dollah yankee |
Rakyat Sabah men'juih bibir mereka Posted: 06 Dec 2014 06:06 AM PST "Tiada motif politik dalam pengeluaran kad pengenalan haram," kata Ketua Setiausaha Negara Ali Hamsa semasa melancarkan laporan tersebut di Kota Kinabalu hari ini. Safiah Murni · Top Commenter Semua rakyat sabah ketawa hanya rakyat semenanjung saja terkial2 percaya dengan tak percaya yang bodoh masih banyak lagi Rumusan dari gurkah-gurkah politik di'port' yang telah berjaya membaca keseluruhan laporan RCI (yang dipinjam) selama 1 hari 1 malam itu ialah ... Memang ada alasan yang cukup kuat untuk mengatakan ada kebenaran tentang wujudnya "Projek IC" di Sabah. Banyak nama-nama bekas menteri umno/BN yang timbul semasa RCI ini, tetapi yang kena tangkap hanya kerani dan opis boy Jabatan Pendaftaran Negara Sabah. Kah..Kah..Kah.. "Projek IC" ini kemungkinan sudah ujud sekian lama, mungkin sudah pun mencapai usia 20 atau 30 tahun. Apa kah "projek" ini masih diteruskan hingga hari ini? Jika ianya sudah ujud sejak sekian lama,... 'Something is very-very wrong with our government'. Menurut pengakuan bekas Ketua Jab Pendaftaran Negeri Sabah, dia dan staf-staf disana telah pun meluluskan kira-kira 200,000 permohonan IC diantara tahun 1990-1992. Dalam laporan itu juga ada pengakuan daripada pendatang-pendatang asing ini yang telah pun mengundi sebanyak 3 kali pilihanraya dengan menggunakan IC tanpa sijil ke'warganegara'an. Dengan begitu ramai pendatang-pendatang yang telah mengundi pada pilihanraya Sabah ini, gurkah-gurkah politik ini tertanya-tanya sesama sendiri "apa kah kerajaan yang memerintah Sabah sekarang dan dulu dulu itu sah?!". dollah yankee - RCI... yang buang duit,buang masa! |
You are subscribed to email updates from dollah yankee To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan