Rabu, 24 September 2014

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


BARISAN EXCO BARU SELANGOR? APA PAS AKAN KATA ATAU WALA PADA AZMIN?

Posted: 24 Sep 2014 03:53 AM PDT




Sekarang ni PAS dah terperangkap.
Selama ni Haji Hadi warwarkan mereka PAS taat setia dgn sesiapa yang dipilih istana.
Dan istana dah pilih Azmin Ali. Maka, kalau PAS engkar pada Azmin Ali serupa dengan 
PAS engkar pada istana.
Kalau Azmin Ali kata semua 4 exco wajib dibuang demi menjaga nama baik Pakatan 
Rakyat, maka PAS wajib wala'.
Kalau Azmin Ali kata wakil PAS dlm exco hanya 2 orang sahaja yakni Hasnul dan Saari,
 maka seluruh PAS wajib wala'
Kalau Azmin kata Raja Idris wajib dipecat dari Perangsang pun PAS wajib wala'.
Kalau Azmin Ali kata Din Ayam, Raja Idris, Sabky dsbnya wajib disiasat mengapa mereka
 mendapat ESOS pun PAS wajib wala'.
Pendeknya PAS wajib wala' pada Azmin kalau PAS tidak mahu derhaka pada Sultan.
Juga, Azmin tak perlu sokongan 13 ADUN PAS di DUN sebab dia sudah ada 30 ADUN di 
belakangnya.
Maklumat saya dapat tekanan dari pengundi2 Cina dan India mungkin memaksa MB baru 
untuk membuang kesemua exco2 PAS.
Kalau tidak bye bye kerajaan PR Selangor PRU 14 kelak
Wala' pada Presiden jgn sampai gadai parti



MB baharu Azmin dapat sokongan PAS

Posted: 24 Sep 2014 03:36 AM PDT

OLEH: Amirulmukminin


Kemelut politik Selangor yang berakhir sebaik sahaja Adun Bukit Antarabangsa  Azmin Ali mengangkat sumpah jawatan mungkin menyaksikan PAS akan kembali semula berpadu dengan Pakatan Rakyat.

Sebelum ini pun timbul spekulasi Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali mencatur agar Azmin menjadi MB Selangor. Azmin dilihat calon paling layak dan pemimpin tertinggi PAS mempunyai ruang untuk bekerjasama dengan beliau berbanding Wan Azizah.

Dispekulasikan juga wujud rundingan sulit antara pemimpin PAS dan Azmin, serta restu pemimpin PAS bagi menguatkan pertimbangan sultan Selangor untuk memilih Azmin. Mungkin rakyat Selangor sedikit hairan kerana empat exco PAS yang berkhidmat di bawah Khalid Ibrahim sejak terpecatnya bekas MB itu dari PKR tidak akan ditukar oleh Azmin. Bagitu juga sokongan padu Adun PAS Selangor yang diumumkan Mustafa Ali sebaik sahaja Azmin mengangkat sumpah jawatan.

Begitu juga lantikan politik pada zaman Khalid ke atas beberapa orang PAS di dalam GLC Selangor tidak akan terjejas. Din Ayam, abang raja Petra, Tantawi dll selamat tanpa disentuh oleh sentuhan politik Azmin.

Namun disebalik kemenangan PAS itu tugas berat bagi Azmin adalah mengembalikan sokongan rakyat Selangor ke atas Pakatan Rakyat. Tugas yang lebih berat lagi adalah memastikan Pakatan akan terus berpadu selepas ini.

Anwar mungkin akan dipenjarakan oleh kerajaan BN selepas rayuannya di Mahkamah Persekutuan didengar pada Oktober. Azmin sebagai Timbalan Presiden PKR mempunyai peranan besar apabila beliau dipercayai oleh pemimpin PAS.

Azmin boleh memastikan tragedi yang menimpa Barisan Alternatif pada 2000 apabila DAP meninggalkan gabungan itu lewat isu Negara Islam tidak akan berlaku lagi kali ini.

Bagaimanapun, sebagaimana ungkapan Naib Presiden PAS Husam Musa perlantikan Azmin di Selangor bukanlah jalan penyelesaian mudah krisis antara PAS dan PKR, Azmin perlu berhati-hati dan bijaksana memainkan peranan.

PAS daripada parti yang tidak mempunyai perancangan politik sebelum 2008 dan mengikut rentak politik Anwar kini bertukar sebagai parti 'keras kepala' dan mahu memaksa gabungannya mengikut dasar parti itu.

Sikap tersebut tidak disenangi oleh PKR dan DAP kerana mirip perangai pembuli Umno dalam BN. Bagaimanapun tidak seperti Umno yang mempunyai perancangan politik dinamik, PAS tetap tidak mempunyai pemimpin yang mampu merancang untuk menawan Putrajaya sebagaimana Anwar Ibrahim.

Maka ketiadaan Anwar akan dirasakan satu kehilangan besar kelak. Rakyat bukan Islam tidak akan bertolak ansur dengan Hadi yang perkauman. Begitu juga golongan yang progresif akan sinis terhadap kepimpinan ulama PAS yang tidak mendepani zaman.

Azmin mempunyai tugas berat. Selain menyempurnakan Langkah Kajang, menggunakan Selangor untuk menawan Putrajaya beliau juga perlu menjadi seorang ahli politik sehebat Anwar. Malah sekiranya PR tiada calon untuk menjadi perdana menteri maka Azmin boleh dipertimbangkan menjadi pilihan masa depan.

Tanpa menunjukkan kredibiliti beliau sebagai pemimpin penyatu maka PKR akan tenggelam di dalam percaturan politik PAS yang tidak mementingkan fakta. PR telah dilihat sebagai parti pesaing BN yang amat dinamik sebelum krisis Selangor pada Jun 2014.

Dua faktor yang melemahkan PR adalah Khalid dan kerosakan yang ditimbulkan pemimpin garis keras PAS.

Jadi, Azmin bertanggungjawab untuk memulihkan keyakinan rakyat seluruh negara. Azmin juga wajar meneruskan projek tertangguh menggunakan sedikit kewangan Selangor bagi mendanai projek penerangan menawan Putrajaya.

Sekiranya berjaya maka nama Azmin akan sebaris dengan Anwar, Hadi, Kit Siang, Guan Eng dan nama-nama besar lain. Hanya masa yang akan menentukan.

Tukar Tiub

Tukar Tiub


PENCERAHAN AGAMA

Posted: 24 Sep 2014 06:30 PM PDT



KOMENTAR

untuk anak semua bangsa
untuk anak semua agama
kita megambil pelbagai lorong
kita mengambil pelbagai jalan
kita menganuti pelbagai agama
perjalanan ini maha pentong
kerana akhirnya kita semua disitu

Jadikan dialog antara agama mengenai 

nilai murni, bukan syurga-neraka


Umat Islam dan penganut semua agama perlu berhubung antara satu sama lain, bukan untuk berbincang siapa dapat ke syurga atau neraka, tetapi nilai murni dan isu semasa yang membabitkan semua rakyat, kata pemimpin PAS dalam satu forum antara agama.

Dialog antara agama yang berbeza adalah cara kepada mentaliti terkepung dan paranoid yang dianjurkan sesetengah agama, yang tidak produktif untuk pembangunan bangsa, kata Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Dzulkefly Ahmad.

"Syarahan yang disampaikan perlu mengenai peranan keimanan seseorang terhadap perkara seperti kepimpinan yang baik, peraturan dan undang-undang dalam menegakkan keadilan serta kesaksamaan untuk semua.

"Dan hanya isu berkaitan kepimpinan dan perundangan serta pembangunan sosio-ekonomi rakyat dan negara patut dibawa ke dalam forum awam dan perlu ditangani dengan demokrasi.

"Itulah sepatutnya peranan dialog antara agama, dan bukan mengenai siapa yang akan ke syurga atau neraka," katanya pada persidangan antara agama Majlis Gereja Malaysia di Petaling Jaya, semalam.



 See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jadikan-dialog-antara-agama-mengenai-nilai-murni-bukan-syurga-neraka-kata-f#sthash.BrbYVw0T.dpuf
------------

SEMUA MENGHASUT

Posted: 24 Sep 2014 05:30 AM PDT



KAH KAH KAH
bik mama hasut mat mongol
belikan cicin besar
kah kah kah



MAKNA DAN TANDA DARI SELANGOR

Posted: 23 Sep 2014 10:00 PM PDT













MAKNA DAN TANDA



King Farouk had once been reported as saying: 'There will soon be only five kings left: the kings of England, diamonds, hearts, spades and clubs.'

dikutip darihttp://www.historytoday.com/richard-cavendish/abdication-king-farouk



Pada tahun 1952 – saya baru lahir. Jadi apa yang saya tulis ini hanyalah apa yang saya kutip 20 tahun kemudian. Surah yang saya tulis ini surah saheh. Tok Perawinya amat ramai - semuanya orang Arab. Maka saya tidak akan mempertikaikan sanadnya.

Pada satu ketika dahulu Mesir dibawah pemeritahan Raja Farouk – Raja Mesir dan Sudan. Mesir menjadi wilayah rebutan kuasa kolonial Peranchis dan Britain. Mesir kaya dengan sejarah kuno. Negara ini satu-satunya negara Arab yang ramai penduduk, pertanian subur dan berpotensi untuk menjadi kuasa besar di Afrika dan Timur Tengah.

Sesudah Perang Dunia Kedua - muncul Free Officer Movement – gerakan nasionalis anti penjajah dibawah pimpinan Gamel Abdel Naseer dan Muhamad Naguib. Mereka melakukan rampasan kuasa. Raja Farouk dinaikkan keatas kapal dan dihantar ke Itali. Mesir menjadi Republik Mesir. Naguib menjadi Presiden dan Naseer menjadi Perdana Menteri.

Raja Farouk ini adalah raja akhir untuk Mesir. Zaman Firaun dan zaman raja di Mesir tamat pada tahun 1952. Raja Farouk ini pernah berkata : akhirnya dalam dunia ini hanya tinggal 5 raja, Raja England, Raja Lekok, Raja Daiman, Raja Kelawar dan Raja Sepit. Surah ini diketahui oleh semua warga Arab. Ketika saya berkelana di Timur Tengah – dari Liban ke Baghdad – surah ini sering saya dengar apabila saya berkesah kepada anak-anak muda Arab tentang Malaysia yang memiliki ramai raja.


Kelmarin kita membaca bahawa seorang Menteri Besar baru telah muncul di Selangor. YB Azmin Ali telah dipilih oleh Istana untuk menggantikan Khalid Ibrahim. Kemuculan Azmin Ali ini bukan menjadi berita pelik tetapi menjadi berita benar.

Adalah adil bagi saya untuk menambah surah ini dengan memberikan latar politik yang telah berlaku di Selangor. Saperti Tun Seri Lanang yang mengkitabkan Salalatus Salatin untuk anak cucu cicit – saya juga bersurah agar anak cuci cicit kita dapat mengetahui apa yang telah berlaku pada tahun 2014 di Selangor.

Parti Keadilan Rakyat telah lama hilang keyakinan terhadap Khalid Ibrahim. Maka Langkah Kajang diwujudkan dengan niat untuk menobatkan Anwar Ibrahim sebagai MB Selangor. Rancangan ini gagal. Deep State atau Daulah Terpendam telah bergerak dan berjaya mengenepikan Anwar Ibrahim. Masuk Dr Wan Azizah – Presiden Parti Keadilan Rakyat sebagai ganti untuk menjadi calon N25 Kajang.

Wan Azizah bukan sahaja menang malah undi sokongan bertambah berganda. Ertinya Langkah Kajang mendapat sokongan. Tetapi Khalid Ibrahim – bekas peniaga - yang bijak mencongak jual beli tetapi gagal membaca politik. Khalid menayangkan sikap enggan berundur.

Kengganan Khalid atau lebih tepat lagi kalau saya katakan kedegilan Khalid ini telah mebuka ruang untuk ' hantu dan polong' merancang dan memasang lukah. Memang ramai hantu dan polong menunggu peluang untuk merembat harta kekayaan Selangor.

Surah ini akan menjadi tempang dan lopong jika saya tidak sebutkan peranan Haji Hadi Presiden PAS dalam pergolakan politik Selangor. Sikap klik klok yang diambil oleh Haji Hadi juga membuka satu lagi pintu untuk polong dan hantu memasang lori dan trailer untuk menawan pasir Selangor.

Peralihan MB – dari Khalid Ibrahim ke Wan Azizah ini menjadi bisul yang menakutkan para politikus. Apa yang mereka takuti ialah proses 'menunggu MB' akan membosankan orang ramai. Sokongan kepada Pakatan Rakyat akan pudar dan hilang. Ini juga merosakkan ketrampilan imej Pakatan Rakyat yang telah berjaya menambah kerusi Dun dan Parlimen sesudah PRU13.

Menunggu Khalid 'celah dan blah' ini telah menimbulkan pelbagai bentuk krisis dalaman. Dalam PKR kita membaca bagaimana Azmin Ali telah merancang senyap-senyap kentut halusnya untuk menawan kerusi MB. Dalam PAS pula kita terbaca, kita terdengar dan kita diberitahu bagaimana kepimpinan Hadi semakin kluk klik. Gohed gostan Hadi ini memeranjat ramai orang. Malah para penyokong setia parti PAS juga terperanjat berok.

Hadi Awang pada satu ketika dahulu adalah protaganis utama politik Islam di Malaysia. Tetiba kedegilan Khalid Ibrahim untuk berundur telah membuka jubah Hadi. Tok Guru yang dahulunya seorang Islamis-Internasionalis kini menjadi jaguh Melayu dari Kampong Rusila.

Gohed gostan Hadi Awang ini juga telah membuka satu lagi pintu. Kali ini bukan polong tetapi kemunculan satu gerakan Islam progresif – sebuah NGO yang dipanggil PASMA. NGO ini adalah wadah anak-anak muda yang merasa mual, loya dan tidak berpuas hati dengan garis politik Hadi Awang.

Kalau di Indonesia ada PDIP – Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan. PASMA – di Semenanjung walau pun bukan sebuah parti politik tetapi sentimen sambutan dan aura para protoganis gerakan ini dilihat berkemungkinan menjadi wadah perjuangan sebuah parti politik.

Umum mengetahui bagaimana Wan Azizah telah mendapat 30 Akuan Bersumpah dari Adun Selangor termasuk dua dari Adun PAS yang menyokong Wan Azizah untuk menggantikan Khalid. Umum juga tahu bahawa PKR dan DAP telah mengajukan hanya satu nama – Dr Wan Azizah Wan Ismail – kepada Istana. Umum juga tahu bahawa nama Azmin Ali tidak dicadangkan oleh PKR , oleh DAP atau pun oleh PAS.

PAS dikatakan telah menghantar 3 nama – kesemuanya adalah Adun dari PAS. Kesahehan dan nama YB yang mana telah diajukan kepada Istana hanya Haji Hadi seorang, atau mungkin Din Ayam menantunya sahaja yang mengetahui.

Kelmarin diumumkan bahawa YB Azmin Ali dari Gombak telah dipilih oleh Istana. Saya ulangi : dipilih oleh Istana. Istana telah mengambil langkah yang amat pelik lagi memelikkan. Biasanya nama bakal MB ini akan diketahui berhari-hari lebih awal sebelum angkat sumpah. Kali ini Istana telah melakukan serangan mendadak. Semua ini dilihat gajil lagi pelik. Semua ini menimbulkan persoalan yang diwajib di tanyakan untuk kurun ini.

Dalam kenyataan resmi PKR – secara terbuka dan terang telah menyatakan bahawa tindakan Istana itu salah. Perlantikan MB yang baru ini tidak berlandaskan suara majoriti. Azmin Ali TIDAK mendapat sokongan dari mana mana parti dalam Pakatan. Mengikut kenyataan PKR lantikan ini adalah bersalahan dengan Undang-undang Tubuh Selangor. Kenyatan yang sama juga telah dikeluarkan oleh DAP.

Ketika saya menggarap tulisan ini – saya belum terbaca kenyataan dari PAS atau dari Tuan Haji Hadi Awang.

Apa sebenarnya yang dapat kita baca dari Langkah Kajang-selain dari berundurnya Khalid Ibrahim. Wajib untuk kita semua mengumpul pengalaman dan mendewasakan pemahaman politik. Selain dari memberi ingatan pada anak cucu cicit.

Petama: tindakan Istana ini membuka banyak implikasi. Jika Istana boleh memilih MB – maka apa perlunya diadakan pilihan raya. Apa perlunya diadakan Dewan Rakyat atau Dewan Negara atau Dewan Negeri. Apa gunanya ahli Parlimen diundi dipilih. Selamatkan dana dari membazir mengadakan pilihan raya.

Kedua: apa yang berlaku di Selangor ini akan menjadi precedent – rujukan - kepada negeri lain. Apakah mustahil lima tahun dari hari ini tetiba Sultan Kelantan mahu Ibrahim Ali jadi Menteri Besar. Atau Sultan Kedah tetiba mahu Mahfuz Omar menjadi MB Kedah menggantikan cucu Iskandar Kutty.

Ketiga: Dalam Kes Perak 2009 – suara majoriti – tanpa Akuan Bersumpah telah menobatkan Zambry Kadir untuk menggantikan Nizar Jamaluddin. Kenapa suara majoriti ini tidak di nobatkan di Selangor? Ada dua hukum – satu untuk memenangkan United Malays National Organisation dan satu lagi untuk mengalahkan Pakatan Rakyat.

Krisis Selangor ini telah membuka banyak seluar dalam dan jubah. Secara makro - hubungan antara PAS dan PKR kelihatan renggang. Ini akan mengambil masa yang lama untuk diubat baik. Secara mikro pula kita melihat wujudnya kelompok-kelompok yang tidak segaris wujud dalam PAS dan dalam PKR.

Keburukan ini pasti ada baiknya. Pada hemat saya satu yang amat positif muncul dari Politik Selangor ini ialah kemuculan jalur garis politik dalam PAS dan PKR. Jalur-jalur ini bertingkah-tingkah. Adalah satu kesilapan jika dibaca bahawa jalur ini adalah perbezaan pribadi antara sosok dengan sosok. Untuk saya ini silap. Dibelakang sosok-sosok ini adalah garis politik. Sosok-sosok ini mewakili satu jalur pandangan.

Dalam pertempuran politik akan muncul pelbagai jenis manusia. Ada yang merancang secara gelap-gelap dalam gua, ada yang terbuka menyatakan pandangan, ada yang pasang janji pasir sana dan pasang janji air disini. Ini adalah perjalanan politik. Ini realpolitik. Kaum orpotunis, kaum kelentong dari pelbagai genre membiak dalam suasana sademikian. Dalam masa yang sama juga dalam krisis melahirkan pemimpin baru dan menguji yang lama.

Akhirnya kita kembali sekali lagi kepada surah Raja Farouk. Apa yang dilafazkan dalam surah Raja Farouk itu adalah kebenaran. Apa yang dilakukan oleh Istana dengan tidak menghormati suara majoriti akan mendekatkan kita semua kepada Raja Farouk. Apabila Istana memungut nama Azmin Ali maka ianya memungut Raja Kelawar. (TT)



NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa yang mahu melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45




---------

SEMUA KITA MENGHASUT

Posted: 23 Sep 2014 09:30 PM PDT





AKTA 

HASUTAN

kah kah kah
semua kita menghasut
hasut sana sahut sini
kah kah kah



NAK BUNUH SIAPA?

Posted: 23 Sep 2014 09:08 PM PDT





Jangan tergopoh-gapah bunuh utusan
KUCHING: President Parti Rakyat Sarawak (PRS) James Masing kurang senang dengan amaran Perdana Menteri terhadap mereka yang mahu Sarawak dan Sabah keluar dari Malaysia supaya bersedia untuk menghadapi tindakan undang-undang.
James berkata, kerajaan tidak boleh tergopoh-gapah untuk memenjarakan aktivis yang mempromosikan pemisahan tanpa mendengar rungutan mereka.
"Jangan bunuh utusan, yang penting adalah mesejnya," kata James sebagai tindak balas kepada ucapan Hari Malaysia Najib Abdul Razak di Miri pada Selasa lepas.

KAH KAH KAH
woit 
jangan silap
bukan utusan melayu
tapi  pembawa berita 
kah kah kah



----------

Biaqpila

Biaqpila


ATUK TERAJANG PEROGOL BERBOGEL

Posted: 23 Sep 2014 08:54 PM PDT


Foto
RUMAH milik Ahmad yang diceroboh, semalam. Gambar kecil, kain batik milik mangsa.

Gombak: "Saya tergamam melihat lelaki itu dalam keadaan berbogel menindih tubuh isteri menyebabkan saya terus menyepaknya sekuat hati," kata seorang lelaki yang sempat menyelamatkan isterinya dari diperkosa pagi semalam.

Suami mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 50-an berkata, kejadian berlaku jam 7 pagi apabila dua lelaki berusia 20-an dan 40-an menceroboh masuk kediamannya di Kampung Laksamana, di sini.
Menurutnya, insiden berlaku ketika isterinya yang berusia 50-an berada di dalam rumah bersendirian sebelum diserang kedua-dua suspek.

"Isteri saya yang ketika itu berada di ruang tamu kediamannya terus menjerit memanggil nama saya. Saya kemudian berlari masuk ke dalam rumah sebelum terkejut melihat keadaan isteri.

"Kedua-dua suspek sedang berbogel manakala seorang dari mereka sedang menindih isteri saya," katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro semalam.

HM

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Samakah Zulkifli Yaakub Kuala Kerai dengan Zulkifli Kulum?

Posted: 24 Sep 2014 05:13 AM PDT

Hari ini ingat nak buat posting mengulas isu semasa, tapi nampaknya terpaksa pulak kena jawab fitnah seorang blogger.Tak pasal-pasal pergi tuduh dan serang sesama blogger apasal?

Melampau dan bacul mulut blogger ini bila menyamakan Zulkifli Yaakub dengan Zulkifli Kulim.Aku malas nak ulas pasal tu. Kalian yg baca bolehlah ulas nanti.

 Kalau blogger ni tidak setuju dengan posting orang lain, nasihat saya kepada blogger ini, kamu uplah posting yang boleh membalas apa yang blogger lain upkan.

Biar pembaca buat penilaian sendiri dan mereka boleh berinteraksi dengan blogger berkenaan.Kami blogger yg terima komen dari pembaca dapat input tersebut untuk kami fikirkan bersama.

Saya sprint screen mana-mana yg berkaitan dgn saya untuk dijawab.

Jawapan saya utk 1, 2 &3

1) Tidak betul tuduh saya terkial-kial  kerana pada 18 SEPT - Saya telah buat dua posting.Pertama dengan tajuk : Hj Hadi Cakap tak seropa Bikin dan yang keduanya bertajuk : Bila PAS benar-benar ganti kelaku Umno ... 

Antaranya saya menegur sikap mereka yg biadap bila melayan Timbalan Presiden mereka :

 Budak-budak sekarang hanya menganggap Presiden dan Majlis Syura Ulama sebagai pemimpin mereka. Lain daripada itu mereka anggap macam sampah dan boleh disepak tendang dan dilabel ikut suka hati, apa sahaja.

 2) Saya mengulas sepintas lalu sahaja mengenai ucapan dasar Presiden. Tidak betullah kalau tuduh saya tidak ambil endah.(Saya jawab ni sevbagai mewakili diri saya.) Dalam entry saya -  Hj Hadi Cakap tak seropa Bikin, saya telah membuat telahan berdasarkan kepada kelaku Hj Hadi yang lepas-lepas.

Dan telahan saya itu tidak meleset sama sekali, bila mana ucapan penggulungan Presiden amat bertentangan dari ucapan dasarnya.Ramai yang terkejut dan ramai perwakilan yg telah terperangkap. Saya dah buat telahan, orang tidak percaya dan kata saya menghina seorang manusia yg mereka anggap begitu suci..

Apa yang dilawan ialah pendirian dan sikap dia sebagai presiden parti. Bukan kerana sifatnya sebagai ulama.

 Saya perturunkan ayat dari ketua Kesatuan Ulama Dunia,  iaitu Sheikh Yusuf al-Qaradhawi kemudian bertanyakan Hj Hadi selaku naib Kesatuan Ulama Dunia yang baru dilantik dengan menggunakan situasi tempatan dan semasa:
Kenapa kamu melakukan permusuhan terhadap Timbalan Presiden kamu sendiri? Malah kamu menyerang PKR dan DAP, rakan dalam Pakatan Rakyat, walhal kamu sangat memerlukan kpd mereka untuk berdepan dengan Umno/BN.

3) Blogger ini marahkan Zulkifli Yaakub  Kuala Krai kerana menegur sikap tidak sopan budak-budak yang pakai vest yang tertulisan kata-kata lebih bersifat provokatif.

Saya pun turut terkena tempiasnya kerana buat posting Transkrip Wakil Kawasan Kuala Krai membidas Geng50 yang kencing berjemaah.... 

Saya sekadar membuat transkrip berdasarkan ucapan Ustaz Zulkifli Yaakob Kuala Krai  menerusi rakaman video U-Tube  yg saya sertakan bersama. Saya tak ada ulas apa-apa pun dalam posting tersebut.

Nak tergelak bila dia komen Zulkifli "ditegur pengerusi beberapa kali" ...Waima , hanya sekali sahaja pada minit ke 1:50 dan pada minit ke 3:03, beliau berhenti kerana akur apabila pengerusi menegurnya sekali lagi.

Tetapi cer kita ikuti ucapan doa Dr Azahar Yaakob yang begitu panjang dan yang menerima teguran pengerusi suruh diringkaskan doanya itu sampai banyak kalii.Saya akan ulas mengenainya nanti...Boleh ikuti doanya di sini


Jawapan saya utk 4


Kalian boleh rujuk entri saya ~ Transkrip Wakil Kawasan Kuala Krai membidas Geng50 yang kencing berjemaah.... Sampah betul blogger ni!




Jawapan saya utk 5


Maaf yang ini saya pun tak tahu nak jawap apa...mantik dia ni tinggi sangat....Kah! Kah! Kah! Korang boleh tak tolong ulas?

Isu Lotfi Syahid : Apa pendirian PAS ?

Posted: 23 Sep 2014 06:10 PM PDT

Lotfi tidak mati 'syahid', kata Mufti Perak


"Walaupun dia meninggal dunia di sana, dia tidak syahid," Harussani memberitahu Malay Mail Online baru-baru ini. Hasilnya adalah semata-mata "sia-sia", katanya di sini.

 Saya tidaklah nak menyokong pandangan Mufti tersebut. Itu pandangan peribadi beliau. Dia tidak bincangkan bersama Jawatankuasa Fatwa Negeri tapi pandai-pandai keluarkan kenyataan tersebut. Dalam laporan itu pun Tok Peti ni kata, "Pendapat saya adalah bahawa.... 

Sepatutnya isu tersebut kena dibincangkan dan dapatkan kata sepakat terlebih dahulu.

Kenyataan seumpama itu sepatutnya dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan 

Apa yang menarik mengenai laporan itu ialah, ianya juga turut menyebut : 

 Minggu lepas, Abdul Hadi memberi amaran kepada ahli-ahli PAS terhadap  menyertai kumpulan militan jihad ganas seperti negara Islam (IS), tetapi mengulangi sokongan untuk Hamas.

 Tetapi yang menghairankan kenapa Dewan Ulama PAS dan seorang anggota AJK PAS Pusat dilihat bertindak bercanggah dengan amaran Presiden PAS itu? 

Sebagaimana laporan itu dipetik, menyatakan :

 1) Semasa muktamar PAS minggu lepas, Dewan Ulama sayap parti itu dilihat bertafakur untuk Mohd Lotfi, Norazli Musa sebagai wakil PAS Perak mengetuai bacaan untuk "syahid Lotfi".

 2) PAS sebelum ini minggu lepas mengucapkan takziah kepada keluarga Mohd Lotfi, dengan Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata parti itu masih menghormati keputusan Mohd Lotfi untuk menjejak jalan jihadism dan berjuang dalam peperangan di Syria walaupun telah mengusirnya (keluar dari parti) - Saya cuba mendapatkan pengesahan dari sumber lain mengenai laporan ini tapi tak jumpa. Saya hanya jumpa kenyataan Mahfuz yang lebih bersifat peribadi (tidak mewakili PAS) dan mendoakan yang terbaik untuk Allahyarham: 

" Saya ada dengar berita itu.Saya ucap takziah kepada keluarganya kerana itu jalan yang dipilih. Saya doakan dia syahid." lihat di sini

 Adalah diharapkan MSU PAS membincangkan dan mengambil sikap yang tegas dalam isu ini kerana ramai dikalangan ahli yang bertelagah kerana PAS sendiri tidak menegaskan pendirian sebenarnya dalam perkara tersebut.

 Mohd Lotfi dilaporkan parah dan dalam keadaan koma selepas kumpulannya telah terperangkap dalam serangan jet pejuang tentera rejim Bashar al-Assad.

Mohd Lotfi disebut-sebut sebagai "syahid" oleh rakan-rakannya telah dipecat dalam mesyuarat PAS pusat pada 11 Mei, akhbar milik PAS Harakah telah melaporkannya. Parti itu terputus semua hubungan dengan Mohd Lotfi sebulan kemudian. 

SIASAH

SIASAH


PAS tidak khianati rakan tahaluf

Posted: 23 Sep 2014 11:41 PM PDT

Isu kedudukan PAS dalam kerjasama politik Pakatan Rakyat tidak henti-henti diperdebatkan, dalam kerangka sama ada PAS akan kekal dalam PR atau keluar dan bergabung dengan Umno.

Persoalan yang berbentuk spekulasi dan malah fitnah ini telah didengari sejak 2008, dan sejak itulah dakwaan ini tidak putus dinafikan oleh pimpinan tertinggi parti.

Tahun ini, dalam muktamar tahunan di Batu Pahat, Johor, Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasar sekali lagi menegaskan yang PAS kekal bersama PR.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan rakan tahaluf agar menghormati PAS, tidak membelakangi PAS dalam menghasilkan sebarang "rancangan besar," sentimen yang dirasai ramai dalam parti berhubung rancangan Langkah Kajang.

Rancangan menukar menteri besar Selangor dan meletakkan pemimpin lain tidak dipersetujui oleh PAS yang melihat tidak ada keperluan untuk tindakan ini - yang merupakan satu rancangan besar - dilaksanakan.

Abdul Hadi mengingatkan ahli yang tahaluf siyasi bersama PR ialah sesuatu yang perlu diteruskan dengan istiqamah, tetapi dengan memastikan parti menjadi lebih kuat hasil kerjasama ini.

"Tahaluf yang dilaksanakan ini mestilah memperkuatkan parti, dan bukan sebaliknya. Amat malang sekiranya tahaluf ini menyebabkan ada pihak yang cuba melemahkan kita, mengkucar-kacirkan kita, sehingga ada yang pening dan mabuk lantaran sanggup berlawanan sesama sendiri," tegas Abdul Hadi, merujuk kepada sikap sesetengah ahli yang kuat dipengaruhi agenda pihak di luar parti hingga menjejaskan parti sendiri.

Beliau turut mengingatkan yang perjuangan PAS ialah perjuangan Islam yang berpaksikan aqidah tauhid, dan bukan perjuangan politik biasa.

Selari dengan itu, beliau menegaskan yang PAS sememangnya bersama PR dan tidak akan khianat, menolak dakwaan PAS mahu bersama Umno sebagai fitnah.

"Sepanjang sejarah perjuangan PAS, kita tidak pernah khianat kepada rakan tahaluf kita, maka kita minta rakan tahaluf kita juga tidak memgkhianati tahaluf ini.

"Sebagai sebuah parti politik besar, apa jua rancangan besar mestilah diputus bersama sebelum ianya dilaksanakan," tegas Abdul Hadi.

"Dalam masa yang sama, saya ingin menegaskan bahawa tohmahan kononnya PAS mahu menyertai Umno atau bergabung dengan Umno menyertai BN adalah api fitnah yang dicetus oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk merosakkan reputasi perjuangan Islam dan memecah belahkan keutuhan jamaah kita," tegasnya lagi.

"Namun sebagai sebuah jamaah Islam yang membawa rahmat kepada semua, kita tetap berpegang kepada prinsip Islam dan terus beristiqamah untuk memelihara perpaduan ummah berasaskan tali Allah."

PAS kebelakangan ini sering dipersoalkan dan didakwa mahu bekerjasama dengan Umno dalam mengekalkan kerajaan di Selangor, sebagai lanjutan dakwaan-dakwaan sebelum ini.

Penegasan terbaharu Abdul Hadi ini menjawab sekali lagi dakwaan yang PAS mahu bersama dengan Umno dengan jawapan tegas yang PAS tidak mengkhianati tahaluf siyasi. - September 18, 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Kerajaan Tanggung 3 Bulan Kehidupan Rakyat Malaysia - Ahmad Maslan

Posted: 24 Sep 2014 02:06 AM PDT




[The Malaysian Insider] Pelbagai subsidi dan bantuan yang diberikan kerajaan persekutuan Barisan Nasional (BN) sepanjang tahun memudahkan kehidupan rakyat terutama mereka yang memiliki tanggungan keluarga yang besar, kata Datuk Ahmad Maslan.

Timbalan menteri kewangan itu berkata, jika dijumlahkan semua keseluruhan bantuan dan subsidi yang diberikan kerajaan maka rakyat hanya perlu mencari mata pencarian selama 9 bulan dan selebihnya ditanggung BN.

"Jika kita campur Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan persekolahan, subsidi minyak, diesel, tepung, beras dan gas memasak, pada saya tiga bulan kehidupan kita ini ditaja oleh kerajaan BN dalam masa setahun.

"9 bulan sahaja kita cari kehidupan kita dengan kerja-kerja yang kita ada sekarang. Malam ini saya buka satu persatu.

"Bukan ingin mengungkit tetapi mengingatkan kita mempunyai kerajaan yang baik, bertanggungjawab dan menjaga rakyat," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 100 masyarakat Siam di Wat Machimaram malam tadi sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar baru-baru ini mengumumkan Kajian Pendapatan Isi Rumah 2014 meningkat sebanyak RM900 berbanding 2012 namun mendapat maklum balas negatif daripada orang ramai.

Berdasarkan hasil kajian itu, Wahid berkata taraf hidup rakyat negara ini meningkat dengan purata pendapatan isi rumah melepasi RM5,900 sebulan berbanding 2012 yang merekodkan purata pendapatan sebanyak RM5,000 sebulan.

Katanya, perkembangan itu menunjukkan peningkatan ekonomi Malaysia sudah berjaya dan perkara itu terbukti dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 6.3% pada separuh pertama tahun ini.

Ahmad dalam menghuraikan satu persatu bantuan dan subsidi yang diberikan kepada rakyat berkata dengan pengumuman penambahan BR1M sebanyak RM300 pada tahun depan, ia mampu menanggung perbelanjaan keluarga untuk tempoh dua bulan.

Katanya, pemberian BR1M mengukuhkan sokongan rakyat terutamanya dalam memastikan kemenangan calon BN yang turut dibantu oleh jentera kerajaan dengan kekuatan 28 kementerian.

"Tahun depan kita akan tambah BR1M. Kalau tahun ini RM650 campur RM50 insurans, ia menjadikan RM700. Kalau kekal RM700 tahun depan, kerajaan akan tambah RM300 lagi menjadikan sekurang-kurangnya BR1M pada tahun depan RM1,000.

"RM1,000 sudah cukup untuk makan minum empat orang satu keluarga. Jika RM500 satu bulan, dua bulan sudah ditanggung oleh kerajaan BN. PAS ada bagi apa? PAS tak bagi apa-apa," katanya.
Ketua Penerangan Umno itu berkata, apa yang menariknya adalah bantuan kerajaan diterima semakin banyak apabila sesebuah keluarga itu memiliki anak yang ramai.

Katanya, banyak subsidi diterima dalam kehidupan harian namun tidak disedari rakyat kerana membayar dengan harga yang rendah.
"Anak-anak ke sekolah dapat RM100 bantuan persekolahan. Kalau rajin 'kerja malam' 10 anak, RM1,000 dapat. Jangan lupa perkara itu. Anak yang mengaji tinggi, baucar buku pun dapat.

"Subsidi minyak masak 1kg RM1.50, subsidi tepung 1kg RM1.00, subsidi gas memasak 16kg RM20 setiap satu tong kerajaan bagi subsidi.

"Setiap kali tuang minyak RON95, 1 liter 73 sen kerajaan bagi subsidi," katanya.

PRK tiga penjuru pada 25 September ini merupakan pertembungan tiga penjuru di antara calon BN Mat Razi Mat Ail, Wan Rosdi Wan Ibrahim daripada PAS dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.
PRK terpaksa diadakan di Pengkalan Kubor selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) tiga penggal Datuk Noor Zabidi Omar daripada BN meninggal dunia pada 20 Ogos.

Pada Pilihan Raya Umum ke -13, Noor Zahidi menang dengan 1,736 undi mengalahkan Saharun daripada PKR, sementara Izat Bukhary hanya mendapat 65 undi.

Pengkalan Kubor mempunyai 24,039 pengundi dengan 92 % Melayu, 1 % Cina dan 6.8 % Siam. – The Malaysian Insider, 24 September, 2014.


P/s: Mari kita bercuti 3 bulan dan lihat apa yang akan berlaku.


EXCO PAS Khianat, Pandangan CEC DAP, Bukan Peribadi

Posted: 23 Sep 2014 11:44 PM PDT


Exco Pas khianat: Pendirian CEC, Bukan Peribadi

[Sinar Harian] PUTRAJAYA - Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke menegaskan, empat bekas Exco Pas Selangor yang dilabelkan sebagai pengkhianat oleh DAP bukannya pandangan peribadi sebaliknya adalah luahan hati dan diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baru-baru ini.

Anthony berkata, pendirian itu juga merupakan sentimen yang telah diluahkan ahli CEC yang tidak berpuas hati dengan tindakan empat bekas Exco tersebut yang menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Kenyataan (Pas pengkhianat) itu datang dari pihak CEC yang telah diputuskan dalam mesyuarat CEC pada Isnin lalu (22 September).

"Saya ingin tegaskan kenyataan itu (Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng) bukan kenyataan peribadi beliau sahaja, tetapi kenyataan yang mewakili kepimpinan DAP, itu yang telah diluahkan dalam mesyuarat CEC," katanya kepada pemberita di lobi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), di sini, hari ini.

Semalam, Guan Eng menuduh empat anggota Exco Selangor dari Pas sebagai pengkhianat kerana mereka sebelum ini telah menyokong kepimpinan Abdul Khalid dalam krisis Menteri Besar Selangor.

Empat Exco Pas itu iaitu Adun Cempaka, Iskandar Abdul Samad; Adun Sabak Bernam, Sallehen Mukhyi; Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali dikatakan telah mengingkari prinsip solidariti dan demokrasi dalam PR.

Guan Eng juga berkata parti itu kesal atas kegagalan keempat-empat wakil Pas itu untuk bersama enam lagi Exco DAP dan PKR yang dikatakan dipecat secara tidak adil oleh Abdul Khalid.

Mengulas lanjut, Loke berharap pelantikan Adun Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu dalam melaksanakan pentadbiran negeri dengan baik.

"Selepas ini tumpuan kita ialah supaya pentadbiran ini dapat dijalankan selicin yang mungkin.

"Cabaran yang seterusnya ialah pelantikan Exco, seterusnya kita harap anggota Exco dilantik itu akan menjalankan tanggungjawab dengan baik," katanya lagi. - Nizam Zain/24/9/14


P/s: Dalam isu ini, pandangan DCM selari dengan DAP dan PKR.

Azmin Akan Kaji Semula Perjanjian Kidex, Langat 2, dan Isu Bible Dibuat Khalid

Posted: 23 Sep 2014 07:15 PM PDT


[The Malaysian Insider] Menteri besar Selangor yang baharu Mohamed Azmin Ali berjanji akan mengkaji semula dan mendedahkan kepada umum perjanjian Lebuhraya Kidex dan isu Bible yang dibuat semasa pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Azmin berkata, beliau akan mendapatkan taklimat daripada pihak berkenaan mengenai perjanjian yang dimeterai sebelum mengambil langkah seterusnya.

"Saya akan mendapatkan taklimat daripada pihak berkenaan dan lihat cara terbaik untuk menanganinya," kata Azmin pada sidang media di rumah ibunya di Kampung Kelang Gate Baru, hari ini.

Antara perjanjian yang akan dikaji semula adalah melibatkan perjanjian air, pembinaan lebuh raya kontroversi Kidex dan juga isu melibatkan rampasan Bible berbahasa Melayu dan Iban.

Azmin berkata, langkah mengkaji semula tersebut perlu diteliti dan diambil bagi mengelakkan sebarang spekulasi selepas mengambil alih pentadbiran daripada Khalid.

"Untuk elak sebarang spekulasi, kita mesti pastikan semua perjanjian didedah kepada umum dan pembayar cukai," katanya.

Beliau berkata, langkah tersebut demi memastikan sebarang perjanjian yang dibuat akan memberi manfaat sepenuhnya kepada rakyat Selangor dan dilaksanakan secara telus.

"Kita perlu pastikan semua perjanjian dibuat dengan telus dan perlu dilaksanakan sebaik ia dimeterai," katanya.

Khalid semasa dilantik sebagai menteri besar penggal kedua banyak dikritik ekoran caranya mentadbir Selangor yang gagal merujuk PKR atau pimpinan Pakatan lain.

Caranya menguruskan beberapa isu turut dikritik termasuk catuan air, rampasan Bible bahasa Malaysia dan Iban oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Lebuhraya Kidex.

Pelantikan Azmin hari ini sebagai menteri besar Selangor meredakan kemelut yang berlarutan hampir dua bulan selepas Khalid enggan melepaskan jawatannya.

Tindakan Khalid juga menyebabkan parti dalam PR berbeza pendapat, PAS tidak senada dengan PKR dan DAP dalam langkah menyingkirkan Khalid. – Md Izwan/23 September, 2014.

Berkaitan:

[Mstar] KLANG: Semua perjanjian yang dimeterai ketika pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan dikaji semula, termasuk penstrukturan air di negeri itu, kata Mohamed Azmin Ali.

Menteri Besar Selangor yang baharu itu berkata, semua perjanjian itu akan dibincangkan dengan pihak berkaitan.

"Tidak semestinya hanya perjanjian air sahaja tetapi adalah adil buat saya untuk mendapatkan penerangan yang lengkap daripada kerajaan negeri sebelum membuat sebarang keputusan," katanya pada sidang media selepas majlis angkat sumpah bagi jawatan itu di Istana Alam Shah di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perjanjian peringkat akhir penstrukturan air Selangor dengan kerajaan Persekutuan yang ditandatangani Khalid awal bulan ini. Ketika itu, Khalid dianggap sebagai 'menteri besar sementara' selepas dipecat oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Azmin yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa berkata, beliau akan meneruskan dasar sebelum ini demi kepentingan rakyat.

Tambahnya, beliau terlibat secara langsung ketika pentadbiran Khalid dan meletakkannya sebagai asas yang baik dalam pentadbirannya selepas ini.

"Sudah tentulah tanggungjawab saya untuk meneruskan dasar demi rakyat yang memberikan penekanan kepada soal pentadbiran yang adil dan memastikan kerajaan negeri ini benar-benar bersih dan bertanggungjawab menjaga rakyat Selangor," katanya. - Iwan Shu-Aswad Shuaib/23/9/14


P/s: Siapa kata Langkah Kajang gagal?


Bayi 8 Bulan Terima 50 Jahitan Akibat Diserang Biawak

Posted: 23 Sep 2014 07:10 PM PDT


[Bernama] Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan menerima 50 jahitan selepas cedera di bahagian muka dan kepalanya setelah diserang oleh seekor biawak ketika berada di dalam walker, di hadapan pintu dapur rumahnya di Pulau Tioman pada pagi kelmarin.

Dalam kejadian di kuarters pekerja Berjaya Resort pada 10 pagi itu, bayi berkenaan Nor Hidayah Abdul Rahman dilaporkan ditinggalkan di situ seorang diri sementara ibunya Noraudah Maisarah, 39, seorang suri rumah sedang menyenduk bubur di dapur.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Johari Jahaya berkata secara tiba-tiba datang seekor biawak dari arah luar terus menyerang bayi malang berkenaan.

"Melihat keadaan itu, wanita berkenaan terus bertindak menyelamatkan anaknya dan menghalau haiwan berkenaan," katanya, semalam.

Kejadian itu kemudian dimaklumkan kepada bapa mangsa Abdul Rahman Ismail, 38, seorang penyelenggara di resort berkenaan yang ketika itu sedang bekerja, sebelum dilaporkan kepada pihak polis.

Johari berkata mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Daerah Mersing sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Baharu untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Pihak Jabatan Perhilitan dimaklumkan tentang perkata tersebut untuk tindakan lanjut," katanya.

Sementara itu di Johor Baharu, bayi malang berkenaan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di HSA.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Datuk Ayub Rahmat berkata doktor dan kakitangan HSA terus memantau keadaan kesihatan bayi terbabit di wad kanak-kanak hospital berkenaan selepas dipindahkan dari Hospital Mersing semalam.

"Keadaan bayi itu stabil. Bayi terbabit mengalami kecederaan di bahagian muka akibat dicakar haiwan itu dan doktor mencuci luka itu serta menjahitnya.

"Keseluruhannya, lebih kurang 50 jahitan tetapi doktor menggunakan jarum dan benang paling halus. Luka paling panjang 8cm di atas kening kiri berbentuk 'L'.

"Pihak hospital terus memantau keadaan kesihatannya terutama di bahagian yang mengalami kecederaan itu kerana bimbang dijangkiti bakteria," katanya ketika dihubungi.

Menurut Ayub, bayi perempuan itu dimasukkan ke wad di HSA 8.30 malam semalam selepas menempuh perjalanan selama beberapa jam dari Mersing. – Bernama, 24 September, 2014.

Gambar dan butiran lain di sini.


Atuk Terajang Lelaki Bogel yang Menindih Isterinya

Posted: 23 Sep 2014 06:15 PM PDT


Atuk 'Terajang' Perogol Berbogel

[Harian Metro] Gombak: "Saya tergamam melihat lelaki itu dalam keadaan berbogel menindih tubuh isteri menyebabkan saya terus menyepaknya sekuat hati," kata seorang lelaki yang sempat menyelamatkan isterinya dari diperkosa pagi semalam.

Suami mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 50-an berkata, kejadian berlaku jam 7 pagi apabila dua lelaki berusia 20-an dan 40-an menceroboh masuk kediamannya di Kampung Laksamana, di sini. 

Menurutnya, insiden berlaku ketika isterinya yang berusia 50-an berada di dalam rumah bersendirian sebelum diserang kedua-dua suspek. 

"Isteri saya yang ketika itu berada di ruang tamu kediamannya terus menjerit memanggil nama saya. Saya kemudian berlari masuk ke dalam rumah sebelum terkejut melihat keadaan isteri.

"Kedua-dua suspek sedang berbogel manakala seorang dari mereka sedang menindih isteri saya," katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro semalam. -Muhaamad Hafis Nawawi dan Mohamad Azim Fitri Abd Aziz/24/9/14


P/s: Laporan berita mengundang persoalan.