Isnin, 22 Disember 2014

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Lelaki ‘Belagak’ Polis Nak Masuk Pusat Hiburan Percuma

Posted: 22 Dec 2014 11:00 PM PST

 

Alahai…semata-mata ingin berhibur secara percuma, seorang lelaki sanggup berlagak dan menyamar sebagai seorang pegawai polis.

Akibat tindakan bodohnya itu, dia ditahan di sebuah pusat hiburan di Malim, Melaka malam tadi.

Suspek yang berusia 30 tahun ini dikatakan datang bersama tiga rakannya ke pusat hiburan tersebut pada pukul 12.30 tengah malam.

Seorang sumber memberitahu, suspek secara tiba-tiba ingin masuk ke premis hiburan tersebut secara percuma dan kononnya mendakwa dia adalah pegawai polis

"Sampai saja di pintu masuk pusat hiburan itu, suspek mendakwa dirinya pegawai polis dan ingin masuk percuma." katanya.

Malangnya, tembelang dan taktiknya terbongkar, apabila pemilik pusat hiburan berkenaan berasa ragu dan menghubungi polis untuk kepastian dan pemeriksaan.

Bagaimanapun, ketika pemeriksaan lelaki tersebut gagal menunjukkan sebarang pengenalan polis menyebabkan mangsa kini ditahan oleh pihak polis.

– MYNEWSHUB.CC

VIDEO - Khutbah Yang Menggoncang Dunia !

Posted: 22 Dec 2014 10:15 PM PST



Siswa soal Dr M: Surah mana halalkan rasuah?

Posted: 22 Dec 2014 09:30 PM PST


Semalam, bekas perdana menteri Tun Dr Mahthir Mohamad berkata, al-Quran tidak menyebut bahawa mahasiswa yang memasuki universiti harus berdemonstrasi.

Hari ini, kumpulan mahasiswa membalas kembali kenyataan beliau dengan mengajukan persoalan lain.

"Di mana petikan al-Quran yang menghalalkan aktiviti pemerintah Umno dan BN yang selama ini sentiasa digelumangi aktiviti rasuah, riba, penyelewengan kuasa dan harta, penindasan terhadap masyarakat (mahasiswa) dan sebagainya?" soal aktivis mahasiswa Fahmi Zainol.

Mahathir semalam mengulas berhubung perkembangan aktivisme mahasiswa yang kini menganjurkan ceramah dan perhimpunan di pelbagai kampus seluruh negara.

Ia dicetuskan kembali selepas Fahmi, bekas presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), dan beberapa lagi rakan-rakannya dikenakan tindakan selepas menganjurkan himpunan besar dan pidato Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di kampus.

Fahmi digantung pengajian selama dua semester dan didenda RM600.

Demo Malayan Union 1946



Sementara itu, dalam kenyataannya hari ini, Fahmi mempertikaikan kritikan Dr Mahathir kerana Umno, parti yang pernah dipimpinnya, sendiri turut berdemonstrasi menentang Malayan Union pada 1946.

"Bagi kami, Umno dan BN tidak usah berbicara soal mahasiswa 'berdemo' sedangkan Umno sendiri 'berdemo' sejak tahun 1946 membantah Malayan Union.

Fahmi menjelaskan, mahasiswa sudah menggunakan pelbagai cara untuk menegur pemerintah dan berdemonstrasi menjadi langkah terakhir mereka.

"Aktiviti berdemo adalah langkah terakhir supaya pemerintah dengar suara dan teguran kami.

"Saya lihat, kenyataan Tun Mahathir semakin hari semakin berbeza, tidak secerdik dahulu, sudah tua mungkin," sindirnya terhadap Mahathir yang pernah dianggapnya sebagai "idola".

Ironinya, Fahmi sebelum ini mengakui lebih gemar kepada pemikiran  Dr Mahathir berbanding Anwar.

Malaysiakini.

Ada sesiapa minat jadi ahli UMNO ???

Posted: 22 Dec 2014 08:45 PM PST

Ada sesiapa minat jadi ahli UMNO ???

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

PT3. Sebuah Sekolah di Selangor 38 orang pelajarnya mendapat straight F. - By canang

Posted: 22 Dec 2014 08:00 PM PST

 
PT3.
disorok dari berita arus perdana, sebuah skolah di selangor 38 org pelajarnya dapat straight F. tu blum skolah lain. pelajar jadi bahan ujikaji, jilaga sungguh umno bn. [mG]

PASMA : Sebanyak hampir 300 bungkusan sumbangan berjaya diagihkan

Posted: 22 Dec 2014 07:15 PM PST

 


Kelmarin pasma telah berjaya sampai ke beberapa  kampung yang tidak  berjaya dimasuki oleh pihak bantuan luar seperti  JKM  dan BOMBA

Satu skuad pasma terpaksa meredah air sedalam pinggang dan dada sejauh 8km pergi balik...mengambil masa 4 jam pegi balik utk sampai ke sebuah kampung yang tidak dapat berhubung dgn pihak luar

Sebanyak hampir 300 bungkusan sumbangan berjaya diagihkan


PANAS! PASMA BUAT KECOH DI KELANTAN......



Kelmarin pasma telah berjaya sampai ke beberapa  kampung yang tidak  berjaya dimasuki oleh pihak bantuan luar seperti  JKM  dan BOMBA

Satu skuad pasma terpaksa meredah air sedalam pinggang dan dada sejauh 8km pergi balik...mengambil masa 4 jam pegi balik utk sampai ke sebuah kampung yang tidak dapat berhubung dgn pihak luar

Sebanyak hampir 300 bungkusan sumbangan berjaya diagihkan


Sebelum ini NGO pasma dikatakan buat honak.....hangpa fikirlah sendiri betui ke dakwan sebegitu?


8€



Sebelum ini NGO pasma dikatakan buat honak.....hangpa fikirlah sendiri betui ke dakwan sebegitu?


8€



Konflik PT3: PT3 ‘Kelam Kabut’ Perlukah Ia Dikekalkan?

Posted: 22 Dec 2014 06:30 PM PST

 
Keputusan Pentaksiran Tingkatan tiga (PT3) yang diumumkan hari ini ternyata mengejutkan pelbagai pihak, mana tidaknya PT3 yang mengambilalih 'peranan' Peperiksaan Menegah Rendah (PMR) telah melihatkan penurunan calon yang mendapat semua A.

Antaranya Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff turut mempersoalkan PT3 ini.

Menurutnya reaksi yang beliau dapat terutama daripada ibu bapa calon ternyata mereka kecewa dengan PT3.

"Jam 9 pagi, saya keluar pejabat untuk ke SMK Jalan 4, Bandar Baru Bangi melihat reaksi anak murid dan ibu bapa menerima keputusan peperiksaan PT3. Saya ke sekolah ini kerana inilah sekolah terbaik di daerah ini yang setiap tahun ratusan pelajarnya mendapat 8A ke atas.

"Namun, tahun ini hanya 8 orang pelajar sahaja dari sekolah ini yang mendapat semua A. Pencapaian sekolah ini adalah lebih kurang sama sahaja dengan pencapaian dari sekolah berasrama penuh yang lain. 


Maklumat awal yang saya perolehi menunjukkan hanya 11 orang dari Tunku Kursiah yang mendapat semua A, 10 dari Faris Petra, seorang dari SDAR, seorang dari Sakti, 21 orang dari Mozac dan 26 orang dari Tun Fatimah.

"Saya bertanyakan ibu bapa dan para guru tentang tentang pelaksanaan PT3. Satu persamaan pandangan mereka ialah PT3 adalah peperiksaan yang paling bercelaru, kelam kabut dan kucar kacir," katanya dipetik menerusi laman sosial Facebooknya.

Jelas Agus lagi, luahan hati ibu bapa calon juga mengatakan bahawa PT3 dilaksanakan secara tergesa-gesa sehinggakan anak-anak mereka tidak sempat untuk 'bersiap siaga'.

"Kata mereka, inilah peperiksaan yang format peperiksaannya bersifat ad hoc (sementara), diumumkan lewat, anak-anak dijadikan bahan uji kaji, calon-calon dan para guru tidak diberitahu langsung tentang peperiksaan ini pada peringkat awalnya dan banyak lagi.

"Ibu bapa tidak berpuas hati dengan pentaksiran mengikut sekolah ini kerana kertas jawapan diperiksa oleh guru yang sama mengajar di sekolah, tidak guru dari sekolah atau negeri lain. Mereka mempersoalkan tentang keadilan untuk memohon masuk ke sekolah berasrama penuh dan lainnya," katanya.

Menurut Agus lagi, oleh itu pandangan ibu bapa dan guru perlu tentang PT3 perlu diambil kira sekiranya sayangkan pendidikan negara.

"Betul, soalan PT3 adalah berbentuk subjektif yang memerlukan pelajar berfikir. Betul, soalan PT3 adalah bersifat Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Tetapi pertanyaannya, apakah dengan KBAT ini, ia dapat membantu kita dalam menaikkan taraf pendidikan negara?

"Melihat kepada kecelaruannya, saya tidak fikir ia dapat membantu meningkatkan sistem pendidikan negara kita. Jadi, apa tindakan seterusnya? 


Buatlah survei secara jujur dari kalangan guru dan ibu bapa, dan ambillah cadangan dan pandangan mereka. Itulah yang terbaiknya," katanya.

sumber...sh

Tokoh Maal Hijrah Malaysia, Dr. Yusuf Al Qardawi Telah Ditangkap ??

Posted: 22 Dec 2014 05:45 PM PST


Persamaan Fatah As-Sisi dan Firaun

Menurut Sejarawan Mesir; Dr. Raghib Sarjani berkata bahawa terdapat persamaan antara apa yang dilakukan oleh As-Sisi dengan Firaun Laknatullah termasuklah episod kekejaman yang dilakukan oleh Fatah As-Sisi.


Episod pertama, menurut Dr. Raghib Sarjini pernyataan As-Sisi apabila merespon tuntutan rakyat Mesir pada 30 Jun 2013 sama dengan apa yang telah diceritakan di dalam Al-
Quran apabila Firaun berkata:


"Semoga kita mengikuti para pesihir itu, jika mereka adalah orang-orang yang menang."
 

(Asy-Syu'ara': 26:40)

Episod kedua terdapat persamaan dalam peristiwa yang berlaku dalam surah Al-Mu'min (40:26) iaitu;
"Dan Firaun berkata (kepada pembesar-pembesarnya), "Biar aku yang membunuh Musa dan suruh dia memohon kepada Tuhannya. Sesungguhnya aku khawatir dia akan
menukar agamamu atau menimbulkan kerusakan di bumi."


As-Sisi meminta para penyokongnya turun ke jalan-jalan untuk membubarkan demonstrasi dengan kekerasan untuk meluruskan revolusi dengan alasan kerana Presiden Mursi telah membuat kerusakan.


Episod ketiga adalah apabila As-Sisi mengancam untuk membubar kerajaan demokrasi dengan paksaan. 

Namun,sehingga As-Sisi beberapa kali mengancam, demonstrasi pendokong Mursi menjadi semakin besar.

"Dia (Firaun berkata)... Maka sungguh, akan ku potong tangan dan kakimu bersilang , dan sungguh akan ku salib kamu pada pangkal pohon kurma dan sungguh, kamu pasti
akan mengetahui siapa di antara kita yang lebih pedih dan lebih kekal seksaannya."


(At-Taha; 20:71-72)


Episod keempat iaitu ketika pembantaian. Menurut Dr. Raghib, orang-orang yang dikepung oleh kekejaman Mursi dengan tiada senjata sama peristiwa yang diceritakan
dalam ayat dalam surah Asy-Syu'ara (26:61); apabila pengikut-pengikut Nabi Musa terkepung oleh tentera Firaun:


"Maka setelah kedua golongan itu saling melihat, berkatalah pengikut-pengikut Musa, "Kita benar-benar akan tersusul."


Episod kelima pula menurut sejarawan ini iaitu keselamatan orang-orang beriman. Namun, keyakinan kepada Allah ditunjukkan oleh pemimpin yang mengatakan kepada pengikut-pengikutnya sama seperti peristiwa dalam ayat seterusnya dalam surah Asy-Syu'ara. "Dia (Musa) menjawab, 


"Sekali-kali tidak akan (tersusul); sesungguhnya Tuhanku bersamaku, Dia akan memberi
petunjuk kepadaku." Maka datanglah pertolongan Allah.
"Dan Kami tenggelamkan golongan yang lain itu."


(Asy-Syu'ara; 26:66)

1MDB: Najib dilaporkan menemui Tun Mahathir

Posted: 22 Dec 2014 05:00 PM PST

 
Datuk Seri Najib Razak mengadakan pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berbincang berhubung kritikan bekas perdana menteri itu mengenai pelabur strategik negara 1Malaysia Development Bhd (1MD), kata sumber.

Perdana menteri bertemu Dr Mahathir pada Sabtu tetapi butir lanjut perjumpaan itu belum didedahkan.

"Ia perjumpaan yang mesra. Perdana menteri berpuas hati dengan pertemuan itu," kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Perjumpaan itu diadakan selepas bekas perdana menteri yang paling lama berkhidmat itu berulang kali membangkitkan persoalan mengenai hutang besar dan penggunaan dana di 1MDB menerusi tulisan di blognya dan merungut mengenai operasi 1MDB pada sidang medianya.

Ia juga berlaku ketika ringgit jatuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), yang menyebabkan sebahagian hutang 1MDB dalam matawang itu semakin membesar.

Hari ini, The Edge Financial Daily melaporkan nilai ringgit yang semakin merosot akan menjejaskan 1MDB, berikutan sebahagian besar daripada keseluruhan RM42 bilion hutangnya dalam mata wang AS.

Bahagian besar berjumlah RM22.25 bilion menurut penyata kewangan 1MDB bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2014 kini bertambah kepada RM25.7 bilion – penambahan kira-kira RM3.96 bilion – berikutan kejatuhan ringgit 6.5% dalam tempoh 9 bulan lalu.

Bekas perdana menteri itu dalam posting pada September berkata 1MDB membelanjakan berbilion ringgit membeli loji janakuasa daripada Genting dan Ananda Krishnan dan membayar lebih tinggi daripada harga pasaran.

Beliau juga menyelar 1MDB menanggung hutang yang banyak. Ia berhutang kira-kira RM38 bilion hanya selepas beroperasi 5 tahun sebagai dana wang negara.

"Duit untuk 1MDB bukan daripada lebihan wang negara. Ia adalah hutang, hutang berbilion ringgit yang menambah kepada beban hutang sedia ada negara," tulis Dr Mahathir.

Bekas perdana menteri itu pada posting terdahulu berkata beliau menarik balik sokongannya kepada Najib, dan berkata kerajaan berdepan dengan masalah bajet defisit, ia tidak akan ada kemampuan untuk bantu membayar hutang 1MDB.

Katanya, sebahagian besar wang yang dikumpul daripada pengeluaran hutang oleh 1MDB itu dihantar ke Kepulauan Cayman, satu langkah yang dipertikaikan ramai pihak.

Pengkritik bercakap mengenai kurangnya ketelusan bagaimana wang itu diuruskan hingga ke Cayman dan dianggarkan sekurang-kurangnya RM18 bilion wang 1MDB disimpan di sana.

1MDB adalah dana wang kerajaan yang kedua selepas Khazanah Nasional Bhd.

Dr Mahathir juga mempersoalkan mengapa perhimpunan agung Umno yang diadakan pada November lalu gagal membincangkan isu kepentingan awam seperti 1MDB.

Pemimpin Umno cawangan di Pulau Pinang, Datuk Khairuddin Abu Hassan juga membuat laporan polis terhadap 1MDB berhubung aktiviti kewangannya yang meragutkan dan pinjaman yang terlalu banyak.

Bagaimanapun Umno Pulau Pinang cuba untuk tidak terlibat dengan tindakannya itu lapor The Malaysian Insider

PASMA Cemerlang Bantu Mangsa Banjir Di Kelantan

Posted: 22 Dec 2014 04:30 PM PST

 

Kelmarin pasma telah berjaya sampai ke beberapa kampung yang tidak berjaya dimasuki oleh pihak bantuan luar seperti JKM dan BOMBA

Satu skuad pasma terpaksa meredah air sedalam pinggang dan dada sejauh 8km pergi balik...mengambil masa 4 jam pegi balik utk sampai ke sebuah kampung yang tidak dapat berhubung dgn pihak luar

Sebanyak hampir 300 bungkusan sumbangan berjaya diagihkan

Sebelum ini NGO pasma dikatakan buat honak.....hangpa fikirlah sendiri betui ke dakwan sebegitu?






- http://pkrl.blogspot.com/

<a href='http://ads.planet49.com/www/delivery/ck.php?n=a9ff30e8&cb=575024' target='_blank'><img src='http://ads.planet49.com/www/delivery/avw.php?zoneid=1685&cb=575024&n=a9ff30e8&ct0=http://a.admaxserver.com/clk/zB2Hx98gYnhPvG.K73pBaMxB46zo5R02xpeSoVBacnMP04uCEqTHknVAtArxqC1wK.DmL0lu6AYWrNPrn.FwowKmS-8Nuvjei2pnqKw2VSI9vSZr6-RJxfMmLnsDt77sYcgbSeUOg0pvx-8kXwQSmfNftkyrGcxJuAKyYEVFBDIxYYGvpsyFQ43Gmyvf.EJRWuHm3DG6ltivlJnjXhmhjKQNpe5JDDEKdaSQT38R3pq1ven6yw==//' border='0' alt='' /></a>

 

'1Malaysia Women Life' Web Lücah , Tiada Apa-apa Tindakan? Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 22 Dec 2014 04:00 PM PST



'1Malaysia Women Life' laman forum sêks yang menyalahgunakan slogan 1Malaysia PM, Datuk Seri Najib Razak.

Laman khusus untuk berkongsi pengalaman tidur bersama wanita dengan perkongsian pengalaman lelaki yang pernah mendapatkan khidmat layanan sêks sebagai rujukan. Dengan menggelar diri mereka 'Cheongster brothers', laman web berkenaan menyediakan ruang untuk pelanggan menulis pengalaman beraksi dengan gadis-gadis tertentu, lapor The Rakyat Post.

Satu ruangan menterjemah kata-kata akronim juga disediakan, yang merujuk kepada bangsa, bentuk badan, khidmat atau pun perilaku seks wanita terbabit.
  • CKT (char koay teow) merujuk kepada wanita Cina, 
  • NL (nasi lemak) untuk wanita Melayu, 
  • Tom Yam untuk wanita Thailand dan 
  • PRC untuk mereka yang datang dari China.
Ia adalah untuk 'mendidik' lelaki berdasarkan pengalaman séksual rakan-rakan lain, sebelum merasainya sendiri. Laman itu mula wujud sejak 2010 oleh individu yang dipercayai berada di Petaling Jaya.

Sehingga kini masih belum dengar apa-apa tindakan di ambil oleh pihak berwajib.  (IH)

Dr Haron Din Jawab Balik Lim Guan Eng

Posted: 22 Dec 2014 03:15 PM PST

KUALA LUMPUR 21 Dis. - Pergeseran antara PAS dengan DAP kian panas apabila parti itu dalam reaksi segeranya terhadap kelancangan Lim Guan Eng bertegas, hudud merupakan nyawa kepada PAS yang tidak akan digadaikan walau atas apa alasan sekalipun.

Malah, Timbalan Mursyidul Am Pas, Dat,o' Dr. Haron Din ketika membuat kenyataan tegas itu berkata, jika DAP mahupun Guan Eng tidak selesa dengan perjuangan PAS itu, Setiausaha Agung DAP tersebut boleh mencari 'keselesaan' lain dengan jalannya tersendiri.

Bahkan tanpa berselindung, beliau mengakui, siri 'serangan' oleh DAP terutamanya mempersoal dan mempertikai hukum hudud yang menjadi asas kepada perjuangan PAS telah 'mengoyak' syarat tahaluf siyasi (kerjasama politik) dalam pakatan pembangkang.

Justeru, tegas tokoh ulama yang disegani dalam PAS itu, jika DAP atau Guan Eng berterusan mempertikai hukum hudud, parti tersebutlah sebenarnya bertanggungjawab merosakkan 'kertas' tahaluf siyasi yang dipersetujui pakatan pembangkang sejak 2008.

"PAS tidak terbelenggu oleh komen lawan mahupun kawan. Hudud nyawa PAS dan ini perjuangan asas yang tidak pernah lekang. Jika Guan Eng merasakan tidak selesa, maka carilah jalannya sendiri untuk keselesaan kerana hudud tetap diteruskan (di Kelantan).

"Apa yang dibuat DAP telah mencacat dan mencarik-robek tahaluf, kalau terus-menerus demikian, maka DAP yang mengoyak kertas tahaluf kerana PAS tidak pernah mempertikai asas perjuangan DAP," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Guan Eng dalam siri 'serangan' terbaharunya ke atas PAS menyifatkan, komitmen sekutu DAP itu untuk tetap melaksanakan hudud di Kelantan adalah penghinaan kepada pakatan, selain mendakwa langkah berkenaan bertentangan dengan konsensus pakatan.

Kenyataan tersebut dibuat Ketua Menteri Pulau Pinang berkenaan tidak sampai seminggu selepas beliau mendesak pakatan pembangkang memuktamadkan pendirian untuk menolak hudud ketika merasmikan Persidangan Kebangsaan DAP kononnya demi aspirasi pengundi.

Tidak menunggu lama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob kemudian membalas dengan menegaskan kerajaan negeri akan mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Khas 29 Disember ini untuk meminda Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Pindaan 2014).

Penegasan Datuk Ahmad Yakob itu disusuli pula kenyataan sinis oleh Timbalannya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mengalu-alukan DAP untuk keluar pakatan sekiranya tidak yakin dapat memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14, jika hukum hudud dilaksanakan di Kelantan.

Sementara itu, Dato' Dr Haron Din mempersoal apa sebenarnya motif Guan Eng apabila Setiausaha Agung DAP tersebut berterusan mempertikai isu hudud, sedangkan antara semua parti sekutu dalam pakatan sudah 'bersetuju untuk tidak bersetuju' berkait soal asas perjuangan.

"Mengapa sebelum ditubuhkan pakatan dulu tidak disebut? Mengapa baru sekarang? Nasihat saya kepada Guan Eng usahlah membuang masa menegur PAS kerana kami tidak akan mempedulikan kata-kata seperti itu. 

PAS tidak akan meninggalkan perjuangan ini," katanya.

Penyambung Warisan.......

Posted: 22 Dec 2014 01:33 PM PST

Kemana tumpahnya kuah... Zar Ali dulu ketuk drum...  Sekarang ketuk keyboard...  Cucunya sedang belajar ketuk

Kemana tumpahnya kuah...
Zar Ali dulu ketuk drum...
Sekarang ketuk keyboard...
Cucunya sedang belajar ketuk
 

Naib Ketua UMNO dakwa difitnah Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang..

Posted: 22 Dec 2014 07:15 AM PST

Baru aku tahu yang Ketua Pemuda UMNO ni pun kaki bodek rupanya.. kalau tidak aku tak tahu tapi nasib baik Naib Ketua UMNO Batu Kawan yang dedahkan..

Katanya "Rafizal ingat UMNO ini hak beliau?Siapa beliau nak suruh saya tinggalkan UMNO? Hakikatnya Rafizal adalah seorang budak hingusan dan baru di dalam arean politik. Politik beliau adalah politik mengampu pemimpin.

Tapi biasalah.. dalam UMNO ni kalau tak pandai ampu atau bodek takkan kemana.. Nak naik kena pandai bodek.. nak dapat jawatanpun kena pandai bodek jugak..

Biar 'Kurang Cerdik' tapi 'Pandai Bodek'..

Malangnya dengar khabar budaya bodek untuk naik ni juga kini sedang menular dalam PKR Pulau Pinang..

Dan sudah berlaku khabarnya dimana seorang individu yang suatu masa lalu terhegeh-hegeh menghimpit Nizar ketika Nizar menjadi MB kini terhegeh-hegeh pula menghimpit pimpinan PKR setelah Perak tumbang.

Sanggup menjadi macai mengangkat beg dan membuka pintu kereta seorang pemimpin PKR hanya kerana nak bodek..

Entah apa sumbangannya kepada PKR Pulau Pinang akupun tak tahu yang aku nampak semasa Pilihanraya lalu kerjanya mengekor punggung pemimpin PKR saja..

Baguslah kalau macam tu.. kalau diteruskan sikit hari lagi samalah PKR dengan UMNO tu.. biar 'Kurang Cerdik' tapi 'Pandai Bodek'...


Rafizal ada 7 hari untuk minta maaf


PETALING JAYA : Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan mendesak Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang Rafizal Abdul Rahim menarik balik kenyataannya fitnahnya dan memohon maaf kepadanya secara terbuka dalam masa tujuh hari.

Khairuddin berkata, sekiranya Rafizal tidak berbuat perkara sedemikian, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Katanya, kenyataan Rafizal yang mendakwa beliau tidak pernah menghadiri program yang melibatkan UMNO bahagian dan negeri merupakan suatu fitnah yang terbesar dilakukan oleh Ketua Pergerakan UMNO negeri itu.

"Sayalah orang yang tinggal di Kuala Lumpur yang rajin balik ke bahagian saya hampir setiap minggu. Saya ingin nasihatkan Rafizal bahawa kenyataan kolotnya sudah tidak relevan lagi di zaman sekarang.

"Kini kita sedang menghadapi dunia yang semakin terbuka dan amat mencabar. Kita mesti berani dikritik dan menerima pandangan rakyat sekiranya kita mahukan UMNO terus disayangi," katanya dalam satu kenyataan.

Khairuddin turut mempersoalkan tindakan Rafizal yang meminta beliau meninggalkan UMNO dan seolah-olah parti itu miliknya.

"Rafizal ingat UMNO ini hak beliau?Siapa beliau nak suruh saya tinggalkan UMNO? Hakikatnya Rafizal adalah seorang budak hingusan dan baru di dalam arean politik. Politik beliau adalah politik mengampu pemimpin.

"Teguran saya amat ikhlas demi untuk menjamin agar UMNO terus diterima serta disayangi rakyat seakhir zaman. Ini yang harus jadi pedoman serta asas perjuangan kita," tegasnya.

Khairuddin berkata, beliau juga telah bersedia terhadap apa jua bentuk tindakan disiplin ke atasnya sekiranya tindakannya melanggar etika parti.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan Badan Perhubungan UMNO negeri didesak mengambil tindakan terhadap Khairuddin kerana mengkritik pimpinan UMNO di negeri itu.

Ketua Pergerakan UMNO negeri, Rafizal Abdul Rahim berkata, UMNO negeri perlu mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan isu Khairuddin yang menggunakan portal propembangkang untuk menyerang UMNO negeri dengan pelbagai tohmahan.

Menurutnya, UMNO negeri tidak sepatutnya mengambil sikap tunggu dan lihat kerana tindakan Khairuddin itu secara terang-terangan membawa imej buruk kepada UMNO

Khairuddin baru-baru ini menerusi satu temubual portal Malaysiakini mendakwa pemimpin negeri yang dipilih oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melantik pemimpin yang 'tidur'

Beliau turut mencetuskan kontroversi apabila turut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan anak syarikatnya kerana menjalankan perniagaan yang boleh dipersoalkan serta mahu siasatan terperinci dan komprehensif dilakukan bagi mengenal pasti punca masalah syarikat itu lapor Free Malaysia Today.

WOW!!! (Video) Apple Watch : Jam Tangan Alaf Baru Membuatkan Kita Meleleh Air Liur.. Jom Terjah!!!

Posted: 22 Dec 2014 06:30 AM PST


 

Apple Watch, teknologi baru yang membuatkan peminat Apple seperti kami drooling, atau dalam bahasa pasar.. meleleh air liur!

Dengan designnya yang cantik dan kebolehan seperti Iphone, ia membuat hati kami tertarik untuk memilikinya.
Apple Watch dilancarkan baru-baru ini bersama-sama dengan Iphone 6 dan Iphone 6 Plus. Ia hanya akan mula dijual pada 2015, jadi ini pesan kami, tungguuuu!

Ismail Embong Menghabiskan Masa Seharian Menunggu Dirumah....??

Posted: 22 Dec 2014 06:00 AM PST



PETALING JAYA: Bapa kepada Yaya Maembong iaitu pelukis terkenal Ismail Embong mengecam majlis pernikahan anaknya itu dengan pelakon Wan Raja kerana mengenepikan peranannya sebagai seorang bapa.

Ismail, 66, berkata, pasangan berkenaan mengadakan perkahwinan dengan cara membazir termasuklah menguruskan majlis berinai yang tidak mendapat keizinannya sedangkan perbuatan itu adalah bercanggah dengan ajaran agamanya sebagai seorang Islam.

"Kalau diminta izin, saya tetap haramkan majlis itu (malam berinai) kerana ini bercanggah degan agama saya anuti. Tambah pula, berbagai kritikan diterima, termasuk saya dihina tanpa sebab kerana kononnya ini ritual saya izinkan," katanya meluahkan perasaan panjang lebar dalam Facebook miliknya pada Isnin.

Terdahulu Yaya atau nama sebenarnya Rabbiati Adawiyyah, 38,  dan Wan Raja atau nama sebenarnya Saiful Redzuan Abu Bakar, 37, selamat bernikah di Masjid Al-Redhuan Hulu Klang dekat sini pada 12 Disember lalu dengan sekali lafaz.

Pasangan berkenaan kemudiannya mengadakan majlis resepsi persandingan di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil dekat sini dua hari kemudian.

Yaya adalah kakak kepada pelakon Emma Maembong, Shikin Maembong dan Chacha Maembong.

Selain Yaya berkahwin dengan artis, Shikin terlebih dahulu mengikut jejak berkenaan selepas bernikah dengan Chef Riz iaiatu anak kepada Datuk Chef Wan pada 5 Disember 2014.

Dalam pada itu Ismail menerusi status Facebook yang sama menjelaskan, dia terkejut ketika berkunjung ke rumah Yaya di Bukti Antarabangsa dekat sini pada 10 Disember lalu iaitu dua hari sebelum anaknya bernikah apabila mendapati pasangan berkenaan mengadakan malam berinai.

Malah lebih mendukacitakan apabila Yaya dikatakan meminta tiga beradiknya yang tinggal bersamanya untuk keluar dari rumah itu kerana dia berhasrat tinggal di kediaman berkenaan selepas berumah tangga.

Kata Ismail, tiga beradik itu ialah Popo, Chacha serta seorang orang kelainan upaya (OKU) iaitu Amad.

"Berderai juga perasaan saya kerana Amad yang berkerusi roda terpaksa menaiki lif kerana kini mereka terpaksa tinggal di rumah flat," luahnya.

Ismail turut mendedahkan ketika majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Al-Redhuan, dia sekali lagi terkilan apabila tidak dimaklumkan dimanakah lokasi pernikahan tersebut.

Malah dia terpaksa menghabiskan masa seharian di rumah kerana menunggu jika ada mana-mana individu yang ingin membawanya menghadiri majlis akad nikah itu.

"Pada hari majlis tersebut saya seharian menunggu di rumah kerana tiada siapa yang datang untuk membawa saya, malah saya sendiri tidak tahu lokasi pernikahan itu. Seorang kawan telah membawa saya pada pukul 5.30 petang, namun saya sekali lagi marah apabila majlis itu tidak diadakan mengikut permintaan saya.

"Saya sudah beritahu bahawa buat secara kecil-kecilan sahaja dan jangan jemput media. Kalau ada yang ingin menaja sekalipun sedekah sahaja pada fakir lebih banyak pahala," ujarnya.

Ismail menambah, dia tidak pernah memberi apa-apa syarat terhadap pilihan anak-anaknya, malah dia hanya meminta majlis dibuat secara sederhana sahaja.

Perkara tersebut turut diingatkan kepada tiga orang anaknya yang masih belum berkahwin agar tidak melakukan tindakan sedemikian.

"Saya sudah berpesan kepada rombongan merisik iaitu tiada hantaran, pilihan anak tidak pernah saya tentang, buat yang wajib sahaja dan kalau perlu bersanding hanya melakukannya secara sederhana sahaja," ujarnya.

Keluarga Wan Raja Terkejut Tindakan Ismail Embong

Semantara itu, pelakon Wan Raja yang dihubungi mStar Online pada Isnin bagi mengulas kejadian berkenaan berkata, keluarganya agak terkejut dengan tindakan Ismail Embong ketika majlis pernikahan dia dan Yaya berlangsung.

Wan Raja berkata, tindakan bapa mertua itu juga dianggap tidak adil kepadanya sebagai orang baharu yang masuk dalam keluarga tersebut.

"Saya mengaku pada majlis akad nikah saya, ada insiden yang kurang menyenangkan dengan cara bapa mertua saya dan saya malu dengan keluarga saya yang datang jauh dari Pulau Pinang untuk meraikan hari bahagia saya dan Yaya.

"Bagi saya tindakan bapa mertua saya itu tidak adil kepada saya kerana meninggikan suara di hadapan orang ramai termasuk tidak membenarkan media membuat liputan sebelum majlis akad nikah berlangsung. Secara jujur kejadian itu menganggu fokus saya untuk upacara akad nikah," ujarnya.

Wan Raja dan Yaya sah nikah dengan sekali lafaz pada 12 Disember 2014.


Tambah Wan Raja, punca sebenar bapa mertuanya bertindak demikian apabila tiada siapa yang mengaturkan persiapannya untuk ke upacara akad nikah.

Jelasnya, kesemua anak bapa mertuanya ketika itu sibuk dengan hal masing-masing hingga tidak mempersiapkan ayah mereka untuk hadir ke majlis tersebut.

"Saya tahu dia marah kerana tidak ada siapa yang buat persiapan untuk membawa ke majlis akad nikah kerana Yaya ketika itu sibuk malah adik-beradik yang lain ada penggambaran dan hal masing-masing.

"Saya tahu ia mungkin salah kami juga," katanya yang enggan mengeruhkan lagi keadaan.

Dalam pada itu, Wan Raja menjelaskan majlis malam berinai yang diadakan oleh isterinya sebelum pernikahan adalah dilakukan secara tertutup sahaja.

Tambahnya, perkara itu dirancang oleh adik-beradik isterinya yang mahu meraikan perkahwinan tersebut.

"Saya tidak masuk campur hal majlis berinai itu kerana ia adalah idea Yaya dan adik beradik dia lain. Saya datang pun sebab sekadar singgah selepas habis penggambaran.

"Saya tidak tahu hal itu menimbulkan kemarahan bapanya, tetapi sebelum ini ada juga adik beradik dia yang buat majlis berinai, tiada apa-apa masalah pun," katanya.

Selain itu dia turut menafikan kenyataan Ismail yang menuduh Yaya menghalau adik-beradiknya keluar dari rumah tersebut.

Katanya, keputusan untuk berpindah ke rumah lain adalah kehendak yang dibuat oleh adik-beradik berkenaan sendiri.

"Yaya menangis membaca status FB bapanya kerana dia tidak pernah menghalau adik-adiknya malah kami tidak kisah tinggal bersama. Tetapi mereka bertiga yang tetap mahu keluar tinggal di rumah baru itu," jelasnya.


 

Sarang Pelacuran Diserbu, 12 Warga Asing Ditahan

Posted: 22 Dec 2014 05:14 AM PST


KLANG:Dua 'sarang' pelacuran yang berselindung di sebalik premis pusat urut dan refleksologi di Bukit Tinggi di sini, terbongkar apabila diserbu pihak berkuasa malam Ahad.
Dalam serbuan kira-kira pukul 12 tengah malam oleh sepasukan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman itu, seramai 12 tukang urut warga asing yang dijadikan hamba seks ditahan.
Mereka yang ditahan terdiri daripada tujuh warga Vietnam dan lima lagi warga Thailand kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial.

Kesemua mereka berusia 19 hingga 37 tahun.

Turut ditahan dua penjaga premis tersebut bagi membantu siasatan.

Ketua Operasinya, Asisten  Superintendan Muhammad Mohd Jais memberitahu, serbuan itu dibuat berikutan aduan orang ramai yang kurang senang dengan kegiatan tidak bermoral itu dan hasil risikan selama seminggu.

Katanya, sindiket tersebut menggunakan aplikasi We Chat untuk mendapatkan pelanggan.

Beliau berkata, sindiket tersebut turut menawarkan pakej 'Call Girl' dengan caj sekitar RM200 hingga RM400 semalam.

"Sejumlah kondom dan peralatan seks turut ditemui dalam serbuan itu," katanya.

Beliau berkata, kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Klang Selatan untuk tindakan lanjut.

Suspek Cubaan Rogol Dua Beranak Ditangkap Polis

Posted: 22 Dec 2014 01:15 AM PST


Alor Setar: Polis menahan seorang lelaki berusia 20-an kerana dipercayai terbabit dalam kejadian pencerobohan hingga mendatangkan kecederaan parah terhadap seorang wanita dan anak perempuannya di Taman Harapan, Kuala Kedah dalam kejadian pada 18 Disember lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, lelaki terbabit ditahan kira-kira jam 1.30 pagi semalam di sebuah rumah di Kampung Telok Kechai, Jalan Kuala Kedah, di sini, berdasarkan risikan dan maklumat awam.

"Hasil siasatan awal polis percaya kejadian itu bermotifkan cubaan merogol anak perempuan mangsa, namun tindakan wanita berkenaan melawan suspek untuk mempertahankan diri menyebabkan dia ditetak di pergelangan tangan selain ditikam pada dada.

"Bagaimanapun, siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian," katanya.

Mohd Nashir berkata, pemeriksaan juga menemui sebilah pisau di rumah suspek dipercayai digunakan ketika kejadian, namun siasatan lanjut akan dijalankan untuk mengesahkannya.

Katanya, suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 459 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah rumah hingga menyebabkan kecederaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara 20 tahun dan denda atau sebatan.

Harian Metro baru-baru ini melaporkan seorang wanita dan anak perempuannya mengalami kecederaan parah selepas ditetak dan ditikam dalam kejadian samun di rumah mereka.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, mangsa Ardiana Ahmad Kamil, 45, parah di perut, manakala anak perempuannya, Nur Amira Asaari, 22, cedera di dada, tangan kiri serta retak tulang lengan kiri.

Difahamkan, kedua-dua mangsa yang bekerja sebagai jurujual di bandar raya ini hanya tinggal berdua di rumah itu ketika kejadian.

Kedua-dua mereka kini masih dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, dan keadaan mereka dilaporkan stabil.



Gambar Dan Berita Ini Bukti PAS Di Fitnah

Posted: 22 Dec 2014 12:30 AM PST

Monday, 22 December 2014.  Gambar Dan Berita Ini Bukti PAS Di Fitnah  Ada yang kata pemimpin Pas dan kerajaan negeri hanya pandai berdoa minta mangsa banjir di negeri ini terselamat daripada segala musibah.  Kononnya tidak ada pemimpin Pas yang datang membantu jauh sekali hendak menghulur bantuan. Bagaimana boleh timbul cerita begini?  "Biarlah apa orang nak kata. Yang penting mangsa banjir tahu apa yang telah Pas dan kerajaan negeri buat sejak banjir melanda negeri ini.   Ini semua permainan politik kotor yang sengaja direka untuk memburukkan nama baik kerajaan negeri dan Pas. Tak apa, kami faham permainan ini," kata Ketua Pemuda Pas Malaysia, Suhaizan Kayat ketika dihubungi MalaysiaGazette pagi tadi.  Jelas Suhaizan, Pas tidak ada masa untuk memikirkan fitnah yang dilemparkan sebaliknya mahu terus memberi perhatian dalam membantu mangsa banjir.  "Selain sumbangan daripada kerajaan negeri yang tidak putus-putus, kami turut menerima bantuan makanan dan barang keperluan lain dari pihak luar.  Jadi, kalau ada yang mahu menyalurkan sumbangan atau bantuan, bolehlah menghubungi mana-mana pejabat Pas terdekat," ujar Suhaizan yang kini berada di Rantau Panjang, Kelantan.  Tambahnya, apa juga bantuan yang diterima akan dimanfaatkan sepenuhnya kepada mangsa banjir.  "Selain makanan, kami juga perlukan lilin kerana bekalan ekektrik banyak terputus. Akses untuk ke pusat penempatan banjir juga agak kritikal tapi kami tetap berusaha untuk menyampaikan bantuan yang diterima biarpun terpaksa mengharungi banjir separas dada," katanya. ~malaysia gazzette
 
Ada yang kata pemimpin Pas dan kerajaan negeri hanya pandai berdoa minta mangsa banjir di negeri ini terselamat daripada segala musibah.

Kononnya tidak ada pemimpin Pas yang datang membantu jauh sekali hendak menghulur bantuan. Bagaimana boleh timbul cerita begini?

"Biarlah apa orang nak kata. Yang penting mangsa banjir tahu apa yang telah Pas dan kerajaan negeri buat sejak banjir melanda negeri ini. 

Ini semua permainan politik kotor yang sengaja direka untuk memburukkan nama baik kerajaan negeri dan Pas. Tak apa, kami faham permainan ini," kata Ketua Pemuda Pas Malaysia, Suhaizan Kayat ketika dihubungi MalaysiaGazette pagi tadi.

Jelas Suhaizan, Pas tidak ada masa untuk memikirkan fitnah yang dilemparkan sebaliknya mahu terus memberi perhatian dalam membantu mangsa banjir.

"Selain sumbangan daripada kerajaan negeri yang tidak putus-putus, kami turut menerima bantuan makanan dan barang keperluan lain dari pihak luar.

Jadi, kalau ada yang mahu menyalurkan sumbangan atau bantuan, bolehlah menghubungi mana-mana pejabat Pas terdekat," ujar Suhaizan yang kini berada di Rantau Panjang, Kelantan.

Tambahnya, apa juga bantuan yang diterima akan dimanfaatkan sepenuhnya kepada mangsa banjir.
"Selain makanan, kami juga perlukan lilin kerana bekalan ekektrik banyak terputus. 

Akses untuk ke pusat penempatan banjir juga agak kritikal tapi kami tetap berusaha untuk menyampaikan bantuan yang diterima biarpun terpaksa mengharungi banjir separas dada," katanya. 

malaysia gazzette

Bantuan Kewangan Lelaki Kahwin Dua & Muslimat Wajib Bertudung. Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 21 Dec 2014 11:45 PM PST


 
KUWAIT: Seorang ahli Parlimen Kuwait mencadangkan kerajaan memberi bantuan kewangan rasmi kepada kaum lelaki untuk berkahwin kali kedua bagi mengurangkan bilangan wanita bujang di negara itu.

SEORANG wanita Arab yang berpakaian agak seksi berjalan di sebatang jalan tumpuan pelancong Arab di Bukit Bintang.

"Cadangan ini bertujuan menyelesaikan masalah wanita bujang yang semakin ramai selain menggalakkan golongan janda serta lelaki dan wanita yang bercerai membina kehidupan baru," kata ahli perundangan Syiah, Faisal Al Duwaisan.


Kuwait sudah memperuntukkan 4,000 dinar (RM43,700) dalam kategori 'bantuan perkahwinan' kepada warga lelakinya yang berkahwin kali pertama.

Separuh daripada bantuan itu berbentuk 'geran' dan separuh lagi pinjaman yang perlu dibayar secara ansuran.  Faisal berkata, beliau mencadangkan bantuan tambahan diberi kepada lelaki yang mahu berkahwin kali kedua berdasarkan beberapa syarat tertentu.

Demikian berita dari AFP

Sementara itu menurut  Asharqalawsat..

Beberapa ahli parlimen (MP) Kuwait bertindak mendesak pihak berkuasa agar memperkenalkan satu peraturan baru untuk mewajibkan golongan muslimat negara itu supaya bertudung kepala, ia berikutan terdapat dua ahli parlimen wanitanya masih lagi tidak bertudung kepala seperti yang diarahkan oleh Mahkamah Perlembaan negara itu.

Ahli Parlimen, Dr Jam'an al-Harbash berkata, pihak berkuasa perlu segera menguat-kuasakan peraturan itu kerana ia adalah wajib di sisi undang-undang negara dan agama. Ia berikutan desakan Majlis Fatwa Kuwait yang bersidang 24 November lalu yang mewajibkan seluruh muslimat di Kuwait memakai tudung kepala.

Ahli Parlimen, Faisal al-Muslim pula menyebut, bahawa pihak berkuasa bertanggungjawab menyegerakan penguat-kuasaan pemakaian tudung kepala ke atas seluruh muslimat di Kuwait bagi membuktikaan kerajaan bersedia melaksanakan keputusan sidang parlimen yang meluluskan peraturan baru itu.

Walau bagaimanapun, keputusan itu disangkal oleh ahli-ahli parlimen Liberal yang menganggap fatwa berkenaan tidak relevan malah perlu merujuk kepada peraturan asal yang tidak menyebut wajib, malah pemakaian tudung kepala sebagai satu pakaian pilihan ke atas semua wanita negara itu.

Sementara seorang ahli parlimen wanita Kuwait yang ditemui, Rola Dashty telah mengemukakan bantahan 27 November lalu dengan menyatakan bahawa peraturan itu perlu dirombak semula, ini termasuk peraturan baru juga perlu diperkenalkan kepada calon-calon wanita yang bertanding dalam pilihan raya terlebih dahulu memakai tudung kepala sesuai dengan tuntutan Syariat Islam dan kehidupan berpolitik. (IH)

Tiada ulasan: