Sabtu, 20 Disember 2014

dollah yankee

dollah yankee


Rakyat tak pernah percaya...

Posted: 20 Dec 2014 06:22 PM PST




Gurkah-gurkah politik di'port' percaya GST (go squeez them@pergi cekik mereka) tidak akan menguntungkan dan menyenangkan rakyat sebagaimana yang dicanang-canang siang dan malam.

Sebahagian besar rakyat pulak tidak yakin dan langsung hilang kepercayaan yang ianya akan diurus dengan baik kerana kerajaan BN Malaysia telah membuktikan acap kali kelemahannya dalam urusan yang melibatkan kewangan rakyat – contoh terkini ialah kegagalan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang mempunyai hampir RM42 bilion hutang semasa, dan meningkat setiap hari. 


Kerajaan yang dipercayai ialah kerajaan yang menentukan langkah-langkahnya menurut perspektif rakyatnya. Segala ilham yang diperlukan untuk membentuk mekanisme dan kaedah-kaedah yang perlu bagi menjayakan hasrat mensejahterakan rakyat itu, akan dianugerahkan tanpa sebarang kesukaran dan disambut baik oleh kebanyakan rakyat.

Hanya melalui kesanggupan politik (political will) sahaja intergriti dapat dicapai. Dalam suasana ramai ramai rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah, pelaksanaan GST akan menambahkan lagi kos sara hidup keluarga masing-masing.


dollah yankee -

tambah mat maslan..lagi orang tak percaya..
kah..kah..kah..

Tiada ulasan: