Rabu, 24 September 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Kerajaan Tanggung 3 Bulan Kehidupan Rakyat Malaysia - Ahmad Maslan

Posted: 24 Sep 2014 02:06 AM PDT




[The Malaysian Insider] Pelbagai subsidi dan bantuan yang diberikan kerajaan persekutuan Barisan Nasional (BN) sepanjang tahun memudahkan kehidupan rakyat terutama mereka yang memiliki tanggungan keluarga yang besar, kata Datuk Ahmad Maslan.

Timbalan menteri kewangan itu berkata, jika dijumlahkan semua keseluruhan bantuan dan subsidi yang diberikan kerajaan maka rakyat hanya perlu mencari mata pencarian selama 9 bulan dan selebihnya ditanggung BN.

"Jika kita campur Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan persekolahan, subsidi minyak, diesel, tepung, beras dan gas memasak, pada saya tiga bulan kehidupan kita ini ditaja oleh kerajaan BN dalam masa setahun.

"9 bulan sahaja kita cari kehidupan kita dengan kerja-kerja yang kita ada sekarang. Malam ini saya buka satu persatu.

"Bukan ingin mengungkit tetapi mengingatkan kita mempunyai kerajaan yang baik, bertanggungjawab dan menjaga rakyat," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 100 masyarakat Siam di Wat Machimaram malam tadi sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar baru-baru ini mengumumkan Kajian Pendapatan Isi Rumah 2014 meningkat sebanyak RM900 berbanding 2012 namun mendapat maklum balas negatif daripada orang ramai.

Berdasarkan hasil kajian itu, Wahid berkata taraf hidup rakyat negara ini meningkat dengan purata pendapatan isi rumah melepasi RM5,900 sebulan berbanding 2012 yang merekodkan purata pendapatan sebanyak RM5,000 sebulan.

Katanya, perkembangan itu menunjukkan peningkatan ekonomi Malaysia sudah berjaya dan perkara itu terbukti dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 6.3% pada separuh pertama tahun ini.

Ahmad dalam menghuraikan satu persatu bantuan dan subsidi yang diberikan kepada rakyat berkata dengan pengumuman penambahan BR1M sebanyak RM300 pada tahun depan, ia mampu menanggung perbelanjaan keluarga untuk tempoh dua bulan.

Katanya, pemberian BR1M mengukuhkan sokongan rakyat terutamanya dalam memastikan kemenangan calon BN yang turut dibantu oleh jentera kerajaan dengan kekuatan 28 kementerian.

"Tahun depan kita akan tambah BR1M. Kalau tahun ini RM650 campur RM50 insurans, ia menjadikan RM700. Kalau kekal RM700 tahun depan, kerajaan akan tambah RM300 lagi menjadikan sekurang-kurangnya BR1M pada tahun depan RM1,000.

"RM1,000 sudah cukup untuk makan minum empat orang satu keluarga. Jika RM500 satu bulan, dua bulan sudah ditanggung oleh kerajaan BN. PAS ada bagi apa? PAS tak bagi apa-apa," katanya.
Ketua Penerangan Umno itu berkata, apa yang menariknya adalah bantuan kerajaan diterima semakin banyak apabila sesebuah keluarga itu memiliki anak yang ramai.

Katanya, banyak subsidi diterima dalam kehidupan harian namun tidak disedari rakyat kerana membayar dengan harga yang rendah.
"Anak-anak ke sekolah dapat RM100 bantuan persekolahan. Kalau rajin 'kerja malam' 10 anak, RM1,000 dapat. Jangan lupa perkara itu. Anak yang mengaji tinggi, baucar buku pun dapat.

"Subsidi minyak masak 1kg RM1.50, subsidi tepung 1kg RM1.00, subsidi gas memasak 16kg RM20 setiap satu tong kerajaan bagi subsidi.

"Setiap kali tuang minyak RON95, 1 liter 73 sen kerajaan bagi subsidi," katanya.

PRK tiga penjuru pada 25 September ini merupakan pertembungan tiga penjuru di antara calon BN Mat Razi Mat Ail, Wan Rosdi Wan Ibrahim daripada PAS dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.
PRK terpaksa diadakan di Pengkalan Kubor selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) tiga penggal Datuk Noor Zabidi Omar daripada BN meninggal dunia pada 20 Ogos.

Pada Pilihan Raya Umum ke -13, Noor Zahidi menang dengan 1,736 undi mengalahkan Saharun daripada PKR, sementara Izat Bukhary hanya mendapat 65 undi.

Pengkalan Kubor mempunyai 24,039 pengundi dengan 92 % Melayu, 1 % Cina dan 6.8 % Siam. – The Malaysian Insider, 24 September, 2014.


P/s: Mari kita bercuti 3 bulan dan lihat apa yang akan berlaku.


EXCO PAS Khianat, Pandangan CEC DAP, Bukan Peribadi

Posted: 23 Sep 2014 11:44 PM PDT


Exco Pas khianat: Pendirian CEC, Bukan Peribadi

[Sinar Harian] PUTRAJAYA - Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke menegaskan, empat bekas Exco Pas Selangor yang dilabelkan sebagai pengkhianat oleh DAP bukannya pandangan peribadi sebaliknya adalah luahan hati dan diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baru-baru ini.

Anthony berkata, pendirian itu juga merupakan sentimen yang telah diluahkan ahli CEC yang tidak berpuas hati dengan tindakan empat bekas Exco tersebut yang menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Kenyataan (Pas pengkhianat) itu datang dari pihak CEC yang telah diputuskan dalam mesyuarat CEC pada Isnin lalu (22 September).

"Saya ingin tegaskan kenyataan itu (Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng) bukan kenyataan peribadi beliau sahaja, tetapi kenyataan yang mewakili kepimpinan DAP, itu yang telah diluahkan dalam mesyuarat CEC," katanya kepada pemberita di lobi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), di sini, hari ini.

Semalam, Guan Eng menuduh empat anggota Exco Selangor dari Pas sebagai pengkhianat kerana mereka sebelum ini telah menyokong kepimpinan Abdul Khalid dalam krisis Menteri Besar Selangor.

Empat Exco Pas itu iaitu Adun Cempaka, Iskandar Abdul Samad; Adun Sabak Bernam, Sallehen Mukhyi; Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali dikatakan telah mengingkari prinsip solidariti dan demokrasi dalam PR.

Guan Eng juga berkata parti itu kesal atas kegagalan keempat-empat wakil Pas itu untuk bersama enam lagi Exco DAP dan PKR yang dikatakan dipecat secara tidak adil oleh Abdul Khalid.

Mengulas lanjut, Loke berharap pelantikan Adun Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu dalam melaksanakan pentadbiran negeri dengan baik.

"Selepas ini tumpuan kita ialah supaya pentadbiran ini dapat dijalankan selicin yang mungkin.

"Cabaran yang seterusnya ialah pelantikan Exco, seterusnya kita harap anggota Exco dilantik itu akan menjalankan tanggungjawab dengan baik," katanya lagi. - Nizam Zain/24/9/14


P/s: Dalam isu ini, pandangan DCM selari dengan DAP dan PKR.

Azmin Akan Kaji Semula Perjanjian Kidex, Langat 2, dan Isu Bible Dibuat Khalid

Posted: 23 Sep 2014 07:15 PM PDT


[The Malaysian Insider] Menteri besar Selangor yang baharu Mohamed Azmin Ali berjanji akan mengkaji semula dan mendedahkan kepada umum perjanjian Lebuhraya Kidex dan isu Bible yang dibuat semasa pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Azmin berkata, beliau akan mendapatkan taklimat daripada pihak berkenaan mengenai perjanjian yang dimeterai sebelum mengambil langkah seterusnya.

"Saya akan mendapatkan taklimat daripada pihak berkenaan dan lihat cara terbaik untuk menanganinya," kata Azmin pada sidang media di rumah ibunya di Kampung Kelang Gate Baru, hari ini.

Antara perjanjian yang akan dikaji semula adalah melibatkan perjanjian air, pembinaan lebuh raya kontroversi Kidex dan juga isu melibatkan rampasan Bible berbahasa Melayu dan Iban.

Azmin berkata, langkah mengkaji semula tersebut perlu diteliti dan diambil bagi mengelakkan sebarang spekulasi selepas mengambil alih pentadbiran daripada Khalid.

"Untuk elak sebarang spekulasi, kita mesti pastikan semua perjanjian didedah kepada umum dan pembayar cukai," katanya.

Beliau berkata, langkah tersebut demi memastikan sebarang perjanjian yang dibuat akan memberi manfaat sepenuhnya kepada rakyat Selangor dan dilaksanakan secara telus.

"Kita perlu pastikan semua perjanjian dibuat dengan telus dan perlu dilaksanakan sebaik ia dimeterai," katanya.

Khalid semasa dilantik sebagai menteri besar penggal kedua banyak dikritik ekoran caranya mentadbir Selangor yang gagal merujuk PKR atau pimpinan Pakatan lain.

Caranya menguruskan beberapa isu turut dikritik termasuk catuan air, rampasan Bible bahasa Malaysia dan Iban oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Lebuhraya Kidex.

Pelantikan Azmin hari ini sebagai menteri besar Selangor meredakan kemelut yang berlarutan hampir dua bulan selepas Khalid enggan melepaskan jawatannya.

Tindakan Khalid juga menyebabkan parti dalam PR berbeza pendapat, PAS tidak senada dengan PKR dan DAP dalam langkah menyingkirkan Khalid. – Md Izwan/23 September, 2014.

Berkaitan:

[Mstar] KLANG: Semua perjanjian yang dimeterai ketika pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan dikaji semula, termasuk penstrukturan air di negeri itu, kata Mohamed Azmin Ali.

Menteri Besar Selangor yang baharu itu berkata, semua perjanjian itu akan dibincangkan dengan pihak berkaitan.

"Tidak semestinya hanya perjanjian air sahaja tetapi adalah adil buat saya untuk mendapatkan penerangan yang lengkap daripada kerajaan negeri sebelum membuat sebarang keputusan," katanya pada sidang media selepas majlis angkat sumpah bagi jawatan itu di Istana Alam Shah di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perjanjian peringkat akhir penstrukturan air Selangor dengan kerajaan Persekutuan yang ditandatangani Khalid awal bulan ini. Ketika itu, Khalid dianggap sebagai 'menteri besar sementara' selepas dipecat oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Azmin yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa berkata, beliau akan meneruskan dasar sebelum ini demi kepentingan rakyat.

Tambahnya, beliau terlibat secara langsung ketika pentadbiran Khalid dan meletakkannya sebagai asas yang baik dalam pentadbirannya selepas ini.

"Sudah tentulah tanggungjawab saya untuk meneruskan dasar demi rakyat yang memberikan penekanan kepada soal pentadbiran yang adil dan memastikan kerajaan negeri ini benar-benar bersih dan bertanggungjawab menjaga rakyat Selangor," katanya. - Iwan Shu-Aswad Shuaib/23/9/14


P/s: Siapa kata Langkah Kajang gagal?


Bayi 8 Bulan Terima 50 Jahitan Akibat Diserang Biawak

Posted: 23 Sep 2014 07:10 PM PDT


[Bernama] Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan menerima 50 jahitan selepas cedera di bahagian muka dan kepalanya setelah diserang oleh seekor biawak ketika berada di dalam walker, di hadapan pintu dapur rumahnya di Pulau Tioman pada pagi kelmarin.

Dalam kejadian di kuarters pekerja Berjaya Resort pada 10 pagi itu, bayi berkenaan Nor Hidayah Abdul Rahman dilaporkan ditinggalkan di situ seorang diri sementara ibunya Noraudah Maisarah, 39, seorang suri rumah sedang menyenduk bubur di dapur.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Johari Jahaya berkata secara tiba-tiba datang seekor biawak dari arah luar terus menyerang bayi malang berkenaan.

"Melihat keadaan itu, wanita berkenaan terus bertindak menyelamatkan anaknya dan menghalau haiwan berkenaan," katanya, semalam.

Kejadian itu kemudian dimaklumkan kepada bapa mangsa Abdul Rahman Ismail, 38, seorang penyelenggara di resort berkenaan yang ketika itu sedang bekerja, sebelum dilaporkan kepada pihak polis.

Johari berkata mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Daerah Mersing sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Baharu untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Pihak Jabatan Perhilitan dimaklumkan tentang perkata tersebut untuk tindakan lanjut," katanya.

Sementara itu di Johor Baharu, bayi malang berkenaan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di HSA.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Datuk Ayub Rahmat berkata doktor dan kakitangan HSA terus memantau keadaan kesihatan bayi terbabit di wad kanak-kanak hospital berkenaan selepas dipindahkan dari Hospital Mersing semalam.

"Keadaan bayi itu stabil. Bayi terbabit mengalami kecederaan di bahagian muka akibat dicakar haiwan itu dan doktor mencuci luka itu serta menjahitnya.

"Keseluruhannya, lebih kurang 50 jahitan tetapi doktor menggunakan jarum dan benang paling halus. Luka paling panjang 8cm di atas kening kiri berbentuk 'L'.

"Pihak hospital terus memantau keadaan kesihatannya terutama di bahagian yang mengalami kecederaan itu kerana bimbang dijangkiti bakteria," katanya ketika dihubungi.

Menurut Ayub, bayi perempuan itu dimasukkan ke wad di HSA 8.30 malam semalam selepas menempuh perjalanan selama beberapa jam dari Mersing. – Bernama, 24 September, 2014.

Gambar dan butiran lain di sini.


Atuk Terajang Lelaki Bogel yang Menindih Isterinya

Posted: 23 Sep 2014 06:15 PM PDT


Atuk 'Terajang' Perogol Berbogel

[Harian Metro] Gombak: "Saya tergamam melihat lelaki itu dalam keadaan berbogel menindih tubuh isteri menyebabkan saya terus menyepaknya sekuat hati," kata seorang lelaki yang sempat menyelamatkan isterinya dari diperkosa pagi semalam.

Suami mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 50-an berkata, kejadian berlaku jam 7 pagi apabila dua lelaki berusia 20-an dan 40-an menceroboh masuk kediamannya di Kampung Laksamana, di sini. 

Menurutnya, insiden berlaku ketika isterinya yang berusia 50-an berada di dalam rumah bersendirian sebelum diserang kedua-dua suspek. 

"Isteri saya yang ketika itu berada di ruang tamu kediamannya terus menjerit memanggil nama saya. Saya kemudian berlari masuk ke dalam rumah sebelum terkejut melihat keadaan isteri.

"Kedua-dua suspek sedang berbogel manakala seorang dari mereka sedang menindih isteri saya," katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro semalam. -Muhaamad Hafis Nawawi dan Mohamad Azim Fitri Abd Aziz/24/9/14


P/s: Laporan berita mengundang persoalan. 

  

Tiada ulasan: