Ahad, 21 Disember 2014

dollah yankee

dollah yankee


Cerita CIMB

Posted: 21 Dec 2014 04:00 PM PST

Saya Cina, kamu India, engkau Melayu, dia Benggali. Saya Islam, kamu Kristian,mereka yang lain kafir. 

Orang fikir ini cerita rumit. Kata orang ini hal sensitif. Lain bangsa. Lain agama. Kita dari asal yang satu. Hidup akan kompleks kalau terlalu banyak pantang larang. Itu tidak boleh ini tidak kena. Hidup mesti dilakar dengan indah. Namun penuh berhati-hati. Mengikut kehendak-Nya. Ada garis-garis panduan-Nya. Hidup harus berkenal-kenalan. Hidup wajar ada kepedulian. Hidup perlu berkasih sayang. Sayang tidak sewajibnya ada cinta. Hidup tidak boleh seorang, dan tidak akan menjadi. 

Mari mengelamun untuk masa depan yang tidak mustahil dan penuh cabaran.

Melayu Islam, Cina India Kristian atau Buddha…Sama makhluk yang dihidupkan dimuka bumi DENGAN kepercayaan agama masing-masing... "lakum di-nukum wali-yaddin", dan hala tuju dalam kehidupan yang amat berbeza. Sebagai manusia yang dilahirkan berakal fikiran haruslah bijak mengunakan akal fikiran untuk bertindak bijak demi untuk kesejahteraan semua pihak. Tiada yang lebih atau kurang atau sebaliknya. Yang penting hormat walaupun terkadang ada pihak seperti PERKASA, seperti geng Ali Tinju, macam PAKIDA yang bertindak mengikut hawa nafsu melepaskan ketidakpuasan hati dengan kata-kata dan perbuatan-perbuatan yang boleh mengambarkan ke'tidak'bijak'sanaan pemikiran sesetengah golongan... seperti mereka

dollah yankee -
Hidup ini kadang-kadang terlalu kompleks...

Tiada ulasan: