Khamis, 15 Januari 2015

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


PASCA BANJIR : SEBULAN GAJI UNTUK KESUSAHAN RAKYAT!

Posted: 15 Jan 2015 03:04 AM PST

Ketika Saidina Abu Bakar R.A menjadi Khalifah selama enam bulan, beliau masih tidak menggunakan duit Kerajaan untuk urusana kehidupannya sehinggalah para Sahabat mencadangkan beliau diberi gaji tetap, sekalipun begitu beliau banyak mengembalikannya semula kepada keperluan rakyat. Begitulah juga keadaan semasa pentadbiran Khalifah Umar Al-Khattab dan para Khulafa' Al-Rasyidin.

Setelah Dr Mursi menjadi Presiden Mesir, beliau menyumbangkan semua gaji Presidennya untuk kebajikan rakyat. Apabila beliau menyelidiki kesusahan rakyat, setiap kali dijumpai kesusahan, beliau akan mengurangkan kemewahan di peringkat pentadbiran Kerajaan. Walaupun banyak lagi agenda lain yang dilakukan untuk kebajikan rakyat, akan tetapi inisiatif memulangkan gaji ini menjadi agenda kebajikan pemimpin berjiwa rakyat terdahulu dan masakini bagi menzahirkan keprihatinan serta kebersamaan pemimpin bersama rakyat.

Pasca bah kuning baru-baru ini, YAB Ustaz Dato' Haji Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan turut mengambil inisiatif menyumbang sebulan gaji beliau iaitu gaji januari 2015 kepada kesusahan mangsa banjir dan diminta Timbalan Menteri Besar, Ahli Exco, Speaker Kerajaan Negeri, ADUN, ADR, ADN turut menyumbang sebulan gaji/elaun kepada mangsa banjir melalui Tabung Amanah Bencana Banjir Negeri Kelantan mengikut kemampuan mereka masa kini. Pembayaran ini boleh juga dibuat berperingkat bagi mereka yang turut mengalami kesusahan akibat banjir.

Bagi YAB Ustaz Dato', apalah sangat nilai sebulan gaji jika dibandingkan dengan banyak kemusnahan yang ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir. Sekalipun dikalangan Exco, ADUN sendiri ada yang menjadi mangsa banjir dan turut menanggung bebanan yang sama dengan rakyat, akan tetapi dengan tarbiyah pengorbanan ini yang dimulai dengan pemimpin sendiri, insya-Allah akan diberkati dan diredhai Allah SWT.

MOHD ASRI MAT DAUD
Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Kelantan

Bertarikh: 24 Rabiul Awwal 1436 / 15 Januari 2015

Nurul Izzah sah bercerai talak satu

Posted: 15 Jan 2015 12:59 AM PST

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dan suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim sah bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, sebentar tadi.

Lafaz cerai itu dilakukan Raja Ahmad Shahrir di hadapan Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain.

Bodoh Betul La Pemuda Umno Wakaf Bharu

Posted: 15 Jan 2015 12:12 AM PST



Nak beli yang ori tapi malu. Lepas tu sebar benda paslu.

Bodoh tak boleh nak ajar.

Penjelasan dari guru disiplin

Posted: 14 Jan 2015 03:13 PM PST



Harap semuanya selesai. Memang la,pakai baju kurung tak pakai singlet, hang p sekolah nak tunjuk pakaian dalam la tu.

Tiada ulasan: