Jumaat, 19 Disember 2014

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


[LIVE][181214] LiVe Dari Jabal Nur -TERTUNDA

Posted: 19 Dec 2014 08:04 PM PST


CUEPACS MOHON KERAJAAN PERCEPAT PENAMBAHBAIKAN 252 SKIM PERKHIDMATAN AWAM

Posted: 19 Dec 2014 07:55 PM PST


*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PENJAWAT AWAM TIANG SERI NEGARA

Disember 2014

CUEPACS MOHON KERAJAAN PERCEPAT PENAMBAHBAIKAN 252 SKIM PERKHIDMATAN AWAM

Bernama



KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon supaya kerajaan mempercepat penambahbaikan kesemua 252 skim perkhidmatan awam bagi membantu penjawat awam menangani kos sara hidup yang semakin meningkat.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata ketika kerajaan berhasrat mencapai negara maju
berpendapatan tinggi menjelang 2020, namun pendapatan penjawat awam terutama bagi Kumpulan Pelaksana I dan II serta kumpulan menengah masih lagi rendah.

"Gaji penjawat awam Kumpulan Pelaksana I dan II ini masing-masing RM805 dan RM820 iaitu di bawah paras kemiskinan nasional yang ditetapkan pada RM880.

"Jadi penjawat awam merasa bimbang menjelang lima tahun akan datang ini, apakah pendapatan pergajian penjawat awam ini boleh melayani kehidupan kita dalam tempoh lima tahun lagi," katanya selepas menghadiri mesyuarat kongres berkenaan di sini, hari ini.

Azih berkata, sehingga kini kesatuan itu belum mendapat gambaran tarikh kuat kuasa pelaksanaan skim baharu berkenaan yang sepatutnya telahpun disiapkan pada awal tahun ini.

"Kalau ikut perundingan awal kita dengan kerajaan, skim ini sepatutnya bermula pada 2014, tapi 2015 sudah tinggal tidak beberapa hari lagi daripada sekarang.

"Hari ini bukan persoalan hendak memiliki rumah, persoalan sekarang bagaimana hendak menggunakan duit gaji untuk sara keluarga, makan minum dan pendidikan anak-anak," katanya.

Beliau turut menyarankan agar kerajaan melaksanakan gaji minimum RM1,200 bagi membolehkan penjawat awam di peringkat rendah menikmati kehidupan yang lebih baik.

Dalam pada itu, Azih sekali lagi memohon agar kerajaan mempercepat pembayaran bonus sekurang-kurangnya pada minggu pertama Januari tahun hadapan bagi meringankan beban penjawat awam menjelang sesi persekolahan pada 2015.

"Harapan Cuepacs supaya walaupun kerajaan bercadang bayar pada Januari, minta bonus dibayar pada minggu pertama dan tidak dibayar bersama gaji, tapi dibayar lebih awal untuk membolehkan persediaan dibuat oleh ibu bapa untuk persekolahan anak-anak mereka," katanya.



-- BERNAMA

NAJIB RELAX

Posted: 19 Dec 2014 02:58 AM PST

PAS ramal negara bakal berdepan defisit berkembar

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad meramalkan negara bakal berdepan dengan 'defisit berkembar' sekiranya harga minyak mentah dunia terus mencatatkan penurunan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Disember, 2014. 

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad meramalkan negara bakal berdepan dengan 'defisit berkembar' sekiranya harga minyak mentah dunia terus mencatatkan penurunan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Disember, 2014

.Dr Dzulkefly Ahmad meramalkan negara bakal berdepan dengan "defisit berkembar" sekiranya harga minyak mentah dunia terus mencatatkan penurunan sekaligus menyaksikan kejatuhan berterusan nilai mata wang ringgit, lapor akhbar Harakah.

Menyifatkan 2015 "tahun sengsara" bagi rakyat, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, kejatuhan harga minyak mentah dunia menyaksikan Malaysia antara negara paling terkesan kerana merupakan satu-satunya negara pengeksport minyak di Asia Tenggara.

Beliau yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS berkata, krisis itu mengakibatkan impak yang besar terhadap pendapatan hasil negara, terutama dari konteks penentuan imbangan dagangan dan juga kesan kepada "akaun semasa" yang ditentukan faktor import dan eksport.


"Ini ia akan menyebabkan lebihan 'akaun semasa' menjadi menipis sehingga berlakunya defisit sekali lagi, sekaligus tercetuslah fenomena defisit berkembar, yakni fiskal dan akaun semasa.
  "Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tak peduli rakyat tetapi sangat takut kepada agensi penarafan seperti Fitch Rating, Moodys dan Standard and Poor.

"Kalau defisit berkembar berlaku, berat kesannya kepada negara, daripada segi  peesepsi pihak pelabur dan kos pinjaman di pasaran kewangan dan pasaran bon," katanya dalam satu wawacara dengan akhbar tersebut.

Beliau menjangkakan buat masa ini negara bakal kehilangan pendapatan menerusi hasil minyak dan gas sekurang-kurangnya antara US$25 hingga US$30 bilion (RM104.7 bilion).

"Ini kerana kejatuhan harga minyak mentah berkurangan lebih 40% pada harga US$60 setong berbanding ketika pengumuman Bajet 2015 apabila meramalkan harga minyak dunia pada paras US$105 setong," katanya dalam wawancara itu.

Dzulkefly berkata, rakyat sudah tentu yang paling terkesan apabila penurunan mata wang menyaksikan kuasa membeli mereka berkurangan, tambahan pula dengan gaji yang tidak naik termasuk pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kelak.

"Dengan gaji tidak naik, rakyat pastinya ketika itu akan mengalami inflasi yang sangat-sangat parah. Kita boleh gambarkan seperti ini.

"Penurunan mata wang ringgit ke paras 10% menjadi barang import akan naik 10% juga. Barang yang dulunya kita beli RM100 menggunakan dollar sekarang akan menjadi lebih mahal dan perlu dibayar dengan harga RM110.

"Akhirnya pengimport akan memindahkan kosnya kepada pengguna kerana mereka mahu mengekalkan margin keuntungan mereka," katanya.

Beliau berkata, meskipun negara berdepan kehilangan hasil minyak, beban itu sedikit sebanyak berkurangan dengan penghapusan subsidi bahan bakar yang memberikan penjimatan kepada kerajaan sekitar RM11 bilion hingga RM13 bilion.

"Dengan kata lain, kita masih kekurangan dalam lingkungan RM15 bilion. Bagaimana Najib dan Kabinet mahu atasi?

"Bagi saya yang perlu dilakukan kerajaan ialah ketelusan dan kebertanggungjawaban kepada rakyat untuk menerangkan kedudukan sebenarnya.

"Kalau perlu, dibentangkan kembali dalam satu sidang Parlimen khas bagaimana kerajaan akan mengatasi 'defisit hasil' ini," katanya.

Katanya, penting bagi Putrajaya bersikap telus dalam menguruskan peruntukan bajet agar perbelanjaaan berhemah dapat dilakukan tanpa memberi beban yang besar kepada rakyat.

"Setiap kementerian, khasnya Jabatan Perdana Menteri yang mendapat peruntukan bajet RM19 bilion, mesti menyatakan bagaimana mereka akan lakukan 'penjimatan dan perbelanjaan berhemah' atau langkah 'austerity' dengan tidak pula menyuruh rakyat 'ikat perut'."


Dzulkefly berkata, rakyat perlu berbelanja bagi menjana 'permintaan' isirumah dan memacu pertumbuhan. – 19 Disember, 2014.


BAB BELAS KASIHAN DAN MEMAAFKAN ORANG LAIN

Posted: 18 Dec 2014 09:08 PM PST


Tiada ulasan: