Ahad, 21 Disember 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Palanivel 'ayahanda' samseng, kata Muneandy

Posted: 21 Dec 2014 04:35 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Walaupun mengkritiknya, hakikatnya Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel sendiri seorang "ayahanda samseng dan ganas" dalam parti itu, kata seorang anggota jawatankuasanya Datuk N Muneandy.

Dalam kenyataannya kerasnya hari ini, Muneandy, berkata Palanivel memberi habuan terhadap pihak yang terlibat menyingkirkan bekas presiden Datuk Seri S Samy Vellu sebelum ini.

"Palanivel menganugerahkan mereka kedudukan dan ini petunjuk jelas terhadap dukungannya terhadap amalan samseng dan ganas," katanya anggota MIC Ampang itu.

Palanivel sebelum ini menyelar kekecohan yang berlaku dalam persidangan tergempar MIC pada Khamis sebagai "samseng dan ganas" terhadap pihak yang mahukannya berundur.

'Seribu orang sokong saya'


Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Palanivel dilaporkan berkata, "lebih daripada seribu" orang hadir bagi menunjukkan sokongan padanya.

Beliau berkata demikian walaupun ramai hadirin hari itu menuntut beliau meletakkan jawatan.

Palanivel memberitahu The Star bahawa kesemua bahagian dan pengerusi negeri turun selepas mesyuarat jawatankuasa pusat khas berhubung pemilihan semula parti mendudukungnya.

"Parti kami sangat kuat, lebih 1,000 orang turun menyokong saya, semua MIC bahagian dan pengerusi negeri ada di situ.

"Ada sekumpulan kecil buat hu hah, keganasam dan perbuatan samseng – kita mesti tahu siapa mereka ini.

"Mereka cuba provok kita, kumpulan saya mahu bertindak tetapi mereka tidak lakukan, mereka diam saja," Palanivel dipetik sebagai berkata kepada akhbar itu.

Harga ubat dipantau selepas pelaksanaan GST

Posted: 21 Dec 2014 04:32 AM PST

SINAR HARIAN

 
 

CHANGLUN - Kementerian Kesihatan akan memantau harga ubat-ubatan untuk memastikan pesakit tidak dibebani dengan ubat mahal selepas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada April depan.
  
Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, kos sebahagian ubat-ubatan di hospital dan klinik swasta mungkin meningkat antara satu dan dua peratus berikutan pelaksanaan GST, tetapi bukan semua ubat akan mengalami kenaikan harga.      
  
Katanya, ada beberapa jenis ubat yang tidak dikenakan GST seperti panadol yang biasa digunakan di hospital dan klinik.
  
"Untuk pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan, mereka tidak perlu bimbang dengan pelaksanaan GST kerana kos ubatan dibiayai kerajaan," katanya pada sidang media selepas Program Kesihatan Bersama Rakyat di Kampung Tradisi di sini, hari ini.
  
Beliau berkata, klinik dan hospital swasta di negara ini perlu mematuhi harga siling ubat-ubatan dan kos rawatan lain yang ditetapkan Kementerian Kesihatan supaya ia tidak membebankan pesakit.

Jika pesakit dikenakan caj mahal untuk ubat-ubatan dan rawatan selepas pelaksanaan GST, beliau berkata, mereka boleh membuat laporan kepada Kementerian Kesihatan.
  
Dr Hilmi berkata, kementerian juga sedang berunding dengan pembekal ubat-ubatan bagi penyelarasan harga supaya tiada kenaikan tidak terkawal selepas pelaksanaan GST. - Bernama

Cina sokong PR kerana bebas rasuah, penyelewengan

Posted: 21 Dec 2014 04:28 AM PST


Rafizi Ramli Rafizi Ramli
 
 
SHAH ALAM - Sokongan padu pengundi Cina kepada PR adalah kerana dasarnya yang memerangi rasuah dan memusuhi pembaziran, penyelewengan dan mengangkat amanah pentadbiran.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli menegaskan jika BN mahu menarik sokongan pengundi Cina ini, mereka perlu membanteras rasuah dan penyelewengan.

"Kenyataan Tun Mahathir yang mahu mengaitkan pola sokongan rakyat itu dengan perkauman adalah tidak tepat kerana rakyat yang menyokong PR adalah berbilang bangsa.

"Tiada satu tawaran PR pun yang bertentangan dengan Perlembagaan atau menyentuh isu kedudukan istimewa orang Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu atau kedudukan raja-raja.

"Yang cukup berbeza di antara pendekatan PR daripada BN adalah soal anti rasuah, tata kelola, menghormati rakyat dan melayan semua rakyat dengan adil," katanya dalam satu kenyataannya, semalam.

Rafizi yang juga Naib Presiden PKR berkata demikian mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed semalam yang mengatakan parti seperti Umno, PKR dan Pas terpaksa 'mengemis' untuk mendapatkan sokongan politik daripada golongan Cina.

ARTIKEL BERKAITAN: [ Melayu mengemis pada Cina raih sokongan ]

Mahathir berkata lagi, sepatutnya orang Melayu (Umno) boleh memenangi pilihan raya berdasarkan 60 peratus daripada penduduk di negara ini adalah orang Melayu.

Katanya lagi, apabila orang Melayu terpaksa mengemis, kaum itu tidak lagi berkuasa di negara ini.

PKR bincang isu hudud, esok

Posted: 21 Dec 2014 04:23 AM PST


NURUL IZZAH
 
 
KUALA LUMPUR - Hasrat kerajaan negeri Kelantan pimpinan Pas untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu bakal dibincangkan dalam mesyuarat Biro Politik PKR, esok.

"Insya-ALLAH esok kami (Biro Politik) akan ada pertemuan politik untuk memperhalusi perbincangan dalam hal ini, pada 3 petang di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor.

"Kita akan beri kenyataan rasmi selepas pertemuan esok," kata Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar kepada pemberita selepas menemui penduduk di Jalan Bukit Pantai, Bangsar, di sini, hari ini.

Isu hudud kembali menjadi polemik dan hangat diperbahaskan apabila Konvensyen Nasional DAP 2014 pada minggu lalu meluluskan sembilan resolusi merangkumi 32 perkara termasuk menolak cadangan melaksanakan hukum hudud yang diperjuangkan Pas.

Pada konvensyen itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggesa PR untuk menjelaskan pendirian mereka untuk tidak melaksanakan hudud jika mahu menang pada pilihan raya akan datang.

Sementara itu, kerajaan negeri Kelantan akan mengadakan sidang khas Dun Kelantan pada 29 Disember ini untuk meminda Kanun Jenayah Syariah II bagi membolehkan sebahagian hukum Hudud dilaksanakan di negeri itu.

Cadangan Kelantan itu bagaimanapun menimbulkan konflik dalam PR di mana DAP menentangnya manakala Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap cadangan itu bermasalah.

SPR berniat jahat, tak umum tarikh persempadanan semula

Posted: 21 Dec 2014 04:09 AM PST

sprmalaysia

 Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengutuk tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sehingga kini masih berteka-teki berhubung tarikh permulaan persempadanan semula.

Bersih 2.0 dalam kenyataannya baru-baru ini mendedahkan, tarikh permulaan persempadanan semula berulang kali diubah dan ditangguh dari tahun 2011 ke 2012, 2013 dan kemudiannya Mac lalu hingga hujung tahun ini.

"Bersih menggesa Pengerusi SPR Abdul Aziz Mohd Yusof membetulkan kesalahan lepas dengan berunding secara profesional bersama semua pihak berkepentingan dalam persempadanan semula termasuk mengemukakan maklumat terperinci tentang operasi proses bantahan, pendengaran serta mengumumkan jadual proses.

"SPR tidak boleh menjadikan tarikh permulaan persempadanan semula sebagai teka-teki," kenyataan Bersih 2.0 dipetik.

Bersih 2.0 turut menyelar keengganan Abdul Aziz untuk bertemu masyarakat sivil lain bagi membincangkan isu persempadanan semula serta penambahan kerusi Parlimen.

"Perkara 114(2) Perlembagaan Persekutuan secara jelas menyatakan kepentingan keyakinan orang ramai terhadap tugas SPR, dan ia merupakan kriteria tunggal yang menentukan pelantikan keahlian SPR oleh Yang DiPertuan Agong.

"Kedegilan Abdul Aziz dalam isu penglibatan masyarakat sivil dapat dilihat dalam pengendalian proses persempadanan semula, termasuk mengecualikan kerajaan negeri (Pulau Pinang), tetapi berunding dengan parti politik tertentu (UMNO-BN)," tegasnya.

Rekod proses persempadanan semula pada 2003 dan 2005 menunjukkan penemuan mengejutkan, di mana peruntukan Perlembagaan dalam Jadual 13 langsung tidak dipatuhi.

Berdasarkan laporan persempadanan semula SPR untuk Semenanjung Malaysia yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 3 April 2003 menunjukkan SPR menerima bantahan inidividu bersendirian seperti pemimpin UMNO, walaupun jadual 13 menyatakan pembantah hanya boleh terdiri daripada kerajaan negeri, majlis perbandaran tempatan atau dari 100 pengundi terlibat.

SPR tiada kuasa tambah kerusi Parlimen

Bersih 2.0 turut mengingatkan SPR untuk tidak mengambil alih kuasa Parlimen berhubung isu penambahan kerusi dan Abdul Aziz tidak boleh menjadikan penambahan kerusi sebagai prosedur lazim sewenang-wenangnya seperti dilakukan pada 2003 dan 2005.

"Penambahan kerusi adalah di bawah bidang kuasa Parlimen, dan SPR tidak boleh mengambilalih kuasa Parlimen dengan memasukkan cadangan penambahan kerusi ke dalam cadangan persempadanan semula.

"Kami akan mencabar tindakan tersebut dari segi keserasiannya dengan Perlembagaan, kerana SPR tidak mempunyai hak mencadangkan penambahan kerusi," ujarnya.

Penambahan kerusi merupakan bidang kuasa Jawatankuasa Pilihan Parlimen untuk meneliti fungsi badan perundangan, seterusnya menentukan saiz optimum dan agihan kerusi antara negeri supaya pembahagiaan dapat dijalankan secara adil serta serasi dengan Perlembagaan.

"Jawatankuasa inilah yang harus mengemukakan cadangan, sekiranya diperlukan meminda Perkara 46 Perlembagaan yang menetapkan jumlah kerusi Parlimen pada masa kini sebanyak 222. – Roketkini.com

Kerana takut hilang kuasa, UMNO sanggup ‘mengemis’ kepada Perkasa dan ISMA

Posted: 21 Dec 2014 03:09 AM PST

Zairil

 Roketkini.com


KUALA LUMPUR: DAP hari ini menyelar tuduhan jahat dan tidak masuk akal bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa masyarakat Melayu sudah hilang dominasi dan menjadi pengemis kepada kaum Cina.

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari berkata, beliau sedih kerana Dr Mahathir sanggup menipu orang Melayu serta merendahkan martabat sendiri sehingga menggambarkan senario yang bukan sahaja mustahil, malah merupakan tipu muslihat politik zaman dahulu kala.

Menurutnya, hujah Dr Mahathir hanyalah muslihat politik kerana kuasa Melayu dalam setiap aspek masyarakat Malaysia sebenarnya berada di kemuncaknya pada masa ini, termasuk menguasai setiap jawatan penting kerajaan, daripada Perdana Menteri kepada 12 daripada 13 menteri besar negeri, semuanya dipegang oleh orang Melayu.

 Katanya, orang Melayu juga menguasai institusi-institusi negara seperti badan kehakiman, pasukan polis, perkhidmatan awam dan tentera.

Melayu juga membentuk majoriti penduduk Malaysia, selain mencatatkan kadar kesuburan yang satu setengah kali lebih daripada orang Cina. Ini bermakna bahawa orang Cina dan kaum-kaum lain semakin mengecil dari segi populasi penduduk.

 "Dari segi ekonomi, meskipun pemilikan ekuiti Melayu pada tahun-tahun awal Dasar Ekonomi Baru mungkin dalam digit tunggal, pemilikan ini telah berkembang dengan pesat sejak beberapa dekad yang lalu," katanya dalam satu kenyataan untuk menjawab muslihat politik perkauman Dr Mahathir.

 Dr Mahathir telah dilaporkan media sebagai berkata bahawa parti-parti dominasi Melayu seperti UMNO, PKR dan PAS terpaksa meminta sokongan dari DAP untuk memenangi PRU yang disifatkannya sebagai Melayu menjadi pengemis.

Zairil yang juga Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP menjelaskan, Bank Pembangunan Asia telah melaporkan bahawa ekuiti yang dimiliki syarikat berkaitan kerajaan (GLC) daripada permodalan pasaran Bursa Malaysia dan penanda aras pasaran Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) masing-masing berada pada kadar 36 peratus dan 54 peratus.

"Ini bermakna bahawa sebahagian besar ekonomi negara kita dikuasai oleh GLC yang secara umumnya dikuasai oleh orang Melayu," tambah beliau.

Apa yang sebenarnya berlaku, kata Zairil, ialah Dr Mahathir cuba menjadi wira untuk menyelamatkan UMNO kerana beliau sedar UMNO sedang menghadapi risiko kehilangan kuasa kerana semakin ditolak oleh rakyat, termasuk orang Melayu sendiri.

Ini bererti bukanlah orang Melayu yang bakal hilang kuasa, sebaliknya UMNO itu sendiri yang semakin tidak relevan, khususnya selepas prestasi buruk dalam pilihanraya umum tahun lalu, kata beliau yang juga Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan.

Zairil turut mempersoalkan hujah kononnya Melayu boleh hilang kuasa atau menjadi pengemis sedangkan kedudukan istimewa Melayu terjamin dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Sebarang Pindaan Perlembagaan melibatkan kedudukan Melayu memerlukan majoriti dua pertiga di Parlimen dan kelulusan Raja-raja Melayu. Jaminan ini bermakna tidak akan ada sebarang ancaman terhadap orang Melayu di negara ini.

"Berikutan prestasi sangat mengecewakan pada PRU lalu, UMNO sebenarnya yang telah pun melutut dan menjadi 'pak turut' kepada sayap kanan perkauman seperti Perkasa dan ISMA. Bukti  paling jelas adalah tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang membut pusingan-U terhadap janjinya untuk memansuhkan Akta Hasutan," katanya.

Selain menjadi 'pengemis' kepada Perkasa dan ISMA, Zairil berkata, ketakutan UMNO juga semakin membuak akibat ketidakmampuan mereka merencana agenda ekonomi yang jelas akibat masalah nilai ringgit kepada rakyat.

"Harga komoditi semakin merosot dengan prospek inflasi, penggunaan domestik juga bakal mengecut akibat pelaksanaan GST.

"Jadi, adalah tidak menghairankan bahawa UMNO dan Mahathir terpaksa menjaja ketakutan serta memilih cara terdesak untuk memulihkan sokongan yang teruk," ujarnya. – Roketkini.com

Kelantan tenggelam: Jangan panik tiada empangan di Sukhirin

Posted: 21 Dec 2014 03:05 AM PST

SITI SALWA SHAARI


KUALA LUMPUR: Spekulasi yang tersebar di medium sosial, WhatsApp bahawa Kelantan akan ditenggelami air berikutan pelepasan air empangan di daerah Sukhirin, wilayah Narathiwat, Thailand adalah tidak benar.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab mengesahkan bahawa semakan yang dilakukan dengan Jabatan Pengairan Diraja Thailand, mendapati empangan itu tidak wujud.

"Penduduk diingatkan untuk tidak mudah mempercayai khabar angin dan berasa panik," katanya ketika dihubungi Bernama pada Ahad, bagi mengulas mengenai spekulasi tersebut.

Mohamed Thajudeen berkata pihak Thailand juga mengesahkan bahawa empangan terdekat dengan Malaysia terletak di daerah Munok di bahagian selatan Thailand, namun empangan itu ditutup pada masa ini.

Beliau berkata jika air empangan itu dilepaskan, ia akan menyebabkan banjir di daerah Tak Bai, Narathiwat terlebih dahulu.

"MKN juga mempunyai persefahaman dengan pihak Thailand. Jika mereka perlu melepaskan air di empangan itu, mereka akan memaklumkan kepada MKN supaya kita tidak 'terkejut' dengan kedatangan air secara tiba-tiba.

"Jika dimaklumkan, MKN akan segera mengenal pasti laluan air dan memindahkan mereka yang tinggal di kawasan itu untuk mengurangkan risiko," katanya.

Mohamed Thajudeen berkata banjir di Kelantan pada masa ini tiada kaitan dengan pelepasan air di negara jiran, sebaliknya disebabkan hujan lebat yang berterusan dengan sukatan 400 mililiter sehari.
Banjir gelombang kedua di Kelantan yang bermula sejak Selasa lepas telah mengorbankan empat nyawa. - Bernama

AFF Suzuki: Polis tahan dua lelaki bawa senjata

Posted: 21 Dec 2014 02:58 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki warga tempatan kerana memiliki senjata berbahaya ketika menyaksikan perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2014, di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, malam tadi.
 
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Chong Kok Sin berkata kedua-dua lelaki itu didapati membawa suar dan besi buku lima yang dikhuatiri boleh mendatangkan bahaya kepada orang awam.
 
Beliau berkata kedua-duanya ditahan mengikut Seksyen 7 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
 
"Mereka juga ditahan kerana memakai selempang yang tertera ungkapan menghina pasukan polis," katanya dalam satu kenyataan.
 
Chong berkata ungkapan berkenaan sangat mengaibkan dan kes itu disiasat di bawah Seksyan 509 Kanun Keseksaan.

Gagal bertahan 90 minit punca Malaysia kalah - Dollah

Posted: 21 Dec 2014 02:57 AM PST

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Kegagalan pemain untuk bertahan sepanjang 90 minit perlawanan menjadi punca skuad Harimau Malaya gagal meraih kejuaraan Piala AFF Suzuki 2014 yang melabuhkan tirainya di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu malam, kata Ketua Jurulatihnya Dollah Salleh.
 
Thailand kalah 2-3 kepada Malaysia pada aksi timbal balik di sini namun muncul juara susulan kemenangan 2-0 pada aksi final pertama di Stadium Nasional Rajamangala, Rabu lepas untuk muncul juara dengan keputusan agregat 4-3.
 
"Seperti yang saya katakan sebelum ini, pemain hanya mampu bertahan selama 70 minit dan kemudian hilang punca sehingga menyebabkan Thailand mengambil kesempatan,"katanya kepada pemberita selepas aksi final kedua.
 
Dollah menjelaskan, keputusan mengeluarkan pemain sayap, Indra Putra Mahayuddin dan pemain pertahanan, Mohd Afif Amiruddin yang memainkan peranan besar pada perlawanan itu ekoran masalah kecederaan, turut menjadi punca kepada kekalahan itu.
 
Dalam pada itu, beliau berpuashati dengan pencapaian yang diraih oleh skuad kebangsaan walaupun hanya diberi tempoh singkat untuk mempersiapkan pasukan bagi menghadapi kejohanan bola sepak dwitahunan itu.
 
"Saya hanya dapat membuat persediaan lebih kurang sebulan dan kejayaan mengalahkan Thailand merupakan satu bonus bagi saya. Sekiranya diberi masa yang lebih panjang, saya mampu buat persediaan lebih rapi," jelas pengendali kelahiran Melaka itu.
 
Berkongsi pandangan yang sama adalah penyerang, Mohd Amri Yahyah yang berpuashati dengan kemenangan malam ini walaupun gagal meraih kejuaraan buat kali kedua selepas 2010 di bawah kendalian bekas jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal.
 
"Saya bersyukur kita dapat beraksi di final walaupun persiapan pasukan agak singkat. Semua pemain beri komitmen tinggi dalam setiap perlawanan," kata pemain kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) itu.
 
Sementara itu, Ketua Jurulatih Thailand Kiatisuk Senamuang gembira kerana pasukan Thailand meraih kejohanan keempat bola sepak Asean selepas tiga edisi Piala Tiger sebelum ini pada tahun 1996, 2000 dan 2002.
 
Beliau adalah antara pemain Thailand yang menumpaskan Malaysia pada perlawanan akhir Piala Tiger di Singapura pada tahun 1996 dan pada malam ini beliau mengecapinya sebagai seorang jurulatih.
 
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat dan pemain (untuk kemenangan ini).
 
"Sebelum kami datang ke sini, kami membawa kelebihan dua gol tetapi setelah ketinggalan 0-3 pada separuh masa pertama, saya berasa kelainan bermain di hadapan lebih daripada 90,000 penyokong.
 
"Semasa rehat, saya memberitahu pemain saya untuk bangkit kembali dan mereka berjaya. Saya bangga dengan semua pemain kerana tidak berputus asa," kata Kiatisuk.

Minyak: Rakyat Pula Kena Beri Subsidi Kepada Kerajaan RM274 Juta

Posted: 20 Dec 2014 11:04 PM PST

KELAB GREENBOC



 
Rakyat bayar harga lebih untuk RON95

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata pengguna terpaksa menanggung harga tinggi untuk petrol RON95, sedangkan harga purata bagi 15 hari pertama Disember 2014 jatuh ke paras kurang dari RM2 seliter.

Menurutnya, formula yang diumumkan oleh kerajaan BN sebelum ini menunjukkan harga RON95 kini telah jatuh ke paras RM1.98 liter tanpa subsidi.

Malah, jika subsidi 30 sen seliter dikembalikan, maka harga RON95 bagi dua minggu pertama bulan ini secara purata telah jatuh ke paras RM1.68 seliter, katanya.

"Sehingga kini, tidak ada seorang pemimpin BN pun yang berani menafikan kenyataan saya sebelum ini bahawa rakyat telah terlebih bayar harga minyak yang lebih tinggi yang dianggarkan RM274 juta dalam tempoh 45 hari sejak 1 November 2014.

"Mengikut amalan biasa, jumlah ini dikembalikan oleh syarikat-syarikat minyak kepada kerajaan sebagai cukai tersembunyi," katanya dalam satu kenyataan.

Berdasarkan pengiraan itu, beliau mendesak kerajaan BN agar tidak berdolak dalih dan menurunkan harga RON95 kepada RM1.90 serta merta.

Rafizi berkata, jika harga RON95 yang akan diumumkan pada 31 Disember ini lebih tinggi dari RM1.90 seliter, ia bermakna BN terus memanipulasi harga RON95 dan diesel untuk mendapatkan keuntungan melalui cukai minyak secara tersembunyi.

"Selagi BN tidak menafikan perkara ini dan menjelaskan mekanisme sebenar, siapa yang menyimpan jumlah RM274 juta yang dibayar lebih oleh rakyat ini, selagi itulah rakyat akan terus beranggapan bahawa mereka dicukai secara tersembunyi melalui harga RON95 dan diesel yang lebih tinggi,
" katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan dalam laporan Bernama semalam menyebut, harga runcit RON95 dan diesel dijangka diturunkan di bawah paras RM2 seliter mulai 1 Jan ini, sekiranya harga minyak dunia kekal mengalami penurunan.

"Sekiranya harga minyak dunia terus mengalami penurunan selama tempoh 10 hari akan datang ini, saya yakin harga runcit RON95 dan diesel boleh ditetapkan pada harga di bawah RM2 seliter," katanya.

Harga runcit semasa bagi RON95 dan diesel pada ketika ini masing-masing RM2.26 dan RM2.23 seliter. -mk

BN kutip RM274 juta cukai petrol dalam 45 hari – Rafizi

Kerajaan Barisan Nasional mengutip RM274 juta cukai petrol sejak 1 November hingga 15 Disember lalu, kata Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli.

Menurutnya, harga pasaran bagi RON95 menjunam daripada paras RM1.73 seliter kepada RM1.58 seliter, manakala harga diesel menjunam daripada RM1.87 seliter kepada RM1.71 seliter.

Dengan mengambil kira jaminan keuntungan syarikat minyak sebanyak 32 sen seliter (RON95) dan 23 sen seliter (diesel), harga bahan api itu sepatutnya masih rendah berbanding harga ditetapkan kerajaan, kata Rafizi.

Bagaimanapun rakyat, katanya, membayar lebih mahal bagi harga petrol RON 95 dan Diesel, masing-masing sebanyak RM2.26 seliter dan RM2.23 seliter.

"Oleh kerana rakyat terus membayar pada harga yang lebih tinggi dari harga pasaran (walaupun tanpa subsidi), rakyat Malaysia sebenarnya telah membayar cukai petrol sejak bulan November 2014 lagi," ujarnya dalam satu kenyataan media.

Katanya, ia berdasarkan jumlah penggunaan petrol sebanyak 14 bilion liter setahun dan penggunaan diesel sebanyak 9.64 bilion liter setahun seperti jawapan Perdana Menteri di Parlimen.

"Bagi tempoh November 2014, rakyat membayar sebanyak RM47 juta cukai petrol. Manakala bagi tempoh 15 hari pertama Disember, rakyat membayar sebanyak RM146 juta cukai petrol bagi RON95 dan RM81 juta bagi diesel,"

"Maka, jumlah cukai petrol yang dikutip secara senyap oleh kerajaan bagi tempoh 45 hari sahaja ialah RM274 juta tanpa diketahui oleh rakyat," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pandan.

Oleh sebab itu, katanya, beliau sekali lagi menegaskan bahawa sistem penetapan harga sekarang tidak telus dan memangsakan rakyat.

"Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menjawab segera ke mana perginya cukai tersembunyi sebanyak RM274 juta yang dikutip dari rakyat dalam tempoh 45 hari sahaja di antara 1 November 2014 hingga 15 Disember 2014?,"
soalnya.
-KD

ULASAN GB

Setelah mengumumkan penghapusan subsidi minyak, dengan penurunan harga minyak dunia, nampaknya kerajaan UMNO BN tidak menurunkan harga minyak negara sepertimana yang dijanjikan.

Kerajaan melengah-lengahkan penurunannya sehingga 2015, tidak seperti apabila harga minyak dunia naik, serta-merta akan dinaikkan harga minyak negara. Malah di dalam beberapa kes yang lepas, apabila harga minyak dunia jatuh, tiba-tiba harga minya negara pula naik!

Kini rakyat yang dilihat terpaksa memberikan subsidi kepada kerajaan setiap hari.

Demikian hukum kebenaran dan keadilan berjalan, sebuah kerajaan yang dapat tegak hasil pemberian subsidi oleh rakyatnya sendiri.... dan kerajaan subsidi tidak akan dapat bertahan lama...

MB: Selangor sumbang 42.7% keluaran pertanian negara

Posted: 20 Dec 2014 10:57 PM PST

Oleh: NAEEM RAFFI


SABAK BERNAM: Selangor berjaya menjadi negeri penyumbang tertinggi bagi hasil pertanian negara apabila mengeluarkan 42.7 peratus atau RM32 juta daripada jumlah keseluruhan keluaran pertanian negara.

Selain itu, Selangor turut menerajui pengeluaran padi negara apabila merekodkan hasil purata pengeluaran padi 6.4 juta tan setahun dengan keluasan kawasan penanaman padi seluas 19,857.47 hektar berbanding pengeluaran hasil padi negara 4.4 tan setahun.

MB di Jelajah Tani 2014 Sungai Besar (3)Dato' Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata kejayaan ini dicapai hasil usaha gigih petani disamping penggunaan teknologi moden dengan bimbingan jabatan berkaitan.

"Biarpun Selangor mempunyai bidang tanah terhad dalam sektor pertanian tetapi kita membuktikan hasil dan pencapaian tinggi masih boleh diperolehi dengan memaksimakan setiap ruang yang ada dengan penggunaan segala teknologi dan inovasi terkini.

"Kita perlu mencontohi Belanda, sebuah negara yang lebih kecil dari Pahang tetapi mampu menjadi negara kedua terbesar di dunia dalam sektor pertanian. Tidak mustahil Selangor akan menjadi peneraju sektor ini dirantau asia sekiranya usaha kearah itu digembeleng bersungguh-sungguh dari semua pihak yang terlibat," kata Mohamed Azmin.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pesta Agrofest Selangor 2014 di Stadium Sungai Besar, di sini.

Hadir sama, Exco Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Datuk Mohamad Roslan Sakiman.

Mengulas lanjut Mohamed Azmin berkata, bagi 2015 Kerajaan Negeri memperuntukkan RM14.47 juta untuk pembangunan sektor pertanian manakala RM15.3 juta khusus bagi pembangunan nelayan dan petani.

"Kerajaan Negeri mengambil berat pembangunan sektor pertanian negeri dan kita berharap dengan dokongan seperti itu KDNK pertanian negeri yang setakat ini berada sekitar 2 peratus dapat ditingkatkan kepada 2.5 peratus dalam tempoh lima tahun akan datang," katanya.

MB di Jelajah Tani 2014 Sungai Besar (19)Pada majlis sama, Mohamed Azmin turut menyampaikan hadiah kepada penerima anugerah petani, penternak dan nelayan Selangor 2014.

Pemenang bagi kategori usahawan ternakan, usahawan akuakultur, usahawan tanaman dan usahawan industri asas tani terbaik masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 diikuti di tempat kedua RM4,000 dan ketiga RM3,000 dengan masing-masing diiringi piala dan sijil perhargaan.

Sementara itu, Kumpulan MJ Fatonah, dari Kampung Teluk Penyamun, Bestari Jaya, di sini dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Khas Selangor Agrofest 2014 dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 beserta piala dan sijil perhargaan.

Agrofest Selangor 2014 yang diadakan kali keempat sejak 2011 merupakan acara tahunan yang menghimpunkan gerai-gerai pameran hasil pertanian, penternakan, agrikultur, produk industri asas tani dan lain-lain yang mempunyai kaitan dengan pertanian.

Selain pameran haiwan ternak, pameran rangka ikan paus jenis 'Balaenoptera borealis' yang dijumpai terdampar di Pulau Carey pada 2005 dijangka mencuri tumpuan pengunjung dalam program yang berlangsung dari 18 hingga 22 Disember itu  .EZY

PR Selangor komited selesai 180 projek terbengkalai, hak milik tinggalan BN

Posted: 20 Dec 2014 10:52 PM PST

Oleh: NAZLI IBRAHIM


PUCHONG: Pakatan Rakyat (PR) berusaha menyelesaikan 180 projek terbengkalai dan isu hak milik yang ditinggalkan Barisan Nasional (BN) sebaik sahaja mengambil alih tampuk pentadbiran Kerajaan Selangor, pada 2008.

Dato' Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, kajian Kerajaan Negeri mendapati antara punca utama masalah itu adalah disebabkan amalan kerajaan BN sebelum 2008 yang gemar menganugerahkan tanah kepada pihak tertentu dan memberikan kelulusan kebenaran merancang sebelum pemaju membayar premium ke atas tanah berkenaan.

"Maka, apa yang dilakukan pemaju adalah membangunkan tanah itu, selain mengutip bayaran penuh daripada pembeli dan selepas selesai mereka hilang. Kononnya, mereka bankrap dan gulung tikar," katanya dalam Majlis Penyerahan Borang 5A bagi Projek Coral Land Corporation Sdn Bhd dan Penyerahan Surat Hak Milik Pembangunan Lestari Perdana di Puchong Perdana, di sini, hari ini.

Projek-TerbengkalaiSelepas mengambil alih tampuk pentadbiran pada 2008, PR giat menyelesaikan isu projek terbengkalai yang menjadikan pembeli hartanah terlibat sebagai mangsa apabila terpaksa membayar pinjaman bank untuk membeli unit terbengkalai itu.

Antara projek yang berjaya diselesaikan termasuk 1,422 unit kediaman berkembar bagi projek penempatan semula di Bukit Botak yang lebih 20 tahun terbengkalai dan melibatkan penduduk asal kawasan terbabit.

Selepas projek terbengkalai itu berjaya disiapkan PKNS, BN kemudiannya tanpa rasa bersalah cuba menggula-gulakan pembeli hartanah terbabit dengan memberikan 'tawaran harga menarik' dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

azminBagaimanapun, tawaran itu tidak mendapat sambutan penduduk terlibat apabila serik tertipu janji manis BN untuk menyelesaikan isu terbabit dalam beberapa pilihan raya sebelumnya.

Sementara itu, Kerajaan Negeri juga menyelesaikan isu yang melibatkan hak milik pembeli unit kediaman, komersial dan peneroka tanah kerajaan yang berlarutan sehingga lebih 10 tahun.

Antaranya, melibatkan 128 pemilik unit premis perniagaan di Lestari Perdana dan industri ringan di Taman Subang Permai yang menerima Borang 5A masing-masing, hari ini.-NFN-

Pemaju enggan bayar premium tak boleh mula kerja, elak isu hak milik

Posted: 20 Dec 2014 10:50 PM PST

Oleh: NAZLI IBRAHIM


PUCHONG: Kerajaan Selangor memperkenalkan dasar baru iaitu pemaju atau pemilik tanah perlu membayar premium tanah terlebih dahulu sebelum dibenarkan memulakan kerja bagi melindungi kepentingan pembeli unit sesuatu projek di negeri itu.

Dato' Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, sikap tidak bertanggungjawab pemaju yang enggan membayar premium tanah bagi mendapatkan keuntungan lebih tinggi menyebabkan pembeli unit sesuatu projek sukar mendapat hak milik unit kediaman atau unit komersial masing-masing.

"Kita mengambil keputusan, mengamalkan dasar baru iaitu pemaju atau tuan tanah tidak akan dibenarkan memulakan kerja tanah di tapak sehingga mereka selesaikan pembayaran premium ke atas tanah berkenaan.

rumah terbengkalai"Ini termasuk menyelesaikan bayaran caruman parit atau bayaran lain bagi mengelakkan projek terbengkalai yang menyebabkan masalah kepada pembeli," katanya dalam Majlis Penyerahan Borang 5A bagi Projek Coral Land Corporation Sdn Bhd dan Penyerahan Surat Hak Milik Pembangunan Lestari Perdana, di sini, hari ini.

Mohamed Azmin berkata, dokumen hak milik sesuatu hartanah sangat penting bagi membuktikan pemilikannya kerana segala urusan jual beli, urusan turun milik akibat kematian atau urusan gadaian kepada institusi kewangan tidak boleh dilaksanakan pemilik dan didaftarkan mengikut peruntukan Kanun Tanah Negara seperti yang dialami penduduk Lestari Perdana ekoran ketiadaan dokumen berkenaan.

azmin"Untuk makluman, pengeluaran hak milik individu bagi pembangunan Lestari Perdana tertangguh selama hampir 10 tahun walaupun bangunan sudah siap dan digunapakai," katanya.

Menyentuh isu hak milik di Lestari Perdana, Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri berjaya menyelesaikan masalah hak milik bagi pembeli rumah teres di Zon 6, 7 dan 9, Lestari Perdana, bermula tahun 2008.

Menyentuh lanjut isu hak milik di Lestari Perdana, Mohamed Azmin memberitahu, 215 pembeli atau 65 peratus daripada 334 orang berjaya memperoleh hak milik individu bagi hartanah masing-masing selepas mengemukakan permohonan ke Pejabat Tanah Daerah Petaling dan menjelaskan bayaran premium RM1,000.00 serta lain-lain bayaran penyediaan hak milik.

Manakala, baki 119 orang (35%) masih belum mengemukakan permohonan ke Pejabat Tanah Daerah Petaling untuk diproses permohonan pengeluaran hak milik mereka.

"Walau bagaimanapun, notis pemberitahuan sudah dihantar kepada mereka untuk mengemukakan permohonan," katanya.

Kerajaan Negeri juga menyelesaikan masalah 301 pembeli kedai pejaat dua tingkat di zon 3, 3B dan zon 19B untuk mendapatkan hak milik individu masing-masing secara pemberi milikan terus kepada pembeli dengan hanya mengenakan premium tiga peratus daripada harga perjanjian jual beli asal dengan pemaju.-NFN-

Bersedia Hadapi Lebih Banyak Serangan Siber Tahun Depan

Posted: 20 Dec 2014 10:35 PM PST


Oleh: HARIATI AZIZAN
 
 




PETALING JAYA: Jika anda rasakan serangan siber seperti yang berlaku kepada Sony Pictures Entertainment hanya boleh berulang lagi di Hollywood, fikirkan semula.

Ia adalah satu petanda bahawa ia akan berlaku di peringkat global pada 2015, kata pakar keselamatan siber.

Dalam serangan siber ke atas Sony pada 24 November lalu, penggodam 'mencuri' beberapa data peribadi, memadam salinan asal dari komputer syarikat tersebut dan meninggalkan mesej berbaur ancaman untuk mendedahkan maklumat itu sekiranya Sony tidak memenuhi tuntutan mereka.

Nigel Tan, pengarah kejuruteraan sistem untuk syarikat keselamatan perisian Symantec Malaysia berkata, kebocoran data utama pada 2014 akan menjadikan keselamatan siber dalam perhatian pada 2015.

"Dengan sifat saling berhubung Internet global dan infrastruktur yang banyak, aliran rentas sempadan data tidak dapat dielakkan dan perlu diberi perhatian yang sewajarnya.

"Malaysia terjejas dengan pencerobohan data pada tahun ini dan akan terus menerima kesannya pada tahun depan," katanya.

Tan mengimbau kembali serangan penggodam ke atas sebuat laman web yang dikenali sebagai Insecam pada bulan lalu yang memuat turun dan memaparkan imej dari kamera web pada peranti CCTV atau kamera IP di seluruh dunia termasuk dari Babycams.

Symantex menjangkakan lebih banyak data mega digodam pada tahun depan, terutamanya dengan peningkatan penggunaan peranti mudah alih untuk kemudahan e-pembayaran dan teknologi perkomputeran bagi penyimpanan maklumat peribadi dan sulit.

"Peranti mudah alih akan menjadi sasaran menarik untuk penjenayah siber pada 2015.

"Peranti mudah alih juga digunakan untuk menyimpan maklumat peribadi dan sulit. Ia akan dibiarkan aktif sepanjang masa, menjadikannya sasaran utama kepada penjenayah siber," katanya.

Beliau berkata, peningkatan penggunaan automasi pintar di rumah seperti televisyen pintar, router rumah dan aplikasi penghubung kereta turut mendorong serangan siber kerana kebanyakan alat ini dihubungkan kepada rangkaian Internet.

Pakar undang-undar siber, Dr Sonny Zulhuda bersetuju bahawa idea penyegerakan dan penghubung automasi pintar di rumah akan memikat pengguna dan penjenayah.

"Pengguna perlu seimbang dalam menggunakan peralatan ini dan teknologi pintar dengan usaha untuk memelihara keselamatan, privasi dan kerahsiaan.

"Banyangkan betapa ramai pengguna peranti mudah alih bimbang mengenai penyimpanan pengimbas malware terbaik di dalam peranti mereka. Dalam fikiran penjenayah, dalam erti kata lain, ini menjadikan tugas mereka lebih mudah.


Dr Sonny, yang juga pembantu profesor di fakulti undang-undang di Unversiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata, akan tiba pada satu tahap orang ramai akan letih dengan pencerobohan dan penyalahgunaan privasi mereka.

"Di Malaysia, sebagai contoh, lebih ramai pengguna sedar mengenai keperluan untuk melindungi data peribadi, terima kasih kepada penguatkuasaan PDPA 2010.

"Mungkin sudah tiba masanya untuk mempertimbangkan pembangunan dan penembusan insurans siber sebagai produk baharu untuk industri insurans di negara ini," katanya.

Imam Hoque, pengarah urusan perniagaan analisis perisian dan perkhidmatan di syarikat SAS berkata, anatara sebab lain mengapa jenayah siber mensasarkan peranti mudah alih adalah peningkatan jumlah syarikat yang menyarankan penggunaan peranti tersebut di dalam polisi kerja mereka.

"Ini ditambah pulak dengan satu trend bagi perniagaan untuk menyediakan lebih banyak kaedah interaksi dengan pengguna yang menggunakan peranti mudah alih yang mendorong kepada serangan penggodam.

"Kemunculan lebih banyak kit perisian berniat jahat untuk peranti mudah alih akan mempercepatkan jumlah serangan ke atas saluran mudah alih," katanya.

Hoque berkata, trend berterusan untuk menyimpan data dalam peranti ditambah pula dengan publisiti kehilangan data dari syarikat seperti Sony akan menggalakkan lebih ramai penggodam untuk mempertimbangkan melancarkan beberapa siri serangan siber.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CyberSecurity Malaysia, Dr Amirudin Abdul Wahab berkata, ketika malware terus meningkat dengan mendadak dalam peranti mudah alih untuk menyerang individu, penjenayah siber juga akan mengeksploitasi peranti tersebut bagi ancaman APT (Advance Persistent Threats) pada sasaran tersebut yang akan memberi kesan kepada keselamatan, kemakmuran dan keselamatan awam seperti infrastruktur kritikal dan syarikat-syarikat terkemuka.

"Kami menjangkakan serangan APT dijalankan menggunakan gabungan kecanggihan teknikal, perancangan dan penyelarasan cemerlang dan kejuruteraan sosial," katanya.

Beliau berkata, satu lagi ancaman utama siber pada tahun depan adalah disebabkan peningkatan pengaruh media sosial.

Palanivel Tidak Akan Letak Jawatan

Posted: 20 Dec 2014 10:30 PM PST

Oleh: THE STAR
 
 
G.Palanivel.
 
 
EKSKLUSIF -KUALA LUMPUR: Sepanduk mendesak Presiden MIC, Datuk Seri G.Palanivel untuk meletak jawatan digantung dari jejabat Lebuhraya Jalan Tun Razak menjadi perhatian sebelum mesyuarat tergempar jawatankuasa kerja parti itu diadakan di Ibu Pejabat MIC, Khamis lalu.

Sejam sebelum mesyuarat bermula, beberapa ratus ahli parti yang tidak sealiran dengan Palanivel memenuhi pintu masuk bangunan membawa placard dan berteriak menggunakan mikrofon, mendesak beliau supaya meletak jawatan.

Berlaku sedikit kekecohan dan pergelutan di kalangan penyokong beliau dan penyokong lawan.

Pada Sabtu, Palanivel memilih untuk tidak mensensasikan insiden itu dengan berkata, penunjuk perasaan itu adalah kumpulan kecil yang ingin mencetuskan huru-hara.

Kumpulan tersebut katanya, terdiri adaripada mereka yang kecewa kerana tewas dalam pemilihan MIC pada tahun lalu dan berada di 'peringkat bawahan' parti itu.

"Mereka adalah orang yang mendesak saya untuk meletak jawatan. Bagaimana saya mahu meletak jawatan. Ini adalah kumpulan kecil tetapi mereka bukan daripada kepimpinan tertinggi, mereka di peringkat bawahan.

"Saya tidak peduli tentang semua ini. Malah saya masuk ke dalam kereta dan mereka tidak pernah datang dekat dengan saya. Saya berlalu pergi," kata Palanivel dalam satu temu bual.

Palanivel berkata, beliau mendapat sokongan majoriti daripada kepimpinan peringkat negeri dan bahagian serta menegaskan parti itu tidak dibahagikan kepada dua atau lebih kumpulan.

Katanya, kebanyakan ahli yang hadir pada Khamis lalu memberi sokongan kepada beliau.

"Parti kita begitu kuat, seramai 1,000 ahli hadir untuk menyokong saya, kesemua pegerusi MIC negeri dan cawangan ada di sana.

"Hanya sebilangan kecil yang mencetuskan huru-hara, berkelakuan seperti samseng dan bertindak ganas -  kita mesti tahu siapa mereka.

"Mereka cuba mencetuskan provokasi dan kumpulan saya mahu bertindak balas tetapi mereka tidak, mereka hanya berdiam diri," katanya.

Beliau berkata, adalah mustahil segelintir kumpulan penunjuk perasaan dibawah masuk untuk mencetuskan huru-hara.

Ditanya mengenai arahan daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS), Palanivel berkata, Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) adalah tidak salah disisi undang-undang seperti yang didakwa kumpulan penunjuk perasaan.

RoS pada 5 Disember lalu membatalkan keputusan pemilihan tiga Naib Presiden dan 23 jawatan CWC semasa pemilihan MIC di Melaka, November tahun lalu.

Pertubuhan itu mencadangkan kepada MIC untuk mengadakan pemilihan semula dalam tempoh 90 hari bagi kesemua jawatan tersebut selepas mendapati berlaku penyelewengan dan melanggar perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan.

"Kami sudah menang pemilihan itu. Mereka tidak menyalahi undang-undang. Bagaimana CWC yang dipilih boleh dikatakan menyalahi undang-undang? Ia tidak boleh jadi begitu. Calon Pemuda menang, Wanita menang, saya menang, Timbalan menang, semua Naib Presiden juga begitu dan CWC menang dengan majoriti baik.

"Sudah jelas mereka yang tewas hanya mahu mencetuskan masalah didalam parti," kata Palanivel.

Palanivel dan Timbalannya, Datuk Seri Dr S.Subramaniam akan bertemu RoS pada minggu depan.

"Saya masih berbincang dengan peguam kami mengenai surat daripada RoS.

"Sekiranya mereka menegaskan perlu ada pemilihan semula, kami akan melakukannya - tiada masalah.

"Sekiranya mereka kata tidak perlu, jadi ia akan muktamad," kata Palanivel.

Ketika ditanya mengenai hubungannya dengan bekas pemimpin MIC, Datuk Seri S.Samy Vellu, Palanivel menjawab pertanyaan itu dengan tenang dan berkata, beliau seorang yang baik.

"Saya adalah setiausaha akhbarnya sebelum ini. Beliau sentiasa bercakap dengan saya, dia orang yang baik," kata Palanivel.

Samy Vellu mengundur diri pada 2010 selepas 32 tahun menerajui parti itu.

Hubungannya dengan Palanivel dilaporkan mulai tegang sejak itu.

Pada Khamis, tunjuk perasaan terhadap Palanivel diketuai oleh anak lelaki Samy Vellu, Pengarah Strategik MIC, Datuk Seri S.Vell Paari dan bekas Ketua Pemuda Datuk T.Mohan.

Ketika ditanya sama ada kepimpinannya sering kali dibandingkan dengan Samy Vellu, Palanivel menegaskan mereka berbeza sama sekali.

"Tidak. Beliau adalah contoh pemimpin berbeza. Saya bekerja dengan cermat dari Johor sehinggalah ke Kedah. Saya tidak mencetuskan masalah.

"Saya mengukuhkan peringkat akar umbi secara senyap-senyap. Saya menjalankan tugas, menyediakan peruntukan kepada kuil dan NGO. Ia tidak berlaku pada masa itu.

"Kami membantu mereka yang memerlukan bantuan menerusi dana Manickavasagam sebagai contoh dan ia bukan untuk orang kaya.

"Kami juga memberi bantuan pinjaman kepada pelajar dan ianya tanpa faedah," katanya.

Pada Jumaat, Palanivel mengkritik tindakan sekumpulan penunjuk perasaan dengan menegaskan mereka yang berkelakuan samseng dan ganas tiada tempat di dalam parti itu.

Beliau meminta mereka yang bertanggungjawab untuk mencermin diri sendiri dan memutuskan sama ada tindakan mereka memberi sebarang faedah kepada masyarakat India dengan cara itu.

"MIC berusaha untuk membantu masyarakat. Ini bukan filem dimana samseng adalah hero," katanya.

Banjir Kajang Berulang

Posted: 20 Dec 2014 10:27 PM PST

RAKYATNEWS


alt


 
KAJANG  - Tragedi banjir kilat di bandar Kajang dilihat tiada kesudahan apabila insiden tersebut kini berulang kembali hari ini setelah hujan lebat petang tadi.

Banjir melanda di kawasan biasa di sekitar bandar Kajang berdekatan Pekan Kajang.

Tiada laporan dari pihak berkuasa mengenai insiden ini setakat ini.

Sebelum ini ADUN Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang berjanji untuk menyelesaikan masalah banjir di daerah tersebut namun masalah tersebut masih belum berjaya diselesaikan.

Di samping itu, Wan Azizah turut menunding jari kepada projek MRT yang berlangsung berdekatan kawasan banjir sebagai punca kejadian tersebut berlaku.

Najib Bangga dengan Harimau Malaya

Posted: 20 Dec 2014 10:25 PM PST

RAKYATNEWS


alt
 


KUALA LUMPUR- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa bangga beliau dengan persembahan hebat yang dipamer skuad Harimau Malaya pada perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, malam tadi.

"Walaupun kalah saya bangga dengan persembahan Harimau Malaya.

"Insya-Allah akan lebih cemerlang di masa akan datang," kata Najib dalam catatan terbaharu beliau di Facebook dan Twitter.

Malaysia terlepas peluang untuk menjulang Piala AFF Suzuki selepas kalah kepada Thailand dengan agregrat 3-4 setelah final kedua kejohanan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Walaupun kalah 2-3 kepada Malaysia pada aksi timbal balik malam ini, skuad kendalian Kiatisuk Senamuang muncul juara susulan kemenangan 2-0 yang diraih pada final pertama di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok, Rabu lepas.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam Twitter beliau turut menyatakan bangga dengan aksi skuad bimbingan Dollah Salleh itu.

Penyokong Harimau Malaya Panggil Nik Nazmi 'Babi'

Posted: 20 Dec 2014 10:23 PM PST

RAKYATNEWS


Kenyataan Exco kerajaan Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad untuk mengedarkan risalah menuntut penurunan harga minyak d Stadium Bukit Jalil malam ini nyata menimbulkan kemarahan peminat bola sepak.

KUALA LUMPUR  - Kenyataan Exco kerajaan Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad untuk mengedarkan risalah menuntut penurunan harga minyak d Stadium Bukit Jalil malam ini nyata menimbulkan kemarahan peminat bola sepak.

Nik Nazmi yang menyatakan hasrat tersebut menerusi akaun Instagram miliknya menerima kritikan keras termasuk menggelarkan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu sebagai 'babi'.

"Ko ni memang spesis babi la... Semua benda nak d politikkan.. Nak try kena rembat datang la petang nie.. Bodod.. Sukan menyatukan rakyat.. Ahli poltik sial memecahbelahkan rakyat... Babi punya nik nazmi," kata @asricf.

Komen lain turut mendakwa Nik Nazmi tersalah memilih platform untuk bagi menyampaikan hasratnya itu.

"Kamu menyalak pada forum yang salah la YB. Ini acara sukan dan bukan politik," kata @tonexpert.

Sementara tu @emjay berkata, Nik Nazmi akan mendabik dada sekiranya acara mengedarkan risalah pada malam ini berjaya dan akan mencanang seluruh rakyat Malaysia menyokong tindakannya itu.

"Dah edar then @niknazminikahmad akan menjerit, 12 juta rakyat Malaysia menyokong agenda PR!.. padahal orang tengok bola.. Gomen dah cakap Jan 2015 (harga minyak) turun. Lawak minion btoi hang ni," ujarnya.

Harimau Malaya 'Menang dalam Kalah'

Posted: 20 Dec 2014 10:20 PM PST

RAKYATNEWS


alt
 


KUALA LUMPUR- Thailand memastikan gelaran 'Raja Bola Sepak Asia Tenggara' menjadi milik mereka selepas muncul juara Piala AFF Suzuki 2014 menerusi kemenangan agregat 4-3 ke atas Malaysia selepas final kedua kejohanan di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, malam tadi.

Walaupun kalah 2-3 kepada Malaysia pada aksi timbal balik malam ini, skuad kendalian Kiatisuk Senamuang itu dinobatkan selaku juara susulan kemenangan 2-0 yang diraih pada aksi final pertama di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok, Rabu lepas.

Thailand mengalahkan Malaysia 3-2 pada aksi peringkat Kumpulan B kejohanan di Stadium Jalan Besar, Singapura pada 26 Nov lepas.

Kejayaaan itu membolehkan skuad 'Gajah Perang' kendalian Kiatisuk Senamuang muncul juara buat kali keempat selepas meraih kejuaraan pada tiga edisi terdahulu iaitu 1996, 2000 dan 2002.

Kekalahan itu adalah yang kedua dialami skuad Harimau Malaya kepada lawan sama selepas kecundang 0-1 pada edisi pertama kejohanan pada 1996 di Singapura yang ketika itu dikenali sebagai Piala Tiger.

Pada aksi final kedua Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini, Malaysia yang mendapat sokongan padu lebih 90,000 penyokong termasuk penyokong tegar, Ultras Malaya, menyerang kubu Thailand sebaik sahaja pengadil dari Iran, Faghani Alireza Mohammad meniupkan wisel permainan.

Usaha berkenaan membuahkan hasil selepas Faghani memberikan sepakan penalti kepada Malaysia pada minit ke-6 selepas penyerang, Norshahrul Idlan Talaha dijatuhkan oleh pertahanan Thailand di dalam kotak penalti.

Perancang tengah, Safiq Rahim yang mengambil sepakan penalti itu, mudah menewaskan penjaga gol Thailand, Kawin Thamsatchanan, sekaligus menggembirakan puluhan ribu penyokong skuad Harimau Malaya termasuk

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang turut hadir menyaksikan perlawanan itu.

Skuad 'Gajah Perang' bagaimanapun berjaya mengimbangi permainan dengan melancarkan serangan bertali arus menerusi gandingan pemain sayap, Thawikan Kroekrit dan pemain tengah, Chanathip Songkrasin namun berjaya dipatahkan oleh barisan pertahanan skuad Harimau Malaya diketuai kapten, Muhammad Shukor Adan.

Stadium Nasional Bukit Jalil kembali bergema dengan 'ngauman' penyokong skuad Harimau Malaya selepas Indra Putra Mahayuddin menanduk masuk hantaran silang Norshahrul pada minit ke-45 bagi meletakkan Malaysia selesa dengan dua gol di hadapan dan keputusan itu kekal sehingga berakhirnya babak pertama.

Bersambung babak kedua, skuad Harimau Malaya kendalian Dollah Salleh kembali menggandakan serangan dan Safiq melakar gol peribadi kedua pada perlawanan tersebut menerusi sepakan percuma cantik pada minit ke-58 yang melepasi jangkauan Kawin.

Tersentak dengan gol itu, pasukan Thailand kembali memperkemaskan jentera serangan dan berjaya mengikat agregat menjadi 3-3 pada minit ke-81 hasil jaringan penyerang kelahiran Switzerland, Charyl Yannic Chappuis.

Gol berkenaan berpunca daripada sepakan percuma Kroekrit yang gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol skuad negara, Mohd Farizal Marlias sebelum Chappuis menyambar bola berkenaan.

Thailand memastikan kejuaraan menjadi milik mereka dengan gol Chanathip pada minit ke-88 bagi menjulang kejuaraan kali keempat selepas muncul juara tiga edisi terdahulu pada 1996, 2000 dan 2002.

Selaku juara, Thailand membawa pulang wang tunai berjumlah US$200,000 (RM696,974) dan trofi Piala AFF.

Kedukaan Malaysia bagaimanapun terubat selepas Safiq diumumkan pemenang kasut emas kejohanan itu dengan jaringan enam gol.

Misi bantuan banjir Amal Pahang ke Rantau Panjang

Posted: 20 Dec 2014 10:16 PM PST

KHAIRIL ABDUL RAHIM 



 


MARAN: Yayasan Amal Pahang menyahut seruan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff kepada aktivis dan sukarelawan agar turun bersama dengan kerahan tenaga membantu mangsa banjir di Kelantan dengan menghantar misi bantuan semalam.

Naib Pengarah Yayasan Amal Pahang Ustaz Ramli Abdul Rahman ketika ditemui sebelum berlepas berkata, beliau bersama empat yang lain dengan dua kenderaan pacuan empat roda membawa bantuan makanan dan sumbangan kewangan ke Rantau Panjang.

"Kami akan berada di Rantau Panjang beberapa hari mengikut keperluan kerana air masih belum surut sepenuhnya," katanya.

Ditanya kenapa memilih Rantau Panjang, Ramli yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Maran itu berkata, daerah tersebut paling teruk dilanda banjir kali ini jadi bantuan terpaksa ditumpukan ke situ terlebih dahulu untuk peringat pertama ini.

"Lagipun kami masih terhutang budi dengan Ketua Muslimat PAS itu yang datang melawat dan bertungkus-lumus membantu mangsa banjir di Pahang khususnya dalam Dun Chenor ketika begitu teruk dilanda banjir tahun lalu," katanya.

Dalam pada itu Ramli berkata, Yayasan Amal Pahang mempunyai pengalaman membantu mangsa banjir sebelum ini dengan mencuci rumah dan masjid termasuk di Johor beberapa tahun lalu. - HARAKAHDAILY

Bawa juga lilin selain makanan untuk mangsa banjir

Posted: 20 Dec 2014 10:13 PM PST

HARAKAHDAILY 






KUALA LUMPUR: "Aktiviti malam tadi. Menyampaikan sumbangan di kawasan terjejas kerana banjir di Rantau Panjang," tulis Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat menerusi facebook.

Menurutnya, masih terdapat kampung yang tidak dapat sumbangan yang mencukupi kerana agak sukar untuk akses.

"Para sukarelawan yang bergerak ke Kelantan, selain bekalan makanan saya syorkan juga membawa bekalan lilin untuk mangsa banjir ekoran bekalan elektrik yang terputus," ujarnya.

Namun beliu mengucapkan syabas kepada jentera PAS dan kerajaan negeri yang bertungkus lumus tanpa mengenal penat menjaga kebajikan mangsa-mangsa banjir.

Sebarang sumbangan bolehlah disalurkan kepada TABUNG KEMANUSIAAN PEMUDA MAYBANK: 564025400100

Sementara itu, Bernama melaporkan keadaan banjir di pantai timur Semenanjung masih belum reda dengan lapan jajahan di Kelantan semakin buruk apabila jumlah mangsa banjir meningkat kepada 21,328 pagi ini berbanding 19,186 orang malam tadi. - HARAKAHDAILY 

Jangan terlalu mendongak, nanti Khairy langgar bendul

Posted: 20 Dec 2014 04:16 PM PST

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: Isu Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin membidas seorang ahli parti itu yang tidak mempunyai jawatan penting didalam parti itu kerana mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sedang hangat diperkatakan ramai.

"Saya yang mempunyai perasaan 'soft spot' terhadap Ketua Pemuda Umno Malaysia itu terpaksa juga memberikan sedikit komen," tulis Aspan Alias dalam blognya semalam.

Bagi beliau, Khairy sepatutnya merenungi apa yang dikritik oleh orang bawahan itu adalah untuk kepentingan parti itu sendiri.

Menurutnya, Khairy mesti tahu yang beliau tidak berada di atas itu dengan sendirinya kerana beliau bermula dan berakhir.

Baginya, kata-kata Khairy kepada ahli biasa parti yang membawa makna, 'you are of no consequence, you are just ordinary member' terhadap Syed Rosly itu sangat
menyedihkan, kerana tidak ramai yang akan menyangka yang Khairy boleh berkata dengan begitu angkuh seperti itu.

"Mungkin semua di antara kita di bawah ini wajar berteriak dan mengakui yang beliau adalah orang hebat. Mungkin Khairy masih lagi sangsi yang masih ramai orang di bawah ini masih ramai yang tidak mengetahui beliau itu orang hebat," tulisnya lagi.

Menurut Aspan, orang bawahan pun tahu Khairy itu orang atasan dan jangan Khairy tidak tahu ini.
"Kalau kita mengetahui diri kita sendiri kita tidak akan menolak kenyataan yang sangat penting ini. Kalau tidak ada yang bawah, masakan ada yang atas," tambahnya.

Justeru, bagi Aspan tidak perlu Khairy bercakap begitu untuk mempertahankan Najib itu.

"Kita merasakan yang Najib yakin yang Khairy adalah penyokong kuat beliau walaupun beliau tidak mengkritik Syed Rosly itu," ujarnya.

Justeru, beliau berharap Khairy tidak mengecewakan orang ramai yang menaruh harapan terhadap beliau.

"Pandanglah ke bawah selalu, jangan sentiasa mendongak ke atas, nanti 'tolando bondul (bendul) dibawah'," tulisnya. - HARAKAHDAILY

Kongsi pengalaman dengan kerajaan negeri

Posted: 20 Dec 2014 04:14 PM PST

HARAKAHDAILY 






KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menyarankan penjawat awam muda supaya menimba ilmu bersama penjawat awam yang lebih berpengalaman supaya dapat berkhidmat lebih cemerlang.

Menurutnya, pengalaman yang mereka perolehi hasil perkhidmatan lebih daripada 30 tahun di samping berkhidmat di beberapa negeri lain dapat dimanfaatkan untuk terus membangunkan Selangor.

Beliau juga mengharapkan penjawat awam yang bersara supaya dapat memberikan sumbangan pengalaman dan terus menjalinkan hubungan baik bersama kerajaan negeri, lapor Selangor Kini.

Katanya, dengan pengalaman selama berkhidmat dengan kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat merupakan nilai dan aset yang penting untuk dikongsikan dengan kerajaan negeri.

"Saya percaya pegawai muda ini harus belajar dan menimba ilmu dengan pegawai-pegawai yang telah bersara.

"Dengan pengalaman inilah akan membantu kerajaan negeri membangunkan negeri ini," katanya pada satu majlis di Subang Jaya malam tadi.

Katanya lagi, penjawat awam perlu bersedia menghadapi cabaran ekonomi 2015 untuk memastikan Selangor kekal menjadi penyumbang terbesar Keuntungan Dalam Negara Kasar (KDNK) negara yang setakat ini berjumlah 23.7 peratus.

"Antara langkah perlu diambil dengan perubahan persekitaran yang begitu pantas ialah pimpinan dan penjawat awam perlu bekerja dengan lebih kuat, berinovasi bagi menghadapi cabaran ini," ujarnya

Datuk Omar Mohamad kembali ke rahmatullah

Posted: 20 Dec 2014 04:13 PM PST

HARAKAHDAILY


KOTA BHARU: Yang Dipertua PAS Kawasan Bachok, Datuk Omar Mohamad meninggal dunia di KPJ Perdana di sini pada jam 11.35 pagi tadi.
Solat jenazah beliau akan dilaksanakan selepas Isyak di Masjid Mahmudi, Bachok.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa terkejut dan sedih mendengar perkhabaran perginya ke rahmatullah YDA PAS itu.

"Beliau merupakan seorang sahabat dan rakan seperjuangan yang sukar dicari ganti. Baktinya di Dun Perupok serta kawasan Bachok juga kepada seluruh rakyat negeri Kelantan tentunya akan diingati sampai bila-bila.

"Pemergian beliau mengiringi kematian seorang lagi tokoh PAS Bachok malam semalam, Ustaz Idris Ahmad yang pernah menjadi Adun Tawang.

"Semoga Allah SWT merahmati kedua-dua mereka yang baru sahaja meninggalkan kita," tulis beliau dalam facebook.

"Perginya seorang lagi Mujahid Dakwah dalam PAS yang terus beristiqamah sehingga akhir hayatnya. Ya Allah, kurnialah syurga-Mu," tulis Pesuruhjaya PAS Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob menerusi facebook. 

Dalam masa dua hari PAS Bachok khasnya menerima dua kehilangan tokoh pimpinan.
Pagi tadi baru selesai pengebumian jenazah Ustaz Idris Ahmad iaitu bekas Yang Dipertua PAS kawasan. - HARAKAHDAIY

Peluk Islam sempena Mega Street Dakwah

Posted: 20 Dec 2014 04:08 PM PST

MOHD SABRI SAID


SEBERANG JAYA: Mega Street Dakwah yang jalankan oleh lapan badan bukan kerajaan (NGO) bersama Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) di sini pagi tadi berjaya mengislamkan seorang wanita berbangsa India.

Kumpulan yang diketuai oleh Azman Merican memasuki premis berkenaan untuk bertemu orang ramai dan menemui wanita itu yang bertugas sebagai jurujual di salah sebuah kedai di situ.

Azman ketika ditemui berkata, beliau sempat berhujah dengan wanita berkenaan tentang ketuhanan ekoran dakwaannya mengatakan tuhan sama sahaja antara agama.

"Saya dan kekawan cuba terangkan apa Itu Islam dengan lebih mendalam. Mula ada sikit perdebatan tetapi apabila kita terus berhujah akal, beliau semakin reda dan akhirnya akur untuk berada dalam agama sebenarnya," terang beliau semasa berucap dalam sesi muhasabah di pekarangan Masjid Seberang Jaya.

Menurutnya, kenangan mengislamkan saudara baru itu merupakan peristiwa yang tidak dapat dilupakan sepanjang hayatnya.

"Sejujurnya saya katakan saya amat berminat turun ke medan dakwah. Apabila dapat hasilnya ia satu perkara yang amat besar," jelasnya.

Mega Street Dakwah yang diadakan di dua lokasi di Pulau Pinang iaitu di pekarangan Masjid Universiti Sains Malaysia (USM) dan Masjid Seberang Jaya merupakan aktiviti serentak seluruh negara yang memperkenalkan 'Do You Know? Jesus & Muhammad Worship The Same God?'. - HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: