Isnin, 22 Disember 2014

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


PAS CUBA MENJAUHKAN DARI PR?

Posted: 22 Dec 2014 06:56 PM PST

 Memang semenjak dua menjak ini kita lihat bagaimana PAS cuba untuk berbaik baik dengan Umno dan dilihat kurang mesra dengan PR.Keadaan ini berlaku sejak kes MB Selangor dan dilihat kini PAS sudah tidak selesa bersama PR. cumanya PASma dilihat sebagai satu alternatif dalam membawa sokongan ahli PAS yang bersetuju untuk bersama Pakatan menentang regim Umno.

 

oleh: Al Hussein      Kita tengok siapa yang kena.....

Kerajaan negeri Kelantan akan mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri khas pada 29 Disember untuk mempercepatkan pelaksanaan hudud di negeri ini.

Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaacob dilaporkan berkata pindaan itu adalah sebahagian daripada prosedur kerajaan negeri, sebelum membawa rang undang-undang ahli persendirian ke Parlimen untuk mendapatkan kebenaran bagi Kelantan menguatkuasakan hudud.

 Hasrat PAS mahu membawa rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan nampaknya telah tidak mendapat 'restu' rakan-rakan tahaluf siayasinya, DAP dan PKR. 

Dalam satu kenyataannya, Haron Din yang menganggap Hudud sebagai nyawa PAS telah berkata, "Apa yang dibuat DAP telah mencacat dan mencarik-robek tahaluf, kalau terus-menerus demikian, maka DAP yang mengoyak kertas tahaluf kerana Pas tidak pernah mempertikai asas perjuangan DAP," katanya kepada Utusan Malaysia di sini 


PAS berkata parti itu masih memerlukan musuhnya Umno untuk melengkapkan perjuangan mereka untuk melaksanakan undang-undang jenayah Islam atau hudud.

Parti itu juga percaya rang undang-undang persendirian mengenai hudud ke parlimen akan menjadi ujian terakhir keikhlasan Umno terhadap orang Islam.


Menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah - satu-satunya pemimpin dalam PAS yang dibenarkan bercakap tentang hudud kepada media - tidak ada jalan bagi PAS Kelantan untuk melaksanakan hudud tanpa Umno membuka jalannya. Sila baca lagi
di sini .
 Sementara itu menurut Setiausaha Agongnya, Rafizi Ramli, PKR telah mengadakan mesyuarat berhubung hasrat PAS itu, tetapi merahsiakannya kepada umum.

 Namun pendirian PKR dalam isu tersebut dapatlah dihidu dan dikenal pasti melalui kenyataan seorang ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Latheefa Koya yang menggesa PAS Kelantan harus mengutamakan keadilan sosial seperti agihan zakat dan bukannya pelaksanaan undang-undang hudud.

PAS dilihat kini sudah tidak perlu apa-apa bantuan dari rakan-rakannya lagi.PAS perlu berjalan sendirian tanpa bersama rakan-rakan DAP dan PKR  berada di kiri kananya. Mungkin PAS beranggapan, apalah yang dapat diharapkan sangat dengan rakan-rakan tahaluf siyasinya yang hanya mempunyai 36 ahli parlimen Islam untuk menyokong hudud.Hudud adalah nyawa PAS.

 Sedangkan BN mempunyai 101 ahli parlimen Islam. Sokongan dari BN inilah yang sangat diperlukan oleh PAS bagi merealisasikan nyawa Hududnya bernafas di Kelantan. 

Nik Amar menegaskan bahawa parti itu tidak akan menyertai Umno dan BN, sekadar memerlukan sokongan anggota parlimen Umno bagi memastikan rang undang-undang persendirian itu diluluskan bagi membolehkan pelaksanaan undang-undang Hudud. 

Wahai Nik Amar, siapa yang kata PAS akan masuk Umno? Tapi seperkara yang tidak dapat dinafikan ialah PAS lebih mesra Umno dan keras permusuhannya terhadap rakan-rakanya (DAP dan PKR).

Apakah Nik Amar ingat Umno itu bodoh sangatkah untuk tidak mendapat sesuatu daripada sokongan yang diberikannya itu? Percumakah?


Ada ubi ada batas. Ada budi ada balas! Begitulah yang terjadi antara PAS dan Umno sekarang ini. PAS lah sebenarnya yang mengoyak syarat Tahaluf Siyasi Pakatan Rakyat bila sanggup menerima tangan yang dihulurkan oleh Umno. Tujuan Umno yang sebenar adalah untuk memecah belahkan pemuafakatan Pakatan Rakyat ....Pemimpin PAS sendiri pun sering gatal mulut kata nak keluar Pakatan tapi masih tunggu juga!Tunggu apa tunggu? 

 Saya sekadar mengharap, PAS tidak dikhianati oleh janji-janji manis Umno yang berjanji akan menyokong rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan.Kita tengok - siapa yang kena?

PT3 YANG MENGELIRUKAN IBUBAPA DAN PELAJAR....

Posted: 22 Dec 2014 12:15 AM PST

 

 

Hasil PT3 hancur!! Kementerian Pelajaran diminta berhenti perbodohkan ibu bapa pelajar..


"Pelajar tingkatan tiga tahun ini dijadikan bahan ujikaji untuk peperiksaan (Pentaksiran Tingkatan 3) PT3 dan mereka jadi mangsa kepada keputusan peperiksaan yang boleh disifatkan sebagai hancur!"

Itu luahan beberapa ibu bapa pelajar yang datang ke sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan anak-anak mereka yang dikeluarkan hari ini.

Kata seorang ibu tunggal, Solarazimon Abdul Aziz (gambar kecil), perubahan sistem peperiksaan daripada Penilaian Menengah Rendah (PMR) kepada PT3 tidak patut diadakan secara mengejut.

"Selama tiga tahun anak-anak tidak ditekankan kepada sistem peperiksaan dan tidak mengikuti pembelajaran seperti lazimnya, bagaimana mereka hendak menghadapi peperiksaan besar seperti PT3?

"Lebih teruk lagi, sebelum ini menteri kata tidak ada peperiksaan tetapi tiba-tiba, pada saat-saat akhir, diarahkan pula pelajar bersedia untuk PT3. Apa dah jadi?" tegasnya.

Tambah ibu tunggal itu lagi, dia yakin keputusan peperiksaan anaknya jauh lebih baik jika masih kekal dengan sitem PMR berbanding PT3 yang hasilnya amatlah mengecewakan.


Bagi Fatimah Jais (gambar kecil), dasar kerajaan dalam membuat keputusan menukar PMR kepada PT3 sepatutnya dikaji dan dibuat secara berperingkat.

"Ibu bapa seperti diperbodohkan. Ikut sahaja apa kata menteri yang membuat dasar sedangkan dari awal lagi saya dah nampak apa yang cuba dipraktikkan melalui PTG ini akan gagal.

"Buktinya jelas, tak ada seorang pelajar pun yang dapat semua A dalam PT3 di sekolah anak saya di Hulu Langat dan lebih teruk lagi, hampir semua pelajar gagal dalam matapelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.

"Sudahlah gagal, layak pula masuk ke kelas aliran sains. Cuba bayangkan bagaimana mereka nak hadapi mata pelajaran di aliran sains yang lebih mencabar nanti," ujarnya.

Seorang lagi yang ditemui, Hairi Kamaluddin berkata, gred F yang tercatat dalam sijil anak ditaksirkan sebagai Tidak Mencapai Tahap Minimum tidak ubah seperti membodohkan ibu bapa dan pelajar.

"Sudah tentu gred F itu gagal. Sebut sahaja gagal dan tak payahlah nak berlapik-lapik. Alasan tidak mahu menyebut ada pelajar yang gagal adalah sesuatu yang langsung tidak masuk akal.

"Harus diingat bahawa kegagalan anak-anak untuk mendapatkan keputusan cemerang dalam PT3 ini adalah tanggungjawab Menteri terbabit yang tidak mengkaji apa implikasinya membuat perubahan peperiksaan daripada PMR," tegasnya dalam nada kecewa.

Apa yang dibimbangkan Hairi, pelajar-pelajar ini akan lahir sebagai pelajar tidak berkualiti untuk masa akan datang.--MalaysiaGazette

Tiada ulasan: