Khamis, 15 Januari 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Papagomo diperintah bayar ganti rugi kepada peguam bersabit artikel berbaur fitnah

Posted: 15 Jan 2015 03:03 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER


Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan seorang blogger membayar ganti rugi kepada seorang peguam bersabit dengan penyiaran artikel-artikel yang berbaur fitnah.

Panel tiga orang hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim mendapati ketiga-tiga artikel yang dimuatkan dalam laman web www.papagomo.blogspot.com merupakan fitnah terhadap Datuk Sukri Mohamed.

Mahkamah membenarkan rayuan Sukri untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi menolak samannya terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris, 31.


Hakim Abdul Aziz, yang mempengerusikan panel itu memerintahkan kes dikembalikan ke Mahkamah Tinggi di Kota Baharu di Kelantan untuk taksiran ganti rugi. Dalam keputusannya, Hakim Abdul Aziz berkata Mahkamah Tinggi gagal mempertimbangkan keterangan saksi-saksi yang mengenal pasti Wan Muhammad Azri sebagai blogger papagomo.

Beliau berkata Mahkamah Tinggi hanya mempertimbangkan seorang saksi daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang memberi keterangan pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi SKMM tidak mempunyai apa-apa maklumat mengenai pemilik papagomo.blogspot.com.

Hakim Abdul Aziz berkata mahkamah (Mahkamah Rayuan) mendapati keterangan tiga orang saksi sudah cukup untuk mengenal pasti Wan Muhammad Azri sebagai blogger papagomo.

Beliau juga memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar kos RM20,000 kepada Sukri bagi prosiding mahkamah di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Sukri, 51, yang juga anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan dan bekas anggota Majlis Perajaan Negeri Kelantan menyaman Wan Muhammad Azri kerana menerbitkan ketiga-tiga artikel dalam laman web papagomo.blogsport.com pada 2011 yang didakwa memfitnahnya.

Wan Muhammad Azri, dalam pernyataan bela diri yang dipinda, menafikan yang dia adalah blogger Papagomo dan pemilik blog itu. Dia juga mendakwa penerbitan artikel itu bersifat mempertahankan justifikasi, ulasan yang adil dan berupa perlindungan bersyarat.

Sukri diwakili oleh peguam Hisham Fauzi sementara Wan Muhammad Azri mewakili dirinya sendiri. – Bernama

Ke mana RM4 bilion dari Kumpulan Wang Amanah Pencen? – Rafizi

Posted: 15 Jan 2015 01:20 AM PST

KEADILAN DAILY


PETALING JAYA- Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli menggesa Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang baru dilantik supaya mendedahkan aktiviti pelaburan yang dibuat syarikat itu.

Ia katanya, termasuk semua maklumat berhubung pinjaman RM4 Bilion yang diambil anak syarikat 1MDB, SCR International Sdn Bhd daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) pada tahun 2011.

Rafizi

Justeru itu, beliau mencabar Arulkanda Kandasamy menjelaskan kepada umum bagaimana pinjaman dari tabung wang pencen pesara awam itu dibelanjakan, dan apakah hasil pelaburan yang dinikmati negara dari keputusan pelaburan tersebut.

"Kita beri tempoh seminggu, jika tidak ada penjelasan yang memuaskan dari beliau atau pentadbiran Datuk Seri Najib Razak berhubung pelaburan itu, saya akan mengaturkan supaya wakil-wakil pesara yang mencarum di dalam KWAP mengambil tindakan terhadap 1MDB, KWAP dan menteri kewangan.

"Mereka sewenang-wenangnya menggunakan wang pencen pesara bagi membiayai pelaburan yang diragui," tegas Rafizi dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.

Menurutnya, pinjaman tersebut yang dijamin kerajaan pada awalnya bertujuan membuat pelaburan dalam sektor tenaga di Mongolia.

Akhbar The Business Times juga pernah membuat pendedahan berhubung tindakan 1MDB melalui anak syarikatnya membeli syarikat perlombongan bernama Gobi Coal & Energy di negara itu.

"Ini adalah ujian awal kepada Arulkanda di 1MDB, apakah beliau akan berlaku telus dalam menangani soal-soal penting," tegasnya.

Dalam pada itu beliau mebidas tuduhan Arulkanda yang mengatakan pen
gkritik 1MDB hanya membuat spekulasi tanpa mengetahui perkara sebenar.

Beliau menyifatkan kenyataan Arulkanda bukan sahaja bongkak, tetapi mengetepikan kebimbangan rakyat berhubung pelaburan yang dilakukan syarikat kontrovesi itu.

"Masalah utama adalah kengganan syarikat tersebut berterus terang dan melaporkan secara telus kepada Parlimen mengenai aktivitinya.

"Kurangnya maklumat mengenai pelaburan 1MDB menyebabkan ahli-ahli Parlimen tidak ada pilihan kecuali menjalankan penyiasatan sendiri," ujarnya.

Bapa Altantuya persoal motif, tetap saman kerajaan Malaysia

Posted: 15 Jan 2015 01:18 AM PST

KEADILAN DAILY


ULAN BATOR - Bapa kepada wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dibunuh dengan kejam pada 2006, tetap mempersoalkan motif pembunuhan anaknya itu.

Setev Shaariibuu berkata, beliau bersama isteri dan dua cucunya gembira mengetahui dua tertuduh kes itu, Azilah Hadri dan Sirul Azhar didapati bersalah dan  dijatuhi hukuman mati.
bapa altantuya
Katanya, ini bermakna kes itu akhirnya telah selesai dan beliau boleh meneruskan samannya terhadap kerajaan Malaysia, dan dua pegawai yang didakwanya bertanggungjawab atas kematian anak perempuannya itu.

Bagaimanapun beliau terus mempersoalkan motif di sebalik pembunuhan Altantuya yang diletupkan dengan peledak di sebuah kawasan hutan di Puncak Alam, Shah Alam pada 19 Oktober 2006.

"Sehingga hari ini, saya tidak tahu kenapa dia dibunuh," katanya seperti dilapor portal Malaysiakini.

Sementara itu, Setev juga menyuarakan kebimbangan apabila tertuduh kedua dikatakan hilang dan tidak hadir di mahkamah hari ini.

"Saya berharap polis dapat mencari segera, barulah keadilan ditegakkan untuk anak perempuan saya," katanya.

Setev juga percaya hubungan antara Malaysia dan Mongolia, yang didakwanya tegang ekoran perbicaraan kes pembunuhan Altantuya, akan bertambah baik dengan keputusan terbaru itu.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Panel yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, menolak keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan Azilah dan Sirul dan mengekalkan hukuman mati.

Setev memfailkan saman sivil pada 4 Jun 2007, mendapatkan gantirugi RM100 juta daripada penganalisis politik Abdul Razak Baginda dan dua pegawai polis.

Abdul Razak, rakan rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, pada awalnya dituduh bersubahat dengan pembunuhan itu tetapi kemudiannya dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

Setev memfailkan saman itu bagi pihak isterinya, Altantsetseg Sanjaa, dan dua cucu mereka – Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga – yang ketika itu masing-masing berusia lapan dan 13 tahun.

Peminat pertahan kumpulan K-Pop, Malaysia dikecam masyarakat antarabangsa

Posted: 15 Jan 2015 01:16 AM PST

OLEH DIYANA IBRAHIM DAN MELATI A. JALIL


Adegan 'peluk dan cium' sebuah kumpulan K-Pop dengan beberapa gadis Melayu menimbulkan kontroversi apabila video itu tersebar luas dalam media sosial. – Gambar daripada video YouTube. Adegan 'peluk dan cium' sebuah kumpulan K-Pop dengan beberapa gadis Melayu menimbulkan kontroversi apabila video itu tersebar luas dalam media sosial. – Gambar daripada video YouTube.  


Masyarakat antarabangsa mengecam Malaysia ekoran reaksi keterlaluan pihak berkuasa negara yang mahu menghukum gadis Melayu‎ terbabit dengan adegan "peluk dan cium" ‎ pada konsert kumpulan K-Pop B1A4 Korea Selatan yang diadakan pada Sabtu lepas.

Selain itu, Malaysia dikecam kerana menyalahkan artis terbabit dan menuduh pengaruh budaya K-Pop sebagai punca kepada gejala pemesongan akidah remaja Islam di negara ini.

‎Ia diakui oleh salah seorang peminat artis K-Pop yang turut menghadiri konsert berkenaan yang menyatakan ia kini menjadi bualan hangat yang sedang dibincangkan oleh masyarakat di luar terutama di Korea Selatan.


"Ia sudah menjadi topik hangat ‎malah ada satu artikel yang dikeluarkan dalam bahasa Korea menceritakan kebencian mengenai Islam," katanya kepada The Malaysian Insider.

 Konsert artis K-Pop itu mula mencetuskan kontroversi ‎apabila portal Sukan Star memuat naik video tersebut dengan meletakkan tajuk "perempuan Melayu dicabul atas pentas oleh mat kpop semalam" kemudiannya menjadi viral di laman sosial.‎

Dalam video tersebut memaparkan adegan peluk dan cium di dahi oleh tiga ahli kumpulan K-Pop bersama tiga gadis Melayu.

Ia menimbulkan kemarahan daripada masyarakat Islam terutama apabila badan bukan kerajaan (NGO) Melayu mendakwa hiburan K-Pop merosakkan akidah remaja Islam malah ada yang mengaitkan dengan agenda Kristianisasi.

Ekoran daripada desakan itu menyebabkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mula mengambil tindakan dengan mengheret isu tersebut di mahkamah.

Lebih daripada itu kenyataan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mengenai isu terbabit juga turut menimbulkan perasaan kurang senang masyarakat Korea.

Menurut seorang lagi peminat K-Pop, kenyataan Khairy itu dianggap sebagai keterlaluan dan bersifat perkauman oleh masyarakat Korea.

Khairy dalam laman Twitternya menulis status sindiran meminta gadis Melayu kembali kepada lelaki tempatan daripada meminati lelaki Korea dipercayai sebagai reaksinya selepas video konsert itu menjadi viral.

"Masalahnya bukan diorang minta untuk jadi pucat dan kurus itu memang mereka punya keturunan dan mereka rasa kenyataan Khairy itu bersifat perkauman." kata gadis yang mahu dikenali sebagai Siti.

Sebagai salah seorang peminat yang meminati muzik K-Pop, Siti menyatakan kesal apabila pengaruh kumpulan artis Korea itu didakwa kononnya tidak memberi kesan baik kepada remaja Islam.

"Benda ini memberi kesan kepada semua peminat musik K-pop, mereka kata kami tidak rasiona tapi bila pihak lain melakukan benda yang sama, kenapa tidak diambil tindakan," soalnya sambil memberi contoh adengan seorang artis Malaysia berpelukan diatas pentas pada minggu sama namun tidak diambil tindakan.

Kenyataan Siti itu merujuk kepada penyanyi wanita tempatan, Ifa Raziah yang berpelukan dengan artis, Hisham Hamid ketika mengadakan persembahan dalam pertandingan akhir rancangan "Gegarvaganza" Selasa lalu.

"Bagi saya, memang apa yang berlaku salah memang mereka buat salah, tapi pihak berkuasa tidak boleh pandang dari sudut itu sahaja.

"Mereka perlu melihat juga sudut lain seperti tanyangan drama di televisyen, banyak memaparkan aksi perempuan lelaki perempuan takkan tak mahu diambil tindakan?" katanya turut mengakui pernah mengalami perasaan teruja apabila bertemu artis yang diminati.


"Ada sahaja peminat Muslim yang pandai menjaga batas dan artis K-Pop juga menghormati pendirian mereka, ada peminat menjaga solat apabila menghadiri program-program ini kami masih tahu batasan lagi," katanya lagi.

Siti yang meminati salah sebuah kumpulan K-Pop 'BEAST', berkata beliau setakat ini tidak pernah menghadiri konsert berbayar kerana kekangan duit dan masa, sebaliknya hanya menghadiri konsert percuma yang disediakan.

Waran tangkap pihak berkuasa tidak adil

Bagi gadis bernama Lily ini berpendapat ‎tindakan yang mahu dikenakan kepada gadis Melayu terbabit adalah tidak adil kerana pihak berkuasa hanya menghakimi berdasarkan rakaman di internet.

"Sekarang dunia tidak tengok budak-budak itu, tapi dunia tengok negara dan agama kita."

"Apa beza benda yang jadi dengan drama-drama yang ada di Malaysia." katanya.

Pernah mengunjungi negara Korea Selatan sebanyak tiga kali Lily berkata, masyarakat selalu menghakimi pengaruh K-Pop berdasarkan luaran sahaja, namun tidak bahawa budaya Korea itu sendiri kaya dengan nilai keadaban dan kesopanan yang tinggi.


Gadis itu memberi contoh dengan menceritakan pengalamannya melawat di negara terbabit apabila melihat dengan mata sendiri seorang lelaki tua akan memberikan tempat duduk kepada yang lebih tua dan tidak bersikap pentingkan diri ‎semasa di dalam tren.


Akui Lily kali pertama mengunjungi Korea Selatan adalah kerana minatnya kepada K-Pop, namun kunjungan yang seterusnya adalah untuk lebih mengenali budaya masyarakat Korea.

Lily yang meminati musik K-Pop sejak tahun 2004 berkata akan sanggup membeli tiket meskipun mahal untuk membolehkannya mendapat tempat di barisan hadapan sekiranya begitu meminati sesebuah kumpulan muzik K-Pop,

Namun Lily berkata dirinya masih menjaga batasan sebagai seorang Muslim dan wanita dimana turut percaya ia juga sama kepada peminat Muslim lain.

"Pernah berlaku sebelum ini ada seorang peminat disuruh menari namun peminat tersebut kata dia tidak boleh lakukan perkara sebegitu kerana beliau memakai tudung dan artis itu menghormati keputusan peminat tersebut," katanya.

Jangan salahkan artis Korea

Menceritakan pengalamannya sendiri yang melihat adegan tersebut Fara berkata jelas pada konsert tersebut, kumpulan penyanyi berkenaan meminta kebenaran terlebih dahulu daripada gadis tersebut untuk meneruskan aksi "parodi" romantis daripada drama negara tersebut.

"Mereka (BIA4) bukan tidak tahu mengenai budaya Malaysia, kerana sudah diterangkan oleh penganjur sebelum ini, kerana itu kumpulan terbabit meminta kebenaran kepada gadis tersebut terlebih dahulu sebelum memulakan aksi dan mereka (gadis) bersetuju," katanya kepada The Malaysian Insider.

Justeru itu katanya apabila ada yang menuduh kumpulan K-Pop tersebut cuba mencabul gadis Melayu, Farah berasa kecewa apabila laporan tersebut bukan sahaja tidak adil namun tidak menggambarkan apa sebenarnya berlaku pada malam tersebut.

"Bagi acara perjumpaan bersama peminat ‎ia sudah jadi kebiasaan apabila sesuatu permainan direka oleh penganjur untuk artis bersama peminat," katanya.

Bagaimanapun katanya ia tidaklah sampai ke tahap yang begitu intim, kerana akuinya adegan mesra jarang sekali berlaku dalam konsert membabitkan artis K-Pop sebelum ini.

"Ini pertama kali seingat saya adanya adegan begini, tetapi kalau kita cerita pasal berpeluk itu jujur saya katakan biasa berlaku.

"Saya rasa kerana penganjur menampilkan konsep parodi romantis dari drama Korea jadi adegan yang lihat di pentas adalah spontan dan B1A4 ‎mungkin cuba lakukan terbaik untuk menggembirakan peminat," katanya sambil mengakui ia tidak akan menjadi isu besar sekiranya ia membabitkan gadis Melayu tidak bertudung.

Kes Mejar Zaidi: KEADILAN desak Menteri Pertahanan campur tangan

Posted: 15 Jan 2015 01:07 AM PST

Azuan Ab Rahman


PETALING JAYA - KEADILAN mempertikai keputusan Mahkamah Tentera memecat Mejar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Zaidi Ahmad selepas didapati bersalah kerana mendedahkan masalah dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum 2013.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, hukuman dijatuhkan terlalu berat dan tidak setimpal berbanding rekod cemerlang perkhidmatan 26 tahun pegawai Pemerintah No 12 Skuadron TUDM Butterworth itu.

"Mejar Zaidi adalah seorang Pegawai pemerintah skuadran, dia telah berkhidmat dengan cemerlang dan mendapat pelbagai pingat penghargaan selain pernah berkhidmat di Bosnia.

"Apa yang berlaku dalam kes ini, Dia sebenarnya mendapati dakwat yang digunakan dalam pilihanraya lalu tertanggal dengan mudah, sedangkan SPR mendakwa ia boleh kekal.

"Sebagai pegawai tentera, dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena, dia telah ambil tanggungjawab membuat laporan kepada polis, namun sebaliknya terjadi," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN semalam.

Menurut Johari, pihak tentera sepatutnya menyiasat dakwa berkenaan, tetapi malangnya Zaidi didakwa di Mahkamah.

"Kalaulah ada sekali pun kesalahan yang dilakukan, ia terlalu kecil berbanding hukuman yang diberikan," katanya.

Sehubungan dengan itu, Johari mendesak Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein campur tangan dalam keputusan kes tersebut memandangkan apa yang dilaporkan Zaidi diakui sendiri oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Pengerusi SPR sendiri mengakui ada kelemahan pada dakwat kekal, maknanya jika pengerusi sendiri mengakui ada kelemahan, apa yang didakwa oleh Zaidi adalah betul, beliau bukannya mendedahkan rahsia kerajaan atau rahsia pertahanan.

"Jadi saya tuntut Menteri Pertahanan campur tangan dalam kes ini bagi memastikan keadilan dapat dilaksana, jika gagal kerajaan hanya akan dilihat mempunyai tangan ghaib dalam memuktamatkan keputusan itu," jelasnya.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Disiplin, Datuk Seri Abdul Hadi Abdul Khatab berpendapat hukuman yang dikenakan tidak sejajar dengan tuduhan terhadap Zaidi.

"Ini satu ketidakadilan, ia satu penganiayaan terhadap Zaidi dan keluarganya, tindakan ini hanya memberi gambaran ketidak mampuan angkatan tentera menegakkan keadilan. Kita perlu jaga kredibiliti ATM supaya tidak dilihat boleh dipermainkan," tegasnya.

Kes bunuh Altantuya dan seribu satu persoalan

Posted: 15 Jan 2015 01:05 AM PST

KEADILAN DAILY



KUALA LUMPUR :  Mahkamah Persekutuan  memutuskan hukuman mati ke atas dua tertuduh, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar  kerana membunuh Altantuya Shaariibuu pada 2006.
Panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 yang membebaskan kedua-dua anggota polis Unit Tindakan Khas (UTK) itu.

altantuya

Kedua-duanya dituduh membunuh wanita Mongolia itu antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006, di sebuah kawasan hutan di Puncak Alam.

Bagaimanapun sehingga kini, kes pembunuhan yang pernah dikaitkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kenalan rapatnya, Abdul Razak Baginda itu masih menjadi misteri dan menimbulkan seribu tanda tanya.

Terdapat banyak persoalan daripada kes pembunuhan wanita cantik  itu yang ditembak sebelum mayatnya diletupkan dengan bahan peledak C4.

Bagi kebanyakan orang, ia menjadi kes pembunuhan paling kejam dalam sejarah jenayah pembunuhan di Malaysia.

Keadilan Daily menelusuri sekurang-kurangnya 10 keraguan terbesar kes berkenaan berdasarkan laporan media sepanjang perbicaraan yang memakan masa hampir 8 tahun .

1.  Pada masa kejadian pembunuhan dikatakan berlaku, Azilah telah menelefon seorang individu yang tidak dikenali sebanyak dua kali dari tempat kejadian pada malam 19 Oktober 2006, berdasarkan rekod dari telefon bimbitnya.

Mahkamah tidak pernah membongkarkan dengan siapa dan apa tujuan Azilah menghubungi individu berkenaan. Persoalan yang timbul, siapakah individu yang dihubungi Azilah? Adakah dia mendapat arahan untuk membunuh wanita itu?

2. Kenalan rapat Perdana Menteri, Abdul Razak Baginda dibebaskan daripada tuduhan bersubahat dalam kes itu, walaupun Abdul Razak pernah direman selama 5 hari kerana menculik dan berniat mengurung Altantuya. Tidak seperti kebiasaan, pihak pendakwa raya tidak  memfailkan rayuan terhadap pembebasan Abdul Razak oleh Mahkamah pada 2009.

3. DSP Musa Safri yang merupakan pembantu peribadi Najib Razak yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri tidak dipanggil  memberi keterangan. Hanya Musa boleh mengesahkan kebenaran affidavit kontroversi yang difailkan oleh Abdul Razak.    Afidavit itu juga tidak diperolehi sepenuhnya oleh pihak media.

4. Rekod telefon Razak menunjukkan lebih 30 mesej teks antara Razak dan Musa di antara 7 Oktober hingga 19 Oktober 2006. Sebanyak 12 mesej direkod pada malam Altantuya dibunuh.

5. Kes bunuh itu melibatkan anggota Unit Tindakan Khas Bukit Aman yang hanya ditugaskan untuk menerima arahan dari kerajaan.  Apakah kedua-dua tertuduh bertindak sendirian tanpa arahan? Jika ya, untuk apa Altantuya dibunuh?

6. Wajah kedua-dua tertuduh yang sentiasa ditutup sentiasa membangkitkan persoalan kepada orang ramai. Sehingga kini tiada sesiapa  mengetahui wajah sebenar mereka. Kenapa wajah mereka tidak didedahkan kepada umum?

7. Akuan Bersumpah pertama penyiasat persendirian, P Balasubramaniam yang pernah bekerja dengan Razak dan mengaitkan   hubungan sulit antara Altantuya dan Najib. Dalam akuan bersumpah itu, Balasubramaniam menyatakan Najib ada memberitahu Abdul Razak bahawa mereka (Najib dan Altantuya) pernah melakukan hubungan seks.

8. Pengakuan Deepak Jaikishan iaitu rakan kepada Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor bahawa beliau membantu keluarga Najib untuk memujuk Balasubramaniam menukar akuan bersumpahnya kepada akuan bersumpah kedua.

9. Perubahan hakim dan pendakwa sepanjang perbicaraan kes itu berjalan. Kes yang pada mulanya didengar hakim KN Segara di Mahkamah Tinggi, dipindahan kepada Hakim Mohd Zaki Yasin. Segara kemudian dinaikkan pangkat sebagai hakim Mahkamah Rayuan.

Pendakwa Salehhudin Saidin digantikan saat-saat akhir dengan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Tun Abdul Majid Tun Hamzah, yang dikenali rapat dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail. Sallehuddin akhirnya berhenti daripada Pejabat Peguam Negara.

10. Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Zaki dalam keputusan penghakimannya tidak menyentuh motif pembunuhan Altantuya, dan memutuskan bahawa ia bukan satu keperluan kepada kes pembunuhan itu. Mengapakah mahkamah tidak mendedahkan motif pembunuhan tersebut, dan jika tiada motif, mengapakah Altantuya dibunuh?

Zahid tak jawab, isu MyEG dilapor ke Suruhanjaya Persaingan

Posted: 15 Jan 2015 01:01 AM PST

Azuan Ab Rahman


KUALA LUMPUR: KEADILAN memfailkan aduan rasmi kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) berhubung kontrak pembaharuan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) pekerja asing yang diberi kepada syarikat MyEG Services Berhad (MyEG).

Aduan rasmi itu dikemukakan Bendahari Agung KEADILAN, Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew bersama Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN pusat (AMK) Lee Chean Chung di Menara Sentral di Kuala Lumpur.

mYegIa berikutan kegagalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi memberi penjelasan berhubung penganugerahan kontrak itu dalam tempoh 24 jam seperti diminta.

"Tempoh 24 Jam yang diberikan kepada Datuk Seri Zahid Hamidi sudah pun lupus, kami hadir untuk menunaikan janji untuk membuat aduan kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) seperti yang dinyatakan sebelum ini," jelas Lee kepada media.

Pada Selasa, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul melahirkan kebimbangan mengenai keselamatan negara kerana penganugerahan kontrak PLKS kepada syarikat swasta.

Lee berkata pengendalian pembaharuan PLKS oleh MyEG merupakan satu bentuk monopoli kerana majikan tidak mempunyai pilihan lain selain melalui sistem MyEG.

Difaham kan, amalan memonopoli ini bukan sahaja menjejaskan kepentingan pengguna, malah mungkin melanggar Akta Persaingan 2010.

Menurutnya, orang ramai atau majikan pada masa ini hanya mempunyai pilihan melalui sistem MyEG kerana urusan tersebut di kaunter Jabatan Imigresen telah ditutup.

"Jelas bahawa MyEG mendapat kontrak monopoli bernilai RM95 juta daripada Kementerian Dalam Negeri, sekarang rakyat dan majikan terpaksa menanggung bayaran lebih RM38 setahun untuk setiap pekerja. Ini jelas menjejaskan kepentingan rakyat dan orang awam," tegasnya kepada media.

Sementara itu, Dr Tan mendakwa pemberian kontrak pembaharuan PLKS kepada syarikat swasta itu jelas melanggar Akta Persaingan dan mendesak MyCC menjalankan siasatan terperinci.


"Jika mengikut Akta Persaingan, Jabatan Imigresen perlu membuka kuanter supaya majikan dan rakyat ada pilihan sama ada secara online atau perkhidmatan di kuanter," tegasnya.

Dua Lagi Mayat Dikenal Pasti, Badan Pesawat QZ8501 Dikesan

Posted: 15 Jan 2015 12:50 AM PST

MSTAR ONLINE
 
 
Gambar rakaman yang didedahkan dalam laman Facebook Tentera Laut Republik Singapura (RSM) menunjukkan lokasi badan pesawat AirAsia QZ8501 yang berjaya dikenal pasti.
 
 
 
KUALA LUMPUR: Dua lagi mayat mangsa penerbangan QZ8501, Jie Stephanie Gunawan dan Christanto Leoma Hutama dikenal pasti pada Rabu.

Dengan pengesahan identiti mayat wanita dan lelaki itu oleh Pasukan Pengenalpasti Mangsa Bencana Jabatan Polis Republik Indonesia (DVI POLRI), tinggal 12 daripada 50 mayat mangsa yang ditemui belum dikenal pasti.

AirAsia dalam kenyataan terkininya malam Rabu juga berkata Badan Mencari dan Menyelamat Nasional, Indonesia (Basarnas) telah mengenal pasti lokasi badan pesawat AirAsia QZ8501 di kawasan tumpuan utama kedua antara bahagian barat Kalimantan dan Pulau Bangka.

Basarnas berkata penemuan itu didapati menerusi visual yang diperolehi oleh kenderaan kawalan jauh (ROV) milik sebuah kapal mencari dan menyelamat (SAR) yang menunjukkan serpihan utama pesawat QZ8501 selain daripada sayap kanan di dasar Laut Jawa.

"Penyelam daripada pasukan SAR akan dihantar pagi esok untuk operasi mendapatkan kembali serpihan pesawat," kata kenyataan itu.

Pampasan: Lapan Bekas Pembantu Khalid Sedia Ke Mahkamah

Posted: 15 Jan 2015 12:48 AM PST

Oleh: WANI MUTHIAH
 
 
 
 
 
KLANG: Pembantu bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sedia berdepan dengan kerajaan Selangor di mahkamah berhubung kontroversi pembayaran pampasan bernilai RM2.6 juta.

Kesemua lapan bekas pembantu Khalid itu menerima pampasan bernilai antara RM699,000 hingga RM114,870 daripada Menteri Besar Diperbadankan (MBI) pada hari beliau melepaskan jawatan.

Mereka yang menerima surat arahan pemulangan wang pampasan oleh pengurusan baharu MBI pada 6 Januari lalu sudah melantik peguam bagi mengendalikan kes berkenaan.

"Peguam kami menasihatkan supaya tidak bercakap dengan media kerana dibimbangi akan menjejaskan kes itu.

"Beliau akan menjawab surat tuntutan yang dihantar kepada kami," kata seorang daripada lapan bekas pembantu yang tidak mahu dikenali.

Lapan pembantu itu adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Faekah Hussin; ketua pegawai operasi Rohani Talib;bekas setiausaha akhbar, Arfa'eza Abd Aziz; setiausaha politik, Mustafa Talib; pegawai penyelaras, Rahimah Kamaruddin; pegawai komunikasi khas, Dr Sulaiman Masri; pengurus penyelidikan ekonomi, Abdul Halim Mohd Yusuf dan pegawai akhbar, Tuan Nazuri Ismail.

Sementara itu, sumber yang rapat dengan lapan individu berkenaan memberitahu bahawa berkemungkinan mereka akan menuntut pembayaran pemberhentian penuh meliputi keseluruhan tempoh kontrak sebelum ini.

"Bayaran yang diterima hanya 30 peratus daripada gaji akhir yang didarabkan dengan bulan perkhidmatan," kata sumber itu yang turut enggan dikenali.

Beliau juga menambah, terdapat bekas pembantu Khalid yang masih mempunyai beberapa bulan tempoh perkhidmatan sebelum kontrak berakhir.

"Mereka tidak dibayar sehingga akhir terma kontrak dan saya percaya mereka kini akan menuntut penyelesaian penuh," katanya.

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali sebelum ini berkata, kesemua bekas pembantu itu diberikan tempoh selama dua minggu untuk mengembalikan wang pampasan yang diterima.

Beliau menambah kerajaan tidak akan berkompromi dengan perkara itu.

Kod Etika Pakaian Hanya Untuk Wanita Islam Dalam Industri Perkhidmatan

Posted: 15 Jan 2015 12:44 AM PST

Oleh: THE STAR
 
 
MPKB-BRI menguatkuasakan kod etika berpakaian dalam Islam untuk wanita dan lelaki beragama Islam yang bekerja di sektor perkhidmatan.
 
 
 
KOTA BARU: Majlis Perbandaran Kota Baru Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) tidak akan mengenakan tindakan terhadap lelaki dan wanita beragama Islam yang tidak mematuhi kod etika berpakaian dalam Islam, termasuk mereka yang tidak memakai tudung apabila berada di tempat awam.

Setiausahanya, Rosnazli Amin berkata walaupun wanita Islam di dalam industri perkhidmatan dikehendaki untuk memakai tudung semasa bekerja, peraturan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan itu tidak digunapakai terhadap orang ramai.

Beliau menafikan dakwaan bahawa pihak tersebut telah mengeluarkan kompaun terhadap lelaki dan wanita beragama Islam kerana 'tidak memakai pakaian yang sesuai di tempat awam'.

"Saya menafikan dakwaan seperti itu. Ini adalah berita tidak benar dan menakutkan orang ramai.

"Kami hanya mengeluarkan saman terhadap wanita yang terlibat dalam industri perkhidmatan yang tidak memakai tudung dibawah Ops Gempur Aurat," katanya kepada The Star.

Rosnazli menjelaskan dibawah undang-undang kecil yang diperkenalkan lebih 20 tahun lalu, majlis tersebut mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap wanita beragama Islam dalam industri perkhidmatan yang melanggar undang-undang tersebut.

Kiriman mesej menerusi aplikasi WhatsApp yang memaklumkan MPKB-BRI mengeluarkan saman terhadap wanita beragama Islam yang tidak memakai tudung, berpakaian ketat dan berlengan pendek di tempat awam, manakala lelaki yang memakai seluar pendek di atas paras lutut akan didenda RM50 tersebar baru-baru ini.

Menurut mesej tersebut, pasangan yang sudah bernikah perlu membawa sijil perakuan nikah mereka atau berdepan denda RM100.

Pada Oktober lalu, majlis tersebut mengumumkan akan menguatkuasakan kod etika pakaian dalam Islam kepada mereka yang terlibat dalam aktiviti perniagaan dengan peniaga dan pekerja wanita yang tidak memakai tudung dan berpakaian ketat boleh didenda sehingga RM500.

Peraturan itu dikuatkuasakan terhadap wanita beragama Islam yang bekerja di pasar basah, pasar raya, kedai makanan dan beberapa pusat komersial yang memerlukan lesen operasi daripada pihak berkuasa tempatan.

Pemilik perniagaan bukan beragama Islam juga berdepan risiko didenda sekiranya pekerja mereka yang beragama Islam tidak mematuhi kod etika berpakaian dalam Islam.

Rosnazli berkata, kira-kira 30 wanita beragama Islam menerima saman kerana gagal mematuhi etika tersebut dalam satu operasi yang diadakan antara Oktober dan awal Disember tahun lalu.

"Kami belum menjalankan operasi sejak sibuk melakukan tugas pembersihan selepas banjir mulai surut. Saya percaya orang ramai salah faham mengenai tindakan yang diambil pihak kami," katanya.

"Hanya Dapat Bantuan Sekolah, Yang Lain Memang Tak Ada"

Posted: 15 Jan 2015 12:41 AM PST


Oleh: SOFEA SUSAN ALBERT KASSIM
 
 


Ahmad dan Muhammad lebih selesa mengesot ketika berada di rumah mereka di Kampung Tengah, Puchong.

PUCHONG: Pendapatan bulanannya yang tidak tetap selama ini mendorong Rosli Abdul Rahim, bapa kepada pasangan kembar siam, Ahmad dan Muhammad, untuk memohon bantuan kewangan bagi menampung perbelanjaan menyediakan keperluan harian anak istimewanya itu.

Bagaimanapun, kepayahan berulang kali turun naik pejabat kerajaan kerana terlalu banyak karenah birokrasi dan prosedur yang merumitkan menyebabkan Rosli serik untuk mengemukakan permohonan.

"Dah banyak kali saya pergi ke pejabat zakat (cawangan Bandar Puteri) tapi terlalu banyak karenah.
Sejak itu saya dah serik dan putus asa untuk meneruskan permohonan bantuan," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di kediamannya di Kampung Tengah di sini, baru -baru ini.

Menurut bapa kepada enam cahaya mata itu, sebelum ini beliau menghantar borang pemohonan kepada Lembaga Zakat Selangor untuk mendapatkan bantuan bagi menyediakan lampin pakai buang dan beg najis Ahmad dan Muhammad.

Katanya, selama 13 tahun, dia membelanjakan sekurang-kurangnya RM500 sebulan untuk membeli dua barangan utama itu untuk membolehkan kedua-dua anak kembarnya itu dapat menjalani kehidupan dengan selesa.



Sebelum ini, mStar Online melaporkan mengenai dugaan yang dihadapi Rosli selepas dua anaknya berjaya dipisahkan ketika berusia empat tahun menerusi pembedahan yang mencatat sejarah itu.

Lebih menyedihkan apabila ibu kandung anak kembar itu, Asiah Kanda meninggal dunia akibat kanser pada 2011.

Menceritakan lebih lanjut, kata Rosli, walaupun beliau sudah serik, namun ibu tiri Ahmad dan Muhammad, Junaidah Awang tidak mahu mengalah dan tetap mencuba nasib untuk mengemukakan permohonan  baharu.

"Saya memang dah putus-asa tapi ummi mereka pergi semula ke pejabat zakat untuk mendapatkan bantuan. Ummi mereka  kata kalau dapat bantuan sekurang-kurangnya dapat meringankan beban saya," katanya.



Bagaimanapun, Rosli berkata, proses permohonan itu mungkin mengambil masa kerana pihak berkenaan meminta surat pengesahan doktor mengenai keadaan adik-beradik itu.

"Mereka minta pula surat doktor yang mengesahkan kedua-dua beradik itu memang pakai pampers dan beg najis," katanya sambil menggeleng kepala.

Selain itu, Rosli mendakwa tidak pernah menerima bantuan kerajaan selepas kali terakhir menerima sumbangan daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Sepanjang yang saya ingat kali terakhir kami terima bantuan beg najis untuk tempoh setahun daripada Dr Mahathir tapi saya tak ingat tahun bila. Lepas tu tak ada dah bantuan... nak buat macam mana hidup harus diteruskan," katanya.

Ketika ditanya adakah kerajaan pernah berjanji untuk membantu keluarga itu, Rosli berkata: "Dalam akhbar selepas pembedahan Ahmad dan Muhammad kata begitu (beri bantuan) tapi tak ada hitam putih mengenainya."

Mengulas mengenai Dr Mahathir, Rosli berkata, Ahmad dan Muhammad gembira dapat bertemu tokoh yang disanjung ramai itu, malahan beliau bagaikan idola adik-beradik istimewa itu.

"Along dan angah suka sangat bila dapat jumpa Dr Mahathir. Beliau pernah juga datang melawat anak saya selepas pembedahan pemisahan di Hospital King Fahd National Guard di Riyadh, Arab Saudi," katanya.


Mahathir Mohamad dan isteri Datin Seri Dr Siti Hasmah Mohd Ali sedang bermesra dengan Mohammad yang dipangku ibunya Aishah Kanda, sementara suaminya Roslisedang mendukung anak yang sulong Ahmad di Hospital Raja Fahd di sini,

"Dr Mahathir cakap nama dia pun ada Mohamad sama macam nama saya," katanya Muhammad yang petah bercakap dan mudah mesra itu memberi maklum balas spontan mengenai Dr Mahathir.

Bagaimanapun, kata Rosli, setakat ini, hanya Kementerian Pendidikan menyalurkan bantuan persekolahan sebanyak RM900 seorang untuk kedua beradik itu setiap tahun.

"Hanya dapat bantuan persekolahan sahaja, bantuan lain memang tak ada," katanya.

Tabung bencana banjir dilancar: Peruntukan RM1.4 billion belum mengalir

Posted: 15 Jan 2015 12:25 AM PST

MSO



Ahmad akan lancar tabung bencana banjir.
Mulanya semua orang berasa lega apabila mendengar kata jaminan daripada kerajaan Pusat yang akan "kelih" dan mempedulikan musibah banjir di Kelantan akan dibantu sepenuhnya. Pengumuman oleh Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, peruntukan RM50 juta untuk negeri-negeri dilanda banjir sebagai bantuan awal kewangan kepada mangsa banjir membuka siri kata-kata janji lemak itu.

Apabila Perdana Menteri, Mohd Najib Razak balik dari bermain golf dengan Barack Obama di Hawaii beliau menambahkan peruntukan RM500 juta untuk membantu mangsa banjir dan program pemulihan di negeri-negeri terlibat.

Angka diberikan Najib dan Muhyiddin itu ditambah pula oleh kenyataan penuh bunga-bungai daripada Timbalan Menteri Kewangan II, Ahmad Maslan, yang mengatakan sebanyak RM800 juta telah diperuntukan untuk membantu mangsa banjir, meyediakan logistik, bekalan makanan dan juga pembersihan rumah dan peremis tercemar.

Kalau dicampur angka-angka berkenaan bermakna sebanyak RM1.350 billion telah dikeluarkan untuk mangsa banjir dan pemulihan banjir. Angka itu tentu menjadi lebih besar lagi kalau dicampur dengan angka tunai sumbangan kerajaan Selangor dan Pulau Pinang masing-masing berjumlah RM1.5 juta untuk Kelantan.

Maknanya, kalau jumlah RM1.350 juta dibahagi tiga, ini bermakna Kelantan menerima sebanyak RM450 juta, yakini separuh dari anggaran dibuat Mustapa Mohamed mengenai kerugian harta awam dan kerajaan di Kelantan sebanyak RM932 juta.

Angka keseluruhan menjadi lebih besar dan banyak lagi kalau dicantum dengan derma-derma kilat yang diberikan oleh orang ramai bagi membantu mangsa banjir termasuk yang membeli bekalan makanan, pakaian dan keperluan lain. Saya menganggarkan lebih RM3 juta bantuan daripada orang ramai.

Persoalannya apakah wujud dan benar angka-angka besar yang diumumkan Muhyiddin, Najib dan Ahmad Maslan itu? Apakah wang peruntukan berkenana telah dikeluarkan dan mangsa banjir sudah mendapat pembelaan secukup dan seadilanya? Kenyataan dan jaminan itu meragukan sekali. Saya ulang, MERAGUKAN. Kalau melihat kepada pembangunan pemulihan mangsa banjir dan kawasan terbabit, menjadikan kita tertanya-tanya dan sangsi apakah wang itu sampai atau pun sekadar berada dalam mulut dan di atas kerjas sahaja.

Ini kerana kalau wang peruntukan pemulihan itu sudah mengalir, (cukup sesuku sahaja) tentu keadaan mangsa banjir dan kawasan yang mengalami bencana berkenaan tidak seperti kini. Hari ini mangsa banjir masih lagi terbiar dan banyak kawasan masih belum dilakukan pembersihan dan pemulihan. Bayangkan sekiranya tidak ada sokongan dan dokongan orang ramai, Ngo dan pihak swasta tentu mangsa masih melarat dan terbiar dalam lumpur. Hari ini pun masih ada mangsa banjir belum ada penginapan sementara, hatta khemah untuk berlindung daripada panas dan hujan. Masih ada kawasan yang belum mendapat bekalan air bersih dan eletrik.

Manakala sesetengah kawasan pemulihan dan pembersihan kini, banyak diusahakan oleh individu, syarikat ataupun sukarelawan dan Ngo. Belum ada bekas lagi pemulihan dilaksanakan kerajaan daripada peruntukan yang disebut lebih RM1 billion itu.

Paling ketara di Kelantan yang merupakan negeri paling parah dibaham banjir. Di Kelantan kepalsuan mengenai peruntukan daripada kerajaan Persekutuan ini sangat jelas apabila kerajaan negeri terpaksa berusaha sendiri mendapatkan peruntukan tujuan pemulihan dan bantguan mangsa banjir.

Hari ini MB Ahmad Yaakob mengumumnkan kerajaan Kelantan akan melancarkan Tabung Bantuan Bencana Banjir peringkat negeri Kelantan yang akan dilancarkan 18 Januari ini di Kuala Lumpur. Tabung ini adalah kesenimbungan kepada tabung yang dilancar pada 29 Disember lalu. Tindakan kerajaan ini menjelaskan bahawa negeri itu sangat bermasalah dari segi kewangan untuk membantu dan memulihkan banjir.

Sekiranya peruntukan RM1.4 billion itu sudah mengalir sudah tentu kerajaan negeri tidak perlu melancar tabung khas punggutan derma banjir hingga ke Kuala Lumpur itu. Iya cukup dibuat di Kelantan sahaja. Menurut Ahmad Yaakub juga beliau bersama TMB, Ahli Ahli Majlid Mesyuarat Kerajaan, Wakil-wakil Rakyat negeri dan Parlimen serta Speaker bersetuju untuk menyumbangkan sebulan gaji untuk mengisi tabung berkenaan.

Menyedari keadaan dan natijah inilah mengapa saya beriya-iya agar Kelantan di istyharkan darurat sebaik menyedari banjir kali ini parah. Kerana kalau darurat diistyharkan bantuan boleh disalurkan untuk mangsa dan pemulihan banjir dari wang simpanan darurat. Malangnya cadangan itu dipandang remeh oleh sesetengah orang dan ia tidak perlu. Ahmad sendiri pada awal sependapat dengan Mustapa Mohamed mengatakan banjir terkawal. Mungkin mereka berdua terpengaruh dengan andaian dibuat oleh Nik Amar Nik Abdullah yang mengatakan banjir 2014 tidak separah banjir 1967.

Bagaimana pun diharap tabung bencana banjir yang akan dilancar nanti akan mendapat perhatian umum khasnya anak-anak Kelantan yang hidup mewah di Kuala Lumpur. Orang ramai juga dialu-alukan untuk menghulurkan derma masing-masing bagi membantu Kelantan. Walaupun kutipan nanti jauh daripada mencukupi tetapi setidak-tidaknya ia dapat menampung keperluan sementara menunggu peruntukan RM1.4 billion itu mengalir.

Adalah diyakini peruntukan disebut Muhyiddin, Najib dan Ahmad Maslan itu, sekiranya berpandukan kepada kenyataan Ahmad Maslan mengatakan peruntukan untuk pemulihan itu diambil sebahagiannya daripada hasil cukai GST, ini bermakna peruntukan itu mungkin baru mengalir enam bulan dari sekarang. Jadi tidak munasabah kalau pemulihan banjir di Kelantan dapat dituntaskan dalam tempoh kurang setahun

8 maut bas persiaran terbakar di Tapah

Posted: 14 Jan 2015 09:31 PM PST

THE MALAYSIAN INSIDER


Kakitangan bomba berusaha mengeluarkan mangsa kemalangan bas persiaran yang terbakar selepas terbabas berhampiran Tol Tapah awal pagi ini. – Gambar ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat, 15 Januari, 2015. 
Kakitangan bomba berusaha mengeluarkan mangsa kemalangan bas persiaran yang terbakar selepas terbabas berhampiran Tol Tapah awal pagi ini. – Gambar ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat


Lapan penumpang maut apabila bas persiaran yang mereka naiki terbakar selepas terbabas di Kilometer 326.3 Lebuhraya Utara- Selatan arah selatan berhampiran Tol Tapah awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Tapah Superintenden Som Sak Din Keliaw berkata nahas pada pukul 1.15 pagi itu menyebabkan 21 penumpang lain cedera dengan 15 daripada mereka parah sementara dua lagi selamat.

Beliau berkata mayat mangsa dan penumpang yang cedera dihantar ke Hospital Tapah.


"Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu bas cuba mengelak tayar di tengah jalan dan ini menyebabkan bas tersebut terbabas ke dalam parit di bahagian kiri lalu terbakar," katanya di lokasi kejadian.

Ketika kejadian, bas persiaran berkenaan membawa 30 penumpang dari Kuala Kurau ke Cameron Highlands dan polis kini menyiasat kemungkinan seorang lagi penumpang yang masih hilang turut menaiki kenderaan itu.

Senarai mangsa yang maut dikenali sebagai Lim Soo Lan, 59; Tan Ah Ba, 65; Tan Chan Hing, 49; Aw Ah Poh, 56; Tan Ah Baa, 64; Ong Ah Yook, 58, Sin Ah Guat, 54 dan Jayagunasgaran Mariapen, 40.

Manakala pemandu bas belum diperoleh identitinya lagi. – Bernama

Senarai Punca Status BR1M 2015 Gagal dan Tidak Berjaya? Hantar Permohonan Rayuan BRIM 2015!

Posted: 14 Jan 2015 09:23 PM PST

Rayuan BRIM 2015



Senarai Punca Status BR1M 2015 Gagal dan Tidak Berjaya? Hantar Permohonan Rayuan BRIM 2015! Ramai yang sebenarnya mengharapkan status permohonan BRIM 2015 mereka diterima apabila mereka semak keputusan BR1M 2015. Sudah ada cakap-cakap yang mempertikaikan bagaimana cara penentuan penerima BRIM 2015 apabila ada kalangan kenalan, kaum kerabat yang jauh "lebih mampu" daripadanya boleh dapat, sedangkan ada yang tidak berkemampuan dan "lebih berhak" masih atau belum tidak dapat lagi. Berapa ramai kalangan pemohon BRIM 2015 berhadapan dilema seperti ini?

Sejak 3 hari lepas bermula 12 Januari 2015 hari Isnin yang lalu, seorang demi seorang berjaya dapat wang BRIM 2015. Hari ini, lebih banyak akaun bank penerima BRIM 2015 akan boleh mengeluarkan bahagian masing-masing.

Kepada yang masih yang belum hantar permohonan dan kemaksini BRIM 2015 masih ada harapan, anda masih lagi ada kesempatan kerana ruang permohonan maish lagi dibuka sehingga 30 Januari 2015.

KLIK SINI : Semakan BR1M 2015 BR1M 4.0 Online Malaysia. Daftar Kemaskini 
 BRIM 2015

 

Punca Semakan Status BRIM 2015 Gagal dan Ditolak?

  1. Anda tidak mengisi borang permohonan dan kemaskini BRIM 2015 dengan lengkap samada secara online ataupun manual.
  2. Gaji dan pendapatan yang anda terima melepasi syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia
  3. Nama anda telah diletakkan sebagai tanggungan dalam borang permohonan BR1M 2015 yang telah diterima pihak LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri)
  4. Anda telahpun hantar permohonan Buku 1Malaysia (BB1M)
  5. Tidak meletakkan nama isteri ataupun suami anda, sedangkan anda ketika anda memohon, anda mengaku sudah berkahwin
  6. Gagal senarai nama yang anda tanggung walaupun anda memohon atas dasar memabntu ibu atau bapa tunggal
  7. Anda didapati meletakkan no kad pengenalan yang tidak sah atau nama yang tidak tepat melalui semakan sistem Jabatan pendaftaran Negara (JPN)
  8. Anda telah hantar permohonan BR1M 4.0 lebih daripada sekali
  9. Ada lagi yang anda ingin tambah?
Dan jika anda sebenarnya memang layak untuk dapat duit BRIM tetapi dek kerana sebab-sebab teknikal yang menyebabkankan permohoann anda gagal dan tidak berjaya. Oleh itu itu, anda digalakkan untuk daftar rayuan BRIM 2014 (BR1M 2015). Caranya?

 

Cara Hantar Permohonan Rayuan BRIM 2015

  1. Anda boleh terus pergi ke mana-mana cawangan LHDN yang berdekatan dan dalam pada masa yang sama, kepilkan apa sahaja dokumen sokongan termasuk penyata gaji dan pendapatan anda sebulan serta tanggungan yang boleh menyokong permohonan rayuan BRIM 2015 anda
  2. Selepas itu, pihak LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) dan 10 agensi lain yang berkaitan seperti Bank negara Malaysia (BNM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan semak semula permohonan rayuan BR1M 2015 anda. Moga-moga berjaya.
  3. Pastikan juga anda kemukakan juga surat bertulis kepada LHDN
  4. Nantikan semakan keputusan rayuan BRIM 4.0 anda.
P/S : Tahniah kepada yang berjaya. Kepada yang gagal cuba sekali lagi hantar permohonan rayuan BRIM 2015 anda supaya dipertimbangkan untuk kali yang kedua.

Mahkamah ketepi hak jagaan diperolehi Awie

Posted: 14 Jan 2015 09:15 PM PST

MALAYSIAKINI


Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur hari ini mengetepikan perintah hak jagaan anak sementara yang diperoleh vokalis kumpulan Wings, Awie, ke atas tiga anaknya pada Julai tahun lepas.
  
Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan isteri Awie, Rozana Misbun, 37, untuk mengetepikan perintah yang diperoleh Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman.

Mahkamah turut memerintahkan Awie, 47, yang diwakili peguam Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain, membayar kos RM5,000.
  
Dalam penghakimannya, Mohd Amran berkata mahkamah berpuas hati bahawa secara keseluruhannya Awie tidak tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan sijil nikah dikemukakan untuk mendapat jagaan adalah tidak wujud dan tidak berdaftar.
  
Mohd Amran berkata mahkamah berpuas hati bahawa Awie tidak tinggal di Wilayah Persekutuan ketika mengemukakan permohonan jagaan anak sementara itu,  sebaliknya menggunakan alamat permastautinan di Ukay Perdana, Ampang, Selangor seperti dalam kad pengenalannya (Awie).
  
"Mahkamah juga berpuas hati bahawa sijil nikah tidak berdaftar di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang adalah satu dokumen yang tidak wujud dan tidak berdaftar.
  
"Susulan itu, semua kes yang berkaitan termasuk permohonan hak jagaan kekal adalah dibatalkan," katanya.
  
Pada 21 Julai tahun lepas, penyanyi rock itu berjaya mendapatkan hak jagaan sementara ketiga-tiga anaknya hasil perkahwinan bersama Rozana, 37.
  
Pada 8 Ogos tahun lepas, Rozana yang diwakili peguam Jamal Lokman Mohd Sulaiman memfailkan permohonan untuk mengetepikan perintah hak jagaan sementara itu.
  
Ketika ditemui media berhubung keputusan itu, Awie berkata beliau menerima keputusan mahkamah dengan terbuka dan akan berbincang dengan peguamnya tindakan seterusnya bagi memastikan kebajikan anak-anaknya terjaga.
  
"Sekarang anak-anak masih di bawah jagaan saya," katanya.
  
Rozana pula berkata beliau bersyukur dengan keputusan mahkamah.
  
Awie yang merupakan pelakon filem 'Zombi Kampung Pisang' dan 'Hantu Kak Limah Balik Rumah' bernikah dengan Rozana di Songkhla, Thailand pada 20 Jun 2005 dan dikurniakan tiga anak - dua lelaki dan seorang perempuan. - Bernama

Kassim Ahmad berjaya tangguh tindakan JAWI

Posted: 14 Jan 2015 09:14 PM PST

MALAYSIAKINI


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan bekas aktivis sosial dan politik Dr Kassim Ahmad untuk menangguhkan sebarang tindakan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) terhadapnya yang berdepan tiga pertuduhan menghina Islam di Mahkamah Tinggi Syariah.
  
Hakim Datuk Asmabi Mohamad membuat keputusan itu selepas menyemak penghujahan bertulis yang dikemukakan kedua-dua pihak.
  
Peguam Rosli Dahlan, yang mewakili Kassim, memberitahu pemberita berikutan keputusan itu, JAWI atau pegawainya ditegah daripada mengambil sebarang tindakan atau meneruskan prosiding di Mahkamah Tinggi Syariah sementara menunggu kes rayuannya diselesaikan di Mahkamah Rayuan.
  
Kassim merayu terhadap keputusan Asmabi pada 6 Januari yang menolak permohonan beliau untuk semakan kehakiman terhadap keputusan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah
Persekutuan untuk mendakwa beliau di Mahkamah Tinggi Syariah terhadap tiga pertuduhan menghina Islam.
  
Rosli berkata beliau akan memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi Syariah supaya menangguhkan kes Kassim yang ditetapkan untuk perbicaraan hari ini. Mahkamah Tinggi Syariah menangguhkan perbicaraan bagi kes itu disebut pada 16 Februari.

Asmabi, ketika menolak permohonan semakan kehakiman Kassim, berkata Kassim tidak seharusnya mengemukakan permohonan semakan kehakiman sebuah agensi penguatkuasaan di Mahkamah Sivil memandangkan kes itu berada dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah.
  
Hakim itu berkata bagaimanapun, Kassim boleh memohon remedi di Mahkamah Sivil berkaitan dakwaan beliau ditangkap dan ditahan secara tidak sah.
  
Kassim, 82, memfailkan permohonan pada 26 Jun tahun lepas, memohon perintah certiorari untuk mengetepikan keputusan Ketua Pendakwa Syarie pada 27 Mac tahun lepas, untuk mendakwanya kerana didakwa menghina Islam dan mengingkari arahan pihak berkuasa.
  
Beliau memohon agar kesnya di Mahkamah Tinggi Syariah di Putrajaya digantung sementara menunggu keputusan permohonan semakan kehakiman itu.
  
Beliau turut memohon perintah untuk mengetepikan semua waran tangkap, geledah dan sita selain bon serta perisytiharan bahawa pegawai JAWI dan pendakwaan bertindak di luar bidang kuasa mereka.
  
Beliau mendakwa pegawai dan pendakwa Jawi itu melanggari peruntukan Perlembagan Persekutuan, Akta-Akta Syariah Wilayah Persekutuan dan Enakmen-Enakmen Syariah Kedah, dalam tindakan mereka terhadapnya. - Bernama

11 penyanyi kelab dari Thailand ditahan

Posted: 14 Jan 2015 09:12 PM PST

MALAYSIAKINI


Sebelas penyanyi kelab yang didatangkan khas dari Thailand ditahan selepas persembahan mereka di George Town malam tadi tidak memenuhi syarat-syarat agensi pusat permohonan pengembaraan Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).  
  
Pengarah Jabatan Imigresen Pulau Pinang Hasbullah Abdul Rashid berkata kesemua wanita berusia 20-an itu ditahan selepas mengadakan persembahan di sebuah pusat hiburan di Jalan Lebuh Pantai di George Town pada kira-kira jam 11 malam.
  
"Berdasarkan pemantauan kami, mereka telah melanggar syarat-syarat yang dinyatakan dalam kelulusan seperti berpakaian mengghairahkan dan tidak mematuhi kod syarat pakaian artis iaitu artis wanita hendaklah menutup badan dari pangkal buah dada hingga ke bawah lutut.
  
"Selain itu terdapat unsur pemberian tips yang melanggari syarat yang ditetapkan iaitu pelanggan pusat hiburan berkenaan akan memberikan kalungan bunga dan selendang kepada artis kegemaran mereka mengikut kadar harga tertentu," katanya kepada pemberita di George Town hari ini.
  
Beliau berkata kalungan bunga dan selendang berkenaan disediakan dengan harga dari RM100 hingga RM500 dan akan dikalungkan sendiri oleh pelanggan kepada penyanyi pilihan mereka.

Hasbullah berkata dalam serbuan berasingan di sebuah pusat hiburan di Jalan Anson di George Town, pihaknya menahan tujuh wanita Vietnam yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) premis berkenaan.
  
"Mereka didapati telah menyalah guna pas lawatan sosial dan ada antara mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah," katanya.
  
Beliau berkata pihaknya turut menyerbu sebuah rumah kongsi di Jalan Ong Joo Sun dan menahan 25 rakyat asing dari Nepal, Bangladesh, Indonesia, Myanmar dan China atas pelbagai kelahanan menurut Akta Imigresen.

"Semua mereka yang ditahan dalam operasi dari jam 10 malam hingga 5 pagi itu dibawa ke Pejabat Imigresen negeri di Seberang Jaya untuk didokumentasi bagi siasatan lanjut," katanya. - Bernama

DAP Sarawak gesa SPR tarik cadangan persempadanan semula

Posted: 14 Jan 2015 09:04 PM PST

DUN_Sarawak

 Roketkini.com


KUCHING: Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen menyeru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menarik semula cadangan persempadanan semula di Sarawak.

Menurutnya, penjelasan SPR kononnya lakaran semula terpaksa dibuat supaya kawasan lebih kecil bagi memudahkan wakil rakyat berkhidmat tidak masuk akal sama sekali.

"Jika itu berlaku, mengapa tidak ada persempadanan semula kerusi Parlimen?

"Kalau ADUN perlu mempunyai kawasan lebih kecil untuk berkhidmat dengan lebih baik, kenapa tidak ada keperluan yang sama untuk Ahli Parlimen? soal Chieng Jen.

"Sebab sebenarnya adalah BN tidak mempunyai majoriti dua pertiga di Parlimen dan tidak akan ada Ahli Parlimen pembangkang yang akan memberikan sokongan kepada cadangan tak masuk akal sedemikian," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pengumuman cadangan persempadanan semula baru-baru ini, SPR mendakwa kawasan luar atau pinggir bandar lebih besar di bahagian permukaan (surface), dengan itu menyukarkan wakil rakyat berkhidmat, maka jumlah pengundi harus dikurangkan.

Menyelar dakwaan tersebut, Chieng Jen mempersoalkan mengapa DUN Satok, kawasan terkecil di permukaan hanya memiliki 13,580 pengundi sedangkan lebih besar berbanding Padungan dan saiznya hampir dengan Pending dan Batu Lintang.

Semakan yang dibuat menunjukkan Padungan mempunyai 22,873 pengundi, diikuti Pending seramai 30,881 dan Batu Lintang 24,640 orang.

"Satu-satunya penjelasan munasabah mengapa SPR sanggup membuat dirinya seperti orang bodoh dengan tergesa-gesa untuk meningkatkan kerusi DUN, adalah kerana parti mesra BN seperti UPP dan TERAS memerlukan kerusi

"Penambahan 11 kerusi DUN tanpa melaksanakan perkara yang sama terhadap kerusi Parlimen merupakan satu lawak jenaka," ujar Ahli Parlimen Kuching itu. -Roketkini.com

Benarkah USD2.3 bilion dana 1MDB di Cayman sudah ditebus?

Posted: 14 Jan 2015 09:02 PM PST

arul_1mdb

Roketkini.com


PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kandasamy gagal menjelaskan maksud 'menebus semula' dana pelaburan USD2.3 bilion di Kepulauan Cayman, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.

Ini kerana pada 13 Januari lalu Arul berkata bahawa 1MDB berjaya menebus semula dana USD2.3 bilion di Pulau Cayman, sedangkan kenyataan tersebut mengelirukan.

"Apakah 'tebus semula' bermaksud hasil pelupusan pelaburan di Pulau Cayman sudah 'diterima' 1MDB?

"Arul kena pastikan amaun jumlah tunai yang diterima 1MDB," kata Tony dalam satu kenyataan.
1MDB kini dilihat dalam tekanan kerana berjanji kepada firma auditnya Deloitte Malaysia bahawa semua baki pelaburan berjumlah RM 4.7 bilion akan diterima sepenuhnya sebelum November 2014.

Justeru itu, Tturut mengingatkan Arul untuk memulakan pentadbiran secara bersih dan tidak mewajarkan kesalahan sebelum ini dengan alasan tidak bertanggungjawab untuk tindakan pentadbiran sebelumnya.

"Ketika ditanya adakah 1MDB tidak mampu membayar semula balik pinjamannya. Arul hanya menafikan, dan mendakwa soalan media 'sangkaan tidak benar'.

"Bila diminta menjelaskan kecairan dana 1MDB dia hanya menjawab, 'tidak ada akaun untuk jumlah spesifik," kata Tony.

Ujarnya, meskipun sedikit terbuka berbanding dua CEO sebelum ini, namun Arul tidak boleh 'menyapu ke bawah permaidani' kritikan dengan menuduh individu yang membuat dakwaan keatas 1MDB didasari niat politik tanpa pertimbangan perniagaan.

"Arul digaji bukan untuk bermain politik, tetapi untuk memulihkan 1MDB.

"Jika kritikan kami tidak tepat, malukan sahaja kami dengan fakta dan angka yang betul. Biar fakta dan angka berbicara dari hanya mengutuk kritikan.

"1MDB tidak boleh mengelak dari dikritik kerana ia berkait dengan kerajaan, CEO tidak ada jalan lain dari menuduh kritikan terhadap 1MDB adalah dakwaan berniat politik," tegas Tony. – Roketkini.com

TPM: Tiada halangan pakai baju kurung

Posted: 14 Jan 2015 08:56 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kementerian tidak pernah mengarahkan mana-mana pentadbiran sekolah untuk menghalang pelajar khususnya bukan Islam untuk memakai baju kurung.

Malah, beliau menjelaskan sepatutnya pakaian itu perlu digalakkan untuk dipakai oleh kaum dan Melayu dan bukan Melayu memandangkan ia dianggap sebagai baju kebangsaan.

Katanya lagi, jika ada mana-mana sekolah yang membuat peraturan yang bertentangan, ia dianggap ia sebagai "tidak betul dan perlu diperbetulkan".

"Di sekolah kita tidak mengeluar arahan. Cuma ada sesetangah sekolah ada peraturannya sendiri. Jadi saya fikir, itu tidak betul dan perlu diperbetulkan

"Pihak kementerian akan minta pihak sekolah memperbetulkan semula. Kerana isu yang sedikit, akan timbul isu-isu yang dianggap perkauman. Bukan isu perkauman.

"Isu ini berbangkit kerana sekolah itu membuat arahan yang tidak selari dengan dasar yang ditetapkan oleh kementerian pendidikan," katanya yang juga menteri pendidikan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas insiden seorang pelajar Britney Nicole yang dilapor dilarang memasuki Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mutiara di Cheras semalam kerana dia memakai baju kurung uniform sekolah.

Pelajar tingkatan tiga itu dilapor keliru dengan arahan itu dan takut untuk kembali ke sekolah

'Jangan hukum remaja dipeluk artis K-Pop'

Posted: 14 Jan 2015 08:53 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pihak berkuasa agama sepatutnya mendidik remaja bertudung yang dipeluk oleh artis K-Pop di sebuah konsert.

Mengulas ancaman Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk menahan remaja terbabit, Shabery berkata pihak berkuasa tersebut tidak seharusnya bertindak menghukum remaja terbabit.

Shabery berkata, terdapat sesetengah perkara yang berlaku secara spontan dan sukar untuk dikawal apabila ia melibatkan penonton.

"Ada perkara yang saya kira, nasihat perlu diberikan oleh pihak tertentu.

"Saya rasa tindakan yang dilakukan oleh pihak berkenaan dengan menghukum bukan pemilihan yang perlu dibuat oleh setiap perkara yang berlaku.

"Zaman sekarang ini, ada perkara yang kita boleh kenakan tindakan undang-undang, ada perkara nasihat, pandangan pendidikan lebih penting supaya orang boleh memilih mana yang baik dan mana yang tak baik diperlakukan.

"(Jangan) menghukum kerana ia akan mengakibatkan kesulitan di masa depan," katanya dalam sidang media di ibu negara hari ini.

Zahid: Bantuan Paul Phua 'rahsia besar'

Posted: 14 Jan 2015 08:46 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak dapat mendedahkan mengenai bentuk bantuan yang disediakan oleh Paul Phua kepada kerajaan kerana melibatkan "rahsia besar negara".

"(Bentuk bantuan tidak boleh sewenang-wenangnya diuar-uarkan kepada umum atas faktor kepentingan dan keselamatan negara.

"Bahkan maklumat-maklumat rasmi kerajaan tersebut turut dilindungi oleh Akta Rahsia Rasmi 1972," kata Zahid dalam kenyataannya.

Beliau turut menjelaskan bahawa suratnya kepada Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) bukan satu surat surat sokongan.

Katanya surat tersebut menegaskan dua perkara:

"Tidak wujud kumpulan kongsi gelap 14K Triad di Malaysia.

"Paul Phua bukanlah ahli kepada kumpulan kongsi gelap 14K Triad di Malaysia," katanya.

Surat itu telah dikemukakan kepada Mahkamah Daerah Nevada oleh pasukan peguam Phua sebagai sebahagian daripada pembelaannya dalam perbicaraan yang sedang berlangsung di Las Vegas.

Pendakwa raya AS yang percaya Phua menjadi ahli kongsi gelap 14K, mengenakan tuduhan perjudian haram terhadapnya dan anak lelakinya, Phua Wait Kit.

Tiada ulasan: