Sabtu, 3 Januari 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Najib Di Thailand, Kenapa Pergi Senyap-Senyap?

Posted: 03 Jan 2015 03:08 AM PST

shahbudindotcom


Melalui laman sosial Facebook dan Twitter milknya, Najib Razak menulis pagi tadi bahawa beliau kini berada di Thailand setelah mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya, Perdana Menteri negara itu, Jenderal Prayuth Chan-ocha semalam.

Perbincangan itu dikatakan berkaitan banjir serta menyampaikan ucapan terima kasih kepada rakan sejawatannya itu atas sumbangan yang dihulurkan bagi membantu mangsa banjir di Malaysia.

Katanya lagi, mereka juga bertukar pandangan tentang langkah pemulihan dan pengalaman Thailand dalam menghadapi bencana banjir.

Kali terakhir Najib dilihat berada di dalam negara ialah pada malam tahun baru di mana beliau berada di sebuah masjid di Pengkalan Kubur, Kelantan. Selepas itu, berita mengenainya senyap begitu saja kerana tiada berita dan gambarnya yang tersiar di akhbar atau media.

Beradanya Najib di Thailand dan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Thailand hanya diketahui kerana hebahan yang dilakukan sendiri oleh Perdana Menteri melalui laman sosial miliknya.

Kenapa Najib pergi ke Thailand secara senyap-senyap? Adakah ia lawatan rasmi, kunjungan peribadi atau menyambung percutian yang tergendala sebelum ini?

Kalau lawatan rasmi, siapa anggota rombongannya dan kenapa tiada wartawan ikut serta dan tiada juga laporan berita mengenai pemergiannya itu sedangkan yang ditemuinya adalah Perdana Menteri Thailand?

Jika bercuti pula, kenapa dilakukan secara sembunyi dan tidak diketahui oleh sesiapa. Jika dimaklumkan, tentu ramai yang ingin menghantar dan mencium tangannya.

Sebelum ini, pemergian Najib bercuti ke Hawaii juga dilakukan secara rahsia dan ia hanya diketahui ramai apabila gambarnya bermain golf bersama Presiden Amerika, Barack Obama didedahkan oleh media antarabangsa.

Pemergian Najib ke Thailand dan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya tiadalah apa-apa yang istimewanya jika tidak diketahui pesawat khas yang membawanya ke Hawaii sebelum ini, turut sedang singgah di Bangkok ketika ini.

Melalui laporan laman penjejak pesawat, FlightRadar 24, pesawat khas kerajaan dengan nombor pendaftaran 9M-NAA itu yang ditinggalkan ketika Najib kembali sendirian untuk meninjau keadaan banjir dalam negara, dilaporkan terbang daripada Hawaii - Indianapolis - Los Angelas - New York - London - Dubai dan destinasi terakhirnya dikesan semalam ialah di Bangkok, Thailand.

Sejak itu, timbul percakapan bahawa jet itu sedang digunakan oleh isterinya, Rosmah Mansor yang tidak kembali bersama-sama dengan Najib untuk meninjau suasana banjir sebelum ini.

Apabila FlightRadar24 mengesan jet itu singgah di Bangkok, ramai yang tertanya-tanya siapakah yang sedang menggunakannya dan apa yang dilakukannya di ibu negara Thailand itu?

Tetapi apabila pagi tadi Perdana Menteri sendiri memaklum beliau berada di Thailand selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Thailand, teka-teki orangramai mengenai kehilangan Najib sejak dua hari lalu, misteri jet singgah di Bangkok dan segala hal berkaitan dengannya bagaikan sudah mula terjawab.

Cuma timbul persoalan, apakah perancangan Najib pergi ke Thailand sudah lama dilakukan atau semata-mata untuk "menjemput" pesawat khasnya di Bangkok dan kemudian kembali ke dalam negara menaiki jet mewah itu bersama-sama isteri dan ahli keluarganya yang lain?

Mungkinkah pertemuan dengan Perdana Menteri Thailand juga baru saja dirancang, seiring dengan kebetulan beliau mahu pergi ke negara itu? 

Dengan Najib sendiri mengesahkan beliau berada di Thailand dan jet 9M-NAA juga "kebetulan"  berada di negara itu, janganlah terperanjat jika kembalinya ke dalam negara dalam waktu yang singkat ini, orang pertama yang melangkah keluar daripada jet itu nanti ialah Najib sendiri.

Mungkin juga media akan dijemput secara besar-besaran untuk merakam gambarnya keluar daripada jet bagi membuktikan selama ketiadaannya, tiada sesiapa selainnya menggunakan jet itu.

TPM: Sebar fitnah isu banjir perbuatan keji

Posted: 03 Jan 2015 03:05 AM PST

SINAR HARIAN

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diiringi isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom tiba ke Sambutan Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan Tahun 1436 /2015 di Masjid Putra di  Putrajaya hari ini. - Foto Bernama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diiringi isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom tiba ke Sambutan Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan Tahun 1436 /2015 di Masjid Putra di Putrajaya hari ini. - Foto Bernama
 
 
 
PUTRAJAYA - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyifatkan tindakan segelintir individu yang menyebarkan berita palsu dan fitnah mengenai musibah banjir di media sosial sehingga menjadi viral, sebagai perbuatan keji.

Timbalan Perdana Menteri berkata, selain bertentangan dengan ajaran Islam, perbuatan yang sama sekali tidak mencerminkan akhlak seorang Muslim itu juga boleh mewujudkan rasa benci dan permusuhan sesama umat Islam.

"Cerita-cerita yang direka oleh mereka yang berniat jahat ini banyak menimbulkan rasa resah dan gelisah dalam kalangan rakyat," katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1436H/2015M di Masjid Putra, di sini.

Sambutan bertemakan 'Perpaduan Nadi Transformasi Negara' itu turut dihadiri isterinya Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, menteri kabinet berkenaan dan perwakilan negara luar.

Muhyiddin sekali gus menggesa masyarakat supaya tidak mudah mempercayai berita yang tersebar di media sosial tanpa sumber yang sahih.

Beliau bagaimanapun berkata, daripada pengamatannya masih terdapat ramai kalangan masyarakat bersimpati dengan mangsa musibah itu.

"Mereka menghulurkan pelbagai bantuan sama ada berupa barangan, wang ringgit mahupun tenaga untuk membantu mangsa banjir.

"Ini adalah contoh akhlak terpuji yang diamalkan oleh rakyat negara ini tanpa mengira kaum atau agama," katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin menggesa umat Islam di Malaysia supaya sentiasa berusaha untuk memperkukuh dan meningkatkan kefahaman mengenai pegangan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan menjauhi segala bentuk ajaran yang melampau dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.

Beliau berkata pendekatan kesederhanaan atau wasatiyyah yang menjadi tunjang manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah perlu terus dipertahankan bagi mengelak elemen yang boleh merosakkan perpaduan dan mengancam keharmonian ummah.

Muhyiddin turut menarik perhatian bahawa umat Islam tidak boleh membiarkan kecelaruan pegangan akidah dan pemikiran menghasilkan tindakan yang boleh mengancam perpaduan dan keselamatan masyarakat umum.

"Saya percaya masalah perpecahan ummah dan sikap melampau segelintir umat Islam akan dapat diatasi sekiranya umat Islam kembali berpegang kepada ajaran Islam seperti yang terkandung dalam al-Quran dan Sunnah," katanya.

Pada majlis itu, Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad dipilih sebagai Tokoh Perdana Anugerah Maulidur Rasul 2015.

Syaikh Ismail menerima wang tunai RM50,000 sijil serta hadiah iringan.

Selain itu, lapan lagi individu turut menerima Anugerah Maulidur Rasul dengan masing-masing membawa pulang wang tunai RM20,000 berserta plak, sijil, dan hadiah iringan.

Sambutan itu bermula dengan perarakan 149 kontinjen membabitkan 12,325 peserta terdiri daripada 68 pasukan jabatan kerajaan, 33 badan berkanun, 13 swasta, 10 badan beruniform, empat sekolah, enam institut pengajian tinggi dan enan kontinjen badan bukan kerajaan.

Peserta berarak sambil berselawat sejauh 1.8km bermula di hadapan bangunan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melalui Persiaran Perdana menuju ke Masjid Putra. - Bernama

Kazim kepada Hussamuddin: Biar apa orang nak kata

Posted: 03 Jan 2015 03:04 AM PST


Mohammad Kazim Elias Mohammad Kazim Elias
 
 
SHAH ALAM - Meski banyak pihak menzahirkan pandangan yang berbeza, seorang penceramah terkenal, Mohd Kazim Elias, tampil dengan kenyataan tegas 'biarlah orang nak kata apa pun'.

Itu kata-kata sokongan yang dilontarkan beliau kepada Penerbit Sinar Harian, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub apabila kenyataannya bersabit isu kerajaan campuran di Kelantan diputarbelitkan.

"… cukup-cukuplah bertelagah selama ini.. ambillah semangat dan ajaran Nabi SAW sempena Maulidur Rasul.

"Semoga ALLAH rahmati semua mangsa banjir dan semua pimpinan pusat dan negeri, agensi kerajaan, NGO, sukarelawan, pihak swasta dan korporat serta semua yang membantu. Hanya ALLAH sahaja dapat membalas jasa anda," tulisnya di laman Facebook miliknya.

Kazim turut bersetuju dengan cadangan Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf itu mengenai perlunya penyatuan antara Umno dan Pas Kelantan demi kesejahteraan negeri berkenaan terutamanya bagi mengendalikan krisis banjir yang berlaku sekarang.

"Saya sangat sokong saranan Datuk Dr Hussamuddin Yaacub... Sinar Harian," tulisnya.

Terdahulu Hussamuddin dalam satu wawancara bersama Sinar Harian mencadangkan agar Pas Kelantan dan Umno Kelantan 'duduk semeja' iaitu bersetuju untuk menubuhkan sebuah kerajaan campuran di Kelantan.

"Kami mahukan kedua-dua Pas dan Umno Kelantan untuk berhenti berpolitik. Sudah 40 tahun orang Kelantan menderita kerana Pas dan Umno asyik berpolitik.

"Jadi sekarang sudah sampai masa pemimpin Pas dan Umno bersatu, saya tak bercakap di peringkat Pusat, tapi di peringkat negeri Kelantan, mereka perlu berhenti berpolitik, demi rakyat, untuk bangunkan balik Kelantan.

" Kerana masalah yang kita hadapi ini adalah malapetaka yang amat besar dan perlu menggembleng semua sumber yang ada sepenuhnya untuk pulihkan, kalau tidak rakyat akan lebih sengsara," ujarnya sebelum ini yang sedih dengan nasib yang menimpa rakyat Kelantan.

Kenyataan itu kemudiannya mendapat pelbagai respon pemimpin politik yang setuju dan tidak dengan pandangan itu, tidak kurang juga yang mempolitikkannya.

Ekoran itu satu sidang media diadakan semalam bagi menjelaskan lagi idea yang dilontarkan beliau agar nasib rakyat Kelantan terbela selepas insiden banjir yang disifatkan paling buruk di negeri berkenaan.

"Apa yang sarankan itu adalah ikhlas, tetapi cuba dipusingkan oleh individu yang bankrap idea dan katakan saya cuba untuk melariskan akhbar Sinar Harian. Pada hakikatnya saya mengambil risiko ketika membuat kenyataan itu kerana pembaca Sinar Harian adalah orang yang suka politik, dalam politik ada golongan dari dua-dua belah pihak yang berfikiran sempit dan taksub.

"Dalam kenyataan saya sebelum ini, bukan sahaja mahu Umno sahaja berkompromi tetapi Pas juga berkompromi. Saya tahu pembaca Sinar Harian datang daripada dua parti politik itu, bagi mereka yang berfikiran sempit akan boikot," tegas beliau.

Bas ekpres pantai timur beroperasi semula

Posted: 03 Jan 2015 02:47 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Perkhidmatan bas ekspres ke Pantai Timur yang dihentikan sementara sejak 26 Dis lepas akibat banjir kini disambung semula.

Yang Dipertua Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Sememanjung Malaysia (PEMBAWA), Tajuddin Mohd Yunus berkata kebanyakan syarikat yang menyediakan perkhidmatan dari ibu negara ke Kota Baharu dan Kuala Terengganu sudah membuka semula perkhidmatan mereka.

"Namun laluan dari Kuala Lumpur ke Kuantan dan Pekan perlu melalui jalan alternatif seperti laluan Bahau, Muadzam Shah dan Rompin kerana laluan biasa telah dinaiki air," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata perjalanan ke Kota Bharu dan Kuala Terengganu mungkin mengambil tempoh masa lebih lama kerana jalan masih dalam keadaan kurang baik.

"Contohnya jika kebiasaannya ia mengambil masa tujuh jam dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu, kini ia mungkin mengambil masa sehingga sembilan jam kerana jalan rosak atau mungkin masih ditenggelami air," katanya.

Tajuddin berkata walaupun bas terpaksa melalui jalan alternatif yang lebih panjang, namun kadar tambang kekal seperti dahulu.

"Pengusaha dan syarikat tidak dibenarkan mengambil kesempatan untuk menaikkan kadar tambang dengan alasan mereka menggunakan jalan alternatif yang lebih jauh," katanya.

Pada 29 Dis lepas, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat menghentikan perkhidmatan bas ekspres ke Pantai Timur yang dilanda banjir dan menggalakkan syarikat menggunakan laluan alternatif. - Bernama

Dua bahagian besar pesawat ditemui

Posted: 03 Jan 2015 02:45 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Pasukan mencari dan menyelamat menemui dua bahagian besar pesawat AirAsia penerbangan QZ8501 yang terhempas pada hujung minggu lalu.

Laporan media hari ini menyebut, Ketua Badan SAR Nasional Indonesia Bambang Soelistyo berkata objek itu ditemui kira-kira 30 meter daripada lokasi penemuan tompokan minyak semalam.

"Dengan penemuan tompokan minyak dan dua bahagia pesawat, saya boleh jamin bahhawa ia merupakan bahagian pesawat AirAsia yang dicari.

"Kami menunggu pengesahan visual daripada gambar" katanya seperti dipetik dalam laporan Straits Times.

Objek pada kedalaman 30 meter bawah laut itu masing berukuran dimensi 9.4x4.8x0.4 meter dan 7.2x0.5 metres, lapor Today Online.

Operasi pencarian di kawasan tersebut menghadapi cabaran keadaan laut bergelora.

Penyelam-penyelam yang selama ini bersedia untuk aktivi mencari dan menyelamatkan dikerahkan untuk mencari mayat.

Sebelum itu, beberapa peralatan boleh selam digunakan untuk meninjau objek itu dengan lebih dekat.

Penerbangan AirAsia QZ8501 yang membawa 155 orang penumpang dan tujuh anak kapal terhempas di laut Kalimantan pada hari Ahad lalu selepas berlepas dari Surabaya pada jam 5.20 pagi waktu tempatan.

Usaha mencari dan menyelamat kini bertumpu kepada mencari mayat dan serpihan pesawat di laut.

PKR: Kenapa Zahid bantu raja judi?

Posted: 03 Jan 2015 02:41 AM PST

MALAYSIAKINI


 


PKR menuntut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi penjelasan mengenai laporannya kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat untuk membebaskan seorang raja judi.

Tuntutan itu timbul selepas akhbar South China Morning Post menyiarkan surat didakwa ditandatangani oleh Ahmad Zahid

Surat itu didakwa menyatakan bahawa tauke judi tersebut, Paul Phua membantu Malaysia dalam soal "keselamatan negara"

"Adakah surat yang disiarkan South China Morning Post asli dan benar?," soal pengarah komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.

Phua menghadapi tuduhan di AS berhubung maklumat pertaruhan dan perniagaan perjudian haram.

Phua yang dikenakan perintah tahanan rumah di Las Vegas, tempat perbicaraan berlangsung, uga didakwa menganggotai kongsi gelap 14k Triad, satu entiti jenayah terancang Cina antarabangsa.

Bagaimanapun, satu surat ditandatangani Ahmad Zahid kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) menyatakan bahawa Phua bukan seorang anggota dan tidak mempunyai kaitan dengan 14k Triad.

"Tambahan pula, menurut rekod kami, Encik Phua banyak kali membantu kerajaan Malaysia dalam projek yang menjejaskan keselamatan negara dan seterusnya, kami terus meminta beliau membantu kami dan masa ke semasa, maka kami ingin beliau kembali ke Malaysia," surat itu dipetik.

Fahmi berkata beliau terkejut kerana Menteri Dalam Negeri sanggup mengaku bahawa Phua yang sebelum ini ditahan di Macau dan diusir kerana kegiatan perjudian membantu Malaysia dalam "projek" melibatkan keselamatan negara.

"Apa yang dimaksudkan oleh Zahid apabila beliau berkata 'projek melibatkan keselamatan negara'? Kenapa (Phua) terlibat?," soalnya

Hadi: Tuduhan Kerajaan Mesir terhadap Qardhawi bodoh, zalim

Posted: 03 Jan 2015 02:36 AM PST

Oleh: AFIX REDZUAN


SHAH ALAM: Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan Polis Antarabangsa (Interpol) tidak boleh mengambil tindakan terhadap Syeikh Dr Yusuf Abdullah Al Qardhawi hanya kerana pertuduhan spontan yang dilemparkan Kerajaan Mesir.

Abdul Hadi berkata, tuduhan Kerajaan Mesir terhadap Presiden Kesatuan Ulama Sedunia itu disifatkan zalim dan bodoh tanpa merujuk kepada peraturan Interpol.

"Jika, kita merujuk kepada Undang-Undang Tubuh Interpol, mereka hanya boleh mengambil tindakan terhadap individu yang dianggap melakukan kesalahan jenayah dan tidak boleh bertindak dalam kesalahan politik yang ada kaitan dengan hak asasi manusia.

hadi"Ia mesti mendapat kerjasama dengan negara yang orang dituduh itu berada, sama ada rakyat negara itu atau mendapat suaka politik negara berkenaan," katanya di Auditorium MBSA, di sini, semalam.

Beliau yang juga Presiden PAS meminta klausa Undang-Undang Tubuh Interpol yang menghalang seseorang itu ditahan dimasukkan bersama dalam memorandum bantahan yang akan dikemukakan badan bukan kerajaan (NGO) Islam Malaysia

Menurut laman web Interpol pada 5 Disember lalu, notis merah terhadap Qardhawi, 88, dikeluarkan selepas dikehendaki pihak berkuasa kehakiman Mesir bagi pendakwaan dan sabitan hukuman kerana dituduh menghasut, membantu pembunuhan antarabangsa, membantu banduan melepaskan diri dari penjara, aktiviti vandalisme serta kecurian.

Yusuf yang kini menetap di Qatar dituduh mempunyai kaitan dengan insiden kekecohan ahli kumpulan Ikhwan Muslimin di dalam penjara dan penentangan terhadap pemimpin diktator Mesir, Hosni Mubarak.

qaradawiAbdul Hadi berkata, serangan terhadap ulama seperti Qardhawi berpunca daripada permusuhan terhadap Islam sejak zaman dahulu, selain didorong dengan ketakutan terhadap Islam atau Islamophobia.

Tegas Abdul Hadi, kebangkitan rakyat cetusan Qardhawi mengakibatkan kuasa barat serta pemimpin Islam yang mempunyai kentingan peribadi kini bimbang dan takut.

"Percayalah Islam tidak boleh dimatikan. Bukan seorang Qardhawi.

"Kalau satu dahan pokok dicantas, sepuluh tunas akan tumbuh. Satu tunas dicantas, tumbuh sepuluh tunas yang baru.

"Satu Qardhawi dicantas akan tumbuh sepuluh lagi Qardhawi. Di sini, keyakinan kepada kepada Allah SWT dan kita jangan mengalah," katanya.-NFN-

Bekalan elektrik Kelantan mula pulih

Posted: 03 Jan 2015 02:33 AM PST

SELANGOR KINI


SHAH ALAM- Lebih 80 peratus pengguna elektrik di Kelantan mula menerima bekalan itu setakat petang semalam, kata Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Pengurus Besar Kanan (Operasi Wilayah 2), Bahagian Pembahagian TNB, Abdul Aziz Abdul Majid berkata, 506 lagi pencawang elektrik belum dipulihkan setakat ini, berbanding 1,017 pada 1 Januari lalu.

LOGO-TNB"Setakat jam 4 petang ini, 46 janakuasa bergerak dengan kapasiti sehingga 1,000 kVA (kilo Volt Ampere) juga sedang dioperasikan di Kelantan," katanya dalam kenyataan yang dipetik dari Bernama.

TNB juga, katanya, sedang berusaha untuk memasang beberapa lagi set janakuasa di lokasi yang memerlukannya.

Syarikat pembekal tenaga itu berkata, di Pahang, jumlah pencawang yang belum dipulihkan menurun kepada 239, berbanding 301 semalam, manakala 58 pencawang di Perak masih dihentikan operasi.

TNB mengingatkan mangsa banjir yang kembali ke premis masing-masing supaya menggunakan khidmat kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk memeriksa terlebih dulu pendawaian dan peralatan elektrik sebelum digunakan.

Pengguna di Kelantan dan Terengganu boleh menghubungi pejabat ST di talian 09-7487390, Pahang (09-5142803) dan Perak (05-2535413).

MB: Lapan pembantu mantan MB diarah kembalikan RM2.6 juta

Posted: 03 Jan 2015 02:26 AM PST

Oleh: HAFIZAN TAIB

azmin



SHAH ALAM: Lapan pembantu mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid, diarah menyerahkan kembali wang pembayaran gratuiti RM2.6 juta yang diterima mereka kepada Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI).

Pembayaran perlu dilakukan dalam tempoh 14 hari selepas penerimaan surat diutus pengurusan baharu MBI kepada lapan individu itu.

Dato' Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata MBI mendapati wujud beberapa perkara yang melanggar tatacara dan peraturan kewangan berhubung pembayaran berkenaan serta syarat kontrak yang dipersetujui.

"Setelah mendapat nasihat pihak peguam maka pengurusan baharu memutuskan menghantar surat kepada mereka bagi memberi peringatan supaya mengembalikan semula wang yang dibayar itu," katanya kepada media, selepas menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul 1436 hijrah peringkat Selangor di Stadium Malawati.

Katanya, tindakan akan diambil sekiranya pihak terbabit tidak mengembalikannya tetapi Kerajaan Negeri memberi peluang kepada mereka meneliti dahulu surat berkaitan dan berbuat seperti diarahkan.

"Sudah tentulah mereka kena kembalikan semula wang berkenaan kepada MBI dan MBI akan meneliti jumlah kelayakan yang akan dibayar kepada mereka," katanya.

Sebelum ini, lapan pegawai Abdul Khalid yang dilantik MBI dilaporkan menerima bayaran pampasan bernilai RM2.6 juta.

Pembayaran itu didakwa dibuat pada penghujung tempoh perkhidmatan Abdul Khalid sebelum Azmin mengambil alih jawatan Menteri Besar.

Hasil semakan laporan audit ke atas bayaran pampasan itu dibentangkan di Dewan Negeri Selangor (DNS) pada 3 Disember lalu mendapati wujud kesalahan dari segi tatacara dan prosedur pembayaran.

Ia membabitkan lebihan pembayaran kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Faekah Husin dan bekas Setiausaha Politik, Mustapha Mohd Talib.

QZ8501: Mayat Ditemui Masih Terikat Di Tempat Duduk

Posted: 02 Jan 2015 11:12 PM PST

MSTAR ONLINE
 
 
Peti yang mengandungi mayat penumpang AirAsia QZ8501 yang ditemui dari laut dibawa menaiki pesawat tentera sebelum dihantar ke Surabaya, di Pangkalan Bun, Jumaat. -foto REUTERS
 
 
 
PANGKALAN BUN: Sudah hampir seminggu penerbangan AirAsia QZ850 hilang tetapi pasukan mencari masih belum dapat mengesan kotak hitam penerbangan, walaupun 30 mayat telah ditemui, termasuk beberapa yang masih dalam keadaan terikat di tempat duduk dan serpihan menyerupai bahagian ekor dikesan.

Tentera laut Indonesia menemui sekurang-kurangnya lima mayat yang masih memakai tali pinggang keledar dan mengesan serpihan dengan sistem sonar, komander kapal perang Bung Tomo, Kolonel Yayan Sofiyan memberitahu MetroTV.

"Pasukan kami menemui apa yang kita syak adalah sebahagian kecil daripada ekor pesawat," katanya, Jumaat.

"Ia berada di bahagian dasar laut, pada kedalaman 29 meter."

Ketua Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas), Bambang Soelistyo, memberitahu media pada malam Jumaat bahawa masih belum dapat disahkan jika objek itu adalah sebahagian daripada ekor pesawat.

Tumpahan minyak juga ditemui di zon merah yang telah diberi keutamaan dalam carian. Zon ini terletak berhampiran dengan Kumai Bay.

Dalam perkembangan berasingan, laluan AirAsia Surabaya-Singapura dan Singapura-Surabaya digantung oleh Kementerian Pengangkutan Indonesia kerana perlanggaran kontrak oleh syarikat penerbangan itu.

Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan pada Jumaat, Kementerian Pengangkutan berkata, AirAsia, berdasarkan kontrak bertarikh 24 Oktober 2014 hanya dibenarkan untuk terbang di laluan Surabaya-Singapura-Surabaya pada hari Isnin, Selasa, Khamis dan Sabtu, tetapi syarikat penerbangan itu telah didapati terbang di laluan itu pada Ahad.

"Penggantungan itu bermula pada 2 Januari dan akan kekal, sementara menunggu hasil penilaian dan siasatan kami," kata kenyataan itu, yang ditandatangani oleh jurucakap kementerian, J.A Barata.

"AirAsia tidak pernah memfailkan permohonan untuk menyemak semula jadualnya. Ia adalah melanggar perjanjian," kata kenyataan itu.

Daripada 30 mayat yang dutemui, empat daripadanya telah dikenal pasti.

Polis berkata, tiga warga Indonesia, termasuk pramugari Khairunnisa Haidar, penumpang Grayson Herbert Linaksita dan Kevin Alexander Soetjipto, telah dikenal pasti berdasarkan cap jari dan rekod perubatan. Ia dikenalpasti selepas identiti penumpang Hayati Lutfiah Hami disahkan.

Pakar antarabangsa dari Perancis, Singapura dan Indonesia yang dilengkapi dengan peralatan pengesanan akustik canggih menyertai pasukan mencari di lokasi kemalangan disyaki di perairan Borneo, bagi memperkukuhkan usaha pencarian kotak hitam pesawat Airbus A320-200 itu.

Tetapi angin kencang dan laut bergelora sekali lagi menghalang carian penyelam 'untuk menyiasat bangkai pesawat, yang terhempas pada Ahad ketika dalam perjalanan dari bandar kedua terbesar Indonesia Surabaya ke Singapura dengan 162 orang di dalam pesawat. Tiada mangsa selamat telah ditemui.

Pegawai Basarnas memberitahu pemberita pada Jumaat bahawa usaha carian kini memberi tumpuan kepada kawasan seluas 5 km persegi laut di mana serpihan telah dikesan.

"Lebih banyak bukti dan serpihan ditemui, lebih hampir untuk kita mengesan pesawat," kata Pengarah Operasi Basarnas S.B Supriyadi.

"Kami memberi tumpuan kepada 5 km persegi laut di mana serpihan timbul. SEbelum ini kami mengambil serpihan di kawasan itu, termasuk gelongsor kecemasan, tetapi serpihan lain muncul."

Soelistyo berkata operasi pada Jumaat telah memberi tumpuan kepada kawasan seluas 1,575 batu nautika persegi, dengan melibatkan 29 kapal dan 17 pesawat. Ia adalah satu persepuluh saiz carian pada Khamis, yang meliputi kawasan seluas 13,500 kilometer nautika persegi.

"Ada dua tugas utama dalam sektor keutamaan ini: Pertama, untuk mencari bahagian yang paling besar badan pesawat. Tugas kedua adalah untuk mencari kedudukan kotak hitam, atau perakam penerbangan, yang akan dijalankan oleh KNKT (Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan) yang mula bekerja hari ini, " kata Bambang Soelistyo pada sidang akhbar.

"Para penyelam sudah bersiap sedia di kapal tentera laut Banda Aceh untuk menyelam di kawasan keutamaan untuk mencari badan kapal terbang," katanya.

"Saya berharap kita akan mendapat hasil yang ketara hari ini."

Dua kapal yang membawa hidrofon, atau peranti pendengar dalam air, meninggalkan pelabuhan selatan Borneo di Pangkalan Bun pada Jumaat, kata para pegawai Indonesia.

Dua  pesawat pengawasan Orion Korea Selatan pada Jumaat mengesan enam mayat, jurucakap tentera udara Indonesia Hadi Tjahjanto berkata dalam satu kenyataan akhbar.

"Selepas menjalankan pemerhatian di kawasan itu selama lebih dari dua jam, pada pukul 11.58 pesawat Orion menemui tiga mayat dalam keadaan duduk dalam satu barisan," dan tiga lagi hanya ditemui beberapa minit kemudian.

Supriadi berkata hujan turun di lokasi kemalangan yang disyaki pada pagi Jumaat, dengan ombak setinggi 3-4 meter dan kelajuan angin 30-40 knot.

Pesawat itu telah hilang pada 28 Disember 2014, dan serpihan ditemui tiga hari kemudian di selatan perairan wilayah Kalimantan.

Indonesia mengetuai operasi mencari multinasional itu dengan bantuan dari Malaysia, Singapura, Britain, dan Amerika Syarikat. Jepun pada pagi jumaat menghantar dua kapal ke Laut Jawa.

Memandangkan pesawat terhempas di laut cetek, pakar berkata usaha mencari kotak hitam sepatutnya tidak akan menjadi sukar jika isyarat beacon, dengan jarak 2,000 hingga 3,000 meter berfungsi. - Straits Times/Ann

Langgar Waktu Operasi, Indonesia Gantung Laluan AirAsia Surabaya-Singapura

Posted: 02 Jan 2015 11:06 PM PST

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
 
PETALING JAYA: Kementerian Pengangkutan Indonesia telah menggantung laluan AirAsia Surabaya-Singapura, berkuat kuasa Jumaat, kerana melanggar waktu operasi laluan yang dibenarkan.

Kompas.com pada Sabtu melaporkan bahawa syarikat penerbangan itu telah melanggar surat kebenaran yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Penerbangan Awam bertarikh 28 Oktober 2014, yang menyatakan bahawa syarikat penerbangan itu hanya dibenarkan untuk berulang alik menggunakan laluan itu pada hari Isnin, Selasa, Khamis, dan Sabtu.

Walau bagaimanapun, AirAsia Indonesia telah didapati melanggar permit dengan menggunakan laluan itu pada 28 Disember hari di mana penerbangan QZ8501 yang membawa 162 penumpang dengan pesawat telah hilang.

"Oleh itu, laluan itu digantung sementara," kata Ketua Komunikasi Awam kementerian JA Batara dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa larangan itu boleh dipertimbangkan semula selepas selesai penyiasatan oleh Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Indonesia.

Penumpang yang telah membeli tiket bagi laluan Surabaya-Singapura telah dinasihatkan untuk menukar jadual penerbangan mereka.

Sementara itu, Pengarah Keselamatan dan Keselamatan Air Asia Indonesia Kapten Ahmad Sadikin berkata pada Jumaat bahawa beliau masih belum maklum mengenai penggantungan itu dan mengulangi bahawa syarikat penerbangan itu tidak pernah mengendalikan laluan tanpa permit.

"Saya tidak boleh menjawab secara terperinci, kerana saya tidak pernah mendengar mengenai penggantungan itu lagi. Tetapi jika kita tidak mempunyai kebenaran, maka pasti kita tidak akan terbang," Sadikin dipetik sebagai berkata.

Banjir: Jumlah Kerosakan Harta Benda, Infrastruktur Cecah RM1 Bilion

Posted: 02 Jan 2015 11:04 PM PST

Oleh: THE STAR
 
 
 
 
 
PETALING JAYA: Banjir dahsyat yang melanda telah menyebabkan kemusnahan dan kerugian terhadap negara, infrastruktur dan rakyat.

Apa yang menjadi keutamaan adalah perhatian terhadap beribu-ribu penduduk yang kehilangan tempat tinggal dan ahli keluarga yang kehilangan nyawa akibat bencana itu.

Tetapi ketika keadaan banjir di seluruh negara kembali pulih, sebenarnya kehilangan dan kerugian yang dialami adalah lebih daripada yang dijangkakan.

Antaranya, 69,000 pekebun kecil getah dan sehingga 50,000 penanam kelapa sawit di mana ladang-ladang mereka telah ditenggelami banjir.

Mereka mengalami kerugian dari segi sumber pendapatan memandangkan ladang yang ditenggelami air dalam tempoh yang panjang boleh merosakkan tanaman kelapa sawit.

Di Kelantan sahaja, yang merupakan negeri pantai timur yang paling teruk dilanda banjir, terdapat kira-kira 150,000 petani dan penternak yang mana sawah padi dan kebun sayur-sayuran, ternakan dan kolam ikan mereka musnah akibat banjir.

Jumlah kerosakan harta benda dan infrastruktur di semua negeri terbabit masih diselaraskan tetapi kosnya setakat ini sudah mencecah RM1 bilion.

Pada Jumaat, anggaran jumlah kerugian diumumkan berjumlah RM878 juta.

Ia termasuklah RM350 juta untuk membaiki sekolah-sekolah di lima negeri, RM200 juta untuk kerosakan harta benda, RM100 juta untuk membaiki jalan raya di Kelantan, RM132 juta untuk membaiki jalan raya di Terengganu dan RM96 juta untuk membaiki 93 runtuhan tanah di sepanjang jalan-jalan rosak di empat buah negeri.

Penyelarasan ini tidak termasuk kerugian yang ditanggung oleh sektor getah, kelapa sawit dan pertanian, yang merupakan antara aktiviti ekonomi utama bagi penduduk di negeri-negeri pantai timur.

Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM) berkata kira-kira 119,000 pekebun kecil telah terjejas dan satu kajian untuk menentukan kerugian yang dialami masih dijalankan.

"Ini merupakan menjadi banjir dahsyat dan paling teruk untuk pekebun kecil kelapa sawit di Pahang dan Terengganu serta pekebun kecil getah di Kelantan," kata Presiden PKPKM Datuk Aliasak Ambia.

Beliau berkata pekebun kecil getah memerlukan bantuan dalam bentuk peralatan, seperti cawan dan pisau toreh, manakala pekebun kecil kelapa sawit mengharapkan bantuan baja.

PKPKM mempunyai kira-kira 375,000 ahli yang menanam pokok getah, kelapa sawit dan koko di atas tapak tanah kurang dari 40 hektar.

Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata pihak berkuasa pembangunan tanah telah menjalankan satu kajian untuk menentukan sejauh mana kerosakan dan kerugian.

"Setakat ini, apa yang boleh saya katakan adalah sebahagian besar daripada kerosakan itu berlaku di ladang kami di Gua Musang, Kelantan, dan di beberapa bahagian di Pahang," katanya.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata anggaran yang lebih tepat dari segi kerosakan masih tidak boleh dilakukan kerana kebanyakan petani masih berada di pusat pemindahan.

Tambahnya, disebabkan petani yang terjejas, ia secara tidak langsung akan meningkatkan harga sayur-sayuran di seluruh negara kerana komoditi itu menjadi sukar didapati dan jalan raya tidak boleh diakses, menyebabkan hasil tanaman sukar berada di pasaran.

Pengurus Tenaga Nasional Bhd (TNB) Kelantan Md Yuslan Md Yusof juga tidak boleh meletakkan angka kerugian tetapi menambah bahawa banjir telah merosakkan peralatan seperti suis, transformer, kabel, konduktor dan tiang elektrik, kebanyakannya di Tanah Merah, Gua Musang dan Kuala Krai.

Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata, beliau hanya boleh memberikan anggaran tepat mengenai kerosakan sebaik sahaja air surut.

Kementerian Pertahanan telah berjanji untuk membantu Kementerian Kerja Raya dari segi tenaga kerja untuk membaiki infrastruktur awam yang rosak, terutama jalan raya.

Najib perlu jelaskan tujuan jet rasmi

Posted: 02 Jan 2015 11:00 PM PST

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu memberi penjelasan tujuan jet rasmi kerajaan Malaysia, 9M-NAA diterbangkan ke beberapa negara.

Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Chean Chung berkata, semakan menggunakan aplikasi 'Flightradar' mendapati pesawat itu terbang ke Indianapolis, New York dan Los Angeles, Amerika Syarikat pada 31 Disember.

Manakala pada 1 Januari, pesawat itu meneruskan perjalanannya ke Dubai dari London sebelum tiba ke Bangkok.

"Yang menarik perhatian saya ialah 'misi misteri' ini bergerak ke arah barat dari Indianapolis ke Los Angeles, tetapi kemudian ke arah timur pula dari Los Angeles ke New York. Apakah tujuan penerbangan yang berulang-alik dan pelik itu?" soalnya, dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ketiadaan jet rasmi kerajaan selama 7 hari ketika Malaysia dilanda banjir yang paling teruk dalam sejarah menjadi tanda tanya orang awam dan menimbulkan keraguan masyarakat antarabangsa.

"Tiada pemimpin yang berintegriti akan menggunakan jet rasmi kerajaan untuk bercuti, apatah lagi dalam keadaan rakyat sengsara menghadapi malapetaka yang menyakitkan ini.

"Tambahan pula, jet tersebut boleh ditinggalkan untuk penggunaan 'VIP misteri' untuk terbang ke sana sini sempena pesta Krismas dan Tahun Baru di negara barat," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semambu.

Lee sebelum ini mendakwa, penggunaan jet VIP Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) M53-01 untuk menghantar Najib pulang ke Malaysia, adalah pembaziran kerana beliau sepatutnya pulang dengan jet 9M-NAA.

Katanya, ia membazirkan wang rakyat sebanyak RM73,620 sebagai pembayaran kos bahan api dan wang sejumlah itu sepatutnya boleh digunakan bagi membantu mangsa banjir.

"Jumlah ini belum termasuk kos penggunaan jet asal 9M-NAA yang sudah pasti akan mencecah jutaan ringgit," katanya.

Selaku pengguna jet rasmi 9M-NAA, Lee berkata, Najib wajib memberikan penjelasan tujuan penggunaan jet tersebut, dan adakah ia diguna pakai oleh keluarga atau isterinya.

Beliau juga mahu tahu adakah perbelanjaan pesawat itu akan ditanggung rakyat yang kini menderita akibat banjir ini.

"Saya turut menyeru sesiapa yang mempunyai maklumat dan gambar 'VIP misteri' yang menggunakan jet tersebut supaya membekalkan informasi kepada PKR dan saya untuk pendedahan lanjut," katanya.

Mana siasatan SPRM kes Daim, Ali Rustam?

Posted: 02 Jan 2015 10:59 PM PST

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR : KEADILAN mempersoalkan hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas laporan rasuah yang dibuat terhadap bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Naib Presiden KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, beberapa siri laporan telah dibuat terhadap kedua-dua pemimpin itu.

Shamsul IskandarKatanya, tidak kurang daripada tiga laporan dibuat pada tahun 2014 terhadap Daim  berikutan dakwaan mempunyai simpanan berbilion ringgit di bank Afrika dan Eropah Timur.

Namun, katanya, SPRM langsung tidak mengambil sebarang tindakan atau memanggil bekas menteri itu untuk memberi keterangan.

Selain itu, katanya, beliau dan Pakatan Rakyat Negeri Melaka juga membuat laporan mengenai perbelanjaan perkahwinan anak mantan Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Rustam yang dikatakan dihadiri 130,000 tetamu.

Menurutnya, terdapat pelbagai keraguan mengenai kos majlis berkenaan termasuk notis mesyuarat majlis tersebut yang melibatkan ketua-ketua agensi kerajaan Negeri Melaka.

Malah, Shamsul yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil berkata, Mohd Ali sendiri membuat pengakuan bahawa majlis itu

Penyakit sosial bawaan banjir

Posted: 02 Jan 2015 10:54 PM PST




Oleh Rozaman Ismail


Syukurlah banjir di Pantai Timur sejak seminggu lalu sudah mula menyusut. Sebahagian kawasan sudah boleh dimasuki. Ada penduduk yang sudah kembali ke rumah masing-masing. Ada juga yang kembali ke pusat pemindahan semula kerana yang tinggal cuma 'tapak rumah' sahaja.

Bencana ini sudah pasti memberi kesan sangat mendalam kepada semua yang terlibat. Kemusnahan fizikal sangat besar dan nilai kerosakan meningkat dari sehari ke sehari. Semakin surut air, semakin jelas dan terserlah kemusnahan. Melihat kepada kesan yang dialami, ramai yang menyamakannya de­ngan tragedi tsunami 10 tahun lalu.

Setiap kali berlaku kejadian atau insiden besar seperti banjir sudah pasti akan ada 'penyakit bawaan' masing-masing. Penyakit sedemikian mudah merebak. Bagaimanapun setakat ini dilaporkan tidak ada yang serius dikesan. Harap-harap­nya selepas banjir nanti pun sama.

Cuma, ada satu 'penyakit' baharu yang muncul sejak hari pertama kejadian. Ia penyakit berjangkit yang sangat bahaya. Penyakit ini merebak dengan cepat sehingga ramai yang menjadi mangsa. Penyakit ini tersebar menerusi 'media sosial.'

Penyakit tersebut disebarkan oleh 'pendekar papan kekunci' yang kebanyakannya bukan berada di tempat kejadian pun. Sesetengahnya duduk di luar negara. Mereka bukan calang-calang orang malah ramai yang terpelajar. Walaupun duduk di luar negara, tidak kira di tanah Arab atau benua Eropah, mereka ini sangat aktif menjadi agen penyebar. Cara pendekar papan kekunci ini menyebarkan pe­nyakit tersebut tak ubah seperti dia berada di kawasan kejadian. Laporannya semacam siaran langsung, sangat terkini kononnya.

Dan seperti biasa, tidak ada langsung sisi baik dalam laporan mereka di laman sosial Facebook dan Twitter atau aplikasi WhatsApp itu. Sumbernya pula se­perti biasa khabar angin atau dengar cakap orang lain. Kawan kepada sepupu kepada biras kepada besan kepada dua pupu kepada saudara jiran saya bagi tau bla bla bla. Hakikatnya terbukti segala berita yang kononnya terkini itu tidak betul.

Setakat ini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyenaraikan 22 individu yang dipercayai boleh membantu siasatan berhubung penyebaran berita palsu sepanjang banjir.

Sebanyak 10 be­rita palsu dikenal pasti antaranya berita pusat pemindahan Sekolah Manek Urai runtuh, kerajaan menyembunyikan fakta kematian mangsa banjir, kes kematian di Guchil, bantuan banjir pertubuhan bukan kerajaan disekat dan pelepasan air empangan di Thailand sebagai punca banjir besar.

Itu hanya sebahagian. Beratus-ratus lagi berita palsu tersebar dan berlegar sehingga sekarang. Bagi meyakinkan pembaca, dikepilkan sekali gambar-gambar kejadian. Gambar pasukan tentera sedang menarik keluar mangsa tanah runtuh menjadi viral. Kejadian itu disangka berlaku di sebuah daerah yang dilanda teruk banjir, walaupun uniform yang dipakai oleh anggota tentera itu terang-terangan milik pasukan tentera sebuah negara jiran. Namun ramai yang termakan dengan berita palsu sedemikian.

Tidak pasti berapa ramai yang 'dicari' SKMM, sudah tampil membantu siasatan. Kalau berani, mereka kena hadir membantu siasatan. Berdasarkan tulisan yang berapi-api itu, individu terlibat tidak nampak seperti seorang penakut. Atau sekadar berani di alam siber sahaja. Juga tidak dapat dipastikan, apa pula bentuk tindakan yang boleh diambil oleh SKMM jika terbukti segala berita yang disebarkan itu fitnah. Adakah akan dibiarkan berlalu begitu sahaja selepas ini?

Seperkara lagi, bah besar kali ini memperlihatkan begitu ramai rak­yat Malaysia datang ke kawasan bencana sebagai sukarelawan. Agensi kerajaan pusat dan pasukan keselamatan awal-awal kejadian lagi sudah dikerahkan secara maksimum. Mereka yang kebanyakan dari negeri-negeri lain berbondong-bondong memasuki kawasan yang teruk dilanda banjir.

Sukarelawan daripada pelbagai pertubuhan kerajaan ini bergan­ding bahu dengan pasukan keselamatan seperti polis, tentera, Rela, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) membantu mangsa-mangsa banjir. Mereka bekerja sepenuh jiwa, tanpa mengira masa bagi memastikan penduduk kampung terlibat selamat dipindahkan atau mendapat bekalan makanan.

Bagaimanapun ramai yang tidak peduli, sesetengah daripada mereka juga mangsa banjir. Keluarga mereka turut bergelut de­ngan bencana yang sama manakala mereka berhabis tenaga membantu mangsa banjir di tempat lain.

Malangnya banyak pihak yang kerjanya hanya mengkritik, memperlekeh, menghentam malah sampai ke tahap menghina kerja mulia anggota pasukan keselamatan. Mereka yang bertungkus-lumus siang malam dan bertarung nyawa meredah banjir dituduh macam-macam. Serangan turut dibuat terhadap pemimpin kerajaan Pusat.

Malaysia dan rakyatnya mempunyai rekod yang dikagumi dalam kerja-kerja kebajikan dan kemanusiaan di seluruh dunia. Justeru adalah sangat tidak masuk akal, jika ada yang menuduh pihak berkuasa dan pasukan keselamatan kita tidak prihatin, tidak peduli dan pi­lih kasih dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.

Mereka telah melakukan yang terbaik walaupun banyak kekangan dan halangan khususnya di peringkat awal banjir. Tanggungjawab membantu mangsa yang terlibat masih berterusan dan akan berterusan sehingga banjir berakhir. Malah selepas banjir berlalu pun, banyak lagi tugas yang menanti. Walaupun dihina dan diperlekeh, semangat mereka tidak pernah luntur.

Kelompok yang gemar melemparkan tuduhan jahat kepada anggota pasukan keselamatan dan orang yang tidak putus-putus menghulurkan bantuan adalah 'manusia berpenyakit' dan mengalami 'kecelaruan jiwa' yang sangat kronik. Mereka perlu dirawat.

Malam Cinta Rasul Tahun Baru 2015 : Kos Bayaran RM200,000 Berbaloi “Shortcut” Untuk Doa Anda Diterima?

Posted: 02 Jan 2015 09:43 PM PST



Malam Cinta Rasul



Malam Cinta Rasul Tahun Baru 2015 : Kos Bayaran RM200,000 Berbaloi "Shortcut" Untuk Doa Anda Diterima? Sehingga ke hari ini, Berita Semasa tidak pasti siapa yang membawa masuk dan mula mempopularkan Malam Cinta Rasul dengan acara-acara sebegini rupa, duduk beramai-ramai sambil melambai-lambai yang diketuai oleh pak habib yang mengaku boleh nampak kelibat Nabi Muhammad SAW dalam sedar…dalam majlis ya hanana.

Sehingga ke malam tadi, ia terus dipopularkan oleh kelompok dan kumpulan-kumpulan tertentu. Siapa yang perlukan sebenarnya RM200,000 itu? $$$$$$$$. Ermmmm……

Berita Semasa tonton video dari Mufti Ismail Musa Menk (Zimbabwe) seperti yang Berita Semasa kongsikan di bawah ini


Antara ungkapan dan kata-kata yang menarik perhatian pihak Berita Semasa adalah :
We are coming around to that time of year again when something needs to be said concerning the innovation of celebrating the Prophet's birthday.
Why One Shouldn't Celebrate Mawlid-un-Nabi (Prophet's Birthday)

 

Punca & Sebab Malam Cinta Rasul Tahun Baru 2015 Berbelanja Besar?

KLIK SINI : Bayaran Artis KPOP RM1.6 Juta Guna Duit Pembayar Cukai? 
(KBS) Kantoi Menipu?

"Pengsan" Berita semasa sebentar meneliti laporan Berita yang disediakan oleh MalayMailOnline terutamanya yang Berita Semasa "highlightkan" pada paparan yang berita Semasa kongsikan di bawah ini melibatkan Malam Cinta Rasul 2015

Sedangkan Nabi, para sahabat dan tabii pun tidak pernah buat siapalah kita yang nak memandai-mandai cipta perkara baru dalam beragama. Ada baiknya dana yang ada itu diserahkan terus kepada mangsa banjir yang lebih memerlukan lebih-lebih pasca banjir di kelantan, Terengganu, pahang dan negeri-negeri lain yang terlibat dan disertakan dengan solat taubat, solat hajat beramai-ramai.

Tuhan tidak perlu disuapkan dengan "rasuah" dengan wang ringgit sehingga beratus-ratus ribu dan nilai jutaan ringgit Malaysia dalam Malam Cinta Rasul Tahun Baru 2015 contohnya. Jauh sekali sehingga memerlukan untuk melalui Tuan Syeikh yang mengaku keturunan Nabi.

Meneliti lagi laporan MalayMailOnline terhadap Malam Cinta Rasul Tahun Baru 2015 yang diketuai Habib Syech Assegaf ini sepertimana yang diulas oleh Ustaz Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz,
  • Adakah rakyat Malaysia perlu ber yahanana dahulu baru segala doa dimakbulkan?
  • Mana lagi baik solat hajat seluruh negara Malaysia selepas sembahyang Jumaat pada minggu lepas contohnya ataupun acara ber yahanana yang memakan kos sejumlah RM200,000?
P/S : Allah itu MAHA ADIL. Allah Maha Mendengar Maha Mengasihani Maha Penyayang Maha Mengampuni

P/S : Ya…betul untuk mendapat syafaat di akhirat esok, kena perbanyakan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Tetapi tidak pernah pula diajar oleh guru-guru agama untuk menjauhi malapetaka ini perlu beryahanananana…. dahulu sambil melambai-melambai kat atas nunnn. Sepengetahuan Berita Semasa yang jahil ini selawat yang paling afdal, adalah selawat ibrahimiyah yang kita duduk baca dalam tahiyyat akhir, itulah dia selawat yang paling "high class" sekali. Free sahaja, straight antara hamba dengan penciptaNya.

PPP/S : Berita Semasa cukup risau melihatkan trend sekarang apabila agama mula dijadikan komoditi dijual beli. Konsep wasilah tidak salah, tetapi janganlah berlebih-lebih kerana ada orang lain yang memerlukan.

PPPP/S : Di zaman urbanisasi manusia hari ini, keluarlah belajar dan mencari ilmu. Tiada jalan pintas dan ekspres untuk memenuhi rohaniah kita semua. Insyaallah.

Semak Kenyataan Ustaz Mohammad Asraff Ayob Malam Cinta Rasul Tahun Baru 2015

 

Video pelajar sekolah rendah dibuli jadi viral terbaru

Posted: 02 Jan 2015 09:33 PM PST

Pihak berkuasa perlu melihat perkara ini secara serius dan menyiasat kejadian ini.


bully


PETALING JAYA: Satu lagi video pelajar sekolah rendah dibuli menjadi viral di laman sosial hingga mencetuskan kegusaran dan kemarahan orang ramai.

Kes dikatakan berlaku di sebuah sekolah rendah di Alor Setar, Kedah dan ia turut mendapat perhatian Ketua Pemuda Kebangsaan MIC Sivarraajh Chandran yang turut berkongsi video berkenaan di laman Facebook miliknya.

"Saya telah meminta Ketua Biro Pendidikan untuk membuat laporan mengenai kes buli ini. Saya menggesa Kementerian Pendidikan dan Polis Diraja Malaysia melakukan siasatan penuh.

"Kita sepatutnya mendidik generasi akan datang supaya mereka menjadi insan yang berkualiti dan bersopan santun dan bukannya menjadi pembuli di sekolah," katanya.

Sementara itu, ketika dihubungi The Rakyat Post, Pengarah Strategi MIC Datuk Seri S. Vell Paari berkata, dia menerima rakaman video yang kemudian dikongsi bersama anggota parti yang lain.

"Saya telah meminta bekas pengerusi MIC Kedah untuk menyiasat sekolah di mana insiden itu dikatakan berlaku kerana tulisan di belakang baju yang dipakai oleh seorang murid itu tidak dapat memberikan maklumat terperinci.

"Beliau biasa dengan sekolah-sekolah di Kedah dan berjanji akan menghubungi saya sebaik saja mendapat maklumat, esok," katanya.

Tambahnya lagi, dia bimbang dengan keadaan di negara ini selepas melihat satu lagi video buli murid, terutamanya melibatkan pelajar di sekolah rendah.

Vell Paari menggesa pihak berkuasa untuk melihat perkara ini secara serius dan menyiasat mengapa kejadian ini berlaku kerana menurutnya, "Suatu hari nanti pasti akan berlaku kematian akibat buli."

"Kejadian buli berlaku hampir di semua negara tetapi seperti di Amerika dan Australia, kita perlu mengambil langkah serius untuk menangani kejadian ini dan memastikan ia tidak berlaku lagi.

"Saya akan berbincang dengan P. Kamalanathan (Timbalan Menteri Pendidikan) mengenai perkara ini dan juga video berkenaan.

"Tidak kiralah sama ada ia video lama atau tidak, setahun atau dua tahun lalu, kejadian seperti ini perlu dihentikan."

Pada Nov 2014 saja, dua video buli menjadi viral di laman sosial. Satu daripadanya adalah video sepanjang empat minit di mana sebilan pelajar lelaki dipukul dengan teruk oleh sekumpulan lima pelajar di bilik asrama.

Jurucakap Polis Bukit Aman Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad dilaporkan berkata, insiden berlaku pada 2010 dan suspek utama dalam video itu telah dibuang sekolah walaupun bukan atas sebab membuli.

Satu lagi video memaparkan seorang budak lelaki yang dipukul dan ditumbuk di kepalanya dan beberapa kali ditendang ke almari kayu.

Asmawati berkata, insiden berkenaan berlaku di sebuah rumah anak yatim di Kangar, Perlis pada 25 Mei, tahun lalu.

Pembuli-pembuli itu telah ditahan dan didakwa di mahkamah di mana mereka mengaku bersalah dan dihantar ke Penjara Pokok Sena Prison di Alor Setar, Kedah.


Kedudukan Guan Eng tidak boleh dipertikai

Posted: 02 Jan 2015 09:24 PM PST

 
Saya pasti pengikut saya tak akan buat. Pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja membangkitkan perasaan tidak senang terhadap kepimpinan kerajaan negeri.


Guang Eng DAP LOGOGEORGETOWN: Kedudukan Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri tidak perlu dipertikaikan lagi kerana dipilih rakyat dan parti, kata Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

"Walaupun ada niat mahu memilih saya sebagai ketua menteri selepas ini, ia tidak akan tercapai kerana sokongan padu diberikan kepada beliau.

"Isu ini sebenarnya tidak timbul hanya ada pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja membangkitkan perasaan tidak senang terhadap kepimpinan kerajaan negeri," katanya sebagai mengulas beberapa kain rentang yang menyatakan beliau akan menggantikan Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Ditanya adakah ia merupakan tindakan daripada pengikutnya, Kon Yeow berkata, pengikutnya tidak akan melakukan perkara sia-sia seperti itu. "Saya pasti pengikut saya tak akan buat," katanya.

Sehubungan itu beliau menggesa pihak terbabit menghentikan segera tindakan yang disifatkannya mempunyai agenda tersembunyi.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Tempatan, Kawalan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir berkata, tindakan tersebut mempunyai agenda tersembunyi yang mahu melihat hubungannya dengan Guan Eng renggang.

"Saya percaya, pihak yang melakukan perkara ini ada tujuan tertentu tetapi tidak tahu apa motifnya. Mereka memang ada niat yang tidak baik apabila sengaja menggantung kain rentang itu.

"Saya yakin, ada pihak cuba merenggangkan hubungan saya dengan Guan Eng sekali gus DAP. Saya minta tindakan itu tidak diteruskan lagi kerana ia tidak relevan dengan situasi di Pulau Pinang," katanya, lapor Sinar Harian.

Terdahulu, negeri yang diterajui Pakatan Rakyat itu dikejutkan dengan kemunculan sekurang-kurangnya empat kain rentang dalam bahasa Inggeris yang bertulis 'Support Chow Kon Yeow For Next Chief Minister' (sokong Chow Kon Yeow sebagai Ketua Menteri akan datang).

Pusat Komuniti DAP Teluk Intan sumbang peralatan sekolah

Posted: 02 Jan 2015 09:19 PM PST

Pusat Komuniti DAP Teluk Intan

Roketkini.com


TELUK INTAN: Sempena sesi persekolahan yang bakal bermula bulan ini, Pusat Komuniti DAP Teluk Intan berbesar hati menyampaikan sumbangan beg dan baucar kepada seramai 50 pelajar dari beberapa sekolah di daerah Teluk Intan.

Sumbangan berupa beg sekolah dan baucar yang membolehkan para pelajar menukarkannya dengan pasangan uniform dan kasut sekolah itu disampaikan oleh Setiausaha Politik Ketua Parlimen DAP, Dyana Sofya Mohd Daud, yang juga bekas calon pilihan raya kecil Teluk Intan.

"Dengan program seperti ini, Pusat Komuniti DAP Teluk Intan cuba melaksanakan yang terbaik untuk mewujudkan persekitaran yang baik untuk murid-murid menuntut ilmu, disamping mengurangkan beban keluarga untuk membiayai keperluan sekolah," kata Dyana dalam satu kenyataan.

Hadir sama dalam majlis ringkas penyerahan sumbangan adalah ADUN Pasir Bedamar Perak Terence Naidu.

Kata Terence, meskipun sumbangan yang diberikan adalah serba sederhana, beliau berharap melalui inisiatif ini ia dapat membuka mata lebh banyak pihak dan dermawan untuk turut bersama dalam usaha murni meringankan beban terutamanya kepada keluarga yang kurang berkemampuan.

"Mereka adalah masa hadapan negara kita. Sumbangan ini (diharap) dapat menyumbang kepada kemajuan murid-murid.

"Kami juga mengucapkan terima kasih kepada penaja-penaja yang membantu DAP Teluk Intan menjayakan projek ini. Kami berharap pada masa akan datang kami dapat membantu lebih ramai murid-murid," kata Terence.

Sementara itu, Pusat Komuniti Teluk Intan turut ke Kampung Gajah untuk menyampaikan bantuan kepada Pusat Operasi Banjir Kampung Gajah.

Difahamkan, Pusat Komuniti Teluk Intan turut menjadi pusat pengumpulan sumbangan orang ramai untuk membantu mangsa banjir di kawasan berdekatan.

Malah, DAP Perak turut sentiasa memantau keadaan Sungai Perak di Teluk Intan dari masa ke semasa sebagai persediaan menghadapi banjir. – Roketkini.com

Banjir: Tangguh GST, bantuan RM1 bilion, isytihar darurat bencana alam – Kit Siang

Posted: 02 Jan 2015 09:17 PM PST

kuala_krai2

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang mengemukakan tiga cadangan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai tindakan segera menghadapi situasi memburuk tentang keadaan banjir terutamanya di negeri-negeri pantai timur semenanjung.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu mencadangkan penangguhan cukai barangan dan perkhidmatan(GST), menggenapkan RM1 bilion bantuan serta mengisytihar darurat bagi menangani banjir yang memburuk di Pahang.

"Perdana Menteri wajar menangguhkan pelaksanaan GST 1 April nanti kerana bukan sahaja menambah sengsara mangsa banjir berjumlah lebih sejuta orang, kerana bukan semua mangsa banjir ditempatkan di pusat-pusat pemindahan," kata Kit Siang dalam satu kenyataan.

Ujarnya, malapetaka banjir melemahkan keyakinan terhadap perniagaan sehingga ramai yang membincangkan untuk menutup perniagaan, bukan hanya di kawasan yang terjejas akibat banjir.

"Hampir setiap orang di Kuala Krai menjadi mangsa banjir – berdaftar mahupun tidak – memberi sebab tambahan untuk para peniaga menutup kedai," kata Kit Siang.

Semalam, DAP bersama 250 aktivis yang terdiri daripada pimpinan parti dan sukarelawan dari Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Johor mengambil bahagian dalam misi bantuan banjir pada Hari Tahun Baru 2015.

Konvoi lebih 40 kenderaan pacuan empat roda (4WD) dari Pulau Pinang Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan ke Kuala Krai membawa lebih 2,000 karton bekalan bantuan diketuai Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke,

Misi bantuan ketiga DAP dibawah program Selamatkan Kuala Krai (Save Kuala Krai) turut membawa bersama tiga kontena bekalan bantuan, hasil sumbangan rakyat Malaysia yang prihatin.

Dalam pada itu kata Kit Siang, kerajaan perlu menambah bantuan banjir kepada RM1 bilion, termasuk menyediakan pinjaman tanpa faedah kepada setiap mangsa banjir.

"Semua mangsa banjir yang mempunyai perniagaan, tidak kiralah warung mahupun kedai sewajarnya berhak mendapat pinjaman tanpa faedah antara RM1,000 ke RM250,000 untuk memulakan semula perniagaan mereka," kata Kit Siang.

Manakala darurat perlu diisytiharkan berikutan keadaan banjir yang semakin memburuk di Pahang.
Jelas Kit Siang, darurat bencana bukanlah untuk bagi membangkitkan undang-undang tentera
mahupun perintah berkurung, melainkan bertujuan memobilisasi bantuan dari pihak tentera dan polis bagi menjaga keamanan

"Alasan Najib bahawa perisytiharan darurat akan membebaskan syarikat insuran daripada membayar tuntutan insuran terbukti alasan yang tidak boleh dipakai,

"Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) mengesahkan bahawa syarikat insuran tidak terlepas daripada membayar ganti rugi untuk tuntutan kerosakan banjir walaupun telah diisytihar darurat," kata Kit Siang. – Roketkini.com

MB ketuai operasi bersih lumpur di Kota Bharu

Posted: 02 Jan 2015 04:11 PM PST

MUHAMMAD YUSRI AMIN


KOTA BHARU: Biar pun selut masih lagi menyelaputi di segenap kawasan di bandar ini namun aktiviti perniagaan pagi Jumaat tetap rancak di Medan Ilmu.

Orang ramai datang biar pun kuliah agama tidak diadakan memandangkan kawasan bandar masih lagi diselaputi selut.

Kerja-kerja membersihkan selut rancak dijalankan sejak Selasa lalu membabitkan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI), JKR dan badan bukan kerajaan.

Kerja-kerja menyodok selut juga menggunakan jentera penyodok dan lori sehingga lewat malam.

Manakala aktiviti perniagaan belum lagi berjalan seperti biasa kecuali ada peniaga melelong barangan yang tenggelam air bah.

Gotong royong perdana membersihkan bandar Kota Bharu akan diadakan pada 5 Januari ini bermula jam 8 dijangka dirasmikan Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob.

Gotong royong itu membabitkan kakitangan MPKB BRI, jabatan-jabatan kerajaan, syarikat swasta dan peniaga akan diadakan bermula di pekarangan Istana Balai Besar.

Ketua Penolong Pengarah Perhubungan Korporat MPKB-BRI Azman Mohd Daham berkata, turut serta pekerja syarikat pemaju projek Lembah Sireh, Liziz Standaco Sdn Bhd dan The Young Buddhist Association of Malaysia Kelantan.

Katanya, operasi membersihkan bandar akan diteruskan pada 6 dan 7 Januari bagi membersihkan kekotoran premis dan bandar daripada kesan banjir.

"Kami berharap semua pihak terbabit menyertai gotong royong tersebut," katanya di sini. - HARAKAHDAILY

Ombak besar landa pantai Labuan

Posted: 02 Jan 2015 04:09 PM PST

BERNAMA 

 



 LABUAN: Ombak besar membadai pantai Labuan malam tadi dan menimbulkan suasana cemas dalam kalangan penduduk, nelayan serta pengusaha pengangkutan laut.
  
Beberapa nelayan tempatan dan tekong bot dilaporkan tidak dapat berkomunikasi antara satu sama lain berikutan keadaan laut yang bergelora teruk.
  
"Saya belum pernah melihat ombak sebesar ini," kata Rahim Yussof, 45, yang bertugas dengan sebuah syarikat minyak dan gas kepada Bernama pada Jumaat.
  
Beliau merujuk kepada ombak setinggi dua dan empat meter yang membadai struktur jeti berhampiran Pelabuhan Labuan.
  
"Ombak begitu tinggi, manakala angin pula sungguh kencang hingga menimbulkan suasana ngeri dan menakutkan," katanya.
  
Sementara itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menasihati pengendali bot, nelayan dan pemancing supaya berhati-hati dan menghubungi Jabatan Perkhidmatan Meteorologi bagi mendapatkan maklumat tentang cuaca dan keadaan laut.
  
Jabatan itu hari ini meramalkan angin kencang dan laut bergelora di perairan Pahang, timur Johor, Sarawak, Sabah (Pedalaman, daerah Pantai Barat dan Kudat) dan Wilayah Persekutuan Labuan hingga Ahad.
  
Dalam kenyataannya, jabatan itu berkata angin Kategori Dua selaju 50 hingga 60 km sejam dan ombak hingga setinggi 4.5 meter di kawasan berkenaan adalah berbahaya kepada semua kegiatan perkapalan, termasuk perkhidmatan feri dan menangkap ikan, serta aktiviti di pesisiran pantai. - BERNAMA

Banjir: Stesen minyak diminta tuntut ganti rugi

Posted: 02 Jan 2015 04:04 PM PST

SINAR HARIAN

Banjir: Stesen minyak diminta tuntut ganti rugi
KUALA LUMPUR - Pengusaha stesen minyak yang terjejas banjir diminta mengemukakan permohonan peruntukan ganti rugi daripada syarikat minyak masing-masing bagi membolehkan stesen minyak beroperasi semula secepat mungkin.

Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Hashim Othman berkata pihaknya sedia membantu pengusaha berkenaan mendapatkan tuntutan terhadap kemusnahan stesen minyak mereka akibat banjir.

"Kami akan membantu mereka menghantarkan permohonan kepada syarikat minyak masing-masing untuk mempercepat proses tuntutan dengan syarat mereka mesti sediakan laporan kerosakan peralatan akibat banjir," katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya bekalan minyak di negeri-negeri terlibat banjir masih terhad kerana banyak stesen minyak masih belum beroperasi akibat kerosakan yang dialami.

"Banyak stesen minyak di negeri-negeri Pantai Timur rosak akibat ditenggelami air... sesetengahnya yang terselamat daripada banjir terpaksa menjual minyak dalam kuantiti terhad.

"Lagipun lori muatan berat yang membawa bekalan minyak tidak berani mengambil risiko untuk melalui jalan-jalan rosak akibat banjir kerana dikhuatiri bahaya," katanya.

Hashim berkata usaha memulihkan operasi stesen minyak yang terjejas memerlukan masa kerana peralatan seperti sistem komputer dan tangki minyak perlu dibaiki atau diganti.

"Oleh itu, pengusaha stesen minyak terlibat perlu segera membuat permohonan mendapatkan pampasan bagi membolehkan stesen minyak mereka beroperasi semula," katanya. - Bernama

Mangsa banjir di Kelantan, Pahang, Perak menurun

Posted: 02 Jan 2015 04:02 PM PST

SINAR HARIAN

Banjir
 
 
KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Kelantan, Pahang dan Perak semakin baik dengan bilangan mangsa dipindahkan terus menurun setakat malam ini.

Bilangan mangsa di pusat pemindahan banjir di Johor dan Terengganu pula tidak berubah berbanding petang tadi, manakala jumlah mangsa di Sabah meningkat sedikit.

Di PAHANG, jumlah mangsa menurun sedikit kepada 43,624 orang berbanding 43,840 orang petang tadi di 193 pusat pemindahan dalam lapan daerah.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, daerah Temerloh menempatkan mangsa paling ramai iaitu 20,962 orang di 69 pusat diikuti Pekan (10,885 orang di 36
pusat), Jerantut (4,024/34), Bera (3,521/18), Maran (2,438/21), Kuantan (1,074/empat), Lipis (671/10) dan Rompin (49/satu).

Di PERAK, jumlah mangsa sehingga malam ini menurun kepada 7,158 orang daripada 1,945 keluarga berbanding 7,346 mangsa daripada 2,013 keluarga di 48 pusat pemindahan di lima daerah.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak berkata mangsa banjir di daerah Perak Tengah menurun kepada 5,159 orang daripada 1,417 keluarga.

Di Kuala Kangsar jumlah mangsa seramai 853 orang, Hulu Perak (739 orang), Manjung (131 orang) dan Hilir Perak (276 orang).

Di KELANTAN, jumlah mangsa menurun sedikit iaitu daripada 26,149 orang petang tadi kepada 26,029 orang malam ini.

Menurut MKN Kelantan, kesemua mangsa yang terdiri daripada 6,418 keluarga ditempatkan di 139 pusat pemindahan di enam jajahan.

Setakat ini, jumlah mangsa di Tanah Merah adalah sebanyak 14,184 orang, Tumpat (124), Kuala Krai (5,645), Kota Baharu (515), Machang (2,555) dan Gua Musang (3,006).

Di JOHOR, mangsa banjir dari data petang tadi tidak berubah dengan 116 orang dari 24 keluarga sehingga pukul 8 malam.

Menurut Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Johor, masih ada enam pusat pemindahan iaitu satu di daerah Batu Pahat dan lima di daerah Segamat.

Jumlah mangsa di TERENGGANU masih 143 orang malam ini di pusat pemindahan Sekolah Menengah Durian Mentangau, Dungun, demikian menurut portal MKN Terengganu.

Setakat 9 malam di SABAH, seramai 615 mangsa daripada 194 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan di daerah Kota Belud, berbanding 406 mangsa daripada 130 keluarga petang tadi. - Bernama

Terima 15 jahitan angkara suami

Posted: 02 Jan 2015 03:58 PM PST


kes pukul
 
 
GEORGETOWN - Gara-gara menegur suami yang baharu pulang rumah dalam keadaan mabuk, seorang isteri terpaksa menerima 15 jahitan di kepala selepas dipukul dengan pinggan kaca di pangsapuri Krystal Heights, Gelugor di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa yang berusia 30 tahun dikatakan sedang tidur dan menyedari suaminya pulang dalam keadaan mabuk selepas menjerit dan membaling barang.

Menurut sumber, mangsa hanya membiarkan perbuatan suaminya itu namun selepas keadaan tenang, dia cuba menegur perbuatan itu.

"Sebaik keadaan reda, mangsa menegur perbuatan suaminya itu namun suspek yang masih gagal mengawal perasaan terus mengambil pinggan kaca lalu mengetuk kepala mangsa hingga berdarah.

"Mangsa yang bekerja sebagai kerani akaun kemudian terus mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Menurutnya, pemeriksaan polis di tempat kejadian menemui sebahagian pinggan kaca yang pecah.

Mior Farid berkata, polis sedang mengesan suami mangsa yang berusia 33 tahun itu.

"Kita akan menjalankan tangkapan ke atas suspek secepat mungkin mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

"Mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil," katanya.

Tiada ulasan: