Sabtu, 3 Januari 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Ada sesiapa yang nak pertahankan Khalid?

Posted: 03 Jan 2015 02:41 AM PST


Nampaknya puak-puak yang begitu semangat berapi-api suatu ketika dulu mempertahankan Khalid Ibrahim kini tentu kesejukan....  Maklumlah kerana sibuk membantu mangsa banjir .... Kalau tidak tentu mereka akan bersuara....Tang bantu banjir tu, semua orang sokong. Tapi ingat, bukan korang saja yang gi bantu, PasMa pun ada bantu diseluruh negara.

Sekarang ni senyap dah tak berkutik langsung!Pembayaran pampasan yang didakwa mambabitkan kira-kira 2.3 peratus daripada rizab MBI berjumlah RM112 juta telah dibuat di penghujung tempoh perkhidmatan Abdul Khalid sebelum Mohamed Azmin Ali mengambil alih jawatan menteri besar.

 Antara pembantu bekas menteri besar yang dilaporkan menerima bayaran tersebut ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MBI, Faekah Husin yang didakwa menerima RM695,400, bekas Setiausaha Akhbar Abdul Khalid, Arfa'ezah Abdul Aziz (RM413,000) dan Setiausaha Politik, Mustapa Mohd Talib (RM265,000). Laporan Malaysian Insider :

Bayaran pampasan RM2.6 juta perlu dipulangkan semula, kata Azmin

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali ditemuramah selepas 
sambutan Maulidur Rasul di Stadium Malawati Shah Alam hari ini. 
– Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 3 Januari, 2015. 
Pengurusan baru Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) mengarahkan lapan orang pembantu yang menerima bayaran pampasan sejumlah RM2.6 juta ketika pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk memulangkan wang itu semula, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

 Beliau berkata, siasatan MBI mendapati beberapa kesalahan yang melanggar tatacara kewangan dalam pembayaran pampasan atau "golden handshake " itu, menyebabkan pihak terbabit perlu memulangkan kesemua wang berkenaan dalam tempoh 14 hari.

 Azmin berkata notis arahan tersebut sudah dikeluarkan dan akan dihantar kepada lapan pihak terbabit, termasuk kepada bekas setiausaha akhbar Khalid, Arfa'eza Abdul Aziz yang dilaporkan menerima bayaran RM358,000 dan RM55,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan.

 "Pihak pengurusan sudah pun memaklumkan kepada saya yang surat akan dihantar kepada semua, untuk mereka kembalikan wang yang sudah dibayar kerana didapati beberapa perkara melanggar tatacara dan peraturan kewangan. - Berita selanjutnya : di sini

Tiada ulasan: