Rabu, 2 April 2014

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Hang tak mau mengaku lagi ka wahai Wan Muhammad Azri [Papa Gomo]?

Posted: 02 Apr 2014 10:26 PM PDT

Menteri Pertahanan dalam jawapan kepada soalan lisan saya mengesahkan bahawa seorang yang bernama Wan Muhammad Azri Wan Deris (KP: 830121-03-5019) telah menaiki kapal selam Scorpene pada 9 Disember 2011. Individu tersebut telah bersama-sama wakil media menaiki kapal selam Scorpene bagi tujuan perkongsian maklumat.
Saya bertanyakan soalan itu untuk mendapatkan pengesahan identiti Papagomo kerana umum mengetahui bahawa Papagomo telah menaiki Scorpene atas jemputan menteri. Perkara ini telah disebarluas melalui blog-blog Umno sendiri yang mengesahkan bahawa Papagomo telah berada di dalam Scorpene, malah gambar-gambar tersebut tersebar luas.
Setakat ini, Wan Muhammad Azri Wan Deris telah menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia adalah Papagomo. Jawapan Menteri Pertahanan kepada saya mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris adalah Papagomo kerana umum mengetahui bahawa Papagomo berada di dalam kapal selam Scorpene.
Pengesahan ini mempunyai beberapa implikasi undang-undang terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris.
Semasa memberi keterangan di dalam kes saman Dato' Seri Anwar Ibrahim terhadapnya, Wan Muhammad Azri Wan Deris telah menyatakan bahawa dia tidak pernah berada di dalam kapal selam Scorpene. Jawapan Menteri Pertahanan telah mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris telah berbohong kepada mahkamah.
Ini adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan memberi keterangan palsu kepada mahkamah. Kesalahan ini boleh dijatuhkan hukuman penjara 7 tahun dan merupakan satu kesalahan yang boleh ditahan (arrestable offence).
Oleh itu, saya dan YB Surendran akan membuat laporan polis terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris atas kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan pada hari Selasa 8 April 2014 supaya tindakan segera diambil terhadap Papagomo.
Saya ingin melihat sama ada pihak polis akan mengambil tindakan menahan Papagomo serta merta di bawah Seksyen 193 dan mahkamah mengenakan hukuman penjara yang sewajarnya terhadap Papagomo.
Saya juga akan memfailkan satu saman terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris atas fitnah di blognya yang mendakwa saya dipecat dari Petronas kerana pecah amanah.
RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi
Ahli Parlimen Pandan
3 April 2014

Gossip : Zul Huzaimy bercinta dengan isteri orang?

Posted: 02 Apr 2014 07:15 PM PDT



Diterbitkan: Khamis, 3 April 2014 12:34 AM

Zul menafikan teman wanitanya masih bergelar isteri orang.

PETALING JAYA: Pelakon Zul Huzaimy menyangkal laporan sebuah portal hiburan yang mendakwa teman wanitanya masih bergelar isteri orang.

Zul atau nama sebenarnya Zul Huzaimy Marzuki, 36, berkata, dia hairan bagaimanapun gosip berkenaan timbul dan menegaskan gosip berkenaan sama sekali tidak berasas.
"Saya tidak nafikan wanita berkenaan adalah teman wnaita saya tetapi dia bukanlah isteri orang seperti yang didakwa. Ia sama sekali tidak benar," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.
Dalam pada itu, Zul enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan terbaharu itu dan menyifatkan ia sebagai perkara remeh.
Jelas pelakon itu lagi, dia juga tidak kisah tentang apa juga pandangan orang lain terhadap kehidupan peribadinya kerana ia tidak memberi kesan kepadanya.

Zul turut memuat naik sekeping gambar bersama seorang wanita dengan panggilan 'sayang' yang didakwa teman wanitanya.
"Biarlah orang hendak kata apa pun kerana saya lebih tahu siapa dia dan saya tidak mahu komen lanjut mengenai perkara itu," ujarnya.
Bagaimanapun Zul tidak menafikan dia mula bercinta dengan wanita berkenaan sejak setahun lalu namun masih belum terfikir ke arah perkahwinan buat masa ini.

Pelakon itu sebelum ini pernah berkahwin dengan Nor Dalilah Muhammad, 31, pada tahun 2005. Bagaimanapun, perkahwinan mereka gagal dipertahankan dan bercerai talak dua pada 1 Julai 2010 di Mahkamah Rendah Syariah, Kajang.
Dalam perkembangan lain, Zul berkata dia kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri berjudulKarambit bersama Eman Manan untuk siaran RTM.

Musa Hitam lakukan seks dengan budak?

Posted: 02 Apr 2014 04:16 AM PDT

KOTA BHARU: Dakwaan Tun Musa Hitam (gambar) bahawa beliau dituduh melakukan hubungan seks dengan budak seolah-olah mengulangi tragedi menimpa Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika itu mereka berada di kerusi Timbalan Perdana Menteri. Masing-masing pernah menjadi timbalan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Setiausaha PKR Terengganu, Rosli Abdullah berkata, cerita tuduhan seks yang menimpa Anwar dengan konspirasi liwat 1 dan II sebenarnya sudah kedengaran sejak 1980-an lagi.

Katanya, faktor tersebut antara yang disebut-sebut punca Musa meletak jawatan selepas berganding dengan Dr Mahathir, yang pernah dikenali dengan gelaran 2M.

"Cerita berkenaan sudah tersebar ketika itu. Ini seolah-olah dilihat antara senjata paling berkesan bagi melumpuhkan rakan sendiri dalam parti apabila tidak disukai," katanya di sini.

Baru-baru ini ketika program Diskusi anjuran kerajaan negeri di sebuah hotel di sini, Musa Hitam mendakwa pihak yang lantang mengkritiknya ketika itu menuduh beliau melakukan seks dengan budak.


"Dakwaan Musa terlibat seks dengan budak. Itu gila... tidak betul. Kalau engkau tidak berhenti dikatakan ada orang mahu mengancam.

"Kalau saya lawan, maka saya akan dituduh seorang homoseksual malahan mengadakan hubungan jenis dengan binatang...

"Orang lain yang kata itu, bukan Dr Mahathir. Orang itu yang kritik saya," katanya malam 27 Mac lalu.

Turut menjadi panelis pada program itu ialah Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa, manakala moderator Prof Madya Dato' Dr Mohamad Agus Yusof.

Rosli berkata, tuduhan seks atau liwat cuba dihalalkan dalam Umno bagi menjatuhkan rakan sendiri yang dilihat ada potensi mencabar kedudukan ketua.

Ketika ditanya Dr Agus mengenai buku 50 Dalil Anwar Tidak Boleh Jadi PM, Musa berkata, beliau tidak ada masa untuk membaca buku yang memaparkan politik kotor. - Harakah

dollah yankee

dollah yankee


Shopping time !!!

Posted: 02 Apr 2014 08:02 AM PDT

"Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata wujud keperluan untuk Malaysia meningkatkan kekuatan aset ketenteraan khususnya selepas insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370".

aset keselamatan negara tidak kira peralatan apa pun termasuk satelite jika masih ada korupsi dlm urusan pembeliannya hasilnya tetap sama. selama ini duit rakyat berbillion2 dihabiskan tetapi hasilnya teserlah ketika ini..gagal..peralatan ATM dijadikan aset buat duit pada menteri2 dan kuncu2nya. itu adalah realitynya ketika ini..lihat sahaja apa terjadi kepada MIG, SCORPENE, SATELITE Razak-Sat dan banyak lagi ...

bila pemerintah negara korup pembelian dan penambahan aset keselamatan dan pengurusan negara pun tidak akan bertambah baik. ini cuma alasan umno/bn untuk menambah kaut lagi harta negara masuk dalam kocek mereka. percayalah apa juga hujah mereka semua menipu rakyat, mereka patut di nafikan dan tolak mereka dari memerintah negara ini.

Gurkah-gurkah politik di'port' setuju sangat dengan rancangan Hishamudin tu sebab ...seluruh dunia dah tau...
sebabnya radar memang ada mengesan.. memang mereka nak hantar jet untuk memintas, tetapi mereka terlupa yang jet itu tak dak enjin... nak hantar Nuri?..Nuri pun dah TUA..dah tak larat nak hambat...bila dah diumum jatuh dalam laut, patutnya hantar scorpene untuk cari... tapi sayang kapalselam pulak tak boleh nak menyelam..hadoo mak iii..

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Menteri Kewangan 2 Bentang RUU GST

Posted: 02 Apr 2014 09:16 PM PDT

Dewan Rakyat 3 April 2014: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan

Posted: 02 Apr 2014 09:16 PM PDT

MH370: Bagaimana jika tidak terhempas?

Posted: 02 Apr 2014 08:17 PM PDT

SPEKULASI berhubung MH370 sentiasa wujud sejak hari pertama pesawat MAS itu hilang 8 Mac lalu dan spekulasi atau teori ini akan tetap dibangkitkan di internet selagi pesawat ini tidak berjaya ditemui.

Sehingga kini, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) masih gagal menemui sebarang objek yang boleh dikaitkan dengan MH370.

Walaupun sebelum ini satelit telah berjaya mencerap beberapa objek di selatan Lautan Hindi dan pesawat menjumpai serpihan di lokasi SAR namun ia disahkan bukan milik MH370.

Terdapat pelbagai spekulasi yang dibangkitkan termasuk yang mengatakan pesawat itu sudah mendarat secara rahsia di China dan ada juga yang mendakwa pesawat mendarat di Pakistan ataupun Hong Kong.

Namun, terdapat satu teori yang dilihat mendapat respons yang tinggi dari masyarakat dunia iaitu teori pesawat mendarat di Diego Garcia, sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Lautan Hindi.

Diego Garcia terletak di selatan Kepulauan Maldives dan merupakan pangkalan tentera AS yang penting dalam kempen serangan AS terutama terhadap Iraq dan Afghanistan.

Dakwaan penduduk Maldives kukuh

Spekulasi yang mengaitkan Diego Garcia ini mula dibangkitkan secara serius apabila apabila penduduk di Maldives mendakwa melihat pesawat terbang rendah di selatan kepulauan tersebut.

Ada pihak mendakwa pesawat tersebut merupakan MH370 dan telah mendarat di Diego Garcia kerana kedudukan kedua-dua pulau yang berdekatan.

Jarak antara Diego Garcia dengan Addu City, yang terletak di selatan Kepulauan Maldives (Pulau Addu) adalah 740km.

Difahamkan, teori ini timbul berdasarkan kiraan secara kasar waktu MH370 membuat pusingan balik di sempadan Malaysia - Vietnam dan waktu ketika penduduk Maldives melihat pesawat tersebut.

MH370 berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi dan pesawat ini terputus hubungan pada 1.21 pagi.

Jika diambil kira penerbangan dari KLIA ke Maldives iaitu sekitar 4 jam, 24 minit dan waktu penduduk Maldives melihat pesawat iaitu 6.15 pagi, jumlah waktu penebangan ini adalah relevan.

Ini kerana, waktu penerbangan ini perlu ditambah 40 minit iaitu tempoh MH370 berpatah balik hingga kedudukan pesawat hilang dari radar.

Read More / Baca Lagi >>

MH370: Syarikat telco enggan komen

Posted: 02 Apr 2014 08:13 PM PDT

Penyedia perkhidmatan dan syarikat telekomunikasi di Malaysia, tidak dapat memberikan sebarang maklum balas berkaitan dakwaan ahli keluarga dapat menghubungi penumpang pesawat MH370, yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Ketika dihubungi Sinar Harian, pihak terbabit menyatakan, sebarang kenyataan berkaitan sewajarnya diajukan kepada pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Jelas pihak tersebut lagi, pelbagai agensi media lain juga turut mendapat maklum balas sama berkaitan dakwaan itu.

Sebelum ini timbul beberapa spekulasi apabila penumpang pesawat MH370 berjaya dihubungi oleh ahli keluarga mereka.

Bagaimanapun, panggilan telefon berkenaan tidak berjawab, meskipun kedengaran nada dering.

Selain itu, terdapat juga spekulasi, salah seorang penumpang MH370, Philip Wood meminta pertolongan melalui laman forum 4plebs.org yang memberitahu pesawat MH370 berada pangkalan rahsia Amerika Syarikat di Lautan Hindi iaitu Diego Garcia.

Menerusi forum tersebut, Philip Wood telah sempat memuat naik sekeping gambar hitam sebagai gambar profil.

Ibu penumpang pasport palsu MH370 tersisih daripada maklumat, lapor CNN

Posted: 02 Apr 2014 08:10 PM PDT

Keluarga dua penumpang warga Iran yang menggunakan pasport curi ketika menaiki MH370 tidak menerima maklumat daripada MAS, lapor CNN. Gambar fail.Keluarga dua penumpang warga Iran yang menggunakan pasport curi ketika menaiki MH370 tidak menerima maklumat daripada MAS, lapor CNN. Gambar fail.Ibu kepada penumpang penerbangan MH370 yang menggunakan pasport palsu tidak dimaklumkan mengenai kehilangan pesawat misteri tersebut dan disisihkan, lapor media antarabangsa CNN.
Ibu kepada Pouria Nourmohammadi, 18, salah seorang penumpang yang menggunakan pasport palsu menaiki ketika mendaftar masuk menaiki MH370 kini ketinggalan dan tidak menerima sebarang maklumat atau diberikan kaunseling seperti ahli keluarga penumpang lain.
"Sebagai seorang manusia, sebagai ibu, tiada sesiapa memikirkan tentang saya. Saya keseorangan tanpa sokongan kecuali Tuhan," katanya dipetik dalam laporan CNN.
Nourmohammadi bersama rakannya Delavar Seyed Mohammad Reza, 29, menaiki penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dalam perjalanan menuju ke Beijing yang tiba-tiba hilang secara misteri pada awal pagi 8 Mac.
Ibu Nourmohammadi mengakui anaknya melanggar undang-undang, bagaimanapun menyifatkan anaknya hanya cuba menjelajahi "mimpi indah".
"Saya dedikasikan hidup untuk anak saya, apa yang saya mahukan ialah dia hidup gembira. Saya mahu mereka hidup bebas. Saya berdoa dapat jumpa dia lagi, tetapi itu tidak berlaku. Kami akan jumpa di dunia lain sekarang," katanya.
CNN melaporkan, MAS tidak menghubungi kedua-dua ahli keluarga penumpang berkenaan dan kes mereka masih dikendalikan oleh pegawai penyiasat.
Nourmohammadi dan rakannya menimbulkan kekeliruan semasa siasatan awal kehilangan MH370 apabila mereka menggunakan pasport yang dicuri untuk menaiki pesawat MH370.
Pasport berkenaan dimiliki oleh rakyat Austria, Christian Kozel, 30, dan Itali, Luigi Maraldi, 37, yang melaporkan pasport mereka dicuri ketika berada di Thailand.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi sebelum ini berkata bebanan pangkalan data Interpol akan memperlahankan pemeriksaan imigresen.
Read More / Baca Lagi >>

Esscom serah kes culik pada polis..!!

Posted: 02 Apr 2014 07:48 PM PDT


Seorang pelancong dari China dan seorang pekerja resort berasal dari Filipina dilarikan oleh sekumpulan lelaki  di sebuah resort di Pulau Singgahmata, bersebelahan Pulau Bum-Bum Semporna, dekat Kota Kinabalu, malam tadi.

Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Mohammad Mentek mengesahkan kejadian itu yang berlaku pada kira-kira pukul 10.30 malam.

"Kita menyerahkan perkara ini kepada polis untuk membuat siasatan lanjut dan seterusnya memberi laporan penuh," katanya dalam satu kenyataan ringkas di Kota Kinabalu, hari ini.

Pelancong China diculik lelaki bersenjata di Sabah..!!

Posted: 02 Apr 2014 07:32 PM PDT

 
Seorang pelancong China dan seorang pekerja sebuah pusat peranginan telah diculik di Sabah oleh kumpulan lelaki bersenjata.

Menurut laporan West China Metropolis Daily, ia berlaku di Singamata Reef Resort malam tadi.

Akhbar tersebut memetik pengurus hotel tersebut yang hanya dikenali sebagai Vicky sebagai berkata lima hingga enam orang bersenjata menyerbu pusat peranginan itu pada kira-kira jam 10.30 malam dan lari dengan menaiki bot sejurus kemudian.

Pelancong wanita China itu dikenali sebagai Gao Huayun yang berusia dalam 20-an dari Shanghai manakala pekerja wanita hotel tersebut adalah rakyat Filipina.

Foto-foto di talian menunjukkkan para pelancong berkumpul di sebuah bilik makan, dan foto lelaki beruniform dengan rifel dan memakai baju kalis peluru, kemungkinan anggota pasukan keselamatan Malaysia.

Kelantan bawa rang undang-undang persendirian, pinda perlembagaan laksana hudud

Posted: 02 Apr 2014 07:29 PM PDT


Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub pada sidang media 'Langkah Kelantan' iaitu Kelantan akan bentang rang undang-undang persendirian untuk laksana hudud di Kota Baru, semalam. Gambar Harakahdaily.Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub pada sidang media 'Langkah Kelantan' iaitu Kelantan akan bentang rang undang-undang persendirian untuk laksana hudud di Kota Baru, semalam. Gambar Harakahdaily.Kerajaan Kelantan akan menyiapkan satu rang undang-undang persendirian (private bill) bagi membolehkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 yang merangkumi hukuman hudud dilaksanakan di negeri itu.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub, berkata ia berikutan jaminan kerajaan persekutuan untuk memberikan laluan kepada mana-mana kerajaan negeri termasuk Kelantan untuk menguatkuasakan undang-undang hudud sebagaimana dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom baru-baru ini di Dewan Rakyat.
Dalam satu kenyataan semalam, beliau berkata, rang undang-undang persendirian akan dibawa ke mana-mana sidang Parlimen yang terdekat oleh salah seorang Ahli Parlimen Bukan Kerajaan bagi mendapat kebenaran untuk Kelantan melaksanakan undang-undang tersebut seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, sebahagian besar kesalahan jenayah hudud dan qisas seperti mencuri, merompak, merogol, mencedera dan membunuh terletak dalam bidang kuasa kerajaan persekutuan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Kanun Keseksaan (Penal Code), begitu juga agensi pelaksana seperti polis dan penjara.
Read More / Baca Lagi >>

Hishammuddin diserang kerana setuju MH370 ‘blessing in disguise’

Posted: 02 Apr 2014 07:26 PM PDT


Petikan daripada akaun Twitter Ismail Amshar yang menerima kecaman apabila berkata insiden MH370 adalah 'blessing in disguise'. Gambar Herald Sun.Petikan daripada akaun Twitter Ismail Amshar yang menerima kecaman apabila berkata insiden MH370 adalah 'blessing in disguise'. Gambar Herald Sun.Kenyataan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menyokong kenyataan seorang wartawan tragedi MH370 adalah 'blessing in disguise' (kebaikan daripada kesedihan) diserang oleh pelbagai pihak.
Menurut Herald Sun News, sokongan Hishammuddin terhadap kenyataan itu boleh disifatkan sebagai penghinaan kepada keluarga penumpang MH370 yang malang itu. Turut melaporkan berita yang sama adalah akhbar Australia, The Daily Telegraph.
Seorang wartawan, Ismail Amsyar menghantar satu pesanan melalui Twitternya berkata "MH370 adalah 'blessing in disguise' kepada kita semua. Saya faham sekarang tentang cantiknya perpaduan, manisnya dapat bersama-sama."
Ia dijawab oleh Hishammuddin yang berkata: "Anda betul" yang menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan pelbagai pihak, lapor media itu.
Susulan daripada itu, pagi ini Ismail memohon maaf sepenuh hati kerana tweets itu.
Dia juga menerima ancaman bunuh di atas talian, lapor Herald Sun.
"Saya memohon maaf di atas tweet itu. Ia tidak bermaksud untuk tidak sensitif. Terima kasih di atas ingatan," kata Ismail melalui twitternya selepas mendapat peringatan daripada seorang lagi pengguna laman sosial itu yang bernama Deniela N.
Ismail juga memohon maaf kepada Hishammuddin kerana mengheret beliau dalam isu itu.
"Kepada @Hishammuddin H20, saya memohon maaf kerana mengeheret tuan kepada ini. Tidak bermaksud begitu. Kepada semua yang lain di luar sana, sekali lagi, saya mohon maaf kerana tweet itu," tulis Ismail.
Read More / Baca Lagi >>

Orang Asal: Pasukan khas atau pasukan sandiwara?

Posted: 02 Apr 2014 06:22 PM PDT

Adakah perpindahan undi Melayu di Kajang pengakhiran untuk Umno?

Posted: 02 Apr 2014 04:37 PM PDT


Calon PRK Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memperolehi 16,779 undi dengan majoriti 5,483 berbanding calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun. Gambar fail The Malaysian Insider.Calon PRK Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memperolehi 16,779 undi dengan majoriti 5,483 berbanding calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun. Gambar fail The Malaysian Insider.Perpindahan undi Melayu ke Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang bulan lalu adalah sebagai sambungan kencenderungan pengundi sejak pilihan raya 2008 dan ia boleh menjadi masalah besar kepada Umno dan Barisan Nasional (BN), kata penganalisis.
Penganalisis berkata kepada The Malaysian Insider, walaupun PRK Kajang diadakan selepas Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diberikan tetapi ia tidak menghalang orang Melayu untuk menyokong Pakatan, walaupun isu ekonomi menjadi punca sokongan ini.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail mendapat 16,779 undi daripada 28,314 undi yang dibuat semasa PRK itu, menjadikan beliau mendapat majoriti 5,483 mengatasi calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun yang menerima 11,296 undi.
Walaupun peratusan keluar mengundi hanya 72% berbanding 88% dalam pilihan raya umum 5 Mei 2013, Pakatan berjaya mendapat peningkatan undi kepada 59.9% berbanding 57% dalam pilihan raya umum.
Umno perlu risau dengan perpindahan undi Melayu kerana cara kempen Umno dan Perkasa tidak meningkatkan undi kepada mereka, kata penganalisis,
"Kos sara hidup menjadi isu di Kajang. Persepsi sangat kuat menyatakan BN tidak cukup berusaha untuk mengekang ketirisan dan rasuah," kata Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Pindaan PCA tanpa perbincangan, Suhakam bimbang cabul hak asasi

Posted: 02 Apr 2014 04:35 PM PDT


Suhakam bimbang Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 akan mencabul hak asasi manusia, kata Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam. Gambar fail.Suhakam bimbang Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 akan mencabul hak asasi manusia, kata Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam. Gambar fail.Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bimbang hak asasi manusia akan dicabul susulan pindaan Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 yang mula dikuatkuasakan bermula 2 April 2014.
Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam mendakwa pindaan tersebut dibuat tanpa rundingan dengan badan hak asasi tersebut.
"Suhakam kesal dengan Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013, yang dirangka tanpa rundingan dengan Suruhanjaya, dan mula berkuatkuasa pada 2 April 2014," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Hasmy berkata, beberapa peruntukan dalam pindaan tersebut melanggar hak asasi manusia serta menafikan hak individu bagi perbicaraan yang adil.
Read More / Baca Lagi >>

MH370: Saya tidak pernah mengaku ibu kandung - Rosila

Posted: 02 Apr 2014 04:27 PM PDT

  • Rosila Abu Samah 
  •  Ibu tiri kepada salah seorang penumpang pesawat MH370 Rosila Abu Samah, 50, kelihatan sugul mengenangkan nasib anak tirinya Khairul Amri Selamat, 29, sambil memegang pasport beliau dan suami yang terselamat selepas merayu kepada perompak supaya tidak mengambilnya agar beliau dan suami dapat ke Perth, Australia, sekiranya pesawat MH370 telah dijumpai ketika ditemui di rumahnya yang dimasuki perompak di Felda Bukit Mendi, dekat Bera, hari ini. - Foto bernama
BERA - "Saya hanya ibu tirinya dan tidak pernah mendakwa sebagai ibu kandungnya," luah Rosila Abu Samah yang sering dikaitkan media sebagai ibu kepada Mohd Khairul Amri Selamat, salah seorang penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370. 
  
Menurut Rosila, 50, setiap kali ditemubual oleh media baik dari dalam mahupun luar negara, beliau tidak pernah memperkenalkan diri sebagai ibu kandung kepada Mohd Khairul Amri, 29, seperti didakwa.
  
"Apabila ditemubual, saya selalu nyatakan saya ibu tiri kepada Mohd Khairul Amri, namun ada media melaporkan beliau sebagai ibu kandungnya. 
  
"Saya tak nak orang salah faham dan biarlah saya jelaskan sekali lagi yang saya ini hanya ibu tiri kepada beliau," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Felda Bukit Mendi di sini hari ini.
  
Katanya, beliau sedar ada pihak yang kurang senang dan menuduhnya mengambil kesempatan daripada tragedi yang menimpa anak tirinya itu.
  
"Saya tidak ada kepentingan dalam situasi ini dan saya berada di sana (Putrajaya) hanyalah sebagai tanggungjawab saya menemani suami saya Selamat Omar, yang merupakan bapa kandung kepada Mohd Khairul Amri.Read More / Baca Lagi >>

Jet pengarah Lord of The Rings cari MH370

Posted: 02 Apr 2014 03:59 PM PDT



GAMBAR menunjukkan bentuk jet Gulfstream G650.


PERTH - Sebuah jet peribadi milik pengarah filem Lord of The Rings, Sir Peter Jackson turut terlibat dalam misi mencari sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang di selatan Lautan Hindi pada 8 Mac lalu.
Seorang jurucakap Jackson semalam mengesahkan bahawa pesawat jenis Gulfstream G650 itu telah disewa oleh pihak berkuasa Australia dan beroperasi di luar Perth.
Pesawat itu berharga AS$80 juta (RM261 juta).
Kata jurucakap itu, jet berkenaan mampu terbang jauh dan sesuai beroperasi di kawasan pencarian pesawat MH370 yang terletak di satu kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi.
Jelas jurucakap itu lagi, jet berkenaan memang diiklankan untuk disewa. Pusat Koordinasi Agensi Bersama (JACC) yang menyelaras operasi mencari pesawat MH370 itu sebelum ini memberitahu sebuah jet awam digunakan sebagai satu pusat komunikasi antara pesawat tentera yang menyertai misi berkenaan.
Jet G650 mampu terbang lebih laju berbanding mana-mana pesawat yang digunakan oleh Tentera Udara Diraja New Zealand.
Ia mempunyai kelajuan maksimum kira-kira 1,140 kilometer sejam hampir menyamai kelajuan bunyi iaitu 1,234 kilometer sejam.
Keistimewaan jet G650 buatan syarikat Gulfstream Aerospace dari Amerika Syarikat itu adalah ia mempunyai jarak penerbangan sejauh 12,960 kilometer yang membolehkannya terbang tanpa henti dari Wellington, New Zealand ke Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).
Read More / Baca Lagi >>

'Ring of fire' threatens a larger earthquake

Posted: 02 Apr 2014 03:51 PM PDT

MH370 families share their hopes

Posted: 02 Apr 2014 03:43 PM PDT

MH370 to join other aviation mysteries?

Posted: 02 Apr 2014 03:40 PM PDT

Officials Warn Flight 370 May Never Be Found

Posted: 02 Apr 2014 03:39 PM PDT

Isteri Nak Tanggung Suami & Keluarga - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 02 Apr 2014 07:47 AM PDT

Hukum Isteri Bertengkar Dengan Suami TAK SOLAT - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 02 Apr 2014 07:38 AM PDT

Video: Moment of bomb attack at Cairo University caught on camera

Posted: 02 Apr 2014 07:36 AM PDT

Cairo Blasts: Deadly IEDs target university campus security checkpoints

Posted: 02 Apr 2014 07:35 AM PDT

Police chief: Disappearance a criminal investigation

Posted: 02 Apr 2014 07:34 AM PDT

Hukum Tak Ikut Imam Lepas SALAM - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 02 Apr 2014 07:32 AM PDT

Hukum Bela Burung Dalam Sangkar - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 02 Apr 2014 07:31 AM PDT

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


MALAYSIA MENCIPTA MISTERI

Posted: 02 Apr 2014 04:27 AM PDT



1. Altantuya diletup guna C4, tanpa sebab dia diletupkan, tanpa motif.Masuk tapi tak keluar...

2. Kapal selam tak boleh menyelam dan injin pesawat hilang.Jumpa pulak di Brazil.


3. Kejadian Liwat melalui "bluetooth". 


4. Dakwat kekal yg tidak kekal.


5. Beng Hock dan Sarbini mati dalam bangunan Kerajaan 'secara misteri".


6. Rekod Altantuya hilang dalam sistem komputer di Imegresen.


7. Cincin 24 Juta dibawa masuk untuk 'dipamirkan' tapi lokasi pameran rahsia.


8. Ayah Pin diburu berpuluh tahun, tak jumpa-jumpa, tanpa dapat dikesan oleh 'radar'.


9. Pertahan Kalimah Allah tapi tak suka hukum Allah.


10. Pesawat "ended' di tengah lautan Hindi, tapi tak terhempas atau mengorbankan sesiapa dan tak dijumpai.


11. Ada PC (Press Conference) tapi tak boleh soal jawab.





12. Budak yang gagal belajar jumpa PM minta biasiswa.

Timbalan Presiden PKR: Siapa layak?

Posted: 02 Apr 2014 03:57 AM PDT

OLEH RONASINA

 

Timbalan Presiden PKR: Siapa layak?

Penyandang jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berdepan lima pencabar dalam pemilihan kali ini iaitu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selain empat lagi calon iaitu Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Datuk K Ramachandran dan Murali Subramaniam.

Tolak terus K Ramachandran dan Murali dari senarai kegemaran untuk memudahkan analisis ini. Ramai terkejut apabila Saifuddin Nasution juga bertanding. Seperti ada usaha belakang tabir meminta Saifuddin masuk untuk menyekat Azmin setelah jawatan Presiden dikepung rapat Anwar. Meskipun tiada salahnya Azmin bertanding Presiden (atau mungkin tidak berhajat pun) tetapi tidak manislah kerana senario politik Malaysia tidak nampak pertandingan melawan presiden parti sesuatu yang diraikan malah ia akan dibenci baik di dalam Umno, PAS mahu pun parti lain. Abdul Rahman Othman dipandang bagai musuh nombor satu parti sewaktu beliau mencalon diri bertanding jawatan Presiden PKR pada 2007 sebelum menarik diri bersama Anwar untuk memberikan kemenangan percuma kepada Wan Azizah.  

Tian Chua yang dilihat sebagai simbol garis politik awal PKR mewakili kumpulan reformis dijangka akan menarik diri untuk memberi laluan kepada Saifuddin. Umum juga melihat Tian tidak serius, hanya mahu uji pasaran kerana pada masa yang sama turut mempertahankan kerusi Naib. Mana satu fokus beliau? Timbalan atau Naib? Undi anggota (ahli) kaum Cina juga tidak menjamin kedudukan Tian. Jika tidak menarik diri pun, pengundi masih boleh mengundi Tian untuk Naib. Maka senarai semakin pendek antara Azmin, Khalid dan Saifuddin. Selain faktor peribadi mereka yang dikenali ramai bersertakan persepsi yang mengikut belakang mereka, faktor penting pemilihan kali ini ialah jika:-

1) Anwar menarik diri kerana berdepan hukuman penjara dan Wan Azizah menjadi presiden
2) Anwar tidak menarik diri dan menang kerusi presiden

Khalid Ibrahim
Khalid, rekod minat dalam kerja-kerja parti amat buruk. Kita bercakap soal parti bukan Menteri Besar dan pentadbiran negeri. Dalam menggerakkan parti termasuk kerja-kerja propaganda, menyebar idealisme parti; Khalid jauh ketinggalan berbanding Azmin. Tidak faham mengapa Khalid menawarkan diri menjadi timbalan. Jadi jika mengambil dua faktor yang disebutkan tadi sekiranya:-
1) Wan Azizah presiden dan Khalid Ibrahim timbalan maka PKR akan berhadapan kepimpinan yang lemah dan tidak tegas. Wan Azizah kita tahu lembut sifatnya seperti ibu kepada semua dan gerak kerja parti lebih banyak dijayakan timbalan, jadi sukar untuk berdepan dengan musuh politik yang tidak pernah berhenti menyerang. Khalid selalu dikritik kerana masih terus membiarkan juak-juak Umno bermaharajalela di pentadbiran Selangor.
2) Anwar presiden, nampak seperti gandingan yang mantap bersama Khalid Ibrahim tetapi itu di atas kertas sahaja kerana kedua-duanya sama keras kepala. Amat sukar mengawal Khalid yang memang tidak berminat dalam organisasi parti. Banyak keputusan Khalid buat tanpa perbincangan bersama. Ini bahaya dalam struktur organisasi parti.
Jadi, Khalid yang cenderung dengan kerja pengurusan korporat tidak sesuai duduk memimpin sebuah parti politik seperti PKR yang terdiri dari berbagai latarbelakang sama ada ahli politik, aktivis hak asasi, kesatuan sekerja, profesional, agamawan, seniman dan kaum pekerja. Menjadi Menteri Besar berbanding calon lain adalah suatu tajuk lain yang boleh didebatkan di meja berasingan, bukan pada tajuk ini.

Azmin Ali
Tidak dinafikan menjadi penggerak awal parti sejak penubuhannya. Pegawai kanan Anwar Ibrahim yang dikenali paling setia ketika ramai rakan (bekas) sudah keluar meninggalkan Anwar dan parti. Azmin juga turut menerima nasib buruk difitnah Umno sejak era reformasi 1998 melibatkan maruah diri dan keluarga. Sama seperti Anwar. Kejayaan menyusun strategi sehingga parti mencapai keputusan cemerlang dalam pilihanraya umum 1999-2008 tidak perlu dipertikai. Menjaga baik penyokong-penyokongnya. Di atas kertas, Azmin dilihat kuat. Jika dibandingkan antara Khalid Ibrahim dan Saifuddin, Azmin lebih 'dekat' dengan anggota bawahan. Mesra dan murah senyuman. Jika dua faktor disebutkan awal tadi diambilkira dan Azmin menjadi timbalan:-
1) dengan Wan Azizah sebagai presiden, parti jadi statik seperti sebelum ini. Tidak berubah. Pemerhati politik tahu hubungan Wan Azizah-Azmin tidak baik. Keadaan menjadi seperti biasa. Imej Azmin mahu jadi Menteri Besar yang dipaparkan di media dan dikepohkan di kedai kopi menyulitkan keadaan. Tugas berat juga untuk digalas ketika hendak bekerjasama dengan PAS dan DAP. Apatah lagi PKR gagal menang banyak kerusi di Selangor berbanding PAS dan DAP pada PRU13 yang lalu. Beban ini diletakkan di bahu Azmin.
2) dan jika Anwar presiden juga sekali lihat gandingan dengan Azmin sangat mantap. Tetapi sama ada Khalid jadi timbalan mahu pun Azmin, pergeseran antara kedua mereka tidak akan berhenti. Ini membuat anggota parti PKR dan rakan di dalam Pakatan Rakyat muak, bosan, benci. Mendepani penggal hadapan yang lebih mencabar, ramai tidak mahu melihat Khalid dan Azmin menimbulkan masalah. Kerja-kerja membela rakyat perlu diteruskan selari dengan memacu agenda reformasi. 
Kesimpulannya, Azmin berpotensi untuk menang tetapi masalah lama tetap akan berlaku. Pergeseran Azmin-Khalid.

Saifuddin Nasution
Jika Azmin diukur kesetiaannya, Saifuddin juga tidak kurang hebat. Terus meninggalkan jawatan Setiausaha Pemuda Umno dan Setiausaha Pemuda Barisan Nasional untuk bersama Anwar Ibrahim pada 1999. Pernah merajuk sekejap dengan PKR dan membuat kerja membantu kerajaan PAS di Kelantan tetapi dipanggil semula ke dalam PKR selepas Anwar keluar penjara. Menjawat Pengarah Strategi PKR dan berpengalaman menjadi Setiausaha Agung, Saifuddin dikatakan sosok yang layak. Meskipun kedengaran ada krisis dengan Khalid ketika masuk sekejap di pentadbiran Selangor, itu tidaklah berapa ketara sebaliknya dilihat bersifat dalaman, tidak dibawa menjadi masalah negeri seperti kes Khalid-Azmin. Kecekapan gerak kerja politik Saifuddin dipuji kerana sangat tersusun. Dua faktor tadi, jika :-
1) Wan Azizah presiden, Saifuddin selaku timbalan yang berpengalaman sebagai pengarah strategi dan setiausaha agung ketika di dalam PKR, PAS dan Umno bijak merangka strategi menangkis serangan musuh. 
2) Jika Anwar presiden, ia meringankan kerja kerana selaku timbalan, Saifuddin mudah berurusan dan berunding dengan rakan di dalam Pakatan Rakyat. 
Tetapi Saifuddin dilihat 'jauh' dengan penyokong parti. Sering kelihatan sibuk, bergegas hendak pulang dari majlis, hanya bergaul sesama rakan pimpinan di ruang khas sahaja. 

Kesimpulannya dan rumusan dari analisis ini, anggota parti wajar melihat apakah calon-calon ini berupaya memberikan helaan nafas baru kepada PKR.Masalah baru mungkin muncul tetapi anggota parti yang muak dengan drama-drama lama mengharapkan suatu perubahan demi kebaikan parti dan juga rakyat khususnya dapat dilakukan. Agenda reformasi mesti dijayakan dan anggota parti termasuk barisan kepimpinanlah yang patut duduk di garis paling hadapan berani melakukan perubahan.

Reformasi!


Tukar Tiub

Tukar Tiub


UNDI MELAYU MENINGKAT

Posted: 02 Apr 2014 07:00 PM PDT




BILIK SULIT
di nottingham
Adakah perpindahan undi Melayu di Kajang pengakhiran untuk Umno?
Perpindahan undi Melayu ke Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang bulan lalu adalah sebagai sambungan kencenderungan pengundi sejak pilihan raya 2008 dan ia boleh menjadi masalah besar kepada Umno dan Barisan Nasional (BN), kata penganalisis.
Penganalisis berkata kepada The Malaysian Insider, walaupun PRK Kajang diadakan selepas Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diberikan tetapi ia tidak menghalang orang Melayu untuk menyokong Pakatan, walaupun isu ekonomi menjadi punca sokongan ini.

WOIT
kah kah kah
tak kan 
tak faham faham
52% dah sokong pakatan
kah kah kah

----------

KAKI BOOODEK

Posted: 02 Apr 2014 06:08 PM PDT


KAKI BOOODEK
Banyak rating positif dalam kajian Merdeka Center, kata Khairy
Khairy Jamaluddin Abu Bakar (gambar) mempertahankan rating Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam kaji selidik Merdeka Center, dengan mengatakan banyak faktor positif ditunjukkan kaji selidik berkenaan.
Ketua Pemuda Umno itu berkata, musim sekarang adalah mencabar untuk politik tanah air dengan peningkatan kos sara hidup disebabkan peningkatan beberapa barangan keperluan justeru, beberapa angka tidak seharusnya dijadikan rumusan.
"Perdana menteri masih mempunyai rating sama sahaja, 52%. Tetapi keyakinan responden dalam kes kendali isu seperti masalah kaum dan agama masih tinggi.

KAH KAH KAH
booodek
jangan tak boooodek
kalau tak boodek

tak boleh
jadi munkeee



----------



JENAYAH NAJIB

Posted: 02 Apr 2014 07:00 AM PDT






KAPAL SELAM BRITISH
Kapal selam British, HMS Tireless berlabuh di selatan perairan Sepanyol. Kapal selam nuklear tersebut menyertai operasi mencari MH370 di Lautan Hindi. 

Hishammuddin: UK sertai misi mencari MH370

HONOLULU - Kapal selam British HMS Tireless menyertai operasi mencari pesawat Malaysia Airlines yang hilang awal bulan lepas, di Lautan Hindi.
   
Hishammuddin  Hussein berkata maklumat ini disahkan oleh rakan sejawatnya Philip Hammond dalam satu perbualan telefon pagi Selasa. Hawaii adalah 18 jam lewat di belakang Malaysia.
   
"Ini adalah satu sumbangan daripada rakan Malaysia yang amat dihargai bukan sahaja oleh kami tetapi juga rakan-rakan operasi pencarian penerbangan MH370," katanya kepada Bernama di sini.
   
Hishammuddin tiba di sini Isnin untuk menghadiri Forum Pertahanan Amerika Syarikat-Asean atas inisiatif Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Chuck Hagel.

   


KAH KAH KAH
WOIT 
macam mana
kapal selam british
boleh cari dan selamat

apa jadi dengan kapal selam scorpene

bayar berbilon ringgit
tapi
tak ada guna
satu sen pun

ini jenayah najib
Kapal selam UK sertai misi mencari MH370



----------

BERITA DARI BRIXTON

Posted: 02 Apr 2014 06:06 AM PDT




TEATER BUKAN TEATER


DARI BRIXTON KE BANGSAR

musim bunga telah masuk
bilik sulit telah dipentaskan
di manchester shellfeild london
dan hujung minggu ini ke nottingham
sebelum tutup panggung
dan pulang ke  bangsar

forum  bengkel semua berjalan lancar
pameran  gambar berjaya
jualan  buku memberahikan
apa yang dirancang satu pun tidak gagal
malah ditokok tambah

tim bilik sulit telah secara resmi
mengadakan perbincangan dengan
foreign and commonwealth office
dengan article 19
dengan amnesty international
dengan human rights watch

apa yang wajib dilakukan telah dilakukan
hanya menunggu ke nottingham
untuk berforum dan berteater

sambut untuk bilik sulit
hebat dan terhebat
cool dan tercool

sesudah ini pastilah 
united malays national organisation
akan membawa kumpulan teater bodek ke uk
ini kerana mereka reaksionari
mereka react terhadap bilik sulit
gerombolan membontoti
apa yang teater bukan teater buat

sesudah ini 
pasti adalah tukang lawak
kaki bodek cuba buat stand up
di pub?
jual tiket?

tim teater bukan teater
telah menjadi pemula
7 anak muda telah memulakan
kempen yang akan menjadi titik sejarah

salut!

NOTA
mereka tidak ke oxford street dulu
mereka menjadi tamu 
di balliol college oxford universiti kah  kah kah



-------------




PILIHANRAYA TIPU

Posted: 02 Apr 2014 02:37 AM PDT








KAH KAH KAH
soalannya
nak tukar kerajaan itu macam mana?

pilihanray tipu
tak kan saudara lim tak sedar

KAH KAH KAH

BAHASA   

Kedua tercorot PISA: Malaysia tiada cara lain kecuali tukar kerajaan, kata Kit Siang

Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini berkata kedudukan Malaysia pada tangga ke-39 di kalangan 44 negara dalam ujian penilaian pencapaian pelajar (PISA) dunia membuktikan bahawa Malaysia tidak mempunyai cara lain menyelamatkan sistem pendidikan negara melainkan dengan penukaran tampuk pemerintahan.
Beliau yang juga ahli Parlimen Gelang Patah mengulas ranking terbaru PISA dalam ujian penyelesaian kreatif itu berkata jelas menunjukkan bahawa sistem pendidikan negara di Malaysia kini sedang berdepan dengan krisis yang amat besar.
"Dengan ranking terbaru yang dikeluarkan PISA kita hanya akan mendapat satu isyarat jelas bahawa sistem pendidikan negara kita berdepan dengan krisis.

KOMENTAR TUKAR TIUB

semua setuju
 untuk tukar kerajaan
anak semua bangsa sokong
52% warga malaysia anak semua bangsa
telah beri sokongan pada pakatan rakyat

tapi hasilnya kosong sifar zero  zilch 
nothing rien

ini kerana spr menipu dalam pilihan raya 

dalam pru13 pakatan telah menang
ini hakikat
tapi mustahil ambil alih kerajaan

ini berlaku kerana sistem pilihanraya ini 
sistem tipu

apa yang wajib dilakukan ialah
humbankan dulu pentabiran 
united malays national organisation 
kemudian baru boleh wujud
pilihan raya yang adil dan telus

jika sistem pilihan raya ini terus dipakai
jika sistem  spr ini juga terus dipakai
sampai kiamat  pakatan tidak akan menang

persempadan semula  yang dirancang
persempadan semula ini dibuat
bertujuan untuk memastikan
united malays national organisation 
menang

mustahil ada rejim zalim 
di negara dunia ketiga
dapat diubah melalui pilihan raya

------------

NAJIB BUAT LAWAK

Posted: 02 Apr 2014 01:00 AM PDT




KOMENTAR TUKAR TIUB
kenyaatan najib ini
hanya nak kelentong orang ramai

pembaziran?

bagaimana dengan 7 bilion ringgit
 beli kapal selam?
tiap tahun belanja 1 bilion
tapi kapal selam tak boleh menyelam

bagaimana dengan guna duit rakyat
untuk kenduri anak kahwin

bagaimanaa guna kapal terbang kerajaan
untuk suami ..ooops..
untuk  isteri pergi shopping
ke dubai

Rasionalisasi subsidi elak pembaziran

Kuala Lumpur: Penjimatan wang negara hasil rasionalisasi subsidi akan disalurkan untuk pembangunan negara demi menjamin kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat, kata i Najib Razak.

Najib
 berkata, penjimatan itu juga dapat menampung pelbagai projek pembangunan infrastruktur tambahan untuk masyarakat terutama di Sabah dan Sarawak. 



KAH KAH KAH
bila najib cakap pembaziran
babi mula terbang
ikan mula naik basikal

kah kah kah



---------

HASAN MALIK LEBIH BIJAK DARI HASAN MALEK

Posted: 02 Apr 2014 12:42 AM PDT





KOMENTAR TUKAR TIUB
trajedi mh370 ini
 dilihat sebagai misteri
betulkan ianya misteri?
betulkah ianya cerita pelik

memang pelik
memang misteri
kerana akhbar milik ketuanan melayu
yang buat berita ini jadi pelik lagi misteri

hakikatnya
yang pelik dan yang misteri ini
muncul dari cara najib dan sepupunya
mengendalikan penyiasatan

kenyataan  dua beradik ini berkelintau
berputar putar bertukar gantai
macam najib jawab kes scorpene
hari ini cakap lain
esok pagi cakap lain
tidak ada ketelusan
sering ada penafian

dalam melaysia ini rakyat telah dididik
jika berita itu dinafikan
 maka berita itu benar
ini kerana warga malaysia tidak yakin
dengan media milik
 united malays national organisation

lihat bagimana transkrip ini dikelentong
diolah hingga orang ramai hairan
apa pentingnya transkrip ini

berita ini timbul apabila
media barat melaporkan
ada 6 minit luang masa
sebelum suara akhir dirakamkan
inilah yang menjadi tanda tanya
iniah yang ditimbulkan oleh media barat
tapi media milik gerombolan ketuanan melayu
hanya timbul itu suara siapa?

kenapa 6 minit ini tidak dimunculkan
pada awalnya
bila media barat menimbulkan
ianya telah dinafikan
oleh sepupu najib

kenapa kini timbul kembali?


TRAJEDI MEMBAWA MANAFAAT
kepada keluarga yang terlibat kita bersimpati

trajedi ini 
telah membuka mata anak semua bangsa
bahawa 
najib dan sepupunya 
tidak ada kepuyaan fikrah
untuk menangi masalah besar

trajedi ini telah memperlihatkan kepada dunia
bagaimana rejim zalim dari dunia ketiga
menipu bukan sahaja rakyatnya
malah mata dunia

inilah hikmah mh370

HASAN MALEK
lebih bijak dari
NAJIB RAZAK

Transkrip penuh MH370 didedah: Suara siapa?

Transkrip komunikasi tak didedah bagi bantu siasatan, dikongsi keluarga penumpang

Kuala Lumpur: Transkrip komunikasi antara juruterbang MH370 dengan Pusat Kawalan Udara (ATC) pada awal pagi 8 Mac lalu didapati tidak mengandungi unsur luar biasa.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata kandungan komunikasi tidak didedahkan sebelum ini bagi membantu siasatan, turut dikongsi bersama keluarga semua penumpang dan anak kapal. 



SERONOK
tengok najib 
dan 
sepupunya
kena tibai media dunia
KAH KAH KAH
-------------

SEMUA ORANG SALAH

Posted: 01 Apr 2014 11:58 PM PDT





KOMENTAR TUKAR TIUB
kegagalan diri sendiri 
sudah jelas dilihat dunia
kini najib dan sepupunya
mula meraban
kini mula meroyan

jelas kelihatan trajedi mh370 ini
akan digunakan untuk mengkayakan kroni
telah ada ura-ura 
untuk beli alat senjata baru
maka akan munculah tumbuk rusuk
sama saperti  kapal selam
 yang tak boleh menyelam

Putrajaya kini selar Boeing, Rolls Royce ketika pencarian MH370 masih buntu

Ekoran ketegangan yang terpaksa dihadapi dalam misi pencarian Malaysia Airlines MH370, Hishammuddin Hussein meluahkan kekecewaan terhadap agensi-agensi antarabangsa dan pengilang Boeing 777-200ER apabila gagal menjelaskan misteri kehilangan pesawat itu.Eko
Pemangku menteri pengangkutan itu berkata dalam satu temubual dengan stesen television China, CCTV, kritikan tidak adil dilontarkan kepada MAS mengenai cara berkomunikasi dengan ahli keluarga penumpang dan anak kapal.
"MAS sentiasa akan melakukan tugas terbaik dalam berinteraksi bersama keluarga.
"Namun meletakkan MAS di kandang saksi masih tidak mencukupi, kita juga perlu sentiasa ingat apakah peranan dan tanggungjawab Rolls-Royce, Boeing dan semua agensi pakar. Apakah pandangan mereka?" katanya dalam temubual bersama CCTV semalam.

KAH KAH KAH
woit 
  semua salah
orang lain

yang tak salah hanya
najib dan sepupunya

KAH KAH KAH



--------

MARI KITA SAMA SAMA TEKA

Posted: 01 Apr 2014 07:36 PM PDT




Lebih banyak  keretakan ditemui di klia2, sebulan sebelum dibuka

Keretakan baru ditemui di kawasan apron dan bangunan klia2 menimbulkan keraguan terhadap tahap keselamatan terminal lapangan terbang itu beberapa minggu sebelum operasi bermula di kala Malaysia menjadi tumpuan dunia selepas pesawat MH370 hilang, kata satu sumber industri penerbangan.
Sumber industri itu memberi 13 keping gambar diambil semalam kepada The Malaysian Insider, yang mendedahkan keretakan di kawasan apron dan dinding terminal dua tingkat pesawat tambang murah itu.
"Gambar tersebut menceritakan sendiri sama ada klia2 sudah bersedia atau tidak untuk digunakan," kata sumber itu kepada The Malaysian Insider

KAH KAH KAH
woit
mari teka
siapa kontrektor
buat klia 2

kontrektor jepun?
kontrektor china?
sweden?
jerman

atau

kontrektor
melayu bumiputera
KAH KAH KAH

---------