Rabu, 14 Januari 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Betulkah JAWI berani bertindak demi Allah dan RasulNya?

Posted: 14 Jan 2015 08:57 AM PST

Aksi ini lebih ganaz dari aksi K-Pop.
Lama dah tersebar dimedia sosial.... 

Nak gelak pun ada. Nak marah pun ada.Baru saja baca berita yang melaporkan pasal Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) nak waran tangkap remaja yang dirangkul dan dicium artis K-Pop.

Aku bukanlah nak memihak kat remaja tu, tapi tindakan JAWI selama ini yang tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap kelakuan biadap sesetengah VVIP yang menyebabkan perkara seperti itu sudah macam tidak terkawal lagi.

Pendedahan pelakon dan pelawak terkenal Adibah Noor yang berkongsi pengalamannya melihat gelagat para "isteri orang" dan "makcik-makcik" ketika berdepan dengan artis pujaan mereka amat mengejutkan kita semua.

"Saya pernah lihat para isteri orang, makcik-makcik meraba dan mengucup para artis lelaki tempatan," katanya di sini

Kenapa JAWI tidak memantau majlis-majlis seumpama ini? Sepatutnya mereka perlu memantau majlis-majlis seumpama ini daripada sibuk memantau majlis-majlis ilmu atau ceramah politik.Harap-harap setiap majlis hiburan, pihak penguasa agama sentiasa bersama untuk membuat pemantauan.

Aku nak korang berkongsi antara komen-komen  menarik dari pembaca seperti berikut :

Ipoh Mali: Sebelum Tangkap Budak2 Jahil tu... Tangkap Dulu Bini PM yg Dok berlaga Pipi dgn Pelakon Hindustan..Berpeluk dgn Lelaki... Tangkap Dulu anak2 Raja dan Pemimpin yg Berpoya poya.. Tangkap Dulu Penganjur tu... Ingat Org Boleh Saja2 Peluk artis tu, Cuba la try kalau Luar Konsert Saja2 pergi Peluk..mau Kena Terajang Dgn Bodyguard depa.. tu mesti kerja org yg Buat Skrip.. JAWI,MUFTI org Agama Jangan Tunjuk Bodoh Sgt... 

sayapmelayang: betul dan tepat sekali,kene ke sasarannya. Dulu kak Mah berlaga pipi dengan salman Khan dan berpeluk dengan Cong Wei. Kamon lah Jawi,jangan dabel standard ok.

Samah Ali Lahu:Betul tu...dalam islam jawi pun ada double standard...hahahaha..lawak sungguh....itu baru seorang..tapi yang sebenar nya beribu lagi gadis melayu di bawah pentas tu yang sudah pun terlebih rela untuk di peluk cium oleh artis K.pop tu...apa yang yang jais,jawi dan mufti buat selama ini...apakah fungsi mereka hanya cari salah dan lepas tu tangkap dan dakwa saja....atau pun lepas tu saman....kerajaan dapat duit.....itu saja ke tugas kamu semua.....

Mujahid Yusoff dalam drama melayu bersepah adegan berpeluk, adegan cium dahi dan cium kepala..kenapa tak tangkap pelakon serta pengarah.

Rashidi RQ : Tangkap jugak rosmah sebab dia pun memalukan Islam, pernah peluk cium dgn pelakon bollywood dan datuk LCW.Dont be double standard.

Semua kita sedari tujuan JAWI itu baik, demi menjaga kesucian agama Islam. Islam agama resmi. Setiap negeri ada Mufti dan Ketua Agamannya. ni. Apalah salahnya JAWI pergi ngadap Mufti dan Ketua Agama Islam dan bincang molek-molek perkara-perkara berikutnya :


Semua kita akan tabek spring kalau JAWI berani berindak, demi Allah dan RasulNya.... Ada berani?

Kes Altantuya: Siapa, apa dan mengapa

Posted: 14 Jan 2015 02:00 AM PST


Kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariiibuu telah berakhir dengan bekas anggota polis Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar didapati bersalah dan dihukum mati.

Perbicaraan itu menyaksikan 75 saksi pendakwaan manakala pihak pembelaan hanya memanggil Azilah dan Sirul. Terdapat beberapa persoalan yang masih berlegas di minda, seperti:


  • Mengapa ada perubahan hakim dan pendakwa?

  • Di Mahkamah Tinggi Shah Alam, kes itu pada mulanya dijadual didengar oleh Hakim KN Segara, yang dikenali sebagai seorang hakim yang tegas.

    Segara telah mendengar rayuan tiga tertuduh (termasuk penganalisis politik Abdul Razak Baginda) apabila mereka mula-mula dihadapkan ke Mahkamah Tinggi. Bagaimanapun, kes itu kemudian dipindahkan untuk didengar oleh Hakim Mohd Zaki Yasin. Segara kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi hakim Mahkamah Rayuan di mana beliau kemudiannya bersara.

    Terdapat juga perubahan pendakwa dan juga bekas ketua pendakwaan Selangor Sallehuddin Saidin digantikan pada saat-saat terakhir dengan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Tun Abdul Majid Tun Hamzah, yang dikenali rapat dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, manakala Sallehuddin pula rapat dengan bekas peguam Ketua II Mohd Yusof Zainal Abiden.

    Sallehuddin akhirnya berhenti daripada Pejabat Peguam Negara. Tun Abdul Majid juga mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes tipu terhadap bekas menteri pengangkutan Dr Ling Liong Sik yang melibatkan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

    Turut menarik perhatian ialah hakikat bahawa peguam Wong Kian Kheong, yang dikatakan rapat dengan peguam negara, telah mewakili kedua-dua Abdul Razak dan Ling.


    Wong pada mulanya berkhidmat di Pejabat Peguam Negara tetapi beliau kemudiannya menyertai Lee Hishammuddin, sebuah firma guaman yang diasaskan oleh sepupu Najib, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang ketika itu menteri dalam negeri.


    Wong telah pun dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman.

    • Mengapa dan siapa Azilah telefon?
    Azilah telah menelefon seorang individu yang tidak dikenali sebanyak dua kali dari Puncak Alam (tempat kejadian) selepas jam 11 malam pada 19 Oktober 2006 sebelum pembunuhan berlaku, berdasarkan rekod telefon bimbitnya. Mengapa dan siapa yang dihubunginya?
    • Mengapa motif tidak dijelaskan?
    Hakim Mohd Zaki tidak menyentuh motif di sebalik pembunuhan Altantuya, dan memutuskan bahawa ia bukan satu keperluan kepada kes pembunuhan itu.
    • Mengapa pihak pendakwaan tidak merayu terhadap pembebasan Abdul Razak yang dituduh bersubahat dengan pembunuhan itu?
    Ini ekoran apa yang mereka dakwa sebagai dapatan fakta dalam afidavit penganalisis politik itu berkenaan dengan permohonan ikat jaminnya. Afidavit itu tidak diperolehi sepenuhnya oleh media.

    Afidavit itu telah difailkan oleh Wong apabila Sirul dan Azilah ditangkap, dengan menuding jari pada mereka.

    • Mengapa Sirul mendakwa dia telah dijadikan sebagai"kambing hitam" untuk melindungi "rancangan mereka" dan siapa yang dia maksudkan?
    • Adakah kedua-dua anggota polis ini bertindak atas kehendak mereka sendiri?     
    • Apakah peranan DSP Musa Safri - bekas adikong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak - hanya terhad kepada menghantar Azilah ke rumah Abdul Razak di Damansara Heights dan pejabat di Jalan Ampang untuk menyelesaikan masalah?
    • Apakah peranan yang dimainkan oleh Altantuya dalam perjanjian Kementerian Pertahanan dalam pembelian kapal selam Scorpene dari Perancis yang bernilai berbilion ringgit? Adakah dia tahu sesuatu lebih daripada itu?
    (Kerajaan telah melantik Perimekar Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Abdul Razak, yang mengaku mempunyai hubungan sulit dengan Altantuya, untuk membeli dan menyelenggara kapal selam sewaktu Najib menjadi menteri pertahanan)
    • Adakah Najib kenal Altantuya seperti yang didakwa dalam Akuan Bersumpah (SD) pertama P Balasubramaniam yang menurutnya adalah berdasarkan apa yang Abdul Razak beritahu kepadanya?
    Balasubramaniam dikatakan dipaksa menarik balik SD pertama itu dan menandatangani SD kedua. Dia didakwa telah dibantu oleh peguam kanan Datuk Cecil Abraham, yang kini disiasat oleh Lembaga Tatatertib peguambela dan peguamcara.


    Selepas itu, Balasubramaniam dan keluarganya berlepas ke India selepas didakwa diminta berbuat demikian selama lima tahun sebelum pulang pada tahun 2013. Penyiasat persendirian itu meninggal dunia akibat sakit jantung tidak lama selepas itu.

    Najib telah bersumpah dalam masjid pada tahun 2008 bahawa beliau tidak pernah bertemu dengan Altantuya.


    Keluarga Balasubramaniam telah memfailkan saman RM1.9 juta terhadap Najib, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan Cecil, serta enam orang lain, tetapi saman itu telah ditolak  KOPIPES

    Tadbir negeri pakai kulit kerang atau kupang ?

    Posted: 13 Jan 2015 08:00 PM PST


    Aku setuju dengan gesaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim agar aktiviti pembalakan dihentikan selama 10 tahun di setiap kerajaan negeri sebagai satu daripada usaha untuk membendung bencana banjir.

    "Saya cadangkan berhentilah melakukan pembalakan. Mereka (kerajaan negeri) kena berbincang dengan kerajaan pusat untuk cari sumber pendapatan lain (selain daripada balak)," katanya di sini

    Tak payahlah bincang ke bagai wahai Shahidan, ko syorkan Kerajaan Pusat berikan wang Royalty rakyat Kelantan tu.Nasihatkan Najib supaya menghormati semangat persekutuan seperti yang termaktub di dalam perjanjian persekutuan pada tahun 1948 dahulu.

     Tidak payah tunggu PAS bersatu dengan Umno baru nak berikan royalty itu kerana perjanjian itu tidak kena mengena dengan PAS atau UMNO. Ianya perjanjian di antara petronas dengan rakyat Kelantan. 

    Parti mana pun yang memerintah di Kelantan itu berhak untuk mendapatkan royalty seperti yang telah di tanda tangani itu.

    Shahidan, kamu dan puak-puak Umno kamu tu tidak ada perasaan malu ke mengambil hak rakyat/negeri ? Korang semua ni tak ingat mati ke? Tak reti dosa dan pahala ke?

    Suruh jangan tebang balak, tapi duit Royalty minyak korang rentap? Mana akai korang? Kamu ingat tadbir negeri pakai kulit kerang atau kupang ?

    Beza antara Pejuang Pembela Rakyat dan Pejuang Madah Pujangga

    Posted: 13 Jan 2015 06:18 PM PST

    catatan Husam di fbooknya...

    Bila K Krai boleh pulih semula?? 

    Tangisan seorang lelaki di tangga Pasar Besar Kuala Krai Jumaat lalu sebaik acara penyerahan cek sumbangan oleh YAB Lim Guan Eng berbeza dari apa yg saya temui sepanjang banjir memuncak.

     Sebagai peniaga kecil, pulihnya pasar dan bandar bermakna kehidupan mekar semula. Hari ini, Alhamdulillah ratusan sukarelawan termasuk Ajk dan petugas Pas Kubang Kerian, DBKL, Tentera, Bomba dan pelbagai NGO berpusu menghilangkan kekusaman pasar ini.

    Apa yang penting, kerjasama...

     MB turut singgah, ditemani YB Exco Kerajaan Tempatan dan DO yg tiba lebih awal. Bau kuat yg menerjah hidung bukan kepalang.

    Dua gaya berbeza antara MB Kelantan dan MB Rakyat

     Kesukaran untuk kerja pembersihan ialah kerana bekalan air di sini belum pulih. Berpandukan rungutan penduduk, selepas seketika di sini, saya berkunjung ke loji air Kg Tualang. Setiba, kami dpt mendengar bunyi pam beroperasi. Mengikut En Ghazali, operator loji, bermula petang semalam operasi telah pulih .
    Longgokan sampah busuk....

     InsyaAllah bermula hari ini, bekalan dalam coverage loji ini boleh menikmati air bersih semula. Petugas Yayasan Darul Hijrah mengambil kesempatan berbincang sebentar di sebuah kedai kopi. Membahagikan tugas dan membincangkan langkahan selanjutnya.......

    Selepas 9 jam bertungkus lumus, akhirnya pasar 
    bersedia untuk beroperasi semula...

    Mungkin korang tertanya-tanya siapakah gerangannya lelaki yang menangis ditangga pasar Kuala Kerai itu? Mungkinkah inilah dia orangnya? Cuma telahan aku sahaja. Mungkin betul, mungkin tidak .....
    "...Tuhanku, di tengah kota raya angkuh ini, wajahkannya padaku seperti longgokan sampah sarap yang membusuk. Kau biarkanlah aku jadi persis wajah yang kosong itu....."

    Hanya orang yg kepalanya kosong mohon persis wajah yang kosong!

    Orang bertungkus lumus membersihkan sampah, mengutip longgokan sampah yang busuk, dia pula sibuk bermadah pujangga konon mengutip kebaikan dan kelebihan dicelah-celah kelam dan busuk ....alahai, ada akai kah?

    Terbaik dari Husam!

    Tiada ulasan: