WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
PAS mahu masuk BN wahai Pak Daeng ! Posted: 06 Dec 2014 05:46 AM PST PAS mahu masuk BN wahai Pak Daeng ! oleh AL HUSSEYNPAS mahu masuk BN, kalau ada... saya yakin tak ada- Pak DaengPERMATANG PAUH: Bekas Ahli Majlis Syura Ulamak PAS, Dr Sanusi Daeng Mariok yakin tidak ada orang PAS yang mahu membawa parti itu ke dalam Umno atau Barisan Nasional (BN). "Ada pula orang kata PAS mahu masuk BN, kalau ada... saya yakin tak ada," tegasnya ketika menyampaikan kuliah Maghrib bertajuk Tarbiah: Pasang Surut Perjuangan pada Ijtimak Tarbawi 4.0 di Yayasan An-Nahdhoh, dekat sini malam ini. Katanya, jika ada dalam kalangan pemimpin PAS yang berangan-angan demikian kerana untuk mendapatkan jawatan menteri tetapi sebenarnya mereka tidak tahu penderitaan PAS semasa dalam BN. "Orang itu tak tahu penderitaan PAS dalam BN, hinanya PAS dalam BN," ujar beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Rantau Panjang. Sehubungan itu, beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Daeng berharap jangan ada dalam kalangan pemimpin PAS sekarang yang berfikir ke arah itu. Jangan kata tak ada, ada - Ust Ahmad AwangPenafian Pak Daeng sebagaimana diatas itu bukan perkara baru. Malah Mantan Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa sendiri pernah memperjelaskan bahawa kepemimpinan tertinggi parti itu tidak pernah mempunyai sebarang niat atau perancangan untuk bersama dengan Umno atau BN.Bacalah di sini. Dan kini semua orang PAS dah tahu siapa mamat tu sebenarnya kan? Gambar berikut boleh menceritakan..... Ketika menyampaikan ucapan penangguhan dalam Muktamar ke-55 PAS, Ustaz Ahmad mendedahkan seorang pemimpin PAS menelefon beliau dan menghasut beliau supaya bersetuju dengan pembentukan kerajaan bersama-sama Umno di Perak. Ustaz Ahmad Awang ketika itu tidak mendedahkan nama musang yg berbulu ayam tersebut sebagai adab yang mulia dan ketinggian akhlak beliau, namun kini ramai yang sudah mengenali siapa sebenarnya musang itu! Ada pihak perwakilan yang kata mana ada di antara kita yang nak pergi berunding atau bersama dengan UMNO. Saya nak beritahu bahawa ketika kami di Perak dah buat keputusan sungguh tegas untuk tidak bersama UMNO dan dah putus untuk bersama DAP dan PKR, kami dihubungi oleh pimpinan tertinggi, "Tak bolehkah kita kaji keputusan untuk bersama dengan UMNO?". Mereka menafikannya, tetapi semuanya kantoi bila Mantan PM Abdullah Badawi sendiri telah mendedahkan mengenai beberapa pertemuan Umno dan PAS. Dan apakah Pak Daeng begitu naif mengenai apa yg sebenarnya berlaku dalam PAS? Bahawa Hj Hadi sendiri telah mengakuinya sewaktu dalam mesyuarat JKPP pada 25 Ogos lalu? Walaupun berita yg dilaporkan oleh Malaysian Insider tersebut dinafikan oleh Setpol Presiden, itu hanyalah sekadar penafian untuk cuba menutup kemaluan presiden, dan tidak ada langkah-langkah guaman untuk menuntut malu atas berita yg dikatakan berniat jahat itu. AJK yang sama bertanya lagi isi kandungan perbincangan dengan Azmin, lalu dijawab yang Azmin diajak menyertai PAS bersama dua atau tiga orang lagi Adun PKR. Cukuplah sekadar itu komentar saya terhadap kenyataan Pak Daeng yang menafikan tentang ujudnya UG.Ucapan sepenuhnya sila baca di HARAKAHDAILY 5/12/2014 |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan