Selasa, 13 Januari 2015

Tukar Tiub

Tukar Tiub


NAJIB DFAN RAZAK BAGINDA TIDAK LARI

Posted: 13 Jan 2015 07:39 PM PST





AKAN DI GANTUNG
KOMENTAR
memang menakjubkan
dalam undang undang
kes bunuh tidak ada jamin
tapi sirul dan azilah 
dibebaskan oleh mahkamah

maka siapa yang bertanggung jawab
siapa yang benarkan sirul
ke luar negara
maka sosok ini
juga terlibat


Bagi penjelasan Sirul hilang

SHAH ALAM – Pihak berkuasa perlu jelaskan kehilangan Koperal Sirul Azhar Umar, yang semalam dihukum mati bersama Cif Inspektor Azilah Hadri oleh Mahkamah Persekutuan kerana membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, lapan tahun lalu.

Pengerusi Sukarelawan Peguam Untuk Semua (Sukaguam), Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, penjelasan ini penting untuk mengelakkan kekeliruan masyarakat terhadap kontroversi kes itu.

Menurutnya, kes itu berprofil tinggi dan menjadi perhatian umum dan sepatutnya pihak bertanggungjawab pastikan dia hadir ke mahkamah.

"Ketika di peringkat (akhir) ini, tertuduh seharusnya tidak dibiarkan bebas ke luar negara.



KAH KAH KAH

woit
pelik mamat ni
tak faham faham
woit ini malaysialaaa
malaysia boooleh
mana ada hukum
mana ada law
kalau ada hukum
kalau ada law
najib dan razak baginda
sama ke tali gantung

APA PUNYA BANGANG





























-------------

NAJIB DAN RAZAK BAGINDA BEBAS

Posted: 13 Jan 2015 07:08 PM PST








DUA BEBAS


DUA 

DIGANTUNG


KOMENTAR
tukar tiub tidak menyokong
hukum gantung
kes sirul dan azilah kes terbaik
bagaimana yang bertanggung jawab'tidak di gantung tapi yang di upah
mati di gantung

Sirul, Azilah
KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan Koperal Sirul Azhar Umar selepas Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman gantung sampai mati...

KAH KAH KAH

woit
kah kah kah
betul ke berita ini
atau wayang
kah kah kah

woit
nanti tertangkap
komputer pulak
kah kah kah

APA PUNYA TUUUR




-------------

KEMPEN ANTI NAJIB BERMULA

Posted: 13 Jan 2015 06:39 PM PST






MAK JANDA BERANAK TUJUH
makcik ros perlu banyak duit hubby nak golf makcik nak shopping anak beranak nak berancuk kah kah kah.... rakyat lah tanggung semua...rakyat kena berhemah...rakyat kena bayar bil...rakyat kena bayar segala cukai...rakyat kena bayat ptptn...rakyat kena ikat perut...kah kah kah biar makan ubi kayu...biar banjir...biar makan sardine...biar makan maggie mee...

tapi tapi tapi makcik nak gi shopping...makcik nak pakai jet...makcik nak jadi muda...makcik nak bergetah...makcik nak botox...makcik nak kemut kah kah kah...tak apa ini lah jadi pabila rakyat di tipu...pemimpin yang tak layak... penjawat awam yang tak.layak... imam yang tak layak... 

yang tak layak akan buat perkara yang tak layak....asal diri.bahagia...asal diri mewah...asal diri senang lenang... peduli apa dengan rakyat...rakyat hanya tau meminta minta sedekah...rakyat hanya tau komplain komplain... pemimpin biar mewah dengan segala kemudahan diberi percuma kah kah kah nasib oh nasib rakyat malaysia yang bertuah ini.... kah kah kah on KETAWA PAGI INI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 1/13/15


-------------

DINASTI SEDANG DIRANCANG

Posted: 13 Jan 2015 06:04 PM PST






KOMENTAR
berita ini
kenyataan dari
anak lelaki iskandar kutty
membawa makna:
pada ketika ini
perebutan kuasa sedang berlaku

najib akan diterajang

muhyiddin
zahid 
hishamuddin
ini tangga yang jelas
tapi najib mahu sepupunya
maka anak lelaki bersuara
ini untuk memastikan
cucu lelaki iskandar juga
dalam jangka panjang
akan tersenarai





MADEY: Tolak politik dinasti dalam Umno

Amalan atau budaya 'dinasti' ditolak oleh parti terbesar kaum Melayu itu, kata bekas perdana menteri Mahathir Mohamad.

Sebaliknya, beliau menasihatkan Umno supaya menapis dan memilih pemimpin yang berminat untuk diletakkkan di tempat yang sesuai bagi memimpin parti itu.

"Dalam Umno tidak harus ada dinasti. Siapa sahaja yang layak dan cinta Umno berhak dilantik ke semua jawatan. Kaitan kekeluargaan tidak boleh dijadikan asas pemilihan atau penolakan.

"Mungkin semua ini tidak mudah dilakukan. Tetapi percubaan mesti dibuat," kata beliau dalam blognya.

Bagaimanapun negarawan tidak menyebut pemimpin yang dimaksudkan tetapi ia dilihat dimaksudkan kepada  Najib Razak dan sepupunya  Hishammuddin Hussein yang juga menteri pertahanan.

KAH KAH KAH

woit
kah kah kah
lidah kontot
kena tibai
kah kah kah








KAH KAH KAH

-----------

ADA AGENDA

Posted: 13 Jan 2015 05:27 PM PST




KOMENTAR
anwar ibrahim pernah berkata
daim zainuddin ini
macam tuhan hindu
ada banyak tangan

tangan tangan yang rembat
harta negara

kenyataan yang menyakitkan hati!


Serangan media terhadap Daim ancam kewibawaan Najib, kata wartawan veteran


Ketika menyerang bekas kumpulan medianya, wartawan veteran  A Kadir Jasin hari ini memberi amaran Media Prima Bhd yang dikawal Umno supaya berhenti menghentam  Daim Zainuddin atau ia boleh menikam balik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/serangan-media-terhadap-daim-ancaman-pada-najib-kata-wartawan-veteran#sthash.fhlhIkPz.dpuf

KAH KAH KAH

woit
apa cerita
ni macam ada agenda
nak jadikan malaon ini
menteri keewangan ke?
kah kah kah
kah kah kah
maka malaon ini 
diseranga

APA PUNYA SEWEL


---------



E-COLI - E- BRA ROSMAH

Posted: 13 Jan 2015 05:00 PM PST




 BILA PARLIMEN BERSIDANG
PARA YB PAKATAN
WAJIB
TANYA
berapa kilo berat saekor badak?


KOMENTAR

ini tanda kejayaan
kita pukul gendang
najib dan rosmah menari

kita timbulkan kes e-coli
kita timbulkan kes e-bra
'kaki bodek terpaksa jawab


Pembangkang fitnah Najib, tutup kejayaan


PETALING JAYA: Ketua UMNO Bahagian Cheras,  Syed Ali Alhabshee mendakwa pihak pembangkang sengaja mencari kesalahan dan kelemahan pentadbiran Najib Razak, disamping melemparkan fitnah dan tohmahan tidak berasas.

Syed Ali juga memberi contoh seperti isu virus E.coli, tidak ada sebab untuk Najib berbohong sepertimana andaian yang dibuat oleh pihak pembangkang dengan mengambil kira penjelasan daripada Kementerian Kesihatan.


"Usaha terancang pihak pembangkang yang menggunakan medium laman-laman sosial dan akhbar rasmi milik mereka menjadikan Najib dan keluarganya sasaran fitnah bertujuan menjatuhkan kredibiliti Perdana Menteri, sekali gus mahu Najib meletak jawatan," katanya.

Beliau mempersoalkan kenapa isu tersebut sengaja diperbesarkan sedangkan Najib sudah pun mendapat rawatan doktror dan dinasihatkan supaya berehat.


KAH KAH KAH

woit
kah kah kah
jerat sudah mengena
kah kah kah
kaki bodeek terus bodek
woit
tapi kita tak desak
najib letak jawatan
ni macam reverse psywar 
saje nak timbulkan
hal najib nak kena terajang

APA PUNYA TUUR





--------

DUA DI GANTUNG - DUA LAGI BEBAS

Posted: 13 Jan 2015 09:17 AM PST






DUA BEBAS





DUA 

GANTUNG


Pembunuhan Altantuya kekal misteri – N Surendran

PETALING JAYA: Walaupun Mahkamah Persekutuan memutuskan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar Umar bersalah membunuh warga Mongolia, Naib Presiden PKR, N Surendran mempertikaian motif pembunuhannya.
Dakwanya, walaupun keputusan sudah dibuat oleh panel lima hakim, motif pembunuhan Altantuya masih kekal misteri.
"Jangan hilangkan misteri itu. Di sebalik keputusan itu (hukuman gantung sampai mati), misteri motif dan sebab pembunuhan Altantuya Shaaribu masih tidak diselesaikan dan masih tidak diketahui," katanya sewaktu ditemui pemberita di Pusat Komas, Petaling Jaya.
Sembilan tahun lalu, Altantuya telah diletupkan di tengah-tengah hutan, dan jejaknya telah membawa kepada beberapa personaliti berpengaruh, iaitu penganalisis politik, Abdul Razak Baginda dan Timbalan Perdana Menteri ketika itu,  Mohd Najib  Razak.

KAH KAH KAH
woit
memang misteri
rakyat hairan
dua hukum gantung
dua masih bebas
macam mana berlaku

APA PUNYA HAIRAN





------------

SOALAN CARI JAWAPAN

Posted: 13 Jan 2015 06:00 AM PST










SOALAN 

HAKIKI


ini gambar
anak razak
atau
gambar
cucu razak




-----------

SATU LAGI EEE MUNCUL

Posted: 13 Jan 2015 05:00 AM PST






CEO 1MDB WAJIB TERANGKAN KE MANA WANG RM4 BILION DARI KUMPULAN WANG AMANAH PENCEN

Saya sedia maklum dengan reaksi Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB yang baru, Saudara Arulkanda Kandasamy yang menuduh kononnya pengkritik 1MDB hanya membuat spekulasi tanpa mengetahui fakta yang sebenarnya. Beliau juga dilaporkan berkata bahawa beliau telah benar-benar mengkaji pelaburan 1MDB dan yakin ia akan mendatangkan keuntungan.

Selama ini, masalah utama yang dihadapi oleh rakyat mengenai 1MDB adalah keengganan syarikat itu berterus terang dan melaporkan secara telus kepada Parlimen mengenai aktivitinya. Oleh kerana kurangnya maklumat mengenai pelaburan 1MDB itulah maka ahli-ahli Parlimen tidak ada pilihan lain kecuali membuat siasatan sendiri dan menanyakan soalan-soalan berkaitan di Parlimen dan media.

Apatah lagi hutang yang diambil oleh 1MDB sebahagiannya dijamin oleh kerajaan secara langsung atau tidak langsung. Keberhutangan 1MDB yang mencecah RM42 bilion (setakat laporan kewangan terakhir) akan mempunyai kesan besar kepada kedudukan kewangan negara dan industri kewangan/perbankan negara ini.


EEE
Oleh yang demikian, kenyataan Saudara Arulkanda itu adalah bongkak dan mengenepikan kebimbangan rakyat (termasuk dari kalangan pimpinan dan penyokong Barisan Nasional) yang munasabah mengenai 1MDB.

Memandangkan beliau begitu yakin dengan pelaburan 1MDB dan kononnya mempunyai fakta yang lengkap mengenainya, saya mendesak supaya CEO 1MDB ini mendedahkan semua maklumat dan fakta mengenai pinjaman RM4 bilion yang diambil oleh anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd dari Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) dalam tahun 2011.

Pinjaman RM4 bilion dari KWAP yang dijamin oleh Kerajaan Persekutuan pada awalnya bertujuan untuk membeli syarikat perlombongan dari Mongolia bernama Gobi Coal & Energy untuk melabur di Mongolia seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Business Times. Pelaburan itu dilaporkan tidak berlaku dan sehingga sekarang tidak diketahui bagi tujuan apakah RM4 bilion itu dibelanjakan.


EEE
Ini adalah ujian awal kepada kepimpinan Saudara Arulkanda di 1MDB untuk menilai apakah beliau akan berlaku telus dalam menangani soalan-soalan penting rakyat terhadap 1MDB. Jika beliau bersikap telus, beliau boleh menjelaskan bagaimanakah pinjaman RM4 bilion itu telah dibelanjakan setakat ini dan hasilnya kepada negara memandangkan itu adalah wang rakyat.

Jika tidak ada penjelasan yang memuaskan dari beliau dan pentadbiran Saudara Najib  Razak, saya akan mengatur supaya wakil-wakil pesara yang pencen mereka dicarum di dalam Kumpulan Wang Amanah Pekerja mengambil tindakan mahkamah terhadap 1MDB, KWAP dan Menteri Kewangan kerana dengan sewenang-wenangnya menggunakan wang pencen rakyat bagi pelaburan yang diragui.

RAFIZI RAMLI
Naib Presiden/Setiausaha Agung KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan

13 Januari 2015









------------

NAJIB DAN RAZAK BAGINDA TIDAK DI GANTUNG

Posted: 13 Jan 2015 02:10 AM PST







Turun bersolidariti utk Eric Paulsen 8mlm ini d IPD Dang Wangi





-------------

DUA BEBAS DARI HUKAMAN MATI

Posted: 12 Jan 2015 11:02 PM PST







DUA BEBAS DARI HUKUMAN MATI






Mahkamah Persekutuan jatuhkan 

hukuman mati kepada pembunuh 

Altantuya 

Dua bekas komando polis dijatuhkan hukuman mati hari ini selepas Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan pendakwa terhadap pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006.
Hakim Mahkamah Persekutuan Suriyadi Halim Omar berkata, pihak pendakwa berjaya membuktikan kes Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azahar Umar dengan dakwaan yang membawa hukuman maut itu.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mahkamah-persekutuan-jatuhkan-hukuman-mati-kepada-pembunuh-altantuya#sthash.D7CbSC4R.dpuf

RASUAH- RASUAH

Posted: 12 Jan 2015 10:50 PM PST








Kontrak KDN kepada 

MyEG ancam 

keselamatan negara, 

kata PKR 


PKR hari ini membidas tindakan Putrajaya memberikan kontrak pembaharuan "PAS Lawatan Kerja Sementara (PLKS)" ‎kepada syarikat swasta MyEG dan mendakwa ia hanya akan mengancam keselamatan serta kedaulatan negara.
Menurut Ahli Parlimen Sungai Petani (PKR) Datuk Johari Abdul, ‎tugas MyEG secara jelas melibatkan maklumat sensitif yang menyentuh hal ehwal imigresen dan negara boleh berdepan dengan risiko kebocoran atau salah guna maklumat.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kontrak-kdn-kepada-myeg-ancam-keselamatan-negara-kata-pkr#sthash.HQqx36An.dpuf


AMALAN MONOPOLI MYEG MUNGKIN MELANGGAR AKTA PERSAINGAN

KEADILAN AKAN MEMBUAT ADUAN KEPADA SURUHANJAYA PERSAINGAN

Pada 7hb Jan 2015, kami menuntut penjelasan daripada Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi atas isu penganugerahan kontrak pembaharuan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) sejumlah RM95 juta kepada syarikat swasta MyEG.

Seminggu sudah berlalu, seperti yang dijangka, Ahmad Zahid masih membisu atas isu ini.

Pada masa yang sama, kami terkilan dengan pengumuman bahawa MyEG juga diberikan tugas untuk membezakan pendatang asing yang sah dan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Mengikut penjelasan MyEG kepada Bursa Malaysia bertarikh 9 Jan 2015, tugas mereka termasuk menggubal, mengenal pasti, menyelenggara, mengemaskini serta menganalisa pangkalan data pekerja-pekerja asing serta majikan di Malaysia.[1]

Selain itu, MyEG juga ditugaskan untuk mengumpul (capture) biometrik digital majikan dan wakil majikan supaya dapat mengesan majikan yang mempunyai bilangan pekerja asing yang luar biasa.

Kami  terkejut dengan pendedahan ini kerana maklumat yang didedahkan kepada syarikat swasta adalah maklumat sensitif yang menyentuh hal-ehwal imigresen negara kita. Sebarang risiko kebocoran ataupun salahguna maklumat bakal mengancam keselamatan serta kedaulatan negara kita.

Persoalannya, mengapakah pembaharuan PLKS dan pembersihan PATI mesti ditugaskan luar kepada syarikat swasta dan tidak boleh dikendalikan oleh Jabatan Imigresen sendiri? Mengapakah majikan yang menggaji pekerja asing terpaksa membayar sebanyak dua kali, iaitu sekali kepada Jabatan Imigresen dan sekali lagi kepada MyEG?

Kami juga menegaskan bahawa pengendalian pembaharuan PLKS oleh MyEG merupakan satu bentuk monopoli kerana majikan tidak mempunyai pilihan lain selain melalui sistem MyEG. Mereka terpaksa membayar RM38 kepada MyEG, dan jika tidak membeli insurans dengan MyEG, tanggungan bayaran akan meningkat kepada RM58.

Kami percaya amalan monopoli ini telah menjejaskan kepentingan pengguna/orang awam dan mungkin telah melanggar Akta Persaingan 2010. Kami memberi tempoh 24 jam kepada Ahmad Zahid Hamidi untuk memberikan penjelasan kepada orang awam sebelum kami membawa kes ini ke Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).


YB Dato' Johari Abdul
Ahli Parlimen Sungai Petani

YB Lee Chean Chung
ADUN Semambu
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat



-----------

TUKAR TIUB TEPAT DAN BETUL

Posted: 12 Jan 2015 07:39 PM PST





KOMENTAR
analisa dan ramalan
tukar tiub tentang peranan ISIS
semakin jelas dilihat
semakin tepat dan benar

ANALISA POLITIK GLOBAL
Tulisan saya dalam Suara Keadilan bertajuk : ISIS dan Geopolitik – telah diterbitkan pada 25 November 2014. Para akhir dalam tulisan itu saya telah membuat rumusan ini:


Akhirnya negara-negara di Eropah, Amerika Latin dan Afrika – tidak dapat tidak akan mewujudkan undang-undang baru atas nama keselamatan untuk menentang pengganas ISIS. Malaysia juga akan memunculkan undang-undang baru anti-pengganas. Wal hal kepala pengganas utama dalam dunia ialah imperialis Amerika. Inilah peranan ISIS.

David Cameron pledges anti-terror law for internet after Paris attacks

Britain's intelligence agencies should have the legal power to break into the encrypted communications of suspected terrorists to help prevent any Paris-style attacks, David Cameron proposed on Monday.




--------------

Tiada ulasan: