Kelab Greenboc |
- [VIDEO] PAS Selangor Buat U-Turn, Kata "Pemimpin Islam Wajib Sokong Hudud"
- ILHAM CENTER: PAS Bakal Kalah Teruk Dalam PRU14 Kecuali...
- Kenyataan Nik Amar Sendiri Bukti Jelas Hudud Di Kelantan Akan Gagal
[VIDEO] PAS Selangor Buat U-Turn, Kata "Pemimpin Islam Wajib Sokong Hudud" Posted: 23 Dec 2014 12:17 AM PST Pemimpin Islam wajib sokong hudud, kata PAS Selangor Ketua Penerangan PAS Selangor, Zaidy Talib menafikan beliau berkata PKR wajib menyokong hukum hudud, tetapi menyatakan semua umat Islam termasuk ahli parlimen PKR yang beragama Islam wajib menyokong hudud. "Saya tidak pernah kata PKR wajib menyokong hasrat kerajaan PAS Kelantan melaksanakan hukum hudud, memandangkan pemimpin tertingginya beragama Islam. "Apa yang saya kata, semua yang beragama Islam termasuk ahli parlimen PKR wajib sokong," kata Zaidi dalam satu kenyataannya kepada The Malaysian Insider. Semalam, The Malaysian Insider menyiarkan berita PKR wajib menyokong hasrat kerajaan PAS Kelantan melaksanakan undang-undang hudud, memandangkan pemimpin tertingginya beragama Islam, kata PAS Selangor. "Apa yang saya maksudkan ialah pemimpin yang beragama Islam dari PKR bukan parti itu sendiri," kata Zaidy. ULASAN GB Dah pun pusing..... semalam kata lain... Umat Islam memang wajib menyokong hudud, tetapi dalam keadaan sekarang ini bijaksanakah kita mengusulkannya? Ada banyak perkara lain yang sepatutnya menjadi agenda utama PAS, bukan hudud. Tindakan PAS Kelantan adalah terburu-buru hanya kerana "kononnya" telah mendapat sokongan pemimpin UMNO. Sedang semua sedia maklum tindakan UMNO itu hanyalah sandiwara untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat. GB tertarik dengan komen berikut oleh pengkomen di blog ini: Anonymous said... Kedua, jangan lupa Sheikh Yusuf Qardhawi, Presiden Kesatuan Ulamak Sedunia sendiri melalui satu wawancara dengan Al-Jazeera pernah menyatakan "nak hudud perlu bangunkan umat dan diri sendiri dulu"! Kamu Zaidy, dan sekalian pemimpin UG termasuk Nik Amar, ilmu kamu tinggi mana nak lawan Sheikh Yusof Qardhawi? Kalau tak reti pergilah bertemu dengan Naib Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia iaitu Haji Abd Hadi supaya beliau bertanya sendiri kepada Syeikh Yusof Qardhawi. Jadi jika mengikut kenyataan dari Sheikh Yusuf Qardhawi di atas, pemimpin dan umat Islam "tidak wajib" menyokong hudud yang hendak diusulkan oleh PAS Kelantan tersebut kerana ada perkara yang menyentuh umat yang belum beres di Kelantan yang lebih utama yang perlu dilakukan oleh PAS Kelantan, bukan hudud. Jangan jadikan isu hudud sebagai escapisme untuk menutup kelemahan pentadbiran kerajaan negeri terutama meningkatkan iktisad dan sosio-ekonomi rakyat Kelantan. Dan di dalam keadaan sekarang, hentikan isu hudud, sama-sama selamatkan rakyat dari yang terkena musibah banjir. |
ILHAM CENTER: PAS Bakal Kalah Teruk Dalam PRU14 Kecuali... Posted: 22 Dec 2014 09:08 PM PST Menjelang 2015, sokongan bukan Melayu terhadap PAS semakin merosot KUALA LUMPUR: Selepas krisis menteri besar Selangor, isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 di Kelantan yang mengandungi hukum hudud dan krisis dalaman parti yang semakin parah, PAS sehingga hari ini, dilihat bakal kehilangan sokongan pengundi bukan Melayu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Lebih memburukkan keadaan, PAS juga dilihat berpotensi besar untuk kehilangan beberapa kerusi parlimen di Kelantan, Kedah, Terengganu, Perak, Pahang dan Selangor. Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Mohamad Hisomudin Bakar selain masalah dengan pengundi bukan Melayu, PAS juga berdepan krisis dalam parti yang paling teruk selepas PRU13. Katanya, Muktamar PAS ke-60 di Batu Pahat September lepas memperlihatkan betapa krisis dalaman parti itu semakin meruncing dan membuatkan persepsi terhadap parti Islam itu bertambah buruk. "Pengundi bukan Melayu yang sebelum ini menyokong PAS cenderung untuk tidak lagi memberi undi kepada parti Islam itu dalam PRU14. "PAS bukan hanya perlu ubah persepsi mereka di mata pengundi bukan Melayu tetapi perlu segera menyelesaikan masalah dalam parti yang paling teruk setakat ini. "Namun ia bukan bermakna UMNO atau Barisan Nasional (BN) akan mendapat manfaat daripada situasi ini, sebaliknya pertarungan kedua parti bertambah sengit," katanya dalam satu pertemuan bersama Astro AWANI. UMNO, kata Hisomudin tidak boleh mengambil mudah situasi ini kerana pengundi melihat parti itu masih lagi tidak berubah. Katanya, pengundi bukan Melayu mungkin tidak akan bersungguh-sungguh untuk keluar mengundi di kawasan yang mana berlakunya pertandingan melibatkan calon PAS dan UMNO. "Kawasan yang mana terdapat pengundi bukan Melayu yang agak tinggi peratusannya, yang melibatkan pertandingan antara PAS dan UMNO akan menghadapi masalah penurunan sokongan bukan Melayu. "Tidak seperti PRU13, pengundi bukan Melayu ketika itu bersunguh-sungguh mahu memastikan calon yang mewakili Pakatan Rakyat menang. "Namun situasi sama dijangkakan tidak akan berlaku lagi pada PRU14 nanti, terutama melibatkan kawasan ditandingi PAS," katanya lagi. Hisomudin berkata, krisis menteri besar Selangor menyebabkan pengundi bukan Melayu melihat PAS sebagai parti yang tidak mementingkan kesepakatan. Katanya, desas-desus yang mengatakan PAS mahu bekerjasama dengan UMNO untuk membentuk kerajaan di Selangor membuatkan pengundi bukan Melayu hilang kepercayaan terhadap PAS. "Situasi ketika itu ialah Pakatan Rakyat mahu menyingkirkan Tan Sri Khalid, tetapi perkara itu berlanjutan dan pengundi bukan Melayu melihat PAS mengambil keputusan untuk tidak sepakat. "Dengan cerita kerjasama dengan UMNO itu membuatkan pengundi bukan Melayu merasakan bahawa PAS menikam rakan sendiri," jelas beliau. Namun Hisomudin menjelaskan, situasi ini mungkin berlaku sebaliknya jika berlaku perubahan dalam kepimpinan PAS pada pemilihan parti itu tahun depan. Selain itu, pemimpin PAS perlu bekerja keras untuk memulihkan sokongan pengundi bukan Melayu supaya dan mengukuhkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat. -astroawani ULASAN GB Mesti ramai dari kalangan puak UG melenting dengan kenyataan Pengarah Eksekutif Ilham Center di atas. Sedangkan itulah hakikat sebenarnya. Itu pandangan orang di luar PAS. PAS akan kalah teruk di dalam PRU yang akan datang kecuali jika berlaku perubahan dalam kepimpinan PAS pada pemilihan parti itu tahun depan. Maksudnya hapus dan turunkan semua yang berstatus UG dari barisan kepimpinan PAS di semua peringkat! |
Kenyataan Nik Amar Sendiri Bukti Jelas Hudud Di Kelantan Akan Gagal Posted: 22 Dec 2014 04:09 PM PST PAS masih perlu Umno demi laksana hudud PAS berkata parti itu masih memerlukan musuhnya Umno untuk melengkapkan perjuangan mereka untuk melaksanakan undang-undang jenayah Islam atau hudud. Parti itu juga percaya rang undang-undang persendirian mengenai hudud ke parlimen akan menjadi ujian terakhir keikhlasan Umno terhadap orang Islam. Menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah - satu-satunya pemimpin dalam PAS yang dibenarkan bercakap tentang hudud kepada media - tidak ada jalan bagi PAS Kelantan untuk melaksanakan hudud tanpa Umno membuka jalannya. Tanpa sokongan daripada DAP dan PKR mengenai hudud, PAS kini tidak hanya memerlukan agensi kerajaan seperti polis dan Jabatan Penjara, parti itu juga amat memerlukan sokongan anggota parlimen Umno bagi memastikan rang undang-undang persendirian itu diluluskan bagi membolehkan pelaksanaan undang-undang itu. Bagaimanapun, Amar, yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan, menegaskan bahawa parti itu tidak akan menyertai Umno dan BN. "Kami tidak sesekali menghulurkan tangan menyertai Umno - kami tidak akan terperangkap dengan Umno buat kali kedua - cukuplah keperitan yang kami lalui sebelum ini," katanya. Pada 1973, PAS bekerjasama dengan Umno dalam BN, tetapi berpecah kepada empat kumpulan serpihan yang dianggap hampir membawa kepada hukuman mati dalam politik ketika itu. -mk ULASAN GB PAS mengharapkan UMNO akan menyokong Rang Undang-undang Persendirian mengenai hudud. Apakah UMNO akan menyokong sedangkan sudah terang-terang UMNO akan menentang Rang Undang-undang berkenaan? Buktinya: Ia diperkukuhkan lagi dengan adanya ugutan MCA: Jika sudah diketahui pendirian UMNO BN tentang hudud dan jika Nik Amar mengharapkan UMNO BN menyokong hudud bagi memastikan rang undang-undang persendirian itu diluluskan bagi membolehkan pelaksanaan undang-undang itu nanti, bererti jawapannya sudah diketahui, Nik Amar sudah tertipu dengan UMNO jika UMNO pernah berjanji dengannya untuk menyokong Rang undang-undang hudud berkenaan! Memang bangang jika masih percaya dengan UMNO.... GB tertarik dengan komen ini: soalnya skrg bukan sokong tak sokong hudud. tapi bijaksanakah dalam siasah untuk mengutarakan (mengusulkan) hudud pada waktu ini? |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan