Rabu, 17 Disember 2014

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


VIDEO - Peristiwa Penduduk Bakong Disembunyikan!!!

Posted: 17 Dec 2014 11:30 PM PST

 
 


 
 
Kekejaman menimpa Rakyat Sarawak yang tidak pernah disiakan.
Video ini akan memaparkan rentetan pristiwa di Sarawak yang tidak pernah disiarkan.

12 Empangan Setiap Empangan sebesar sebuah negara Singapura yang bakal menghancurkan Sarawak dan segala hasil hutan bumi .

Orang Asal Sarawak Tanah dirompak , Pemerintah bersekongkol dengan syarikat balak untuk menceroboh dan merampas tanah adat (NCR) temuda mereka.

Pembabitan Samseng yang diupah untuk menyerang pendududk Rumah Panjang yang melawan syarikat Balak

Hampir 50% Modal Pasaran Hilang! ????

Posted: 17 Dec 2014 11:00 PM PST

Khamis, 18 Disember 2014.  Harga Saham FGV Semasa IPO (RM4.55). Terkini, Disember 2014 Jatuh Merudum RM2.32 Sahaja? Hampir 50% Modal Pasaran Hilang! Staff Berita Semasa  saham fgv  Harga Saham FGV Semasa IPO (RM4.55). Terkini, Disember 2014 Jatuh Merudum RM2.32 Sahaja? Hampir 50% Modal Pasaran Hilang di Bursa Malaysia : Sudah cakap bukan tidak cakap. Sudah nasihat, bukan tidak nasihat pun. Tetapi mereka beranggapan mereka sudah buat keputusan yang terbaik sambil mendabik dada.  Sudah elok-elok dahulu FGV sebuah entiti perniagaan yang berada 100% di bawah naungan dan dimiliki oleh Felda. Dek kerana tangan-tangan gatal yang Harga Saham FGV Semasa IPO (RM4.55). Terkini, Disember 2014 Jatuh Merudum RM2.32 Sahaja? 
Staff Berita Semasa


saham fgv
Harga Saham FGV Semasa IPO (RM4.55). Terkini, Disember 2014 Jatuh Merudum RM2.32 Sahaja? 

Hampir 50% Modal Pasaran Hilang di Bursa Malaysia : Sudah cakap bukan tidak cakap. Sudah nasihat, bukan tidak nasihat pun. Tetapi mereka beranggapan mereka sudah buat keputusan yang terbaik sambil mendabik dada.

Sudah elok-elok dahulu FGV sebuah entiti perniagaan yang berada 100% di bawah naungan dan dimiliki oleh Felda. Dek kerana tangan-tangan gatal yang "tamak haloba" menyenaraikan FGV di Bursa Malaysia kononnya bercanggah dengan dasar GRIB. Kononnya Felda tidak boleh berniaga.

Berpuluh-berpuluh tahun FELDA berniaga untung berbilion-berbilion ringgit, kenapa berdegil mahu senaraikan saham FGV di Bursa Malaysia. Mengapa?

FELDA sudah ada banyak modal. Apa perlunya senaraikan di Bursa Malaysia?


BACA LAGI SINI : IPO FGV (Felda Global Ventures) Bernilai RM10.2 Bilion : 

65% Orang Penting Felda Jangka Penyenaraian Ini Akan Gagal!! Apa Kata Anak Felda?

Nah…lihatlah sekarang ini selepas sahaja FGV tersenarai di Bursa Malaysia, tiba-tiba FELDA dilihat rancak berniaga. Satau demi satu hartanah yang dibeli FELDA. Buktinya…pastinya ramai yang sudah mengetahui yang mana FELDA baru sahaja berjaya membeli Grand Plaza Kensington Hotel di London. Baru-baru ini Berita Semasa dimaklumkan yang mana Tan Sri Isa Samad menghadiri perasmian bagi hartanah yang dibeli mereka sebelum ini.

Setakat ini FELDA sudah memiliki beberapa hartanah termasuklah :

Hotel Seri Costa di Melaka RM24 juta

Hotel Grand Borneo di Sabah RM86 juta


Apartment Service Plaza di Bayswater, LondonRM500 juta. Kesemuanya
Grand Plaza Kensington Hotel RM329 juta


Persoalannya sekarang ini FELDA mahu menjalankan urusan perladangan negara atau perlancongan atau hartanah? Mengapa tidak fokus sahaja kepada "core business" yang dilakukan sekarang kelapa sawit?

Kenapa tidak dilaburkan untuk memajukan produk "oleochemical" seperti "fatty acids" atau "esthers"? Ia sebenarnya bakal membuka banyak peluang pekerjaan untuk kalangan jurutera tempatan, ahli kimia dan sebagainya. Bukan juga peluang keusahawanan untuk teknologi tinggi bagi industri "oleochemical"

Ataupun cuba bangunkan ladang sawit untuk tujuan pembangunan yang lebih mampan bagi projek bahan api yang boleh diperbaharui. Bukankah sekarang sudah ada diesel B5. Kenapa tidak kita fokus pula untuk B10 atau B20?


Semasa disenaraikan di Bursa Malaysia ada lebih 400 juta unit ditawarkan pada orang awam. Siapa yang dapat? Siapa yang dapat pink form yang mana mereka-mereka telah dapat berjaya merasai durian runtuh pada masa disenaraikan. Sekarang?

Sekarang FGV terkial-kial untuk mencapai sasaran hasil 18 ton untuk setiap hektar. Inilah jadinya dilantiknya orang-orang PEMANDU yang tiada pengalaman dan "track record" untuk menjaga syarikat-siarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Dilantik pula bekas Exco Negeri Sembilan  untuk menjaga ladang sawit. Hannnncurrr…

harag saham fgv

Harga Saham FGV Hari Ini di Bursa Malaysia?

Akhirnya apa terjadi? Nah…hasilnya…


Harga semasa IPO FGV pada 27 Disember 2012: RM4.55

8 Disember : RM3.00


13 Disember ditutup pada : RM2.37


Hari ini 18 Disember 2014 berada pada paras : RM2.32


Sudah hampir 50% harga saham FGV jatuh sejak IPO


Ini bermakna hampir separuh modal pasaran FGV di Bursa Saham "telah terbang……"


KLIK SINI : Bursa Malaysia : Senaraian IPO Felda Global Ventures (FGVH). 

Nasib Peneroka Selepas Ini?

Cerita dan kisah yang berlaku kepada FELDA lebih kurang sama plot kejatuhan Malaysia Airlines (MAS).

Berat di atas

Kos operasi makin besar


Bursa Saham FGV

P/S : Kepada Perdana Menteri Malaysia, mohon anda luang masa perhatikan "anak buah kesayangan yang dipilih oleh anda" ini, takut-takut tersilap langkah kelak sehingga menyusahkan lebih ramai lagi yang terbabit dengan FELDA yang sudah sedang elok sebelum ini.

PP/S : Ketika orang lain cukup sangsi dengan integritinya, ketika orang lain sangsi dengan kebolehan dan kemampuannya, keyakinan anda (Najib Razak) cukup tinggi untuk tetap melantiknya. 

Jadi mohon sekarang anda (Najib Razak) menasihatinya supaya jangan "berasa selesa" terlalu lama.
PP/S : Kerisauan pihak tertinggi FELDA sebelum ini mengenai penyenaraian saham FGV di Bursa Malaysia, melihatkan harga bursa saham FGV hari ini ada kebenarannya…


Dicatat oleh ELBI RISALAH .

MAHATHIR - NAJIB WAJIB BERUNDOR Allah Hu Akhbar, Bukti Kekuasaan ...

Posted: 17 Dec 2014 10:15 PM PST


Kini jelas UMNO sedang meninti zaman murugnya, dengan berbagai-bagai isu " timbul ", khususnya isu berkaitan dengan tidak amanahnya kepimpinan " melayu yang meletakkan Islam sebagai agamanya " dari peringkat kepimpinan bawahan hingga setinggi-tingginya, hatta kalangan mereka yang sudah sepatutnya bersara juga masih berminat untuk menentukan hala tuju " menghabiskan " harta negara. 

Selain menghabiskan harta, mereka juga menyusun bagaimana " waris " mereka meneruskan kepimpinan negara dengan menggunakan lambang " keris telanjang " itu. Isu kini bagaimana Tun M terus menemplak Najib yang masih " ingkar " untuk mengikut telunjuk beliau.


4 ALASAN UTAMA MENGAPA MAHATHIR BEGITU 
BERSUNGGUH-SUNGGUH MAU MENJATUHKAN NAJIB, 
KINI TERSEBAR DI ALAM MAYA. 
Sudah pun menjadi pengetahuan umum betapa semakin hari semakin kencang dan garangnya Tun Dr Mahathir Mohamad dan kuncu-kuncunya termasuk Tun Daim Zainuddin dengan bantuan dari PERKASA dan blogger-blogger pentaksub dan pemuja tegar beliau menyerang Dato' Seri Najib Tun Razak untuk memberi tekanan agar berundur dari jawatan Perdana Menteri. 
Walaupun mengaku sehingga kini tiada lagi calon dari UMNO yang benar-benar dilihat layak serta mampu mengalas jawatan sebagai Presiden UMNO dan seterusnya sebagai Perdana Menteri, Tun Mahathir masih juga dengan sikap degil keras kepalanya mau juga agenda menggantikan Najib diteruskan at all cost. 4 alasan yang kini berlegar di alam maya yang boleh diterima akal logik adalah seperti berikut:- 
 
NAJIB GAGAL MELETAKKAN MUKHRIS 
SEBAGAI NAIB PRESIDEN
1)   Tindakan Najib tidak memberikan sokongan kepada anak Mahathir, MB Kedah Mukhriz Mahathir dalam perebutan salah satu jawatan Naib Presiden UMNO semasa pemilihan UMNO yang lalu. Najib secara terbuka menyatakan tidak akan menyokong mana-mana pemimpin sebaliknya menyerahkan kepada ahli-ahli akar umbi dalam menetukan siapa yang mereka mau pilih untuk menjadi Naib-Naib Presiden UMNO .. ramai penganalisis politik negara berpendapat tindakan Najib itu mengguris amat hati Mahathir sedangkan tindakan Najib bolehlah dilihat sebagai pemimpin yang berpendirian tidak mau mencampuri urusan dan pilihan hati akar umbi suatu tindakan yang pernah diambil oleh Mahathir ketika beliau menerajui UMNO dulu .. tetapi apabila kena dengan darah daging sendiri sikap dan pendirian tidak memihak sudah berganjak.
 
KEPERLUANAN PEMBINAAN JAMBATAN BENGKOK
MALAYSIA - SINGAPURA

2)   Keengganan Najib memenuhi kemahuan dan kehendak Mahathir yang satu dunia sudah tahu iaitu meneruskan projek buah hatinya Jambatan Bengkok menghubungkan Johor Bahru -Singapura .. dulu Pak Lah menjadi mangsa salah satu alasan perdananya ialah Pak Lah terus membatalkan rancangan pembinaan Jambatan Bengkok ini .. sudah pasti Najib mempunyai alasan-alasan tertentu tertumanya segi kewangan dan keperluan mendesak sedangkan Causeway dan Jambatan Kedua sedia ada sudah pun mampu menampung aliran trafik antara Johor Bahru dan Singapura. 
 
SUNTIKAN DANA UNTUK PROTON

3)  Permintaan Mahathir agar Najib memberi suntikan modal lebih RM1.6 biilio kepada Proton dimana beliau menjadi Pengerusinya juga dikatakan salah satu punca utama mengapa Mahathir cukup naik angin satu badan dengan Najib .. apa lagi Mahathir mau .. bukankah kroninya Tan Sri Syed Mokhtar Al- Bukhary DRB Hicom telah pun berjaya mengambil alih kepentingan Proton???? .. 
 
Masih tidak berpuas hati lagi kah ... mau paksa dana awam digunakan untuk perniagaan syarikat kroninya????? 
 
TOP UP DANA UNTUK 
INTERNATIONAL BANK OF MALAYSIA
 4)  Daim Zainuddin ada mempunyai bank yang beroperasi di Tanzania yang dikenali International Bank of Malaysia .. difahamkan permohonan diminta kepada Najib agar menggunakan kedudukkan dan pengaruhnya sebagai Perdana Menteri meminta Malayan Banking @ Maybank ambil alih kepentingan bank berkenaan namun Najib enggan menurut sebaliknya menyerahkan kebijaksanaan Maybank untuk membuat keputusan sendiri sama ada viable dan menguntungkan jika pengambil alihan itu berlaku .. keengganan Najib ini dikatakan bukan sahaja membuat Mahathir terguris hati malahan Daim pun cukup marah katanya. 
 
Tidaklah dapat dipasti dan disahkan akan alasan-alasan yang kini berlegar di alam maya sahih maupun sekadar tuduhan liar tetapi peratusan yang mempercayainya amatlah tinggi sekali. 
 
Jika benar inilah punca dan alasan mengapa Mahathir begitu garang menyerang Najib maka jelas sekali ianya merupakan suatu masalah peribadi apabila kehendak dan kemahuan tidak dipenuhi. 
 
Kredit Omakau
 


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA

Gurindam seloka penghibur lara - A KADIR JASIN

Posted: 17 Dec 2014 09:30 PM PST

 
LAMA sudah kita tidak berseloka. Melepas rindu mengubat duka. Dalam Malaysia kita, Tanah Melayu tercinta, macam-macam ada.

Abdul Rashid Abdul Rahman orang terbuka. Kalau bercakap jelas dan nyata. 

Kepada pemerintah dia berkata, cakaplah benar jangan berdusta. Maka murkalah para pembesar. Kerana peluru terkena sasar.

Itulah juga yang saya katakan. Khabar baik jangan diada-adakan. Berita buruk jangan disembunyikan. Rakyat jelata tidak bangang. Merekalah yang rasa susah dan senang.

Harga getah jatuh merudum. Pekebun kelapa sawit pun dah lama tak senyum. Penanam pada lebih-lebihlah lagi.

Dari dulu sampai kini. Kais pagi makan pagi. Sampaikan Felda Global pun dah mula rugi.

Ramai dok kutuk Ibrahim Ali. Melayu Cina kepadanya tabur benci. Mengata mengumpat berguni-guni. Tapi nak jawab hujah dia, tak berapa mengerti.

Kalau Tok Him satu duit tak guna, pasal apa puluh ribu Melayu ikut dia? Dia bukan ada kuasa. Dia pun bukan orang kaya. Dia tak bagi Bantuan Rakyat 1Malaysia. Tapi orang totok serta profesor, berduyun-duyun ikut dia.

Cakap Tok Him orang ramai peduli. Sebab dah tak percaya YB dan Menteri. Jadi jangan dok asyik nak perli-perli. Silap-silap YB hilang kerusi sebab rakyat tak undi.

PM pun kenalah berhati-hati. Jangan dok asyik nak pergi bercuti. Sambut tahun baru di luar negeri. Ada orang dia kata, belum tentu PM bercuti di luar negara. Masih berfikir dan berkira-kira. Sebab blogger dah mula tanya.

Berkenaan Mukhriz saya tak terkejut. Jawatan dalam MKT dah kena lucut. Dengar cerita di Kedah serabut. Sesama Umno depa dok berebut. Tapi orang PM kata, cerita itu fitnah semata-mata. Dalam MKT Mukhriz masih ada.

Mukhriz rampas Kedah dari Pas. Takkanlah jawatan dia mereka nak rampas? Kalau Presiden buat juga, nampak dia cari bahaya. Silap-silap Kedah Pas tawan semula. Jadi fikirlah sebelum buat apa-apa.

Di Selangor lain pula cerita. Dalam PRU BN menderita. Cakap besar tak terkata. PM percaya sangatlah "gumbira". Bila bilang undi tinggal 12 kerusi saja. Mohd Najib kata dia malu tidak terkira. Tapi kong kali kong sama saja. Noh Omar tetap ketua.

KLIA 2 berlopak-lopak. Semua yang tengok tentu nampak. Inilah akibat pilih kontraktor haprak. Tapi jangan buat apa-apa. Dalam lopak boleh bela keli dan tilapia. MAHB boleh buat untung segera. 

Extraordinary income kata jurukira. Semua orang bertepuk gembira. Itulah standard KPI kita.

Banyak lagi yang boleh dicerita. Tanah runtuh dan mala petaka. Yang kena tangkap pendatang dan pekerja. Tauke besar bebas juga. Pegawai kanan buat macam biasa. Rasuah dan salah guna kuasa tetap berleluasa. Tunjuk simpati di bibir saja.


Wallahuaklam, susah kita nak kata. 

- http://kadirjasin.blogspot.com/

Bantah Notis Merah terhadap Dr Yusuf Qaradhawi

Posted: 17 Dec 2014 08:45 PM PST

 
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) membantah dengan keras tindakan Organisasi Polis Jenayah Antarabangsa (Interpol) yang mengeluarkan Red Notice (Notis Merah) pada 4 Disember lalu bermaksud untuk menahan Dr Yusuf Qaradhawi dan Wajdy Ghoneim yang didakwa terlibat dengan kegiatan menghasut untuk melakukan keganasan dan aksi teroris.

Dakwaan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Mesir terhadap Qaradhawi, 88, yang tercatat dalam rekod Notis Merah itu ialah "merestui, menghasut dan membantu melakukan pembunuhan sengaja, membantu banduan untuk melarikan diri, pembakaran, vandalisme dan mencuri".

Manakala Sheikh Wagdy Ghoneim, 63, pula dikehendakki atas dakwaan "jenayah keganasan, bunuh, culik, menyiksa dan memilikki senjata tanpa lesen".

Kami menarik perhatian bahawa regim Mesir sendiri kini sudah dipersoalkan oleh banyak pihak mengenai penindasan politik, penderaan, penculikan dan keputusan mahkamah yang dipolitikkan di negara tersebut. Pihak PBB dan banyak NGO hak manusia telah mengkritik Mesir yang sewenangnya melabel sebarang penentangan sebagai teroris tanpa sebarang bukti.

Mesir jelas, selepas rampasan kuasa pada 3 Julai 2013 melakukan pelbagai perubahan undang-undang untuk memenuhi agenda regim pemerintah supaya sebarang suara dari mana-mana pihak yang mengkritik dan membantah pemerintah dihapuskan. Regim tersebut melakukan tindakan sewenangnya untuk menindas kebebasan bersuara, kebebasan media serta kebebasan berhimpun secara aman. Padahal ia adalah hak yang diisytiharkan dalam Deklarasi Universal Hak Manusia.

Kerajaan Mesir kini mengharamkan Ikhwan Muslimin sebagai organisasi teroris tanpa sebarang justifikasi undang-undang. Menjadi ahli atau menyokong organisasi tersebut dianggap suatu jenayah yang boleh dihukum.

Manakala jurnalis atau media yang mengkritik regim juga dilabel teroris. Tiga orang jurnalis Al-Jazeera telahpun dihukum 7 hingga 10 tahun penjara hanya kerana mereka didakwa melaporkan berita yang tidak sama dengan versi pemerintah.

Penahanan secara arbitrari yang sudah mencecah lebih 28,000 rakyat Mesir juga melibatkan 522 wanita, 926 kanak-kanak, 180 doktor, 166 journalis dan 234 peguam sepanjang satu tahun yang lalu (laporan AOHR UK).

Lebih parah banduan Mesir disiksa dalam secara tidak berperikemanusiaan. Lebih 118 tahanan politik yang telah mati dalam tahanan sejak rampasan kuasa 3 Julai 2013.

Pihak berkuasa telah melakukan pembunuhan massa dalam insiden Rabaa, Al-Nahda, dan Al-Manassa di mana ribuan orang awam terbunuh dan cedera. Tidak ada sebarang langkah untuk mengheret mereka yang bertangungjawab dalam kalangan polis dan tentera kemuka pengadilan.

Sistem kehakiman Mesir telah runtuh. Pembunuhan beramai-ramai, penjara seumur hidup ke atas penentang politik yang tidak mendapat pembicaraan yang adil, berleluasa. Malah mantan Presiden Hosni Mubarak dan pembantu-pembantunya terlepas dari dakwaan membunuh ratusan rakyat awam pada Januari 2011 sedangkan pihak keselamatan terus melancarkan serangan ke atas rakyat tanpa sebarang belas kesian. Mereka yang ditahan ketika demonstrasi aman disiksa dan dinafikan sebarang rawatan dalam pusat tahanan.

Semua rekod ini yang didokumentasi sendiri oleh PBB dan pelbagai organisasi hak manusia serta media antarabangsa sepatutnya menjadi alasan kenapa Notis Merah ke atas Yusuf Qardhawi tidak sepatutnya dikeluarkan oleh Interpol atas desakan pihak Mesir. Jika ia diteruskan ia akan menjadi rangsangan kepada pihak berkuasa regim Mesir untuk meneruskan penindasan dan pelanggaran hak manusia.

Kami juga menegaskan tindakan Interpol juga adalah bertentangan dengan Artikel (3) dalam piagamnya yang ditubuhkan dalam semangat Deklarasi Universal Hak Manusia yang menyatakan "adalah dilarang keras, ....untuk melakukan intervensi atau aktiviti yang bersifat apolitik, militari, agama atau perkauman" ( strictly forbidden…to undertake any intervention or activities of apolitical, military, religious or racial character).

Dengan mengeluarkan Notis Merah untuk menahan figur tersohor dalam kes yang sangat jelas boleh dipersoal dan terang-terangan suatu rekaan akan mendedahkan Interpol kepada imej yang tidak boleh dipercayai dan sebuah agensi yang tidak berkecuali. Tuduhan yang didakwa dalam senarai Notis Merah itu tidak berasas dan tidak punya nilai undang-undang. Walhal sebahagian mereka yang didakwa sudahpun dihukum bunuh.

Tuduhan jenayah menghasut dalam Notis Merah itu memerlukan syarat perlakuan memujuk, mengalakkan, merangsang, menekan atau mengugut sehingga seorang itu terpengaruh untuk melakukan jenayah. Hal ini semasekali tidak terdapat kepada Yusuf Qaradhawi dalam perbuatan mahupun dalam ucapannya.
 
Malah hasutan yang didakwa itu semestinya sangat serius, khusus dan langsung seperti mengeluarkan arahan, membayar, memberi senjata atau secara khusus menyuruh seseorang melakukan jenayah. Tidak ada kenyataan boleh dianggap suatu hasutan jika ia tidak secara khusus membawa maksud menghasut.

Bila kenyataan yang didakwa oleh Notis Merah tidak memenuhi maksud yang khusus bersifat menghasut, maka jelas kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak regim Mesir itu adalah kenyataan politik yang bermaksud untuk menindas siapa sahaja yang mempunyai pendirian yang menentang rampasan kuasa oleh tentera. Tidak ada dalam apa sahaja kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak yang dituduh yang boleh dianggap suatu jenayah di sisi undang-undang antarabangsa dan undang-undang hak manusia.

Mengikut artikel 33 Konvensyen Pelarian Geneva 1951 dan protokol 1967 "Tidak ada negara yang memeterai kontrak boleh mengusir atau menyerah seorang pelarian dalam apa bentuk sekalipun kepada mana-mana wilayah dimana nyawa dan kebebasannya diancam atas sebab etnik, agama, kenegaraan, keanggotaan dalam sesuatu kumpulan sosial atau pendirian politik." (No Contracting State shall expel or return ("refouler") a refugee in any manner whatsoever to the frontiers of territories where his life or freedom would be threatened on account of his race, religion, nationality, member- ship of a particular social group or political opinion ).

Para (1) dalam Artikel (3) Konvensyen Menentang Penderaan dan Layanan Zalim, Tidak Berperikemanusiaan atau Menghina atau Hukuman (Torture and other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment) menyatakan "Tidak ada negara boleh mengusir atau menyerah kembali seseorang kepada negara lain dimana terdapat alasan yang kukuh untuk mempercayai bahawa dia boleh terdedah kepada penyiksaan." (No State Party shall expel, return ("refouler") or extradite a person to another State where there are substantial grounds for believing that he would be in danger of being subjected to torture)

Dr Yusuf Qaradhawi adalah ilmuan dan ulama tersohor yang mempunyai rekod kesarjanaan yang menolak semua jenis ekstremisme. Pengajaran beliau berteraskan kepentingan kesederhanan dan toleransi. Beliau tidak pernah melontar pandangan kriminal. Waran penahanan berpunca dari kelantangan beliau mengutuk rampasan kuasa di Mesir dan segala pelanggaran hak manusia.

Kami mendesak Interpol mematuhi peraturannya sendiri dan segala peruntukan undang-undang antarabangsa dengan menarik balik Notis Merah terhadap kedua tokoh tersebut yang dikeluarkan atas permintaan kehakiman dan pendakwaan awam Mesir.

Kami mendesak Interpol menarik balik notis tersebut untuk menahan Qaradhawi dan Ghoneim dan menolak sebarang tekanan terhadap agensi tersebut demi menyelamatkan reputasi, integriti dan sifat berkecualinya.

Pihak pemerintah Mesir kini sedang tercemar dengan imej memalsukan pendakwaan untuk menindas penentangnya. Dunia perlu bangkit menentang kezaliman yang berleluasa dijalankan oleh regim Mesir yang didalangi oleh kuasa imperialis Barat dan didukung oleh pemimpin-pemimpin Arab yang berkepentingan.


Mohd Azmi Abdul Hamid, Presiden Mapim
Abdul Ghani Samsudin, Pengerusi Shura/KUMS Malaysia

Mahkamah putuskan Jude Pereira diterima masuk dalam badan peguam

Posted: 17 Dec 2014 08:00 PM PST

Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini memutuskan bekas pegawai penyiasat dalam kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim harus dibenar untuk diterima masuk ke badan peguam selang tiga bulan mulai hari ini.

Pesuruhjaya Kehakiman, Lee Swee Seng membenarkan petisyen Judy Blacious a/l AF Pereira (lebih dikenali sebagai Jude Blacious Pereira) (gambar) untuk diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya.

"Sepanjang tempoh dari sekarang hingga berakhirnya tempoh tiga bulan, pempetisyen perlu menghadiri beberapa seminar hak asasi manusia, forum, aktiviti atau program dianjurkan oleh Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam," kata beliau dalam penghakimannya di Ipoh, hari ini.

Beliau berkata, jika tiada, mana-mana program yang berkaitan anjuran Majlis Peguam membolehkan pempetisyen mempunyai tempoh "conscientisation reflektif" berhubung dengan semangat hak asasi manusia terutama tahanan di bawah sistem keadilan jenayah.

Beliau berkata semua program tidak boleh dianggap sebagai hukuman tetapi satu kesungguhan yang akan menjadi satu bentuk pemulihan reflektif untuk peranan baharu.

"Tiada beban lebih besar daripada yang perlu harus dikenakan ke atas pempetisyen kecuali lapan jam menjalani latihan, ceramah atau menyertai program yang Majlis Peguam mungkin tetapkan bagi pempetisyen," katanya.

Majlis Peguam dapat memudahkan program latihan untuk pempetisyen supaya apabila tempoh tiga bulan berakhir, pempetisyen akan diterima masuk sebagai peguambela dan peguamcara, kata beliau.

Lee berkata, pempetisyen perlu dialu-alukan ke dalam profesion ini dan dengan latar belakang dan pengalamannya berkhidmat dalam bidang lain, beliau dapat memainkan peranan penting sebagai ahli profesion bagi menegakkan hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang.

"Saya tidak mengeluarkan apa-apa perintah tentang kos. 25 Mac 2015 pada jam 9 pagi harus diambil perhatian untuk pempetisyen diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya, " katanya.

Beliau berkata mahkamah mengambil kira hakikat bahawa laporan Suhakam diselitkan dengan beberapa sindiran atau mungkin terdedah kepada lebih daripada satu interpretasi.

Beliau juga memberi perhatian kepada hakikat bahawa Majlis Peguam tidak membuat apa-apa laporan polis selepas Laporan Suhakam dikeluarkan.

"Saya juga mempertimbangkan hakikat bahawa pada peringkat penerimaan yang singkat, tiada bantahan daripada Majlis Peguam atau Majlis Peguam negeri. Apabila tiba peringkat untuk memohon menduduki peperiksaan Etika Majlis Peguam, juga tiada bantahan dibangkitkan,

Lee berkata sesungguhnya daripada keterangan afidavit yang tidak dipertikaikan, Pereira berkhidmat dengan cemerlang di dalam negara dan di Sierra Leone dan juga dinaikkan pangkat kepada Penguasa Polis sebelum bersara selepas berkhidmat selama 37 tahun.

Bagaimanapun, beliau bersetuju dengan Majlis Peguam bahawa pelanggaran hak asasi manusia bagi tahanan dan terutama daripada peguam sukarela adalah satu perkara yang serius.

"Namun seperti kebanyakan undang-undang yang agung dan perkasa bahawa tiada siapa boleh terlepas daripada jangkauan atau mengatasinya, undang-undang seperti yang saya tahu, adalah juga murah hati dan pengasih dan memberikan peluang kedua kepada kebanyakan orang untuk membuktikan diri mereka," katanya.

Pada 15 Januari, tahun ini, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Zaleha Yusof membenarkan notis bantahan dan notis kaveat yang dikemukakan oleh Majlis Peguam terhadap kemasukan Pereira untuk mengamalkan profesion undang-undang.

Majlis Peguam membantah kemasukan Pereira, memetik hasil inkuiri oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dalam kes melibatkan penangkapan lima orang peguam semasa perhimpunan menyalakan lilin yang mendapati bahawa Pereira bukan seorang saksi yang boleh dipercayai.

Pada 3 Sept, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan oleh Pereira untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menghalang beliau diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara.

Mahkamah memutuskan bahawa hakim Mahkamah Tinggi membuat keputusan berdasarkan notis bantahan dan notis kaveat terhadap kemasukannya yang dikemukakan oleh Majlis Peguam dan bukan atas petisyennya.

Mahkamah juga mendapati bahawa Pereira belum menfailkan petisyen di bawah Seksyen 15 (1) Akta Profesion Guaman 1976 bagi penerimaan dan diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara dan oleh itu, Mahkamah Tinggi tidak bersidang untuk mendengar petisyennya.

Pereira menfailkan petisyen bagi penerimaan dan diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya di Ipoh.

Pereira diwakili oleh peguam Dominic Selvam sementara Datuk Malik Imtiaz Sarwar dan Pavendeep Singh mewakili Majlis Peguam. – Bernama, 17 Disember, 2014.

www.themalaysianinsider.com/bahasa.

Abdul Rahim sertai '25 Melayu ternama' kembali

Posted: 17 Dec 2014 07:30 PM PST

 
 

Bekas ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Abdul Rahim Din memutuskan kembali menyertai kumpulan 25 'Melayu ternama'.

Maklumat ini diperoleh daripada kumpulan pesanan teks seorang lagi anggotanya Noor Farida Ariffi, yang dilihat Malaysiakini.

"Kumpulan 25 ini ingin umumkan bahawa Tan Sri Rahim Din tidak menarik balik sokongan daripada kumpulan ini dan kembali menyertainya selepas 'sabatikal ringkas'.

"Beliau ingin tegaskan bahawa beliau menyokong surat terbuka itu dan semua isi dalamnya," pesanan itu dipetik.

Siang tadi Malaysiakini melaporkan Rahim sebagai menarik diri daripada kumpulan 25 'Melayu ternama' selepas kecewa dengan hala tuju yang diambil pihak itu.

Dalam kiriman SMSnya kepada Malaysiakini petang ini, seorang anggota kumpulan itu Tan Sri Ahmad Kamil Jaafar mengesahkan perkara itu.

"Ya, ia benar (menarik diri)," katanya yang juga bekas ketua setiausaha kementerian luar.

Bagaimanapun, Ahmad Kamil (kanan) berkata terdapat beberapa lagi 'Melayu ternama' yang berminat untuk menyertai kumpulan itu.

"Kami ada beberapa orang lagi yang menunjukkan mnat untuk menyertai G25," katanya.

Sebelum itu, menantu Abdul Rahim, Azmi Arshad menulis dalam laman Facebooknya bahawa Abdul Rahim menghantar surat pendek kepada ahli kumpulan tersebut memaklumkan keputusan itu.

"Saya tidak mahu terlibat dalam kumpulan yang membahaskan isu-isu di luar bidang kuasa panel pakar untuk dibentuk oleh PM, jika pernah ia dibentuk," surat itu dipetik.

Kumpulan 25 Melayu itu sebelum ini tampil dengan seruan kesederhanaan di samping mengkritik NGO lantang Melayu seperti PERKASA dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

Mereka juga menyuarakan kebimbangan jika ekstrimis dan fanatik agama tidak dipantau di negara ini.



Malaysiakini

Sokongan Melayu: Cabaran PAS atau kecundang PRU14

Posted: 17 Dec 2014 06:45 PM PST

 Pendahuluan

1. Analisis sokongan pengundi berdasarkan etnik tidak dapat dielakkan dalam konteks pilihanraya di Malaysia kerana pembentukan parti yang bertanding juga lebih berasaskan kepada etnik.

2. Data-data PRU ke-13 melibatkan tahap sokongan Melayu terhadap BN dan PR perlu dilihat dengan penuh prihatin khususnya oleh ahli-ahli PAS. 
 
Hal ini kerana dalam konteks agihan kerusi di kalangan PR, rata-rata PAS bertanding di kerusi Melayu berhadapan dengan UMNO khususnya di peringkat Parlimen. Justeru, undi teras bagi PAS ialah pengundi Melayu.

2. Apabila DAP dan PKR yang secara umumnya bertanding di kerusi pengundi cina atau pengundi campuran berjaya mendapatkan maksima kemenangan di kerusi tersebut sedang PAS gagal memenangi kerusi Melayu maka kuasa tawar menawar politik pasca PRU ke-14 tidak berada di tangan PAS.

3. Malah tidak pelik jika di saat itu rundingan pembentukan kerajaan hanyalah antara UMNO mewakili kerusi Melayu dan DAP serta PKR mewakili kuasa politik Cina dan campuran. Dalam politik semuanya serba mungkin.

Data PRU13

1. Dalam PRU13 daripada sebanyak 222 kerusi Parlimen secara umumnya terdapat 119 kerusi majoriti Melayu, 29 kerusi majoriti Cina, 36 kerusi campuran dan 38 kerusi Bumiputra Sabah dan Sarawak.

2. PR sangat kuat menyapu bersih 29 kerusi Cina dan 23 kerusi campuran namun lemah dengan hanya mendapat 36 kerusi Melayu dan 1 kerusi Bumiputra Sabah dan Sarawak menjadikan semuanya 89 kerusi.

3. BN pula gagal memenangi walau satu pun kerusi Cina, hanya mendapat 13 kerusi campuran tetapi gagah dengan mendapat 83 kerusi Melayu dan 37 kerusi Bumiputra Sabah dan Sarawak.

4. Ertinya cabaran besar PR yang perlu ditanggung oleh PAS khususnya ialah memenangi 83 kerusi Melayu. Manakala cabaran bagi DAP dan PKR ialah memenangi 37 kerusi Sabah dan Sarawak. Adapun di Semenanjung mereka hanya perlu bekerja keras merebut 13 lagi kerusi campuran.

7. Dengan andaian PR mengekalkan semua 89 kerusi sekarang, PR hanya memerlukan antara 23 hingga 30 kerusi untuk memerintah Malaysia atau berada pada kedudukan selesa.

8. Dengan andaian kerusi itu boleh diperolehi daripada 13 kerusi campuran milik BN hari ini dan lagi 10 hingga 17 lagi dari Sabah dan Sarawak maka PR sebenarnya seolah tidak memerlukan sangat pertambahan kerusi Melayu menerusi PAS dan PKR.

Tahap Sokongan Melayu Terhadap PR pada PRU13

1. Analisis menunjukkan bagi Semenanjung Malaysia, 63.7% undi Melayu berpihak kepada Barisan Nasional, 10.8% undi Cina dan 43.2% undi kaum India

2. Johor mencatat sokongan Melayu yang paling tinggi bagi BN dengan kadar 84.1% dan Kelantan paling rendah 46.7%. 
 
Di Kelantan berlaku sedikit peningkatan undi bagi BN berbanding PRU 12 dan fenomena ini memberi isyarat BN mampu menambahkan kerusi DUN dan Parlimen di sana.

3. PR menerusi PAS terutamanya dan PKR hanya memenangi 36 kerusi Melayu dengan hanya 16 kerusi selamat dan 20 kerusi tipis.

6. BN menerusi UMNO berjaya menang di 83 kerusi Melayu dengan 50 kerusi selamat dan hanya 30 kerusi tipis.

7. Data ini menunjukkan tugas PAS sangat besar bagi memenangi pengundi Melayu. Untuk itu strategi yang betul bagi menghadapi pengundi Melayu ialah dengan tidak menimbulkan sebarang isu kontroversi melibatkan Melayu-Islam. Sebarang kontroversi yang dibangkitkan oleh DAP terutamanya hanya akan menjarakkan lagi pengundi Melayu daripada PAS. Apatah lagi media arus perdana sangat berperanan meracuni pengundi Melayu yang rata-ratanya berada di luar bandar.

8. Sementelah pula jika kontroversi isu agama dan Melayu itu dibangkitkan oleh sebahagian pimpinan PAS maka ia menjadi bola tanggung untuk UMNO terus mengukuhkan kedudukan mereka di kalangan Melayu. Kesannya sudah lasti dirasai oleh PAS.

Sokongan Padu Pengundi Cina Terhadap PR

1. Corak pengundian pengundi Cina membayangkan mereka begitu yakin Pakatan Rakyat mampu menumbangkan BN yang terasnya adalah Melayu UMNO dan membentuk kerajaan campuran kuasa pelbagai etnik dalam PRU ke 14.

2. Dalam PRU ke 13 BN menerusi Gerakan dan MCA gagal mendapat sebarang kerusi majoriti Cina sedang PR menerusi DAP dan PKR menyapu bersih 29 kerusi dengan 25 kerusi selamat dan hanya 4 kerusi dimenangi secara tipis.

3. Di 36 kerusi parlimen campuran pula PR memenangi 23 kerusi dengan 18 kerusi selamat dan 5 kerusi tipis manakala BN hanya mendapat 13 kerusi dengan 4 sahaja kerusi selamat dan 9 kerusi tipis. Keadaan ini menunjukkan PR hanya perlu bekerja keras untuk memenangi hanya 13 sahaja lagi kerusi campuran yang dimenangi BN.

4. Kesimpulannya, dengan mengekalkan kemenangan sapu bersih 29 kerusi Cina, 23 kerusi campuran dan merebut 13 lagi kerusi campuran, PR menerusi DAP dan PKR terutamanya bakal memiliki 65 kerusi Parlimen. Dengan corak pelbagai isu dimainkan oleh PR pada hari ini usaha untuk mendapatkan kemenangan maksima di kerusi Cina dan campuran adalah mudah bagi PR.

Strategi Kemenangan PR PRU14

Merujuk kepada analisis di atas kesimpulan yang boleh dibuat ialah:

1. PAS perlu melipatkan gandakan usaha memenangi pengundi Melayu.

2. Sokongan Cina dan kerusi campuran pelbagai etnik kepada DAP dan PKR sudah hampir sampai ke siling.

3. Tumpuan utama PR ialah pada kerusi Sabah dan Sarawak.

4. Sebarang strategi yang mengabaikan sokongan pengundi teras PAS iaitu Melayu akan meletakkan PAS sebagai parti paling lemah dalam PR.

5. Kuasa tawar menawar politik apabila PAS lemah ialah antara DAP serta PKR mewakili pengundi pelbagai etnik dan UMNO mewakili pengundi Melayu manakala PAS hanyalah seumpama melukut di tepi gantang politik.

6. MCA dan Gerakan sudah hampir kehilangan gigi malah mungkin hampir lumpuh melainkan ia bersama dalam arus DAP dan PKR.

Penulis ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus.
 
 
Batu Vs Kayu

VIDEO - Bongkar terowong rahsia di Putrajaya

Posted: 17 Dec 2014 06:00 PM PST


SAPA BALON RM274 JUTA CUKAI PETROL SEJAK 1 NOVEMBER 2014 HINGGA 15 DISEMBER 2014

Posted: 17 Dec 2014 05:15 PM PST


BARISAN NASIONAL MENGUTIP RM274 JUTA CUKAI PETROL SEJAK 1 NOVEMBER 2014 HINGGA 15 DISEMBER 2014?

Harga pasaran bagi petrol RON95 dan diesel bagi tempoh 1 Disember 2014 hingga 15 Disember 2014 disertakan di dalam Lampiran A (harga pasaran RON95) dan Lampiran B (harga pasaran diesel) yang disertakan bersama.

Data harga telah diperolehi secara sah dari pasaran seperti berikut:
RON95 – ditentukan oleh MOPS bagi Singapore Mogas 95 Unleaded
Diesel – ditentukan oleh MOPS bagi Singapore Gasoil

Kadar tukaran matawang – ditentukan oleh kadar rasmi Bank Negara

Dari Lampiran A dan Lampiran B, jelas bahawa harga pasaran bagi RON95 (tidak termasuk jaminan keuntungan dan kos yang diberikan oleh kerajaan kepada syarikat minyak) telah menjunam dari paras RM1.73 seliter pada 1 Disember 2014 kepada RM1.58 seliter pada 15 Disember 2014.

Keadaan yang sama juga berlaku dengan harga diesel yang menjunam dari paras RM1.87 seliter pada 1 Disember 2014 kepada RM1.71 seliter pada 15 Disember 2014.

Malah, dengan jaminan keuntungan dan kos yang diberikan oleh kerajaan kepada syarikat minyak sebanyak 32 sen seliter (RON95) dan 23 sen seliter (diesel) seperti yang terpaksa dibayar rakyat sekarang, harganya juga masih rendah berbanding harga yang ditetapkan oleh kerajaan.

Mengambil kira jaminan keuntungan dan kos kepada syarikat minyak itu, harga RON95 ialah RM2.05 seliter (pada 1 Disember 2014) dan terus menurun kepada RM1.90 seliter (pada 15 Disember 2014); berbanding harga yang dibayar oleh rakyat RM2.26 seliter.

Harga diesel pula (termasuk jaminan keuntungan dan kos kepada syarikat minyak) ialah RM2.10 seliter (pada 1 Disember 2014) dan terus menurun kepada RM1.94 seliter (pada 15 Disember 2014); berbanding harga yang dibayar oleh rakyat RM2.23 seliter.

Oleh kerana rakyat terus membayar pada harga yang lebih tinggi dari harga pasaran (walaupun tanpa subsidi), rakyat Malaysia sebenarnya telah membayar cukai petrol sejak bulan November 2014 lagi.

Perkiraan cukai petrol tersembunyi yang telah ditanggung oleh rakyat ditunjukkan di dalam Lampiran C. Anggaran ini dibuat berdasarkan jumlah penggunaan petrol sebanyak 14 bilion liter setahun dan penggunaan diesel sebanyak 9.64 bilion liter setahun seperti jawapan Perdana Menteri di Parlimen.

Bagi tempoh November 2014, rakyat membayar sebanyak RM47 juta cukai petrol.

Bagi tempoh 15 hari pertama Disember, rakyat membayar sebanyak RM146 juta cukai petrol bagi RON95 dan RM81 juta bagi diesel.

Maka, jumlah cukai petrol yang dikutip secara senyap oleh kerajaan bagi tempoh 45 hari sahaja ialah RM274 juta tanpa diketahui oleh rakyat.

Oleh sebab itu, saya terus menegaskan bahawa sistem penetapan harga sekarang ini tidak telus dan memangsakan rakyat. Dato' Seri Najib Tun Razak perlu menjawab segera ke mana perginya cukai tersembunyi sebanyak RM274 juta yang dikutip dari rakyat dalam tempoh 45 hari sahaja di antara 1 November 2014 hingga 15 Disember 2014?

RAFIZI RAMLI
 
Naib Presiden/Setiausaha Agong KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan
17 Disember 2014
---
Dihantarkan kepada anda melalui / Delivered to you by:
 
BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya
Tel: +603 7885 0530
Fax: +603 7885 0531
E-mail: komunikasi@keadilanrakyat.org
Web: www.keadilanrakyat.org

VIDEO - "Pesan Nazri Aziz Buat PERKASA Cermin Diri, Kalau Tidak Ada Cermin Nazri Tolong Belikan "

Posted: 17 Dec 2014 04:30 PM PST


Perkasa hanya iri hati dengan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke luar negara sehingga kumpulan tersebut mencadangkan beliau mengurangkan lawatan tersebut menurut Menteri pelancongan dan kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz.

Tambahnya lagi, Perkasa tidak layak untuk mempersoalkan tindakan Perdana Menteri yang telah dipilih secara rasmi untuk berkhidmat kepada rakyat Malaysia.
 
 
tikaqbuloh.blog

VIDEO - Siapa DSAI...Almarhum Ustaz Niamat Yusuf

Posted: 17 Dec 2014 04:00 PM PST



VIDEO - Saya tergamam lihat TG Nik Aziz

Posted: 17 Dec 2014 03:30 PM PST


Rakyat jangan panik ringgit jatuh, kata timbalan menteri

Posted: 17 Dec 2014 08:00 AM PST

Orang ramai dinasihatkan tidak panik berikutan kejatuhan nilai ringgit yang boleh menyebabkan krisis ekonomi dalam jangka masa panjang, memandangkan Putrajaya sedang bersedia dengan langkah menanganinya yang akan diumumkan perdana menteri.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Hamim Samuri berkata ini bukan pertama kali negara menghadapi krisis seumpama itu, sambil menambah yang asas ekonomi Malaysia masih kukuh ketika ini berdasarkan trend pelaburan dan imbangan bayaran.

"Rakyat tidak perlu risau atau panik kalau keadaan tidak dapat dikawal, dengan membeli barangan secara pukal, atau akan terjadi suasana kekurangan barangan "Ini akan menjejaskan usaha kerajaan dalam merangka langkah tertentu mengukuhkan ekonomi. Kita bukan kali pertama dalam keadaan ini.

Kita ada pengalaman. Situasinya mungkin berbeza, tetapi saya yakin kerajaan boleh buat sesuatu," katanya. Pada 4 Disember, Berita Harian Singapura melaporkan, ringgit Malaysia jatuh paling teruk dalam tempoh 10 bulan lalu berbanding dolar Singapura.

Berita Harian Brunei juga membuat laporan yang sama apabila kadar ringgit jatuh kepada RM2.63 untuk sedolar Brunei berbanding RM2.57 minggu sebelumnya.

Kedua-dua media negara jiran itu melaporkan, ia berpunca daripada kejatuhan harga minyak di pasaran dunia dengan Berita Harian Singapura menyifatkan keadaan itu sebagai yang paling teruk sejak krisis kewangan Asia 1997.

Menurut akhbar itu, para penganalisis menjangkakan Malaysia berkemungkinan menjadi negara Asia paling teruk terjejas ekoran kejatuhan berterusan harga minyak dunia.

Bercakap pada sidang media selepas merasmikan pelancaran Perdasama Muda Nasional di Kuala Lumpur hari ini, Hamim mengakui yang ekonomi Malaysia bakal terjejas dalam tempoh jangka masa panjang sekiranya tidak ada langkah dilakukan bagi mengawal krisis tersebut.

"Sebab itu saya sebut kerajaan sedang buat langkah-langkah tertentu yang akan diumumkan kemudian, biarlah kerajaan umumkan," katanya.

Beliau berkata negara pada masa ini berdepan dengan kesan kejatuhan nilai ringgit berbanding Singapura dan Amerika Syarikat, tetapi pelaburan dan imbangan bayaran masih positif.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Suspek Geng Mamak ditembak mati, 3 lagi ditangkap - ANTARAPOS.COM

Posted: 17 Dec 2014 07:15 AM PST

 
IPOH: Seorang penjenayah dipercayai anggota Geng Mamak ditembak mati malam tadi manakala tiga lagi diberkas dalam dua operasi berasingan baru-baru ini.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata suspek bernama Muhammad Asharaf Jamaluddin, 24, ditembak mati di sebuah rumah di Taman Bunga Raya, Kuala Kangsar ketika berbalas tembakan dengan polis pada pukul 9.30 malam.

"Polis telah ditembak bertalu-talu oleh suspek sewaktu serbuan di rumah tersebut. Suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau iaitu kes samun di Kamunting dan dia dipercayai pemandu kenderaan penjenayah yang merempuh dan menyebabkan kematian anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di Bagan Serai pada Mei lalu," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Beliau berkata di rumah tersebut, polis turut merampas antaranya sepucuk pistol Colt .45 semi automatik, beberapa butir peluru, pelbagai plat nombor pendaftaran kenderaan, parang, golok, empat jaket berlambang polis, empat lencana integriti Jabatan Kastam, 72 telefon bimbit dan sejumlah kunci kenderaan mewah.

Seorang lagi suspek geng itu yang berusia 37 tahun dan berasal dari Kampung Stesen, Kuala Kangsar ditangkap ketika Ops Cantas Khas di Lenggong pada pukul 11.30 pagi pada 14 Disember lalu apabila polis mengesan sebuah kenderaan yang disyaki.

Mohd Dzuraidi berkata lelaki yang didapati positif dadah itu mempunyai 20 rekod jenayah lampau antaranya samun, pecah rumah dan curi kenderaan selain mempunyai lapan rekod yang dikehendaki di Perak, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Melaka.

Beliau berkata polis turut merampas sebuah kereta jenis Subaru Impreza, 1 vest polis, sejumlah kunci kenderaan mewah dan pemotong besi.

Selain itu seorang lelaki berusia 50 tahun juga berasal dari Kampung Stesen yang dipercayai anggota Geng Mamak masih direman sehingga Jumaat ini bersama-sama teman wanitanya yang berusia 33 tahun, katanya.

Beliau berkata pasangan itu ditangkap dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Sri Desa, Kampung Tawas di sini pada jam 6.20 petang 6 Disember lalu dan polis turut merampas dua buah kereta iaitu jenis Proton Perdana dan Honda Civic, 1 vest polis dan peralatan pecah rumah.

"Suspek lelaki yang positif dadah itu mempunyai 25 rekod jenayah lampau seperti samun, pecah rumah, serta rekod dikehendaki di Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Melaka manakala wanita yang berasal dari Sungai Siput itu juga positif dadah," katanya.

Mohd Dzuraidi berkata tahanan reman kedua-duanya dilanjutkan lagi daripada 14 Disember sehingga 19 Disember ini bagi membolehkan siasatan dilakukan dengan lebih mendalam.

Beliau berkata polis kini sedang mencari Mohd Sharif Abu Bakar, 52, dan Nazrulhizam Mohamad Ramli, 35, bagi membantu siasatan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan menghubungi polis.

Mohd Dzuraidi berkata sejak tiga bulan kebelakangan ini, Geng Mamak dikesan melakukan pelbagai jenayah terancang seperti samun, pecah rumah dan curi kenderaan mewah.

"Masih terdapat Geng Mamak, kita akan terus memburu mereka. Geng ini dikesan menyamar sebagai polis dan anggota kastam. Kita percaya Geng Mamak sedang merekrut anggota mereka yang baharu," katanya.

Beliau berkata bagi tahun 2014 sehingga Disember, sebanyak 24 kes dipercayai dilakukan kumpulan tersebut di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Kelantan.

"Pihak JSJ Perak telah menubuhkan pasukan petugas untuk memburu dan menumpaskan kumpulan ini. Setakat ini hasil daripada maklumat awam dan siasatan, kita telah menangkap beberapa suspek yang kesemuanya merupakan anggota Geng Mamak yang aktif," katanya.

Dicatat oleh ELBI RISALAH

UMNO semangkin menggila!..Ketagih pekerja Asing.

Posted: 17 Dec 2014 06:30 AM PST

TV3@UMNO..Buang Perkerja Rakyat Warga Negara@Asal...Tapi Mengambil WARGA ASING untuk BEKERJA di Negara ini..UMNO semangkin menggila!..Ketagih pekerja Asing.

TV3@UMNO..Buang Perkerja Rakyat Warga Negara@Asal...Tapi Mengambil WARGA ASING untuk BEKERJA di Negara ini..

Bayar & Bogel: MB Azmin Ali... Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 17 Dec 2014 06:00 AM PST


Sungai Buloh – Konsep digunakan adalah 'bayar dan bogel' apabila pelanggan hanya perlu membayar RM200 sebelum memilih deretan pelacur pelbagai negara ditawarkan. Itu adalah konsep perniagaan maksiat dijalankan dua premis hiburan yang dipercayai menawarkan khidmat seks pelayan pelanggan (GRO) secara tempahan di Sungai Buloh.

Kegiatan maksiat itu bagaimanapun dibongkar sepasukan polis dari Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman jam 2 pagi semalam. Hasil operasi itu 45 pelacur warga asing diberkas termasuk ada antaranya sedang bermesra dengan pelanggan.

Ketua Operasi Asisten Superintendan Mohamad Mohd Jais berkata, siasatan polis mendapati pelanggan boleh membuat tempahan melalui panggilan telefon sebelum datang ke premis itu.

"Bayaran dikenakan boleh mencecah sehingga RM500 bagi setiap pelacur ditawarkan," katanya di lokasi serbuan.

Beliau berkata, semua wanita ditahan berusia 20 dan 30 tahun dan enam daripadanya tidak mempunyai pasport serta turut menyalahgunakan pas lawatan sosial. Menurutnya, rata-rata wanita yang ditahan adalah warga Thailand, Indonesia dan Vietnam dan bekerja di premis hiburan terbabit sejak sebulan lalu.

"Siasatan kami mendapati kedua-dua premis tidak mempunyai lesen dan polis masih mengesan pemilik pusat hiburan itu bagi membantu siasatan," katanya.

Menurutnya, operasi seumpama itu akan diteruskan berikutan sindiket mula berpindah lokasi aktiviti luar dari pusat bandar, lapor Hmetro.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Wahai MB Selangor Azmin Ali..

Ketahuilah, antara isu lain yang menjadi kerisauan ramai di Selangor  ialah..

  • Bercambah dengan meluasnya pusat judi haram, judi internet, pusat hiburan dan pusat maksiat yang berselindung di sebalik nama pusat urut atau refleksologi. Contohnya seperti berita di atas. Bayar dan Bogel: 'dua premis tidak mempunyai lesen'
  • Di kebanyakan bandar sedia ada atau bandar baru, pusat ini bercambah bagaikan cendewan tumbuh selepas hujan. Difahamkan pihak PBT hanya mengeluarkan permit kepada sebahagian kecilnya saja manakala selebihnya adalah tidak berlesen dan dibangunkan secara haram. Walaupun sudah banyak serbuan oleh pihak berkuasa, namun ia tetap tumbuh semula. Apakah hal ini tidak ada jalan selesai dari kerajaan negeri? Bengap sangatkah pemimpin-pemimpin kerajaan negeri?
  • Berdasarkan laporan daripada setiap PBT, bukanlah sesuatu yang sukar untuk  beliau mengetahui antara  tempat berlesen dengan diuruskan secara haram. Sesetengah yang berlesen pula tidak mustahil menyelewengkan kebenaran diberi demi memperolehi keuntungan berganda.
  • Apakah tidak ada jalan selesai dari kerajaan negeri pimpinan Azmin? Sampai bila maksiat-maksiat ini akan dibiarkan bebas di Selangor? Di sinilah pentingnya Azmin melakukan banyak terjahan untuk menunjukkan seriusnya beliau menangani dan mengawal perkara yang sangat membimbangkan itu.
  • Kiranya Azmin dapat melakukan terjahan ke pusat judi dan maksiat ini, ia bukan saja menaikkan lagi namanya, bahkan pastinya menggembirakan lebih ramai pengundi dan ibu bapa di negeri Selangor ini. 
  • Dengan pembangunan Selangor yang berkembang pesat, ramai yang mengharapkan Azmin tidak menunggu terlalu lama untuk melakukan terjahan ke tempat-tempat yang memberi lebih kesan buruk tetapi begitu terbuka perniagaannya.
  • Sebenarnya, di sinilah antara puncanya segala macam masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat. Ia bukan saja melibatkan orang dewasa, mereka yang sudah berkeluarga, tetapi turut melibatkan golongan remaja dan murid-murid sekolah. Pertumbuhannya, sama ada yang berlesen atau haram, nyata membimbangkan ramai ibu bapa, yang merasakan semakin sukar untuk mengawal ahli keluarga masing-masing daripada terjebak dalam kancah tidak sihat itu..
  • Boleh contohi kerajaan Kelantan yang juga pimpinan Pakatan Rakyat. Bagaimana kerajaan Kelantan menghapus maksiat-maksiat seperti tersebut di atas walaupun kadang-kadang bidang kuasanya ada pada Kerajaan Pusat.
Wallahu 'aklam.

Ahli UMNO mahu Najib letak jawatan demi kebaikkan UMNO..

Posted: 17 Dec 2014 05:15 AM PST

Selepas pemimpin Umno bahagian membuat laporan polis terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dipengerusi Datuk Seri Najib Razak, kini seorang pemimpin Umno cawangan pula menulis surat terbuka agar perdana menteri meletakkan jawatan.

Surat terbuka Ketua Penerangan Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Bahagian Pandan, Selangor Syed Rosli Jamalullail menuntut Najib berhenti kerana perkhidmatan beliau tidak lagi diperlukan.

"Sesungguhnya kami ahli Umno merasakan perkhidmatan Datuk Seri tidak lagi diperlukan," katanya dalam surat itu.


"Bukan kami hendak menghina Datuk Seri tetapi kami rasakan lebih baik Datuk Seri berundur secara hormat sebelum PRU14 nanti demi memberi nafas baru kepada Umno," katanya.

Beliau berkata, Umno ketika ini sudah semakin lemah daripada segi sokongan orang Melayu mahupun pengundi parti komponen Barisan Nasional (BN) terutama parti berteraskan bangsa Cina dan India.

"Jikalau Datuk Seri betul-betul sayangkan Umno dan BN maka jalan yang terbaik Datuk Seri berundurlah," katanya yang juga penolong setiausaha Pemuda cawangan itu dalam surat berkenaan.

Katanya, meskipun mereka mengucapkan terima kasih kepada Najib yang banyak berjasa, "namun disebabkan liabiliti teramat besar dan kuat untuk kami tanggung maka jalan yang terbaik Datuk Seri berundur".

Syed Rosli yang juga calon ketua Pemuda dalam pemilihan Umno tahun lalu meminta Najib membantu mereka "supaya menjadi kuat semula dengan Datuk Seri berhenti".

Secara sinis beliau berkata, tidak mahu cerita terlebih lanjut atau secara terperinci "nanti Datuk Seri tidak mengaku dan saman saya mana mampu hendak bayar" lapor The Malaysian Insider

Ini adalah surat yang dimaksudkan..

Surat terbuka kepada YAB Perdana Menteri Merangkap Presiden Umno, Dato ' Sri Hj . Najib Bin Hj. Tun Abdul Razak. 
Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum Dato ' Sri, 
Sesungguhnya saya sebagai ahli Umno merasakan yang perkhidmatan Dato Sri tidak lagi diperlukan bukan kami hendak menghina Dato ' Sri tetapi kami rasakan lebih baik Dato ' Sri berundur secara kehormat sebelum PRU14 nanti demi memberi nafas baru kepada Umno. 
Umno ketika ini sudah semakin lemah dari segi sokongan orang melayu mahupun dari sokongan pengundi2 komponen BN terutama parti berteraskan bangsa cina dan india. 
Jikalau Dato ' Sri betul2 sayangkan Umno dan Barisan Nasional maka jalan yang terbaik Dato ' Sri berundur lah. 
Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang teramat kepada Dato ' Sri yang telah juga banyak berjasa kepada kami namun disebabkan liabiliti yang teramat besar dan kuat untuk kami tanggung jadi jalan yang terbaik ialah Dato ' Sri berundur. 
Bantu lah kami supaya menjadi kuat semula dengan Dato ' Sri berhenti. 
Saya tidak mahu cerita terlebih lanjut atau secara terperinci nanti Dato ' Sri tidak mengaku dan saman saya mana mampu nak bayor. 
Demi Agama, Bangsa dan Negara,
Syed Rosli Jamalullail,
Ketua Penerangan Cawangan merangkap Penolong Setiausaha Pemuda Cawangan Umno,

Pusat Bandar Taman Chempaka, Bahagian Pandan, Selangor.

Anak Sungai Derhaka

Lagi Kes Buli Jalan Raya : Myvi vs Hilux Milik Kerajaan

Posted: 17 Dec 2014 04:30 AM PST



Baru-baru ini, satu lagi gambar yang didakwa kes buli jalan raya tersebar di media sosial.

Kejadian buli itu melibatkan sebuah kereta Perodua MyVi dan juga sebuah Hilux yang dimiliki oleh Unit Vektor Jabatan Kesihatan Daerah Ulu Langat. Dipercayai, lelaki pemandu MyVi bertindak memecahkan cermin kereta Hilux yang terlibat dengan menggunakan stereng lock.

Terdapat tiga gambar yang diselitkan bersama dakwaan ini. Gambar pertama(atas) memaparkan pemilik MyVi yang terlibat keluar dari kenderaannya sambil membawa 'stereng lock'.

Gambar kedua dan ketiga pula memaparkan kereta Hilux milik Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat yang sudah dipecahkan cermin sebelah kanan.


Pihak Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat telah mengesahkan kejadian ketika dihubungi. Menurut pihak terbabit, kejadian berlaku pada semalam (16 Disember) dan laporan polis telah pun dibuat.

Namun pihak tersebut enggan mengulas lanjut tentang kejadian tersebut. 


Game Of the Games. Finale...Quit if you love the party, Umno man tells Najib

Posted: 17 Dec 2014 03:45 AM PST

 

Team Madey Kutty, menggunakan sumber² dalam dengan Sengatan yg begitu Rancak dan Kebinasaan Karier DSN.

Pendekatan inilah isu sehangat suasana mencari pengganti Kerusi Tertinggi masih dlm perbincangan Pihak Tertinggi...


Sekali lagi, Team Squad Gempur yg di 'hired' si Kutty kerala...

menampakkan gelojohnya tuk menumbangkan si Gajah Pondan selama supaya tidak lagi mempunyai kepercayaan terhadap DSN...


sebahagiaan lain Squad masih menabur Bisa Barah tuk membenci dan membentuk peralihan kuasa...
Disini bermulalah kisah cinta,

Disini jugalah setiap Kudis dan Kayap,


Merebak sekelian Alam....


Merubah menjadi Sang Sangka....

Skandal Terbesar Dana Malaysia? 1MDB Mula Minta Talian Hayat

Posted: 17 Dec 2014 03:00 AM PST

 

Modal Berbayar 1MDB US$1 Juta Tanggung Hutang RM41.9 Bilion.  

Sejarah telah membuktikan banyak dana negara diseleweng tanpa rasa bersalah.

Duit beli lembu, buat beli kondo. Ada ditempat lain? Tidak sama sekali, hanya di Malaysia. Itu baru dana sejumlah RM250 juta yang diseleweng. Ini..

Ini tanggungan hutang berjumlah RM42 bilion melibatkan kerajaan Malaysia. Begitu banyak kisah yang "tersepit" dan "terselit" dalam skandal 1MD ini. Sudah tiba masanya satu siasatan menyeluruh perlu dilakukan untuk membuka simpulan itu yang sudah lama diikat rapi oleh kalangan yang berkepentingan.


Terkini, ahli bawahan UMNO (Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan) sudah buat laporan, mengapa melenting yang di atas sana termasuk Tengku Adnan Tengku Mansor?

* Kenapa mesti menggelabah sehingga mengeluarkan kenyataan yang berbaur ancaman kepada ahli sendiri?

* Bukankah Khairuddin Abu Hassan juga kalangan rakyat Malaysia yang mahukan cintakan ketelusan dan kebenaran? Salahkah?
Apa yang perlu ditakutkan & melatah? Apa yang perlu disorokkan?

 

Modal Berbayar 1MDB US$1 Juta Tanggung Hutang RM41.9 Bilion. Skandal Terbesar Dana Malaysia? 1MDB Mula Minta Talian Hayat : Sejarah telah membuktikan banyak dana negara diseleweng tanpa rasa bersalah.
Duit beli lembu, buat beli kondo. Ada ditempat lain? Tidak sama sekali, hanya di Malaysia. Itu baru dana sejumlah RM250 juta yang diseleweng. Ini..
Ini tanggungan hutang berjumlah RM42 bilion melibatkan kerajaan Malaysia. Begitu banyak kisah yang "tersepit" dan "terselit" dalam skandal 1MD ini. Sudah tiba masanya satu siasatan menyeluruh perlu dilakukan untuk membuka simpulan itu yang sudah lama diikat rapi oleh kalangan yang berkepentingan.
Terkini, ahli bawahan UMNO (Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan) sudah buat laporan, mengapa melenting yang di atas sana termasuk Tengku Adnan Tengku Mansor?
  • Kenapa mesti menggelabah sehingga mengeluarkan kenyataan yang berbaur ancaman kepada ahli sendiri?
  • Bukankah Khairuddin Abu Hassan juga kalangan rakyat Malaysia yang mahukan cintakan ketelusan dan kebenaran? Salahkah?
  • Apa yang perlu ditakutkan & melatah? Apa yang perlu disorokkan?
Ini pelaburan yang telah melibatkan negara dan kerajaan malaysia, jadi rakyat mesti dan berhak untuk tahu.
  • Apa salah Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan buat laporan polis?
    Beliau adalah rakyat Malaysia yang berhak buat laporan polis
  • Kenapa cuba untuk "ikat tangan", dan "tutup mulut" Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan?
  • 1MDB ini bukan dana UMNO, 1MDB bukan dana Pakatan Rakyat, 1MDB adalah dana negara
  • Tanggung hutang 1MDB bukan RM100 juta, bukan RM1 bilion tetapi RM42 bilion. Mahu rakyat diam lagi?
  • Salahkah untuk disiasat hujung pangkalnya?
  • Tengku Adnan masih lagi mendakwa ia hanyalah persepsi, persepsi dan persepsi sahaja skandal 1MDB ini
Sudah elok-elok ada Khazanah Nasional yang menguruskan dana kekayaan negara, ditambah pula dengan beban 1MDB.
  • Hebat……cara 1MDB berniaga. Dengan hanya mempunyai modal berbayar serendah US$1 juta sahaja
  • (US$3.4 juta) pada masa itu, sudah mampu memikul hutang berjumlah RM42 bilion.
  • Bertambah hebat lagi, 1MDB "bermurah hati" bayar RM1.4 bilion untuk 2 bidang tanah di Pulau Pinang
  • pada harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran sebenar
  • Bagaimana dengan bab Petrosaudi? Sudah lesap RM2 bilion bukan?
Mahu rakyat berdiam lagi…….?
Dan Tokoh Wartawan Negara, Datuk Kadir Jasin mendedahkan maklumat yang diperolehinya mengatakan 1MBD sudah mula memohon Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz supaya bersetuju tempoh pinjaman tidak berbayar (NPL) dipanjangkan dari tiga hingga enam bulan. Mentang-mentanglah Najib Razak Menteri Kewangan. Ermmmm….
  • Jikalau tiada masalah, mengapa pinjaman yang dilakukan 1MDB mesti dipanjangkan lagi tempohnya?
  • Jikalau tiada masalah, mengapa 1MDB minta dilanjutkan tempoh daripada Suruhanjaya Tenaga untuk memulakan projek?
  • TNB sudah terang-terang mengatakan yang 1MDB boleh mula membuat sambung loji janakuasa ke grid seperti yang termaktub dalam konsesi kontrak yang sedia ada?
  • Persepsi apakah ini wahai Tengku Adnan Tengku Mansor?
1MDB

Skandal 1MDB (Kerajaan) di Malaysia VS Enron (Swasta) di Amerika?

Cukuplah dengan skandal yang telah mengemparkan dunia umumnya dan negara kapitalis dunia, Amerika apabila syarikat swasta Enron Corporation "jatuh terduduk" di mana telah tercatat sebagai syarikat yang paling bankrap dalam sejarah Amerika untuk dijadikan pengajaran kepada kita semua. Bezanya…
  • Syarikat Enron Corporation adalah syarikat swasta
  • 1MDB adalah syarikat yang mana kerajaan Malaysia terlibat secara langsung, Najib Razak adalah "chairman 1MDB" aka Menteri Kewangan (menteri duit) sehingga Tan Sri Zeti terdiam seribu bahasa, Wak Lodin hanya CEO 1MDB sahaja
Jikalau 1MDB ini hanya syarikat swasta dan bukannya milik kerajaan malaysia, sudah lama LIQUIDATED oleh bank untuk menampung pinjaman sediaada. Jikalau dapat 10 sen daripada RM1 sudah cukup baik berbanding tidak dapat langsung daripada jumlah yang dibuat pinjaman.
Masalahnya, 1MDB ini guna duit rakyat, duit pembayar cukai, menggunakan dana negara, terbitan bon dan sukuk. Inilah yang disukai bank-bank di Malaysia. Dapat memberikan pinjaman besar kepada kerajaan Malaysia. Walaupun dipanjangkan tempoh pinjamannya? Tetapi risikonya?
Lihat apa yang jadi pada National Feedlot Corporation (NFC). Duit rakyat diberikan kepada keluarga Shahrizat dengan kadar faedah 4%.
  • Tetapi mana lembunya?
  • Kenapa harga daging masih mahal? Bekalan susu lembu di Malaysia apa perkembangannya sekarang?
  • Orang suruh ternak lembu, tetapi digunakan duit tersebut beli hartanah, dan diberikan gaji besar kepada anak-beranak dan suaminya
Di mana Shahrizat sekarang? Jadi Penasihat Perdana Menteri melibatkan hal ehwal wanita. Tepuk dahi Berita Semasa melihatkan situasi sebegini….
KLIK di bawah ini 2 laporan lengkap Berita Semasa mengenai skandal NFC :
hutang 1mdb
Sudah ada Khazanah, mahu tanggung lagi beban dengan menambah satu lagi beban yang bernama 1MDB :
  • Jikalau tiada masalah, bayar sahaja hutang tersebut kepada Maybank
  • Jikalau tiada masalah, mulakan segera projek 3B itu
Melihatkan sitausi sekarang ini, mahu rakyat menjadi penonton sahaja?
P/S : Mentang-mentang duit rakyat. Boleh berbuat sesuka hati? Begitu?

Posted by Jeebond BLM

Isu PERMATA: Siti Aishah disiasat bawah Akta Hasutan

Posted: 17 Dec 2014 02:18 AM PST


KUALA LUMPUR 16 DIS: Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail dipanggil polis untuk disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung isu Program Permata Negara (Permata).

Aishah akan disiasat esok di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya pada jam 9 pagi. Beliau akan ditemani peguamnya, Sivamalar Genapathy yang juga Naib Ketua Wanita KEADILAN.

Beliau dalam laporan Keadilan Daily pada 12 Oktober lalu hanya mempersoal peruntukan sebanyak RM711 juta yang diberikan kepada Permata seperti diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa pembentangan Bajet 2015.

Pada 8 Disember lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan, Haniza Talha juga disiasat di IPD yang sama dan di bawah akta yang sama dalam isu Permata.

Haniza menyatakan bahawa kerajaan didakwa menyalahgunakan Akta Hasutan 1948 untuk menakut-nakutkan pihak yang berani mengkritik dan mempersoalkan dasar serta polisi yang dijalankan.

Jelasnya, tindakan pihak polis memanggil beliau memberi keterangan berhubung kenyataan mengenai peruntukan terhadap Permata sebelum ini menguatkan lagi dakwaan tersebut.

Tiada ulasan: