DIALOG RAKYAT |
- RON95 dua minggu pertama Dis 2014 bawah RM2 seliter
- Peguam mohon 'mistrial' kes Mejar Zaidi
- Fara Fauzana Hantar Mesej Mengejutkan Kepada Dr.Masyitah!
- Jika Bukan Menantu, KJ Juga Bertaraf Rendah!!
- Biar keadilan dilihat dan tampak benar-benar adil
- Azmin akan jumpa ADUN Inanam dalam masa terdekat
- SPR enggan bersua, BERSIH kata 'angkuh'
- 'Jejaka Atom' edar risalah forum anti nuklear
- Fathul: Tiba masa bentang undang-undang hudud
- DBKL akan gempur Petaling Street
- Wisma Putra sahkan rakyat Malaysia terlibat
- Remaja maut dalam banjir selepas diserang sawan
- Hulu Terengganu paling banyak pusat pemindahan
- Bergaduh di stadium, 3 lagi diminta serah diri
- Tangkap Guan Eng, desak peserta protes
- NGO sasar 10,000 turun ke Dataran
RON95 dua minggu pertama Dis 2014 bawah RM2 seliter Posted: 19 Dec 2014 04:22 AM PST
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata Barisan Nasional mengumumkan bahawa harga RON95 bagi sesuatu bulan ditetapkan berdasarkan harga purata harga pasaran RON95 seperti yang ditetapkan oleh formula. Menurutnya, bagi 15 hari pertama Disember 2014, harga purata ini (dikira berdasarkan harga pasaran harian seperti di atas) telah jatuh ke paras RM1.98 liter (tanpa subsidi). "Jika subsidi 30 sen seliter dikembalikan seperti yang dituntut, harga RON95 bagi dua minggu pertama secara purata telah jatuh ke paras RM1.68 seliter," ujarnya dalam satu kenyataan. Katanya, dalam keadaan harga minyak mentah terus jatuh mendadak minggu ini dan dijangka terus jatuh sepanjang 2015, harga pasaran harian bagi tempoh 16 Disember 2014 hingga 31 Disember 2014 juga akan lebih rendah dari RM1.90 seliter (merujuk kepada harga pada 15 Disember 2014). Oleh yang demikian, beliau memberi amaran kepada Barisan Nasional supaya jangan berdolak dalih untuk segera menurunkan harga RON95 kepada RM1.90 serta merta. Menurut beliau lagi, sekiranya harga RON95 yang diumumkan pada 31 Disember 2014 kelak adalah lebih tinggi dari RM1.90 seliter, ini bermakna Barisan Nasional terus memanipulasi harga RON95 dan diesel untuk mendapatkan keuntungan melalui cukai minyak secara tersembunyi. "Sehingga kini, tidak ada seorang pemimpin Barisan Nasional pun yang berani menafikan kenyataan saya sebelum ini bahawa rakyat telah terlebih bayar harga minyak yang lebih tinggi yang dianggarkan RM274 juta dalam tempoh 45 hari sejak 1 November 2014," katanya. Naib Presiden PKR itu menambah, mengikut amalan biasa, jumlah ini dikembalikan oleh syarikat-syarikat minyak kepada kerajaan sebagai cukai tersembunyi. Justeru, ujarnya selagi Barisan Nasional tidak menafikan perkara ini dan menjelaskan mekanisme sebenar siapa yang menyimpan jumlah RM274 juta yang dibayar lebih oleh rakyat ini, selagi itulah rakyat akan terus beranggapan bahawa mereka dicukai secara tersembunyi melalui harga RON95 dan diesel yang lebih tinggi. Beliau mengulangi pendirian bahawa kerajaan wajib mengembalikan subsidi sekurang-kurangnya 30 sen seliter yang akan menyaksikan harga minyak RON95 dalam bulan Januari jatuh ke paras RM1.60 seliter. "Penurunan begini selari dengan kejatuhan harga minyak mentah dunia dan harga petrol diesel yang lebih rendah yang dinikmati oleh negara-negara lain," katanya. Himpunan #tuntut #turunhargaminyak dijangka diadakan di Dataran Merdeka pada 31 Disember 2014 bermula 9 malam kerana harga yang ada sekarang mengutip cukai secara tersembunyi dari rakyat. - HARAKAHDAILY | ||||||||||||||||||||||||||||||||
Peguam mohon 'mistrial' kes Mejar Zaidi Posted: 19 Dec 2014 04:16 AM PST Ketua pasukan peguam Mejar Zaidi, Mohamed Hanipa Maidin memulakan hujah beliau di Mahkamah Tentera hari ini dengan menyatakan bahawa beliau berhujah dalam keadaan protes kerana perbicaraan ke atas anakguamnya telah mencapai satu tahap di mana keadilan tidak mungkin dapat lagi ditegakkan oleh mahkamah kerana sikap tidak memihak mahkamah (the court's impartiality) telah terjejas. Ini kerana, hujah Hanipa, pengerusi Koram Mahkamah iaitu Kolonel Saadon Hasnan telah membuat satu komen yang memprejudiskan Mejar Zaidi di portal Malaysiakini semasa perbicaraan kes ini masih berjalan di mahkamah. Mejar Zaidi telah membuat aduan kepada pihak tentera tentang isu tersebut dan sehingga kini ia tidak pernah disiasat sedangkan apabila beliau membuat laporan polis isu dakwat kekal pihak tentera telah membuka kertas siasatan ke atas beliau. Hanipa juga berhujah adalah satu keganjilan untuk mahkamah meminta peguambela Mejar Zaidi berhujah di akhir kes pembela dalam keadaan integriti dan kebebasan mahkamah yang membicarakan Mejar Zaidi dipersoalkan dan dicabar oleh tertuduh yang dibicarakan di mahkamah itu sendiri. Oleh itu, Hanipa berhujah satu satunya jalan penyelsaian kepada hal tersebut adalah dengan mahkamah mengisytiharkan mistrial. Mistrial merujuk kepada keadaan di mana sesuatu perbicaraan di mahkamah tidak lagi mampu dikendalikan mengikut prinsip-prinsip keadilan. Hanipa kemudiannya dihalang oleh mahkamah dari berhujah isu mistrial tersebut atas alasan isu itu tidak boleh dihujahkan di Mahkamah Tentera sebaliknya ia seharusnya dibangkitkan di depan pihak berkuasa sidang. Hanipa bagaimanapun bertegas menyatakan mistrial boleh dihujahkan oleh peguam di mana mana mahkamah apabila proses keadilan perbicaraan dipersoal dan dipertikai dan mahkamah adalah forum yang layak mendengar dan memutuskan perkara tersebut. Hanipa menyatakan "bagaimanakah kami ingin menyampaikan hujah mistrial ini di depan Pihak Berkuasa Sidang sedangkan mereka bukan pihak yang mendengar kes ini dan tidak ada di mahkamah ini untuk mendengar hujah kami ini". Mahkamah kemudiannya menangguhkan pendengaran selama 15 minit untuk berbincang dan memutuskan isu tersebut. Selepas mahkamah diteruskan semula, Yang Dipertua Mahkamah memutuskan peguambela tidak dibenarkan berhujah isu mistrial dan diminta berhujah isu lain. Hanipa menyatakan beliau tidak ada isu lain yang akan dihujah kerana mengambil kira insiden yang berlaku dalam kes ini yang melibatkan pengerusi mahkamah membuat komen sebelum keputusan kes dibuat dan semasa kes masih dalam perbicaraan hanya isu mistrial yang relavan untuk dihujahkan. Mahkamah kemudiannya menetapkan tarikh keputusan kes pada 7 Januari 2014. Sementara itu Hanipa memaklumkan kepada mahkamah bahawa anakaguamnya telah memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Pihak Berkuasa Sidang yang enggan membubarkan Mahkamah Tentera meskipun wujudnya keterangan yang tidak dicabar bahawa Yang Dipertua Mahkamah, Kolonel Saadon telah memberi komen di Malaysiakini tentang kes ini sebelum mahkamah memutuskan meminta Mejar Zaidi dipanggil membela diri bagi dua pertuduhan pindaan. Mejar Zaidi dituduh dengan 7 pertuduhan di mana beliau telah dibebaskan 5 daripada pertuduhan tersebut. Pendakwaan ke atas beliau melibatkan isu laporan polis yang dibuat oleh beliau berkaitan isu dakwat kekal yang tidak kekal. Beliau diwakili oleh Nasar Khan, Aminudin Zulkifli, Azhana Mohd Khairudin dan Mohamed Hanipa Maidin. - HARAKAHDAILY | ||||||||||||||||||||||||||||||||
Fara Fauzana Hantar Mesej Mengejutkan Kepada Dr.Masyitah! Posted: 19 Dec 2014 04:10 AM PST KELAB GREENBOCApabila seseorang itu telah berhijrah dan memenuhi imej yang sepatutnya dalam hidup beragama tak perlu lagi dia nak menjawab soalan mengapa dan kenapa perubahan itu berlaku. "Pada saya hanya ucapan tahniah harus diberikan, untuk memastikan orang itu akan terus kekal dalam penghijrahannya. "Saya berhijab kerana Allah SWT," jelas Fara atau dikenali juga sebagai 'Fafau' ketika ditemui The Rakyat Post. Fara yang juga pengacara rancangan televisyen NONA berkata, sejak berhijab dia sering memohon doa agar dirinya bertemu guru mursyid yang membawanya ke jalan yang benar mengikut tuntutan syarak. "Saya suka mendengar ceramah ceramah agama. Dalam doa saya selalu minta perlindungan Allah SWT agar ilmu yang saya cari itu tidak membawa ke jalan yang menyesatkan, mudah-mudahan membawa saya ke jalan yang benar," katanya. Fara berkata, kalangan pendakwah tempatan sebenarnya telah berjaya menyampaikan dakwah di kalangan artis dan selebriti di negara ini dengan baik. Sambil menjelaskan perubahan beliau juga tiada kaitan dengan sebarang parti politik atau pertubuhan, Fara berkata memakai hijab tidak bermakna dia akan mengehadkan hubungan yang sudah lama terjalin dengan semua pihak yang membantu perkembangan kariernya. "Saya (hanya) akan menghadkan diri saya untuk bercakap soal agama kerana saya bukan individu yang layak untuk membuat sebarang komen mengenai isu-isu tertentu," ujarnya yang bimbang ada pihak tertentu mengaitkan selebriti dan artis sepertinya dengan pertubuhan tertentu. Ditanya mengenai penampilan selepas berhijab, beliau mengakui perlu lebih teliti memilih pakaian yang ditaja. "Saya bergabung dengan FF By Maganda buat pada masa ini untuk menyediakan fesyen yang bersesuaian dengan imej hijab yang akan digayakan dalam majlis. "Saya cuba elak berpakaian ketat menampakkan bentuk tubuh," kata Fara. -ekeleh | ||||||||||||||||||||||||||||||||
Jika Bukan Menantu, KJ Juga Bertaraf Rendah!! Posted: 19 Dec 2014 04:03 AM PST shahbudindotcomBeliau turut mempertikaikan beberapa portal yang menyiarkan gesaan Syed Rosli itu sedangkan individu tersebut tidak mempunyai jawatan penting dalam UMNO. Kata KJ lagi, laporan seumpama itu seharusnya memetik daripada seseorang yang mempunyai kewubawaan. Berikutan tulisan di laman sosial Facabooknya yang menggesa Najib berundur sebagai suatu pengorbanan dan memudahkan BN memenangi pilihanraya umum akan datang, beberapa portal berita telah menjadikan gesaan itu sebagai berita utama dan kemudian turut menjadi perbualan umum. Walaupun Syed Rosli hanyalah pemimpin di peringkat cawangan (suara paling rendah menurut KJ), sebenarnya gesaan terhadap Najib ini bukanlah suara yang baru kedengaran dalam UMNO. Di pelbagai peringkat, sejak sekian lama sudah semakin kerap kedengaran agar Najib mengundurkan diri memandangkan beliau dilihat gagal meningkatkan sokongan rakyat kepada UMNO dan BN. Dengan keputusan PRU 13 di mana BN hanya meraih 47 peratus undi popular dan Muhyiddin pula memberi peringatan bahawa hanya penurunan 2 peratus pengundi saja lagi akan menyebabkannya menjadi pembangkang, ia adalah gambaran sebenar mengenai kegagalan Najib. Daripada 47 peratus pencapaian pada PRU 13, berapakah pula peratusannya ketika ini, meningkat atau makin menurun?Daripada kira-kira 6 juta pengundi baru menjelang PRU 14, banyak manakah akan memihak kepada BN? Pandangan yang diutarakan Syed Rosli hakikatnya adalah relevan untuk masa depan dan untuk menyelamatkan UMNO dan BN daripada tumbang, tak kira siapa pun dirinya. Bukankah UMNO parti rakyat bawahan dan sesiapa pun berhak memberikan pandangan? Soal kenapa portal berita memetik gesaannya, ia tentulah kerana ada nilai berita yang diutarakannya. Nilai berita secara umumnya terbahagi kepada dua, apa isu yang diucapkan dan siapa yang bercakap. Berita mengampu dan membodek Perdana Menteri tidaklah bernilai apa-apa kecuali yang mengucapkannya mempunyai jawatan tinggi dalam parti dan kerajaan. Begitu juga dengan gesaan Syed Rosli, walaupun beliau bukan sesiapa dan hanya bertaraf rendah saja tetapi perkara yang disampaikannya ada nilai beritanya dan mahu dibaca oleh khalayak. Tetapi membaca kenyataan KJ mengenai Syed Rosli, sesiapa pun tidak dapat mengelak daripada beranggapan bahawa Ketua Pemuda UMNO itu seorang pemimpin paling sombong dan angkuh yang pernah dilahirkan oleh UMNO sejak 1946. Ia memberi maksud bahawa dalam pemikirannnya, mereka yang di peringkat bawahan UMNO tidak lebih hanyalah golongan kuli, tukang pasang poster, meramaikan majlis sambil bertepuk tangan dan tidak berguna apa-apa melainkan budak suruhan pihak atasan semata-mata. Mereka tidak boleh menegur, tidak layak memperkatakan salah laku atau tidak baik mengenai pemimpin, jauh sekali untuk meminta meletakkan jawatan. Itulah penilaian KJ terhadap golongan bertaraf rendah yang sebenarnya bukan saja majoriti, tetapi juga penentu dalam UMNO. Ternyata KJ semakin lupa asal usul dirinya dan bagaimana beliau naik dalam UMNO. Bukankah orang bawahan yang menaikkannya? Dalam pilihanraya pula, kalau tanpa golongan paling bawah dalam UMNO bekerja keras, bolehkah beliau menang? Beliau juga bukan golongan berdarah bangsawan sejak lahir. Darah elit dan bangsawan daripada keluarga Perdana Menteri hanya mengalir di luaran tubuhnya setelah berkahwin dengan anak Pak Lah saja. Hanya dengan kedudukan itu dilonjakkannya untuk meraih pelbagai kedudukan dan keistimewaan. Pandangannya yang memperlekeh golongan bawahan dalam UMNO ini juga pastinya bertentangan dengan naluri dan jiwa besar lain-lain pemimpin UMNO, termasuk Najib, Hishammuddin dan Mukhriz yang memang lahir dalam keluarga yang pernah menjadi Perdana Menteri, bukan sekadar tempelen dengan menumpang nama sebagai menantu. Namun, amatlah membanggakan ketiga-tiga anak bekas Perdana Menteri di atas tidak pernah sama-sekali memperlekeh suara bawahan dalam UMNO dan sentiasa menghargai pandangan mereka. Apakah salahnya golongan paling rendah dalam UMNO menyuarakan pandangan? Bukankah UMNO sendiri hidup dan bernafas kerana golongan paling rendah ini? Ini mengingatkan kepada kata-kata seorang tua di Bandar Sendayan dalam Parlimen Rembau yang pernah berkata, "sebenarnya nilai kita sebagai menantu bukanlah mahal sangat, ia hanyalah tiga sen saja dan bila-bila masa boleh terbuang". | ||||||||||||||||||||||||||||||||
Biar keadilan dilihat dan tampak benar-benar adil Posted: 19 Dec 2014 03:59 AM PST Oleh Roslan SMS Mahkmah Rayuan baru sahaja memutuskan bahawa hak penjagaan anak-anak Izwan Abdullah yang dahulunya dikenali sebagai NViran, iaitu Nur Nabila @ V. Sharmila, 9 tahun, dan Nabil @ V. Mithran, enam tahun diberikan kepada bekas isterinya S.Deepa. Pada bulan April tahun yang sama Mahkamah Syariah telah memerintahkan agar hak penjagaan anak-anak berkenaan diberikan kepada Izwan, namun bekas isterinya yang kekal menganut agama Hindu telah membuat permohonan di Mahkamah Tinggi yang telah campuratangan dalam keputusan Mahkamah Syariah dengan memberikan hak penjagaan itu sebalikya kepada S.Deepa. Isunya anak-anak berkenaan, yang masih belum dewasa telah di "Islamkan" secara paksa oleh Izwan. Sekali lagi rakyat Malaysia terkedu dan tergamam dengan keputusan seumpama ini. Kita menghormati sistem perundangan dalam Negara kita. Keputusan ini bermakna anak-anak Izwan akan kekal bersama ibunya S.Deepa sehinggalah mencapai umur dewasa. Apabila dewasa mereka nanti punya hak untuk memilih agama mana yang mahu mereka ikuti. Islam seperti ayah mereka atau kekal Hindu seperti ibu mereka. Yang menjadi persoalan adalah, apakah jaminan bahawa anak-anak ini selama di bawah penjagaan ibu mereka nanti tidak akan diasuh membenci ayahnya dan sekaligus membenci Islam? Anak-anak yang tidak berdosa ini pasti selama berada di bawah penjagaan ibunya akan dibesarkan dalam suasana kepercayaan ibunya. Di bawa ke Kuil, meraikan perayaan Hindu, memakan dan meminum makanan dan minuman yang dibenarkan agama Hindu. Pada pandangan saya sudah pasti selama tempoh umur mereka sehingga mencapai dewasa, sudah semestinya minda mereka cenderung dan dipengaruhi dengan kecenderungan dan pengaruh ibunya. Dalam hal ini kita lihat keadilan yang cuba diberikan oleh mahkamah punya kemungkinan tercemar dengan pengaruh satu pihak. Justeru apabila mencapai umur dewasa, mahukah anak-anak ini nanti ikut kepercayaan ayahnya yang telah Islam? Kerana itu, pihak berkuasa termasuklah ahli-ahli Parlimen kita perlu memikirkan bagaimana keadilan sebenar-benarnya dapat diberikan dalam kes-kes seumpama ini. Jika kita perlu pinda peraturan kita pinda. Kita sedar banyak lagi kes-kes seperti ini akan berlaku kerana hakikat masyarakat majmuk yang kita warisi, namun demi memberikan keadilan pada semua pihak, minda anak-anak ini dalam kes-kes seumpama ini janganlah dibiarkan dipengaurhi oleh satu pihak sahaja. Bagi saya dalam kes-kes seumpama ini jika berlaku, sewajarnya hak penjagaan anak-anak itu diberikan kepada pihak ketiga, sebaik-baiknya pihak kerajaan sendiri samada melalui jabatan kebajikan atau mana-mana pihak yang sesuai. Biar anak-anak ini membesar dalam suasana bebas, dengan hak melawat diberikan kepada kedua-dua ibu-bapa. Mereka kekal begitu iaitu dalam penjagaan pihak ketiga sehinggalah dewasa dan apabila dewasa dibawa kembali ke mahkamah untuk mereka putuskan mahu mengikuti agama mana. Perkara ini perlu difikirkan secara serius kerana ianya jika tidak dirawat dengan sempurna boleh membawa kepada suasana tegang dan sengketa yang memanjang. Biarlah keadilan benar-benar dilihat dan tampak adil. | ||||||||||||||||||||||||||||||||
Azmin akan jumpa ADUN Inanam dalam masa terdekat Posted: 19 Dec 2014 03:52 AM PST Oleh Nur Atiqah Abd SamadKUALA SELANGOR: Timbalan Presiden PKR Azmin Ali akan mengadakan perjumpaan bersama ADUN Inanam (PKR), Dr Roland Chia mengenai keputusannya untuk meletakkan jawatan baru-baru ini. Ujarnya Dr Chia perlu berbincang dengan kepimpinan tertinggi parti terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. "Tidak dia tak letak jawatan (tapi) saya diberitahu keadaan kesihatan dia kurang baik. Walau bagaimanapun saya akan bertemu beliau dalam masa terdekat. "Tak ada, dia sakit (jadi) kita kena hormatlah. Tapi saya ingat sebarang keputusan diambil elok berbincang," katanya kepada media selepas mengadakan perjumpaan bulanan bersama penjawat awam Majlis Daerah Kuala Selangor. Kelmarin Dr Chia mengejutkan PKR selepas menyatakan hasratnya untuk meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat di laman sosial Facebook dan Twitter. Katanya peletakan jawatan itu disebabkan oleh masalah kesihatan. Menurut Azmin lagi, parti juga kurang jelas dengan masalah kesihatan yang dihadapi Dr Chia. "Nanti dia akan jelaskan, dia tak bagi tahu sakit apa. Dia hanya sebut kurang sihat dan tidak dapat memberikan khidmat maka dia bercadang untuk meletakkan jawatan dan saya berkomunikasi dengan beliau supaya dapat adakan perbincangan dan ia akan berlaku dalam masa terdekat. Dr Chia, yang merupakan seorang doktor gigi memenangi kerusi Inanam buat pertama kali pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei tahun lepas dengan majoriti 3,202 dalam pertandingan tiga penjuru. Beliau meraih 8,926 undi, manakala calon Barisan Nasional (BN), Joseph Paulus Lantip dari Parti Bersatu Sabah mendapat 5,724 dan Eric Majimbun mewakili Parti Progresif Sabah menerima 5,003 undi. | ||||||||||||||||||||||||||||||||
SPR enggan bersua, BERSIH kata 'angkuh' Posted: 19 Dec 2014 02:20 AM PST MALAYSIAKINI Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menganggap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersikap "angkuh" kerana tetap enggan bertemu gabungan NGO itu berhubung isu persempadanan semula pilihan raya. BERSIH merujuk kepada kenyataan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof semalam yang menegaskan bahawa suruhanjaya itu akan meneruskan proses persempadanan semula tanpa berunding dengan mana-mana NGO. Abdul Aziz juga berkata, SPR hanya akan bertemu dengan wakil yang dilantik oleh kerajaan negeri atau pihak berkuasa tempatan. Mengulas kenyataan itu, BERSIH berkata SPR tidak akan berjaya meraih keyakinan dari masyarakat awam dalam menjalankan tugas mereka, sekiranya tetap berkeras untuk tidak menemui mereka. "Perkara 114 (2) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan pentingnya 'keyakinan awam' dalam tugas SPR, malah ia menjadi satu-satunya kriteria yang jelas dalam pelantikan mereka oleh Yang di-Pertuan Agong. "Keyakinan ini hanya boleh diperolehi melalui penglibatan berterusan dengan masyarakat sivil," kenyataan oleh Jawatankuasa Pemandu BERSIH itu dipetik. Gabungan menuntut reformasi pilihan raya itu juga menyelar sikap SPR yang hanya melibatkan parti politik tertentu secara terpilih. | ||||||||||||||||||||||||||||||||
'Jejaka Atom' edar risalah forum anti nuklear Posted: 19 Dec 2014 02:18 AM PST MALAYSIAKINI Sekumpulan aktivis anti nuklear hari ini mengedarkan kira-kira 1,000 sebaran yang mengajak orang ramai menghadiri forum membantah cadangan kerajaan untuk membina loji nuklear pada 2015. Kumpulan Anak Malaysia Anti Nuklear (AMAN) mengedarkan risala itu di sekitar KL Sentral dan Brickfields pada jam 11 pagi tadi, manakala di Kuala Lumpur City Centre bermula jam 5 petang ini yang diketuai penyelarasnya Hadi Khalid. Sebagai membukti kesungguhan bantahan mereka, kumpulan itu turut membawa "Jejaka Atom" - lelaki yang berpakaian sut lengkap untuk mengendali bahan itu - bersama-sama 10 aktitivis lain mengedarkan sebaran itu. "Perbincangan mengenai perkara ini bermula tahun 2009, apabila PM umum cadang membina loji nuklear yang termaktub dalam Program Tranformasi Ekonomi (ETP) kerajaan. "(Oleh itu) Ia (forum ini) sebagai membentuk kesedaran awam untuk menentang pembinaan loji nuklear pada 2015," kata Hadi ketika dihubungi Malaysiakini petang ini. Forum tersebut akan membarisi tiga panelis iaitu mantan presiden International Physician for The Prevention of The Nuclear (IPPNC) Datuk Dr Ronald McCoy; Profesor dan aktivis Bukit Merah dan anti-Lynas Dr Tan Ka Kheng dan Felo Akademi sains Malaysia Prof G Latchand. Forum bertajuk "Loji Nuklear 2015 Mudarat Kekal" akan berlangsung pada 23 Disember ini di Pusat Kebudayaan LLG di Jalan Maharajalela pada jam 8 malam. Forum itu dipengerusikan oleh Pengasas Bantah TPPA Anas Alam Faizli. Ditanya mengenai tindakan susulan, Hadi berkata pihaknya akan mendesak semua anggota parlimen dan ADUN supaya menyatakan pendirian mereka berhubung cadangan pembinaan loji itu. "Kami mahu memberi peluang kepada pihak YB yang diundi dalam piliha raya untuk menyatakan pendirian jika pembinaan loji itu di kawasan mereka. Kami mahu mendapat sokongan daripada mereka," katanya. Sebelum ini diplomat Amerika Syarikat, Duta Besar Laura E Kennedy dilapor berkata negara itu sedia memberi bantuan sekiranya Malaysia ingin meneruskan rancangannya membina loji tenaga nuklear. Malah negara kuasa besar dunia itu sudah lama mempunyai industri tenaga nuklear dan kepakaran dalam bidang itu. | ||||||||||||||||||||||||||||||||
Fathul: Tiba masa bentang undang-undang hudud Posted: 19 Dec 2014 02:16 AM PST MALAYSIAKINI Ekoran ancaman kumpulan militan Negara Islam (IS) sehingga tercetusnya Islamophobia, Exco Pemuda Umno Fathul Bari Mat Jahya berpandangan bahawa sekarang masa yang sesuai untuk undang-undang hudud dibentangkan dan dibahaskan di Parlimen. Beliau berkata dengan pembentangan dan perbahasan undang-undang jenayah syariah itu sekaligus menjadi platform bagi memberikan penjelasan tentang Islam, laporan Berita Harian hari ini. "Kita sebenarnya takut dengan agama kita sendiri, kenapa perlu lari daripada memberikan penjelasan mengenai Islam. "Pada pandangan saya, situasi ketika ini adalah paling sesuai untuk bentangkan undang-undang hudud sebagai penjelasan kepada orang bukan Islam ketika dunia berdepan dengan ancaman kumpulan militan IS," katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut. Dalam laporan itu juga menyebut, penasihat eksekutif Pertubuhan Ilmuan Malaysia (ILMU) berkata, umat Islam bertanggungjawab memberikan penjelasan mengenai hukum hudud termasuk dari segi konsep dan pelaksanaannya. Akhbar itu memetik Fathul sebagai berkata sama ada undang-undang itu diluluskan atau tidak oleh Dewan Rakyat, ia menjadi soal kedua. Ini kerana, katanya, apa yang menjadi keutamaan kini ialah untuk melihat hukum hudud tidak sekadar menjadi polemik atau agenda politik pihak berkepentingan. Sementara itu, akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi menggesa supaya DAP dan PKR memahami terlebih dahulu perundangan hudud sebelum membantah pelaksanaannya. Hudud: S'gor belum sedia Dalam laporan akhbar itu, ADUN PAS Sijangkang itu berkata hudud memerlukan pemahaman mendalam dan bukan sekadar berlandaskan persepsi politik bahawa orang bukan Islam juga akan kena hukuman hudud. "Sekarang ini mainan persepsi seolah-olah memecah belahkan rakyat dan kepimpinan. "Bagaimanapun, akibat kurang kefahaman, ia menggambarkan hudud lebih kepada bentuk hukuman. Sebaliknya, al-Quran menggariskan perundangan Islam ini berbentuk pengajaran. "Pendidikan dan kefahaman penting sebelum hudud dilaksanakan. Sebab itu saya katakan Selangor belum bersedia laksanakan hudud seerti di Kelantan," katanya seperti dilapor akhbar itu. Dalam laporan yang lain, Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Irmohizam Ibrahim pula menyambut baik jika PAS duduk bersama untuk berbincang tentang pelaksanaan hudud. Ini kerana, beliau yang juga MP Kuala Selangor berpendapat bahawa soal hudud adalah milik semua oang Islam dan bukannya milik mana-mana parti. "Saya menyambut baik sekiranya perbincangan untuk memperkukuhkan agama Islam dan Institusi Melayu itu, dibuat oleh sama ada Umno atau PAS kerana ia perlu dibuktikan bahawa persempadanan politik tidak boleh membataskan isu agama kerana agama Islam adalah anutan kita. "Paling penting PAS harus tunjukkan keikhlasan dalam apa jua yang ingin dibincangkan. Mereka harus telus dan menunjukkan kepada Umno apa topik-topik yang harus diberi penekanan bersama dalam soal agama Islam ini," kata seperti dilapor Sinar Harian. | ||||||||||||||||||||||||||||||||
DBKL akan gempur Petaling Street Posted: 19 Dec 2014 02:11 AM PST MALAYSIAKINI Datuk Bandar Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata pasukannya akan bertindak terhadap gerai haram yang diusahakan oleh pendatang asing di Jalan Petaling. Tindakan akan dikenakan ke atas peniaga tempatan yang menjual atau menyewakan gerai tersebut, katanya. "Mereka dengan senangnya sewa kepada peniaga asing, contohnya sewa kepada warga Bangladesh dengan harga antara RM5,000 hingga RM8,000. "Saya difahamkan dari kajian sulit kita yang dibuat melalui kamera poket (tersembunyi), memang lebih daripada 100 unit gerai telahpun disewa dan dioperasi oleh (warga) Bangladesh dan Nepal. "Maka kami akan ambil tindakan secepat mungkin," tegasnya ketika bercakap kepada pemberita selepas satu pertemuan dengan sembilan MP Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur. Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam kenyataan awal bulan ini berkata tindakan "rakus" pemilik lesen perniagaan terbabit menyebabkan warga tempatan tidak dapat berniaga di situ. "Saya sedih ada juga anak muda Cina nak berniaga, tapi sewa terlalu tinggi, kerana mereka (pemilik lesen) suka sewakan kepada bangsa asing," katanya seperti dilaporkan Bernama. Beliau mendakwa, peniaga haram di Petaling Street juga cekap menyembunyikan diri dan juga barangan jualan "berjenama" di kawasan tumpuan pelancong itu. | ||||||||||||||||||||||||||||||||
Wisma Putra sahkan rakyat Malaysia terlibat Posted: 19 Dec 2014 02:06 AM PST SINAR HARIAN - Gambar Hiasan PUTRAJAYA - Satu insiden kemalangan belon udara panas yang melibatkan lima orang warganegara Malaysia telah berlaku pada hari Rabu, 17 Disember 2014 jam 8.15 pagi waktu tempatan di Bandar Nevsehir, Selatan Turki.Kesemua warganegara Malaysia yang terlibat telah dirujuk ke Versa Private Hospital untuk rawatan lanjut. Seorang daripada mangsa dilaporkan kritikal manakala empat lagi mangsa mengalami kecederaan ringan. Seramai 25 orang yang terlibat dalam kemalangan tersebut terdiri daripada pelancong warganegara Malaysia, China, Taiwan, Brazil dan warga tempatan. Punca kemalangan masih dalam siasatan namun berdasarkan laporan awal, dua belon udara panas telah bertembung semasa di udara sekitar Guvercinlik Valley lalu jatuh. Pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Ankara, Turki telah melawat para mangsa dan memberikan bantuan konsular yang sewajarnya. – Bernama Sumber : Kementerian Luar Negeri, Malaysia [ARTIKEL BERKAITAN: Belon udara di Turki jatuh, rakyat Malaysia parah] | ||||||||||||||||||||||||||||||||
Remaja maut dalam banjir selepas diserang sawan Posted: 19 Dec 2014 02:05 AM PST Paras air di Sungai Kelantan masih berada pada paras bahaya di Tambatan Diraja di Kota Bharu, hari ini. - Foto Bernama TUMPAT - Seorang remaja mati lemas apabila terjatuh dalam air banjir selepas diserang sawan di halaman rumahnya di Kampug Teluk Jering, di sini pagi tadi.Mangsa, Che Muhamad Che Hasan, 17, yang cuba diselamatkan ibunya, Kalsom Ismail, 56, tetapi gagal. Dalam kejadian jam 7.10 pagi mangsa turun di halaman rumah bersama ibunya yang dinaiki air sedalam satu meter. [ARTIKEL BERKAITAN: Bekalan makanan cukup untuk mangsa banjir Kelantan] Menurut portal banjir kerajaan negeri Kelantan, mangsa banjir kini ditempatkan di 108 pusat pemindahan berbanding 90 malam tadi, yang dibuka di semua sembilan jajahan - Kota Bharu, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Tanah Merah, Pasir Puteh, Gua Musang, Tumpat dan Bachok. Setakat pukul 8 pagi, paras air di lima sungai menurun namun masih berada pada tahap bahaya iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang 10.51 meter (paras bahaya 9.00 meter). Paras air di Sungai Kelantan iaitu di Tambatan Diraja, Kota Bharu dilaporkan berada pada paras 5.34 meter (paras bahaya 5.00 meter), Sungai Kelantan di Tangga Krai, Kuala Krai merekodkan bacaan 25.94 meter (paras bahaya 25 meter) dan Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah merekodkan bacaan 17.38 meter (paras bahaya 16.00 meter). | ||||||||||||||||||||||||||||||||
Hulu Terengganu paling banyak pusat pemindahan Posted: 19 Dec 2014 02:03 AM PST SINAR HARIAN Sebuah kenderaan kelihatan meredah banjir di Batu 28 Jalan Kuala Brang di Hulu Terennganu, semalam. Jalan yang menghubung Kuala Berang dan Ajil itu ditutup kepada kenderaan ringan. - Foto Bernama KUALA LUMPUR - Daerah Hulu Terengganu membuka paling banyak pusat pemindahan mangsa banjir di Terengganu berikutan kawasan pedalaman daerah itu mengalami hujan lebat hampir 24 jam.Menurut portal Majlis Keselamatan Negera (MKN) negeri Terengganu, setakat jam12 tengah hari ini, 37 pusat pemindahan di daerah Hulu Terengganu telah dibuka bagi menempatkan 3,066 mangsa daripada 949 keluarga ketika ini. Dalam masa yang sama, 25 pusat pemindahan mangsa banjir dibuka di daerah Besut yang kini menempatkan 2,232 mangsa (582 keluarga). Ini diikuti daerah Setiu, sebanyak 22 pusat penempatan mangsa banjir telah dibuka yang menempatkan 1,904 mangsa (500 mangsa). Sementara itu di Kemaman pula sebanyak 21 pusat dibuka bagi menempatkan 946 mangsa (266 keluarga) manakala Dungun 20 pusat dengan jumlah mangsa 950 orang (266 keluarga). Jumlah yang terlibat dalam bencana alam di Terengganu setakat ini sebanyak 9,098 manakala keseluruhan pusat pemindahan yang dibuka sebanyak 124 buah. Di PAHANG, jumlah mangsa banjir menunjukkan sedikit penurunan kepada 1,556 orang daripada 389 keluarga berbanding 1,586 orang daripada 395 keluarga pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, sebuah pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Kempadang yang menempatkan 35 mangsa banjir telah ditutup selepas keadaan banjir di kawasan kediaman mereka di PPRT Kempadang kembali pulih. "Bagaimanapun sebuah pusat pemindahan baharu dibuka di Dewan Orang Ramai Kampung Semangat yang menempatkan lima orang daripada dua keluarga dari Kampung Semangat. "Lima lagi pusat pemindahan yang beroperasi ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan yang menempatkan 883 mangsa dari Kampung Pandan 2, Chendering dan Lubuk Puyu. "Sekolah Kebangsaan (SK) Fakeh Samad (320 mangsa) dari Taman Tas Jaya, SMK Gudang Rasau (209 mangsa) dari Kampung Gudang Rasau, Dewan Orang Ramai Seri Damai (91 mangsa) dari Kampung Seri Damai dan Pusat Bina Insan Jaya Gading (48 mangsa)," katanya kepada Bernama. Sehingga kini, katanya, semula laluan utama di daerah itu boleh dilalui oleh semua kenderaan. DI KELANTAN jumlah mangsa banjir berkurangan daripada 15,624 orang pagi tadi kepada 14,706 orang tengah hari ini. Menurut portal banjir kerajaan negeri, mangsa banjir kini ditempatkan di 99 pusat pemindahan berbanding 108 pagi tadi, yang dibuka di lapan jajahan iaitu Kota Baharu, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Tanah Merah, Pasir Puteh, Tumpat dan Bachok. Pusat pemindahan di jajahan Jeli dan Gua Musang telah ditutup berikutan banjir sudah pulih. Paras air di empat sungai menurun namun masih berada pada tahap bahaya iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang 10.47 meter (paras bahaya 9.00 meter). Paras air di Sungai Kelantan iaitu di Tambatan Diraja, Kota Bharu dilaporkan berada pada paras 5.21 meter (paras bahaya 5.00 meter), Sungai Kelantan di Tangga Krai, Kuala Krai merekodkan bacaan 25.41 meter (paras bahaya 25 meter) dan Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah merekodkan bacaan 17.08 meter (paras bahaya 16.00 meter). Keadaan cuaca mendung dan kadang kala hujan.- Bernama | ||||||||||||||||||||||||||||||||
Bergaduh di stadium, 3 lagi diminta serah diri Posted: 19 Dec 2014 01:57 AM PST MALAYSIAKINI Polis meminta tiga lagi individu yang dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan ketika perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki antara Malaysia dan Vietnam di Stadium Shah Alam pada 7 Disember lepas supaya menyerah diri. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden itu atau mengenali individu yang terlibat turut diminta menghubungi pihak polis. Beliau berkata mereka boleh menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Chang Sing Kong di talian 016-7723336 atau Pemangku Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam ASP Mohd Amirul Abdullah di talian 012-4748870. Selain dua pegawai berkenaan, orang ramai juga boleh menghubungi IPD Shah Alam di talian 03-5520 2222, katanya. Beliau berkata setakat ini 13 individu telah ditahan dan saki baki mereka yang terlibat diminta tampil bagi membantu siasatan. Dalam insiden itu, sekumpulan penyokong Harimau Malaya yang kecewa setelah Malaysia kalah 1-2 kepada Vietnam, dikatakan melakukan provokasi dengan membaling objek ke arah penyokong Vietnam sehingga menyebabkan seorang penyokong Vietnam mengalami kecederaan. Susulan itu, sembilan lelaki telah ditahan reman dengan lima daripada mereka telah didakwa di Mahkamah Majistret atas kesalahan merusuh.- Bernama | ||||||||||||||||||||||||||||||||
Tangkap Guan Eng, desak peserta protes Posted: 19 Dec 2014 01:55 AM PST MALAYSIAKINI Kira-kira 30 ahli PERKASA mengadakan dua protes terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung kenyataannya bahawa bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah di negeri ini. Protes itu diadakan di Kampung Rawa dan Komtar selepas solat Jumaat hari ini. Mereka menuntut polis menyiasat dan menangkap ketua menteri itu serta mendesak exco negeri yang bertanggungjawab bagi hal ehwal Islam, Abdul Malik Abul Kassim supaya meletakkan jawatan. Peserta protes itu turut membawa sepanduk dalam bahasa Inggeris yang berbunyi "Allah just for Muslims, Fight No Fear". Semalam, Lim berkata kerajaan negeri tidak akan memansuhkan Seksyen 5 Enakmen Jenayah Syariah Pulau Pinang atau mana-mana enakmen yang lain, kerana ia tidak terikat kepada bukan Islam. "Malah Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 turut menyokong kenyataan saya, di mana Seksyen 49(1) Enakmen terbabit menyatakan bahawa sesuatu fatwa adalah mengikat ke atas setiap orang Islam di dalam negeri…, tanpa menyebut orang bukan Islam, jelas mengehadkannya kepada orang Islam sahaja," kata Lim. | ||||||||||||||||||||||||||||||||
NGO sasar 10,000 turun ke Dataran Posted: 19 Dec 2014 01:52 AM PST MALAYSIAKINI Satu gabungan 15 NGO mensasarkan untuk menghimpunkan 10,000 orang pada malam sambutan ambang tahun baru 2015 bagi menuntut harga minyak diturunkan ke tahap RM1.90 seliter. Pengerusi NGO Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN), Azan Safar berkata demikian selepas pelancaran risalah #Tuntut Harga Minyak RM1.90 di Masjid Negara petang ini. Katanya, TURUN yang mengetuai gerakan itu juga akan meneruskan jelajah khususnya di Lembah Klang bagi menarik sokongan rakyat untuk turun bersama mereka untuk perhimpunan jam 9 malam itu. "Di peringkat negeri, kita serahkan kepada (jawatankuasa peringkat) negeri. Kita sasarkan 10,000 rakyat akan turun pada malam tersebut," katanya. Beliau berucap sewaktu mengumumkan pelancaran risalah itu di perkarangan Masjid Negara sejurus solat Jumaat petang ini. Selain TURUN, kempen itu juga digerakkan oleh Pemuda PAS, sayap pemuda PKR, AMK, Gamis dan juga PROTES. Turut serta di pelancaran itu ialah Naib Ketua AMK Fahmi Fadzil, Ketua Koordinator Jingga 13 Fariz Musa dan juga wakil mahasiswa. Sementara itu, Fahmi dalam ucapannya berkata kerajaan sepatutnya menurunkan harga minyak dengan segera, memandangkan situasi harga minyak dunia semasa yang kini jatuh mendadak. "Tak perlu tunggu enam bulan lagi baru nak turun. "Kita sudah buat perkiraan, paling realistik boleh turun sampai RM1.90," katanya. Fariz pula dalam ucapannya menyifatkan kenaikan harga minyak sebagai "ibu segala kenaikan" yang akan memeberi kesan kepada harga barangan keperluan yang lain. Beliau merujuk kepada tindakan kerajaan menaikkan harga petrol RON95 dua kali sepanjang tahun ini sehingga menyebabkan kenaikan sebanyak 40 sen. "Mereka umum naik 40 sen, tetapi hanya turun 4 sen," katanya merujuk kepada penurunan terbaru bermula 1 Disember lalu selepas kerajaan menetapkan harga RON95 secara apungan terkawal. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan