Ahad, 21 Disember 2014

Tukar Tiub

Tukar Tiub


SATU JEMPUTAN

Posted: 21 Dec 2014 06:45 PM PST




MALAM  ESOK

FORUM

SIARAN LANGSUNG @ RADIO BANGSAR UTAMA  

FORUM LOJI NUKLEAR 2015 : MUDARAT KEKAL! 

TARIKH : SELASA 23 DISEMBER 2014
MASA: 8.00  MALAM
TEMPAT: PUSAT KEBUDAYAAN LLG, JALAN MAHARAJALELA, KL 


Panelis : 

Dato' Dr. Ronald McCoy - Bekas Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA)

Prof Dr Tan Ka Kheng - Aktivis Anti-Lynas

Prof Ir. G. Lalchand - Felo Akademi Sains Malaysia 

Anas Alam Faizli - Profesional Bidang Tenaga


ANJURAN BERSAMA:

ANAK MALAYSIA ANTI-NUKLEAR 
PUSAT KEBUDAYAAN LLG 

AYUH DAFTAR SEBAGAI AKTIVIS AMAN! (Borang disediakan)

Twitter : @AMAntiNuklear








-----------

KERJA PALING JELAS

Posted: 21 Dec 2014 06:24 PM PST







Jururawat tak serik cetak, guna wang palsu

KOTA BHARU - Seorang jururawat dihukum penjara lapan tahun selepas mengaku salah memproses wang palsu, di mahkamah sesyen, di sini, hari ini.

Tertuduh, Nor Aziarina Ismail, 31, didakwa pada tuduhan pertama memproses dan memiliki alat mesin pencetak jenis Canon Pixma untuk tujuan pemalsuan 71 wang kertas RM100; 36 wang kertas RM20 dan 66 wang kertas RM10 dalam bilik sebuah rumah tidak bernombor di hadapan masjid Kampung Jelor, Pasir Puteh, pada jam 12.30 tengah hari, 29 November 2013.


Pada prosiding sama, tertuduh turut dihukum penjara lima tahun selepas mengaku pada tuduhan kedua memiliki 173 wang kertas RM100, RM20 dan RM10, pada masa, tarikh dan lokasi sama.



KAH KAH KAH

woit
ini baru betul
buat apa cari duit
susah susah
kulu kilir sesak nafas
lebih baik cetak duit
lagi pun duit ini
hanya kertas
amerika lagi teruk
cetak kertas untuk dunia
minah ni hanya beli minyak

APA PUNYA TUUUR




-----------

SUDAN MAMPOOS

Posted: 21 Dec 2014 05:49 PM PST




UMNO wajar bantu Utusan – Zam
 | December 21, 2014
Ini adalah merupakan saman yang bersejarah kerana bagi pertama kalinya seorang Menteri Besar UMNO menyaman suara UMNO ketika Utusan telah pun dimoralisekan dengan kekalahan beberapa saman.
PETALING JAYA: Wartawan veteran,  Zainuddin Maidin menggesa UMNO memberi sokongan kepada Utusan dalam saman bersejarah oleh Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob.
"Ini merupakan saman yang bersejarah kerana bagi pertama kalinya seorang Menteri Besar UMNO menyaman suara UMNO ketika Utusan telah pun dimoralisekan dengan kekalahan beberapa saman," katanya.

KAH KAH KAH

woit
berapa kali  dah kalah
kalau cetak akhbar
tak perlu PERMIT KDN
dah lama utusan meloyo
MAMPOOOS
dah lama terkubur

APA PUNYA TUUR





-----------

TURUN BERDEMO

Posted: 21 Dec 2014 05:19 PM PST





MULAKAN 

2015

 DENGAN 

DEMO





SATU








-----------

SATU CADANGAN

Posted: 21 Dec 2014 04:54 PM PST





CADANGAN

  1. , gua nak cadang Pak Abu dan Adun Meru diberikan award cool. juga cool. UAI dan Tantawi, jgn diberi apa2 walaupun depa poyo!



---------------

BERI HANGAT PAGI INI

Posted: 21 Dec 2014 04:03 PM PST




Palanivel 'ayahanda' samseng, kata Muneandy

Walaupun mengkritiknya, hakikatnya Presiden MIC G Palanivel sendiri seorang "ayahanda samseng dan ganas" dalam parti itu, kata seorang anggota jawatankuasanya Datuk N Muneandy.



KAH KAH KAH

woit
ini berita hangat
ini berita hot
hang ingat PAKIDA
saje ada ayahanda
MICIDA pun 
ada ayahanda juga
lagi GEMPAQ

KAH KAH KAH



------------

TURUN TETAP TURUN

Posted: 20 Dec 2014 10:30 PM PST





Pemuda PKR tetap protes walaupun dijamin minyak turun harga

Pemuda PKR akan tetap melaksanakan protes "Tuntut Harga Minyak RM1.90" di Dataran Merdeka pada malam ambang sambutan tahun baru meskipun Putrajaya memberi jaminan harga minyak RON95 akan turun di bawah paras RM2 penghujung tahun ini.

Pengarah Strategi Pemuda PKR, Akmal Nasir dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amad Maslan itu secara syak wasangka dan penuh berhati-hati.

KAH KAH KAH
turun tetap turun
demo tetap demo
kah kah kah



-----------

MENGAPA WAJIB BERDEMO

Posted: 20 Dec 2014 08:38 PM PST






HARGA PASARAN RON95 DUA MINGGU PERTAMA DISEMBER 2014 DI BAWAH RM2 SELITER
 
Harga pasaran RON95 menggunakan formula yang diumumkan oleh Barisan Nasional bagi dua minggu pertama Disember 2014 menunjukkan bahawa RON95 telah jatuh di bawah paras RM2 seliter, seperti berikut:
 
 
 
 
Tarikh
Harga pasaran sebenar (RM/liter)
1-Dec-14
2.05
2-Dec-14
2.05
3-Dec-14
2.03
4-Dec-14
2.01
5-Dec-14
2.01
6-Dec-14
2.01
7-Dec-14
2.01
8-Dec-14
1.98
9-Dec-14
1.98
10-Dec-14
1.94
11-Dec-14
1.94
12-Dec-14
1.92
13-Dec-14
1.92
14-Dec-14
1.92
15-Dec-14
1.90
 
Barisan Nasional mengumumkan bahawa harga RON95 bagi sesuatu bulan ditetapkan berdasarkan harga purata harga pasaran RON95 seperti yang ditetapkan oleh formula. Bagi 15 hari pertama Disember 2014, harga purata ini (dikira berdasarkan harga pasaran harian seperti di atas) telah jatuh ke paras RM1.98 liter (tanpa subsidi). Jika subsidi 30 sen seliter dikembalikan seperti yang dituntut oleh KEADILAN, harga RON95 bagi dua minggu pertama secara purata telah jatuh ke paras RM1.68 seliter.
 
Dalam keadaan harga minyak mentah terus jatuh mendadak minggu ini dan dijangka terus jatuh sepanjang 2015, harga pasaran harian bagi tempoh 16 Disember 2014 hingga 31 Disember 2014 juga akan lebih rendah dari RM1.90 seliter (merujuk kepada harga pada 15 Disember 2014).
 
Oleh yang demikian, saya memberi amaran kepada Barisan Nasional supaya jangan berdolak dalih untuk segera menurunkan harga RON95 kepada RM1.90 serta merta. Sekiranya harga RON95 yang diumumkan pada 31 Disember 2014 kelak adalah lebih tinggi dari RM1.90 seliter, ini bermakna Barisan Nasional terus memanipulasi harga RON95 dan diesel untuk mendapatkan keuntungan melalui cukai minyak secara tersembunyi.
 
 
Sehingga kini, tidak ada seorang pemimpin Barisan Nasional pun yang berani menafikan kenyataan saya sebelum ini bahawa rakyat telah terlebih bayar harga minyak yang lebih tinggi yang dianggarkan RM274 juta dalam tempoh 45 hari sejak 1 November 2014. Mengikut amalan biasa, jumlah ini dikembalikan oleh syarikat-syarikat minyak kepada kerajaan sebagai cukai tersembunyi.
 
Selagi Barisan Nasional tidak menafikan perkara ini dan menjelaskan mekanisme sebenar siapa yang menyimpan jumlah RM274 juta yang dibayar lebih oleh rakyat ini, selagi itulah rakyat akan terus beranggapan bahawa mereka dicukai secara tersembunyi melalui harga RON95 dan diesel yang lebih tinggi.
 
Saya mengulangi pendirian bahawa kerajaan wajib mengembalikan subsidi sekurang-kurangnya 30 sen seliter yang akan menyaksikan harga minyak RON95 dalam bulan Januari jatuh ke paras RM1.60 seliter. Penurunan begini selari dengan kejatuhan harga minyak mentah dunia dan harga petrol diesel yang lebih rendah yang dinikmati oleh negara-negara lain.
 
Saya juga menyeru supaya semua rakyat Malaysia turun ke Dataran Merdeka pada 31 Disember 2014 bermula 9 malam untuk #tuntut #turunhargaminyak kerana harga yang ada sekarang mengutip cukai secara tersembunyi dari rakyat. 
 
 
RAFIZI RAMLI
Naib Presiden/Setiausaha Agong KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan
 
19 Disember 2014


----------

YANG COOL & YANG POYO

Posted: 20 Dec 2014 08:00 PM PST











SIAPA COOL 

 SIAPA POYO
apa cool
apa poyo
apa sedang cool
apa terus poyo
apa yang in
apa yang out
apa yang trendy
apa yang apiah
minah mana cool
mamat mana poyo



CADANGAN



senarai cool & poyo
akhir tahun sedang disusun
tukar tiub minta 
cadangan  dari pembaca
apa yang cool
apa yang poyo
sila hantar cadangan




-----------

BERSIH -JANGAN TIPU

Posted: 20 Dec 2014 07:33 PM PST




SPR tidak boleh mengenepikan rakyat dalam proses persempadanan semula dan mengambil alih kuasa Parlimen dalam penambahan kerusi

 

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) mengutuk keengganan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Abdul Aziz Mohd Yusof untuk bertemu dengan kami dan kumpulan masyarakat sivil yang lain tentang isu persempadanan semula dan penambahan kerusi parlimen, seperti yang dilaporkan oleh The Malaysian Insider semalam.
 
Perkara 114(2) dalam Perlembagaan Persekutuan secara jelas menyatakan kepentingan keyakinan orang ramai terhadap tugas SPR. Keyakinan ini begitu penting sehingga ia menjadi kriteria tunggal yang menentukan pelantikan keahlian SPR oleh Yang di-Pertuan Agong.
 
Keyakinan ini hanya dapat diperoleh melalui rundingan bersama masyarakat sivil. Kedegilan Abdul Aziz dalam isu penglibatan masyarakat sivil dapat dilihat dalam pengendalian proses persempadanan semula yang tidak telus dan tidak mempunyai kebertanggungjawaban, yang mengecualikan masyarakat sivil dan kerajaan negeri (Penang) tetapi berunding secara selektif dengan parti politik yang tertentu. Kedegilan inilah yang membuat BERSIH 2.0 berulang-kali menggesa beliau dan pesuruhjaya yang lain untuk meletakkan jawatan mereka.
BERSIH 2.0 ingin mengingatkan SPR tentang rekod dalam proses persempadanan pada tahun 2003 dan 2005 yang amat mengejutkan, di mana peruntukan perlembagaan dalam Jadual 13 tidak dipatuhi langsung dalam situasi yang melibatkan parti politik BN dan ahli politik yang tertentu.
 
Di sini, kami ringkaskan contoh yang dipetik daripada laporan persempadanan semula SPR untuk Semenanjung Malaysia,[1] yang dibentangkan dalam Dewan Rakyat pada 3 April 2003:
  • SPR telah menerima bantahan daripada individu bersendirian seperti pemimpin UMNO tempatan, walaupun Jadual 13 menyatakan bahawa pembantah hanya boleh terdiri daripada kerajaan negeri, majlis perbandaran tempatan atau kumpulan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 100 pengundi dari kawasan pilihanraya yang terlibat.
  • Di mana alasan bantahan adalah berdasarkan faktor politik—seperti kebarangkalian pengundi menyokong atau menolak parti BN—SPR akan menerima bantahan tersebut tetapi menunjukkan initiatif dalam menyediakan alasan yang serasi dengan Perlembagaan (Seksyen 2, Bahagian 1 dalam Jadual 13 menyatakan bahawa that proses persempadanan mesti mengambil kira ketersediaan kemudahan pentadbiran, mencapai pembahagian yang lebih kurang sama dan mengekalkan pertalian tempatan, yang bermaksud mengambil kira sempadan pentadbiran, fizikal, infrastruktur dan sosio-budaya-ekonomi. Peluang kemenangan parti yang berkuasa pada masa itu tidak pernah disebut sebagai pertimbangan yang sah.)
SPR tidak pernah meminta maaf atas pelanggaran peruntukan Perlembagaan Persekutuan mahupun berjanji bahawa salahlaku sebegini tidak akan diulangi.
 
BERSIH 2.0 menggesa Abdul Aziz supaya membetulkan kesalahan yang lepas dengan berunding secara giat dan profesional bersama semua pihak yang berkepentingan dalam persempadanan semula, mengemukakan maklumat terperinci tentang operasi proses bantahan dan pendengaran bantahan serta mengumumkan jadual proses. SPR tidak boleh menjadikan tarikh permulaan persempadanan semula sebagai satu permainan teka-teki—ia telah ditangguh dari tahun 2011 ke 2012, 2013, bulan Mac yang lalu hingga hujung tahun ini.
 
Bagi isu penambahan kerusi Parlimen, yang berlainan tetapi berkaitan dengan persempadanan semula, BERSIH 2.0 menekankan bahawa isu ini adalah di bawah bidang kuasa Parlimen dan SPR tidak boleh mengambil alih kuasa Parlimen dengan memasukkan cadangan penambahan kerusi ke dalam cadangan persempadanan semulanya, seperti yang telah dibuat pada tahun 2003 dan 2005. SPR tidak boleh terus menganggap penambahan kerusi sebagai sebahagian daripada tatacara biasa (standard operating procedure), seperti yang dibuatnya dalam nota taklimat yang diberi kepada parti-parti politik baru-baru ini. BERSIH 2.0 akan mencabar tindakan tersebut dari segi keserasiannya dengan Perlembagaan jika ia diulangi. SPR tidak mempunyai hak untuk mencadangkan penambahan kerusi.
 
Sebaliknya, penambahan kerusi merupakan bidang kuasa Jawatankuasa Pemilih Parlimen untuk meneliti fungsi badan perundangan, yang seterusnya menentukan saiz optimum dan agihan kerusi antara negeri untuk memastikan pembahagiannya adil dan serasi dengan Perlembagaan Persekutuan. Jawatankuasa inilah yang harus mengemukakan cadangan, sekiranya diperlukan, meminda Perkara 46 dalam Perlembagaan, yang telah menetapkan jumlah kerusi Parlimen pada masa kini pada 222. Hanya selepas pemindaan tersebut dibuat, barulah SPR boleh membuat proses persempadan semula berdasarkan jumlah baharu kerusi.
Jika Jawatankuasa Pemilih tidak didirikan, SPR hanya boleh menjalankan persempadanan semula berdasarkan 222 kerusi parlimen sekarang seperti yang tertakluk dalam Artikel 46.
 
Dikeluarkan oleh,
Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0

---------

Tiada ulasan: