Khamis, 15 Januari 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Rahsia besar atau Pembohongan besar?

Posted: 15 Jan 2015 08:40 AM PST


APA KATA ZAHID

 PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bantuan rakyat Malaysia, Paul Wei Seng Phua kepada kerajaan seperti disebutkan dalam surat kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) tidak dapat didedahkan kerana berstatus rahsia besar.

 "Berikutan pertikaian kandungan surat saya mengenai Paul Phua membantu kerajaan dalam urusan keselamatan, ia tidak dapat didedahkan kerana membabitkan isu keselamatan yang berstatus besar dan tidak boleh sewenang-wenangnya diwar-warkan kepada umum atas faktor kepentingan dan keselamatan negara.

 "Sebagai Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal keselamatan negara, maka saya telah menjelaskan status Paul Phua dan kongsi gelap 14K Triad seperti mana yang telah dinyatakan oleh Ketua Polis Negara iaitu tidak wujud kumpulan kongsi gelap 14K Triad di Malaysia dan Paul Phua bukanlah ahli kepada Kumpulan 14K Triad di Malaysia," katanya dalam kenyataan yang disiarkan dalam laman Twitternya, hari ini.

 Kenyataan itu bagi menjelaskan isu berhubung surat surat yang dihantar Zahid kepada Timbalan Pengarah, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat berhubung Paul Phua yang kini sedang dibicarakan atas pembabitannya dalam kegiatan judi haram di mahkamah Amerika Syarikat .

SANGGAHAN KEPADA KENYATAAN ZAHID

 Bagaimana Zahid begitu yakin benar Paul Phua bukan ahli Kumpulan 14K Triad samada di Malaysia atau di luar negara? 

 Sedangkan laporan Zahid itu bercanggah dengan kerja perisikan dan mengetepikan laporan rasmi dari PDRM terhadap Paul Phua Wei Seng. 

 Zahid menulis atas sifatnya sebagai menteri dalam negeri, bukan sebagai seorang individu, maka ada terdapat prosedur yang perlu diikuti dalam kes seperti itu kerana mahkamah di luar negara tidak akan sewenang-wenangnya membenarkan surat itu menjadi sah diterima.

APA KATA ZAHID

 "Isu surat saya kepada Timbalan Pengarah FBI bertarikh 18 Disember 2014 adalah untuk menjelaskan status seorang rakyat Malaysia bernama Paul Wei Seng Phua atau Paul Phua yang dituduh terbabit dengan aktiviti perjudian haram di AS dan kini sedang dibicarakan di mahkamah negara tersebut," katanya.

 Ahmad Zahid berkata, maklumat surat berkenaan juga dilindungi mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972.

 "Maka dengan menggunakan budi bicara, saya mengeluarkan surat penjelasan status Paul Phua kepada pihak FBI dan bukanlah surat sokongan untuk tidak mendakwa Paul Phua seperti yang dilaporkan oleh portal pro-pembangkang," katanya.

SANGGAHAN KEPADA KENYATAAN ZAHID

 Pelik bila Zahid kata surat itu tidak dapat didedahkan kerana berstatus rahsia besar dan dilindungi mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 waima surat tersebut bukan urusan di antara dua kerajaan. 

 Surat tersebut adalah respon Zahid terhadap surat dari Peguam dari Amerika Syarikat minta firma guaman mereka di Malaysia, Shafee & Co Firma itu yang minta penjelasan dari pejabat Zahid.

 Akta ini selalu diguna pemerintah untuk tidak menjawab atau mengenepikan pelbagai isu yang mana rakyat dahagakan penjelasan, seperti tarif tol, air dan sebagainya.

APA KATA ZAHID

 Beliau turut menegaskan bahawa, pihaknya tidak akan sesekali berkompromi dan akan tetap membanteras gejala tidak sihat terutama gengsterisme, judi dan dadah di negara ini.

 "Saya tidak akan berkompromi dengan gejala tidak sihat dan episod ini menguatkan semangat saya untuk terus memerangi aktiviti jenayah," katanya. DI SINI

SANGGAHAN KEPADA KENYATAAN ZAHID

 Kenapa Zahid tidak biarkan sahaja Paul Phua disiasat oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat?

 Kenapa Zahid cuba mahu membersihkan nama Phua  dengan menyatakan Phua terlibat membantu kerajaan dalam projek-projek keselamatan negara?


 Mengapakah surat beliau kepada FBI dengan jelas menggunakan ayat 'kami berhasrat benar untuk beliau pulang ke Malaysia'?

Bukankah phrasa ayat ini menunjukkan niat Zahid agar Phua tidak didakwa di mahkamah Amerika Syarikat?

 Dakwaan yang Phua ialah ahli sebuah kongsi gelap Hong Kong bernama 14K dibuat berdasarkan dokumen dalaman FBI yang sebelum ini dikemukakan kepada mahkamah.

 Yang peliknya, kalau tindakan Zahid ini betul dan mengikut prosedur, kenapa Putrajaya mengarahkan peguam Phua menarik balik surat Zahid dari Mahkamah Daerah Nevada di mana sebelum itu ia dikemukakan sebagai sebahagian pertahanan Phua? 

  Ya, Zahid, kuatkanlah semangat anda membohong dengan bantuan Raja Judi itu. ~  SUMBER Sanggahan dan Gambar

Mejar Zaidi - Allah membalasnya dengan sekelip mata

Posted: 15 Jan 2015 04:00 AM PST

Orang yang pernah menebar kebaikan bagi orang-orang di sekitarnya, akan mendapat balasan yang baik juga. 

Bukankah kita semua rakyat Malaysia sebagai pengundi sewaktu PRU-13 lalu telah dibohongi oleh SPR dengan skendal dakwat kekalnya; ya atau tidak?

Bukankah Mejar Zaidi Ahmad yang antara terawal tampil kemuka membuat aduan polis mengenai pembohongan itu? Ya atau tidak?

Beliau telah melakukan tindakan itu demi kita semua. Dia berkorban untuk keadilan rakyat Malaysia. Kita berhutang budi yang tidak terkira kepadanya.

Marilah kita sama-sama mengutuk kekejaman TUDM yang telah menghukumnya tanpa ada sifat keimanan  terhadap Islam agama yang menuntut keadilan sejagat.

"Hal jaza-ul ihsan illal ihsan" ( Al-Rahman : 60) ~ Apalagi balasan perbuatan baik selain perbuatan baik ... 

"Sesungguhnya, Allah selalu menolong hambanya yang selalu menolong orang lain," sabda Rasulullah Saw pula. 

Allah membalasnya dengan sekelip mata, Masya'Allah, ternyata, Maha Suci Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani hamba-hambanya ....


Pulau Pinang tawar kerja untuk Mejar Zaidi

KUALA LUMPUR: Pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zaidi Ahmad yang baru dipecat daripada berkhidmat dengan Yang di-Pertuan Agong, ditawarkan kerja oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohd Rashid Hasnon.

 Mohd Rashid berkata, beliau sedang mencari pekerjaan untuk Zaidi, selepas mahkamah tentera mendapati bekas pegawai tentera itu bersalah, kerana melanggar protokol mengenai isu dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

 Katanya, buat masa ini beliau memberi tumpuan mencari kerja yang sesuai sama ada di Tikam Batu di Kedah atau Bertam.

 "Saya perlu memberi sokongan moral kepada Zaidi dan keluarganya, kerana dia merupakan sahabat baik saya.

 "Dia adalah kawan rapat saya dan kini adalah masa bagi saya untuk membantu rakan yang memerlukan. Kami sedang mempertimbangkan untuk menawarkan Zaini bekerja dalam organisasi bukan kerajaan (NGO)," jelas Mohd Rashid, lapor The Rakyat Post.

 Katanya, kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor perlu campur tangan untuk memberi peluang pekerjaan kepada Mejar Zaidi yang kini menganggur.

 "Zaidi berpeluang menyumbang secara aktif kepada masyarakat," katanya sambil menambah, buat masa ini, tiada kekosongan jawatan di pejabatnya.

 Mahkamah memecat Zaidi selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan membabitkan isu dakwat kekal pada PRU13 dan menyiarkan maklumat surat pertukaran kerjanya, dua tahun lalu.

 Keputusan sebulat suara itu dibuat lima panel hakim yang diketuai Yang Dipertua, Kolonel Saadoon Hassan, selepas mendengar keterangan kedua-dua pihak dan membuat penilaian maksimum terhadap pertuduhan dihadapinya.

Korum itu turut dianggotai Leftenan Kolonel Zainurin Mohd Dom, Mejar Khuzairi Mohd Arshad, Mejar Khairul Nizam Taib dan Mejar S. Nadzeer Salehuddin.

Ketika membuat keputusan itu, Saadoon berkata, tindakan Zaidi mendiamkan diri, ketika dipanggil membela diri, sudah cukup untuk menyabitkannya bersalah.

 Pada 27 Oktober lalu, Mejar Zaidi, 48, diarah membela diri untuk dua pertuduhan itu, selepas mahkamah mendapati, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap dua pertuduhan itu.SUMBER

Shahidan makan nangka, Mejar Zaidi kena getahnya

Posted: 15 Jan 2015 01:27 AM PST

Inilah yang peliknya, bilamana ada yang bertindak mendedahkan kepincangan atau kebobrokan mana-mana agensi kerajaan, maka orang tersebut akan menerima padah disebaliknya!

 Sepatutnya individu yang berani dan punya kesedaran terhadap tanggungjawab awam mendedahkan salah laku atau kepincangan itu diisytihar sebagai hero rakyat. 

 Tetapi malang sekali bagi Mejar Zaidi Ahmad kerana beliau diberhentikan perkhidmatannya hanya kerana mendedahkan pembohongan yang dilakukan oleh SPR dalam penggunaan dakwat kekal sewaktu PRU-13 yang lalu.

 Apakah hukuman keatas Mejar Zahidu itu bertujuan untuk menafikan pembohongan dakwat kekal SPR? 

 SPR sendiri, setelah bermati-matian cuba menegakan benang basahnya dengan pelbagai alasan, akhirnya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim telah menjelaskan bahawa bahan kimia yang digunakan dalam dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13 digantikan dengan bahan pewarna makanan!


 Jelas sekali SPR telah membohongi rakyat dengan dakwaan kononnya dakwat yang digunakan itu sebagai dakwat kekal.

 Menghairankan kita, sehingga kini SPR tidak pernah disiasat mengenai pembohongannya itu. Bukankah ini persoalan integriti dan amanah?

 Menurut Shahidan kos penggunaan dakwat kekal itu adalah sebanyak RM6.9 juta. Apa? hanya kerana nak dapatkan dakwat kekal palsu macam itu pun sampai begitu mahal?

 Shahidan memang sudah sedia maklum, rakyat akan tanyakan hal itu.Dia dah siapkan skrip untuk spin korang semua.

 "Kos itu meliputi kerja-kerja mereka bentuk botol dakwat khas, berus, kotak botol dan membuat bancuhan khas dakwat memandangkan ia tiada di pasaran," jelas Shahidan.

 Korang tak caya? Maka Shahidan pun spin lagi:

 "Kos tambahan lain meliputi kos pengangkutan, pembungkusan serta penyimpanan dakwat kekal adalah sebanyak RM200,000 menjadikan jumlah kos keseluruhan sebanyak RM7,100,000." 

Dan tentunya korang pun mulai mengesyaki sesuatu....Mungkinkah Shahidan sendiri yang jadi pembekal dakwat palsu itu? atau kroni-kroni dia...???

 Maka korang pun tanya dia : Siapakah pembekal dakwat kekal itu?

Mampuih dia tidak akan ceritakan yang sebenarnya.Maka dia pun beri alasan merapu lagi mengarut :

 "Pada masa ini SPR tidak bercadang memaklumkan maklumat pembekal dakwat kekal kepada umum atas sebab keselamatan," katanya sambil menjerengin....

 Atas sebab keselamatan siapa wahai Shahidan hingga sanggup menzalimi orang lain. Amat tepat sekali kata-kata bidalan Melayu lama - Orang lain makan nangka, orang lain kena getah. Dalam kes ini, Shahidan yang makan nangka, Zaidi yang terkena getahnya...

Adilkah kita terus membisu terhadap kezaliman yang dilakukan keatas Mejar Zaidi? - Gambar-gambar kredit kpd Mk.

Tiada ulasan: