WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- MAS RUGI 7 JUTA SEHARI
- WAJIB BACA TERUTAMA PENYOKONG UMNO: Umno PUNCA MELAYU MEREMPAT....MELAYU Umno SEBENARNYA
- Kesan Maksiat Tetap Berbahaya Walaupun Mendapat Keampunan
Posted: 21 Dec 2014 04:49 PM PST Cari siapa perosak MAS Bekas Pengarah Urusan MAS itu tidak sanggup melihat syarikat yang dijaganya selama 20 tahun kini kerugian hampir RM7 juta setiap hari, sesuatu yang tidak pernah dibayangkan semasa beliau dan pasukannya membuka MAS pada 1972 sehinggalah beliau bersara daripada syarikat itu pada 1992. Beliau menegaskan, terlalu banyak masalah dihadapi MAS selama ini dan pihak bertanggungjawab tidak boleh dilepaskan begitu sahaja. "MAS sejak 20 tahun lepas telah rugi banyak dan sekarang ini ada liabiliti lebih kurang RM12 bilion dan kerugian tiap-tiap hari RM7 juta. "Banyak harta terutama bangunan termasuk ibu pejabat di Kuala Lumpur telah dijual dan merata pejabat (MAS) di dunia telah dijual. "Kerajaan melalui duit pembayar cukai telah rugi berbilion ringgit. Ramai rakyat rugi berbilion ringgit sebab saham yang dibeli mula-mula pada 1985 bernilai RM11.50, sekarang terpaksa jual 27 sen. "Kini, kakitangan pula akan dipecat seramai 6,000. Oleh sebab ini semua, adalah perlu bagi kerajaan menubuhkan suruhanjaya menyiasat punca semua ini berlaku dan siapa yang bertanggungjawab," katanya. |
WAJIB BACA TERUTAMA PENYOKONG UMNO: Umno PUNCA MELAYU MEREMPAT....MELAYU Umno SEBENARNYA Posted: 21 Dec 2014 03:09 AM PST Dr Mahathir, kegagalan Umno jadikan Melayu 'pengemis', kata pemimpin PakatanPemimpin Pakatan Rakyat (PR) menafikan orang Melayu di negara ini terpaksa mengemis demi kuasa politik, sebaliknya menegaskan kenyataan yang dikeluarkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu memalukan kepimpinan negara. Ahli Parlimen PR berpendapat, pengemis yang dimaksudkan Dr Mahathir adalah parti Melayu Umno, dan bukannya komuniti Melayu di negara ini seperti didakwa beliau. "Umno sebenarnya yang jadi pengemis terdesak, bukan orang Melayu," kata Pembantu Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan Zairil Khir Johari (gambar) dalam kenyataannya hari ini. "Saya amat sedih dengan hakikat seorang pemimpin terhormat seperti Dr Mahathir mampu merendahkan diri sehingga menggambarkan senario yang bukan sahaja mustahil tetapi juga tidak lebih daripada satu muslihat tipu daya," kata ahli Parlimen Bukit Bendera itu lagi. "Sekarang Umno, PKR, dan PAS terpaksa merayu kepada DAP untuk menang pilihan raya. Apabila kita menjadi pengemis, kita tidak lagi ada kuasa," katanya ketika berucap di Program Kepimpinan Belia di Kuala Lumpur. Beliau turut memberi amaran, walaupun Malaysia mencapai status negara maju, Melayu akan terus ketinggalan dan itulah nasib bangsa tersebut hari ini. Zairil berkata, dominasi Melayu dalam setiap aspek masyarakat Malaysia sebenarnya berada di kemuncak terutamanya dari aspek politik apabila setiap jawatan penting kerajaan, daripada perdana menteri kerajaan Persekutuan dan 12 daripada 13 menteri besar negeri dipegang oleh orang Melayu. "Dominasi Melayu juga sangat jelas dalam institusi-institusi negara seperti badan kehakiman, pasukan polis, perkhidmatan awam dan tentera. Jika itu tidak mencukupi, Melayu juga membentuk majoriti penduduk Malaysia, selain mencatatkan kadar kesuburan yang satu setengah kali lebih daripada orang Cina. Ini bermakna orang Cina dan kaum-kaum lain semakin mengecil dari segi populasi penduduk," katanya. Tambahnya lagi, meskipun pemilikan ekuiti Melayu pada tahun-tahun awal Dasar Ekonomi Baru mungkin dalam digit tunggal, pemilikan ini berkembang dengan pesat sejak beberapa dekad lalu. Menurut Bank Pembangunan Asia, ekuiti yang dimiliki syarikat berkaitan kerajaan (GLC) daripada permodalan pasaran Bursa Malaysia dan penanda aras pasaran Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) masing-masing berada pada kadar 36 % dan 54 %. "Ini bermakna sebahagian besar ekonomi negara kita dikuasai oleh GLC yang secara umumnya dikuasai oleh orang Melayu." "Dan jika semua di atas tidak mencukupi, kedudukan istimewa Melayu juga termaktub dalam Perlembagaan. Selain itu, bukan sahaja sebarang pindaan Perlembagaan yang melibatkan kedudukan Melayu memerlukan majoriti dua pertiga di Parlimen (yang dalam erti kata lain memerlukan sokongan penuh Melayu), ia juga memerlukan kelulusan Raja-raja Melayu. Jaminan ini bermakna tidak akan ada sebarang ancaman terhadap orang Melayu di negara ini," tambahnya. Beliau berkata, dengan prestasi Umno yang semakin terdesak, tidak menghairankan Umno dan Dr Mahathir terpaksa menjaja ketakutan serta memilih cara terdesak untuk memulihkan sokongan sokongan yang merosot. Naib Presiden PKR Chua Tian Chang (gambar) berkata, daripada mengungkit isu perkauman, rakyat Malaysia seharusnya menumpukan kepada perjuangan mereka untuk menghadapi ekonomi global yang tidak menentu. "Sebenarnya saya tidak minat bagi komen tentang Dr Mahathir. Bagi saya, beliau kini nampaknya agak terdesak sebab mungkin suaranya tidak lagi diendahkan orang Umno. Justeru, beliau ingin memberi amaran kepada orang Umno supaya pertahankan legasi beliau," katanya yang juga ahli Parlimen Batu kepada The Malaysian Insider. "Bagi saya itu tujuannya. Saya tidak ambil berat sangat tentang apa yang disebut kerana Dr Mahathir selalunya memanipulasikan fakta, baik sejarah atau realiti masyarakat untuk matlamat politiknya," katanya dan menambah,"Isu perkauman tidak lagi relevan sekarang ini." Ahli Parlimen Seputeh daripada DAP, Teressa Kok berkata beliau yakin Dr Mahathir tidak akan menjadi pengemis di tanah air ini dan terus mendominasi politik. "Ini hanyalah untuk mengembalikan sokongan kepada Umno, dan ia tidak akan berjaya," kata Kok. Tambahnya, orang Melayu sudah mula berubah, namun Dr Mahathir masih lagi berada di takuk lama tanpa sebarang perubahan. Ahli Parlimen Pokok Sena daripada PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata kenyataan Dr Mahathir itu tidak lebih daripada sekadar menunjukkan kegagalan Umno menjaga kepentingan orang Melayu, sedangkan parti itu kononnya menjadi pejuang bangsa Melayu. "Kenyataan Dr Mahathir satu perkara memalukan kepimpinan politik Meayu yang berkuasa. Kenyataan itu menunjukkan Umno gagal dalam menjaga kepentingan orang Melayu. "Ini menunjukkan selama ini kepimpinan Melayu yang berkuasa ini mengkhianati orang Melayu. Apa yang dibangkitkan beliau itu mengemis kuasa, ia ada kaitan membina masyarakat Melayu," kata ketua penerangan PAS itu. Mahfuz berkata, segala urusan dan kepimpinan utama negara termasuk jumlah penjawat awam kesemuanya didominsi orang Melayu dan sudah semestinya orang Melayu mencapai pencapaian yang besar dari aspek kedudukan Melayu. "Tetapi kita masih lagi mengemis, menjerit-jerit meminta tempat dan kedudukan untuk orang Melayu dari segi ekonomi, pendidikan. "Ini pengkhianatan pimpinan politik Melayu Umno yang berkuasa selama ini," tambahnya. – 21 Disember, 2014. |
Kesan Maksiat Tetap Berbahaya Walaupun Mendapat Keampunan Posted: 21 Dec 2014 03:04 AM PST DETIK ISLAMSunday, December 21, 2014Selagi bergelar manusia, kita tidak terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat secara sedar ataupun tidak. Saya akui kelemahan diri ini yang sering gagal menangani kehidupan tanpa dosa. Tidak kira ia berlaku sama ada dari pandangan mata, pendengaran, butiran kata-kata dan anggota yang lain. Apabila dikuasai oleh nafsu dan pujukan musuh manusia, syaitan laknatullah, saya hilang rasa malu untuk melakukan dosa walaupun akidah kita dipaterikan bahawa Allah itu Maha Mengetahui segalanya apa yang berlaku di langit dan bumi, yang terang mahupun yang tersembunyi. Namun seperti biasa, selepas melakukan dosa dan maksiat saya akan mulai sedar kembali bahawa diri telah terjebak dengan perkara mungkar. Timbul rasa penyesalan dan malu akan apa yang sudah berlaku. Ia seterusnya mengajak diri untuk sujud memohon keampunan daripada-Nya. Di sini akan terasa sayang dan cinta-Nya kepada para hamba-hamba-Nya yang menyesal perbuatan mereka. Lagi menambahkan rasa malu dan segannya saya sebagai hamba kepada-Nya. Titisan air mata penyesalan jatuh agar dosa-dosa sebelumnya diampunkan oleh-Nya. Maha Suci Allah, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat. Sebagaimana disebutkan dalam hadith Qudsi, Nabi saw bersabda dari apa yang telah dikhabarkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala, baginda bersabda: "Dahulu, ada seorang yang telah berbuat dosa. Setelah itu, ia berdoa dan bermunajat; 'Ya Allah, ampunilah dosaku! ' Kemudian Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman: "Sesungguhnya hamba-Ku mengaku telah berbuat dosa, dan ia mengetahui bahwasanya ia mempunyai Tuhan yang dapat mengampuni dosa atau memberi seksa karena dosa." Kemudian orang tersebut berbuat dosa lagi dan ia berdoa; "Ya Allah, ampunilah dosaku!" Maka Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman: "Hamba-Ku telah berbuat dosa, dan ia mengetahui bahwasanya ia mempunyai Tuhan yang mengampuni dosa atau menyeksa hamba-Nya karena dosa…." (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim) Daripada hadis di atas, peringatan kepada diri saya yang hina ini dan sesiapa sahaja di luar sana mengalami situasi yang sama, pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba-hamba-Nya yang lemah dan menginsafi diri. Dan Allah swt tidak pernah berputus asa untuk mengampunkan hamba-Nya selagi seorang itu terus istiqamah memohon keampunan daripada-Nya. Ingin saya peringatan diri saya sendiri sekali lagi agar kita bersama-sama memohon keampunan daripada-Nya dengan penuh keikhlasan dan bersungguh-sungguh setiap masa dan jika boleh, setiap hari agar diri kita terselamat daripada sebarang sifat tercela. Sesungguhnya, maksiat tidak pernah memberikan sebarang nilai tambah kepada amal timbangan walaupun ia manis dan nikmat dilakukan. Beberapa minit yang lepas, saya terbaca satu ungkapan hebat daripada seorang ulama yang tidak asing yakni Ibnu Qayyim Rahimahullah akan kesan maksiat dalam kitab beliau Faraid seolah-olah tahu diri ini dirundung dalam perasaan bersalah dan berdosa. Ibn Qayyim menyebut bahawa ; "..antara kesan maksiat adalah pelakunya tidak banyak mendapatkan petunjuk, fikirannya kacau, ia tidak melihat kebenaran dengan jelas, hatinya rosak, daya ingatannya menjadi lemah, waktunya hilang sia-sia, dibenci manusia, hubungan dengan Allah renggang, doanya tidak dimakbulkan, hatinya keras, keberkahan rezeki dan umurnya musnah, diharamkan mendapatkan ilmu, hina, dihinakan musuh, dadanya sesak, diuji dengan teman-teman yang jahat yang merosak hati dan mensia-siakan waktu, cemas berpanjangan, sumber rezekinya ditarik, dan hatinya tergoncang. Maksiat dan lalai membuatnya lupa dzikir kepada Allah, sebagaimana tanaman tumbuh kerana air dan kebakaran terjadi kerana api." Ya Allah, begitu binasanya kesan perlakuan maksiat dalam kehidupan. Ya Allah, ampunilah aku, Sesungguhnya, aku telah melakukan perkara yang Engkau mahu hamba-Mu jauhi. Astarghfirullah.. *Sumber dari mesejabdul.wordpress.com |peribadirasulullah.wordpress.com |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan