Tukar Tiub |
- AKHIRNYA IMPERIALIS UNDUR
- APA PANDANGAN PEMBACA
- KES KAHWIN MUDA
- DARI ZAMAN SULTAN MELAKA
- TUKAR TIUB TEPAT DAN BETUL
- GARIS KEBAJIKAN RAKYAT
- ADA SATU PERSOALAN
- POTONG TANGAN
- TANDA TANDA AWAL
Posted: 17 Dec 2014 07:06 PM PST KOMENTAR rakyat CUBA dibawah parti komunis yang dipimpin oleh CASTRO dan CHE telah angkat sejata berjaya menggulingkan ditaktor batista pada tahun 1959 SOSIALIS CUBA lahir republik sosialis cuba dikatakan mengancam amerika yang tak jauh dari cuba imperialis amerika telah melakukan: pelbagai keganasan pelbagai taktik pelbagai sabotaj pelbagai kempen pelbagai bentuk boikot pelbagai bentuk tekanan pelbagai bentuk larangan untuk menjatuhkan republik sosialis cuba puluhan kali cuba diserang belasan kali castro cuba dibunuh ledakan demi ledakan dilakukan ajen ajen amerika merusuh soldadu upahan menyerang cuba tegak berdiri sebagai sebuah negara merdeka CUBA menjadi contoh untuk warga dunia ketiga hari ini republik cuba: pengeluar doktor terbanyak dunia teknoloji mata terulung dalam dunia nisbah warga dengan doktor paling kecil negara paling banyak ilmuan negara sifar buta huruf negara jaguh sukan dunia negara pemusik latin cha cha rumba dan samba adalah cuba di cuba ada 627 dan 94 doktor gigi untuk 100,000 warga di amerika ada 225 doktor dan 54 doktor gigi untuk 100,000 warga perubatan percuma di cuba perubatan wajib bayar di amerika cuba menjadi contoh kepada amerika latin nicaragua bolivia venuezula hinduras dan dan dan semua menCUBAkan ekonomi mereka hari ini dua musuh ketat cuba dan amerika telah memulakan sejarah baru memulakan hubungan berbaik-baik kita lihat dan tunggu NOTA hanya ini sahaja yang dapat dilakukan oleh obama untuk menebus kejahatan dan kerosakan dunia yang telah dilakukan dengan harapan sejarah akan mengingati obama Obama and Raúl Castro thank pope for breakthrough in US-Cuba relations Barack Obama and Raúl Castro have thanked Pope Francis for helping broker a historic deal to begin normalising relations between the United States and Cuba, after 18 months of secret talks over prisoner releases brought a sudden end to decades of cold war hostility. ------------- |
Posted: 17 Dec 2014 06:33 PM PST TARAF HIDUP dia mcm ni..taraf hidup perlu diperbaiki terlebih dahulu.. dah baik, rakyat miskin tiada then baru buat hudud..ini korang tak buat ape2 kemudian mahu laksanakan hudud..rakyat mencuri sebab taraf hidup kat malaysia ni susah..ditekan sana sini..budak melayu mengentot sebab ape ? sebab nak kawin kene byr smpi 20k dan sebagainya.. lepas tu budak2 tu buat salah ko terus nak hududkan dia.. aku sokong 100% hudud.. cuma ada perkara major yang perlu dilakukan terlebih dahulu.. cuba lah fikir sket wey.. korang yg duk atas tu boleh la.. makan gaji..duit ada byk..nk makan senang.. semua senang..tak kira bn atau pakatan.. aku taj pernah tgok wakil rakyat pakatan atau bn hidup melarat..yang hidup melukut tepi gantang adalah rakyat .. rakyat bhai.. so aku mohon kepala-kepala pas ni fikir dulu di manakah situasi taraf hidup kita ni . adakag kita hidup senang atau susah skrg ni.. perbaiki ini dulu.. kalau kita dah hidup senang, semua rakyat tiada yang miskin.. so aku yakin akan kurang masalah2 ini.. on POTONG TANGAN Anonymous on 12/18/14 PADANLAH PAPA PAS Bahslol. Jaga Kedah miskin , jaga Klantan pun miskin , jsga Terengganu pun miskin. PAS Bahalol. PAS elok dapat kontrak jaga tandas Awam Negara pun baik. Air tak bazir , Rokok tak hisap , Tandas pun bersih. Curi Jamban potong tangan ; rakyat tak bersk mersta. PAS kan Bahalol. Orang Melayu sokong PAS pun sama Bahalol. Padan lah papa , miskin , tak de duit , gila duit kopi , melepak , meragut , merogol. Ngentot pun tak nak bayar. Bahalol betul. on JANGAN JADI BEBAL Anonymous on 12/18/14 MAKAN DUIT BRIM Orang Oramg PAS Bahalol. Kat sekolah Matematik pun benggap Cakap ingeris pun tak tahu Cakap Arab , ana anu saja tahu dah eksen , budak Bahalol Budak bahalol mana tahu pikir , yang pandai ngentot saja bila jafi orang nak bini 1 2 3 4. Anak Bini makan duit BR1M Orang Orang Melayu pun rata rata bahalol jugak sokong PAS yang sudah bahalol Melayu dah di takdir jadi bangsa bahalol kan.... on POTONG TANGANAnonymous on 12/18/14 ------------ |
Posted: 17 Dec 2014 05:39 PM PST KOMENTAR kita lihat berapa lama perkahwinan ini akan kukuh ini kahwin muda yang jantan belum puas merempit belum puas muda yang bertina baru tumbuh bulu pahat kerana nak berancuk mereka terus kahwin umur 18 dapat anak kita lihat berapa lama mereka akan betahan satelah puas berancuk INI KES BERANCUK LARI Pasangan remaja 15, 17 tahun kahwinKLUANG 16 Dis. – Sepasang remaja masing-masing berusia 15 dan 17 tahun yang berasal dari daerah ini menarik perhatian ramai terutamanya pengguna media sosial apabila menamatkan zaman bujang mereka pada hujung bulan lalu. Difahamkan, pasangan terbabit, Muhd. Muaz Mislan, 15, dan Nur Izzati Amiera Ishak, 17, dinikahkan pada 30 November lalu selepas mendapat persetujuan daripada keluarga kedua-dua belah pihak. KOMENTAR ini juga kes kahwin muda belum puas merempit tapi nak berancuk umur 21 sudah ada anak kerja tak ada jiwa kacau serang isteri serang ibu mertua masuk penjara ini conton kahwin muda "Takkan bini mu nak makan nasi tak boleh" KOTA BHARU - Padah buat seorang penganggur kerana menampar mertua dan mengasari isterinya hanya kerana nasi, dia didenda RM3,000 oleh mahkamah majistret, di sini. Tertuduh, Nik Mohd Luqman Abdullah, 23, mengaku salah dengan sengaja menyebabkan cedera kepada isterinya, Rosmanira Mahmood, 33, dengan menyepak, memukul dan menendang dengan kaki dan tangan sehingga kena di muka, tangan dan badan pengadu, Rabu lalu. ----------- |
Posted: 17 Dec 2014 05:15 PM PST GENG MAMAK KAH KAH KAH woit dari zaman raja melaka dari zaman TUN PERAK geng mamak kitul sudah buat angkara sampai sekarang geng mamak tembak mati tembak mati kepalanya masih ada KAH KAH KAH ------------- |
Posted: 17 Dec 2014 04:39 PM PST KOMENTAR betul atau tidak apa tukar tiub tulis? ramalan tukar tiub tepat dan betul bahaya sedang merebak ekonomi kapitalis sedang kacau bilau lebih buruk dari 1998 waspada! anak muda bersedia! dunia ini akhirnya milik anak muda Rakyat jangan panik ringgit jatuh, kata timbalan menteri Orang ramai dinasihatkan tidak panik berikutan kejatuhan nilai ringgit yang boleh menyebabkan krisis ekonomi dalam jangka masa panjang, memandangkan Putrajaya sedang bersedia dengan langkah menanganinya yang akan diumumkan perdana menteri. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Hamim Samuri berkata ini bukan pertama kali negara menghadapi krisis seumpama itu, sambil menambah yang asas ekonomi Malaysia masih kukuh ketika ini berdasarkan trend pelaburan dan imbangan bayaran. "Rakyat tidak perlu risau atau panik kalau keadaan tidak dapat dikawal, dengan membeli barangan secara pukal, atau akan terjadi suasana kekurangan barangan. "Ini akan menjejaskan usaha kerajaan dalam merangka langkah tertentu mengukuhkan ekonomi. Kita bukan kali pertama dalam keadaan ini. Kita ada pengalaman. Situasinya mungkin berbeza, tetapi saya yakin kerajaan boleh buat sesuatu," katanya. – 17 Disember, 2014.- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rakyat-jangan-panik-ringgit-jatuh-kata-timbalan-menteri#sthash.rsIdUvhn.dpuf ------------ |
Posted: 17 Dec 2014 05:18 AM PST PAKATAN PERLU KEMBALI TUMPU ISU KEBAJIKAN RAKYAT Saya sedia maklum perbezaan pendapat di dalam Pakatan Rakyat kebelakangan ini terutamanya yang melibatkan cadangan pembentangan rang undang-undang persendirian untuk membolehkan pelaksanaan hudud oleh Kerajaan Kelantan. Walaupun perbezaan pendapat sebegini telah wujud sejak penubuhan Barisan Alternatif dalam tahun 1999 lagi, saya berpandangan keutamaan dan muafakat yang jelas perlu diberikan kepada isu-isu kebajikan rakyat yang mendesak terlebih dahulu. Ini termasuklah: 1. Kepayahan rakyat mengharungi beban sara hidup yang kian meningkat; 2. Skandal rasuah dan penyelewengan yang mengakibatkan peruntukan rakyat dipotong; 3. Kemelut ekonomi yang melanda rakyat menjelang 2015; 4. Manipulasi agama dan perkauman untuk mengekalkan Umno/Barisan Nasional; dan 5. Salahguna undang-undang untuk menyekat suara rakyat. Oleh yang demikian, saya menyeru supaya semua pimpinan Pakatan Rakyat kembali kepada perjuangan membela kebajikan dan kepentingan rakyat bersabit isu-isu yang mendesak seperti yang disenaraikan. Keutamaan ini bukan sahaja telah menajdi amanah rakyat kepada kita tetapi strategi paling berkesan untuk menumpaskan Umno/Barisan Nasional. Saya telah memohon Sekretariat Pakatan Rakyat untuk mendapatkan draf enakmen yang bakal dibentangkan oleh Kerajaan Kelantan dengan segera. Ini bagi membolehkan KEADILAN dan pimpinan Pakatan Rakyat yang lain menilai sendiri cadangan Kerajaan Kelantan itu sebelum sebarang komentar lanjut dibuat. Oleh itu, saya menasihati pimpinan KEADILAN supaya berhati-hati di dalam membuat kenyataan mengenai polemik ini supaya tidak mengeruhkan lagi keadaan. Sebarang keputusan dan pendapat mengenai polemik ini perlulah merujuk kepada keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat. RAFIZI RAMLI Naib Presiden/Setiausaha Agong KEADILAN Ahli Parlimen Pandan 17 Disember 2014 ------------- |
Posted: 17 Dec 2014 04:39 AM PST KOMENTAR bukan satu rahsia seorang pegawai polis bengang kerana buka syarikat sekuriti tapi tak dapat lesen senjata lalu ambil insuran sokong pakatan sebelum PRU13 deepak pun sama bising itu dan ini hingga BANK RAKYAT bagi duit inilah fenomena POLIS PENCEN bila dah pencen baru tahu di pudu ada LENDIR di brickfeild ada AYAM baru tau along ni along tu sudah pencen tak ada guna Mereka yang tidak berani kritik kerajaan sudah kena beli, dakwa PerkasaPerkasa mendakwa bekas pegawai tinggi kerajaan yang tidak mengkritik kerajaan sudah 'dibeli' menyebabkan "mereka diam membisu selepas bersara". Ahli Dewan Tertinggi Perkasa Azrul Akmal Saharudin berkata demikian susulan kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Rashid Abdul Rahman kini berani mengkritik kerajaan kerana 'adalah benda dia tidak dapat'. Rashid baru-baru ini meminta Perdana Menteri Najib Razak berhenti 'menipu' rakyat dan menjelaskan perkara yang sebenar berkaitan isu berbangkit dalam negara ini. "Berhenti menipu rakyat dan buat kerja kamu. Beritahu kepada pemimpin Melayu berlaku jujur dan buat apa yang boleh."Kita ada kuasa, polis pun kuasa kita, semua kita punya, kuasa itu banyak. Power (kuasa), power. "Tak usah kerajaan nak bohongi rakyat, dedahkan (perkara sebenar berkaitan isu negara)," katanya. Susulan itu, Zahid berkata, Rashid berkata demikian kerana ada 'benda' yang dia tidak dapat. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mereka-yang-tidak-berani-kritik-kerajaan-sudah-kena-beli-dakwa-perkasa#sthash.XqtTC4bp.dpufKAH KAH KAH woit gwa nak tanya masa bertugas ada kuasa ngapa senyap ngapa buat donno ada INTERNET ada blog ada FB napa tak bocor maklumat ngapa tak bersuara dah pencen baru buat sibuk KAH KAH KAH ------------ |
Posted: 17 Dec 2014 01:34 AM PST KOMENTAR rakyat bukan nak potong tangan rakyat bukan nak lihat orang kena sebat rakyat nak harga barang murah rakyat nak potong harga minyak rakyat nak potong harga ubat rakyat nak potong harga makanan mustahil tak faham ini mesti ada pekara nak sorok ini mesti ada rahsia terpendam PAS cadang GST ditangguh ketika ekonomi kini tidak menentuPAS mencadangkan kerajaan menangguhkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) berikutan suasana ekonomi yang tidak menentu dengan kejatuhan mendadak nilai ringgit, harga minyak, bursa saham, harga getah dan sawit. Tuan Ibrahim berkata GST tidak wajar dilaksanakan dalam keadaan ekonomi tidak menentu kerana tiada yang dapat menjangkau impaknya pada kehidupan seharian dan ekonomi negara, lebih-lebih lagi dalam krisis ekonomi. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-cadang-gst-ditangguh-ketika-ekonomi-kini-tidak-menentu#sthash.da6YE8V1.dpuf KAH KAH KAH woit ceredik pulak mamat ni orang ramai memang setuju memang sokong gasak gst gasak sampai terbarai tapi ada malaon sibuk nak potong tangan ada yang sibuk nak rejam sampai mati tak de kerja lain jadi wakil illlaahi APA PUNYA TUUR ----------- |
Posted: 16 Dec 2014 07:41 PM PST TANDA-TANDA AWAL Media milik United Malays National Organisation enggan dan gagal melaporkan tentang nilai ringgit dengan dolar yang mendadak jatuh. Hanya portal-portal internet yang berani melaporkan kejatuhan nilai ringgit/dolar ini. Mengikut berita - kejatuhan nilai ringgit ini sama saperti kemuncak krisis ekonomi 1998. Ketika tulisan ini digarap 1 dolar Amerika bernilai 3 ringgit 49 sen. Media milik parti Ketuanan Melayu juga gagal memberi pencerahan kepada pembaca tentang makna dan tanda dari kejatuhan nilai ringgit ini. Pembaca Melayu terus dibodohkan dengan berita-berita Raja, Melayu dan Islam. Pembaca wajib diberi maklum : apabila nilai ringgit jatuh ertinya duit upah/duit gaji yang masuk dalam poket kita – walau pun jumlah angkanya sama – tetapi kuasa membelinya merosot. Ini bermakna kalau dulu satu tin susu boleh dibeli dengan harga 1 ringgit kini harganya telah naik menjadi 2 ringgit. Bila harga barang naik ertinya nilai duit dalam poket kita kurang. Tanda-tanda ekonomi dunia sedang dilanda krisis telah mula dapat dilihat. Harga minyak mentah tiga bulan dahulu lebih dari 100 dolar satu tong kini telah jatuh ke 61 dolar. Apa maknanya kejatuhan harga minyak? Dari satu segi harga yang murah adalah baik untuk pengguna. Baik untuk negara pengimpot minyak. Tetapi untuk negara pengeluar minyak saperti Malaysia kejatuhan harga ini memberi tamparan yang hebat. Ketika Najib membentangkan belanjawan 2015 – pendapatan negara bergantung pada dua minyak – petrolium dan minyak sawit. Kini harga jualan kedua-dua minyak telah jatuh. Ertinya belanjawan Najib telah bocor. Kebocoran ini akan membawa krisis ekonomi yang melebar TIDAK berapa lama lagi. Pendapatan negara pengeluar minyak – saperti Malaysia- semakin kurang. Kita bukan saja menghadapi krisis belanjawan yang bocor malah TIDAK ada lagi keupayaan untuk mengimpot barangan. Jual beli semakin berkurangan. Ini menjadikan ekonomi dunia merundum. Inilah lingkaran setan dalam sistem ekonomi kapitalis. Kita telah membaca bagaimana TV Bernama telah gagal membayar gaji pekerja. Besar kemungkinan TV Bernama akan gulung tikar. Kita juga mula mendengar desas desus bahawa telah ada jabatan kerjaan yang upah dan gaji bulanan lewat dibayar. Kita juga mendengar bagaimana anak-anak muda – graduan yang baru lulus – mendapati peluang pekerjaan semakin menguncup. Dalam masa yang sama kita mula mendengar syarikat itu dan syarikat ini mula memberhentikan pekerja. Kita membaca tentang dana PTPTN telah dikurangkan. Hakikatnya semua ini adalah tanda-tanda krisis ekonomi telah sampai. Hakikatnya krisis ini berkemungkinan lebih buruk dari apa yang berlaku pada tahun 1998 dahulu. Merundumnya ekonomi akan membawa krisis politik. Pada tahun 1998 – krisis mata wang bermula dengan runtuhnya nilai Thai Bhat – merebak ke Rubles Rusia dan akhirnya melanggar Ringgit Malaysia. Kali ini pekara yang sama sedang berlaku. Mata wang Rusia sedang merundum. Bezanya kali ini bukan sahaja ekonomi Rusia merundum tetapi ekonomi dunia. Krisis ekonomi ini akan membawa krisis politik. Pada tahun 1998 – krisis ekonomi telah meperlihatkan kepada kita bagaimana Presiden Haji Muhamad Suharto telah diburu rakyat di jalan raya. Di Malaysia krisis ekonomi ini telah menimbulkan krisis dalaman dalam parti United Malays National Organisation. Pada tahun 1998 – Anwar Ibrahim telah dibuang dari kerajaan dan parti. Anwar telah dituduh meliwat. Apa yang terjadi kepada Anwar Ibrahim ini adalah manifestasi dari krisis ekonomi yang melanda Malaysia pada ketika itu. Dengan bijak Mahathir telah mengalihkan pandangan orang ramai dari memahami kenapa ekonomi merundum kepada jubur Azizan. Di Jakarta demo anak-anak muda pelajar telah menumbangkan Suharto. Di Kuala Lumpur demo telah meledak apabila Anwar Ibrahim dibuang dari kerajaan. Apakah perkara yang sama akan berlaku? Jawabnya: Iya. Malah kali ini satu ledakan yang lebih besar akan berlaku. Untuk memahami apa bentuk ledakan yang akan terjadi kita wajib meneliti apa yang sedang berlaku sekarang. Najib Razak kini sedang dilihat oleh ahli parti United Malays National Organisation sebagai beban. Kalau dulu parti Ketuanan Melayu ini terpaksa memikul Mahathir Muhamad. Kali ini bukan sahaja memikul Najib malah parti ini wajib memikul Rosmah dan anak beranak Rosmah Mansor. Projek menendang Najib semakin kuat didengar. Dua tahun dahulu sebelum PRU13 kita ada mendengar secara hitam puteh Mahathir berkata jika Najib tidak dapat menebus kekalahan Dolah Badawi maka dirinya akan diundurkan. Dalam PRU13 Najib bukan saja gagal malah kalah lebih terok dari Dolah Badawai. Bila parti bani Ketuanan Melayu ini kalah maka ianya telah membuat sandiwara mencari sebab yang membawa kekalahan. Sandiwara ini telah ke hulu ker hilir mencari sebab musabab kenapa mereka ditolak rakyat. Dikatakan parti Ketuanan Melayu ini telah melakukan kaji selidik dan bedah siasat. Musabahah diri. Secara dalaman para pemimpin United Malays National Organisation tahu bahawa mereka hanya mendapat 47% sokongn rakyat. Ini pun kemenangan dengan jalan tipu. Rakyat Malaysia – termasuk di Sabah dan Sarawak- telah memberikan 52% sokongan kepada Pakatan Rakyat. Dimana-mana negara dalam dunia ini jika sesebuah parti mendapat undi 52% maka pastilah parti itu akan memerentah. Tapi TIDAK di Malaysia. Ini bukan penipuan. Ini ROMPAKAN siang hari. Dalam sandiwara mencari kenapa parti Ketuanan Melayu ini kalah – telah timbul pelbagai tuduhan. Paling senang ialah menuduh Bangsa Cina belot dan tidak sedar diri sebagai pendatang. Kemudian menuduh ada kumpulan Melayu yang bersedia menjadi kuda tunggang DAP-Cina. Kemudian menuduh Melayu TIDAK bersatu. Kelihatan pelbagai sebab telah ditimbulkan tetapi TIDAK ada pemimpin Parti Ketuanan Melayu yang mengakui bahawa orang ramai telah benci dengan United Malays National Organisation kerana mereka mendapat kuasa dengan jalan TIPU. Parti Ketuanan Melayu ini terbukti telah mendapat undi dengan penipuan yang dirancang oleh SPR dan dibantu oleh pelbagai jabatan kerajaan termasuk Jabatan Pendaftaran Negara. Apa yang saya tulis ini bukan fitnah. Ini bukan propaganda kering. Ini ialah hasil laporan Surahan Jaya DiRaja Sabah tentang pendatang haram yang baru sahaja diumumkan. Dari laporan ini amat jelas dibuktikan bahawa kuasa United Malaya National Organisation yang ada pada hari ini adalah kuasa haram yang didapati dengan jalan TIPU UNDI. Penipuan undi ini berlaku secara teratur dan dirancang di Sabah. Apabila rakyat semakin benci dan semakin marah kepada bani Ketuanan Melayu maka kita mula mendengar suara Perkasa dan suara Isma. Suara ini disambut pula oleh pelbagai jenis NGO Melayu/Islam. Rata-rata semua suara ini membawa kesah-kesah dongeng tentang Raja, Melayu dan Islam. Raja tidak lagi di hormati, Melayu semakin hilang kuasa dan Islam sedang dihina. Raja , Melayu dan Islam ini sebenarnya hanyalah manifestasi dari pada politik yang sedang bergolak. Politik ialah perebutan kuasa. Merebut kuasa bertujuan untuk merebuat ekonomi. Justeru apa yang kita lihat hari ini adalah perebutan punca-punca ekonomi. Parti Ketuanan Melayu yang selama ini berkuasa telah menjarah harta kekayaan negara ini. Dari kiri dari kanan – dari depan dari belakang – mereka telah merampok kekayaan negara untuk anak bini dan kroni. Rompakan ini telah diketahui ramai. Fakta ini telah disedari ramai. Orang ramai bertambah benci dengan parti Ketuanan Melayu ini. Maka untuk menepis serangan orang ramai. Untuk menyelamatkan diri, dan untuk terus berkuasa parti United Malaya National Organisation tidak banyak pilihan. Parti ini terpaksa berdongeng dengan kesah Raja, Melayu dan Islam. Raja , Melayu dan Islam ini kononnya akan dapat mempertahankan kuasa mereka. Memang betul untuk sementara waktu kesah dongeng Raja, Melayu dan Islam ini sedang agak menarik. Sebenarnya, Raja, Melayu dan Islam adalah agenda mengolah persetujuan untuk memastikan bani Ketuanan Melayu terus berkuas.da. Perkasa dan Isma dan kuncu-kuncunya sedang naik tocang. Tetapi hakikatnya: dibelakang semua ini ialah perebutan ekonomi. Apabila krisis ekonomi dunia ini sampai dan melanda Malaysia maka kita akan melihat cerita dongeng Raja, Melayu dan Islam ini akan lebih rancak dijadikan slogan dan pekikan perjuangan bani Ketuanan Melayu. Tanda-tanda semakin jelas dilihat bagaimaan Perkasa secara terbuka telah memberi amaran kepada Najib agar TIDAK menipu rakyat. Kita juga telah membaca bagaimana seorang Ketua Bahagian parti Ketuanan Melayu dari Batu Kawan telah membuat laporan polis terhadap 1MDB. Kita juga telah terbaca bagaimana Menteri Besar Pahang yang juga pemimpin tertinggi parti Ketuanan Melayu telah menyaman Utusan Malaysai. Walhal – akhbar ini adalah milik parti Ketuanan Melayu sendiri. Ini adalah tanda-tanda bahawa parti Ketuanan Melayu ini sedang beramok sesama sendiri. Dibelakang semua ini wujud perancangan licik yang sedang diatur untuk menendang Najib dan Rosmah. Semua tanda-tanda ini ikat berikat dan sabit menyabit. Semua tanda-tanda ini adalah signal bahawa kuasa United Malays National Organisation semakin rapuh. RAPUH? Jika telah rapuh pastilah akan runtuh? Jika runtuh pastilah baik untuk Pakatan Rakyat. Sabar dahulu – politik, kuasa dan harta – yang dimiliki oleh United Malays National Organisation tidak akan senang menyerah bagitu sahaja. Jangan lupa dibelakang cerita dongeng Raja, Melayu dan Islam ini wujud Dulah Terpendam/Deep State. Pada ketika ini Daulah Terpendam sedang mengipas kesah kesah dongeng ini. Raja , Melayu dan Islam dikipas untuk satu persediaan yang lebih besar untuk menyambut kedatangan krisis ekonomi.(TT) NOTA: tulisan ini telah disiarkan dalam SUARA KEADILAN terbaru sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini sila pukul talipon: 03-92-21-30-45 ----------- |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan