RAKYAT MARHAEN |
- Menteri Kewangan 2 Bentang RUU GST
- Dewan Rakyat 3 April 2014: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan
- MH370: Bagaimana jika tidak terhempas?
- MH370: Syarikat telco enggan komen
- Ibu penumpang pasport palsu MH370 tersisih daripada maklumat, lapor CNN
- Esscom serah kes culik pada polis..!!
- Pelancong China diculik lelaki bersenjata di Sabah..!!
- Kelantan bawa rang undang-undang persendirian, pinda perlembagaan laksana hudud
- Hishammuddin diserang kerana setuju MH370 ‘blessing in disguise’
- Orang Asal: Pasukan khas atau pasukan sandiwara?
- Adakah perpindahan undi Melayu di Kajang pengakhiran untuk Umno?
- Pindaan PCA tanpa perbincangan, Suhakam bimbang cabul hak asasi
- MH370: Saya tidak pernah mengaku ibu kandung - Rosila
- Jet pengarah Lord of The Rings cari MH370
- 'Ring of fire' threatens a larger earthquake
- MH370 families share their hopes
- MH370 to join other aviation mysteries?
- Officials Warn Flight 370 May Never Be Found
- Isteri Nak Tanggung Suami & Keluarga - Ustaz Azhar Idrus
- Hukum Isteri Bertengkar Dengan Suami TAK SOLAT - Ustaz Azhar Idrus
- Video: Moment of bomb attack at Cairo University caught on camera
- Cairo Blasts: Deadly IEDs target university campus security checkpoints
- Police chief: Disappearance a criminal investigation
- Hukum Tak Ikut Imam Lepas SALAM - Ustaz Azhar Idrus
- Hukum Bela Burung Dalam Sangkar - Ustaz Azhar Idrus
Menteri Kewangan 2 Bentang RUU GST Posted: 02 Apr 2014 09:16 PM PDT |
Dewan Rakyat 3 April 2014: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan Posted: 02 Apr 2014 09:16 PM PDT |
MH370: Bagaimana jika tidak terhempas? Posted: 02 Apr 2014 08:17 PM PDT SPEKULASI berhubung MH370 sentiasa wujud sejak hari pertama pesawat MAS itu hilang 8 Mac lalu dan spekulasi atau teori ini akan tetap dibangkitkan di internet selagi pesawat ini tidak berjaya ditemui. Sehingga kini, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) masih gagal menemui sebarang objek yang boleh dikaitkan dengan MH370. Walaupun sebelum ini satelit telah berjaya mencerap beberapa objek di selatan Lautan Hindi dan pesawat menjumpai serpihan di lokasi SAR namun ia disahkan bukan milik MH370. Terdapat pelbagai spekulasi yang dibangkitkan termasuk yang mengatakan pesawat itu sudah mendarat secara rahsia di China dan ada juga yang mendakwa pesawat mendarat di Pakistan ataupun Hong Kong. Namun, terdapat satu teori yang dilihat mendapat respons yang tinggi dari masyarakat dunia iaitu teori pesawat mendarat di Diego Garcia, sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Lautan Hindi. Diego Garcia terletak di selatan Kepulauan Maldives dan merupakan pangkalan tentera AS yang penting dalam kempen serangan AS terutama terhadap Iraq dan Afghanistan. Dakwaan penduduk Maldives kukuh Spekulasi yang mengaitkan Diego Garcia ini mula dibangkitkan secara serius apabila apabila penduduk di Maldives mendakwa melihat pesawat terbang rendah di selatan kepulauan tersebut. Ada pihak mendakwa pesawat tersebut merupakan MH370 dan telah mendarat di Diego Garcia kerana kedudukan kedua-dua pulau yang berdekatan. Jarak antara Diego Garcia dengan Addu City, yang terletak di selatan Kepulauan Maldives (Pulau Addu) adalah 740km. Difahamkan, teori ini timbul berdasarkan kiraan secara kasar waktu MH370 membuat pusingan balik di sempadan Malaysia - Vietnam dan waktu ketika penduduk Maldives melihat pesawat tersebut. MH370 berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi dan pesawat ini terputus hubungan pada 1.21 pagi. Jika diambil kira penerbangan dari KLIA ke Maldives iaitu sekitar 4 jam, 24 minit dan waktu penduduk Maldives melihat pesawat iaitu 6.15 pagi, jumlah waktu penebangan ini adalah relevan. Ini kerana, waktu penerbangan ini perlu ditambah 40 minit iaitu tempoh MH370 berpatah balik hingga kedudukan pesawat hilang dari radar. Read More / Baca Lagi >> |
MH370: Syarikat telco enggan komen Posted: 02 Apr 2014 08:13 PM PDT Penyedia perkhidmatan dan syarikat telekomunikasi di Malaysia, tidak dapat memberikan sebarang maklum balas berkaitan dakwaan ahli keluarga dapat menghubungi penumpang pesawat MH370, yang hilang sejak 8 Mac lalu. Ketika dihubungi Sinar Harian, pihak terbabit menyatakan, sebarang kenyataan berkaitan sewajarnya diajukan kepada pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein. Jelas pihak tersebut lagi, pelbagai agensi media lain juga turut mendapat maklum balas sama berkaitan dakwaan itu. Sebelum ini timbul beberapa spekulasi apabila penumpang pesawat MH370 berjaya dihubungi oleh ahli keluarga mereka. Bagaimanapun, panggilan telefon berkenaan tidak berjawab, meskipun kedengaran nada dering. Selain itu, terdapat juga spekulasi, salah seorang penumpang MH370, Philip Wood meminta pertolongan melalui laman forum 4plebs.org yang memberitahu pesawat MH370 berada pangkalan rahsia Amerika Syarikat di Lautan Hindi iaitu Diego Garcia. Menerusi forum tersebut, Philip Wood telah sempat memuat naik sekeping gambar hitam sebagai gambar profil. |
Ibu penumpang pasport palsu MH370 tersisih daripada maklumat, lapor CNN Posted: 02 Apr 2014 08:10 PM PDT Ibu kepada Pouria Nourmohammadi, 18, salah seorang penumpang yang menggunakan pasport palsu menaiki ketika mendaftar masuk menaiki MH370 kini ketinggalan dan tidak menerima sebarang maklumat atau diberikan kaunseling seperti ahli keluarga penumpang lain. "Sebagai seorang manusia, sebagai ibu, tiada sesiapa memikirkan tentang saya. Saya keseorangan tanpa sokongan kecuali Tuhan," katanya dipetik dalam laporan CNN. Ibu Nourmohammadi mengakui anaknya melanggar undang-undang, bagaimanapun menyifatkan anaknya hanya cuba menjelajahi "mimpi indah". "Saya dedikasikan hidup untuk anak saya, apa yang saya mahukan ialah dia hidup gembira. Saya mahu mereka hidup bebas. Saya berdoa dapat jumpa dia lagi, tetapi itu tidak berlaku. Kami akan jumpa di dunia lain sekarang," katanya. CNN melaporkan, MAS tidak menghubungi kedua-dua ahli keluarga penumpang berkenaan dan kes mereka masih dikendalikan oleh pegawai penyiasat. Nourmohammadi dan rakannya menimbulkan kekeliruan semasa siasatan awal kehilangan MH370 apabila mereka menggunakan pasport yang dicuri untuk menaiki pesawat MH370. Pasport berkenaan dimiliki oleh rakyat Austria, Christian Kozel, 30, dan Itali, Luigi Maraldi, 37, yang melaporkan pasport mereka dicuri ketika berada di Thailand. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi sebelum ini berkata bebanan pangkalan data Interpol akan memperlahankan pemeriksaan imigresen. Read More / Baca Lagi >> |
Esscom serah kes culik pada polis..!! Posted: 02 Apr 2014 07:48 PM PDT Seorang pelancong dari China dan seorang pekerja resort berasal dari Filipina dilarikan oleh sekumpulan lelaki di sebuah resort di Pulau Singgahmata, bersebelahan Pulau Bum-Bum Semporna, dekat Kota Kinabalu, malam tadi. Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Mohammad Mentek mengesahkan kejadian itu yang berlaku pada kira-kira pukul 10.30 malam. "Kita menyerahkan perkara ini kepada polis untuk membuat siasatan lanjut dan seterusnya memberi laporan penuh," katanya dalam satu kenyataan ringkas di Kota Kinabalu, hari ini. |
Pelancong China diculik lelaki bersenjata di Sabah..!! Posted: 02 Apr 2014 07:32 PM PDT Menurut laporan West China Metropolis Daily, ia berlaku di Singamata Reef Resort malam tadi. Akhbar tersebut memetik pengurus hotel tersebut yang hanya dikenali sebagai Vicky sebagai berkata lima hingga enam orang bersenjata menyerbu pusat peranginan itu pada kira-kira jam 10.30 malam dan lari dengan menaiki bot sejurus kemudian. Pelancong wanita China itu dikenali sebagai Gao Huayun yang berusia dalam 20-an dari Shanghai manakala pekerja wanita hotel tersebut adalah rakyat Filipina. Foto-foto di talian menunjukkkan para pelancong berkumpul di sebuah bilik makan, dan foto lelaki beruniform dengan rifel dan memakai baju kalis peluru, kemungkinan anggota pasukan keselamatan Malaysia. |
Kelantan bawa rang undang-undang persendirian, pinda perlembagaan laksana hudud Posted: 02 Apr 2014 07:29 PM PDT Kerajaan Kelantan akan menyiapkan satu rang undang-undang persendirian (private bill) bagi membolehkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 yang merangkumi hukuman hudud dilaksanakan di negeri itu. Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub, berkata ia berikutan jaminan kerajaan persekutuan untuk memberikan laluan kepada mana-mana kerajaan negeri termasuk Kelantan untuk menguatkuasakan undang-undang hudud sebagaimana dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom baru-baru ini di Dewan Rakyat. Dalam satu kenyataan semalam, beliau berkata, rang undang-undang persendirian akan dibawa ke mana-mana sidang Parlimen yang terdekat oleh salah seorang Ahli Parlimen Bukan Kerajaan bagi mendapat kebenaran untuk Kelantan melaksanakan undang-undang tersebut seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan. Read More / Baca Lagi >> |
Hishammuddin diserang kerana setuju MH370 ‘blessing in disguise’ Posted: 02 Apr 2014 07:26 PM PDT Kenyataan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menyokong kenyataan seorang wartawan tragedi MH370 adalah 'blessing in disguise' (kebaikan daripada kesedihan) diserang oleh pelbagai pihak. Menurut Herald Sun News, sokongan Hishammuddin terhadap kenyataan itu boleh disifatkan sebagai penghinaan kepada keluarga penumpang MH370 yang malang itu. Turut melaporkan berita yang sama adalah akhbar Australia, The Daily Telegraph. Seorang wartawan, Ismail Amsyar menghantar satu pesanan melalui Twitternya berkata "MH370 adalah 'blessing in disguise' kepada kita semua. Saya faham sekarang tentang cantiknya perpaduan, manisnya dapat bersama-sama." Susulan daripada itu, pagi ini Ismail memohon maaf sepenuh hati kerana tweets itu. Dia juga menerima ancaman bunuh di atas talian, lapor Herald Sun. "Saya memohon maaf di atas tweet itu. Ia tidak bermaksud untuk tidak sensitif. Terima kasih di atas ingatan," kata Ismail melalui twitternya selepas mendapat peringatan daripada seorang lagi pengguna laman sosial itu yang bernama Deniela N. Ismail juga memohon maaf kepada Hishammuddin kerana mengheret beliau dalam isu itu. "Kepada @Hishammuddin H20, saya memohon maaf kerana mengeheret tuan kepada ini. Tidak bermaksud begitu. Kepada semua yang lain di luar sana, sekali lagi, saya mohon maaf kerana tweet itu," tulis Ismail. Read More / Baca Lagi >> |
Orang Asal: Pasukan khas atau pasukan sandiwara? Posted: 02 Apr 2014 06:22 PM PDT |
Adakah perpindahan undi Melayu di Kajang pengakhiran untuk Umno? Posted: 02 Apr 2014 04:37 PM PDT Perpindahan undi Melayu ke Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang bulan lalu adalah sebagai sambungan kencenderungan pengundi sejak pilihan raya 2008 dan ia boleh menjadi masalah besar kepada Umno dan Barisan Nasional (BN), kata penganalisis. Penganalisis berkata kepada The Malaysian Insider, walaupun PRK Kajang diadakan selepas Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diberikan tetapi ia tidak menghalang orang Melayu untuk menyokong Pakatan, walaupun isu ekonomi menjadi punca sokongan ini. Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail mendapat 16,779 undi daripada 28,314 undi yang dibuat semasa PRK itu, menjadikan beliau mendapat majoriti 5,483 mengatasi calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun yang menerima 11,296 undi. Umno perlu risau dengan perpindahan undi Melayu kerana cara kempen Umno dan Perkasa tidak meningkatkan undi kepada mereka, kata penganalisis, "Kos sara hidup menjadi isu di Kajang. Persepsi sangat kuat menyatakan BN tidak cukup berusaha untuk mengekang ketirisan dan rasuah," kata Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). |
Pindaan PCA tanpa perbincangan, Suhakam bimbang cabul hak asasi Posted: 02 Apr 2014 04:35 PM PDT Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bimbang hak asasi manusia akan dicabul susulan pindaan Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 yang mula dikuatkuasakan bermula 2 April 2014. Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam mendakwa pindaan tersebut dibuat tanpa rundingan dengan badan hak asasi tersebut. "Suhakam kesal dengan Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013, yang dirangka tanpa rundingan dengan Suruhanjaya, dan mula berkuatkuasa pada 2 April 2014," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Read More / Baca Lagi >> |
MH370: Saya tidak pernah mengaku ibu kandung - Rosila Posted: 02 Apr 2014 04:27 PM PDT
Menurut Rosila, 50, setiap kali ditemubual oleh media baik dari dalam mahupun luar negara, beliau tidak pernah memperkenalkan diri sebagai ibu kandung kepada Mohd Khairul Amri, 29, seperti didakwa. "Apabila ditemubual, saya selalu nyatakan saya ibu tiri kepada Mohd Khairul Amri, namun ada media melaporkan beliau sebagai ibu kandungnya. "Saya tak nak orang salah faham dan biarlah saya jelaskan sekali lagi yang saya ini hanya ibu tiri kepada beliau," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Felda Bukit Mendi di sini hari ini. Katanya, beliau sedar ada pihak yang kurang senang dan menuduhnya mengambil kesempatan daripada tragedi yang menimpa anak tirinya itu. "Saya tidak ada kepentingan dalam situasi ini dan saya berada di sana (Putrajaya) hanyalah sebagai tanggungjawab saya menemani suami saya Selamat Omar, yang merupakan bapa kandung kepada Mohd Khairul Amri.Read More / Baca Lagi >> |
Jet pengarah Lord of The Rings cari MH370 Posted: 02 Apr 2014 03:59 PM PDT PERTH - Sebuah jet peribadi milik pengarah filem Lord of The Rings, Sir Peter Jackson turut terlibat dalam misi mencari sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang di selatan Lautan Hindi pada 8 Mac lalu. Seorang jurucakap Jackson semalam mengesahkan bahawa pesawat jenis Gulfstream G650 itu telah disewa oleh pihak berkuasa Australia dan beroperasi di luar Perth. Pesawat itu berharga AS$80 juta (RM261 juta). Kata jurucakap itu, jet berkenaan mampu terbang jauh dan sesuai beroperasi di kawasan pencarian pesawat MH370 yang terletak di satu kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi. Jelas jurucakap itu lagi, jet berkenaan memang diiklankan untuk disewa. Pusat Koordinasi Agensi Bersama (JACC) yang menyelaras operasi mencari pesawat MH370 itu sebelum ini memberitahu sebuah jet awam digunakan sebagai satu pusat komunikasi antara pesawat tentera yang menyertai misi berkenaan. Jet G650 mampu terbang lebih laju berbanding mana-mana pesawat yang digunakan oleh Tentera Udara Diraja New Zealand. Ia mempunyai kelajuan maksimum kira-kira 1,140 kilometer sejam hampir menyamai kelajuan bunyi iaitu 1,234 kilometer sejam. Keistimewaan jet G650 buatan syarikat Gulfstream Aerospace dari Amerika Syarikat itu adalah ia mempunyai jarak penerbangan sejauh 12,960 kilometer yang membolehkannya terbang tanpa henti dari Wellington, New Zealand ke Los Angeles, Amerika Syarikat (AS). Read More / Baca Lagi >> |
'Ring of fire' threatens a larger earthquake Posted: 02 Apr 2014 03:51 PM PDT |
MH370 families share their hopes Posted: 02 Apr 2014 03:43 PM PDT |
MH370 to join other aviation mysteries? Posted: 02 Apr 2014 03:40 PM PDT |
Officials Warn Flight 370 May Never Be Found Posted: 02 Apr 2014 03:39 PM PDT |
Isteri Nak Tanggung Suami & Keluarga - Ustaz Azhar Idrus Posted: 02 Apr 2014 07:47 AM PDT |
Hukum Isteri Bertengkar Dengan Suami TAK SOLAT - Ustaz Azhar Idrus Posted: 02 Apr 2014 07:38 AM PDT |
Video: Moment of bomb attack at Cairo University caught on camera Posted: 02 Apr 2014 07:36 AM PDT |
Cairo Blasts: Deadly IEDs target university campus security checkpoints Posted: 02 Apr 2014 07:35 AM PDT |
Police chief: Disappearance a criminal investigation Posted: 02 Apr 2014 07:34 AM PDT |
Hukum Tak Ikut Imam Lepas SALAM - Ustaz Azhar Idrus Posted: 02 Apr 2014 07:32 AM PDT |
Hukum Bela Burung Dalam Sangkar - Ustaz Azhar Idrus Posted: 02 Apr 2014 07:31 AM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan