Rabu, 2 April 2014

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Hang tak mau mengaku lagi ka wahai Wan Muhammad Azri [Papa Gomo]?

Posted: 02 Apr 2014 10:26 PM PDT

Menteri Pertahanan dalam jawapan kepada soalan lisan saya mengesahkan bahawa seorang yang bernama Wan Muhammad Azri Wan Deris (KP: 830121-03-5019) telah menaiki kapal selam Scorpene pada 9 Disember 2011. Individu tersebut telah bersama-sama wakil media menaiki kapal selam Scorpene bagi tujuan perkongsian maklumat.
Saya bertanyakan soalan itu untuk mendapatkan pengesahan identiti Papagomo kerana umum mengetahui bahawa Papagomo telah menaiki Scorpene atas jemputan menteri. Perkara ini telah disebarluas melalui blog-blog Umno sendiri yang mengesahkan bahawa Papagomo telah berada di dalam Scorpene, malah gambar-gambar tersebut tersebar luas.
Setakat ini, Wan Muhammad Azri Wan Deris telah menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia adalah Papagomo. Jawapan Menteri Pertahanan kepada saya mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris adalah Papagomo kerana umum mengetahui bahawa Papagomo berada di dalam kapal selam Scorpene.
Pengesahan ini mempunyai beberapa implikasi undang-undang terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris.
Semasa memberi keterangan di dalam kes saman Dato' Seri Anwar Ibrahim terhadapnya, Wan Muhammad Azri Wan Deris telah menyatakan bahawa dia tidak pernah berada di dalam kapal selam Scorpene. Jawapan Menteri Pertahanan telah mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris telah berbohong kepada mahkamah.
Ini adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan memberi keterangan palsu kepada mahkamah. Kesalahan ini boleh dijatuhkan hukuman penjara 7 tahun dan merupakan satu kesalahan yang boleh ditahan (arrestable offence).
Oleh itu, saya dan YB Surendran akan membuat laporan polis terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris atas kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan pada hari Selasa 8 April 2014 supaya tindakan segera diambil terhadap Papagomo.
Saya ingin melihat sama ada pihak polis akan mengambil tindakan menahan Papagomo serta merta di bawah Seksyen 193 dan mahkamah mengenakan hukuman penjara yang sewajarnya terhadap Papagomo.
Saya juga akan memfailkan satu saman terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris atas fitnah di blognya yang mendakwa saya dipecat dari Petronas kerana pecah amanah.
RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi
Ahli Parlimen Pandan
3 April 2014

Gossip : Zul Huzaimy bercinta dengan isteri orang?

Posted: 02 Apr 2014 07:15 PM PDT



Diterbitkan: Khamis, 3 April 2014 12:34 AM

Zul menafikan teman wanitanya masih bergelar isteri orang.

PETALING JAYA: Pelakon Zul Huzaimy menyangkal laporan sebuah portal hiburan yang mendakwa teman wanitanya masih bergelar isteri orang.

Zul atau nama sebenarnya Zul Huzaimy Marzuki, 36, berkata, dia hairan bagaimanapun gosip berkenaan timbul dan menegaskan gosip berkenaan sama sekali tidak berasas.
"Saya tidak nafikan wanita berkenaan adalah teman wnaita saya tetapi dia bukanlah isteri orang seperti yang didakwa. Ia sama sekali tidak benar," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.
Dalam pada itu, Zul enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan terbaharu itu dan menyifatkan ia sebagai perkara remeh.
Jelas pelakon itu lagi, dia juga tidak kisah tentang apa juga pandangan orang lain terhadap kehidupan peribadinya kerana ia tidak memberi kesan kepadanya.

Zul turut memuat naik sekeping gambar bersama seorang wanita dengan panggilan 'sayang' yang didakwa teman wanitanya.
"Biarlah orang hendak kata apa pun kerana saya lebih tahu siapa dia dan saya tidak mahu komen lanjut mengenai perkara itu," ujarnya.
Bagaimanapun Zul tidak menafikan dia mula bercinta dengan wanita berkenaan sejak setahun lalu namun masih belum terfikir ke arah perkahwinan buat masa ini.

Pelakon itu sebelum ini pernah berkahwin dengan Nor Dalilah Muhammad, 31, pada tahun 2005. Bagaimanapun, perkahwinan mereka gagal dipertahankan dan bercerai talak dua pada 1 Julai 2010 di Mahkamah Rendah Syariah, Kajang.
Dalam perkembangan lain, Zul berkata dia kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri berjudulKarambit bersama Eman Manan untuk siaran RTM.

Musa Hitam lakukan seks dengan budak?

Posted: 02 Apr 2014 04:16 AM PDT

KOTA BHARU: Dakwaan Tun Musa Hitam (gambar) bahawa beliau dituduh melakukan hubungan seks dengan budak seolah-olah mengulangi tragedi menimpa Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika itu mereka berada di kerusi Timbalan Perdana Menteri. Masing-masing pernah menjadi timbalan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Setiausaha PKR Terengganu, Rosli Abdullah berkata, cerita tuduhan seks yang menimpa Anwar dengan konspirasi liwat 1 dan II sebenarnya sudah kedengaran sejak 1980-an lagi.

Katanya, faktor tersebut antara yang disebut-sebut punca Musa meletak jawatan selepas berganding dengan Dr Mahathir, yang pernah dikenali dengan gelaran 2M.

"Cerita berkenaan sudah tersebar ketika itu. Ini seolah-olah dilihat antara senjata paling berkesan bagi melumpuhkan rakan sendiri dalam parti apabila tidak disukai," katanya di sini.

Baru-baru ini ketika program Diskusi anjuran kerajaan negeri di sebuah hotel di sini, Musa Hitam mendakwa pihak yang lantang mengkritiknya ketika itu menuduh beliau melakukan seks dengan budak.


"Dakwaan Musa terlibat seks dengan budak. Itu gila... tidak betul. Kalau engkau tidak berhenti dikatakan ada orang mahu mengancam.

"Kalau saya lawan, maka saya akan dituduh seorang homoseksual malahan mengadakan hubungan jenis dengan binatang...

"Orang lain yang kata itu, bukan Dr Mahathir. Orang itu yang kritik saya," katanya malam 27 Mac lalu.

Turut menjadi panelis pada program itu ialah Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa, manakala moderator Prof Madya Dato' Dr Mohamad Agus Yusof.

Rosli berkata, tuduhan seks atau liwat cuba dihalalkan dalam Umno bagi menjatuhkan rakan sendiri yang dilihat ada potensi mencabar kedudukan ketua.

Ketika ditanya Dr Agus mengenai buku 50 Dalil Anwar Tidak Boleh Jadi PM, Musa berkata, beliau tidak ada masa untuk membaca buku yang memaparkan politik kotor. - Harakah

Tiada ulasan: