Kelab Greenboc |
- Rosyam Nor Seru Boikot HAMLEYS... HAMLEYS Lantas Mohon Maaf...
- Minyak: Rakyat Pula Kena Beri Subsidi Kepada Kerajaan RM274 Juta
- [BERGAMBAR] Perjuang Kalimah ALLAH Stail PERKASA: Dedah Dada Merata-rata!
Rosyam Nor Seru Boikot HAMLEYS... HAMLEYS Lantas Mohon Maaf... Posted: 21 Dec 2014 12:21 AM PST Sebelum ini cerita panas mengenai anak gadis Rosyam Nor itu disuruh membuka tudung jika ingin bekerja di sebuh kedai di pusat membeli belah terkemuka tanah air tersebar meluas di Media Sosial. Dengan itu pihak HAMLEYS tampil dengan permohonan maaf. Rupa-rupanya salah seorang pekerja HAMLEYS yang baru dan tidak mempunyai kuasa untuk menemuduga atau mengambil pekerja, telah memberi maklumat yang tidak tepat. ehm selepas ini kami berharap pihak HAMLEYS lebih peka isu - isu seperti ini. Ini kerana banyak menguris hati orang Islam di negara ini Permohonan maaf daripada pihak HAMLEYS Ini kata Rosyam Nor: Sedih, harini anak saya yg baru habis SPM gi mintak kerja nak isi masa terluang TAPI syarat kena bukak tudung. Kedai HAMLEY's !!! Kurang aja Kedai tu kat ONE UTAMA .ingat nama HAMLEYS jgn masuk k Diharap perkara ini menjadi perhatian kerana seperti merendahkan agama, maruah orang dan menggalakkan orang membuka tudung. Rosyam Nor juga meminta orang ramai boikot kedai tersebut. Ini pula tulis Hamleys Malaysia: Salam to our Muslim brothers and sisters... Please bear with us while we investigate this alleged incident thoroughly. Thank you for your kind patience. Hamleys kini sedang menyiasat kejadian yang menimpa anak gadis Rosyam Nor sumber: fb penmerahdotcom |
Minyak: Rakyat Pula Kena Beri Subsidi Kepada Kerajaan RM274 Juta Posted: 20 Dec 2014 11:28 PM PST Rakyat bayar harga lebih untuk RON95 Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata pengguna terpaksa menanggung harga tinggi untuk petrol RON95, sedangkan harga purata bagi 15 hari pertama Disember 2014 jatuh ke paras kurang dari RM2 seliter. Menurutnya, formula yang diumumkan oleh kerajaan BN sebelum ini menunjukkan harga RON95 kini telah jatuh ke paras RM1.98 liter tanpa subsidi. Malah, jika subsidi 30 sen seliter dikembalikan, maka harga RON95 bagi dua minggu pertama bulan ini secara purata telah jatuh ke paras RM1.68 seliter, katanya. "Sehingga kini, tidak ada seorang pemimpin BN pun yang berani menafikan kenyataan saya sebelum ini bahawa rakyat telah terlebih bayar harga minyak yang lebih tinggi yang dianggarkan RM274 juta dalam tempoh 45 hari sejak 1 November 2014. "Mengikut amalan biasa, jumlah ini dikembalikan oleh syarikat-syarikat minyak kepada kerajaan sebagai cukai tersembunyi," katanya dalam satu kenyataan. Berdasarkan pengiraan itu, beliau mendesak kerajaan BN agar tidak berdolak dalih dan menurunkan harga RON95 kepada RM1.90 serta merta. Rafizi berkata, jika harga RON95 yang akan diumumkan pada 31 Disember ini lebih tinggi dari RM1.90 seliter, ia bermakna BN terus memanipulasi harga RON95 dan diesel untuk mendapatkan keuntungan melalui cukai minyak secara tersembunyi. "Selagi BN tidak menafikan perkara ini dan menjelaskan mekanisme sebenar, siapa yang menyimpan jumlah RM274 juta yang dibayar lebih oleh rakyat ini, selagi itulah rakyat akan terus beranggapan bahawa mereka dicukai secara tersembunyi melalui harga RON95 dan diesel yang lebih tinggi," katanya. Sementara itu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan dalam laporan Bernama semalam menyebut, harga runcit RON95 dan diesel dijangka diturunkan di bawah paras RM2 seliter mulai 1 Jan ini, sekiranya harga minyak dunia kekal mengalami penurunan. "Sekiranya harga minyak dunia terus mengalami penurunan selama tempoh 10 hari akan datang ini, saya yakin harga runcit RON95 dan diesel boleh ditetapkan pada harga di bawah RM2 seliter," katanya. Harga runcit semasa bagi RON95 dan diesel pada ketika ini masing-masing RM2.26 dan RM2.23 seliter. -mk
ULASAN GB Setelah mengumumkan penghapusan subsidi minyak, dengan penurunan harga minyak dunia, nampaknya kerajaan UMNO BN tidak menurunkan harga minyak negara sepertimana yang dijanjikan. Kerajaan melengah-lengahkan penurunannya sehingga 2015, tidak seperti apabila harga minyak dunia naik, serta-merta akan dinaikkan harga minyak negara. Malah di dalam beberapa kes yang lepas, apabila harga minyak dunia jatuh, tiba-tiba harga minya negara pula naik! Kini rakyat yang dilihat terpaksa memberikan subsidi kepada kerajaan setiap hari. Demikian hukum kebenaran dan keadilan berjalan, sebuah kerajaan yang dapat tegak hasil pemberian subsidi oleh rakyatnya sendiri.... dan kerajaan subsidi tidak akan dapat bertahan lama... |
[BERGAMBAR] Perjuang Kalimah ALLAH Stail PERKASA: Dedah Dada Merata-rata! Posted: 20 Dec 2014 05:55 PM PST Gambar-gambar konvoi bermotor PERKASA pertahankan kalimah Allah. Hai perkasa. I dengar u nak pertahankan kalimah Allah. Lebih tepat you nak pertahankan kesucian kalimah Allah dari digunakan oleh mana2 pihak non muslim di malaysia be it kristian ke sapa ke seme tak boleh hanya muslim je boleh menggunakan ia. Itulah tujuan asal you all seme berkonvoi semalam. Menggunakan motor. Konvoi bermotor nama diberi. Matlamat pertahankan kesucian kalimah Allah jadi sasaran. Maaf, i tak dapat join. Bukan sebab busy. Atau malas. Cuma i tak cukup alim macam you all. Terus terang. Bagi orang macam i, momantai la kristian nak guna ke apa ke nak gunakan Kalimah Allah.. dalam bible ke dalam gereja ke apa ke.. lantak la. Itu bukan my biggest concern, currently. Boleh dikatakan aku tak memandang non muslim ancaman kepada akidah umat islam. Boleh dikatakan aku beranggapan ada isu yang lebih penting untuk diselesaikan dan ditumpukan berbanding isu kalimah Allah itu. Maka, begitulah aku berfikir. Jadi, PERKASA i am so sorry because not supporting your cause. Apa pun tahniah ek, cara korang pertahankan kalimah Allah agak unik untuk direnungkan. Well, yang harus itu harus hukumnya. Yang wajib itu wajib hukumnya. Sebelum pertahankan yang harus, marila kita mengimani yang wajib, oke? Bai. -malaysiansmustknowthetruth ULASAN GB Hukum kebenaran dan keadilan verjalan. Terserlah siapa "munafik" sebenar dalam masyarakat kita... |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan