Nuffnang

Pengikut

ZAKRI ALI

sumber :-

ZAKRI ALI


Pemuda PKR tetap protes walaupun dijamin minyak turun harga.

Posted: 20 Dec 2014 10:30 PM PST

Sunday, December 21, 2014.  Pemuda PKR tetap protes walaupun dijamin minyak turun harga.  Protes Turun di Dataran Merdeka pada ambang tahun baru lepas. Pemuda PKR masih menjalankan protes turunkan harga minyak pada ambang tahun baru ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Disember, 2014.  Protes Turun di Dataran Merdeka pada ambang tahun baru lepas. Pemuda PKR masih menjalankan protes turunkan harga minyak pada ambang tahun baru ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Disember, 2014.  Pemuda PKR akan tetap melaksanakan protes "Tuntut Harga Minyak RM1.90" di Dataran Merdeka pada malam ambang sambutan tahun baru meskipun Putrajaya memberi jaminan harga minyak RON95 akan turun di bawah paras RM2 penghujung tahun ini.  Pengarah Strategi Pemuda PKR, Akmal Nasir dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amad Maslan itu secara syak wasangka dan penuh berhati-hati.  "Pertama, kenyataan beliau hanya dibuat selepas mendapat tekanan daripada gerakan bersama NGO, aktivis, parti-parti politik dan mahasiswa untuk mengumpulkan 10,000 orang di Dataran Merdeka pada 31 Disember 2014 bagi menuntut Harga Minyak RM1.90.  "Kenyataan beliau seolah-olah dibuat hanya untuk meredakan kemarahan rakyat daripada berhimpun secara aman," katanya, melalui kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur, hari ini.  Akmal berkata, seperti mana pendedahan PKR sebelum ini, rakyat terpaksa menanggung cukai minyak berjumlah RM274 juta bagi tempoh 1 November 2014 hingga 15 Disember 2014.  "Jika kerajaan Barisan Nasional (BN) benar-benar ikhlas ingin menurunkan harga minyak sepatutnya tidak perlu tunggu sehingga 31 Disember 2014 kerana trend harga minyak dunia terus jatuh dari semasa ke semasa," katanya.  Akmal turut memaklumkan, tindakan mereka mengedar risalah di Stadium Bukit Jalil sempena perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Thailand malam ini menerima reaksi negatif pelbagai pihak.  "Namun kami mengambil maklum cadangan untuk edar risalah di Stadium Bukit Jalil hari ini mendapat pelbagai reaksi daripada penyokong bola sepak negara.  "Bagi mengelak provokasi atau kejadian yang tidak diingini, kami menangguhkan hasrat tersebut. Kami akan tetap hadir ke stadium untuk memberikan sokongan penuh buat pasukan Harimau Malaya," katanya, merujuk kepada pasukan kebangsaan itu.  "Kami bersama-sama aktivis NGO, parti-parti politik dan mahasiwa akan terus memperhebatkan kempen dan mengajak rakyat bersama-sama ke Dataran Merdeka pada 31 Disember 2014.  Protes Turun di Dataran Merdeka pada ambang tahun baru lepas. Pemuda PKR masih menjalankan protes turunkan harga minyak pada ambang tahun baru ini. –  

Protes Turun di Dataran Merdeka pada ambang tahun baru lepas. Pemuda PKR masih menjalankan protes turunkan harga minyak pada ambang tahun baru ini. 

Pemuda PKR akan tetap melaksanakan protes "Tuntut Harga Minyak RM1.90" di Dataran Merdeka pada malam ambang sambutan tahun baru meskipun Putrajaya memberi jaminan harga minyak RON95 akan turun di bawah paras RM2 penghujung tahun ini.

Pengarah Strategi Pemuda PKR, Akmal Nasir dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amad Maslan itu secara syak wasangka dan penuh berhati-hati.

"Pertama, kenyataan beliau hanya dibuat selepas mendapat tekanan daripada gerakan bersama NGO, aktivis, parti-parti politik dan mahasiswa untuk mengumpulkan 10,000 orang di Dataran Merdeka pada 31 Disember 2014 bagi menuntut Harga Minyak RM1.90.

"Kenyataan beliau seolah-olah dibuat hanya untuk meredakan kemarahan rakyat daripada berhimpun secara aman," katanya, melalui kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur, hari ini.

Akmal berkata, seperti mana pendedahan PKR sebelum ini, rakyat terpaksa menanggung cukai minyak berjumlah RM274 juta bagi tempoh 1 November 2014 hingga 15 Disember 2014.

"Jika kerajaan Barisan Nasional (BN) benar-benar ikhlas ingin menurunkan harga minyak sepatutnya tidak perlu tunggu sehingga 31 Disember 2014 kerana trend harga minyak dunia terus jatuh dari semasa ke semasa," katanya.

Akmal turut memaklumkan, tindakan mereka mengedar risalah di Stadium Bukit Jalil sempena perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Thailand malam ini menerima reaksi negatif pelbagai pihak.

"Namun kami mengambil maklum cadangan untuk edar risalah di Stadium Bukit Jalil hari ini mendapat pelbagai reaksi daripada penyokong bola sepak negara.

"Bagi mengelak provokasi atau kejadian yang tidak diingini, kami menangguhkan hasrat tersebut. Kami akan tetap hadir ke stadium untuk memberikan sokongan penuh buat pasukan Harimau Malaya," katanya, merujuk kepada pasukan kebangsaan itu.

"Kami bersama-sama aktivis NGO, parti-parti politik dan mahasiwa akan terus memperhebatkan kempen dan mengajak rakyat bersama-sama ke Dataran Merdeka pada 31 Disember 2014.

"AMK (Angkatan Muda Keadilan) tidak akan berganjak untuk memperjuangkan kebajikan rakyat dan memastikan hak rakyat untuk harga minyak RM1.90 dicapai." – 20 Disember, 2014.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/…/pemuda-pkr-tetap-prote…

Anwar Mampu Selamatkan Najib Dari Diguling Mahathir

Posted: 20 Dec 2014 09:30 PM PST

 
Tidak kelihatan tanda-tanda Tun Dr Mahathir Mohamad akan menghentikan serangannya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Lihat sahaja hulubalang-hulubalang Dr Mahathir seperti Tun Daim Zainuddin, Datuk Ibrahim Ali, Datuk A Kadir Jasin dan Tan Sri Zainuddin Maidin, semuanya semakin agresif menyerang presiden Umno itu.

Terbaru bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid‎ Abdul Rahman yang menggunakan platform Perkasa menggesa Najib agar berhenti menipu rakyat.

Serangan daripada Umno juga sudah bermula. Daripada pemimpin bahagian sehingga ke pemimpin cawangan.

Walaupun serangan daripada Umno ‎masih di tahap "benih", tidak mustahil ia akan berakar dan menyebabkan Najib tersingkir.

Pada masa sama hanya dua tiga kerat pemimpin tertinggi Umno yang berani mempertahankan Najib secara terbuka.

Yang lain semuanya mengambil sikap "tunggu dan lihat."

Keadaan Najib kini sama seperti ketika bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi‎ diserang Dr Mahathir dahulu.

Melihat kepada sejarah Dr Mahathir, beliau tidak akan berhenti selagi objektifnya tidak tercapai.

Dan objektif Dr Mahathir pada ketika ini adalah Najib perlu berundur sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang.

Bantuan Anwar

Sekiranya mahkamah membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan, Dr Mahathir akan bertambah marah kepada Najib.

Bagi yang memahami politik antarabangsa, kenyataan Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden baru-baru ini agar Malaysia membuktikan ketelusan sistem kehakiman dan perundangan melalui kes Anwar merupakan isyarat jelas ketua umum PKR itu akan dibebaskan.

Apatah lagi pentadbiran Najib mengambil pendirian untuk bernaung di bawah kekuasaan AS.

Jangan kita lupa Presiden Barack Obama sendiri sudah datang Malaysia‎ baru-baru ini. Tidak mungkin Najib akan mengecewakan Obama.

Tulisan Biden di Twitter tentang Akta Hasutan di Malaysia dan kes Anwar tidak akan dilakukan tanpa restu presiden kulit hitam pertama AS itu.

‎Sekiranya Anwar bebas, beliau sudah tentu akan terhutang budi dengan Najib.

Dan Anwar merupakan satu-satunya musuh yang masih gagal "dibunuh" secara politik oleh Dr Mahathir dan mampu bertarung dengan bekas mentornya itu.

Jika Najib berani bekerjasama dengan Anwar, bekas timbalan perdana menteri itu merupakan benteng terbaiknya daripada serangan Dr Mahathir.

‎Anwar juga pada ketika ini tidak boleh lagi mengharapkan Pakatan Rakyat (PR) sebagai ‎kenderaan politiknya untuk menawan Putrajaya.

Perbalahan PAS dan DAP hanya menunggu masa sebelum mengulangi sejarah Barisan Alternatif pada 2001.

Sebelum ini, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa pernah mendedahkan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang berusaha memancing parti Islam itu untuk bekerjasama.

Sebelum Muhyiddin berjaya mendapatkan PAS, lebih baik Najib dan Anwar hidupkan kembali Konsensus Nasional yang tergendala.

Lagipun, oleh kerana musuh utama kepada Najib kini adalah Dr Mahathir, Anwar harus berkawan dengannya. -- 21 Disember, 2014.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

- tmi

Cadangan bodoh Ahmad Maslan dibidas NUTP

Posted: 20 Dec 2014 08:45 PM PST

 Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menganggap cadangan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan tidak beretika kerana mahu tempoh pengajaran mata pelajaran Geografi dipendekkan.

Presiden NUTP, Hashim Adnan berkata, langkah berkenaan akan menyebabkan guru Geografi marah kerana masa pengajaran mereka diambil untuk subjek lain.

"Ini tak kena kerana (mata pelajaran) masing-masing adalah subjek peperiksaan. Takkan kita hendak potong masa orang lain?

"Cikgu Geografi tentu akan marah," katanya yang mengulas cadangan Ahmad agar waktu pengajaran Geografi dipendekkan untuk mengutamakan subjek keusahawanan.

Bercakap kepada Malaysiakini, Hashim berkata langkah yang lebih baik adalah dengan memperluaskan sukatan keusahawanan yang kini diterapkan dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup.

"Saya bukan bermaksud untuk melihat guru yang mengajar Kemahiran Hidup perlu mengajar lebih masa, tetapi penambahbaikan kurikulum dan mata pelajaran tersebut dan titik beratkan keusahawanan agar diperluaskan," katanya.

Cadangan itu dilontar Ahmad sebagai keluhan terhadap perbezaan kecenderungan sikap anak Melayu dan Cina dalam bidang keusahawanan.

Menurutnya, anak Melayu lebih gemar melastik burung dan mandi parit sedangkan anak Cina mempraktikkan keusahawanan dengan menolong ibu bapa mereka di kedai.

Ahmad merupakan anggota kabinet yang sering tampil membuat penjelasan mengenai kerugian yang dialami syarikat pelaburan dicetuskan perdana menteri, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Antara isu utama yang membelenggu 1MDB ialah soal pelaburan di bank luar pesisir Cayman Island, yang disifatkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai satu "perjudian".


Anak Sungai Derhaka.

Rupanya Bekas Pengerusi SPR Tahu Semua Rahsia Umno?

Posted: 20 Dec 2014 08:00 PM PST



PETALING JAYA: Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman harus membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya mempunyai maklumat dalaman mengenai rasuah peringkat tertinggi UMNO.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, Rashid pasti mempunyai maklumat tersebut, berikutan reaksi Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi kepadanya bahawa "ada benda bekas pengerusi SPR tidak dapat", lapor Roketkini.

Rashid sebelum ini menggesa Datuk Seri Najib Razak berhenti berbohong kepada rakyat tentang keadaan sebenar kedudukan negara dan berlaku jujur kepada pemimpin Melayu.

Dalam kenyataannya minggu lalu Rashid menolak kepimpinan Najib yang disifatkannya sebagai 'rasuah' dan menegaskan bahawa UMNO-BN berada di 'ambang kematian'.Malah dia turut mencadangkan PERKASA untuk "mengukuhkan usaha untuk menjadi sebuah badan politik yang akan memerintah negara ini."

Zahid dalam reaksi kemudiannya menempelak Rashid, bahawa bekas Pengerusi SPR itu seharusnya membangkitkan pandangannya ketika masih berkhidmat dan bukannya selepas bersara daripada perkhidmatannya.Namun tidak ada susulan penjelasan sama ada dari Rashid atau Zahid mengenai perkara yang dimaksudkan.

Kata Kit Siang melihatkan 'serangan' terhadap Perdana Menteri, Rashid seolah-olah menunjukkan bahawa dia tahu mengenai rasuah peringkat tinggi kepimpinan UMNO.

Justeru itu kata Kit Siang, Rashid harus membantu SPRM dengan maklumat dalaman yang diketahuinya mengenai rasuah dalam kepimpinan tertinggi UMNO, agar Malaysia boleh menyertai China dan Indonesia menangkap 'harimau' dan 'buaya' dalam perang melawan rasuah.

"Rashid boleh memberikan maklumat kepada SPRM tentang 'benda' yang Zahid sebut untuk menutup mulutnya," kata Kit Siang. ~free malaysia today


Enam Orang Ditahan Di Bukit Jalil Malam Tadi

Posted: 20 Dec 2014 07:10 PM PST



PENYOKONG fanatik Harimau Malaya menyalakan suar di luar stadium ekoran kawalan ketat oleh pihak berkuasa yang melarang sebarang barang yang merbahaya di bawa masuk ketika menyaksikan perlawanan akhir pusingan kedua Piala AFF Suzuki 2014 antara Malaysia dan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil.


KUALA LUMPUR: Polis menahan enam individu atas tiga kesalahan ketika berlangsung aksi final kedua kejohanan bola sepak Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin, berkata daripada jumlah itu, dua ditahan kerana membawa selempang yang tertera tulisan kurang sopan dan gambar mengaibkan.

Katanya, tiga lagi ditahan atas kesalahan membawa suar sementara seorang ditahan kerana memiliki senjata buku lima.

Berhubung tangkapan memiliki senjata buku lima, beliau berkata mereka akan siasat di bawah seksyen 7 Akta Bahan Khakisan, Melecur dan Senjata Berbahaya yang boleh dihukum penjara tidak kurang dari satu tahun dan denda atau keduanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan memiliki suar pula, mereka yang ditahan akan di siasat di bawah seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1958.

Sementara bagi kesalahan membawa kain pemidang mengaibkan itu, akan disiasat di bawah seksyen 509 Kanun keseksaan dan boleh dihukum penjara lima tahun, jika sabit kesalahan

DEMI HUDUD, PR ATAU BN YANG AKAN PECAH? ORANG MUDA WAJIB BACA.

Posted: 20 Dec 2014 08:00 AM PST

 


Yong dapati pandangan ini amat menarik. Ia lahir dari seorang yang melihat ke depan.
TAHNIAH KERANA BERANI BERSUARA!


6 hrs · 

BN kemungkinan besar akan pecah jika Umno bersetuju dan menyokong deraf hudud di parlimen..

Saya andaikan begini: Jika Pas Kelantan bertegas dgn private bill tersebut, Pas Pusat harus membuat keputusan utk keluar dari PR.

Pas harus engage dgn umno supaya private bill berjaya diluluskan.

Umno sebahagian dr BN. Umno tidak boleh buat keputusan bersendirian. Jika Umno bertegas maka parti bukan melayu dan bumiputera bukan Islam akan menentang dan mungkin akan keluar dari BN.

Parti2 berasas kaum ini dan parti bumiputera di Sarawak dan Sabah akan lebih mudah berjuang dgn bergabung dgn Pkr dan Dap.

Umno yakinkah utk bersendirian dgn hanya dibantu oleh Pas, itupun golongan ortodok dlm Pas. Pas yg engage dgn Umno belum tentu direstui secara majoriti. Pas kemungkinan juga akan berpecah dan serpihan ini akan engage dgn pkr dan dap dlm flatform baru.

Dgn bantuan Pas yg telah berpecah itu bolehkah Umno dan Pas menang dgn hanya atas undi org Melayu? 

Umno jika kalah dlm Pru14, rasanya akan kalah selamanya. Sebab: ideologi lapuk, tiada pimpinan berintegriti, dan tiada aset. Aset umno dipegang oleh individu2 tertentu, contohnya Daim. Individu ini akan sibuk dgn kes mahkamah yg brrjela. Umno yg selama ini digerakkan oleh wang, akan shock dan kaku.

Adakah strategis Umno tak sedari senario ini? Sebab itu Umno meminta Pas yg bentang private bill tersebut.

So, apa jadi pada Pas? Saya hanya lontarkan senario.

Jadi, kita boleh bertanya kenapa Pas masih bersama sekiranya mereka bertegas utk cuba menjayakan private bill tersebut? Kenapa pula Umno tidak bentang sendiri private bill itu? Sepatutnya umno yg kena bawa ke parlimen jika mereka benar2 ingin laksanakn Hudud di Malaysia? Kita juga boleh bertanya kenapa Persekutuan tidak deraf undang2 hudud. Apabila Pas yg deraf maka tidak mewakili Persekutuan. Jadi, mereka boleh menolak atas alasan deraf berunsur politik -- Undang2 Hudud Pas!

Wallahualam.

Yong hanya menunggu event yang bersejarah itu.
Apa pandangan Tan Sri/Dato'Seri/Datuk/Tuan dan Puan?

Ketidakseimbangan politik...?? KOMENTAR OLEH THE MALAYSIAN INSIDER

Posted: 20 Dec 2014 06:00 AM PST

Wawasan 2020 Malaysia mungkin tidak berhasil untuk kaum Melayu, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Malaysia mungkin tidak berhasil untuk kaum Melayu, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mencerna perkataannya. Tidak pernah sejak karier politiknya bermula dan juga tidak sekarang, lebih sedekad selepas turun daripada takhta kepimpinan negara sebagai perdana menteri keempat.

Namun, ada hari kita tertanya dari mana asal beliau. Hari ini, beliau berkata, pegangan kuasa politik Melayu kian lemah berpunca daripada perpecahan antara mereka sehinggakan perlu merayu untuk mendapatkan sokongan daripada kaum lain untuk kekal berkuasa.

"Sekarang Umno, PKR, dan PAS terpaksa merayu kepada DAP untuk menang pilihan raya. Apabila kita menjadi pengemis kita tidak lagi ada kuasa," katanya, ketika berucap di Program Kepimpinan Belia di Kuala Lumpur, hari ini.

Tambahnya, sekiranya negara mencapai status negara maju, kaum Melayu akan terus ketinggalan.

"Ini nasib kita sekarang. Kita merancang untuk mencapai status negara maju menjelang 2020. negara kita mungkin akan mencapainya. tetapi disebabkan perpecahan, apa yang kita rancangkan dalam Wawasan 2020 (untuk Melayu) mungkin tidak terhasil," katanya, mengulangi kata-katanya sejuta warga Cina dan India diberi kerakyatan selepas merdeka pada 1957 yang menyebabkan pudarnya kuasa Melayu.

Kenyataan itu amat pelik, dikeluarkan individu yang berucap jauh ke hadapan pada 1991 mendefinisikan Wawasan 2020 Malaysia sebagai negara maju.

Beliau juga menyeru pembentukan Bangsa Malaysia, dan sukar mendengarnya berucap mengenai dominasi politik oleh sesetengah kaum.

Ini apa yang dikatakan Dr Mahathir ketika itu, "Menjelang 2020, Malaysia akan menjadi negara yang bersatu, dengan keyakinan rakyat Malaysia, disokong oleh nilai moral dan etnik, hidup di dalam masyarakat yang demokratik, liberal dan bertoleransi, penyayang, kesaksamaan dan keadilan ekonomi, maju dan makmur, serta memiliki pegangan penuh ekonomi yang dinamik, berdaya maju, serta pesat."

"Tidak akan ada Malaysia yang maju sehingga kita akhirnya menangani sembilan cabaran utama yang menghalang kita sejak saat kita dilahirkan sebagai negara yang merdeka." – 20 Disember, 2014.


www.themalaysianinsider.com/bahasa.

Hudud akan dibincang Januari depan dalam mesyuarat Pakatan, kata Azmin OLEH DIYANA IBRAHIM

Posted: 20 Dec 2014 05:00 AM PST


Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata isu hudud akan dibincangkan di mesyuarat pimpinan PR pada Januari hadapan.

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata isu hudud akan dibincangkan di mesyuarat pimpinan PR pada Januari hadapan.

Isu berhubung usul rang undang-undang persendirian berkenaan hudud yang akan dibawa PAS ke Dewan Rakyat pada sidang Parlimen akan datang untuk membolehkan undang-undang Islam itu dikuatkuasakan di Kelantan, akan dibincangkan dalam mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat (PR) Januari hadapan, kata Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali hari ini.

Enggan mengulas lanjut pendirian beliau berhubung tindakan PAS, menteri besar Selangor itu menegaskan sewajarnya cadangan bagi mana-mana parti dalam PR harus dibincang secara kolektif terlebih dahulu dalam mesyuarat pimpinan tertinggi.


"Pendirian PR tentang hudud jelas sejak awal, cuma dalam cadangan ini (usul rang undang-undang) sepertimana ditegaskan (Ketua Pembangkang) Datuk Seri Anwar Ibrahim kita masih belum melihat draf tersebut.

"Ini bukan soal saya, ini soal PR, kita akan bincang secara kolektif dan apa juga cadangan dikemukakan mana-mana parti PR mesti dibincangkan terlebih dahulu dalam majlis kepimpinan PR di mana kita akan bincang dalam mesyuarat Januari depan," katanya pada sidang media selepas menghadiri program pemberian hak milik kepada pemilik banguan perniagaan dan penyerahan notis 5A, di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Subang Jaya, Puchong.

Mengulas berkenaan gesaan parti komponen Barisan Nasional (BN) dari Gerakan yang menuntut semua ahli Parlimen DAP dan PKR menolak hudud PAS itu, Azmin berkata, parti itu seharusnya menyelesaikan masalah mereka dalam parti pemerintah itu sebelum mencampuri urusan pembangkang tersebut.

Setiausaha Agung Gerakan Liang Teck Meng semalam menggelar ahli Parlimen Islam dari komponen PR, DAP dan PKR sebagai "Magic 18", serta meminta mereka mengundi bagi membantah rang undang-undang itu.

Liang dalam kenyataannya berkata,18 ahli Parlimen ini mampu "menentukan hala tuju negara ini."

PKR mempunyai seramai 16 ahli Parlimen beragama Islam sementara DAP mempunyai 2 ahli Parlimen Islam daripada keseluruhan 37 anggota Parlimen mereka.

Rang undang-undang persendirian mengenai hudud itu akan dibentangkan PAS hujung bulan ini dan memerlukan sekurang-kurangnya 112 undi sebelum diluluskan Dewan Rakyat.

Umno mempunyai 88 ahli Parlimen Islam, kecuali Timbalan Speaker Dewa Rakyat Datuk Ronald Kiandee.

Meskipun PAS mempunyai 21 kerusi di Parliamen, sekiranya digabungkan dengan PKR, masih terdapat kekurangan empat kerusi untuk rang undang-undang itu diluluskan.

Pemimpin beragama Islam di kalangan ahli Parlimen PKR enggan mengulas lanjut apabila ditanya sama ada mereka akan mengundi menyokong atau membantah rang undang-undang persendirian PAS yang akan membolehkan undang-undang hudud dikuatkuasakan di Kelantan.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata parti itu hanya akan menyatakan pendiriannya setelah melihat draf rang undang-undang itu.

Anwar sebelum ini berkata, rancangan kerajaan negeri Kelantan untuk meminda enakmen hudud di Dewan Undangan Negeri (DUN) disifatkan "bermasalah" kerana negeri itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang jenayah Islam di negeri itu.

Kerajaan Kelantan menetapkan 29 Disemberi ini untuk memanggil sidang khas Dewan Undangan Negeri untuk membentangkan pindaan kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993. – 20 Disember, 2014.

www.themalaysianinsider.com.

Isu buka ladang babi bukan masalah besar, kata Azmin OLEH DIYANA IBRAHIM

Posted: 20 Dec 2014 04:00 AM PST

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata penduduk bimbangkan kebersihan kawasan mereka tidak perlu bimbang kerana terdapat teknologi baru untuk penternakan ladang babi moden.
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata penduduk bimbangkan kebersihan kawasan mereka tidak perlu bimbang kerana terdapat teknologi baru untuk penternakan ladang babi moden

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali hari ini membayangkan kerajaan negeri akan tetap meneruskan pelaksanaan projek penternakan ladang babi moden di Kuala Langat meskipun ditentang penduduk sekitar.

Azmin berkata kebimbangan mengenai  projek tersebut terutama terhadap kebersihan dan pencemaran kepada penduduk sekitar boleh ditangani dengan penggunaan teknologi terkini dalam pembinaan ladang babi berkenaan.

"Pada saya ini bukan masalah besar dan ia boleh diselesaikan antara kerajaan negeri dan pengusaha ladang babi ini.

"Di dalam isu ini, kita ada teknologi-teknologi baru untuk diselesaikan dan sudah tentu ia melibatkan kos. Kita akan bincang dengan pihak-pihak yang mengusahakan ternakan babi bagi kepentingan rakyat di kawasan tersebut dan menjaga kebersihan," katanya pada sidang media selepas menghadiri program pemberian hak milik kepada pemilik banguan perniagaan dan penyerahan notis 5A, di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Subang Jaya, Puchong.

‎Projek penternakan ladang babi moden di Selangor berdepan dengan fasa baru apabila dibentangkan dalam Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) baru-baru ini.

Pelaksanaan  projek ladang babi itu akan dibina di Ladang Tumbok Mukim Baru Laut, Kuala Langat, Selangor.

Antara mereka yang membantah projek tersebut ialah kumpulan pendesak Melayu, Perkasa yang sebelum ini dilaporkan menggesa kerajaan negeri untuk tidak terus dengan niat mereka melaksanakan projek ternakan ladang babi berkenaan.

"Perkasa mahu kerajaan negeri membakul sampahkan kertas cadangan pembinaan ladang penternakan babi ini.

"Sudahlah di kawasan yang majoritinya kaum Cina yang dikuasai DAP penuh dengan rumah urut, kelab-kelab malam, mesin kuda dan pelacuran, jangan pula palitkan kawasan yang majoritinya orang Islam dengan penternakan babi," kata Setiausaha Biro Pemantauan dan Integriti Perkasa Azrul Akmal Saharudin.

Pertubuhan itu katanya tidak menghalang projek berkenaan sekiranya ia dibina di kawasan yang bukan majoritinya dihuni penduduk beragama Islam.

"Jika mahu diteruskan, wajarlah dibina di kawasan yang majoritinya pemakan babi.

"Kita tidak menghalang hak kaum lain untuk menternak dan memakan babi, tetapi jagalah sensitiviti orang Islam," katanya.

Sebelum ini kertas cadangan mengenai kelulusan pelaksanaan ladang ternakan babi di Kuala Langat tersebar luas di media sosial.

Mengulas mengenai tentangan itu, Azmin menyifatkan bantahan itu sebagai isu biasa yang membabitkan cadangan pembangunan.

Bagaimanapun katanya, kerajaan negeri tidak pernah mengabaikan bantahan tersebut dengan mengambil pendekatan untuk mendengar secara terus apa yang dibangkitkan pihak tertentu.

"Dalam mana-mana isu pembangunan, mesti akan ada bantahan daripada pelbagai pihak. Tetapi dasar kerajaan negeri, kita akan mendengar dan mendekati pihak-pihak berkuasa, penduduk setempat, NGO dan sebagainya sebelum sebarang keputusan diambil.

"Pada saya ini bukan masalah luar biasa bagi sebuah kerajaan yang mengamalkan demokrasi, dan kita menghormati pandangan rakyat," katanya. – 20 Disember, 2014.

www.themalaysianinsider.com

Najib teruskan BR1M kerana percaya ‘Duit itu Raja’, kata Dr Mahathir OLEH MUZLIZA MUSTAFA

Posted: 20 Dec 2014 03:00 AM PST

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan ucapan di Program Kepimpinan Belia di Kuala Lumpur hari ini.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan ucapan di Program Kepimpinan Belia di Kuala Lumpur hari ini.

Kerajaan melakukan kesalahan besar dengan memberikan bantuan wang tunai secara "one-off" kepada penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) untuk membantu mengurangkan bebanan peningkatan kos sara hidup mereka, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir berkata, beliau pernah menasihati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya menghentikan program berkenaan dengan mengatakan ia adalah langkah yang silap, namun Najib masih berdegil dan meneruskan pemberian wang tunai itu.

"Daripada kita memberikan wang tunai, lebih baik kita berikan latihan dan kemahiran. Saya sudah kata kepada Najib tetapi beliau percaya 'duit itu raja' dan boleh mendapatkan sokongan," kata Dr Mahathir, ketika menjawab pertanyaan daripada peserta dalam Program Kepimpinan Belia di Kuala Lumpur hari ini.

Bekas perdana menteri yang pernah bekhidmat selama 22 tahun itu berkata, di bawah Dasar Ekonomi Baru, komuniti Melayu diberikan tempoh 20 tahun untuk mencapai status 30% pegangan ekonomi Bumiputera, namun gagal.

"Tempohnya dilanjutkan namun tetapi kita masih gagal mencapai sasaran," katanya.

Komuniti Melayu katanya harus sedar, "tongkat" tidak akan diberi selama-lamanya.

"Selepas beberapa lama kita perlu buang tongkat itu. Tetapi sesetengahnya beranggapan tongkat itu adalah hak mereka, dan itu tidak benar sama sekali," katanya lagi.

Dr Mahathir sejak akhir-akhir ini dilihat seringkali mengkritik Najib.

Antara isu yang dibangkitkan adalah kontroversi tadbir urus kewangan syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Beliau merupakan pengkritik utama yang menuntut Putrajaya menjelaskan manfaat 1MDB untuk rakyat Malaysia memandangkan syarikat itu mempunyai jumlah hutang terkumpul sebanyak RM38 bilion bagi tempoh lima tahun operasinya.

Dr Mahathir turut mengkritik Najib dan kepimpinan utama Umno berhubung gagal mnyebut berkenaan kontroversi 1MDB, sekurang-kurangnya ketika perhimpunan agung Umno bulan lalu.

"Semua orang salahkan saya. Termasuk yang baik. Kalau yang baik saya terima, kalau tidak saya nafikan," katanya.

Beliau berkata, suara tidak puas hati wujud sekian lama dalam parti namun tiada kekuatan untuk dikeluarkan, tetapi apabila melihat beliau menyatakan secara terbuka, keberanian mula timbul untuk membangkitkan isu berkenaan Umno dan Putrajaya.

"Benda dah lama, tapi mungkin mereka tidak berani sebelum ini. Tapi selepas melihat saya, mereka cukup berani," katanya.

Khairuddin Abu Hassan, yang merupakan pemimpin Umno Batu Kawan membuat laporan polis berhubung 1MDB di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pada 12 Disember lalu.

Beliau membangkitkan berlaku kecurigaan terhadap pengurusan kewangan yang tidak telus oleh 1MDB.

Dr Mahathir berkata, tidak penting untuk jawatan seseorang itu, apa yang lebih penting adalah mereka mulai bersuara.

"Saya dengar banyak, di luar sana yang tidak puas hati dengan kepimpinan sekarang." – 20 Disember, 2014.

themalaysianinsider.com/bahasa/.

Melayu ‘mengemis’ untuk kekal berkuasa, kata Tun Mahathir OLEH MUZLIZA MUSTAFA

Posted: 20 Dec 2014 02:15 AM PST

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata walaupun Malaysia berstatus negara maju, bangsa Melayu masih ketinggalan hari ini.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata walaupun Malaysia berstatus negara maju, bangsa Melayu masih ketinggalan hari ini.

Perpecahan antara kumpulan Melayu melemahkan kedudukan bangsa itu dalam politik, menyebabkan mereka terpaksa merayu daripada bangsa lain untuk terus kekal berkuasa, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir berkata, komuniti Melayu yang membentuk sejumlah 60% daripada keseluruhan populasi di negara ini seharusnya mempunyai kuasa politik untuk memerintah, namun kuasa itu katanya kini semakin lemah.

"Sekarang Umno, PKR, dan PAS terpaksa merayu kepada DAP untuk menang pilihan raya. Apabila kita menjadi pengemis kita tidak lagi ada kuasa," katanya, ketika berucap di Program Kepimpinan Belia di Kuala Lumpur, hari ini.

Dr Mahathir turut memberi amaran, walaupun Malaysia mencapai status negara maju, Melayu akan terus ketinggalan dan itulah nasib bangsa tersebut hari ini.

Dr Mahathir sebelum itu dalam ucapannya berkata, sejarah memainkan peranan penting dalam mengenalpasti kelemahan seseorang, dan penting untuk belajar dari sejarah untuk mengelakkan ianya berulang.

"Kita perlu belajar dari sejarah dan mengambil iktibar apa yang berlaku. Kita perlu belajar taktik musuh kerana jika kita tidak berbuat demikian, sejarah akan berulang," kata Dr Mahathir.

Beliau turut mengeluarkan contoh Malaya jatuh kepada tangan British semasa era pemerintahan monarki.

Beliau berkata, Malaysia tidak akan merdeka hari ini tanpa usaha orang Melayu yang membantah pembentukan Malayan Union.

"Kerana kita bersatu, kita mencapai kemerdekaan dan selepas itu kita sedar kita tidak boleh memberi kuasa penuh kepada monarki," katanya.

Kemerdekaan juga katanya menjadikan Malaysia semakin bertambah maju dengan pesat.

Beliau berkata, ketika kerajaan memperkenalkan konsep berkongsi kekayaan dan juga pemberian kerakyatan kepada sejuta penduduk (berlainan bangsa), mengakibatkan kuasa politik Melayu berkurang.

"Kita bermula dengan 80% kemudian kurang kepada 60%. Kita menjadi lemah tetapi masih lagi majoriti, namun perpecahan antara orang Melayu setiap satunya mewakili kurang 50% undi Melayu menjadikan kita lemah dan bila ini berlaku kita tidak lagi mempunyai kuasa majoriti dan kuasa untuk memerintah.

"Kita perlu merayu kepada kaum lain untuk menang pilihan raya," kata Dr Mahathir.

Melayu dan Muslim juga katanya adalah nilai yang akan melindungi ummah.


"Kita hendak jadi tahfiz tetapi tidak kuasai Sains dan Matematik. Ini juga salah satu cara memartabatkan Islam," katanya, dan menambah, Al-Quran bukan setakat dibaca tetapi juga perlu dihayati.

"Janganlah kita mengambil ringan kepentingan ilmu lain," katanya lagi.

Beliau berkata, Melayu juga berpecah kerana mengikut pemimpin mereka yang buta ajaran Islam, sedangkan matlamat mereka sama.

"Kejayaan bukan diukur melalui warna kulit atau lokasi atau cuaca atau hasil bumi, tetapi diukur oleh budaya dan nilai," katanya.


Sekiranya orang Melayu berpegang kepada nilai yang baik mereka akan berjaya.

"Saya pun dimarahi orang Melayu kerana nasihat saya kerana ia menunjukkan sisi gelap mereka, tetapi jika kita tidak mengenalpasti kelemahan dan kita akan terus hidup dalam mimpi," tambahnya lagi. – 20 Disember, 2014.


themalaysianinsider.com/bahasa.

Mahathir belum baca surat 'Melayu ternama'

Posted: 20 Dec 2014 01:30 AM PST

  
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau masih belum membaca surat terbuka oleh "25 Melayu ternama" yang disarankan oleh anaknya, Datuk Marina.

"Saya belum membaca surat itu lagi. Ia tidak dilaporkan dalam akhbar.

"Saya tidak tahu siapa di belakangnya dan apakah kandungan (surat itu)," katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur.

Ditanya mengenai dakwaan bahawa beliau mungkin terlibat mendalangi kumpulan "25 Melayu ternama" itu, Mahathir berkata: "Semua orang menuduh saya mengenai semua perkara".

Beliau sebelum itu menghadiri satu konvensyen kepimpinan pemuda Melayu Nusantara

Nampak Gayanya Meluat Benar Mahathir Nih!

Posted: 20 Dec 2014 01:00 AM PST

 
Najib teruskan BR1M kerana percaya 'Duit itu Raja', kata Dr Mahathir OLEH MUZLIZA MUSTAFA

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan ucapan di Program Kepimpinan Belia di Kuala Lumpur hari ini.

Kerajaan melakukan kesalahan besar dengan memberikan bantuan wang tunai secara "one-off" kepada penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) untuk membantu mengurangkan bebanan peningkatan kos sara hidup mereka, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir berkata, beliau pernah menasihati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya menghentikan program berkenaan dengan mengatakan ia adalah langkah yang silap, namun Najib masih berdegil dan meneruskan pemberian wang tunai itu.

"Daripada kita memberikan wang tunai, lebih baik kita berikan latihan dan kemahiran. Saya sudah kata kepada Najib tetapi beliau percaya 'duit itu raja' dan boleh mendapatkan sokongan," kata Dr Mahathir, ketika menjawab pertanyaan daripada peserta dalam Program Kepimpinan Belia di Kuala Lumpur hari ini.

Bekas perdana menteri yang pernah bekhidmat selama 22 tahun itu berkata, di bawah Dasar Ekonomi Baru, komuniti Melayu diberikan tempoh 20 tahun untuk mencapai status 30% pegangan ekonomi Bumiputera, namun gagal.

"Tempohnya dilanjutkan namun tetapi kita masih gagal mencapai sasaran," katanya. Komuniti Melayu katanya harus sedar, "tongkat" tidak akan diberi selama-lamanya. "Selepas beberapa lama kita perlu buang tongkat itu. Tetapi sesetengahnya beranggapan tongkat itu adalah hak mereka, dan itu tidak benar sama sekali," katanya lagi.

Dr Mahathir sejak akhir-akhir ini dilihat seringkali mengkritik Najib. Antara isu yang dibangkitkan adalah kontroversi tadbir urus kewangan syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Beliau merupakan pengkritik utama yang menuntut Putrajaya menjelaskan manfaat 1MDB untuk rakyat Malaysia memandangkan syarikat itu mempunyai jumlah hutang terkumpul sebanyak RM38 bilion bagi tempoh lima tahun operasinya.

Dr Mahathir turut mengkritik Najib dan kepimpinan utama Umno berhubung gagal mnyebut berkenaan kontroversi 1MDB, sekurang-kurangnya ketika perhimpunan agung Umno bulan lalu. "Semua orang salahkan saya. Termasuk yang baik. Kalau yang baik saya terima, kalau tidak saya nafikan," katanya.

Beliau berkata, suara tidak puas hati wujud sekian lama dalam parti namun tiada kekuatan untuk dikeluarkan, tetapi apabila melihat beliau menyatakan secara terbuka, keberanian mula timbul untuk membangkitkan isu berkenaan Umno dan Putrajaya.

"Benda dah lama, tapi mungkin mereka tidak berani sebelum ini. Tapi selepas melihat saya, mereka cukup berani," katanya.

Khairuddin Abu Hassan, yang merupakan pemimpin Umno Batu Kawan membuat laporan polis berhubung 1MDB di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pada 12 Disember lalu. Beliau membangkitkan berlaku kecurigaan terhadap pengurusan kewangan yang tidak telus oleh 1MDB.

Dr Mahathir berkata, tidak penting untuk jawatan seseorang itu, apa yang lebih penting adalah mereka mulai bersuara. "Saya dengar banyak, di luar sana yang tidak puas hati dengan kepimpinan sekarang." – 20 Disember, 2014

Posted by mountdweller
Nampak Gayanya Meluat Benar Mahathir Nih! Najib teruskan BR1M kerana percaya 'Duit itu Raja', kata Dr Mahathir OLEH MUZLIZA MUSTAFA Published: 20 December 2014 Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan ucapan di Program Kepimpinan Belia di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 20 Disember, 2014. Kerajaan melakukan kesalahan besar dengan memberikan bantuan wang tunai secara "one-off" kepada penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) untuk membantu mengurangkan bebanan peningkatan kos sara hidup mereka, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Dr Mahathir berkata, beliau pernah menasihati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya menghentikan program berkenaan dengan mengatakan ia adalah langkah yang silap, namun Najib masih berdegil dan meneruskan pemberian wang tunai itu. "Daripada kita memberikan wang tunai, lebih baik kita berikan latihan dan kemahiran. Saya sudah kata kepada Najib tetapi beliau percaya 'duit itu raja' dan boleh mendapatkan sokongan," kata Dr Mahathir, ketika menjawab pertanyaan daripada peserta dalam Program Kepimpinan Belia di Kuala Lumpur hari ini. Bekas perdana menteri yang pernah bekhidmat selama 22 tahun itu berkata, di bawah Dasar Ekonomi Baru, komuniti Melayu diberikan tempoh 20 tahun untuk mencapai status 30% pegangan ekonomi Bumiputera, namun gagal. "Tempohnya dilanjutkan namun tetapi kita masih gagal mencapai sasaran," katanya. Komuniti Melayu katanya harus sedar, "tongkat" tidak akan diberi selama-lamanya. "Selepas beberapa lama kita perlu buang tongkat itu. Tetapi sesetengahnya beranggapan tongkat itu adalah hak mereka, dan itu tidak benar sama sekali," katanya lagi. Dr Mahathir sejak akhir-akhir ini dilihat seringkali mengkritik Najib. Antara isu yang dibangkitkan adalah kontroversi tadbir urus kewangan syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB). Beliau merupakan pengkritik utama yang menuntut Putrajaya menjelaskan manfaat 1MDB untuk rakyat Malaysia memandangkan syarikat itu mempunyai jumlah hutang terkumpul sebanyak RM38 bilion bagi tempoh lima tahun operasinya. Dr Mahathir turut mengkritik Najib dan kepimpinan utama Umno berhubung gagal mnyebut berkenaan kontroversi 1MDB, sekurang-kurangnya ketika perhimpunan agung Umno bulan lalu. "Semua orang salahkan saya. Termasuk yang baik. Kalau yang baik saya terima, kalau tidak saya nafikan," katanya. Beliau berkata, suara tidak puas hati wujud sekian lama dalam parti namun tiada kekuatan untuk dikeluarkan, tetapi apabila melihat beliau menyatakan secara terbuka, keberanian mula timbul untuk membangkitkan isu berkenaan Umno dan Putrajaya. "Benda dah lama, tapi mungkin mereka tidak berani sebelum ini. Tapi selepas melihat saya, mereka cukup berani," katanya. Khairuddin Abu Hassan, yang merupakan pemimpin Umno Batu Kawan membuat laporan polis berhubung 1MDB di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pada 12 Disember lalu. Beliau membangkitkan berlaku kecurigaan terhadap pengurusan kewangan yang tidak telus oleh 1MDB. Dr Mahathir berkata, tidak penting untuk jawatan seseorang itu, apa yang lebih penting adalah mereka mulai bersuara. "Saya dengar banyak, di luar sana yang tidak puas hati dengan kepimpinan sekarang." – 20 Disember, 2014 Posted by mountdweller

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT