Jumaat, 19 Disember 2014

Tukar Tiub

Tukar Tiub


TURUN TURUN

Posted: 19 Dec 2014 06:30 PM PST






DEMO 
MALAM 31 DISEMBER
DATARAN MERDEKA


--


----------

TURUN BERDEMO 31 DISEMBER

Posted: 19 Dec 2014 05:00 AM PST




KOMENTAR

jadikan jalan raya
wadah politik anak muda
jadikan jalan raya
pentas mengubah politik
jadikan jalan raya
sabagai jawapan tipu pilihan raya




NGO sasar 10,000 turun ke Dataran

Satu gabungan 15 NGO mensasarkan untuk menghimpunkan 10,000 orang pada malam sambutan ambang tahun baru 2015 bagi menuntut harga minyak diturunkan ke tahap RM1.90 seliter.

Pengerusi NGO Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN), Azan Safar berkata demikian selepas pelancaran risalah #Tuntut Harga Minyak RM1.90 di Masjid Negara petang ini.

Katanya, TURUN yang mengetuai gerakan itu juga akan meneruskan jelajah khususnya di Lembah Klang bagi menarik sokongan rakyat untuk turun bersama mereka untuk perhimpunan jam 9 malam itu.

"Di peringkat negeri, kita serahkan kepada (jawatankuasa peringkat) negeri. Kita sasarkan 10,000 rakyat akan turun pada malam tersebut," katanya.

Beliau berucap sewaktu mengumumkan pelancaran risalah itu di perkarangan Masjid Negara sejurus solat Jumaat petang ini.

Selain TURUN, kempen itu juga digerakkan oleh Pemuda PAS, sayap pemuda PKR, AMK, Gamis dan juga PROTES.

Turut serta di pelancaran itu ialah Naib Ketua AMK Fahmi Fadzil, Ketua Koordinator Jingga 13 Fariz Musa dan juga wakil mahasiswa.
 
Sementara itu, Fahmi dalam ucapannya berkata kerajaan sepatutnya menurunkan harga minyak dengan segera, memandangkan situasi harga minyak dunia semasa yang kini jatuh mendadak.
 
"Tak perlu tunggu enam bulan lagi baru nak turun.


TURUN 

BERDEMO

jangan tak turun





-----------

BERITA TER KINI TER NOW

Posted: 18 Dec 2014 10:53 PM PST







BERITA

 EKONOMI

ketika  krisis ekonomi kapitalis tahun 2008
mangsa pertama ialah sebuah bank di UK
yang bernama NORTHERN ROCK
bank ini jatuh muflis apabila
penyimpan datang ingin mengelurakan duit

kali ini pada disember 2014
mangsa pertama  RED FORK ENERGY
sebuah syarkat cari gali minyak
di barat australia

mengikut laporan bloomberg
pada ketika ini syarikat-syarikat
cari gali minyak dan pasir minyak
sedang terhutang sebanyak 550 bilion dolar

NOTA
petronas juga
dikatan telah melabur dicanada
untuk mengali shale atau pasir minyak
saperti biasa kita tidak akan dengar berita
sahingga media luar melapor
'


------------

FORUM - DI JAY BEE

Posted: 18 Dec 2014 08:09 PM PST





FORUM 

DI JAY BEE






Forum anjuran Diskusi Ujong Tanah & Sekolah Pemikiran Rakyat Johor

"Mampukah PR kekal sokongan 52% rakyat menjelang PRU-14"

Ahli panel : 

Wong Chin Huat (Penang Institute)
Liew Chin Tong (Ahli Parlimen Kluang)
Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS)
Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen Lembah Pantai)

Tarikh: Jumaat, 2 Januari 2015
Masa : 8.00  malam
Tempat : Hotel Tropical Inn, Johor Bahru (dekat surau Arab, Jalan Wong Ah Fook)

Jemput like FB Diskusi Ujong Tanah /www.facebook.com/DiskusiUjongTanah




------------

Tiada ulasan: