Rabu, 14 Januari 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


VIDEO: Selepas Black Box, Kini Badan Pesawat AirAsia Pula Ditemui

Posted: 14 Jan 2015 07:07 AM PST

KELAB GREENBOC



Selepas kejayaan menemui dan mengangkat keluar "Black Box" penerbangan QZ8501 AirAsia, kini badan utama atau fiuslaj pesawat berkenaan telah pun ditemui oleh kapal Singapura MV Swift Rescue di dasar laut ketika operasi pencarian mengesan bahagian itu dilakukan.

Penemuan itu disahkan Menteri Pertahanan Singapura Dr Ng Eng Hen melalui laman sosial Facebooknya sebentar tadi.

Laporan berkenaan turut disusuli dengan gambar bangkai pesawat itu dengan tulisan "Now Everyone" yang biasa tertulis di badan sebuah pesawat AirAsia.

Semalam, Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) memaklumkan bahawa badan pesawat berkenaan masih belum lagi ditemui menafikan laporan awal bahawa mereka sudah pun menemui bangkai utama pesawat itu.

Pasukan mencari yang terdiri daripada beberapa buah negara termasuk Malaysia dan Singapura kini berusaha keras membantu Indonesia mengesan bangkai utama atau fiuslaj pesawat itu kerana dipercayai banyak mayat masih terperangkap di dalamnya.



Bodi Pesawat Air Asia QZ8501 Ditemukan

Kepala Badan SAR Nasional Marsekal Madya Fransiskus Henry Bambang Soelistyo mengatakan bodi pesawat Air Asia QZ8501 sudah ditemukan pada Rabu sore, pukul 15.05 WIB. Bodi pesawat itu ditemukan hanya dengan satu sayap yang masih menempel.

Bodi yang ditemukan tersebut berdimensi 30 x 10 x 3 meter. "Saya konfirmasi ini adalah obyek ke-15 yang berhasil ditemukan," kata Soelistyo di kantor Basarnas, di bilangan Kemayoran, Jakarta Pusat, Rabu, 14 Januari 2015.

Objek tersebut juga telah dipotret oleh remotely operated vehicle (ROV) dari kapal Angkatan Laut Singapura RSS Swift. Dari gambar ROV itu, Soelistyo yakin benda tersebut puing Air Asia. "Ada tulisannya 'Now Every', seperti yang saya bandingkan dengan foto Air Asia lainnya," kata dia.

Sebelumnya, tim penyisir Air Asia menemukan bayangan serupa badan pesawat dalam posisi terbalik di perairan sebelah barat Teluk Kumai, Kalimantan Tengah. Temuan tersebut dilaporkan KRI 353 yang menyusul ke area serpihan exit door ditemukan.

Bayangan badan pesawat itu dilaporkan terlihat di kedalaman 24-30 meter pada posisi 03 54" 48' LS/110 31" 04' BT.
-tempo.co
 
LIHAT VIDEO DI SINI:



Jawi Yang Kena "Masuk Jawi"

Posted: 14 Jan 2015 06:46 AM PST

shahbudindotcom



Dalam satu tindakan yang dianggap sangat efisien, proaktif dan sangat pantas, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan atau Jawi dilaporkan akan mengeluarkan waran tangkap kepada tiga gadis bertudung yang video mereka berpeluk dan bercium dengan artis K-Pop Korea Selatan tersebar luas, baru-baru ini.

Pengarah Jawi, Paimuzi Yahya dilaporkan berkata, pihaknya memberi tempoh selama tujuh hari kepada ketiga-tiga gadis remaja itu untuk menyerah diri untuk siasatan dan sekiranya gagal, waran tangkap akan dikeluarkan.

Katanya, kes melibatkan mereka itu akan disiasat di bawah Seksyen 29 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) Perbuatan Tidak Senonoh Di Tempat Awam.

Kes ini akan dibawa ke mahkamah dan apa saja hukuman atau denda akan diputuskan, tambahnya lagi.

Walaupun menghargai kecekapan, sikap proaktif dan kepantasan Jawi terhadap perbuatan tidak senonoh gadis-gadis remaja ini sebagai usaha mencegah amalan maksiat dalam masyarakat, rasanya pihak berkuasa agama itu agak keterlaluan dan berlebih-lebihan dalam hal ini.

Ternampak bahawa, mentang-mentang isu melibatkan remaja itu menjadi viral di media sosial dan topik perbualan dalam masyarakat, Jawi seolah-olah ingin "tumpang semangkuk" menunjuk-nunjuk kuasa dan keprihatinan mereka terhadap amalan maksiat dalam negara ini.

Walhal, banyak maksiat lain yang terang-terangan berlaku dalam masyarakat, tidak pula Jawi bersungguh mahu membanterasnya. Maksiat, pergaulan bebas, adegan tidak senonoh di tempat awam, berpeluk dan bercium sebenarnya bukanlah sukar untuk dihidu oleh Jawi jika mereka benar-benar ingin membanterasnya.

Di pusat hiburan, pusat urut, disko, refleksiologi dan banyak lagi bercambah-cambah gejala maksiat, peluk dan cium setiap hari. Pusat-pusat itu pula terletak di tempat terbuka dan di tepi-tepi jalan, bukannya tersorok dan tersembunyi. Di malam minggu, adegannya lebih panas dan menggiurkan lagi.

Begitu juga di taman-taman bunga, taman di sekitar pusat membeli-belah, bahkan di dalam pusat membeli-belah sendiri, adegan berpeluk dan bercium di kalangan remaja ini seperti perkara biasa saja.

Jika ada majlis hiburan, majlis hari jadi atau parti-parti sosial peribadi yang selalunya diadakan di hotel-hotel ternama, pergaulan bebas, berpeluk dan bercium ini lebih dahsyat lagi perlakuannya. Tambahan pula jika turut disertai minuman keras, semuanya bak "dunia ana yang punya".

Dalam masa yang sama, di tv pula, sepanjang masa adegan drama-drama tempatan bukan sekadar berpeluk, bercium, bahkan ada juga aksi mandi berkemban dan berselimut berdua-duaan dengan mesra di atas katil, turut bagaikan perkara biasa juga.

Jika mahu dihuraikan sebenarnya banyak lagi maksiat nyata dan terang-terangan yang sepatutnya lebih diambil peduli oleh Jawi berbanding perlakuan gadis-gadis remaja dengan artis K-Pop itu. Memang diakui tindakan remaja itu salah, tetapi janganlah Jawi hanya "nampak kuman di seberang laut, namun buat-buat buta dengan gajah di depan mata".

Dalam konteks maksiat dan perbuatan tidak senonoh di tempat awam, banyak lagi yang boleh diambil tindakan oleh Jawi. Malah, jika bercium dengan artis boleh dianggap salah, bagamana pula dengan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor yang juga pernah melakukan perkara yang sama sebelum ini?

Panggillah Rosmah untuk disiasat dan jika enggan, keluarkanlah waran tangkap juga? Kenapa ketika itu Jawi diam saja?

Begitu juga dengan pelakon-pelakon yang menayangkan aksi berpeluk, bercium, berkemban dan bermesra di atas katil sepanjang masa di kaca tv, ambillah juga tindakan yang sama?

Adalah penting untuk Jawi bertindak berdasarkan keutamaan dalam masyarakat. Maksiat dan adegan tidak senonoh lain berlaku sepanjang masa dan berleluasa, manakala aksi remaja dengan bintang K-Pop itu hanyalah aksi terpencil saja. Ia boleh ditangani dalam bentuk yang lain atau secara diam-diam sahaja.

Mengeluarkan waran tangkap seolah-olah penjenayah besar adalah  agak keterlaluan dan boleh menjejaskan masa depan mereka sedangkan pesalah lain yang sepatutnya hadir ke mahkamah pun masih boleh lepas bebas hingga ke luar negara.

Dengan menghebohkan tindakan dalam perkara yang kecil dan remeh, tetapi mengabaikan maksiat yang lebih besar dan terang dalam masyarakat,  hanya mendedahkan Jawi kepada kecaman dan pensendaan masyarakat semata-mata. Dalam kes remaja dengan artis K-Pop ini, tidak perlulah juga Jawi muncul setiap hari di media dengan menunjuk kuasa seolah-olah begitu gila publisiti.

Perlakuan itu sebaliknya hanya memperlihatkan Jawi seolah-olah tidak matang, terangsang dengan perkara remeh, gagal melihat keutamaan dan seperti lagak budak-budak yang belum "masuk jawi" saja.  

Makanya, eloklah Jawi "bersunat" dulu agar tindakannya tidak kekok di mata masyarakat. 

Jika ini dianggap salah dan mahu diberi waran tangkap...



Bagaimana dengan yang ini...



Dan yang ini...Atau yang ini...


Di mana negara Arab ketika kita dilanda musibah?

Posted: 14 Jan 2015 06:41 AM PST





Oleh Sonia Ramachandran


Kawan di saat menangis sukar dicari. Kawan sejati adalah mereka yang berada di sisi ketika kita di dalam kesusahan. Sama juga dengan hubungan negara.Tahun 2014 mendatangkan banyak ujian kepada Malaysia. 

Kehilangan pesawat MH370, nahas pesawat MH17 dan pesawat AirAsia QZ8501, serta banjir yang antara terburuk melanda negara untuk beberapa dekad, meragut 23 nyawa dan lebih 200,000 mangsa.

Melalui ujian ini, Malaysia juga melihat sekutunya tampil untuk bersama-sama menempuhi saat-saat getir ini. 

Banjir tahun lalu menggemparkan negara, dengan anggaran kerugian infrastruktur berjumlah kira-kira RM2 bilion. 

China tampil menawarkan bantuan dan wang, bersama-sama syarikat dari negara itu yang turut memberi sumbangan kepada negeri yang dilanda banjir. 

Singapura, Amerika Syarikat dan China juga dilaporkan menghantar bantuan kemanusiaan, malah Amerika juga bertanya Malaysia tentang keperluan lain untuk membantu mangsa banjir. 

Pada 13 November lalu, The Malaysian Insider melaporkan kenyataan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, bahawa sejumlah RM33.46 bilion dibelanjakan untuk 3,000 penyelamat dalam usaha mencari dan menyelamat MH370 yang hilang Mac lalu dan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada Julai. 

Australia yang mengetuai pencarian MH370 dilaporkan membelanjakan $80 hingga $90 juta bagi operasi itu. 

Tetapi di manakah negara-negara Arab yang kaya-raya?

Bukankah Malaysia anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)? 

Pengerusi Jihad for Justice Datuk Thasleem Mohamed Ibrahim Al-Haj berkata, beliau tidak terkejut melihat kebanyakan negara Arab dan anggota OIC tidak menunjukkan simpati terhadap tragedi atau bencana alam yang menimpa negara lain.

"Mereka akan datang apabila semuanya selesai.

"Malah dalam konflik Bosnia, Malaysia adalah antara negara Muslim pertama yang menyuarakan bantahan terhadap penghapusan etnik di sana, diikuti dengan bantuan dan penempatan pelarian.

"Dengan kekayaan yang dimiliki dan cara mewah negara-negara Arab membelanjakannya, mengapa mereka tidak membantu? Raja Arab Saudi dikatakan penjaga dua kota suci Mekah dan Madinah. 

Mereka sepatutnya menunjukkan contoh agar menjadi ikutan negara lain, namun mereka lebih sibuk untuk menguatkuasakan 'undang-undang'," katanya kepada Semut Harian.

Bagaimana dengan "solidariti Islam" dan "persaudaraan Islam"? 

Bukankah negara-negara muslim yang patut paling awal menawarkan bantuan kepada "saudara" mereka yang memerlukan? 

"Negara Arab telah mencemarkan istilah 'persaudaraan Islam'. Ia kini dikaitkan dengan ekstremisme dan terorisme. 

"Persaudaraan sebenar tidak seharusnya terbatas kepada agama dan kaum. 'Persaudaraan' sepatutnya universal. Kita tidak lihat siapa yang menjadi mangsa. Etnik dan kaum mereka sepatutnya tidak menjadi soal. 

"Kita perlu melihat satu sama lain sebagai insan manusia. Kalaulah negara Arab dan OIC memahami ciri asas kemanusiaan ini," kata Thasleem.

Beliau tetanya sama ada negara Arab menghantar ucapan takziah kepada Malaysia, berikutan tragedi pesawat dan banjir yang berlaku. 

"Saya tidak ingat ada membaca ucapan takziah daripada negara Arab dan OIC, apatah lagi memberikan sumbangan. Kecuali jika ia memang tidak dilaporkan.

"Bagi saya, ini menunjukkan seolah-olah negara Arab hidup dalam dunia gasar. Mereka hidup dalam kota ultra-moden, namun masih terkurung dalam minda dan pemikiran gasar mereka," katanya lagi.

Untuk berlaku adil, kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dilaporkan menyumbang 150,000 pasang pakaian baru untuk kanak-kanak berusia antara satu hingga lima tahun di negeri yang dilanda banjir. 
Namun di manakah negara Muslim yang lain? Adakah sumbangan mereka tidak dihebahkan? 

Adakah makna "tolong" bagi mereka hanya melibatkan perjuangan mempertahankan agama mereka? Adakah itu tidak termasuk membantu saudara yang memerlukan?

Merekalah sepatutnya yang paling awal menghulurkan tangan kepada saudara yang memerlukan. Tiada sebab untuk menghala kritikan kepada Barat, apabila negara-negara di sana lah antara yang paling awal membantu ketika kita memerlukan.

Bukankah mengeluarkan kata-kata itu memang mudah. Perbuatanlah yang memberi makna pada akhirnya.-bm.theantdaily.com

Banjir: Pahang terjejas kembali, Perak pulih

Posted: 14 Jan 2015 03:11 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic

 
 
KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Pahang kembali serius apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan negeri itu meningkat pagi ini manakala di Perak, keadaan banjir kian pulih apabila jumlah mangsa yang dipindahkan terus berkurangan.
 
Di PAHANG, jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri berkata, jumlah mangsa banjir di Temerloh meningkat kepada 981 orang berbanding 939 orang malam tadi.
 
Di PERAK, jumlah mangsa banjir terus berkurangan sebanyak 1,948 orang daripada 538 keluarga pagi ini berbanding 1,952 orang daripada 540 keluarga malam tadi.
 
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak berkata, jumlah mangsa banjir di Perak Tengah turun kepada 1,628 orang manakala di daerah Hilir Perak kekal sebanyak 210, Manjung (76), Hulu Perak (34). Kesemua mangsa banjir ditempatkan di 11 pusat pemindahan banjir.
 
Bagaimanapun, keadaan banjir di JOHOR masih tidak berubah dengan 18 orang membabitkan empat keluarga masih berada dua pusat pemindahan di Segamat, pagi ini.
 
Menurut Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Johor, sehingga 8 pagi, 13 orang berada di Balai raya Kampung Batu Badak, Mukim Gemereh manakala lima lagi di Balai raya Kampung Spang Loi, Mukim Buloh Kasap.
 
Di KELANTAN, jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri berkata jumlah keseluruhan mangsa banjir masih tidak berubah berbanding semalam dengan sebanyak 1,525 daripada 368 keluarga berada di 22 pusat pemindahan.
 
Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan Machang sebanyak 30 orang manakala jumlah mangsa banjir di Kuala Krai kekal 988, Gua Musang (414 orang) dan Tanah Merah (93 orang).

Beberapa kawasan di Kudat, Sandakan dilanda banjir

Posted: 14 Jan 2015 03:10 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic

 
 
KOTA KINABALU: Beberapa kawasan di Kudat dan Sandakan dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak malam tadi.
 
Di Sandakan, antara kawasan terjejas ialah perumahan Taman Mawar, Taman Anggerik, Taman Fajar, Sim-Sim, Batu 1 1/5, Batu 12, Kampung Gum-Gum, Batu 16 dan Sepilok.
 
Jalan utama antara Batu 12 hingga ke Batu 16 turut dinaiki air, tetapi masih boleh dilalui oleh kenderaan.
 
Beberapa kejadian pokok tumbang dilaporkan turut berlaku, namun tidak membabitkan kemalangan jiwa atau kecederaan.

Palanivel hanya OK pada tujuh bulan pertama jadi Presiden - Vell Paari

Posted: 14 Jan 2015 03:06 AM PST

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic



SHAH ALAM: Selepas empat tahun menjadi presiden, Datuk Seri G Palanivel telah membuktikan bahawa beliau bukan pemimpin berkualiti yang diperlukan bagi menerajui MIC, demikian dakwa seorang tokoh parti itu.

Bekas Pengarah Strategi MIC, Datuk Seri S Vell Paari mendedahkan, Palanivel hanya menunjukkan prestasi dan kebolehannnya menerajui parti dalam tujuh bulan pertama sejak mengambil alih parti daripada bapanya, Datuk Seri S Samy Velu pada 2010.

Selepas tempoh tersebut katanya, prestasi Palanivel mula menurun, apabila sering bersikap 'mudah lupa' dan membuat pusingan-U selepas beberapa keputusan penting dicapai dalam mesyuarat.

"Saya rasa awal tujuh bulan pertama, bila diambil sebagai Presiden, dia OK. Idea dan caranya fantastik. Lepas itu, ia menurun, dia pelupa.

"Tujuh bulan pertama, OK. Selepas itu, menurun... Buat satu keputusan lepas tu tukar," katanya dalam wawancara bersama Antarapos, baru-baru ini.

Vell Paari, adalah antara pemimpin yang lantang mengkritik kepimpinan Palanivel, sejak pemilihan parti berkenaan diisytiharkan tidak sah oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Pada 5 Disember lalu, RoS mengeluarkan arahan agar parti itu mengadakan pemilihan semula bagi tiga jawatan naib presiden dan 23 jawatan anggota jawatankuasa kerja pusat (CWC), selain pemilihan semula di lapan bahagian berikutan terdapat penyelewengan dan salah guna kuasa.

Lapan bahagian itu ialah Bayan Baru, Bukit Gelugor, Subang, Bandar Baru Kulim, Taiping, Tambun, Sepang dan Jasin.

MIC diberikan tempoh masa selama 90 hari untuk mengadakan pemilihan semula bagi jawatan naib presiden dan jawatankuasa kerja pusat, dan 60 hari bagi semua bahagian yang terlibat.

 Mengulas lebih lanjut kepimpinan Palanivel, Vell Paari yang juga Pengerusi MIC Bahagian Kepong berkata, kredibiliti parti itu begitu tercalar apabila presiden sendiri ditegur oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah berhubung isu tanah runtuh dan banjir lumpur di Cameron Highlands.

"Anda lihat dalam sejarah MIC. Mana ada seorang Presiden yang dikritik oleh mana-mana sultan, seperti yang dia kena," katanya merujuk kepada isu tanah runtuh dan banjir lumpur yang berlaku di tanah tinggi itu, November tahun lalu.

Palanivel, adalah ahli parlimen bagi Cameron Highlands sejak memenangi kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum 2013. Kerusi Parlimen tersebut sebelum ini diwakili oleh Datuk SK Devamany.

Vell Paari juga menyatakan 'rasa malu' apabila kelibat Palanivel langsung hampir tidak kelihatan bersama-sama pemimpin Barisan Nasional (BN) yang lain membantu mangsa bencana banjir besar, baru-baru ini.

"Anda lihat, semua ketua daripada pembangkang sehingga kerajaan. Semua masuk air. (Tapi) kita punya kawan (presiden)? Tak ada. Mana dia pergi? Bila Perdana Menteri lawat di Temerloh masa dah surut, dia tunggu di sana dengan pakai baju elok, sambil lihat Perdana Menteri," ujarnya sinis.

Palanivel kini berhadapan dengan tekanan daripada akar umbi yang mendesaknya meletakkan jawatan berikutan gagal menangani krisis dalaman parti berkenaan, yang tercetus selepas pemilihan pada 2013.

Untuk rekod, Palanivel pernah mengumumkan persaraannya sebagai presiden parti terbesar kaum India itu hanya akan berlaku pada 2016.

Dialog 'Dilema Malaysia' dengan Dr M 12 Feb

Posted: 14 Jan 2015 03:03 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Orang ramai, terutama generasi muda, dipelawa menghadiri ceramah umum dan dialog dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 12 Februari.
  
Bertajuk 'Dilema Malaysia', ceramah itu akan diadakan di Connexion @ Nexus, Bangsar South City, Jalan Kerinchi di sini.
  
Ia dianjurkan Centre for a Better Tomorrow (CENBET), dengan kerjasama Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF), Pusat Pengajian Dasar Awam (CPPS) dan UOA Group.
  
Presiden Bersama Cenbet Gan Ping Sieu memberitahu sidang akhbar di ibu negara hari ini bahawa pada majlis itu, Dr Mahathir dijangka berkongsi pendapat dan pengalaman beliau tentang masa depan negara ini.
 
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif GMMF Datuk Saifuddin Abdullah.
  
Gan berkata Dr Mahathir juga akan menyentuh tentang senario politik semasa di negara ini, cabaran ekonomi dan perpaduan sosial.
  
Mereka yang berminat menyertainya boleh mendaftar melalui www.cenbet.org.my atau emel kepada converse@cenbet.org.my-Bernama

Ada VVIP peluk Shah Rukh Khan, mana JAWI?'

Posted: 14 Jan 2015 02:59 AM PST

MALAYSIAKINI



 
 
 
Usaha Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk menyiasat remaja yang dirangkul dan dicium artis K-Pop terus mendapat kritikan dan sindiran sinis oleh para artis, dan pemimpin gerakan sivil tempatan.

Antara yang paling lantang, pelakon dan pelawak terkenal Adibah Noor yang berkongsi pengalamannya melihat gelagat para "isteri orang" dan "makcik-makcik" ketika berdepan dengan artis pujaan mereka.

"Gadis terpengaruh dengan anasir luar sampai lupa jati diri Islam? Tolonglah.

"Saya pernah lihat para isteri orang, makcik-makcik meraba dan mengucup para artis lelaki tempatan," katanya di Twitter.

Beliau bagaimanapun tidak menamakan individu yang dimaksudkannya dalam kenyataannya itu dan tidak menyatakan sekiranya wanita berkenan turut disiasat oleh JAWI.

Selain itu, bekas MP, Datuk Zaid Ibrahim pula berkata, kejadian berpelukan juga berlaku semasa satu persembahan konsert oleh bintang Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan.

Beliau mendakwa, JAWI bagaimanapun tidak bertindak kerana acara tersebut dihadiri orang kenamaan, yang tidak dinamakannya.

Peluk Shah Rukh Khan

"Mana JAWI masa konsert Shah Rukh Khan? Ada hugging dan peluk juga. Tapi VVIP pun ada jadi tak ada tindakan.

"Anak muda nak bergembira sikit heboh seluruh negara. Apa pengawasan ke atas orang atasan?," katanya lagi di Twitter.

Kumpulan pemimpin masyarakat sivil pula mendakwa Jabatan JAWI bertindak keterlaluan kerana mengancam untuk menangkap tiga remaja bertudung yang dilaporkan dipeluk dan dikucup anggota kumpulan artis K-Pop.

Antaranya, peguam hak asasi, Datuk S Ambiga yang bimbang tindakan itu akan menyebabkan remaja bertudung berkenaan mengalami trauma.

"JAWI mahu mendapatkan waran tangkap kepada gadis muda dalam K-Pop? (Tindakan) itu boleh mendatangkan trauma kepada mereka buat sepanjang hidup mereka," katanya di Twitter.

Sementara itu, NGO hak asasi wanita Sisters in Islam pula mempersoalkan peruntukan undang-undang yang didakwa "terlalu luas" untuk siasatan bagi kes itu.

Dalam kenyataan di laman Facebook mereka, NGO itu mendakwa peruntukan tersebut "boleh membuka ruang untuk penyalahgunaan penguatkuasaan sewenang-wenangnya dan terpilih."

'Tak ada kerja lain?'

Ia merujuk kepada siasatan JAWI mengikut  bawah Seksyen 29 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) Perbuatan Tidak Sopan di Tempat Awam.

Tindakan berkenaan turut menimbulkan sindiran daripada aktivis hak asasi dan media, V Gayathry yang mempersoalkan keutamaan JAWI dalam menjalankan operasi mereka.

"Serius? JAWI mahu waran tangkap terhadap peminat artis K-pop? Anda tak ada kerja lain ke?," katanya yang juga pengarah eksekutif Pakatan Akhbar Asia Tenggara (Seapa).

Beliau mengulas laporan yang menyebut, JAWI akan mendapatkan perintah mahkamah untuk mengeluarkan waran tangkap sekiranya remaja bertudung tersebut tidak hadir untuk siasatan.

Laporan Utusan Malaysia menyebut, pengarah JAWI Paimuzi Yahya berkata jabatan itu memberi tempoh tujuh hari bermula semalam kepada remaja perempuan itu untuk tampil bagi siasatan.

Video menunjukkan aksi anggota kumpulan B1F4 itu beredar di blog dan laman sosial popular sejak Sabtu lalu.

Ia menunjukkan salah seorang ahli kumpulan itu berinteraksi dengan mesra dengan beberapa remaja perempuan bertudung dan memeluk mereka di atas pentas.

Ia turut menunjukkan seorang daripada anggota kumpulan dari Korea Selatan itu mengucup salah seorang daripada mereka di bahagian ubun kepala.

Kumpulan remaja bertudung itu dilihat gementar namun ada di kalangan mereka dilihat membalas rangkulan artis tersebut.
 

MB, timbalan tidak ambil gaji bantu mangsa banjir

Posted: 14 Jan 2015 02:51 AM PST


Ahmad ketika sidang media di pejabatnya sebentar tadi. Ahmad ketika sidang media di pejabatnya sebentar tadi.
 
 
KOTA BHARU - Cakna dengan musibah yang dihadapi rakyat Kelantan akibat bah kuning baru-baru ini, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob sanggup menyumbangkan sebulan gajinya kepada Tabung Amanah Bencana Banjir.

Selain beliau, timbalannya, Datuk Mohd Amar Abdullah bersama seluruh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan juga berbesar hati turut berbuat demikian.

Ahmad mengumumkan perkara tersebut sebentar tadi di pejabatnya dan beliau berkata  sumbangan tersebut akan disalurkan bagi membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir.

Selain itu, semua Adun, ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara termasuk speaker kerajaan negeri akan mendermakan sebulan elaun mereka kepada tabung sama.

Perakam suara kokpit QZ8501 mula dianalisis

Posted: 14 Jan 2015 02:46 AM PST


Perakam suara kokpit (CVR) pesawat AirAsia QZ8501. - Foto Ihsan: Antara Foto Perakam suara kokpit (CVR) pesawat AirAsia QZ8501. - Foto Ihsan: Antara Foto
 
 
JAKARTA - INDONESIA. Pasukan Majlis Keselamatan Pengangkutan Nasional (KNKP) Indonesia hari ini mula menganalisis perakam suara kokpit (CVR) pesawat Air Asia QZ8501 yang terhempas Disember lalu.

Data-data yang diperolehi dari CVR terbabit akan dibersihkan untuk mengetahui punca pesawat tersebut terhempas.

Menurut salah seorang pegawai penyiasat KNKP, Kapten Ertata Lananggalih, proses penyiasatan CVR  akan dimulakan pada jam 12 tengahari (waktu tempatan).

"Semoga malam ini, pasukan penyiasat dan pasukan khas kotak hitam akan selesai memeriksa CVR", katanya.

Dalam pada itu, menurut Ketua Penyiasat KNKP, Mardjono Siswo Suwarno, setelah data tersebut di periksa, pasukannya akan mendengar secara terperinci setiap data yang dirakam antaranya seperti percakapan juruterbang, pembantu juruterbang.

"Suara rakaman kokpit, suara pilot, bahkan pengumuman pramugari akan dapat didengar',  katanya yang dipetik viva.co.id

Menurutnya lagi, hasil percakapan itu akan dicatat oleh pasukan penyiasat yang terdiri dari juruterbang.

" Adalah sukar dan memenatkan untuk transkrip setiap butir percakapan dan hanya juruterbang berpengalaman boleh melakukannya kerana terdapat istilah-istilah kursus penerbangan digunakan," katanya.

Pesawat AirAsia Indonesia Penerbangan QZ8501 hilang daripada imbasan radar pada 28 Disember semasa dalam penerbangan ke Singapura dari Surabaya, Indonesia, bersama 155 penumpang dan tujuh anak kapal.

Pesawat malang itu terhempas di perairan Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah di Indonesia.

Kes Pembunuhan Altantuya Shaariibuu : Azilah dan Sirul Azhar Sah Bersalah! Tersenarai Bersama Kes Mustakizah, Norita, Hasleza?

Posted: 14 Jan 2015 02:44 AM PST

kes Altantuya



Kes Pembunuhan Altantuya Shaariibuu 2015 : Azilah dan Sirul Azhar Sah Bersalah! Tersenarai Bersama Kes Mustakizah, Norita, Hasleza : Selepas bertahun-tahun kes mahkamah cukup berprofil tinggi tergantung sehingg di bawa ke Mahkamah Perseketuan untuk diadili oleh atas pentas yang dinamakan "mencari keadilan" akhirnya Cif Inspektor Azilah bin Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar "terbukti bersalah" membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu oleh kalangan 5 panel hakim di mahkamah yang tertinggi di Malaysia Mahkamah Persekutuan dan bakal menjalani hukuman gantung sampai mati.

 

Persoalan Disebalik Kes Pembunuhan Altantuya Shaariibuu?

Ya, Muktamad…Cif Inspektor Azilah bin Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar "disahkan" telah membunuh Altantuya Shaariibuu
  1. Apa sebab dan motif dua bekas komando polis bunuh Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006? Entah……
  2. Siapa yang arah dua bekas komando polis bunuh Altantuya Shaariibuu sebenarnya? Entah….
  3. Macam mana dua bekas komando polis boleh menggunakan C4 untuk meletupkan Altantuya Shaariibuu? Entah…..
Kes Altantuya Shaariibuu ini mendapat perhatian dunia, media antarabangsa dan rakyat Malaysia apabila menyimpan seribu macam misteri yang "masih lagi tersimpul rapi" menantikan masa dan ketikanya untuk dirungkaikan.

BACA SINI : Malaysia "Pakar Perangi Rasuah"? Tahniah…Sila Buka Semula 
Skandal Scorpene & Kes Altantuya!!

 

Senarai Kes Pembunuhan di Malaysia Yang Berprofil Tinggi & Cukup Misteri?

kes Altantuya Shaariibuu

Yang pastinya kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu ini akan meletakkan jenayah berprofil tinggi ini sebaris dengan kes jenayah yang cukup terkenal antaranya :
  1. Kes Pembunuhan Mustakizah Jaafar
  2. Kes Pembunuhan Norita Samsudin
  3. Kes Pembunuhan Hasleza Ishak
  4. Terkini, Kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu
Setelah 9 tahun berlalu, rakyat Malaysia dipertonton satu karya "drama yang cukup agung yang bertema jenayah" sehingga menerbitkan seribu macam teori, pandangan, fakta-fakta yang berbangkit daripada pelbagai pihak dan kumpulan masyarakat disebalik kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu ini.

Jikalau dibawa kes Altantuya Shaariibuu ini ke luar negara, kita akan melihat lahirnya hikayat moden seperti mana kes pembunuhan

Kita sedang melihat kelahiran sebuah hikayat moden – agak sama dengan pembunuhan bekas Presiden Amerika Syarikat, John F. Kennedy yang begitu mengejutkan dunia sehingga akhirnya telah meletusnya perdebatan dan perkongsian pandangan serta kontroversi baik dari rakyat Amerika sendiri, penduduk seluruh dunia dan juga rakyat malaysia sendiri.

Sehingga ke hari ini, kes pembunuhan John F. Kennedy (JFK) terus menjadi misteri dan terus tercari-cari kebenaran kerana begitu banyak persoalan yang belum terungkai sehingga membuat rakyat-rakyat di seluruh dunia tertanya-tanya sehingga ke hari ini.

altantuya shaariibuu

"Drama" Kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu baru sahaja melabuhkan tirainya semalam, 13 Januari 2014 selepas menempuh cabaran yang cukup panjang untuk menyudahkan episod yang cukup berliku ini. 

Bakal terbit satu lagi cerita lagenda yang akan dikenang rakyat Malaysia bermula hari ini sehingga ke tempoh yang tidak diketahui sampai bila untuk dibawa persoalan-persoalan yang masih belum terungkai sehingga ke hari ini, "siapa mastermind", atas sebab apa dibunuh.

Lebih 50% pemutihan kilang haram dilaksana Kerajaan Negeri sejak 2008

Posted: 14 Jan 2015 02:33 AM PST

Oleh: AFEEQA AFEERA


SHAH ALAM: Kerajaan Selangor berjaya melaksanakan lebih 50 peratus pemutihan kilang tanpa kebenaran di seluruh negeri sejak Pakatan Rakyat (PR) memerintah, pada tahun 2008.

Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah berkata, usaha itu dilaksanakan Kerajaan Negeri melalui beberapa dasar dan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) serta Pejabat Daerah dan Tanah.

Katanya, sehingga kini 3,040 lot tanah kilang tanpa kebenaran dikenal pasti di seluruh daerah Selangor dengan bilangan permohonan bagi menukar syarat tanah adalah 1,197 permohonan.
kilang haram sg buloh 01
"Kerajaan Negeri berhasrat membantu pengilang supaya memutihkan kilang mereka dengan pelaksanaan beberapa dasar seperti diskaun ke atas premium sebanyak 50 peratus dan memberi kelonggaran ke atas pelan pembangunan.

"Jika didapati masih terdapat kilang yang beroperasi secara haram, maka tindakan akan diambil pejabat daerah atas kesalahan guna tanah, manakala untuk PBT pula atas kesalahan tiada pelan bangunan di bawah Akta Perancangan Tempatan," katanya kepada Selangor Kini.

Mengulas lanjut, Ean berkata, pihaknya tidak menetapkan sebarang sasaran berhubung pemutihan kilang haram bagi tahun 2015, namun menegaskan akan berusaha menyelesaikan masalah berkenaan.

ean"Susah untuk menentukan sasaran kerana setiap kilang mempunyai isu sendiri, jadi kita akan selesaikan satu demi satu sebanyak yang boleh kerana itu adalah cara terbaik," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Kembangan.

Berdasarkan rekod yang dikeluarkan Pejabat Tanah dan Daerah seluruh ngeri itu sehingga Disember 2014, sebanyak 1000 permohonan tukar syarat kilang sudah diluluskan dan daerah Petaling mencatat angka tertinggi iaitu 686 kilang.

Daerah Klang pula memperoleh 55 kelulusan permohonan tukar syarat, Hulu Langat (158), Kuala Langat (71), Gombak (19), Kuala Selangor (5), Hulu Selangor (5), Sepang (1), manakala tiada permohonan dari Sabak Bernam.-NFN-

Felixia Yeap Kecewa Gadis Bertudung Peluk Artis K-Pop

Posted: 14 Jan 2015 02:31 AM PST

KELAB GREENBOC


 

Kisah gadis bertudung dipeluk dan memeluk artis k-pop menjadi viral di media sosial.

Rata-rata merasa kecewa... kecewa kerana ia amat mencemarkan imej "bertudung" yang mereka bawa... perbuatan mereka tidak melambangkan akhlak muslimah.

Felixia Yeap atau lebih dikenali dalam nama Islam beliau sebagai Rasiyyah Rania Yeap ada mengulas berhubung isu laman facebooknya. Jom kita ikuti:


Saya tak suka lelaki sentuh saya. (Kecuali baby. HEHE.)

Dari dulu (time saya tak berhijab dan masih seorang model berimej seksi)……… sampailah sekarang (dah berhijab dan dah jadi seorang Muslimah).
Memang tak suka lelaki sentuh/peluk walaupun hanya sekadar untuk bergambar kenangan.
Tangan2 yang sempat "menjalar" kat bahu pun saya tepis dan kadang2 siap tegur kuat2, "Sorry sir, NO TOUCHING." (zaman modeling sebelum Islam)
Jadi saya pun tak faham kenapa semalam ada adik bertudung yang excited dan suka sampai sendiri yang memeluk artis lelaki Kpop dalam video tu…
Saya rasa artis tu tak bersalah sebab diorang bukannya tahu pun pasal agama kita ni.
Dah adik2 bertudung tu happy je bagi peluk, siap terloncat2 lagi nak peluk artis2 tu semula…aduhhhh.
Memang la artis2 Kpop tu terima dengan hati dan tangan terbuka je… Jam saya tengok.
Alangkah bagusnya kalau adik2 yang bertudung tu say "NO" kat artis Kpop tu atas pentas bila diorang nak peluk.
Terus jadi dakwah…atas pentas pula tu.
MashaaAllah!
Renung-renungkanlah…
Even non-Muslims pun ada banyak yang tak bagi lelaki sentuh.

Be different, my sisters.
You're different, you're special. Remember that.
Your hijab is your greatest reminder everyday.
Stay that way.
Say NO next time.


Daripada pengakuan Felixia ternyatalah beliau memang dikasihi Allah maka beliau dikurniakan hidayahNya lantarannya...

Dari dulu (time saya tak berhijab dan masih seorang model berimej seksi)……… sampailah sekarang (dah berhijab dan dah jadi seorang Muslimah). Memang tak suka lelaki sentuh/peluk walaupun hanya sekadar untuk bergambar kenangan.

Kepada mereka yang terlibat di dalam aksi peluk memeluk itu... bertaubatlah... kita khuatir nanti akan terbalik jadinya daripada perjalanan hidup Felixia.... daripada sudah ada hidayah... terus ditarik hidayah itu dan ditinggalkan dalam keadaan zulmat dan suul khatimah...mudah-mudahan dijauhkan Allah swt... sekalipun demikianlah hkum kebenaran dan keadilan berjalan...

Dan terlebih penting jangan ada di kalangan kita yang menempelak Felixia pula menuduh kononnya beliau dah jadi seorang "ustazah express" sepertimana tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan oleh bekas seorang timbalan menteri kepada beberapa artis yang telah berhijrah...

Selepas isu K-Pop, PAS gesa pihak berkuasa sekat program ‘sesatkan’ umat Islam

Posted: 13 Jan 2015 10:15 PM PST

THE MALAYSIAN INSIDER


Kumpulan artis Korea B1A4 yang mencetuskan kontroversi pada Sabtu apabila memeluk dan mencium beberapa gadis Melayu bertudung semasa konsert mereka di Kuala Lumpur. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Januari, 2015. Kumpulan artis Korea B1A4 yang mencetuskan kontroversi pada Sabtu apabila memeluk dan mencium beberapa gadis Melayu bertudung semasa konsert mereka di Kuala Lumpur. – Gambar fail The Malaysian Insider


Selepas isu gadis Melayu didakwa "dicabul" artis K-Pop dari Korea Selatan, PAS ‎menggesa pihak berkuasa agar menyekat segala bentuk program yang akan menjerumuskan umat Islam ‎kepada kemungkaran, lapor portal The Star Online.

Ketua Jabatan Alimat Dewan Ulama PAS Mastura Ismail berkata,  tindakan membiarkan lambakan program yang menyebabkan keruntukan akhlak kepada remaja Islam di negara ini dikhuatiri mengundang kemurkaan daripada Allah .

"Sebagai Muslimah dan ibu kepada para remaja, Jabatan Dewan Alimat PAS Pusat memandang serius terhadap gejala keruntuhan akhlak remaja Muslimah kini dan dibimbangi ia mengundang kemurkaan Allah yang lebih besar lagi," katanya seperti dilaporkan portal tersebut.


Menurut Mastura, pihak berkuasa perlu memandang serius terhadap lambakan program tersebut kerana Malaysia merupakan sebuah negara di mana Islam merupakan agama rasmi yang perlu mengikut syariat agama untuk mencegah kemungkaran. Mastura mengulas mengenai aksi gadis bertudung berpelukan dengan artis kumpulan lelaki K-Pop B1AF dalam satu konsert ‎yang mencetuskan kontroversi.

Aksi tersebut yang dirakam kemudian dimuat naik dan tersebar luas di Internet ‎dan mengundang kritikan orang ramai.

Semalam Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar menggesa penganjur konsert itu diambil tindakan.


Sambil mempersoalkan tindakan penganjur yang membenarkan gadis bertudung diperlakukan sebegitu, Mahfuz turut mempersoalkan adakah terdapat garis panduan pihak berkuasa dalam penganjuran konsert.

"‎Kita juga mahu tahu adakah artis kumpulan tersebut menerima garis panduan untuk mereka membuat persembahan di Malaysia," katanya.

Sementara itu Ahli Jawatankuasa PAS Nik Mohamad Nik Abduh Nik Aziz berkata isu mengenai gadis bertudung itu kini sudah di tahap membimbangkan.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu mendakwa, terdapat penjualan arak secara terbuka semasa konsert K-Pop itu.

"Ini adalah kesan daripada globasisasi yang tanpa adanya sekatan.

"Budaya baru ini merendahkan maruah manusia," katanya dalam satu kenyataan.

Susulan kontroversi itu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berkata akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap penganjur konsert persembahan artis K-Pop.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha berkata, perbuatan beberapa gadis Melayu bertudung dipeluk dan dicium oleh anggota artis K-Pop, B1A4, pada Sabtu lepas adalah sesuatu yang sangat memalukan rakyat Malaysia terutamanya umat Islam.

Selain itu, Jawi juga menggesa gadis Melayu terbabit untuk tampil bagi membantu siasatan.

Pemimpin Umno persoal hukuman terhadap Mejar Zaidi

Posted: 13 Jan 2015 10:11 PM PST

 OLEH DIYANA IBRAHIM


Mejar Zaidi Ahmad dijatuhkan hukuman dengan ditamatkan perkhidmatan secara serta-merta pada hari Isnin ini selepas membuat laporan polis berhubung kelemahan dakwat kekal‎ semasa Pilihan Raya Umum ke-13. – Gambar The Malaysian Insider,14 Januari, 2015.Mejar Zaidi Ahmad dijatuhkan hukuman dengan ditamatkan perkhidmatan secara serta-merta pada hari Isnin ini selepas membuat laporan polis berhubung kelemahan dakwat kekal‎ semasa Pilihan Raya Umum ke-13. – Gambar The Malaysian Inside


Seorang pemimpin Umno, Syed Rosli Jamalullail mempersoalkan hukuman yang dikenakan terhadap Mejar Zaidi Ahmad walaupun penjawat awam itu berbuat perkara betul dengan membuat laporan polis berhubung kelemahan dakwat kekal‎ semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Ketua penerangan Umno cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka Pandan itu berkata, TUDM lebih cepat menghukum Zaidi yang kesalahannya tidak serius berbanding kelemahan agensi keselamatan itu ketika kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.

‎‎"Kenapa Mejar Zaidi diambil tindakan tegas sedangkan beliau cuma ingin melaporkan perkara yang benar mengenai kelemahan dakwat kekal yang digunakan oleh SPR semasa PRU13," kata Syed Rosli dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini merujuk kepada Suruhanjaya Pilihan Raya.


"Kerajaan Indonesia lebih tegas dengan memecat 4 pegawai Pusat Kawalan Udara mereka yang bertugas semasa kejadian malang pesawat AirAsia QZ8501." Zaidi pada Isnin dijatuhkan hukuman dengan ditamatkan perkhidmatan secara serta-merta selepas didapati bersalah atas dua dakwaan yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Tentera.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Kol Saadon Hasnan berkata, hukuman berkenaan bukan berpunca daripada isu dakwat kekal.

"Ianya kerana dua kesalahan yang dilakukan kerana melanggar arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa Angkatan Tentera Udara," kata Saadon.

Zaidi membuat laporan berhubung dakwat kekal pada 30 April, 2013 selepas mengundi dalam pengundian awal selepas mendapati dakwat kekal di jarinya hilang selepas dibasuh.

Susulan daripada laporan polisnya, pegawai TUDM itu diarahkan untuk berpindah ke Butterworth dan pada 7 Februari, 2014 beliau dilaporkan menerima 7 pertuduhan daripada Majlis Angkatan Tentera.

Syed Rosli yang pernah mencabar Khairy Jamaluddin sebagai ketua Pemuda Umno turut membidas cara TUDM menangani kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac, 2014 dengan mengatakan sehingga kini ‎tiada siasatan menyeluruh dilakukan.

Katanya, TUDM juga gagal mengesan kehilangan pesawat MAS yang membawa 239 penumpang dan 12 anak kapal itu terkeluar daripada radar.

Beliau berkata TUDM hanya mendedahkan pesawat itu berpatah balik selepas tiga hari  meskipun ia dapat dikesan rada‎r mereka.

"‎Betul, kita tidak boleh menyalahkan 100% pada pihak tentera udara Malaysia tetapi bukankah ini menjadi tanggungjawab mereka memantau ruang udara Malaysia terutama apabila ada pesawat penumpang yang melakukan pusingan semula merentasi Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang tanpa mendarat?"

Syed Rosli yang sebelum ini mencetuskan kontroversi dengan surat terbuka kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa TUDM memperbaiki kelemahan badan itu.

"Tidak boleh bayangkan apa akan terjadi dengan Malaysia jikalau ada pesawat perang asing yang masuk ke ruang udara Malaysia malahan lebih teruk mereka boleh mendarat secara haram tanpa diketahui oleh pihak tentera pun.

"Jangan diulangi lagi seperti apa yang pernah berlaku di Lahad Datu setahun yang lalu dan berubahlah semua pemimpin negara atau kami rakyat akan terpaksa mengubah kamu semua," katanya.

Tak boleh lena kerana idola K-Pop

Posted: 13 Jan 2015 09:05 PM PST


SEKALI lagi banyak pihak meluahkan kemarahan dan kekecewaan. Tidak kurang yang berasa resah dan bersalah.

Saya merujuk kepada insiden terbaharu di mana beberapa gadis Islam bertudung yang merelakan diri dipeluk dan dicium anggota lelaki kumpulan K-Pop, B1A4 dari Korea Selatan semasa konsert yang berlangsung di Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Membaca kenyataan, penjelasan dan kritikan yang memenuhi akhbar dan laman sosial sebaik sahaja klip video perlakuan tidak senonoh itu tersebar, saya tidak hairan kenapa pelbagai pihak tampil untuk mengecam mereka yang terlibat dan berusaha memberi jalan keluar supaya ia tidak berulang.

Saya boleh faham perasaan mereka kerana kes ini sesuatu yang serius, memalukan dan menyedihkan. Ia tidak patut berlaku sebenarnya.

Usaha mereka yang meluahkan perasaan melalui laman sosial atau media patut dihargai.

Langkah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengarahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengambil tindakan sewajarnya berhubung penganjuran konsert K-Pop itu adalah sesuatu yang perlu dilihat secara objektif. Jawi pun sudah memulakan tugasnya itu.

Alhamdulillah, cuma diharap siasatan dan tindakan sewajarnya dapat diambil secepat mungkin.

Biarlah insiden ini menjadi pengajaran terakhir kepada penganjur program-program berbentuk konsert dan hiburan di negara ini serta masyarakat, terutama anak-anak muda beragama Islam.

Kita tidak mahu lagi satu demi satu insiden memalukan dan tidak senonoh seperti ini berulang.

Tentu kita masih ingat insiden tahun lalu di mana gadis-gadis Melayu Islam yang bertudung menjadi antara yang terlibat dengan kes kontroversi memeluk anjing hingga mencetuskan kecaman. Cukuplah!

Saya tidak sabar mendengar keputusan daripada kenyataan Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha bahawa Jawatankuasa Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara akan panggil penganjur konsert berhubung kes yang mencalarkan imej itu.

Memang tepat, seperti katanya, dalam kes ini, penganjur tidak boleh lepas tangan.

Kalau benar Jakim telah mengambil inisiatif menerbitkan Garis Panduan Hiburan Dalam Islam sejak 2007, insiden yang memalukan seperti itu tidak seharusnya berlaku dengan semudah itu.

Kita tidak mahu dengar lagi penganjur memohon maaf dan berjanji akan mengambil kira soal budaya dan agama atau sebagainya apabila berlaku insiden tidak bersopan dalam konsert mereka.

Dalam kes terbaharu ini, penganjur menjelaskan peminat-peminat naik ke pentas untuk mendekati anggota kumpulan K-Pop B1A4 itu dipilih secara rawak, pengacara majlis turut mengarahkan peminat supaya tidak menyentuh atau berada hampir dengan anggota kumpulan itu.

Kalau demikian, bagaimana insiden seperti itu boleh berlaku? Kalau penganjur tidak bersalah, siapa pula patut dipersalahkan? Kita tunggu dan lihat.

Pada masa yang sama, kita tidak boleh nafikan insiden begini menunjukkan betapa lemahnya pendirian atau pegangan segelintir anak gadis kita.

Di satu sudut, mereka bertudung, tetapi di satu sudut lagi boleh dipeluk dan dicium lelaki, bahkan di hadapan khalayak.

Saya percaya dengan apa yang berlaku, gadis-gadis yang terlibat itu tentu resah gelisah, dan menangis sendiri-sendiri mengenangkan perlakuan mereka, yang daripada apa yang dilihat dalam rakaman video, sebagai sesuatu yang terjadi secara tidak sengaja, spontan, tidak dijangka serta tidak dirancang.

Tidak tahulah apakah mereka malu tapi mahu, atau tidak mahu tetapi memberi ruang kerana lupa untuk membezakan antara baik dan buruk apabila berada di bawah sinaran lampu dan di hadapan ramai penonton yang bersorak dan bertepuk tangan.

Tetapi yang pasti, hanya kerana sedikit perbuatan yang memalukan, ramai daripada mereka tidak akan dapat nyenyak untuk tempoh masa yang lama atas apa yang telah mereka lakukan secara sukarela atau tidak.

Mereka juga tentu sedar betapa tidak gunanya penyesalan kerana perbuatan yang mereka relakan itu akan menjadi arkib dalam laman sosial yang boleh ditonton pada bila-bila masa oleh sesiapa sahaja di seluruh dunia selama-lamanya.

Kerajaan PR perlu bantu Mejar Zaidi

Posted: 13 Jan 2015 09:00 PM PST


Mohd Akmal Kamaruddin Mohd Akmal Kamaruddin
 
 
BAGAN SERAI - Dewan Pemuda Pas Perak mencadangkan bekas pegawai kanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zaidi Ahmad yang dijatuhkan hukuman buang kerja oleh Mahkamah Tentera semalam, diberikan pekerjaan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR).

Timbalan Ketuanya, Mohd Akmal Kamaruddin berkata, pihaknya terkejut terhadap keputusan Mahkamah Tentera terhadap Mejar Zaidi yang menyatakan kebenaran dianggap sebagai satu kesalahan serius.

Menurutnya, tindakan sebegini mengundangkan persoalan terhadap ruang kebebasan bersuara yang diberikan kepada penjawat awam.

"Tindakan buang kerja terhadap Mejar Zaidi yang memiliki rekod cemerlang selama 26 tahun dan tidak mempunyai masalah disiplin merupakan satu tindakan pelik.

"Dengan penganugerahan pingat Kesatria Angkatan Tentera, pingat tertinggi yang dikurniakan kepada pegawai berpangkat Leftenan Kolonel ke bawah juga membuktikan Mejar Zaidi bukanlah calang-calang pegawai di dalam Tentera," katanya.

Mohd Akmal berkata, Dewan Pemuda Pas Perak berharap beliau dapat bersabar menghadapi ujian ALLAH SWT.

Menurutnya, cadangan agar kerajaan negeri PR menawarkan pekerjaan kepada Mejar Zaidi disebabkan pengalaman, kepakaran dan integriti dimilikinya diperlukan PR.

"Saya berharap ruang kebebasan bersuara dalam kalangan penjawat awam perlu diperbaiki bagi memastikan sistem demokrasi adil dan saksama dipelihara," katanya.

Suaram persoal kes kematian terbaru

Posted: 13 Jan 2015 08:49 PM PST

MALAYSIAKINI



 
 
 
NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menggesa polis mendedahkan sebab sebenar kematian seorang lelaki berusia 31 tahun semasa dalam tahanan reman di lokap polis Ayer Molek.

Koordinator program hak keadilan Suaram, Tarmizi Anuwar berkata, pasukan polis menyifatkan kematian tersebut sebagai kes "mati mengejut", namun beliau tidak berpuas hati dengan penjelasan itu.

"Mati mengejut" merupakan alasan yang "biasa" diberikan oleh polis untuk menjelaskan mengenai kes seperti kematian pada 8 Januari itu.

Tarmizi berkat, beliau merujuk kepada kenyataan ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Hasnan Hassan.

"Suaram menggesa polis mendedahkan sebab sebenar kematian itu. Suaram masih melihat kes ini dengan serius," katanya.

Suaram mengesan sebanyak 14 kes kematian dalam tahanan sepanjang tahun lalu yang sebanyak 111 kes sejak 2005.

"Namun sehingga kini, kerajaan masih belum menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC)," katanya.

Kes Altantuya: Siapa, apa dan mengapa

Posted: 13 Jan 2015 08:47 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariiibuu telah berakhir dengan bekas anggota polis Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar didapati bersalah dan dihukum mati.

Perbicaraan itu menyaksikan 75 saksi pendakwaan manakala pihak pembelaan hanya memanggil Azilah dan Sirul.

Terdapat beberapa persoalan yang masih berlegas di minda, seperti:

  • Mengapa ada perubahan hakim dan pendakwa?
Di Mahkamah Tinggi Shah Alam, kes itu pada mulanya dijadual didengar oleh Hakim KN Segara, yang dikenali sebagai seorang hakim yang tegas.

Segara telah mendengar rayuan tiga tertuduh (termasuk penganalisis politik Abdul Razak Baginda) apabila mereka mula-mula dihadapkan ke Mahkamah Tinggi. Bagaimanapun, kes itu kemudian dipindahkan untuk didengar oleh Hakim Mohd Zaki Yasin. Segara kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi hakim Mahkamah Rayuan di mana beliau kemudiannya bersara.

Terdapat juga perubahan pendakwa dan juga bekas ketua pendakwaan Selangor Sallehuddin Saidin digantikan pada saat-saat terakhir dengan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Tun Abdul Majid Tun Hamzah, yang dikenali rapat dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, manakala Sallehuddin pula rapat dengan bekas peguam Ketua II Mohd Yusof Zainal Abiden.

Sallehuddin akhirnya berhenti daripada Pejabat Peguam Negara. Tun Abdul Majid juga mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes tipu terhadap bekas menteri pengangkutan Dr Ling Liong Sik yang melibatkan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Turut menarik perhatian ialah hakikat bahawa peguam Wong Kian Kheong, yang dikatakan rapat dengan peguam negara, telah mewakili kedua-dua Abdul Razak dan Ling.

Wong pada mulanya berkhidmat di Pejabat Peguam Negara tetapi beliau kemudiannya menyertai Lee Hishammuddin, sebuah firma guaman yang diasaskan oleh sepupu Najib, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang ketika itu menteri dalam negeri.

Wong telah pun dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman.
  • Mengapa dan siapa Azilah telefon?
Azilah telah menelefon seorang individu yang tidak dikenali sebanyak dua kali dari Puncak Alam (tempat kejadian) selepas jam 11 malam pada 19 Oktober 2006 sebelum pembunuhan berlaku, berdasarkan rekod telefon bimbitnya. Mengapa dan siapa yang dihubunginya?
  • Mengapa motif tidak dijelaskan?
Hakim Mohd Zaki tidak menyentuh motif di sebalik pembunuhan Altantuya, dan memutuskan bahawa ia bukan satu keperluan kepada kes pembunuhan itu.
  • Mengapa pihak pendakwaan tidak merayu terhadap pembebasan Abdul Razak yang dituduh bersubahat dengan pembunuhan itu?
Ini ekoran apa yang mereka dakwa sebagai dapatan fakta dalam afidavit penganalisis politik itu berkenaan dengan permohonan ikat jaminnya. Afidavit itu tidak diperolehi sepenuhnya oleh media.

Afidavit itu telah difailkan oleh Wong apabila Sirul dan Azilah ditangkap, dengan menuding jari pada mereka.
  • Mengapa Sirul mendakwa dia telah dijadikan sebagai "kambing hitam" untuk melindungi "rancangan mereka" dan siapa yang dia maksudkan?
     
  • Adakah kedua-dua anggota polis ini bertindak atas kehendak mereka sendiri? 
       
  • Apakah peranan DSP Musa Safri - bekas adikong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak - hanya terhad kepada menghantar Azilah ke rumah Abdul Razak di Damansara Heights dan pejabat di Jalan Ampang untuk menyelesaikan masalah?
     
  • Apakah peranan yang dimainkan oleh Altantuya dalam perjanjian Kementerian Pertahanan dalam pembelian kapal selam Scorpene dari Perancis yang bernilai berbilion ringgit? Adakah dia tahu sesuatu lebih daripada itu?
(Kerajaan telah melantik Perimekar Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Abdul Razak, yang mengaku mempunyai hubungan sulit dengan Altantuya, untuk membeli dan menyelenggara kapal selam sewaktu Najib menjadi menteri pertahanan)
  • Adakah Najib kenal Altantuya seperti yang didakwa dalam Akuan Bersumpah (SD) pertama P Balasubramaniam yang menurutnya adalah berdasarkan apa yang Abdul Razak beritahu kepadanya?
Balasubramaniam dikatakan dipaksa menarik balik SD pertama itu dan menandatangani SD kedua. Dia didakwa telah dibantu oleh peguam kanan Datuk Cecil Abraham, yang kini disiasat oleh Lembaga Tatatertib peguambela dan peguamcara.

Selepas itu, Balasubramaniam dan keluarganya berlepas ke India selepas didakwa diminta berbuat demikian selama lima tahun sebelum pulang pada tahun 2013. Penyiasat persendirian itu meninggal dunia akibat sakit jantung tidak lama selepas itu.

Najib telah bersumpah dalam masjid pada tahun 2008 bahawa beliau tidak pernah bertemu dengan Altantuya.

Keluarga Balasubramaniam telah memfailkan saman RM1.9 juta terhadap Najib, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan Cecil, serta enam orang lain, tetapi saman itu telah ditolak bulan lepas.

Bagi penjelasan Sirul hilang

Posted: 13 Jan 2015 08:42 PM PST


Khairul Anwar Rahmat Khairul Anwar Rahmat
 
 
SHAH ALAM – Pihak berkuasa perlu jelaskan kehilangan Koperal Sirul Azhar Umar, yang semalam dihukum mati bersama Cif Inspektor Azilah Hadri oleh Mahkamah Persekutuan kerana membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, lapan tahun lalu.

Pengerusi Sukarelawan Peguam Untuk Semua (Sukaguam), Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, penjelasan ini penting untuk mengelakkan kekeliruan masyarakat terhadap kontroversi kes itu.

Menurutnya, kes itu berprofil tinggi dan menjadi perhatian umum dan sepatutnya pihak bertanggungjawab pastikan dia hadir ke mahkamah.

"Ketika di peringkat (akhir) ini, tertuduh seharusnya tidak dibiarkan bebas ke luar negara.

"Walaupun di peringkat sebelumnya (Mahkamah Rayuan) mereka dibebaskan, namun tertuduh sudah tahu kes itu akan disebut Mahkamah Persekutuan.

"Maka perkara ini boleh dipersoalkan, kenapa tertuduh tiada dalam pemerhatian polis dan kenapa pendakwa tidak membuat permohonan untuk menahan pasportnya," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Mahkamah Persekutuan semalam, mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan apabila mendapati Sirul Azhar, 43, dan Azilah, 38, bersalah membunuh Altantuya dan mengembalikan hukuman mati terhadap mereka.

Menurut Khairul Anwar, kehilangan Sirul Azhar itu bakal mengundang pelbagai prejudis dalam kalangan masyarakat umum dan boleh dianggap aneh.

"Mahkamah Persekutuan adalah kemuncak kepada sistem keadilan di negara ini. Seharusnya pergerakan tertuduh dibatasi kerana pada peringkat ini, kita akan dapat keputusan sama ada tertuduh bebas sepenuhnya atau bersalah sepenuhnya. Mereka hanya boleh bebas dengan pengampunan Yang di-Pertuan Agong (selepas itu).

"Sekiranya insiden tertuduh hilang lagi dalam kes-kes besar seperti ini, dibimbangi akan memberi gambaran tidak baik dalam sistem kehakiman negara," katanya.

Beliau turut berharap pihak berkuasa memastikan sama ada Sirul Azhar ke luar negara secara sah atau haram bagi menjelaskan kepada masyarakat apa sebenarnya yang berlaku.

Sirul Azhar, dipercayai berada di luar negara dan gagal pulang untuk mendengar pertuduhan akibat ketiadaan wang untuk balik ke tanah air.

Seorang lagi peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, mengikut undang-undang, tiada sekatan ke atas mana-mana tertuduh yang dibebaskan oleh mahkamah untuk ke luar negara.

Menurutnya, mahkamah tiada hak menahan pasport Sirul Azhar dan menghalangnya ke mana sahaja kerana dia telah dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan sebelum ini.
Bagaimanapun, katanya, Sirul Azhar perlu hadir apabila kesnya dibicarakan.

"Tiada masalah untuk ke luar negara, tetapi apabila kes dipanggil ke perbicaraan, Sirul Azhar perlu bertanggungjawab hadir.

"Apabila tidak hadir, dia boleh dikenakan waran tangkap oleh mahkamah," katanya.

Malaysia tanggung kos operasi 'Fugro Supporter'

Posted: 13 Jan 2015 08:40 PM PST

SINAR HARIAN

MH370
 
 
KUALA LUMPUR - Malaysia akan menanggung sebahagian daripada kos operasi mencari pesawat MAS Penerbangan MH370 yang menggunakan kapal 'Fugro Supporter' milik Australia.
  
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kerajaan Australia dijangka membelanjakan sejumlah AUD120 juta (RM349.6 juta) untuk operasi kapal itu yang dilengkapi dengan peralatan sonar untuk pencarian di dasar laut.
  
"Sebelum ini tiga kapal digerakkan dalam operasi mencari pesawat berkenaan iaitu 'Go Phoenix', 'Fugro Discovery' dan 'Fugro Equator'.
  
"Dalam operasi (tiga kapal sebelum ini), Petronas memperuntukkan RM67 juta bagi pihak Malaysia bagi membiayai penyediaan sonar imbasan dan kapal sokongan marin," katanya.
  
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan cek kepada 16 organisasi kebajikan anjuran 'Civic Consciousness and Volunteerism Project' Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) di sini, hari ini.  
  
Tiong La berkata, kerajaan akan terus menyalurkan perkembangan terkini operasi pencarian dan khidmat kaunseling kepada anggota keluarga penumpang dan pesawat MH370 di Malaysia dan di Family Communication and Support Centre (FCSC), Beijing, China.
  
"Walaupun tumpuan dunia kini kepada operasi mencari dan menyelamat pesawat Air Asia Indonesia QZ8501, kami tetap komited dalam usaha mencari pesawat MH370 yang hilang sejak Mac tahun lalu," katanya. 
  
Operasi mencari Penerbangan MH370 kini memasuki bulan kesembilan sejak ia hilang pada 2.40 pagi 8 Mac tahun lepas.
  
Pesawat membawa 12 anak kapal serta 227 penumpang, termasuk dua bayi itu, hilang daripada radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL. Ia dijadual tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
  
Sementara itu, Liow berkata penemuan perakam data penerbangan dan perakam suara kokpit AirAsia Indonesia Pesawat QZ8501 akan membolehkan pihak berkuasa Indonesia mengenal pasti punca kejadian dan seterusnya dapat menamatkan spekulasi umum mengenai insiden malang itu.  
  
"Kita perlu sedar bahawa tragedi ini merupakan peringatan tentang betapa pentingnya peningkatan sistem keselamatan penerbangan antarabangsa serta taraf keselamatan penerbangan awam.
  
"Malaysia terus komited menghulurkan sebarang bantuan yang diperlukan sama ada dari segi aset mahupun kepakaran kepada pihak berkuasa Indonesia dan telah mengerahkan tiga kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi usaha pencarian QZ8501," katanya.
  
Perakam suara kokpit (CVR) milik pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 ditemui di dasar laut dan dibawa naik ke kapal Tentera Nasional-Angkatan Laut (TNI-AL), Indonesia KRI Banda Aceh, pagi tadi.
  
Kotak hitam itu ditemui pada koordinat 03" 37.21 S atau 109" 42.42 E dengan kedalaman antara 30 hingga 32 meter iaitu berhampiran tempat ekor bangkai pesawat itu ditemui di kawasan perairan berhampiran Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah.

Sementara itu, sebanyak RM148,730 dikumpulkan oleh 3,400 pelajar TAR UC menerusi pelbagai aktiviti di bawah projek Kesedaran Sivik dan Kesukarelawanan bagi tujuan kebajikan untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan.
  
Sumbangan itu diserahkan kepada 16 organisasi termasuk Rumah Hope, Yayasan Chow Kit, Pertubuhan Kebajikan Kanak-Kanak Selangor, Pertubuhan Membantu Pesakit Parah Miskin Malaysia dan Persatuan Bantuan Keluarga Selangor.
  
Tiong Lai berkata,  misi amal itu turut membabitkan penyertaan 50 pelajar dalam program sukarelawan untuk membantu mangsa banjir di negeri pantai timur.
  
"Mereka akan berlepas ke Kuala Krai, Kelantan pada Sabtu ini untuk membantu kerja-kerja pembersihan di sekolah dan tempat awam, yang terjejas banjir," katanya. -Bernama

Abdul Hadi harus kekal presiden

Posted: 13 Jan 2015 08:37 PM PST


Hadi Awang  

Hadi Awang


IPOH - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang harus kekal menerajui parti itu biar pun terdapat suara sumbang mahu ketepikan kepimpinan ulama di dalam Pas.

Presiden Geng Ustaz, Norazli Musa berkata, kenyataan seorang individu yang mencadangkan agar Abdul Hadi tidak dicalonkan pada muktamar akan datang merupakan sebahagian langkah untuk menggagalkan gerakan Islam untuk terus berkembang.

"Kami sedar cetusan ini adalah provokasi politik murahan. Kami mengambil peluang daripada isu ini untuk menyedarkan penggerak gerakan Islam isu yang dipropagandakan sekarang adalah sebahagian langkah untuk mencacatkan kemajuan gerakan Islam yang sedang dipimpin oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Sebagai sebuah pertubuhan yang menyokong aktiviti Islam dan kepimpinan Islam, saya sebagai Presiden Geng Ustaz ingin menyatakan bahawa Abdul Hadi adalah permata Islam di bumi Malaysia yang tiada galang ganti," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.

Perakam Suara Kokpit QZ8501 Dibawa Keluar

Posted: 13 Jan 2015 08:27 PM PST

MSTAR ONLINE
 
 
Perakam data penerbangan milik pesawat AirAsia QZ8501 yang dibawa keluar dari dasar Laut Jawa pada Isnin. Foto EPA
 
 
 
JAKARTA: Pasukan penyelam pada Selasa berjaya membawa keluar kotak hitam yang mengandungi perakam suara kokpit dari bangkai pesawat AirAsia QZ8501, lapor saluran berita Indonesia, MetroTV memetik seorang pegawai kementerian pengangkutan.

Kotak hitam itu ditemui berhampiran lokasi di mana perakam data penerbangan dibawa keluar pada Isnin.

Menurut laporan itu, perakam suara kokpit itu dibawa oleh kapal tentera laut Indonesia dan dijangka dihantar ke Jakarta untuk dianalisis.

Pesawat Airbus A320-200 terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara ketika cuaca buruk dalam penerbangannya dari Surabaya ke Singapura pada 28 Disember lalu. - REUTERS

"Percintaan Kami Pulih, Jangan Besarkan Lagi" - Zizan Razak

Posted: 13 Jan 2015 08:22 PM PST



Oleh: KEMALIA OTHMAN
 
 
PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak Zizan Razak mengesahkan percintaannya dengan aktres Emma Maembong sudah kembali pulih selepas dilaporkan putus pada awal bulan lalu.

Namun, Zizan atau nama sebenarnya Razizan Abdul Razak, 31, berkata, dia enggan berkongsi lanjut perkara itu kerana bimbang ia boleh mengeruhkan keadaan.

"Saya tidak mahu kongsi tentang perkara itu kerana bagi saya ia sudah selesai, kami sudah kembali bersama dan ia tidak perlu diperbesarkan lagi.

"Saya hanya harap yang terbaik dan minta semua peminat mendoakan kami. Sekarang masa saya untuk beri perhatian kepada kerjaya," ujarnya kepada mStar Online.

Zizan ditemui selepas pelancaran program Projek Ceria di Wad Pediatrik, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini, Selasa.

Dalam pada itu, ditanya adakah isu saman melibatkan dia dan bekas pengurus membabitkan tuntutan melebihi RM500,000 mempengaruhi percintaannya, Zizan memberitahu tidak mencampurkan urusan peribadi dan kerjaya.


mStar Default Image
Konflik hubungan Emma Maembong dan Zizan Razak masih menjadi tanda tanya.

Dia mengakui, biarpun kadang-kala berasa tertekan, namun dia perlu mengawal keadaan itu agar sentiasa kelihatan ceria di hadapan orang ramai.

"Kadang kala tertekan juga tetapi saya tidak boleh tunjukan perasaan itu kepada orang ramai yang mahu melihat saya gembira.

"Saya tidak boleh campurkan urusan peribadi dengan kerjaya," ujarnya.

Sementara itu, mengenai Projek Ceria, Zizan merupakan salah seorang selebriti terpilih untuk menunaikan impian kanak-kanak yang ingin bertemu dengannya.

Dalam program lima episod itu, Zizan bakal membuat kejutan dengan hadir ke rumah dua orang kanak-kanak yang menghidapi penyakit kronik.

"Ketika dipelawa untuk terlibat dengan program ini saya sangat berbesar hati kerana saya dapat membuat mereka tersenyum walaupun dalam keadaan mereka sakit.

"Sedikit sebanyak rasa gembira itu mengurangkan dan menjadi penawar penyakit mereka," ujarnya.

Tambah Zizan, dia sering melakukan aktiviti ini bukan sahaja melalui program sebaliknya datang sendiri menziarahi kanak-kanak kurang bernasib baik.

Dia juga pernah ditahan kerana disyaki melakukan penggambaran tanpa kebenaran pihak hospital sedangkan kunjungannya adalah untuk melawat mereka.

"Bukan untuk program ini sahaja tetapi saya sering datang sendiri melawat mereka di hospital.

"Ada satu ketika saya ditahan dan dihalang masuk kerana mereka fikir saya ingin mengadakan pengambaran tanpa memberitahu pihak hospital terlebih dahulu," ujarnya.

Program Projek Ceria akan mula disiarkan setiap hari Jumaat, pukul 7 malam bermula 30 Januari ini menerusi saluran Astro Ceria (611).

Antara artis yang turut terlibat ialah Datuk Aznil Nawawi, Hafiz Suip, Lisa Surihani dan Shahrol (Shiro).

Tiada ulasan: