya, Mejar Zaidi merasakan suaranya mengenai isu dakwat kekal lebih berupaya mendapat tindak balas yang sewajarnya daripada SPR dan kerajaan, berbanding jika hanya pengundi biasa yang membuat laporan polis.

Malangnya, sementara SPR kemudiannya mengakui dakwat yang digunakan dalam PRU 13 itu memang "ada masalah" serta benar-benar tidak kekal, Mejar Zaidi terpaksa pula berhadapan tindakan yang memusnahkan karier dan masa depannya.

Kes beliau ini tidak lebih umpama pencuri tidak ditangkap tetapi orang yang melaporkan siapa pencuri pula yang dihukum. SPR, pembekal dakwat dan lain-lain pihak tidak pula dikenakan apa-apa tindakan walaupun beratus laporan dan rungutan mengenainya didedahkan.

Beliau didapati bersalah hanya kerana bersikap berani dan inginkan kebenaran. Kalaulah Mejar Saidi bercakap mengenai wajar dan layaknya isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor menggunakan jet TUDM, sudah tentu hari ni beliau akan disanjung dan dinaikkan pangkat, walaupun perkara itu tidak berasaskan kebenaran dan kejujuran.

Dalam hal ini, kerajaan seharusnya berbangga mempunyai kakitangan sepertinya yang terbukti berani, jujur, ikhlas dan amanah. Setelah dijatuhkan hukuman dan dibuang daripada TUDM pula, sambil meletakkan mahkamah Allah untuk pertimbangan keadilan yang hakiki untuknya, jelas beliau juga seorang yang mempunyai keyakinan tinggi terhadap konsep redha dan tawakal.

Secara umumnya, memang ramai yang bersimpati dengan nasib Mejar Zaidi. Tetapi yakinlah dunia belum kiamat untuknya. Walaupun dunia ini selalu memberi kemenangan dan kejayaan kepada mereka yang tidak jujur, pembelit, penipu, penjahat, peminum arak, malah pembunuh sekali pun, tetapi janji Tuhan mengenai doa mereka yang teraniaya juga kerapkali ditunjukkan kepada kita sebagai pengajaran.

Namun, kita tidak tahu bila doa Mejar Zaidi ini akan dimakbulkan Tuhan. Jika benar beliau teraniaya dan hukuman tidak adil dikenakan keatasnya, menjadi kewajipan kita sebagai umat Islam untuk turut sama mengangkat tangan berdoa menuntut keadilan diberikan kepadanya serta pihak yang menganiayanya pula diberikan balasan.

Tetapi, sementara banyak pihak bangun bersuara ingin membela nasib dan kedudukan keluarga Mejar Zaidi yang kini hilang punca pendapatan, kerajaan negeri yang ditadbir PR iaitu di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan wajar segera tampil menunjukkkan diri sebagai kerajaan yang bertanggungjawab.

Buatlah sesuatu untuk beliau meneruskan kehidupannya bersama keluarga dan anak-anaknya. Berikanlah pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan dan pengalamannya. Yang lebih penting, hargailah keberanian dan kejujurannya.

Dalam PRU 14 akan datang pula, PR juga wajar memilih Mejar Zaidi ini sebagai salah seorang calonnya. Letakkanlah di mana-mana kawasan DUN atau Parlimen kerana sifat berani, jujur, ikhlas, amanah serta mempunyai keyakinan yang tinggi kepada Allah yang dimilikinya adalah aset paling tinggi untuk menjadi pemimpin di negara kita yang semakin "rosak" ini.

Beliau bukan saja boleh menjadi pemimpin yang baik kepada rakyat melalui sifat-sifat yang dimilikinya itu, malah meletakkan sebagai calon juga memberi lebih harapan kepada rakyat akan kewujudan sebuah kerajaan baru yang lebih diyakini.

Makmal dadah, inspektor polis ditahan

Posted: 13 Jan 2015 04:06 AM PST

MALAYSIAKINI


Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor antara dua lelaki ditahan di sebuah rumah di Jalan Long Jaafar, Taman Bersatu dekat Taiping di Ipoh yang dijadikan makmal mini memproses dadah disyaki jenis syabu, Ahad lepas.
  
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk A Paramasivam berkata pegawai polis berusia 40 tahun berkhidmat dalam Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Sungai Senam di Ipoh, dan seorang suspek utama berumur 34 tahun ditahan di rumah berkenaan pukul 9.30 malam.

Dalam serbuan itu polis merampas pelbagai peralatan memproses dadah antaranya satu paket plastik lutsinar di dalamnya terdapat paket-paket plastik lutsinar kosong, satu botol kaca berwarna coklat berisi cecair dilabel 'chloroform', satu botol kaca berisi cecair dilabel 'cuka buatan' air dan penimbang digital, katanya.
  
"Polis turut merampas dadah dipercayai methamphetamine seberat 720 gram dan precasel kafein seberat 25 kilogram. Nilai keseluruhan rampasan adalah RM343,625," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak hari ini.
  
"Turut disita sebuah kereta Perodua Viva bernilai RM25,000," katanya dengan menambah polis sedang mengenal pasti lokasi dadah berkenaan dijual.
  
Beliau berkata suspek utama disyaki menagih dadah jenis methamphetamine selama setahun dan terlibat dalam kegiatan memproses dadah sejak dua bulan lepas, selain mempunyai dua rekod jenayah lampau.

Mengenai anggota polis itu, Paramasivam berkata polis sedang menyiasat sama ada dia terlibat dalam kegiatan itu.
  
"Dasar PDRM, kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota terlibat dalam kegiatan jenayah termasuk yang terlibat dalam dadah," katanya.
  
Paramasivam berkata kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula semalam dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
  
Beliau berterima kasih kepada orang awam kerana sentiasa bekerjasama dengan polis dalam menyalurkan maklumat dan beliau berharap agar ia berterusan.- Bernama

'Hukuman berat untuk tentera cemerlang'

Posted: 13 Jan 2015 04:01 AM PST

MALAYSIAKINI



 
 
 
PAS mempertikaikan hukuman pemecatan kerja ke atas Mejar Zaidi Ahmad yang disifatkan begitu berat berbanding rekod cemerlang perkhidmatan 26 tahunnya bersama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

"Begitu berat sekali hukuman yang dikenakan kepada Mejar Zaidi yang begitu cemerlang berkhidmat dalam perkhidmatan TUDM sehingga dibuang kerja.

"Padahal beliau pernah dianugerahi beberapa pingat cemerlang atas perkhidmatannya," kata Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar (kanan).

Mahkamah tentera semalam menjatuhkan hukuman buang kerja terhadap Zaidi selepas didapati bersalah melanggar perintah Majlis Angkatan Tentera dengan memberi kenyataan media berhubung isu dakwat kekal dalam pilihan raya tanpa kebenaran.

Yang Dipertua Mahkamah Kolknel Saadon Hasnan semalam berkata, hukuman terhadap Zaidi itu telah mengambil kira rekod cemerlangnya yang tiada masalah disiplin selama berkhidmat.

Saadon juga berkata, rekod cemerlang dan bersih pesalah dan faktor kesalahan pertama diambil kira dalam mitigasi hukuman itu.

Hukuman yang lebih berat bagi kesalahan itu adalah penjara dua tahun atau dibuang kerja dengan keji.

Dalam kenyataannya hari ini, Mahfuz juga menggesa pihak berkuasa tentera menyemak kembali keputusan terhadap Zaidi.

Menurut Mahfuz lagi, tindakan itu tidak selaras dengan hak asasi manusia yang dijamin dalam Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Nizar dilepas tanpa dibebas tuduhan fitnah PM

Posted: 13 Jan 2015 03:58 AM PST

MALAYSIAKINI


Mahkamah Sesyen Ipoh melepas tanpa membebaskan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada pertuduhan memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hampir tiga tahun lepas.
   
Hakim Rihaida Rafie membuat keputusan itu selepas membenarkan bantahan awal pembelaan diketuai Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden yang membangkitkan isu siapa yang sepatutnya membuat aduan dalam kes berkenaan.
  
Dalam penghakimannya, Rihaida berkata mahkamah menerima hujah Timbalan Pendakwa Raya Mohd Masri Daud bahawa mengikut Seksyen 131 Kanun Tatacara Jenayah, aduan orang yang teraniaya boleh dibuat oleh pendakwa raya atau timbalan pendakwa raya.
  
Bagaimanapun, beliau memutuskan bahawa aduan yang dibuat dalam kes ini adalah cacat dan tidak boleh diterima kerana terdapat kekeliruan siapa yang sebenarnya membuat aduan, iaitu sama ada Timbalan Pendakwa Raya Datuk Hanafiah Zakaria atau Timbalan Pendakwa Raya Mohd Masri Daud.
  
Rihaida juga berkata berdasarkan saman yang dikeluarkan mahkamah terhadap Mohammad Nizar, borang aduan kes itu ditandatangani seorang pegawai polis iaitu ASP Zulkarnain Samsudin.
  
"Jadi mahkamah mendapati ada pelanggaran terhadap Seksyen 131 Kanun Tatacara Jenayah (yang memperuntukkan bahawa aduan perlu dibuat oleh pendakwa raya atau timbalan pendakwa raya).
  
"Oleh itu, mahkamah membenarkan bantahan awal pembelaan dan tiada pilihan selain melepas tanpa membebaskan OKS (orang kena saman)," katanya.
  
Semalam, Mohd Yusof berhujah dalam kes ini, memandangkan perdana menteri tidak membuat aduan, maka orang yang sepatutnya berbuat demikian ialah pendakwa raya atau peguam negara.
  
Beliau berkata jika mahkamah tidak menerima hujah itu dan memutuskan bahawa timbalan pendakwa raya juga boleh membuat aduan, maka mahkamah perlu menimbang fakta bahawa borang aduan dalam kes ini ditandatangani ASP Zulkarnain, iaitu pegawai penyiasat kes berkenaan.
  
Dalam hujahnya, Mohd Masri memaklumkan bahawa meskipun borang aduan dalam kes ini ditandatangani ASP Zulkarnain, Jabatan Peguam Negara menyertakan satu lampiran yang ditandatangani beliau.

Bagaimanapun, Mohd Yusof berkata nama Hanafiah turut ada dalam lampiran yang ditandatangani Mohd Masri, jadi isu yang timbul ialah siapa pengadu sebenar dalam kes ini.
  
Mohammad Nizar, 58, yang beralamat di Sungai Rokam di sini didakwa memfitnah Najib dalam ucapannya kepada orang ramai di Taman Desa Pakatan di Ipoh, antara pukul 9 malam dan 12 tengah malam, 23 April 2012.
  
Mohammad Nizar yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Perak didakwa mengetahui tohmahan seperti yang terkandung dalam transkrip ucapan dalam Lampiran A, yang disertakan bersama-sama kertas pertuduhan itu, akan merosakkan nama baik Najib.
  
Beliau didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau didenda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
  
Mohammad Nizar diwakili 13 peguam yang diketuai Mohd Yusof manakala pihak pendakwaan diwakili Mohd Masri, yang juga Ketua Unit Pendakwaan Negeri Perak, dan Timbalan Pendakwa Raya Fadhli Ab Wahab.- Bernama

'Azilah sudah sedia terima apa juga keputusan'

Posted: 13 Jan 2015 03:56 AM PST

MALAYSIAKINI


Anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Cif Inspektor Azilah Hadri sudah bersedia menerima apa jua keputusan mahkamah dan tidak akan lari daripada hukuman dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.
  
Perkara ini disampaikan oleh Azilah kepada bekas tunangnya Norazila Baharuddin, 37, semalam dan kesempatan itu turut diambilnya untuk memohon maaf kepada Norazila atas apa yang telah berlaku antara mereka.

"Azilah telah bersedia hadapi apa jua keputusan yang ditetapkan mahkamah. Dia akan terima sama ada baik atau buruk. Dia tak nak lari daripada hukuman," kata Norazila berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan yang menjatuhkan hukuman mati ke atas anggota UTK itu.
  
Norazila memberitahu Bernama bahawa ketika menghubungi beliau semalam, Azilah juga berterima kasih kepada peguam Datuk Hazman Ahmad yang mewakilinya dan yakin bahawa Hazman telah mengemukakan hujah terbaik.

Nurazila yang telah mendirikan rumahtangga dengan pilihan hatinya pada Mei lalu berkata kali terakhir beliau berjumpa dengan Azilah ialah ketika Mahkamah Rayuan membebaskan Azilah iaitu pada Ogos 2013.

Katanya walaupun hubungan antara mereka telah berakhir, namun sebagai sahabat beliau akan tetap melawat Azilah di penjara kelak.
  
Seorang lagi tertuduh, yang juga anggota UTK Koperal Sirul Azhar Umar tidak hadir ke mahkamah hari ini hingga mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.
  
Mahkamah Persekutuan hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atas Azilah dan Sirul Azhar selepas didapati bersalah membunuh Altantuya sembilan tahun lalu.
  
Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 yang membebaskan kedua-dua UTK itu selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan.
  
Mahkamah Persekutuan mendapati Mahkamah Rayuan terkhilaf dalam keputusannya.
  
Turut bersidang Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop.

Dalam penghakiman yang dibacakan Suriyadi, mahkamah berpuas hati bahawa kedua-dua responden gagal menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwaan.
  
Pada 9 April 2009, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati ke atas kedua-dua responden selepas mendapati mereka bersalah melakukan pembunuhan itu.
  
Kedua-dua responden didakwa membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara pukul 10 malam pada 19 Okt dan jam 1 pagi pada 20 Oktober 2006.- Bernama

PKR akan dedah perjanjian naikkan harga barang

Posted: 13 Jan 2015 03:20 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Selepas mengasak kerajaan berhubung penentuan harga petrol, PKR akan beralih pula kepada isu harga barang dan perkhidmatan.

Ini termasuk mendedahkan pelbagai perjanjian dan struktur kos yang menyebabkan kenaikan harga, tekanan kepada monopoli perniagaan selain mendesak kerajaan menggunakan kuasa untuk menurunkan harga barang.

Kempen bersepadu itu akan diketuai oleh Naib Presiden PKR Rafizi Ramli, Pengerusi Biro Kepenggunaan Manivanan Govindasamy
dan Pengerusi Biro Perdagangan dan Industri Wong Chen.

Perkara itu diumumkan mereka, yang juga anggota parlimen bagi kawasan Pandan, Kapar dan Kelana Jaya, dalam kenyataan bersama hari ini.

"PKR berpendapat bahawa tindakan kerajaan persekutuan sekarang adalah tidak memadai dan melepaskan tanggungjawab dengan menyalahkan peniaga-peniaga yang kononnya tidak mahu menurunkan harga barang," kata mereka.

Lebih teruk lagi, tambah mereka, menteri-menteri terbabit membiarkan sahaja penyebaran dakwaan bahawa harga barang tidak diturunkan kerana "ketamakan" peniaga Cina.

"PKR akan menentang sikap perkauman dan tidak bertanggungjawab Umno dan menteri-menteri dalam isu harga barang ini sedangkan kuasa dan cengkaman Umno/BN dalam kerajaan dan perniagaan sebenarnya boleh digunakan untuk menurunkan harga barang," kata mereka.

Kenyataan itu juga menyebut, tugas-tugas mereka seperti berikut:

Rafizi: Isu-isu dasar dan kuasa kerajaan persekutuan yang boleh digunakan untuk menurunkan harga barang.

Manivanan: Kempen menyemak harga dan memberi tekanan kepada kerajaan persekutuan dan peniaga dalam sektor barangan runcit seperti makanan dan restoran.

Wong Chen: Kempen menyemak tarif telekomunikasi (talian telefon dan Internet) dan Astro agar bayaran yang dikenakan berpatutan dengan mutu perkhidmatan.

Ratapan ayah: Kenapa anak saya dibunuh?

Posted: 13 Jan 2015 03:19 AM PST

MALAYSIAKINI



 
 
 
"Kenapa anak saya dibunuh?"

Inilah apa yang masih cuba difahami oleh Setev Shaariibuu selepas Mahkamah Persekutuan hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atas dua anggota polis kerana membunuh anak perempuannya, Altantuya.

Bagaimanapun, Setev berkata isteri dan dua anak lelaki Altantuya gembira mengetahui bahawa pesalah, Azilah Hadri dan Sirul Azhar, akan digantung bagi jenayah yang mereka lakukan.

Katanya, ini bermakna kes itu akhirnya telah selesai dan beliau boleh meneruskan samannya terhadap kerajaan  Malaysia, dan dua pegawai yang didakwanya bertanggungjawab atas kematian anak perempuannya itu.

Bercakap kepada Malaysiakini, ketika  dihubungi melalui peguamnya di Ulanbataar, Setev bagaimanapun, terus mempersoalkan motif di sebalik pembunuhan Altantuya yang diletupkan dengan bahan letupan di sebuah kawasan lapang hutan di Puncak Alam, Shah Alam, pada 19 Oktober 2006.

"Sehingga hari ini, saya tidak tahu kenapa dia dibunuh," katanya, merujuk kepada mahkamah yang tidak menjelaskan tentang motif pembunuhan itu.

Sementara itu, Setev juga menyuarakan kebimbangan bahawa tertuduh kedua Sirul hilang.

"Saya berharap polis dapat mencari segera, barulah keadilan ditegakkan untuk anak perempuan saya," katanya.

Setev juga percaya hubungan antara Malaysia dan Mongolia, yang didakwanya tegang ekoran perbicaraan kes pembunuhan Altantuya, akan bertambah baik dengan keputusan terbaru itu.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah.

Panel yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, menolak keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan Azilah dan Sirul dan mengekalkan hukuman mati.

Setev telah memfailkan saman sivil pada 4 Jun 2007, mendapatkan gantirugi RM100 juta daripada penganalisis politik Abdul Razak Baginda dan dua pegawai polis.

Abdul Razak, rakan rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, pada awalnya dituduh bersubahat dengan pembunuhan itu tetapi kemudiannya dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

Setev memfailkan saman itu bagi pihak isterinya, Altantsetseg Sanjaa, dan dua cucu mereka - Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga - yang ketika itu masing-masing berusia lapan dan 13 tahun.

PAS: Kerjasama PasMa-Guan Eng tak salah

Posted: 13 Jan 2015 03:13 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Tindakan Persatuan Ummah Sejahtera (PasMA) - yang digerakkan sekumpulan anggota PAS yang kritis - mahu bekerjasama dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak salah, kata Salahuddin Ayub.

Naib presiden PAS itu berkata usaha NGO itu masih lagi dalam ruang lingkup untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat.

"Saya tidak ada masalah jika mereka hendak bekerjasama dengan Lim Guan Eng.

"Bagi saya ia masih lagi dalam ruang lingkup (memperkukuhkan) Pakatan Rakyat" katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Katanya, PasMa hanya dikira bersalah jika melanggar dasar parti dan pelaksanaannya dalam pertemuan dengan Lim yang juga setiausaha agung DAP.

Salahuddin, yang mengetuai Jawatankuasa Pengurusan Krisis PAS diberi mandat oleh parti Islam itu untuk bertemu dengan kumpulan itu baru-baru ini.

Diketuai presidennya Datuk Phahrolrazi Zawawi, delegasi 15 anggota PasMa semalam mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Lim di Komtar, Pulau Pinang semalam.

Mereka antara lain dikatakan berbincang mengenai isu dan strategi kerjasama masa depan dengan Lim untuk pilihan raya umum akan datang.

Sumber mendakwa mereka menyatakan hasrat mahu membentuk parti politik baru untuk bekerjasama dalam Pakatan tetapi Phahrolrazi ketika dihubungi Malaysiakini menafikannya.

PasMa juga dilapor menerima bantuan banjir sebanyak RM1.5juta daripada Pulau Pinang untuk diserahkan kepada mangsa banjir Kelantan bagi membantu pemulihan negeri itu.

Najib mungkin struktur semula Bajet 2015

Posted: 13 Jan 2015 03:10 AM PST

SINAR HARIAN

Najib Tun Razak Najib Tun Razak
 
 
KUALA LUMPUR - Bajet 2015 mungkin distruktur semula, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
  
"Saya akan keluarkan kenyataan (mengenai perkara ini) minggu depan," katanya kepada pemberita selepas menerima bantuan banjir dari China di sini hari ini.
  
Najib telah ditanya sama ada kerajaan akan membuat peruntukan semula bajet tahun ini berikutan beberapa kejadian besar yang tidak dijangka seperti kejatuhan harga minyak global serta banjir yang melanda pantai Timur Semenanjung Malaysia.
  
Sebelum itu, Najib menerima bantuan berkenaan daripada Duta China ke Malaysia, Dr Huang Huikang.
  
Antara bantuan itu ialah 2,950 buah khemah, 220 set janakuasa, 400 pam air dengan kapasiti 1.1 kilowatt, 45 gulung hos air dan 60 set perawat air dengan kapasiti 500 liter sejam.
  
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Muhyiddin Yassin; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa turut hadir di majlis itu. - Bernama

Hujan lebat, peningkatan air sungai punca banjir

Posted: 13 Jan 2015 03:06 AM PST


banjir
 
 
SHAH ALAM – Aktiviti pembalakan yang berlaku di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang bukan punca utama yang mencetuskan banjir besar di negeri Kelantan.

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri berkata, selain banjir, masih terdapat banyak faktor lain yang boleh dikaitkan sebagai punca banjir di beberapa kawasan di Kelantan tahun lepas.

"Jika kita katakan banjir besar di Kelantan berpunca semata-mata akibat pembalakan, ia tidak berasas sama sekali kerana paras air tinggi yang dicatatkan di Sungai Galas, Sungai Lebir, Sungai Kelantan dan Sungai Golok datangnya dari beberapa anak sungai di lokasi jajaran pergunungan yang berbeza antaranya Gunung Stong, Taman Negara Kuala Koh, Gunung Tahan di Taman Negara Pahang dan jajaran pergunungan di daerah Waeng, Narathiwat.

"Keluasan Gua Musang, Kuala Kerai dan Jeli adalah mewakili 79.3 peratus daripada luas keseluruhan Kelantan dan 39 peratus daripada keluasan tanaman atau aktiviti pertanian di Kelantan datangnya dari tiga daerah itu sahaja.," jelasnya menerusi satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, pihak kerajaan harus mengambil kira faktor taburan hujan lebat yang lebat dan peningkatan paras air sungai di Kelantan yang didakwa sebagai punca sebenar tercetusnya bencana  alam tersebut.

"Hujan lebat berterusan yang turun selama tiga hari berturut-turut di Gua Musang telah mencatatkan taburan hujan tertinggi iaitu 1,295 mm yang bersamaan dengan taburan hujan bagi 64 hari," katanya.

Beliau berkata, secara umumnya, berlaku peningkatan taburan hujan melebihi 40 ​ peratus​ daripada purata jumlah taburan hujan jangka panjang.

"Berikutan taburan hujan yang tinggi, paras air di tiga sungai utama; Sungai Galas (Dabong), Sungai Lebir (Tualang) dan Sungai Kelantan yang mempertemukan Sungai Galas dan Sungai Lebir di Kuala Krai mengalami peningkatan 8 hingga 9 meter melebihi paras maksima sehingga mengakibatkan banjir di kawasan sepanjang Sungai Kelantan meliputi Kuala Krai, Tanah Merah, Machang, Pasir Mas dan Kota Bharu.

"Air dari Sungai Galas juga melalui Jeli dan Gua Musang, manakala Sungai Lebir melalui Manek Urai.Sg. Golok di sempadan Malaysia-Thailand juga mengalami limpahan sehingga mengakibatkan banjir di 13 daerah di Narathiwat dan Rantau Panjang," katanya.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Nerus turut menyifatkan dakwaan tersebut sebagai satu tuduhan yang tidak berasas.

"Fokus kita ketika ini adalah untuk membantu mangsa-mangsa banjir. Jangan lempar dan ganggu mangsa-mangsa banjir dengan fitnah-fitnah yang dilemparkan terhadap Kerajaan Negeri Kelantan," katanya.

Khutbah Jumaat bukan untuk lahir golongan ekstrem

Posted: 13 Jan 2015 03:02 AM PST

SINAR HARIAN


Mohamad Shukri Mohamad Mohamad Shukri Mohamad
 
 
KOTA BHARU - Fungsi utama khutbah Jumaat adalah untuk menasihati dan juga mendidik umat Islam dalam hal seperti bersederhana dalam kehidupan seharian, jauh menyimpang daripada melahirkan umat yang berfahaman ekstrem, kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.
  
Beliau kecewa dengan tuduhan kononnya khutbah Jumaat digunakan sebagai platform untuk menyemai ekstremisme dalam kalangan umat Islam.
  
Beliau mengulas catatan seorang peguam dalam laman Twitternya dalam bahasa Inggeris yang mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggalakkan ekstremisme pada setiap Jumaat.
  
"Sebelum sebarang teks ucapan khutbah diedarkan di masjid-masjid setiap negeri, ia disusun oleh panel berkelayakan yang ditugaskan bagi mengarang teks khutbah itu.
  
"Selain itu, ia perlu melalui tapisan oleh beberapa panel penilai yang terdiri daripada agamawan dalam pelbagai disiplin ilmu berkaitan Islam," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kompleks Balai Islam Lundang di sini hari ini.
  
Mohamad Shukri berkata, di negeri ini, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) melantik 10 anggota panel penilai, bagi menapis setiap teks khutbah sebelum diedarkan.
  
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah turut menyelar tindakan peguam berkenaan dengan berkata kenyataan itu tidak sepatutnya dikeluarkan oleh mana-mana pihak.
  
"Khutbah pada setiap Jumaat adalah medium untuk kita (umat Islam) menghayati agama Islam itu sendiri. Khutbah bukanlah bertujuan untuk melahirkan pelampau agama," kata Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kelantan.
  
Sementara itu, Pensyarah Kanan di Sekolah Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata beliau kesal dengan tindakan peguam itu yang sepatutnya lebih faham tentang undang-undang negara.
  
"Saya kesal dengan tindakan beliau yang berselindung di sebalik hak asasi untuk melakukan perkara yang bercanggah dengan perlembagaan dan undang-undang negara.
  
"Sangat wajar untuk beliau dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan," katanya. - Bernama

Tentera Siber Najib Hanya Hingusan - Kadir Jasin

Posted: 12 Jan 2015 10:40 PM PST

KELAB GREENBOC



 

Kadir Jasin cabar 'pendakyah' Najib

Wartawan veteran, Datuk Abdul Kadir Jasin melontarkan 18 soalan buat "pendakyah, tukang cerita dan tentera siber Perdana Menteri", Datuk Seri Najib Razak.

Ia berkisar kepada pengurusan 1MDB, perisytiharan darurat sewaktu banjir, kemerosotan nilai ringgit, serta pengurusan hasil negara.

Bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times itu mengemukakan soalan-soalan tersebut menerusi tulisan terbaru di blognya.

"Mengapakah PM tidak mengisytiharkan darurat kerana banjir besar sedangkan kerajaan mengisytiharkan darurat ketika berlaku wabak SARS pada tahun 2009 dan jerebu pada tahun 2013?

"Bagaimanakah PM, sebagai menteri kewangan, hendak melestarikan Belanjawan 2015 apabila harga minyak mentah sudah jatuh di bawah paras AS$50 setong sedangkan anggaran belanjawan adalah antara AS$100 hingga AS$105 setong?

"Bolehkah GST dan punca-punca lain pendapatan menampung kejatuhan hasil akibat kemerosotan harga minyak mentah yang menyumbang hampir 40 peratus kepada perolehan kerajaan?"


Ini antara soalan-soalan yang dikemukakan Kadir.

Menurut Kadir, soalan itu perlu dijawab kerana mereka kini lebih cenderung mengkritik peribadi pengkritik Najib berbanding daripada menjawab isu-isu semasa.

"Daripada cuba membunuh pembawa khabar adalah lebih baik mereka tajamkan sedikit pemikiran dan jawab kritikan terhadap bos mereka satu persatu," sindir Kadir lagi.

Tanpa menamakan sesiapa secara khusus, Kadir turut membidas wartawan media arus perdana Media Prima yang dilihat rancak "membelasah" bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Menurutnya, berita-berita yang disebarkan wartawan tersebut sebenarnya berfungsi sebagai "penyambung lidah" kepada Pakatan Rakyat yang mempunyai dendam lama dengan Daim.

"Mengapa tidak? Daim adalah antara orang penting memainkan peranan menaik dan menurunkan Anwar dalam politik negara.

"Mereka tahu perisikan, analisis dan strategi Daim lebih hebat daripada mana-mana pihak dalam Umno dan BN.

"Oleh sebab Daim tidak berminat dalam politik maka analisis dan strategi beliau adalah lebih bebas dan berkecuali.

"Tambah memeningkan Pakatan adalah hakikat bahawa Daim mempunyai perhubungan baik dengan sesetengah orang mereka sendiri.

"Di kalangan penyokong dan petugas Mohd Najib pula, ramai bimbang perdana menteri meminta atau menerima nasihat Daim.

"Mereka tidak mahu kemungkinan itu berlaku kerana nasihat Daim mungkin merugikan mereka.

"Jadi mereka berusaha melemahkan kredibiliti Daim dan pada masa yang sama cuba melaga-lagakan Mohd Najib dengan Daim," katanya.


Perang Saraf Hingusan Ancam Kewibawaan PM

PANTUN Melayu paling indah dan bermakna dalam hal ilmu dan kebijaksanaan berbunyi:

Pergi memburu di padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Kalau berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Pantun nasihat itu berguna kepada kita semua dan, dalam konteks semasa amat afdal kepada pendiayah, tukang cerita dan tentera siber Perdana Menteri, Umno, Barisan Nasional dan kerajaan.

Taktik hingusan menyerang peribadi pengkritik Mohd Najib Abdul Razak dan kerajaannya tidak berkesan sebaliknya boleh menjadi senjata makan tuan.

Apatah lagi kalau peribadi Perdana Menteri, lebih rentan (vulnerable) dan mudah ditelanjangkan oleh para pengkritik beliau sebagai serangan balas.

Apa halnya kalau petugas-petugas propaganda Perdana Menteri adalah orang muda yang tohor ilmu dan tidak pun kenal siapa sebenarnya pengkritik bos mereka?

Saya yakin ramai daripada mereka, kerana muda usia dan tidak berada di tengah-tengah pergelutan politik, khususnya yang membabitkan Mohd Najib, tidak pun tahu bentuk perhubungan di antara Perdana Menteri dengan orang yang hari ini menegur beliau.

MAP Sambung Lidah PR?

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, sesetengah elemen dan wartawan media arus perdana (MAP), termasuk dalam kumpulan Media Prima, telah secara terbuka bertindak sebagai penyambung lidah Pakatan Rakyat, khususnya dalam membelasah (Tun ) Daim Zainuddin.

PR, terutamanya Parti Keadilan Rakyat, mempunyai agenda tersendiri memburuk-burukkan Daim. Pemuka PR seperti (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang tahu kehebatan saluran maklumat dan strategi Daim.

Mengapa tidak? Daim adalah antara orang penting memainkan peranan menaik dan menurunkan Anwar dalam politik negara.

Mereka tahu perisikan, analisis dan strategi Daim lebih hebat daripada mana-mana pihak dalam Umno dan BN. Oleh sebab Daim tidak berminat dalam politik maka analisis dan strategi beliau adalah lebih bebas dan berkecuali.

Tambah memeningkan PR adalah hakikat bahawa Daim mempunyai perhubungan baik dengan sesetengah orang mereka sendiri.

Di kalangan penyokong dan petugas Mohd Najib pula, ramai bimbang Perdana Menteri meminta atau menerima nasihat Daim. Mereka tidak mahu kemungkinan itu berlaku kerana nasihat Daim mungkin merugikan mereka.

Jadi mereka berusaha melemahkan kredibiliti Daim dan pada masa yang sama cuba melaga-lagakan Mohd Najib dengan Daim.

Apakah para pengarang dan wartawan MAP tidak sedar matlamat tersirat PR atau mereka diarahkan menyerang Daim dengan apa cara juga, termasuk bersekongkol dengan PR?

Boleh jadi juga mereka tidak mendalami atau sengaja menidakkan perhubungan antara Mohd Najib dan Daim lantas mereka mengambil agenda PR, khususnya PKR, sebagai agenda mereka sendiri dan menyerang Daim atas tanggapan inilah yang terbaik bagi mempertahankan Mohd Najib.

Mungkin mereka tidak tahu dan PM pun tidak mahu memperbesar-besarkan keakraban beliau dengan Daim. Namun, antara yang terawal beliau hubungi selepas mendarat di Kota Bharu (dari Hawaii) ialah Daim.

Pendiayah muda PM yang kini dikatakan amat berkuasa dan kaya dengan sumber kewangan mungkin tidak tahu atau tidak sedar bahawa kalau bukan kerana orang seperti (Tun) Dr Mahathir, Daim, (Tan Sri) Sanusi Junid, (Tan Sri) Muhyiddin Mohd Yassin dan beberapa orang lagi veteran Umno, bos mereka mungkin tidak merasa menjadi PM atau tidak menjadi PM secepat itu. Malah kalau diserahkan bulat-bulat kepada (Tun) Abdullah Ahmad Badawi dan para penerajunya, ada kemungkinan Mohd Najib tidak menjadi PM.

Jadi elok para propagandis, laskar siber dan penggilap epal Mohd Najib buang dulu hingus mereka dan belajar daripada sejarah. Jangan terlalu angkuh dengan operasi gelap mereka dan dengan wang yang mereka ada untuk mengupah dan membeli.

Cerita Peribadi Siapa Lebih Sensasi?

Kalau mereka kata mereka ada maklumat "juicy" (mengiurkan) mengenai Daim atau mana-mana pengkritik bos mereka, mereka kena ingat mungkin orang ini mempunyai maklumat yang lebih menyelerakan mengenai bos mereka.

Mungkin diayah murahan mengenai para pengkritik Mohd Najib boleh merosakkan imej mereka, tetapi mereka bukan PM dan mereka pun tidak berkedudukan politik.

Tetapi cerita-cerita yang menyelerakan mengenai Mohd Najib, kalau ada, boleh menjatuhkan beliau. Setidak-tidaknya pun beliau tidak nyenyak tidur malam yang lebih teruk daripada gangguan bunyi motosikal pelumba haram seperti yang isterinya, Rosmah Mansor, ceritakan baru-baru ini.

Para pendiayah dan laskar siber wajib sedar, iaitu ketika mereka masih merangkak dalam dunia maklumat dan propaganda, para pengkritik Mohd Najib sudah pun makan sekarung garam dan kenal bos mereka dari A ke Z.

Daripada cuba membunuh pembawa khabar (the messengers) adalah lebih baik mereka tajamkan sedikit pemikiran dan jawab kritikan terhadap bos mereka satu persatu.

Kalau mereka kurang faham, biar saya beri sedikit "hint" dalam bentuk soalan, khususnya berkaitan ekonomi sebab saya yakin ramai daripada mereka tidak faham ekonomi. Antaranya:

1. Mengapakah PM tidak mengisytiharkan darurat kerana banjir besar sedangkan kerajaan mengisytiharkan darurat ketika berlaku wabak SARS pada tahun 2009 dan jerebu pada tahun 2013?

2. Bagaimanakah PM, sebagai Menteri Kewangan, hendak melestarikan (sustain) Belanjawan 2015 apabila harga minyak mentah sudah jatuh di bawah paras AS$50 setong sedangkan anggaran belanjawan adalah antara AS$100 hingga AS$105 setong?

3. Apakah laskar siber Mohd Najib peduli membaca berita ekonomi untuk mengetahui bahawa harga minyak mentah Brent yang digunakan sebagai penanda aras telah jatuh kepada AS$48.90 setong Jumaat lepas dan harga di New York jatuh kepada AS$46.85 pada hari Rabu, iaitu paras paling rendah sejak April 2009?

4. Bolehkah GST dan punca-punca lain pendapatan menampung kejatuhan hasil akibat kemerosotan harga minyak mentah yang menyumbang hampir 40% kepada perolehan kerajaan?

5. Apakah implikasi kejatuhan nilai ringgit terhadap kos import, khususnya import bahan makanan seperti beras, gandum, jagung, gula, kacang soya, susu dan daging yang bernilai lebih RM35 bilion setahun?

6. Apakah potensi inflasi import (imported inflation) ke atas harga barang pengguna akibat kejatuhan nilai ringgit?

7. Sebanyak manakah kita dapat menambah eksport negara kerana nilai ringgit jatuh dan eksport kita menjadi lebih murah?

8. Mengapakah prestasi pasaran saham kita buruk sehingga dikalahkan oleh Filipina, Indonesia dan Thailand dan banyak lagi pasaran membangun?

9. Tidak percaya tanyalah peneroka Felda atau sesiapa saja yang melabur dalam saham Felda Global Ventures Berhad. Bukankah harga saham FGVB telah merosot daripada harga IPO RM4.55 pada tahun 2012 kepada RM2.18 pada 9 Jan, kejatuhan lebih 50 peratus?

10. Apakah sebabnya rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia jatuh daripada RM441.9 bilion pada akhir 2013 kepada RM405.5 bilion – merosot RM36.4 bilion- dalam masa 12 bulan hingga akhir bulan lalu?

11. Adakah Bank Negara masuk ke pasaran bagi mempertahankan nilai ringgit dan rugi?

12. Apakah akan terjadi kepada sistem perbankan negara dan penarafan antarabangsa pasaran modal kita kalau 1MDB gagal memenuhi obligasi hutangnya yang berjumlah RM42 bilion itu?

13. Apakah kesan kejatuhan nilai ringgit terhadap hutang 1MDB yang kebanyakannya dalam mata wang dolar Amerika?

14. Apakah tepat laporan CIMB (yang dibina oleh adik PM sendiri) pada awal bulan ini bahawa 1MDB "telah gagal" membayar balik pinjaman sebanyak RM2 bilion kepada Maybank yang sepatutnya dilakukan pada Disember lalu?

15. Apakah tepat unjuran CIMB bahawa Maybank terdedah kepada RM5.5 bilion hutang 1MDB?

16. Apakah tepat unjuran jika Maybank (milik PNB) membuat peruntukan (provision) hutang lapuk bagi tahun kewangan 2015 akibat pinjaman 1MDB keuntungan bersihnya akan merosot 5.6 peratus?

17. Adakah benar syarikat-syarikat yang menjual IPP hujung hayat kepada 1MDB belum mendapat bayaran sepenuhnya dan mempunyai opsyen membeli balik IPP itu dengan harga potongan?

18. Dan satu soalan yang mudah – mengapakah kerajaan tidak memberi penjelasan terperinci dan terus terang mengenai apa sebenarnya terjadi kepada pesawat eksekutif TUDM yang membawa PM ke Hawaii, tetapi tidak membawa beliau balik?

Para pendiayah, laskar siber PM dan kaki ampu perlu faham dan ada keutamaan. Yang hendak dipertahankan adalah PM – peribadi beliau, dasar beliau, prestasi beliau dan kesesuaian beliau untuk terus memerintah.

Peribadi, dasar, prestasi dan kesesuaian beliau untuk terus memerintah tidak akan menjadi bertambah baik dengan membunuh pembawa khabar ngeri.

Atau apakah pendiayah, laskar siber dan pengampu PM mempunyai agenda sendiri yang mirip sokong bawa rebah dan gunting dalam lipatan?

Perdana Menteri wajib berhati-hati terhadap musuh dalam selimut yang mendakap dan menggosok belakang beliau, tetapi di tangan keris terhunus.

Wallahuaklam.
-kadirjasin

Isu Mejar Zaidi: Lambang Pencabulan Demokrasi Di Malaysia

Posted: 12 Jan 2015 10:35 PM PST

KELAB GREENBOC



Isu Mejar Zaidi Ahmad yang dijatuhi hukuman buang kerja atas dua tuduhan berhubung isu dakwat kekal ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan dibawa ke Jawatankuasa Harian PAS Pusat.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, pihaknya masih belum berbincang lagi isu ini dan akan mengetengahkan di dalam mesyuarat PAS Pusat akan datang.

Mohamad tidak menolak apa yang berlaku terhadap Mejar Zaidi kerana PAS mahupun Pakatan Rakyat jarang menang di mahkamah khususnya berkaitan kes-kes yang membabitkan pilihan raya.

"Kita akan terus menuntut kebebasan yang adil dalam pilihan raya. Bagi kita ini adalah cara Malaysia yang tidak memberi ketelusan tidak kira tentera ataupun polis,"
katanya ketika ditemui Harakahdaily.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Nasaei Ismail dalam kenyataannya mengajak rakyat untuk menobatkan Mejar Zaidi sebagai ikon pejuang demokrasi dan ikon pejuang keamanan.

"Marilah bersama kita membantu beliau ketika beliau susah kerana beliau telah berjuang untuk hak kita dan generasi seterusnya," kata beliau.

Isu Mejar Zaidi, katanya, adalah lambang kepada pencabulan demokrasi malah Mejar Zaidi dan penyokongnya akan kekal memperjuangkan hak demokrasi kerana mereka orang terdidik.


Tegas Nasaei, jika demokrasi yang ada pada hari ini kekal dicabul, dirosakkan, maka pemerintahlah yang membuka pintu rakyat Malaysia untuk bertindak di luar batas demokrasi sehingga menjadi militan.

"Kita menolak perjuangan luar batas demokrasi, kita mahukan keamanan. Tetapi kerajaan mesti bertanggungjawab. Pokoknya isu dakwat yang dikatakan kekal sebenarnya bohong. Ianya tidak kekal. Boleh dipadamkan dan berpotensi mengundi kali kedua,"katanya.

Sebelum ini, Mejar Zaidi yang membuat pendedahan dakwat kekal dalam pengundian tahun 2013 dahulu 'tidak kekal' dijatuhkan hukuman bersalah kerana mengeluar kenyataan media tanpa kebenaran Majlis ATM.

Mejar Zaidi dihukum buang kerja daripada perkhidmatan Yang di-Pertuan Agong oleh Mahkamah Tentera, keputusan itu dibuat oleh lima panel diketuai Yang Dipertua Mahkamah Tentera Kolonel Saadon Hasnan selepas mendapati tertuduh bersalah terhadap pertuduhan itu.

Zaidi didakwa membuat kenyataan media berhubung isu dakwat kekal, yang sepatutnya perkara itu disiasat melalui saluran pihak angkatan tentera, tanpa mendapat kelulusan Kementerian Pertahanan. -HD


Negara hilang seorang pegawai tentera yang baik, kata Bersih

Kumpulan pendesak pilihan raya Bersih 2.0 menyifatkan negara hilang seorang tentera yang baik selepas pemecatan Mejar Zaidi Ahmad yang diputuskan Mahkamah Tentera hari ini.

Selepas berbulan-bulan turun naik ke mahkamah, Zaidi yang berkhidmat bersama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) selama 26 tahun kini dilucutkan daripada jawatannya hanya kerana laporan polis terhadap dakwat kekal semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.

Beliau didapati bersalah kerana melanggar dua perintah tetap iaitu tidak bercakap dengan media sebelum mendapat kebenaran menteri pertahanan dan kerana berkongsi maklumat sulit tentang perintah tetap dengan media tanpa kebenaran Majlis Angkatan Tentera mengikut Seksyen 50 Akta Angkatan Tentera 1972.

"Mejar Zaidi memainkan peranannya sebagai rakyat dengan membangkitkan skandal terbesar yang meragukan semasa PRU13.

"Untuk itu, beliau terpaksa membayar dengan harga yang tinggi, dan negara hilang seorang tentera sejati hari ini,"
kata Bersih dalam satu kenyataan hari ini.

Bersih juga melahirkan kekecewaan terhadap keengganan mahkamah yang tidak mahu menunggu terlebih dulu semakan kehakiman tetapi sebaliknya terus menjatuhkan hukuman.

"Bersih 2.0 kecewa kerana mahkamah tidak menunggu semakan yang dibuat untuk mencabar pihak berkuasa terbabit daripada membuat keputusan, sebaliknya bantahan daripada pembelaan terhadap keadilan dan integriti prosiding dibelakangkan," katanya.

"Kami akan tunggu semakan kehakiman untuk permohonan kebenaran yang akan didengar pada 5 Februari di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebagai salah satu langkah menegakkan keadilan kepada Mejar Zaidi," katanya.

Zaidi didakwa mengikut Seksyen 502(2) dan Seksyen 51 Akta Angkatan Tentera 1972 di Mahkamah Tentera Kuala Lumpur.

Kontroversi dakwat kekal yang digunakan buat pertama kali pada PRU13, dikritik selepas ramai pengundi mengadu ia boleh dibasuh dengan mudah.

Pembangkang Pakatan Rakyat (PR) menegaskan kegagalan sistematik dakwat kekal semasa pengundian awal dan hari pengundian menjejaskan hasil pilihan raya itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya akhirnya mengaku pada November lalu dakwat kekal digunakan pada PRU13 mempunyai kelemahan; antara lain, ia boleh dibasuh dan mengambil masa yang lama untuk kering dan kerana itu ia meninggalkan kotoran pada kertas undi. Bagaimanapun SPR menegaskan dakwat kekal masih akan digunakan pada pilihan raya umum akan datang.

Zaidi, yang berpangkalan di kem Butterworth di Seberang Prai, Pulau Pinang, adalah seorang daripada 235,826 kakitangan pasukan keselamatan dan pasangan di seluruh negara yang mengundi lebih awal pada 30 April 2013.
-TMI

Peguam utama Zaidi tak hadir tanda protes

Posted: 12 Jan 2015 10:32 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Peguam Major Zaidi Ahmad, Mohd Hanipa Maidin, berkata pihak pembelaan memutuskan tidak mengambil bahagian dalam keputusan mahkamah tentera hari ini, sebagai tanda protes ekoran keputusan panel hakim yang didakwa berat sebelah.

Hanipa yang juga MP Sepang dan ahli jawatankuasa pusat PAS, menyifatkan kes Zaidi sebagai "satu persendaan terhadap keadilan" berikutan keputusan mahkamah itu mendapati anak guamnya bersalah dan menjatuhkan hukuman maksimum dibuang kerja walaupun kerjayanya yang cemerlang.

Alasannya untuk tidak mengambil bahagian hari ini termasuk:

  • Tiada alasan bertulis diberikan dalam mengekalkan baki dua tuduhan, walaupun mahkamah telah memutuskan untuk menggugurkan lima daripada tujuh tuduhan.
     
  • Pengerusi panel hakim, Kolonel Saadon Hasnan telah membuat posting dipertikaikan pada laman Facebook Zaidi sebelum memanggil Zaidi membela diri. Berikutan itu, peguam beliau mendakwa berlaku berat sebelah.
     
  • Zaidi telah membuat afidavit berhubung posting di Facebook itu, dan ini tidak dipatahkan oleh Saadon atau hakim yang lain. Hanipa berkata jika Saadon mahu menafikannya, beliau sepatutnya membuat laporan polis atau mengemukakan afidavit jawapan. "Mengikut pemahaman saya, tidak ada laporan polis yang dibuat".
     
  • Perbicaraan untuk membatalkan panel hakim itu tidak dilayan berikutan posting tersebut.
     
  • Pihak pembelaan mahu memanggil Saadon sebagai saksi pembelaan, tetapi ini juga telah ditolak oleh mahkamah.
         
  • Pihak pembelaan mahu mahkamah mengisytiharkan ini sebagai salah bicara, dan ini juga telah ditolak oleh mahkamah tentera.
Berdasarkan keadaan itu, kata Hanipa, adalah mustahil untuk beliau turut mengambil bahagian di mahkamah tentera itu.

Kotak hitam QZ8501 ditemui tanpa CVR

Posted: 12 Jan 2015 10:28 PM PST

MALAYSIAKINI


Persoalan punca nahas pesawat AirAsia QZ8501 belum dapat terjawab sepenuhnya walaupun pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) telah menemui kotak hitam semalam.
  
Ini kerana apa yang terkandung dalam kotak hitam yang ditemui itu setakat ini adalah perakam data penerbangan (FDR) iaitu data yang mencatat mengenai teknikal penerbangan dari mula termasuk ketinggian dan kelajuan pesawat berkenaan.
  
Ia hanya sebahagian daripada kandungan kotak kitam dan perkakasan penting iaitu perakam suara kokpit (CVR) tidak ditemui bersama kotak hitam berkenaan.
  
CVR ialah alat yang merakam semua perbualan juruterbang, anak kapal dan sebarang suara dalam pesawat itu.
  
Panglima Tentera Nasional Indonesia Jeneral Moeldoko berkata operasi mencari alat CVR dan badan pesawat itu akan terus digiatkan di dasar laut mulai hari ini.
  
"Pencarian masih belum berakhir", kata beliau kepada wartawan yang disiarkan secara langsung menerusi siaran televisyen tempatan.
  
Kotak hitam itu ditemui pada koordinat 03" 37.21 S atau 109" 42.42 E dengan kedalaman antara 30 hingga 32 meter iaitu berhampiran tempat ekor bangkaipesawat itu ditemui di kawasan perairan berhampiran Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah.
  
Alat itu telah dibawa ke Komisi Nasional Keselamatan Transportasi (KNKT) di Jakarta untuk analisa setelah saksi dan pakar dalam bidang berkaitan hadir kelak seperti yang ditetapkan oleh peraturan antarabangsa.

Menurut Kepala KNKT Tatang Kurniadi, proses analisa data itu bermula dengan membuat transkrip data dan pembacaan data itu akan mengambil masa yang agak lama.
  
Hari ini, memasuki hari ke-16 operasi SAR dijalankan dan dalam tempoh dua hari ini, pihak SAR tidak menemui mayat yang dipercayai masih berada dalam kawasan perairan berkenaan atau terperangkap dalam pesawat yang terbenam dalam dasar laut itu.
  
Kepala Badan SAR Nasional (Basarnas) Bambang Soelistyo berkata, operasi SAR kini adalah ditahap akhir tetapi usaha mencari mayat nahas pesawat malang itu masih diteruskan bagi memenuhi harapan keluarga masing-masing.
  
Siaran televisyen MetroTV memetik Bambang sebagai berkata setiap operasi ada tahap-tahapnya tetapi pasukannya akan meneruskan usaha mencari mayat mangsa.

Setakat ini, sebanyak 48 mayat telah ditemui dan daripada itu sebanyak 30 mayat telah dikenal pasti identitinya.

Pesawat yang membawa 162 penumpang dan anak kapal itu berlepas dari Surabaya pada 5.35 pagi dan dijadual tiba di Singapura pada 8.20 pagi hari yang sama (28 Disember).
  
Penumpang pesawat itu terdiri daripada 149 warga Indonesia, Korea Selatan (3) dan masing-masing seorang rakyat Singapura, Malaysia dan United Kingdom.

Kru terdiri daripada enam rakyat Indonesia dan seorang warga Perancis.- Bernama

'Kita jumpa di mahkamah Allah Taala pula nanti'

Posted: 12 Jan 2015 10:21 PM PST

MALAYSIAKINI



 
 
 
"Kita berjumpa di mahkamah Allah Taala pula nanti."

Itulah kata-kata Mejar Zaidi Ahmad yang didapati bersalah oleh Mahkamah Tentera atas tuduhan memberi kenyataan media tanpa izin Majlis Angkatan Tentera.

Pesanan itu disampaikan Zaidi selepas beliau diberi amaran bakal berhadapan tuduhan menghina mahkamah jika terus mahu menyebut faktor politik dalam keterangannya untuk meringankan hukuman ke atasnya.

"Semua ini adalah kehendak penguasa politik. Tanyalah budak sepuluh tahun sekalipun, siapa yang betul - yang bercakap benar atau menipu?"

"Apabila berhadapan situasi politik, perut adalah lebih penting daripada kepala," katanya sewaktu memberi keterangan dalam proses mitigasi hukuman.

Hujah Zaidi itu bagaimana pun dibantah oleh Yang Dipertua Mahkamah, Kolonel Saadon Hasnan.

"Jangan sebut 'penguasa politik' kerana dalam mahkamah tentera kita adalah impartial (saksama) dan apolitical (tidak bersifat politik)," kata Saadon.

Seorang lagi ahli mahkamah, Mejar Khuzairi Mohd Arshad kemudian mengingatkan Zaidi bahawa hujah untuk meringankan hukuman kebiasaannya bersifat "menyesal", "tidak mahu mengulangi kesalahan," dan "faktor-faktor luar" yang boleh dipertimbangkan.

Kedengaran seperti berang dengan peringatan itu, Zaidi yang bercakap dari kandang tertuduh mewakili dirinya sendiri meninggikan suara apabila menjawab peringatan Khuzairi ketika meneruskan hujahnya.

"Kamu pegawai, saya pun pegawai!

"Kamu dapati saya bersalah dan itu adalah sesuatu yang besar!"

Mahkamah tegang

Pada waktu ini Zaidi sekali lagi dipotong percakapannya oleh Saadon.

"Sebut secara bersopan. Dan jangan sampai saya dakwa kamu menghina mahkamah pula nanti," tegas Saadon.

Zaidi kemudian menjawab, "Saya sudah berkhidmat selama 26 tahun.

"Janganlah saya dianggap sebagai seorang kanak-kanak kecil.

"Sekarang saya tak perlu cakap apa-apa.

"Kita berjumpa di mahkamah Allah Taala pula nanti," kata Zaidi.

Saadon kemudian menangguhkan mahkamah buat sementara waktu kerana "keadaan yang tegang" serta bagi memberi peluang kepada Zaidi untuk "membuat rayuan yang wajar".

Mahkamah yang bersambung pada jam 11 pagi kemudian ditangguhkan ke jam 2 petang hari ini.
 

Trend ke arah RON95 RM1.50 seliter akhir Jan

Posted: 12 Jan 2015 10:16 PM PST

MALAYSIAKINI



 
 
 
PKR terus mengkritik sistem penentuan harga minyak secara bulanan oleh kerajaan, yang terus menyaksikan harga runcit petrol RON95 lebih mahal daripada harga pasaran.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata, berdasarkan mekanisme sedia ada pun, harga RON95 telah jatuh ke paras RM1.62 seliter pada 9 Januari lalu.

"Keadaan ini akan berterusan dan tidak mustahil menjelang akhir Januari 2015 harga RON95 (mengikut formula yang ditetapkan BN sendiri) akan jatuh ke paras RM1.50 seliter," kata Rafizi.

Bagaimanapun, kata Rafizi, sistem penentuan bulanan sekarang menyebabkan rakyat Malaysia masih membayar harga RM1.91 seliter, 30sen hingga 40sen lebih mahal – perbezaan yang digelarnya sebagai "cukai tersembunyi".

Dalam kenyataannya hari ini, Rafizi juga mendesak Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Hassan Malek mengumumkan mesyuarat tergempar berhubung perkara itu yang didakwa berlaku pada 9 Januari.

Menurut Rafizi, mesyuarat itu antaranya membincangkan cadangannya supaya sistem berasaskan stok konsainan (consignment stock) dilaksanakan dan harga minyak diturunkan setiap minggu.

"Saya juga menyeru supaya menteri KPDNKK membentang perkara-perkara ini dalam mesyuarat kabinet minggu ini dan satu keputusan diumumkan secepat mungkin bagi mengelakkan rakyat terus menjadi mangsa," katanya.
 

'M'sia jadi Taliban jika Jakim promosi keganasan'

Posted: 12 Jan 2015 10:12 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Kritikan demi kritikan muncul ke atas peguam hak asasi, Eric Paulsen yang kini disiasat mengikut Akta Hasutan 1948 atas kenyataan mempersoalkan tindakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Antaranya, menteri kabinet, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang membandingkan dakwaan Paulsen dengan realiti yang diperhatikannya di negara ini.

Abdul Rahman berkata, Malaysia sudah menjadi negeri "Taliban" sekiranya benar Jakim mempromosi keganasan.

"Selama 51 tahun, Malaysia ada 2,652 khutbah Jumaat. Jika apa yang Eric katakan itu betul, Malaysia sudah menjadi negara Taliban.

"Tiada orang Islam yang menjadi ganas selepas mendengar khutbah Jumaat. Tapi jika kita tidak berhati-hati, ramai yang akan jadi (ganas) selepas mendengar khutbah Eric.

"Khutbah di Wilayah Persekutuan tiada apa sangat berbanding dengan khutbah berapi-api di sebuah negeri yang ada kaitan dengan kepentingan politik Eric Paulsen," kata Abdul Rahman di Twitter.

Selain itu, penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadot menyifatkan Paulsen "jahil undang-undang" sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan mendakwa Jakim mempromosi ekstremisme setiap hari Jumaat.

"Eric merupakan seorang peguam tetapi jahil tentang undang-undang.

"Malaysia merupakan negara majmuk berbilang agama, sepatutnya beliau lebih berhati-hati apabila mengutarakan pendapat, di samping mendalami tentang hikmah dan mesej khutbah Jumaat sendiri apabila mahu berbicara.

"Islam merupakan agama yang selamat, sejahtera, makmur dan seimbang. Kita menolak sepenuhnya fahaman ekstemisme dan khutbah Jumaat bukan jalan untuk merancang provokasi," katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

Turut lantang dalam isu itu ialah anak kepada presiden PAS, Khalil Abdul Hadi yang menggesa Paulsen meminta maaf sekiranya kenyataan peguam itu bermaksud untuk menghina umat Islam.

Paulsen ketika dihubungi Malaysiakini semalam menolak untuk 'minta maaf' berhubung isu tersebut kerana masih dalam sisasatan polis.

Peguam itu telah memadam tweet berkenaan Ahad lalu selepas mendapat reaksi banyak pihak.

Kronologi kes pembunuhan Altantuya

Posted: 12 Jan 2015 10:10 PM PST

MALAYSIAKINI



 
 
 
Berikut kronologi kes pembunuhan Altantuya:

2006:

26 Okt: Cif Inspektor Azilah Hadri dari Unit Tindakan Khas Bukit Aman ditangkap berhubung kehilangan Altantuya.
  
6 Nov:  Korporal Sirul Azhar Umar dari unit yang sama turut ditangkap.
  
7 Nov:  Penganalisis politik Abdul Razak Baginda ditahan polis bagi membantu siasatan kes berkenaan.
  
15 Nov: Azilah dan Sirul dituduh bersama di mahkamah majistret di Shah Alam atas pembunuhan Altantuya. Mereka didakwa telah membunuh wanita itu di satu lokasi antara Lot 12843 dan Lot 16735 di Mukim Bukit Raja, Selangor, antara 10 malam 19 Okt dan 1.00 pagi hari berikutnya.
  
16 Nov: Razak didakwa di mahkamah majistret Kuala Lumpur kerana bersubahat dengan Azilah dan Sirul dalam pembunuhan itu. Beliau didakwa melakukan kesalahan itu antara 9.54 pagi dan 11.05 pagi pada 18 Okt di tingkat 10 Bangunan Getah Asli di Jalan Ampang.
  
2007:

19 Jun: Perbicaraan Abdul Razak Baginda dan dua anggota polis berkenaan atas pembunuhan Altantuya bermula.
  
2008:

31 Okt: Mahkamah Tinggi membebaskan Razak tanpa memerintahnya membela diri selepas memutuskan bahawa pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap beliau. Pada hari yang sama, Mahkamah Tinggi mendapati pendakwaan telah
membuktikan kes prima facie terhadap Azilah dan Sirul Azhar dan memerintahkan mereka membela diri.
  
14 Nov: Timbalan pendakwa raya Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah mengesahkan pendakwaan tidak akan merayu terhadap pembebasan Abdul Razak.
  
2009:

15 Jan: Azilah dan Sirul Azhar memulakan pembelaan diri. Azilah memberi kenyataan bersumpah dari kandang saksi.
  
4 Feb: Sirul Azhar memberi kenyataan bela diri dari kandang tertuduh.
  
9 April: Azilah dan Sirul Azhar didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi dan dihukum gantung sampai mati.
  
10 April: Azilah memfail notis rayuan terhadap sabitan dan hukuman matinya.

13 April: Sirul Azhar memfail notis rayuan terhadap sabitan dan hukuman matinya.
  
2013:

24 Jun: Mahkamah Rayuan mendengar rayuan kedua-dua mereka.
  
23 Ogos: Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan dikemukakan oleh Azilah dan Sirul Azhar dan membebaskan mereka dari tuduhan berkenaan. Pendakwaan memfail rayuan pada hari yang sama.
  
2014:

23 Jun: Mahkamah Persekutuan mendengar rayuan pihak pendakwaan. Perkara itu didengar selama tiga hari.
  
25 Jun: Panel lima anggota Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria menangguhkan keputusan mereka terhadap rayuan pendakwaan.  Bernama
 

Polis jejak Sirul, peguam kata bukan 'hilang'

Posted: 12 Jan 2015 10:05 PM PST

MALAYSIAKINI


Peguam, Kamarul Hisham Kamaruddin mengakui bahawa beliau terputus hubungan dengan anak guamnya, Sirul Azhar Umar - yang didapati bersalah membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu - sejak enam bulan lalu.

Sirul tidak muncul ke mahkamah dalam pendengaran keputusan rayuan kes itu di Mahkamah Persekutuan pagi ini.

Kamarul berkata, beliau terputus hubungan dengan anak guamnya itu sejak pendengaran kes tersebut di Mahkamah Persekutuan pada 23 Jun hingga 25 Jun 2014 - dan tidak tahu menahu di mana kedudukan anak guamnya kini.

"Kali terakhir saya dihubungi anak guam saya, mungkin seminggu selepas pendengaran di Mahkamah Persekutuan (dari 23 Jun hingga 25 Jun, 2014), selepas itu (saya tidak dapat) menghubungi (Sirul)," katanya.

"Saya tidak tahu langsung di mana dia berada.

"Berdasarkan perhubungan terakhir dengannya, saya langsung tiada asas untuk mengatakan bahawa beliau berkelakuan aneh. Saya ada sebab untuk percaya bahawa beliau akan hadir untuk (keputusan) hari ini," katanya.

Menurutnya lagi, beliau tidak akan menyifatkan Sirul "hilang" dan hanya menyebut bahawa pegawai polis itu tidak berada di mahkamah hari ini kerana gagal menerima notis untuk hadir ke mahkamah.

Mahkamah Persekutuan hari ini mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan apabila mendapati Sirul dan seorang lagi tertuduh Azilah Hadri bersalah membunuh Altantuya dan mengembalikan hukuman mati terhadap mereka.

Mahkamah turut bersetuju dengan permohonan pendakwaan untuk mengeluarkan waran tangkap ke atas bekas anggota pasukan elit polis itu.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis akan menjejaki Sirul yang juga bekas anggota Unit Tindakan Khas.

Dalam kiriman SMSnya kepada Malaysiakini, Khalid berkata pihaknya juga akan mengenalpasti sama ada Sirul bertindak keluar daripada negara ini selepas mahkamah rayuan membebaskan beliau.

"Sebaik sahaja mahkamah mengeluarkan waran tangkap, kami akan menjejakinya dan memaklumkan rakan kami di luar negara," katanya.

Hukuman berpandu rekod telefon, barang kemas

Posted: 12 Jan 2015 10:02 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Rekod telefon bekas anggota pasukan elit polis Azilah Hadri juga kegagalan rakannya, Sirul Azhar Umar untuk menjelaskan penemuan barang kemas milik Altantuya Shaariibuu dalam satu jaket di kediamannya membawa kepada sabitan dan hukuman mati ke atas mereka.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria secara sebulat suara mendapati kedua-duanya bersalah dan membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengenepikan pembebasan mereka oleh Mahkamah Rayuan.

Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Suriyadi Halim Omar, yang menulis penghakiman majoriti itu berkata, mahkamah berpuas hati bahawa pendakwaan membuktikan elemen niat bersama.

"Penemuan lokasi di tempat jenayah dan juga barangan tertentu milik si mati ditemui berdasarkan maklumat daripada responden (Azilah dan Sirul).

"Memandangkan log panggilan Azilah menyatakan bahawa beliau membuat panggilan dari tempat jenayah, alasan alibi beliau tidak dapat dipertahankan.

"Tiada keterangan yang boleh menunjukkan bahawa beliau berada di Bukit Aman atau Wangsa Maju pada masa tersebut, kata hakim tersebut.

"Kenyataan yang dibuat oleh Sirul juga tidak dianggap penting, bukan kerana ia tidak dibuat dengan bersumpah tetapi kerana ceritanya tidak konsisten.

"Dengan penemuan barangan si mati seperti selipar dengan kesan darah di dalam keretanya, barang kemas milik si mati dalam rumahnya, malah keretanya dikesan di plaza (tol) Kota Damansara menuju Puncak Alam secara keseluruhannya menafikan kenyataan dengan tidak mengangkat sumpah bahawa penglibatannya berakhir di luar rumah Abdul Razak Baginda," kata hakim tersebut.

Hakim Suriyadi berkata, terdapat banyak bukti yang dikemukakan oleh pendakwaa.

Azilah dalam alibinya menyatakan bahawa beliau berada di Bukit Aman seperti yang ditunjukkan dalam diari balai polis dan kemudiannya makan malam bersama teman wanitanya di Wangsa Maju.

Bagaimanapun, bekas teman wanita Azilah itu tidak dipanggil untuk memberi keterangan pembelaan.

Insiden konsert K-Pop ulang sejarah hitam 2014

Posted: 12 Jan 2015 04:31 PM PST


NIK MOHAMAD ABDUH  
NIK MOHAMAD ABDUH


SHAH ALAM – Sebagaimana negara pernah digemparkan dengan kematian pengunjung konsert Future Music Asia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil tahun lalu, tahun ini negara sekali lagi menerima tamparan hebat oleh aksi gadis Melayu bertudung yang merelakan diri dipeluk dan dicium artis K-Pop, kata AJK Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abd Aziz.

Menurutnya, penganjuran konsert di ibu negara itu sekali lagi memalit arang kepada imej negara serta agama Islam sebagai agama rasmi negara.

"Saya merasa terkilan dengan sikap pihak berkuasa yang tidak mengambil perhatian serius terhadap masalah gejala sosial yang semakin dahsyat melanda anak muda di negara ini. Sehari demi sehari, batasan yang menjaga aturan budaya, peradaban dan kehormatan jati diri anak muda semakin longgar," katanya menerusi satu kenyataan.

Nik Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas turut menegaskan bahawa kerajaan sepatutnya belajar daripada kesilapan lepas dan menggariskan beberapa peraturan ketat berkaitan dengan sebarang penganjuran konsert di negara ini.

"Kementerian yang bertanggungjawab memberi pelepasan permit kepada 'event' seperti itu perlu tampil bertanggungjawab. Kedua, dewan konsert itu juga (KL Live) terdapat dua bar yang menjual arak dan telah menganjurkan banyak konsert-konsert yang melalaikan anak muda. Ini bermakna, konsert seperti itu bukanlah kali pertama dan terakhir, dan kemungkinan masalah yang sama tidak mustahil akan berulang lagi.

"Pencegahan perlu dilakukan dengan lebih tegas terutamanya perkara melibatkan hiburan untuk anak muda dan minuman beralkohol. Kedua-duanya boleh mendorong seseorang kepada zina yang akan merosakkan nilai ekonomi dan keutuhan instutusi berkeluarga. Islam telah memberikan satu garis panduan umum yang disebutkan di dalam al-Quran," katanya lagi.

Jawatan presiden: Belum sampai masa untuk komen'

Posted: 12 Jan 2015 04:28 PM PST


Salahuddin Ayub Salahuddin Ayub
 
 
KUALA LUMPUR - "Ini bukan masanya untuk membangkitkan dan berbincang soal pemilihan Presiden, lambat lagi dan hanya akan berlangsung pada Jun nanti."

Demikian jawapan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub apabila persoalan itu dibangkitkan.

Tegas beliau, kini semua pihak sedang menumpukan seluruh usaha dan tenaga dalam membantu mangsa-mangsa banjir untuk meneruskan kehidupan mereka.

"Dalam parti ini, sudah menjadi satu kebiasaan bahawa jawatan itu sentiasa terbuka untuk dipertandingkan kepada ahli-ahli Pas.

"Nantilah... bila sampai masanya saya akan komen. Belum masanya untuk kita bercakap tentang ini. Kalau saya komen nanti orang kata, politik ini tidak mengenal keutamaan. Buat masa sekarang, kita nak utamakan mangsa banjir yang kehilangan harta benda dan rumah," katanya.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang diajukan soalan sama bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

"Itu... Pergi tanya dialah (penulis artikel).. Saya tidak ada kena mengena dengan dia," katanya sebaik menerima asakan mengenai persoalan yang sama daripada pihak media.

Sebelum ini, bekas Exco Pemuda Pas Pusat mencadangkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak dicalonkan sebagai presiden pada pemilihan parti 2015-2017 yang akan berlangsung pertengahan tahun ini, sebaliknya lebih layak memegang jawatan Mursyidul Am Pas menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang uzur.

Zulhazmi Shariff yang juga calon Ketua Pemuda Pas pada pemilihan 2013 menjelaskan, ini kerana Abdul Hadi menganggotai Majlis Syura Ulama yang merupakan badan tertinggi parti dan tidak wajar pada masa sama bertanding jawatan lebih rendah (presiden) bagi mengelak berlaku pertindihan kepentingan ketika menjalankan tugas.

"Saya cadangkan Abdul Hadi melepaskan jawatan presiden dan mengambil alih tugas Nik Aziz yang dilihat semakin uzur. Ketokohan dan ilmu yang ada pada Abdul Hadi dan diiktiraf dunia sehingga dimartabatkan sebagai Naib Ketua Ulama Dunia, melayakkan beliau dilantik sebagai Mursyidul Am Pas," ujarnya.

Jakim arah JAWI ambil tindakan terhadap penganjur konsert K-Pop

Posted: 12 Jan 2015 04:25 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
  
 
 
PUTRAJAYA: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diarah untuk mengambil tindakan sewajarnya berhubung isu perbuatan sumbang dalam konsert kumpulan K-Pop, B1A4 baru-baru ini.
 
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha berkata, JAKIM turut difahamkan pihak Jawatankuasa Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) akan memanggil pihak penganjur dan pihaknya sedia bekerjasama.
 
"Dalam kes ini, penganjur harus bertanggungjawab dan tidak boleh lepas tangan dengan apa yang berlaku.
 
"Konsert ini adalah sama sekali tidak dirujuk kepada JAKIM malah jabatan ini juga tidak dimaklumkan akan penganjuran program itu.
 
"Saya menyeru agar mana-mana penganjur dan mereka yang terbabit meluluskan, mengambil tanggungjawab serius mempertimbangkan kebaikan dan keburukan dalam penganjuran sesuatu aktiviti sebelum menganjurkan sesuatu," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
 
Semalam, satu video yang memaparkan beberapa gadis Melayu dipeluk dan dicium kumpulan B1A4 ketika persembahan di ibu kota baru-baru ini mengundang kritikan hebat pelayar internet.
 
Rata-rata mendakwa gadis-gadis tersebut mencemar imej Islam kerana membenarkan diri mereka diperlakukan sedemikian hanya kerana taksub kepada kumpulan pop Korea itu. 
 
Gadis-gadis itu dipersalahkan kerana mengenepikan persoalan hukum, dan tidak kurang ada yang menyifatkan artis K-pop berkenaan 'tidak bersalah' kerana mereka mungkin tidak memahami ajaran Islam dan sensitiviti penganutnya di negara ini.  
 
Video berdurasi 3.21 minit itu jelas memperlihatkan beberapa gadis Melayu kelihatan teruja apabila berada di atas pentas bersama kumpulan berkenaan, sehingga bertindak memeluk anggota kumpulan berkenaan.
 
Namun pagi tadi penganjur konsert berkenaan tampil memohon maaf di laman sosial Facebook mereka berhubung insiden itu.

Serpihan jatuh di laluan LRT Kelana Jaya, penumpang dinasihat cari pengangkutan alternatif

Posted: 12 Jan 2015 04:23 PM PST

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
 
PETALING JAYA: Serpihan kayu yang jatuh telah menyebabkan kerosakan terhadap landasan LRT Kelana Jaya dan penumpang dinasihatkan untuk mendapatkan pengangkutan alternatif sementara kerja-kerja pembaikan dijalankan.
 
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin oleh Prasarana Malaysia Berhad, serpihan dari tapak pembinaan berhampiran Stesen Kerinchi jatuh betul-betul di atas landasan pada pukul 2.30 petang, merosakkan trek dan sistem isyarat.
 
Pembaikan sedang dijalankan dan dijangka akan berterusan sehingga pukul 9 malam Isnin.
 
Perkhidmatan ke stesen Kerinchi telah dihentikan buat masa ini dan kereta api beroperasi di laluan alternatif.
 
"Kerja-kerja sedang dijalankan oleh jurutera Rapid KL untuk membaiki kerosakan.
 
"Dalam pada itu, pengguna dinasihatkan supaya mengambil kaedah pengangkutan awam alternatif. Rapid KL meminta maaf atas kesulitan yang dialami," kata kenyataan itu.

Tiada ulasan: