Selasa, 13 Januari 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


KES MEJAR ZAIDI-SIAPA YANG SEBENARNYA DIBICARAKAN ?

Posted: 13 Jan 2015 06:35 AM PST

OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN


 Mahkamah Tentera telah memutuskan hero Malaysia, Mejar Zaidi bersalah atas dua pertuduhan dan lantas menjatuhkan hukuman buang kerja. Sebagai peguambela beliau saya langsung tidak hairan dan terkejut dengan hukuman tersebut.

 Hakikatnya sebaik sahaja Mejar Zaidi mengambil satu keputusan melakukan tindakan berani membuat laporan polis dengan uniform tentera atas isu cap jari yang tidak kekal dalam Pilihanraya Umum yang lalu , beliau hakikatnya telah di"hukum" meskipun sebelum dibicarakan di Mahkamah Tentera.

 Semasa perbicaraan didedahkan bagaimana Mejar Zaidi telah diberikan tugas yang "tidak wujud"dalam skim penjawatan selepas tindakan berani beliau tersebut meskipun beliau adalah seorang juruterbang pesawat pejuang TUDM.

 Artikel ini bertujuan untuk berkongsi maklumat "first hand" dari peguambela beliau sendiri tentang apa yang berlaku dalam kes tersebut dan terpulanglah kepada pembaca kemudiannya membuat kesimpulan sendiri tentang perbicaraan tersebut .

 Mejar Zaidi pada asalnya dikenakan tujuh pertuduhan . Apabila saya membantah pertuduhan asal itu kerana wujudnya kecacatan pada kertas pertuduhan , Mahkamah Tentera telah membatalkan lima dari pertuduhan tersebut dan hanya mengekalkan dua pertuduhan. Bagaimanapun Pihak Berkuasa Sidang ( badan yang membuat keputusan tentang pendakwaan dan penjalanan kes di Mahkamah Tentera ) telah mengembalikan semula lima pertuduhan yang ditolak itu dengan membuat pindaan ke atas pertuduhan pertuduhan itu disamping mengekalkan dua pertuduhan yang asal.

 Selepas semua saksi pihak pendakwa dipanggil maka Mahkamah perlu memutuskan sama ada pihak pendakwa telah berjaya membuktikan kes prima facie ke atas kesemua tujuh pertuduhan itu. Saya berhujah pendakwa gagal buktikan kes prima facie ke atas kesemua pertuduhan itu dan pendakwa pula berhujah sebaliknya.

 Akhirnya Mahkamah yang dianggotai oleh lima orang panel hakim telah memutuskan pendakwa telah gagal membuktikan kes prima facie bagi lima pertuduhan tapi berjaya membuktikan kes prima facie bagi dua pertuduhan iaitu pertuduhan kedua dan ketiga.Maka Mahkamah telah memutuskan Mejar Zaidi dipanggil membela diri bagi dua pertuduhan tersebut.

Sebagai peguam beliau , saya ( bersama sama peguam Nasar Khan dan Aminuddin Zulkifli ) menerima dengan lapang dada keputusan tersebut meskipun keputusan itu agak pelik dan alasan yang diberikan agak aneh. Maka kami pun mula berbincang bagi menyediakan pembelaan Mejar Zaidi. Sehingga tarikh keputusan prima facie itu dibuat saya masih yakin Mahkamah Tentera akan mengendalikan kes Mejar Zaidi dengan adil dan tanpa wujudnya sebarang elemen "prejudgment"atau berat sebelah.

 Namun saya silap. Dalam masa dua atau tiga hari sebelum tarikh perbicaraan bagi Mejar Zaidi membela diri diteruskan saya dimaklumkan oleh anakguam saya itu bahawa Tuan Yang DiPertua Mahkamah Tentera yang mempengerusikan panel hakim yang mendengar kes tersebut telah membuat satu komen tentang kes tersebut di portal Malaysiakini.

 Mana mana pembaca Malaysiakini yang ingin memberi komen di dalam mana mana artikel di portal online itu perlu mempunyai akaun facebook . Apabila kami membuat semakan ke atas penama yang membuat komen tentang laporan berita mengenai perbicaraan Mejar Zaidi itu kami mempunyai asas yang kuat dan kukuh untuk mempercayai individu yang membuat komen itu adalah pemilik akaun facebook yang secara jelas merujuk kepada Tuan Yang Dipertuan Mahkamah Tentera itu.Komen di Malaysiakini itu dibuat selepas saya berhujah tentang kes prima facie dan sebelum Mahkamah memutuskan meminta Mejar Zaidi dipanggil membela diri. Maka sudah jelas wujudnya elemen berat sebelah ( bias ) dan "prejudgment" yang menjejaskan perbicaraan yang adil ke atas Mejar Zaidi. Bagaimanakah Mejar Zaidi dan peguam beliau yakin komen Yang DiPertua yang mempengerusikan Mahkamah Tentera tidak mempengaruhi keputusan Mahkamah Tentera yang memutuskan Mejar Zaidi dipanggil membela diri.

Maka sebagai peguambela beliau saya melakukan perkara yang pasti dan wajar akan dilakukan oleh mana mana peguambela khususnya yang biasa mengendalikan kes jenayah. Saya menasihati anakguam saya supaya membuat aduan tentang perkara itu kepada Pihak Tertinggi Tentera dan anakguam saya telah membuat aduan bertulis dan rasmi tersebut.

 Di Mahkamah Tentera saya telah membuat permohonan bertulis disokong oleh Afidavit meminta Pihak Berkuasa Sidang membubarkan Mahkamah Tentera di bawah seksyen 111 ( 1 ) Akta Tentera 1972 kerana menurut seksyen tersebut Pihak Berkuasa Sidang mempunyai kuasa untuk membubarkan Mahkamah Tentera sekiranya wujudnya elemen elemen yang boleh menjejaskan perbicaraan yang adil ke atas orang yang dituduh.

 Saya memaklumkan kepada Mahkamah bagaimanakah anakguam saya boleh yakin Mahkamah yang membicarakan kes beliau akan berlaku adil kepada beliau jika anggota Mahkamah sendiri terlibat memberi komen ke atas anakguam saya ketika kes masih berjalan.9 Saya juga memberitahu Mahkamah aduan terhadap Tuan Yang DiPertua Mahkamah telah dibuat oleh anakguam saya kepada pihak tertinggi tentera , maka perbicaraan tidak sewajarnnya diteruskan sehingga keputusan siasatan tentang aduan anakguam saya itu diperolehi.

 Saya juga maklumkan kepada Mahkamah " Untuk makluman Mahkamah sebaik sahaja anakguam saya membuat aduan tentang komen di Malaysiakini itu secara tiba tiba akaun Facebook pihak yang membuat komen itu kini telah terpadam."Saya maklumkan kejadian akaun facebook itu secara tiba tiba terpadam lebih misteri daripada misteri kehilangan pesawat MH 370.

 Pihak Berkuasa sidang menolak permohonan Mejar Zaidi untuk membubarkan Mahkamah Tentera dan membebaskan beliau dan keputusan itu dibuat tanpa Mejar Zaidi dan peguam beliau dipanggil dan diberi peluang memberi apa apa penjelasan. Maka saya telah memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi membatalkan keputusan tersebut.

 Apabila Mahkamah ingin meneruskan perbicaraan saya meminta kes ditangguh sehingga keputusan Mahkamah Tinggi tentang semakan kehakiman diberikan. Permohonan saya ditolak. Saya juga membuat permohonan supaya kes tidak diteruskan kerana kami masih tidak tahu tentang status siasatan aduan Mejar Zaidi . Sekali lagi ditolak.

 Saya bangun lagi dan membuat permohonan jika Mahkamah ingin teruskan pihak membela meminta supaya Tuan Yang Dipertua dipanggil sebagai saksi pembela kerana pembelaan kami bagi kes ini adalah ketidakwujudan perbicaraan yang adil kerana ia tidak dikendalikan mengikut prinsip prinsip keadilan. Bersandar pembelaan itu saya berhujah peguambela Mejar Zaidi berhak menyoal pihak yang terlibat dalam membuat komen di Malaysiakini itu sebagai saksi. Permohonan kami ini juga ditolak.

 Mahkamah berkeras meminta saya memanggil saksi. Saya mengatakan kami tidak ada saksi lain kecuali Tuan Yang DiPertua Mahkamah.Saya juga memaklumkan kepada Mahkamah bagaimanakah seorang tertuduh seperti Mejar Zaidi boleh meneruskan perbicaraan di hadapan panel hakim yang diragui integriti mereka dengan wujudnya komen yang dibuat oleh anggota panel hakim semasa kes masih dalam proses perbicaraan. Sehingga sekarang Mahkamah tidak dapat menjawab soalan saya itu kecuali menyatakan kami terpaksa teruskan !

 Akhirnya Mahkamah meminta kami membuat hujah penggulungan selepas semua permohonan kami ditolak oleh Mahkamah. Pada hari penggulungan hujah itu saya memberitahu Mahkamah saya akan berhujah tetapi berhujah secara protes kerana saya tidak mengiktiraf panel Mahkamah yang mendengar kes ini yang bagi saya telah dicemari oleh unsur unsur yang menjejaskan integriti dan kredibilitinya . Dan saya juga memberitahu Mahkamah bahawa hujah saya hanya satu iaitu berdasarkan apa yang berlaku dalam kes ini adalah satu yang mustahil Mejar Zaidi akan mendapat perbicaraan yang adil . Maka, hujah saya, satu satunya remedi atau jalan keluar bagi kemelut ini adalah Mahkamah sewajarnya mengisytihatkan perbicaraan ke atas Mejar Zaidi sebagai "mistrial".

 Mistrial adalah salah satu pembelaan pihak tertuduh jika Mahkamah tidak lagi mampu mengendalikan perbicaraan secara adil dan mengikut lunas lunas keadilan.9 Apa yang berlaku ? Mahkamah Tentera tidak membenarkan saya membuat penggulungan hujah mengenai mistrial meskipun saya telah menyediakan hujah dan nas nas bagi menyokong hujah saya.

 Apabila berhujah tentang mistrial juga tidak dibenarkan saya pun menyatakan sayonara kepada Mahkamah dan terpulanglah kepada Mahkamah untuk buat apa sahaja yang mereka ingin putuskan. Mejar Zaidi juga redha dengan keputusan peguambela beliau yang mendapat restu sepenuhnya dari beliau.

 Dalam keadaan senario di atas terpulanglah kepada para pembaca sekelian untuk membuat tanggapan sendiri tentang kes Mejar Zaidi ini iaitu sama ada beliau diberikan perbicaraan yang adil atau tidak ? Atau adakah Mahkamah yang membicarakan kes Mejar Zaidi ini benar benar Mahkamah Tentera atau ianya Mahkamah Kanggaroo?

 Sejarah akan tentukan siapakah yang sebenarnya dibicarakan dalam kes Mejar Zaidi ini ...beliau atau Mahkamah Tentera itu sendiri ? Sepertimana kata kata Hakim Ehud Barak... "when a judge sits to judge he is in fact being judged " ( "Ketika mana seorang hakim duduk menghakimi kes, hakim itu sendiri hakikatnya yang sedang dihakimi" ) SUMBER

Inilah akibatnya bila wala' membabi buta...

Posted: 13 Jan 2015 04:30 AM PST

Setelah mahkamah memutuskan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspector Azilah Hadri itu bersalah membunuh Al-Tantuya, ramai yang masih tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut . 

Persoalan yang ditimbulkan di media sosial ialah apakah motif keduanya membunuh al-Tantuya waima mereka tidak ada apa-apa masalah pun dengan si mati.Kenal pun tidak! Sangat pelik apbila hakim perbicaraan kata, Motif bunuh tak penting?

Yang punya masalah dengan al-Tantuya ialah Razak Baginda.Mendiang al-Tantuya datang ke Malaysia adalah kerana mahu menyelesaikan masalahnya dengan Razak.

 Rakyat tertanya-tanya bagaimana bekas anggota UTK ini mampu mendapatkan C4 untuk digunakan walhal ianya senjata yang amat terkawal.Pastinya mendapat kelulusan orang atasan tertentu yang mempunya akses tersebut.

 Bahawa hakikatnya tugas UTK ni semua orang tahu - mereka mesti patuh kepada setiap arahan orang atasannya.Tidak boleh tanya tapi hanya ikut sahaja macam lembu dicucuk hidung. Ini adalah contoh wala' yang membabi buta. Jadi, siapakah yang arahkan mereka bunuh al-Tantuya?

Pastinya mereka ini mendapat arahan dari orang atasan mereka, bukan atas kehendak peribadi. Mereka hanyalah  mesen pembunuh yang telah di switched on untuk misi membunuh. 

Sudah tentu kita tertanya-tanya apa muslihatnya bila rekod kemasukan al-Tantuya ke Malaysia telah dipadamkan daripada rekod Jabatan Imigresen. Kes rekod yang dipadam ini telah di bawa ke mahkamah dan ia tidak pernah dinafikan samada di luar atau dalam mahkamah. Jelas sistem KDN mempunyai unsur penyelewengan, ada arahan daripada pihak atasan agar rekod Altantuya di hapuskan....

Apakah benar pembunuhan Al-Tantuya ada kaitannya dengan urus niaga kapal selam Scorpene dengan Thales International, melibatkan Syarikat Perimekar Sdn Bhd milik Abdul Razak Baginda dan Menteri Pertahanan pada masa itu, Datuk Seri Najib Razak?

Kita berharap semua persoalan ini akan mendapat jawapan apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bekas pegawai khasnya DSP Musa Safri dipanggil memberi keterangan dalam tuntutan sivil difailkan Setev, bapa kepada model Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Baca seterusnya di sini

Husam adalah contoh Wakil Rakyat dan Model Kepimpinan yang patut kerajaan Negeri ada.

Posted: 13 Jan 2015 02:45 AM PST

Rupa-rupanya kerajinan dan keprihatinan bekas Exco Kelantan Husam Musa membantu mangsa banjir serta kegeligaan beliau memberi pendapat (solusi) awal untuk membantu mangsa banjir kurang disenangi oleh sesetengah pihak di Kelantan. Menyedihkan lagi pihak itu datang dari rahang partinya sendiri Pas yang sepatutnya menyatakan sokongan bukan cemuhan.

 Husam turut membersih rumah mangsa banjir Tionghua.

 Kerajinan Husam menerusi Yayasan Darul Hijrah itu diberi gelaran, sindiran Husam sebagai MB swasta. Gelaran ini dibuat oleh kumpulan bekas seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan sendiri.

 Tidak boleh sesiapa nafikan akan kerajinan serta kekreatifan Husam dalam membantu mangsa-mangsa banjir. Satu demi satu idea dan usahanya dicatat dimana kejayaannya sangat dicemburui dan ternyata tindakan proaktifnya mendahului pihak-pihak berwajib lain termasuk kerajaan sendiri.

 Sebenarnya apa dibuat Husam itu bukan pelik sangat, tetapi ia lahir daripada sifat Husam yang suka mengambil berat kepada masalah rakyat sejak dari dulu lagi. Disamping itu kerajinan itu menyerlahkan kebolehan dan kemampuan Husam sebagai seorang pemimpin. Baca seterusnya  di sini

Syukur, Kelantan terbebas dari membayar RM800 juta....

Posted: 12 Jan 2015 11:35 PM PST

Peguam Datuk Sulaiman Abdullah tak semena-mena menalipon saya.

 Berita gembira, katanya. Mahkamah Persekutuan baru putuskan menolak rayuan Timber Mine mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu bahawa Kerajaan Kelantan mesti membayar gantirugi sebanyak sekitar RM 800 juta.

 Kerajaan Kelantan telah terlepas bahana itu.

 Dulu, selepas kalah di Mahkamah Tinggi, saya dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas mencari jalan menangani ancaman ini.

 Berkat doa dan buah fikiran orang itu dan ini, kes yang dulu nya agak sukar utk dimenangi, kini telah sampai ke penghujungnya.

 Saya memberitahu Datuk Sulaiman, selaku bekas pengerusi, saya akan adakan majlis kesyukuran ringkas meraikan anda yg terlibat.

 Datuk Sulaiman waktu itu agak uzur tetapi tetapi tetap bersama dengan kata ' saya akan tolong Kelantan fi sabilillah....'

 Syukur, Kelantan terbabas dari membayar tuntutan Timber Mine yg diwakili oleh Datuk Syafie Abdullah. Sumbangan saya pun fi sabilillah sama dengan Datuk Sulaiman. Khabarkan berita gembira ini buatmu Teman.

 13/01/15


Tiada ulasan: