WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Kembalikan PAS ke era Fadzil Noor
- NAJIB BERDIAM DIRI LAGI ISU EKONOMI
- Rakyat Malaysia semuanya baik hati, sanggup bayar semua kerugian skandal pemimpin-pemimpin mereka
- UG DAN GU TOLONG BACA DAN FAHAM.....NAK MENANG ATAU NAK KALAH ATAU NAK MASUK UMNO
- BANYAK CANTIK..Rakyat jangan panik ringgit jatuh, kata timbalan menteri
Kembalikan PAS ke era Fadzil Noor Posted: 17 Dec 2014 04:30 PM PST Oleh Pukul Canang Sekiranya almarhum ustaz Fadzil Noor masih hidup beliau adalah orang yang paling sedih melihat PAS pada hari ini. Semua legasi yang ditinggalkan oleh ustaz Fadzil dihancur musnahkan oleh puak Hj Hadi, Geng Ustaz dan puak UG. Fadzil walaupun seorang ustaz tetapi beliau bijak menseimbangkan antara agama dan demokrasi. Di bawah pemerintahan beliau sebagai presiden PAS, parti itu melakukan tahaluf siyasi bersama rakan-rakan politik bukan beraliran agama. Fadzil membuka jalan untuk bertahaluf dengan Parti Melayu Semangat 46 pada 1989 dan juga DAP serta beberapa parti kecil lain. Tahaluf atau kerjasama politik itu berjaya membuahkan hasil menawan Kelantan pada PRU 1990 dan meluaskan pengaruh PAS di Kedah serta Terengganu. Tahaluf yang berjaya Pada 1998, sekali lagi Fadzil membuka jalan bertahaluf dengan penyokong gerakan Reformasi membela Anwar Ibrahim. Hasilnya terbentuklah Barisan Alternatif yang berjaya menguasai Terengganu dan 1/3 DUN Kedah pada PRU 1999. Kejayaan awal itulah menjadi platform kepada Pakatan Rakyat hari ini yang menguasai 3 negeri dan 1 Wilayah Persekutuan serta berjaya meraih 52 peratus undi popular rakyat Malaysia dalam PRU 2013. Selepas PAS merasakan diri mereka kuat dengan keahlian 1 juta anggota maka mereka mula melupakan rakan-rakan gabungan. Puak ustaz yang sejak 1998 membenci Anwar tetapi kurang wibawa menentang Fadzil Noor kini telah menjadi pendesak dalam PAS. Puak ulama mahu PAS dikuasai sepenuhnya mereka. Malah parti politik Iran pun tidak mempraktikkan semua jawatan dalam parti dikuasai ulama, tetapi PAS ingin melakukannya dalam muktamar akan datang. Geng Ustaz merasakan PAS cukup kuat untuk bergerak seperti Hezbollah di Lubnan. Parti itu walaupun dikuasai golongan agama tetapi disokong oleh penduduk Kristian dan golongan sekular. Namun puak agama ini lupa demografi Lubnan yang bergolak memaksa rakyat penyokong sebuah parti yang mempunyai tentera sendiri. Malaysia tidak bergolak dan rakyat mahukan pentadbiran kelas 1 sebagaimana di Eropah. Hezbollah akan lingkup punah jahanam jika bertanding di Malaysia. Majoriti rakyat Malaysia akan menolak penampilan keras amalan parti itu. Majlis syura di atas Atas semangat Hezbollah inilah puak agama menunjukkan kuasa dalam krisis MB Selangor pada pertengahan 2014 lalu. Mereka yang menguasai Majlis Syura Ulama PAS memveto keputusan AJK PAS Pusat melantik Dr Wan Azizah sebagai MB baru Selangor. Malah dikemuncaknya, majlis syura telah memveto ketetapan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal. Belum pernah terjadi jawatankuasa dalaman parti dibenar memveto keputusan yang dibuat dalam mesyuarat antara parti-parti. Tetapi majlis syura melakukannya. Menonjolkan mereka paling berkuasa di negara ini! Tauladan itulah yang diikuti DAP dalam konvensyen mereka pada pertengahan Disember lalu dengan mengeluarkan usul agar PAS balik kepada perjuangan Pakatan tanpa Hudud. DAP mengusul agar Pakatan membincangkan secara mendalam mengenai langkah PAS memanggil sidang khas DUN berkenaan Hudud. Akibatnya, seluruh kepimpinan PAS menghentam DAP. Rakyat melihat tindakan pemimpin PAS itu lucu kerana merekalah yang membuat duluan ketika majlis syura memveto pencalonan Dr Wan Azizah sebagai MB baru Selangor beberapa bulan lalu. Adakah puak agamawan ini mahu memberitahu dunia jika PAS melakukannya maka ia sesuatu yang boleh diterima tetapi jika parti lain melakukannya maka tindakan itu tidak boleh diterima sama sekali. Apakah jenis perjuangan yang ditunjukkan oleh pemimpin PAS ini? Tidak cukup dengan imej tidak peduli dengan bantahan parti sekutu, PAS juga sejak krisis MB Selangor tidak lagi peka dengan perjuangan rakyat. PAS bergelut untuk memastikan Hadi terus berkuasa, mencari jalan untuk memusnahkan golongan profesional. Hari-hari yang berlalu digunakan oleh puak agamawan bukan untuk membela kebajikan rakyat tetapi mempertahankan struktur ulama agar terus menguasai parti. Ekonomi negara jatuh, seorang pun ulama PAS tidak mengeluarkan kenyataan. Hanya pemimpin DAP dan PKR sahaja yang bersungguh-sungguh menyerang BN dalam isu 1MDB dan kejatuhan nilai ringgit. Hj Hadi kelihatan tidak mahu ambil tahu mengenai nilai ringgit, Nik Abduh yang kuat menghentam Anwar bersuara mengenai pasukan bola sepak, Tantawi hulubalang mempertahankan Khalid Ibrahim tidak mengeluarkan satu kenyataan pun mengenai prestasi ekonomi. Adakah kepimpinan yang tidak tahu apa-apa ekonomi seperti ini mampu meyakinkan rakyat mereka berupaya memimpin negara? Sebaliknya, tokoh-tokoh ustaz muda PAS itu akan melompat dan mengaum jika Hj Hadi disentuh atau dikritik. Politik matang Politik PAS yang mencapai tahap kematangan pada era ustaz Fadzil kini kembali bertaraf kampung dan pondok. Tindakan Tantawi, Nik Abduh, Zuhdi dan lain-lain yang tidak memperdulikan hal-hal rakyat tidak ubahnya seperti JKKK Umno yang bertempik, bergaduh dalam isu pengagihan peruntukan tetapi diam membisu apabila Tanah Rizab Melayu dilelong pemimpin Umno. Begitu lemahnya idealism kepimpinan PAS, taksub dan asabiyah selepas lebih sedekad pemergian ustaz Fadzil. Maka melihat kepada kemerosotan itu tidak menjadi kesalahan sebahagian ahli PAS menubuhkan Pasma dan menjadi NGO pendesak agar PAS kekal dalam Pakatan. Namun bukan pengekalan PAS bersama Pakatan yang sepatutnya diperbincangkan oleh golongan yang rasional itu tetapi penghijrahan untuk menubuhkan parti baharu. Atau sekurang-kurangnya mereka mengerakkan akar umbi menuntut PAS kembali kepada perjuangan era ustaz Fadzil. Jika puak profesional sayangkan rakyat maka mereka perlu berkorban menentang golongan ustaz yang mahu membuat PAS menjadi parti jumud sehingga lebih buruk prestasinya berbanding Perkasa dan Isma. Pada 2015, negara akan mengalami krisis ekonomi. Rakyat perlukan parti yang boleh membela kebajikan mereka bukannya parti yang sibuk mempertahankan golongan tertentu memimpin parti. Jika golongan profesional menubuhkan parti baharu, rakyat yang kelemasan akan mengundi mereka sebagai jalan penyelamat. Orang yang terdesak tidak akan mengambil kira ustaz atau profesional dan tidak akan mengambil kira PAS atau PasMa. Apabila Umno BN telah gagal dan mereka sengsara maka sesiapa sahaja yang mahu membawa perubahan akan disokong. Perjuangan Parti Keadilan dan Pembangunan atau AK parti di Turki perlu dijadikan contoh. Rakyat pernah mengundi parti Refah yang diketuai oleh Necmettin Erbakan sebagai pemerintah tetapi dengan sikap keras golongan ustaz maka kerajaan tidak bertahan lama. Lalu golongan profesional dalam parti itu keluar dan menubuhkan AK. Golongan ulama pula menubuhkan Saadet. Ternyata profesional AK mampu mentadbir Turki sejak pilihan raya 2002 sehingga ke hari ini. Golongan profesional PAS perlu bertindak berani. Tiada guna berjuang bersama para agamawan tetapi apabila pemimpin PAS membuat keputusan bersama parti lain dalam Pakatan maka majlis syura akan memveto. Nabi Muhammad saw pun menghormati perjanjian Hudaibiyah dengan kaum kafir Quraisy, inikan pula PAS bersama rakan kerjasama dalam Pakatan. Golongan profesional tidak perlu dibutakan dengan retorik ulama PAS dalam perjuangan Islam. Allah dan rasul mengutamakan hamba yang mentaati janji. Bukan pemimpin yang memungkiri janji dan mencetuskan permusuhan dalam satu pakatan kerjasama. Kembali semangat Fadzil Sekiranya puak profesional terlalu sayangkan PAS, sekurang-kurangnya mereka membuat gerakan kembali kepada semangat Fadzil Noor. Apa yang dilakukan oleh puak ulama dan Hj Hadi sudah jauh terpesong daripada landasan yang diasaskan oleh Fadzil. Fadzil sendiri pernah mengakui sekiranya profesional memimpin PAS tidak menjadi kesalahan asalkan terus mengekalkan perjuangan Islam. Ulama PAS berbangga dengan Dr Burhanuddin al Helmy sebagai contoh ikutan, sedangkan tokoh itu bukanlah ulama yang rigid kepada kepimpinan ulama. Tokoh itu bekerjasama dengan puak sosialis dan penjajah Jepun pada zaman perang dunia kedua. Ulama PAS tidak mempunyai contoh yang sesuai yang menjustifikasikan sikap berdolak-dalih mereka hari ini. Para agamawan itu sebanarnya sedang mencipta sejarah yang tidak didahului oleh mana-mana tokoh dalam perjuangan Islam Malaysia. Malangnya, sejarah itu ke arah yang salah dan tidak demokratik. Sedangkan rakyat Malaysia sedang bergerak untuk menjadi lebih demokratik daripada sebelumnya. |
NAJIB BERDIAM DIRI LAGI ISU EKONOMI Posted: 17 Dec 2014 02:24 AM PST Anwar : Krisis ekonomi negara kritikalLyn NasirPETALING JAYA NOV : Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim berkata keadan ekonomi negara pada masa ini berada pada tahap yang kritikal. Bagaimanapun kerajaan Umno-BN tidak mempedulikan perkara berkenaan walaupun sebelum ini beliau pada Ogos tahu lalu telah memberi peringatan bahawa krisis kewangan bakal malanda di Malaysia akibat daripada salah urus ekonomi negara. Namun, tindakan Perdana Menteri untuk membenamkan permasalahan dengan mengambus segala masalah kewangan hari ini membebankan rakyat sekaligus memperjelaskan kegagalan kerajaan untuk mempraktikkan kewangan berhemah, kebertanggungjawab serta ketelusan. "Di dalam keadaan ini, kita sedang menuju ke suatu krisis ekonomi akibat pengurangan harga minyak mentah di pasaran antarabangsa dan juga penyusutan nilai ringgit kepada paras yang belum pernah dilihat semenjak Krisis Kewangan Asia 1997. "Ditambah pula dengan penyusutan nilai ringgit berbanting USD kepada hampir 3.5000 (1 USD : RM 3.50), rakyat akan menghadapi masa hadapan yang kelam akibat kenaikan harga barang makanan terutama sekali yang diimport. "Di mana kepimpinan kita? Tidak pernah satu pun kenyataan daripada Perdana menteri merangkap Menteri Kewangan mengenai ekonomi negara dan permasalahan ekonomi yang sedang dihadapi rakyat," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini. Tambahnya lagi, sehingga hari ini tiada tindakan yang dilakukan kerajaan berikutan permasalah yang berlaku, sebaliknya hanya terus membuat penafian tanpa sebarang jalan penyelesaian. "Dengan pendapatan yang semakin berkurangan dan bebanan hutang yang terus membengkak, adakah kita akan terus mebuat satu lagi 1MDB? Ini sudah menjadi ibu segala skandal dan rakyat sudah muak dengan semua ini. "Negara pastinya akan menghadpai risiko penurunan taraf, pertumbuhan ekonomi akan terjejas dnegan penguncupan aktiviti ekonomi domestik. "Apa yang lebih menakutkan adalah ekonomi kita tidak dikemudi dengan baik dan nakhodanya juga tidak kelihatan," ujarnya. |
Rakyat Malaysia semuanya baik hati, sanggup bayar semua kerugian skandal pemimpin-pemimpin mereka Posted: 17 Dec 2014 02:11 AM PST Malaysia sebuah negara berbilang kaum dan sebagai sebuah negara yang unik ia banyak perbezaannya dengan banyak negara dan wilayah yang berkerajaan lain di dunia ini. Malaysia mempunyai rakyat berbilang kaum dan telah merdeka sejak tahun 1957 lagi. Kini sudah 58 tahun kita merdeka dan dalam jangka masa yang agak panjang ini dunia dapat memahami keunikan yang ada kepada kita. Di antara keunikan yang jelas terlihat ialah rakyat negara ini adalah rakyat yang baik hati yang kadangkala dianggap sebagai rakyat yang lesu dan tidak bermaya. Mereka tidak mudah merasakan apa-apa yang dilakukan terhadap mereka walaupun banyak perkara yang tidak sepatutnya dilakukan terhadap mereka. Rakyat negara ini adalah rakyat yang boleh diperlakukan apa sahaja oleh pihak yang memerintah mereka. Mereka adalah rakyat yang pemaaf sifatnya. Walaupun berbagai-bagai skandal terhadap kewangan dan harta benda negara yang mereka punyai ini, yang memimpin mereka tetap berada ditampuk kuasa tanpa banyak masalah. Skandal kewangan yang dalam jumlah berpuluh-puluh billion jumlahnya boleh dilakukan oleh kerajaan yang memimpin mereka. Mereka tetap tidak merasai apa-apa kerana mungkin mereka mendapatkan negara merdeka mereka tanpa banyak pertumpahan darah dan mendapatnya dengan begitu senang secara 'comparative' nya dengan negara-negara lain yang mendapatkan kemerdekaan mereka. Jika skandal seperti yang berlaku di negara ini berlaku di negara Jepun misalnya, kerajaan kita sudah sepatutnya bertukar tangan puluhan kali sejak merdeka. Negara Jepun pernah menukar Perdana Menteri nya dua kali dalam setahun. Pertukaran itu terjadi hanya kerana kesilapan yang dianggap jauh lebih kecil berbanding dengan apa yang berlaku di negara kita. Negara itu tetap utuh walaupun Perdana Menteri nya bertukar ganti dalam jangka masa yang singkat. Kerajaannya tetap berjalan kerana kerajaan dipandu oleh sistem yang baik dan bukannya oleh individu pemimpin yang boleh melakukan segala-galanya mengikut 'whim and fancies'mereka. Di negara kita telah berlaku banyak kali kes pembunuhan yang tidak ada 'criminal'nya. Pembunuhan itu berlaku seolah-olah berlaku tanpa pembunuhnya. Pada pertengah tahun lapan puluhan dahulu, saya mengenali seorang wanita yang dibunuhnya dan sampai ke hari ini tidak tahu siapa yang membunuhnya. Mustakizah yang saya kenali, dibunuh dan dalam proses siasatannya semua mereka yang dianggap sebagai saksi yang mersik telah sama-sama mati seorang demi seorang juga dengan pembunuhan. Altantuya, gadis Monggolia mati dan jasadnya dihancurkan dengan menggunakan bom C4 dengan niat untuk menghilangkan bukti pembunuhan itu, tetapi sampai ke hari ini tidak tahu siapa yang membuatkan dua orang anggota keselamatan kita membunuhnya. Di mahkamah tidak pernah disoal dua anggota keselamatan itu siapa yang mengarahkan pembunuhan itu. Pendeknya tidak ada usaha untuk mencari dan mengenal pasti motif pembunuhan itu. Semuanya ini dilakukan dihadapan mata dan kepala rakyat dan rakyat hidup seperti sedia kala tanpa merasakan rasa bersalah membiarkan keadaan sebegini berlaku. Skandal pembunuhan ini diiringi oleh begitu banyak skandal kewangan dan jenayah yang besar yang tidak pernah berlaku di negara lain yang pemimpinnya masih kekal ditampuk kuasa. 1MDB sudah nyata begitu meragukan ketelusan cara pengendaliannya. Hutang yang hampir RM40 billion itu merupakan skandal yang terbesar bukan sahaja dalam sejarah negara tetapi juga dalam sejarah dunia moden ini. Ia lebih besar dari sejarah kerugian RM36 billion yang dialami oleh negara dalam 'business' yang dilakukan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dalam pertukaran wang asing pada tahun sembilan puluhan dahulu. Dengan berlakunya skandal yang berskala puluhan billion ringgit ini maka kerugian dalam isu Maminco dahulu yang melibatkan kerugian RM600 juta itu sudah dianggap kerugian yang kecil ibarat sekecil tahi kuku sahaja kepada negara dan pemimpinnya. Banyak lagi kerugian yang disengajakan dilakukan yang melibatkan ratusan juta berlaku tetapi pimpinan tetap selamat berada ditampuk kuasa tanpa masalah tanpa sesiapa yang mengambil 'accountability' terhadap kejadian yang mengerikan itu. Ratusan billion ringgit wang dan harta rakyat telah hilang 'dilongkang' kerana kerajaan yang tidak bertanggungjawab dan 'accountable'.. Tetapi oleh kerana rakyat begitu pemaaf maka perkara seperti ini berulang-ulang berlaku kerana kebaikan dan sifat pemaaf rakyat itu diambil sebagai kelemahan oleh pemimpin-pemimpin kita yang serong hati dan jiwanya itu. Perlakuan yang menjijikkan itu dilakukan tanpa segan dan silu seolah-olah tidak ada undang-undang atau syariat agama yang melarangnya. Sudah menjadi budaya yang setiap pemimpin apabila berada dipesada kuasa 'mencari duit luar' melalui jawatan dan kuasa yang dipegang mereka itu sudah menjadi sebati dalam jiwa mereka. Budaya 'Mencari duit luar' ini sudah menjadi amalan yang dihalalkan. Inilah yang menyebabkan pemimpin kita tidak dapat membuat keputusan yang betul walaupun dasar yang baik itu jelas wujud. Mengimplementasikan dasar yang baik itulah yang menjadi masalah kerana kepentingan 'duit luar' mereka itu mengganggu daya pertimbangan mereka dalam membuat keputusan yang betul. Keadaan sekarang sudah terlalu lama di tanggung oleh rakyat dan rakyat juga ada had kesabaran mereka. Situasi buruk ini sekarang sudah sampai ketahap yang tidak boleh diubatkan lagi, maka rakyat wajar membuat keputusan dan tindakan yang sepatuitnya mereka lakukan sejak lama dahulu. UMNO perlukan perubahan yang drastik kerana jika parti itu masih membiarkan 'set' pimpinan yang ada sekarang masih berkeliaran di Putrajaya itu maka riwayat parti pemerintah sekarang tidak akan boleh bertahan lagi. Selepas ini rakyat mahu UMNO yang dipimpin oleh 'set' yang baru atau memilih parti-parti alternatif yang boleh diyakini untuk mentadbir negara dengan wajar dan bertimbang rasa terhadap rakyat. Ini sahaja lah pilihan yang ada kepada pemimpin UMNO jika mereka benar-benar mahu melihat UMNO itu terus relevan. Yang UMNO masih boleh berada di Putrajaya sekarang ini hanyalah perasaan curiga dan was-was terhadap kemampuan pembangkang kerana di antara mereka masih bercelaru seperti yang kita baca dan dengar melalui media-media massa sekarang ini. Rakyat pun tidak mahu menggantikan dengan pihak yang akan menyumbang nasib yang sama kepada mereka. Pembangkang perlu menguatkan iltizam dan benar-benar melaksanakan apa yang mereka laungkan, bukan setakat beretorik dengan isu-isu yang lama dan basi sahaja. Jika perjuangan mereka melaungkan keperbilangan kaum, perlaksanaannya perlu 'real' dan bukan hanya tipu helah dan muslihat yang mengelirukan ramai semata-mata untuk mendapatkan kuasa dan menangguk di air yang keruh. Tetapi jika UMNO dapat melakukan perubahan drastik sekarang ini maka ia merupakan keadaan yang sangat berfaedah kepada rakyat. Perubahan dan transformasi itu pun perlu benar dan 'real', bukan setakat berucap dengan gegaran suara yang lantang seperti halalintar yang kuat sahaja. Rakyat sudah kenyang dengan tipu muslihat dan janji kosong semua pihak selama ini. Kali ini siapa yang boleh berubah dahulu dengan 'real' mereka lah yang selayaknya mentadbir negara yang telah terabai sejak dua tiga dekad yang lalu. |
UG DAN GU TOLONG BACA DAN FAHAM.....NAK MENANG ATAU NAK KALAH ATAU NAK MASUK UMNO Posted: 17 Dec 2014 01:53 AM PST Sokongan Melayu: Cabaran PAS atau kecundang PRU14DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI | 17 Disember 2014. Pendahuluan 1. Analisis sokongan pengundi berdasarkan etnik tidak dapat dielakkan dalam konteks pilihanraya di Malaysia kerana pembentukan parti yang bertanding juga lebih berasaskan kepada etnik. 2. Data-data PRU ke-13 melibatkan tahap sokongan Melayu terhadap BN dan PR perlu dilihat dengan penuh prihatin khususnya oleh ahli-ahli PAS. Hal ini kerana dalam konteks agihan kerusi di kalangan PR, rata-rata PAS bertanding di kerusi Melayu berhadapan dengan UMNO khususnya di peringkat Parlimen. Justeru, undi teras bagi PAS ialah pengundi Melayu. 2. Apabila DAP dan PKR yang secara umumnya bertanding di kerusi pengundi cina atau pengundi campuran berjaya mendapatkan maksima kemenangan di kerusi tersebut sedang PAS gagal memenangi kerusi Melayu maka kuasa tawar menawar politik pasca PRU ke-14 tidak berada di tangan PAS. 3. Malah tidak pelik jika di saat itu rundingan pembentukan kerajaan hanyalah antara UMNO mewakili kerusi Melayu dan DAP serta PKR mewakili kuasa politik Cina dan campuran. Dalam politik semuanya serba mungkin. Data PRU13 1. Dalam PRU13 daripada sebanyak 222 kerusi Parlimen secara umumnya terdapat 119 kerusi majoriti Melayu, 29 kerusi majoriti Cina, 36 kerusi campuran dan 38 kerusi Bumiputra Sabah dan Sarawak.' 2. PR sangat kuat menyapu bersih 29 kerusi Cina dan 23 kerusi campuran namun lemah dengan hanya mendapat 36 kerusi Melayu dan 1 kerusi Bumiputra Sabah dan Sarawak menjadikan semuanya 89 kerusi. 3. BN pula gagal memenangi walau satu pun kerusi Cina, hanya mendapat 13 kerusi campuran tetapi gagah dengan mendapat 83 kerusi Melayu dan 37 kerusi Bumiputra Sabah dan Sarawak. 4. Ertinya cabaran besar PR yang perlu ditanggung oleh PAS khususnya ialah memenangi 83 kerusi Melayu. Manakala cabaran bagi DAP dan PKR ialah memenangi 37 kerusi Sabah dan Sarawak. Adapun di Semenanjung mereka hanya perlu bekerja keras merebut 13 lagi kerusi campuran. 7. Dengan andaian PR mengekalkan semua 89 kerusi sekarang, PR hanya memerlukan antara 23 hingga 30 kerusi untuk memerintah Malaysia atau berada pada kedudukan selesa. 8. Dengan andaian kerusi itu boleh diperolehi daripada 13 kerusi campuran milik BN hari ini dan lagi 10 hingga 17 lagi dari Sabah dan Sarawak maka PR sebenarnya seolah tidak memerlukan sangat pertambahan kerusi Melayu menerusi PAS dan PKR. Tahap Sokongan Melayu Terhadap PR pada PRU13 1. Analisis menunjukkan bagi Semenanjung Malaysia, 63.7% undi Melayu berpihak kepada Barisan Nasional, 10.8% undi Cina dan 43.2% undi kaum India 2. Johor mencatat sokongan Melayu yang paling tinggi bagi BN dengan kadar 84.1% dan Kelantan paling rendah 46.7%. Di Kelantan berlaku sedikit peningkatan undi bagi BN berbanding PRU 12 dan fenomena ini memberi isyarat BN mampu menambahkan kerusi DUN dan Parlimen di sana. 3. PR menerusi PAS terutamanya dan PKR hanya memenangi 36 kerusi Melayu dengan hanya 16 kerusi selamat dan 20 kerusi tipis. 6. BN menerusi UMNO berjaya menang di 83 kerusi Melayu dengan 50 kerusi selamat dan hanya 30 kerusi tipis. 7. Data ini menunjukkan tugas PAS sangat besar bagi memenangi pengundi Melayu. Untuk itu strategi yang betul bagi menghadapi pengundi Melayu ialah dengan tidak menimbulkan sebarang isu kontroversi melibatkan Melayu-Islam. Sebarang kontroversi yang dibangkitkan oleh DAP terutamanya hanya akan menjarakkan lagi pengundi Melayu daripada PAS. Apatah lagi media arus perdana sangat berperanan meracuni pengundi Melayu yang rata-ratanya berada di luar bandar. 8. Sementelah pula jika kontroversi isu agama dan Melayu itu dibangkitkan oleh sebahagian pimpinan PAS maka ia menjadi bola tanggung untuk UMNO terus mengukuhkan kedudukan mereka di kalangan Melayu. Kesannya sudah lasti dirasai oleh PAS. Sokongan Padu Pengundi Cina Terhadap PR 1. Corak pengundian pengundi Cina membayangkan mereka begitu yakin Pakatan Rakyat mampu menumbangkan BN yang terasnya adalah Melayu UMNO dan membentuk kerajaan campuran kuasa pelbagai etnik dalam PRU ke 14. 2. Dalam PRU ke 13 BN menerusi Gerakan dan MCA gagal mendapat sebarang kerusi majoriti Cina sedang PR menerusi DAP dan PKR menyapu bersih 29 kerusi dengan 25 kerusi selamat dan hanya 4 kerusi dimenangi secara tipis. 3. Di 36 kerusi parlimen campuran pula PR memenangi 23 kerusi dengan 18 kerusi selamat dan 5 kerusi tipis manakala BN hanya mendapat 13 kerusi dengan 4 sahaja kerusi selamat dan 9 kerusi tipis. Keadaan ini menunjukkan PR hanya perlu bekerja keras untuk memenangi hanya 13 sahaja lagi kerusi campuran yang dimenangi BN. 4. Kesimpulannya, dengan mengekalkan kemenangan sapu bersih 29 kerusi Cina, 23 kerusi campuran dan merebut 13 lagi kerusi campuran, PR menerusi DAP dan PKR terutamanya bakal memiliki 65 kerusi Parlimen. Dengan corak pelbagai isu dimainkan oleh PR pada hari ini usaha untuk mendapatkan kemenangan maksima di kerusi Cina dan campuran adalah mudah bagi PR. Strategi Kemenangan PR PRU14 Merujuk kepada analisis di atas kesimpulan yang boleh dibuat ialah: 1. PAS perlu melipatkan gandakan usaha memenangi pengundi Melayu. 2. Sokongan Cina dan kerusi campuran pelbagai etnik kepada DAP dan PKR sudah hampir sampai ke siling. 3. Tumpuan utama PR ialah pada kerusi Sabah dan Sarawak. 4. Sebarang strategi yang mengabaikan sokongan pengundi teras PAS iaitu Melayu akan meletakkan PAS sebagai parti paling lemah dalam PR. 5. Kuasa tawar menawar politik apabila PAS lemah ialah antara DAP serta PKR mewakili pengundi pelbagai etnik dan UMNO mewakili pengundi Melayu manakala PAS hanyalah seumpama melukut di tepi gantang politik. 6. MCA dan Gerakan sudah hampir kehilangan gigi malah mungkin hampir lumpuh melainkan ia bersama dalam arus DAP dan PKR. Penulis ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus. |
BANYAK CANTIK..Rakyat jangan panik ringgit jatuh, kata timbalan menteri Posted: 17 Dec 2014 01:48 AM PST Orang ramai dinasihatkan tidak panik berikutan kejatuhan nilai ringgit yang boleh menyebabkan krisis ekonomi dalam jangka masa panjang, memandangkan Putrajaya sedang bersedia dengan langkah menanganinya yang akan diumumkan perdana menteri. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Hamim Samuri berkata ini bukan pertama kali negara menghadapi krisis seumpama itu, sambil menambah yang asas ekonomi Malaysia masih kukuh ketika ini berdasarkan trend pelaburan dan imbangan bayaran. "Rakyat tidak perlu risau atau panik kalau keadaan tidak dapat dikawal, dengan membeli barangan secara pukal, atau akan terjadi suasana kekurangan barangan. "Ini akan menjejaskan usaha kerajaan dalam merangka langkah tertentu mengukuhkan ekonomi. Kita bukan kali pertama dalam keadaan ini. Kita ada pengalaman. Situasinya mungkin berbeza, tetapi saya yakin kerajaan boleh buat sesuatu," katanya. – 17 Disember, 2014. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan