Rabu, 17 Disember 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Cerita Datin Tapau Di Putrajaya

Posted: 17 Dec 2014 04:19 AM PST

shahbudindotcom


Sesekali berkunjung ke kementerian atau jabatan kerajaan di Putrajaya memang membuatkan telinga sarat dengan cerita-cerita menarik yang kadangkala menjadikan kita geleng kepala dan tersenyum sendirian.

Ada pelbagai cerita gembira, sedih dan lucu yang melibatkan perangai atau kelakuan manusia yang boleh kita dengar jika rajin berbual dan berceloteh dengan mereka. Kadang-kadang pula, dengan rajin memasang telinga juga membolehkan kita mendengar bermacam-macam cerita.

Walaupun Putrajaya adalah sebuah bandar pentadbiran yang indah, moden, mengkagumkan dan bertaraf kelas pertama tetapi tanpa di sangka masih ada kakitangannya yang berminda lekeh umpama kelas ketiga, terutama berkaitan dengan makanan.

Jika selalu kita dengar yang membungkus makanan atau "tapau" selepas jamuan adalah kalangan kakitangan rendah seperti kerani dan setaraf dengannya, itupun untuk mengelakkan makanan itu terbuang begitu saja, rupa-rupanya fenomena "tapau"  ini juga menjadi habit di kalangan bos-bos, orang atasan dan yang bergelar Datin sekali pun.

Di sebuah jabatan yang terkenal di Putrajaya di mana kerap mengadakan mesyuarat-mesyuarat penting melibatkan kepentingan negara, penyedia makanannya bukanlah syarikat katering biasa tetapi adalah daripada sebuah hotel yang berbintang-bintang tarafnya.

Setiap kali diadakan mesyuarat, bos di jabatan tersebut selalunya akan mengarahkan kakitangannya membuat tempahan yang lebih daripada jumlah kehadiran. Misalnya, jika yang hadir mesyuarat seramai 20 orang, maka akan diminta membuat tempahan makanan untuk 30 orang daripada hotel tersebut.

Maknanya, 20 hidangan untuk keperluan mesyuarat manakala yang 10 lagi itu ialah untuk keperluan peribadi bos bergelar Datin itu. Sudah tentu semua bil jamuan itu dibayar melalui peruntukan kerajaan.

Apa yang lebih menjengkelkan, bos yang popular dengan gelaran "Datin Tapau" itu juga mahukan bahagiannya itu dibungkus dalam bekas berasingan dan dihantar kepadanya lebih awal sebelum mesyuarat bermula.

Ini menyebabkan kakitangan jabatan berkenaan dan petugas katering seringkali kelam-kabut setiap kali menyediakan makanan di jabatan tersebut kerana terpaksa memenuhi dua keperluan dalam satu masa.

Tetapi oleh kerana Datin tersebut merupakan bos di jabatan itu, maka kehendaknya terpaksa dituruti tanpa banyak soal sama ada oleh kakitangan bawahannya atau pun petugas katering.

Cerita "Datin Tapau"  ini bukan saja sudah menjadi bualan di kalangan kakitangan jabatan berkenaan tetapi juga di antara sesama petugas hotel yang ditugaskan menyediakan makanan itu.

Mereka kadangkala hairan bila ketikanya "Datin Tapau"  itu mahu menjamah makanan yang "disonglap secara licik" dengan menggunakan duit kerajaan itu dan adakah kesemua makanan itu untuk keperluannya bersama kawan-kawannya ataupun mahu dibawanya pulang untuk hidangan ahli-ahli keluarganya?

Apa yang merisaukan petugas hotel berkenaan  juga ialah hidangan yang ditapau itu bukan saja hidangan makan tengahari atau minum petang, bahkan termasuk juga hidangan sarapan pagi.

Mereka bimbang, jika hidangan sarapan pagi misalnya dibawa pulang ke rumah oleh Datin tersebut setelah tamat waktu pejabat, ianya mungkin  terdedah kepada keracunan makanan yang boleh memudaratkan kesihatan.

Sepertimana yang disebut tadi, cerita membungkus atau membawa balik makanan mungkin menjadi lumrah  di kalangan kakitangan bawahan, tetapi tentulah agak luar biasa jika di kalangan bos-bos yang bergelar Datin juga berperangai sama.

Nafsu rupa-rupanya tidak mengenal rupa, darjat, kedudukan dan harta

Ujian penipuan bagi PM, Kabinet dan juga ahli politik

Posted: 17 Dec 2014 04:16 AM PST




Oleh Hazlan Zakaria



Dari hanya memperkenalkan ujian poligraf rawak bagi membasmi rasuah dalam perkhidmatan awam, mengapakah perkara yang sama tidak dilakukan untuk Perdana Menteri, Kabinetnya, lantikan politiknya dan semua ahli-ahli politik?

Lagipun, bukan hanya pegawai-pegawai perkhidmatan awam yang membuat duit atas angin kerana menjadi orang atasan; kadang-kadang ahli-ahli politik juga mengkhianati amanah, wang dan mandat rakyat.

Saya pada mulanya tertarik dengan cadangan presiden Transparency International-Malaysia, Datuk Akhbar Satar untuk memulakan ujian dusta atau ploligraf rawak kepada perkhidmatan awam, sebagai satu cara untuk membasmi rasuah. 

"Jika anda beritahu pegawai-pegawai kerajaan yang ujian polygraph mungkin akan dijalankan sekali atau dua kali setahun, pada tarikh yang tidak didedahkan, mereka akan berfikir dua kali sebelum mereka melakukan jenayah itu," Akbar dipetik sebagai berkata oleh The Post Rakyat.

Seperti yang dijelaskan artikel itu, Akbar berkata ujian polygraph rawak akan memastikan pegawai-pegawai jujur dan mungkin menghalang mereka daripada melakukan jenayah kolar putih, yang katanya menyumbang paling banyak kepada kebocoran kewangan negara.

Kebanyakan jenayah itu, menurut pendapat presiden NGO pemantau kerajaan itu, didorong oleh kepercayaan bahawa mereka tidak akan tertangkap, dan jika kepercayaan ini dipatahkan ia akan menyaksikan lapan daripada 10 pesalah yang berpotensi mengelak dari melakukannya.

Sebagai perbandingan, Akbar menyebut bahawa Singapura yang katanya sangat percaya terhadap ujian poligraf konsisten mengungguli senarai negara yang paling kurang korup di dunia, berada di tangga No 5 Indeks Persepsi Rasuah TI baru-baru ini, manakala Malaysia beradap pada kedudukan 50.

Artikel ini memetik bekas-bekas pegawai penyiasat polis yang memuji kebaikan poligraf, yang katanya telah 98 peratus terbukti di peringkat antarabangsa sebagai alat untuk memerangi rasuah dan mempercepatkan siasatan polis.

Bekas-bekas pegawai polis lain yang ditemu bual juga menyatakan bahawa mempunyai satu cara untuk mengesan pembohongan adalah berguna dalam menangani suspek berjawatan tinggi kerajaan, yang hampir-hampir tidak boleh disentuh tanpa adanya bukti kukuh. 

Tetapi keupayaan untuk dapat mengesan pembohongan adalah berguna bukan sahaja ketika mencegah rasuah dalam perkhidmatan awam atau membantu polis menangkap suspek yang mempunyai kaitan politik, tetapi juga kepada orang awam untuk memastikan wakil rakyat mereka bertanggungjawab. 

Bayangkan jika setiap kali Perdana Menteri bercakap di televisyen, anda mempunyai paparan bacaan poligraf sewaktu beliau bercakap secara langsung dan tanpa disunting. 

Saya pasti beliau akan berfikir dua kali, sebelum dia menjawab apa-apa soalan atau membuat apa-apa ucapan kepada rakyat Malaysia, atau apabila dia membaca bajet dan memberi sebab-sebab mengapa berjuta-juta dibelanjakan ke atas program-program tertentu, yang diuruskan oleh orang-orang beliau atau pun tidak.

Bayangkan jika semua anggota Kabinetnya terpaksa menjalani perkara yang sama, termasuk apabila ditanya jika kejatuhan harga minyak akan memudaratkan kewangan negara kita, atau jika GST akan menyaksikan kos sara hidup naik, sama ada ketara atau tidak. 

Bagaimana jika menteri-menteri terpaksa memakai mesin ini dalam sesi parlimen. Saya yakin kita akan menghadapi satu acara yang menarik. 

Amat menarik untuk melihat menteri kita disambungkan kepada mesin poligraf dan seperti yang dikatakan Akbar, mungkin ia akan menghalang mereka daripada melakukan apa-apa aktiviti jenayah kolar putih? 

Tetapi sudah tentu dengan sifat mereka, ahli-ahli politik mungkin kebal kepada apa-apa pengesan bio-elektronik, termasuk alat yang mengesan pembohongan.

Tetapi ia akan pasti akan menghasilkan perubahan dan juga jenaka, jika tidak pun mengembalikan akauntabiliti kepada perkhidmatan yang sepatutnya berkhidmat kepada orang ramai dan pelakon politik yang kita telah lantik untuk menjaga kepentingan kita, bukan hanya untuk memberikan mereka peluang untuk menmenuhkan poket masing-masing dan kenalan mereka.

Suspek Geng Mamak ditembak mati, 3 lagi ditangkap

Posted: 17 Dec 2014 04:08 AM PST

ANTARAPOS.COM

Post Pic



IPOH: Seorang penjenayah dipercayai anggota Geng Mamak ditembak mati malam tadi manakala tiga lagi diberkas dalam dua operasi berasingan baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata suspek bernama Muhammad Asharaf Jamaluddin, 24, ditembak mati di sebuah rumah di Taman Bunga Raya, Kuala Kangsar ketika berbalas tembakan dengan polis pada pukul 9.30 malam.

"Polis telah ditembak bertalu-talu oleh suspek sewaktu serbuan di rumah tersebut. Suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau iaitu kes samun di Kamunting dan dia dipercayai pemandu kenderaan penjenayah yang merempuh dan menyebabkan kematian anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di Bagan Serai pada Mei lalu," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Beliau berkata di rumah tersebut, polis turut merampas antaranya sepucuk pistol Colt .45 semi automatik, beberapa butir peluru, pelbagai plat nombor pendaftaran kenderaan, parang, golok, empat jaket berlambang polis, empat lencana integriti Jabatan Kastam, 72 telefon bimbit dan sejumlah kunci kenderaan mewah.

Seorang lagi suspek geng itu yang berusia 37 tahun dan berasal dari Kampung Stesen, Kuala Kangsar ditangkap ketika Ops Cantas Khas di Lenggong pada pukul 11.30 pagi pada 14 Disember lalu apabila polis mengesan sebuah kenderaan yang disyaki.

Mohd Dzuraidi berkata lelaki yang didapati positif dadah itu mempunyai 20 rekod jenayah lampau antaranya samun, pecah rumah dan curi kenderaan selain mempunyai lapan rekod yang dikehendaki di Perak, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Melaka.

Beliau berkata polis turut merampas sebuah kereta jenis Subaru Impreza, 1 vest polis, sejumlah kunci kenderaan mewah dan pemotong besi.

Selain itu seorang lelaki berusia 50 tahun juga berasal dari Kampung Stesen yang dipercayai anggota Geng Mamak masih direman sehingga Jumaat ini bersama-sama teman wanitanya yang berusia 33 tahun, katanya.

Beliau berkata pasangan itu ditangkap dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Sri Desa, Kampung Tawas di sini pada jam 6.20 petang 6 Disember lalu dan polis turut merampas dua buah kereta iaitu jenis Proton Perdana dan Honda Civic, 1 vest polis dan peralatan pecah rumah.

"Suspek lelaki yang positif dadah itu mempunyai 25 rekod jenayah lampau seperti samun, pecah rumah, serta rekod dikehendaki di Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Melaka manakala wanita yang berasal dari Sungai Siput itu juga positif dadah," katanya.

Mohd Dzuraidi berkata tahanan reman kedua-duanya dilanjutkan lagi daripada 14 Disember sehingga 19 Disember ini bagi membolehkan siasatan dilakukan dengan lebih mendalam.

Beliau berkata polis kini sedang mencari Mohd Sharif Abu Bakar, 52, dan Nazrulhizam Mohamad Ramli, 35, bagi membantu siasatan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan menghubungi polis.

Mohd Dzuraidi berkata sejak tiga bulan kebelakangan ini, Geng Mamak dikesan melakukan pelbagai jenayah terancang seperti samun, pecah rumah dan curi kenderaan mewah.

"Masih terdapat Geng Mamak, kita akan terus memburu mereka. Geng ini dikesan menyamar sebagai polis dan anggota kastam. Kita percaya Geng Mamak sedang merekrut anggota mereka yang baharu," katanya.

Beliau berkata bagi tahun 2014 sehingga Disember, sebanyak 24 kes dipercayai dilakukan kumpulan tersebut di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Kelantan.

"Pihak JSJ Perak telah menubuhkan pasukan petugas untuk memburu dan menumpaskan kumpulan ini. Setakat ini hasil daripada maklumat awam dan siasatan, kita telah menangkap beberapa suspek yang kesemuanya merupakan anggota Geng Mamak yang aktif," katanya.

'Anwar tak patut komen kalau tak tahu', kata Nik Mazian

Posted: 17 Dec 2014 04:06 AM PST

Oleh Syed Mu'az Syed Putra
Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya membaca dan memahami terlebih dahulu draf berkaitan undang-undang hudud dan qisas Kelantan sebelum mengeluarkan apa-apa pandangan.
 
Menurut Ahli Parlimen Pasir Puteh Dr Nik Mazian Nik Mohamad, komen terbaru Anwar berhubung rancangan kerajaan negeri Kelantan untuk meminda undang-undang sedia menunjukkan seolah-oleh beliau tidak mengetahui apa-apa tentang undang-undang Islam itu.
 
"Ada bidang kuasa, kenapa pula kata tiada bidang kuasa? Jika PAS berjaya ke Parlimen kemudian tiada masalahlah.
 
"Sekarang ini ia bergantung pada Parlimen, kalau Parlimen beri kita majoriti mudah untuk dilaksanakan maka Kelantan boleh laksanakanlah," katanya kepada Antarapos.
 
Beliau menafikan dakwaan Anwar bahawa rancangan itu akan menimbulkan banyak masalah sebaliknya menegaskan bahawa pindaan tersebut akan memperluas bidang kuasa mahkamah syariah Kelantan.
 
"Itu akan diputuskan dalam drafnya nanti seperti siapa dan sebagainya dengan terperinci...semuanya ada di dalamnya," katanya.
 
Selain itu, bekas ADUN Gaal berkata jawatankuasa ternikal yang ditubuhkan telah mengambil kira pelbagai aspek termasuk dari segi penguatkuasaannya yang diperincikan dalam draf rang undang-undang berkaitan pelaksanaan hudud  yang akan dibawa ke Parlimen.
 
"Ya, jawatankuasa yang ada sekarang ini akan menilai semua itu. Jadi prosedur macam mana nak laksana semua itu akan ada dalam semua itu.
 
"Boleh anda faham mengenai perkara ini?" katanya.
 
Beliau mengulas kenyataan Anwar bahawa rancangan kerajaan pimpinan PAS di Kelantan mahu meminda enakmen berkaitan hudud di Dewan Undangan Negeri (DUN) bermasalah kerana ia tidak mempunyai bidang kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang jenayah Islam di negeri itu.
 
"Akan ada banyak masalah kerana anda perlu meminda undang-undang persekutuan. Mereka tidak mempunyai kuasa untuk menguatkuasakannya (hudud).
 
"Katakan mereka buat juga. Siapa yang akan membuat tangkapan? Siapakah yang akan membawa mereka (suspek) ke penjara? Ia bukan dalam kuasa (kerajaan negeri) mereka. Oleh itu, terdapat banyak masalah," kata Anwar.
 
Meskipun berdepan tentangan komponen Pakatan Rakyat, kerajaan Kelantan tetap bertegas dan menetapkan 29 Disember untuk memanggil satu sidang khas DUN bagi membentangkan pindaan terhadap Kanun Jenayah Syariah II 1993 atau dikenali sebagai Hukum Hudud.
 
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata ia adalah sebahagian daripada prosedur kerajaan negeri untuk membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen untuk membolehkan Kelantan menguatkuasakan hudud.
 
Bagaimanapun, DAP telah berulang kali menuntut PAS menangguhkan rancangannya di Kelantan dengan alasan undang-undang jenayah Islam kontroversi itu bukan sebahagian daripada rangka kerja dasar bersama Pakatan.
 
Anwar patut teliti draf hudud, jangan ulangi kesilapan
 
Ujar Nik Mazian lagi, Anwar serta pimpinan Pakatan perlu menghormati hasrat PAS selain meneliti draf undang-undang itu sebelum mengeluarkan kenyataan kepada umum.
 
"Adakah orang lain macam Datuk Seri Anwar Ibrahim? Beliau baca tak semua itu?
 
"Jadi beliau keluarkan kenyataan tapi tak tahu mengenai perkara ini, lebih baik beliau baca dululah, kemudian barulah berikan komen," katanya.
 
Tambah Yang Dipertua PAS Pasir Puteh Ini, sebagai pemimpin berpengalaman Anwar tidak sepatutnya melakukan kesilapan demikian sambil menyifatkan diri sendiri tidak layak menegur tokoh veteran itu.
 
"Jadi kalau beliau belum membacanya bagaimana beliau boleh kata sebegitu?
 
"Saya ini orang kecil sahaja, saya tidak sepatutnya bergaduh menentang Anwar tapi saya rasa beliau membuat kesilapan  di situ, saya tidak tahulah," katanya.
 
Untuk rekod, kerajaan Kelantan sudah menubuhkan satu jawatankuasa teknikal mengenainya yang mengumpulkan semua kumpulan pakar mengenai undang-undang syariah termasuk para peguam sivil.
 
Kerajaan pusat juga telah menubuhkan jawatankuasa yang sama di peringkat pusat dengan diketuai oleh Ketua Bahagian Syariah Jabatan Peguam Negara.
 
Sehingga kini, tujuh mesyuarat telah diadakan iaitu lima di peringkat negeri dan dua di peringkat pusat.

Kastam catat kutipan hasil RM33.6 bilion

Posted: 17 Dec 2014 04:04 AM PST

BERNAMA


KUANTAN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) setakat ini mencatat kutipan RM33.6 bilion atau 93.3 peratus daripada RM36 bilion sasaran kutipan hasil untuk tahun ini.
  
Menurut Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri Khazali Ahmad jumlah itu meningkat sebanyak 6.73 peratus berbanding RM31.48 bilion pungutan hasil bagi tempoh yang sama pada tahun lepas.
  
"Tiga komoditi penyumbang utama kutipan itu ialah kenderaan bermotor (RM12.2 bilion), rokok (RM3.4 bilion) dan petroleum mentah (RM1.53 bilion).
  
"JDKM berharap prestasi pungutan hasil yang konsisten dapat dikekalkan sehingga ke penghujung tahun yang masih berbaki lebih kurang dua minggu sahaja lagi supaya sasaran RM36 bilion dapat dicapai," katanya.
  
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media sempena Mesyuarat Pengarah-Pengarah Kastam Se-Malaysia kali ke-75 di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Pengarah Kastam negeri Datuk Sarip Ismail.
  
Khazali berkata mengikut pecahan aktiviti pula, duti eksais menyumbang 23.90 peratus daripada jumlah kutipan diikuti cukai perkhidmatan dan cukai jualan(tempatan) masing-masing menyumbang 17.76 peratus dan 17.28 peratus.
  
Sementara itu sehingga akhir November lepas, sebanyak 2,445 kes rampasan dan 3,010 tangkapan dilakukan jabatan berkenaan dalam usaha membasmi aktiviti penyeludupan di negara ini.
  
Khazali berkata antara barangan yang mencatatkan nilai yang paling tinggi dirampas ialah dadah 69 kes membabitkan nilai rampasan RM84 juta; kenderaan 622 kes dengan jumlah kenderaan yang dirampas 1,170 unit (RM45.2 juta nilai cukai terlibat).
  
"Sementara itu, bagi rokok (kretek dan putih) pula 2,312 kes dicatatkan tahun ini, dengan nilai cukai terlibat RM486 juta," katanya.
  
Katanya, dalam tempoh yang sama juga 756 kes melibatkan nilai barang berjumlah RM10 juta telah dikompaun dengan nilai keseluruhan berjumlah RM2.616 juta, manakala 4,229 kes dalam siasatan, 734 kes telah selesai dan 492 kes dibawa ke mahkamah. - BERNAMA

BN kutip RM274 juta cukai petrol sejak 1 Nov - 15 Dis?

Posted: 17 Dec 2014 04:01 AM PST

RAFIZI RAMLI 


HARGA pasaran bagi petrol RON95 dan diesel bagi tempoh 1 Disember 2014 hingga 15 Disember 2014 disertakan di dalam Lampiran A (harga pasaran RON95) dan Lampiran B (harga pasaran diesel) yang disertakan bersama.

Data harga telah diperolehi secara sah dari pasaran seperti berikut:

RON95 – ditentukan oleh MOPS bagi Singapore Mogas 95 Unleaded Diesel – ditentukan oleh MOPS bagi Singapore Gasoil. Kadar tukaran matawang – ditentukan oleh kadar rasmi Bank Negara

Dari Lampiran A dan Lampiran B, jelas bahawa harga pasaran bagi RON95 (tidak termasuk jaminan keuntungan dan kos yang diberikan oleh kerajaan kepada syarikat minyak) telah menjunam dari paras RM1.73 seliter pada 1 Disember 2014 kepada RM1.58 seliter pada 15 Disember 2014.

Keadaan yang sama juga berlaku dengan harga diesel yang menjunam dari paras RM1.87 seliter pada 1 Disember 2014 kepada RM1.71 seliter pada 15 Disember 2014.

Malah, dengan jaminan keuntungan dan kos yang diberikan oleh kerajaan kepada syarikat minyak sebanyak 32 sen seliter (RON95) dan 23 sen seliter (diesel) seperti yang terpaksa dibayar rakyat sekarang, harganya juga masih rendah berbanding harga yang ditetapkan oleh kerajaan.

Mengambil kira jaminan keuntungan dan kos kepada syarikat minyak itu, harga RON95 ialah RM2.05 seliter (pada 1 Disember 2014) dan terus menurun kepada RM1.90 seliter (pada 15 Disember 2014); berbanding harga yang dibayar oleh rakyat RM2.26 seliter.

Harga diesel pula (termasuk jaminan keuntungan dan kos kepada syarikat minyak) ialah RM2.10 seliter (pada 1 Disember 2014) dan terus menurun kepada RM1.94 seliter (pada 15 Disember 2014); berbanding harga yang dibayar oleh rakyat RM2.23 seliter.

Oleh kerana rakyat terus membayar pada harga yang lebih tinggi dari harga pasaran (walaupun tanpa subsidi), rakyat Malaysia sebenarnya telah membayar cukai petrol sejak bulan November 2014 lagi.

Perkiraan cukai petrol tersembunyi yang telah ditanggung oleh rakyat ditunjukkan di dalam Lampiran C.
Anggaran ini dibuat berdasarkan jumlah penggunaan petrol sebanyak 14 bilion liter setahun dan penggunaan diesel sebanyak 9.64 bilion liter setahun seperti jawapan Perdana Menteri di Parlimen.

Bagi tempoh November 2014, rakyat membayar sebanyak RM47 juta cukai petrol.

Bagi tempoh 15 hari pertama Disember, rakyat membayar sebanyak RM146 juta cukai petrol bagi RON95 dan RM81 juta bagi diesel.

Maka, jumlah cukai petrol yang dikutip secara senyap oleh kerajaan bagi tempoh 45 hari sahaja ialah RM274 juta tanpa diketahui oleh rakyat.

Oleh sebab itu, saya terus menegaskan bahawa sistem penetapan harga sekarang ini tidak telus dan memangsakan rakyat.

Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menjawab segera ke mana perginya cukai tersembunyi sebanyak RM274 juta yang dikutip dari rakyat dalam tempoh 45 hari sahaja di antara 1 November 2014 hingga 15 Disember 2014.


(*) Penulis ialah Naib Presiden PKR.

DAP tidak belajar dari penindasan lalu

Posted: 17 Dec 2014 03:54 AM PST


Oleh Ng Kee Seng


Wujudkah keadilan di Malaysia? Rakyat Malaysia boleh menilai sendiri dengan begitu banyak contoh-contoh "keadilan" ini.Orang asing, khususnya pelabur-pelabur, turut memerhatikan dan menilai. Mereka hanya akan melaburkan wang mereka di negara yang ada keadilan.
Satu contohnya adalah kelakuan "aneh" Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Lebih daripada 15 bulan telah berlalu sejak DAP menjalankan pemilihan semula, sebagaimana yang diarahkan oleh RoS, tetapi kes itu masih belum selesai.

Bagaimanakah kita boleh mengharapkan pelabur mempunyai keyakinan dalam pentadbiran "cekap" seperti yang ditunjukkan kepimpinan ini! Lima belas bulan telah berlalu tetapi RoS tidak dapat membuat keputusan mengenai kes DAP?

Bayangkan senario kes di mana seseorang pelabur telah berjaya, dan semuanya dilakukan mengikut undang-undang, tetapi tiba-tiba Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melancarkan siasatan berdasarkan beberapa dakwaan yang direka-reka. Siapa yang akan melabur di sebuah negara yang berisiko?

The Malaysian Insider memetik setiausaha penganjur DAP, Anthony Loke sebagai mendesak RoS untuk menjadi lebih cekap dalam operasi dan pentadbirannya.

Beliau menambah: "Saya tertanya-tanya jika badan ini akan membuat keputusan mengenai kongres khas parti ini pada tahun lepas." 

Adakah anda berfikir bahawa Loke begitu mentah sehingga beliau tidak tahu sebab sebenar kelewatan RoS? 

Loke, anda dan rakyat Malaysia tahu mengapa RoS berdiam diri dan enggan membuat keputusan bagi menutup kes itu.

RoS adalah budak suruhan Umno yang menerajui Barisan Nasional. Jadi ia hanya melayani kepentingan tuan-tuan politiknya, bukannya rakyat dan negara Malaysia.

Apakah RoS sedang menangguhkan keputusannya bagi pilihan raya umum akan datang? Apakah RoS sedang menjadikan DAP tebusan? 

Rakyat Malaysia tahu yang RoS tidak mampu membuat apa-apa keputusan mengenai kes itu sehingga BN "memutuskannya". 

Jadi Loke, mengapa anda masih membuang masa "menghiburkan" pentadbiran kerajaan BN yang berat sebelah dengan cara NATO (No Action Talk Only)? 

Bawa sahaja RoS ke mahkamah bagi mendapatkan keadilan kehakiman! Tidak ada perkara seperti keadilan dalam Malaysia Darul Boleh. BN-Umno adalah undang-undang dan tindakan mengharapkan keadilan adalah seperti mahukan matahari tidak timbul. 

Kongres khas DAP telah diadakan pada bulan September tahun lepas, selepas RoS mengeluarkan notis kepada parti itu bahawa terdapatnya aduan penyelewengan dalam pemilihan parti itu yang diadakan pada bulan Disember 2012. 

"Walau bagaimanapun, walaupun selepas mematuhi arahan RoS dan menjalankan pemilihan semula, mereka mengambil masa yang lama untuk menutup kes itu." 

"Mereka perlu lebih cekap dalam menjalankan operasi dan pentadbiran mereka." 

Loke, bukannya RoS tidak cekap. RoS boleh bertindak dengan amat berkesan jika ia mahu. Tetapi dalam kes ini, ia perlu menunggu lampu hijau dari tuan politiknya.

DAP membawa RoS ke mahkamah pada bulan Februari tahun ini kerana enggan mengiktiraf CEC parti itu. Pada bulan September, RoS akhirnya mengiktiraf CEC DAP, yang menyebabkan parti itu menarik balik samannya. 

DAP kemudiannya menggesa RoS untuk mempercepatkan kelulusan bagi permohonan parti itu yang dibuat tahun lalu, bagi menubuhkan 120 cawangan baru. 

Jadi Loke, sila belajar dari pelajaran pahit masa lalu dan tidak mengharapkan keadilan dan kesaksamaan daripada pentadbiran BN. 

Hadapkan saja ia ke mahkamah sehingga ke penghabisan.

Siapa PERKASA hendak halang Najib? – Nazri

Posted: 17 Dec 2014 03:49 AM PST

PERKASA harus mencerminkan diri mereka terlebih dahulu sebelum menasihati orang yang sudah lama memerintah negara, kalau tidak ada cermin saya boleh beri


nazriabdaziz


KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini menyelar tindakan Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak supaya mengurangkan lawatan kerjanya ke luar negara.

"Saya nak tanya siapa PERKASA hendak beri nasihat kepada Perdana Menteri?," katanya kepada pemberita selepas merasmikan "Pameran Khazanah Dari Istana Musim Panas" di Muzium Negara.

Katanya, Najib merupakan seorang ahli politik yang sudah lama menjadi calon pilihan rakyat setiap kali beliau bertanding, sudah tentu apa yang dilakukannya adalah untuk kepentingan rakyat Malaysia.

Beliau menegaskan, PERKASA seharusnya melihat diri mereka terlebih dahulu sebelum menasihati orang lain terutamanya Perdana Menteri.

"Tengok dulu siapa mereka, saya rasa mereka tidak layak untuk memberi nasihat kepada Perdana Menteri. Saya juga rasa PERKASA ini cemburu tengok Najib keluar negera," katanya.

Nazri menjelaskan bahawa Najib ke luar negara bukan untuk bercuti semata-mata, sebaliknya Perdana Menteri bekerja untuk rakyat.

"Saya juga ingin menasihatkan PERKASA supaya mencerminkan diri mereka terlebih dahulu sebelum menasihati orang yang sudah lama memerintah negara, kalau tidak ada cermin saya boleh beri," jelas Nazri.

Sebelum ini, Ibrahim Ali menasihatkan Perdana Menteri supaya mengurangkan lawatan kerjanya ke luar negara, sebaliknya memberi perhatian kepada perkara-perkara dalam negeri.

Beliau berkata, kegagalan Perdana Menteri memberi perhatian kepada masalah dalaman akan menyebabkannya kehilangan jawatan dan Barisan Nasional (BN) kehilangan undi.

"Tidak dinafikan, walaupun beliau ke luar negara atas urusan rasmi, tetapi terlalu kerap sehingga tidak menumpukan kepada rakyat," katanya sewaktu berucap di Persidangan Agung Tahunan ke 5 PERKASA Ahad lalu.

255 kes baru HIV di Sabah

Posted: 17 Dec 2014 03:46 AM PST

Pada masa kini terdapat 1,691 orang yang hidup dengan HIV.


hiv-aids_3


KOTA KINABALU: Sebanyak 191 kes baru jangkitan human immunodeficiency virus (HIV) dilaporkan di Sabah dalam sembilan bulan pertama tahun ini.

Berdasarkan angka tersebut diramalkan sebanyak 255 kes baru jangkitan HIV pada penghujung tahun ini atau 7.32 kes baru bagi setiap 100,000 penduduk di Sabah.

Ini merupakan antara 1,982kes HIV, 734 AIDS dan 291 kematian yang dilaporkan di Sabah dari tahun 1991 apabila kes pertama dilaporkan sehingga September tahun ini. Pada masa kini terdapat 1,691 orang yang hidup dengan HIV.

Ini didedahkan semasa sambutan Hari AIDS sedunia peringkat kebangsan 2014 dan Kota Kinabalu Mencapai 0 HIV pada 2020 yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan di Kompleks Pentadbiran Persekutuan di Kota Kinabalu.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, yang diwakili oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Radin Malleh berkata, beliau percaya bahawa Hari AIDS sedunia bukan sahaja dapat memupuk kesedaran tentang penyakit ini yang disebabkan oleh HIV tetapi juga membantu untuk mendapatkan sokongan untuk melawan dan mencegah penyakit ini daripada berjangkit lagi.

"Kerajaan telah memberikan komitmen dan sokongan penuhnya dalam usaha untuk memastikan langkah berjaga-jaga yang dilaksanakan merangkumi semua lapisan masyarakat dengan menyediakan pelbagai kemudahan seperti skop pengesan, pencegahan jangkitan, rawatan dan sokongan," kata beliau.

Pada masa yang sama, Ketua Menteri juga turut menyediakan ujian saringan percuma untuk mereka yang akan berkahwin, mengandung, pesakit HIV di semua hospital kerajaan dan klinik kesihatan.

"Saya menyeru semua orang terutamanya mereka yang terdedah atau berisiko mendapat penyakit HIV untuk pergi mendapatkan ujian saringan percuma. Mereka yang positif perlu mendapatkan rawatan percuma yang disediakan di mana-mana hospital kerajaan dan klinik kesihatan," kata Musa.

Musa berharap bahawa projek Kota Kinabalu Mencapai 0 HIV pada 2020 yang diketuai oleh Datuk Bandar Abidin Madingkir dan Pengarah Kesihatan Negeri Dr Christina Rundi boleh dilaksanakan seperti yang dirancang dan mencapai objektifnya secara bersepadu dan berkesan.

"Pada bahagian kerajaan Sabah, kami akan sentiasa memberikan sokongan dan bantuan penuh kepada usaha ini," kata beliau yang menambah bahawa kerjasama dan komitmen oleh semua pihak penting dalam mencapai aspirasi negara yang bebas daripada virus HIV.

'Getting to Zero' merupakan tema Hari AIDS Sedunia seperti yang ditetapkan oleh Joint United Nations Programme on HIV and AIDS (UNAIDS) untuk tempoh lima tahun dari 2011 hingga 2015.

Pesakit Asing di Sabah perlu ‘IC’

Posted: 17 Dec 2014 03:39 AM PST

 
Pengecualian hanya berkuatkuasa untuk kes kecemasan.


sabah IC


KOTA KINABALU: Melainkan mereka berada dalam keadaan yang mengancam nyawa, pesakit asing di hospital Sabah kini dikehendaki menunjukkan dokumen pengenalan dan membayar sebelum mendapatkan rawatan.

Langkah-langkah tersebut hendaklah dipatuhi berikutan satu arahan tegas yang telah dikeluarkan supaya mematuhi peraturan di bawah Fees Act (Medical) 1951, yang telah berkuatkuasa selama beberapa tahun tetapi tidak dipatuhi.

Sumber memberitahu bahawa arahan tersebut diberikan oleh pihak berkuasa kesihatan di Sabah. Ia memberikan hospital-hospital kuasa untuk tidak menerima pesakit asing yang tidak membayar atau menunjukkan dokumen pengenalan.

Baru-baru ini laporan Royal Commission of Inquiry (RCI) tentang pendatang tanpa izin (PTI) di Sabah telah mendedahkan bahawa Kementerian Kesihatan tidak dapat mengutip RM21.67 juta daripada 42, 000 warga Indonesia dan Filipina yang gagal membayar selepas menerima rawatan di hospital kerajaan antara tahun 2007 dan 2012.

Dalam laporan tersebut, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Kesihatan Kesihatan (Penyakit berjangkit) Dr Maria Suleiman berkata bahawa yuran perubatan tidak dapat dikutip kerana mereka tidak dapat mengesan pesakit-pesakit tersebut.

Di bawah akta dan berdasarkan jenis rawatan, orang asing perlu membayar antara RM10 dan RM1,250, hampir dua kali ganda apa yang perlu dibayar oleh rakyat tempatan, untuk nasihat perubatan, rawatan, pembedahan dan kelahiran anak di hospital-hospital kerajaan.

Deposit untuk kemasukan ke wad adalah di antara RM400 hingga RM2,200 untuk orang asing, dua kali ganda jumlah yang perlu dibayar oleh rakyat tempatan.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Dr. Noor Hisham Abdullah berkata bahawa pesakit asing di hospital kerajaan mesti dikenakan yuran berdasarkan Fees Act (Medical) 1951, tetapi peraturan tersebut boleh dikecualikan jika mereka berada dalam keadaan hidup atau mati.

"Pengecualian tersebut hanya berkuatkuasa jika terdapat kes kecemasan. Dalam kes tersebut pegawai-pegawai kesihatan akan merawat mereka," kata beliau.

Doktor-doktor yang berkhidmat di hospital-hospital di Sabah mempunyai pendapat berbeza tentang arahan tersebut. Ada di antara mereka yang berkata bahawa ianya tidak betul untuk menolak pesakit apabila mereka tidak dapat menunjukkan dokumen pengenalan atau tidak dapat membayar untuk rawatan.

Pengarah hospital Ranau Dr. Clarence Sirisani berkata bahawa kebanyakan doktor akan tahu jika sesuatu kes tersebut mengancam nyawa atau tidak.

Bagaimanapun, kata beliau, mana-mana pesakit yang meminta nasihat perubatan, pemeriksaan kesihatan atau perkhidmatan-perkhidmatan lain di hospital kerajaan atau klinik perlu membayar terlebih dahulu sebelum diberikan perkhidmatan tersebut.

Seorang pegawai perubatan di Tawau yang enggan dikenali berkata, menahan rawatan sebelum pembayaran dibuat adalah salah.

"Sebagai doktor, saya dididik untuk untuk merawat pesakit tanpa prejudis bangsa, sosial atau kewangan. Setiap orang berhak mendapatkan rawatan kesihatan," kata beliau.

Antara tahun 2000 dan 2011, kira-kira 1.3 juta orang asing telah menerima rawatan pesakit luar di hospital dan klinik kerajaan di Sabah.

Pada masa yang sama, 295,053 daripada mereka dimasukkan ke dalam wad sementara 122,882 kelahiran dicatatkan.

Aduan Rakyat Bekas Pensyarah : Kolej Swasta di Federal Highway Hisap PTPTN Pelajar & Jual Sijil!

Posted: 17 Dec 2014 12:01 AM PST




Yuran Kolej Swasta



Aduan Rakyat Bekas Pensyarah : Kolej Swasta di Federal Highway Hisap PTPTN Pelajar & Jual Sijil!Kepada kerajaan Malaysia umumnya dan Kementerian Pelajaran Malaysia tercari-cari salah satu punca berlaku lambakan kalangan anak muda yang mengangur di Malaysia?

Di sini ada jawapannya. Skim PTPTN telah membuka peluang dan ruang golongan kepada kapitalis yang tercari-cari peluang untuk menambah kekayaan walaupun dengan secara yang tidak betul apabila menjadikan kalangan anak muda yang tercicir untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi terutamnya ke IPTA secagai sasaran mereka.

Sedih Berita Semasa melihat situasi dan nasib mereka apabila kolej-kolej swasta yang tumbuh bagaikan cendawan hanya mahu mengaut keuntungan semata mata tanpa memikitkan kualiti para graduan mereka. Jikalau anak-anak anda masuk sekalipun ke Kolej Profesional mara jauh lebih baik daripada kebanyakan kolej swasta yang ada di Malaysia sekarang ini seperti _______, ___________, dan banyak lagi sebenarnya yang "hisap darah pelajar". Bersama-sama ini, Berita Semasa dedahkan aduan rakyat melibatkan bekas pensyarah kolej tersebut yang tampil membongkar apa sebenarnya yang berlaku di kolej tersebut :

Aduan Rakyat Bekas Pensyarah Kolej Swasta

Salam semua… Saya tak tahu nk mengadu dekat siapa pasal masalah yang saya dan ade beberapa rakan sekerja saya. Untuk tidak mengelirukan semua pihak, saya akan cerita dari A sampai Z++ mengenai kepincangan college yang paling bermasalah.

Lokasi Kolej
 
Untuk tak mengaibkan semua orang, saya rahsiakan nama kolej tersebut (walaupun dalam hati ni menangis nak bgatu). Cukup la kalau saya kata lokasinya betul-betul tepi highway persekutuan kuala Lumpur (Federal Highway).

Masalah
 
Saya diambil bekerja sebagai pensyarah. Jadi saya pun gembiralah. Niat nak mendidik anak bangsa. Bila saya masuk dalam tu baru saya tau betapa busuknya perangai memasing bermula dari perangai Datin (owner) kolej tu sehingga perangai management seterusnye kepada perangai lecturer lain yang buruk hati/phd.

Memanglah tak semua perangai macam tu, tapi kalau anda masuk dalam tu. Sebab seminggu sahaja saya berada di sana saya dapat lihat perangai seorang-seorang. Baru saya tahu, kenapa saya diambil bekerja disana. Tak lebih untuk mendapatkan MQA (akreditasi) kolej. Kalau sesiapa yang tak paham, maksudnye, kalau course itu tak dapat akreditasi, student yang sudah habis belajar tidak boleh graduate lah senang cerita.

Saya skipkan dahulu cerita busuk hati dean/head tu, sebab saya malas nk pepanjang cerita. Kalau buat slot Akasia sure konfem saya femes jadi watak yang dihina/budak suruhan.

Masalah HR
 
HR dekat kolej ni sumpah paling tak bertamadun, suka suka dia sahaja tukar SOP. Kalau anda hendak tahu, SOP akan berubah IKUT suka hati. Tetapi ini semua hasil ehsan DATIN tersebut. Kalau dalam kepala otak dia, dia nak tukar cuti… secara automatik, semua akan dapat emel perubahan SOP.
Sebab masa mula-mula saya masuk, saya under kontrak, kalau kami mahu berhenti, cukup bagi sebulan notis sahaja. TUp Tup dalam 2 minggu macam tu, datang orang HR suruh sign sahaja surat tanpa tunjuk dulu ape surat tu.. Then baru dia kasi salinan.. bile baca balik salinan, surat tu mengatakan tempoh resignation sudah berubah… 'under contract, nak berhenti kena kasi 2 bulan notis'….

Saya sudah rasa pelik, tetapi saya terpaksa ikut je la. Dah sign dah pun.

Bebanan Kerja
 
Setahu saya, semua lecturer tidak dibenarkan untuk mengambil lebih dari 4 subject. Ini pun saya baru tau (sebab saya tak pernah masuk education line). Waktu saya dekat kolej tu. Saya mengajar 8 subject. Best tak.

Dengan masa nak makan nya, dengan nak solatnye. Memang terkejar2. Management tutup mate je sebb pada die, semua orang banyak keje.. Bukan setakat itu je, kami lecturer kena cari sendiri material nak mengajar/ kena photostat yang jauh/kena mengadap student yang rata-rata dari kalangan pendidikan yang rendah.

Diberhentikan Kerja
 
Part ni paling sedihhhh……..tragikkk….paling rasa nak bakar kolej swasta itu. Saya diberhentikan ngam-ngam selepas MQA. Gila!!!!! Sangat GILA TAK ADIL!!! TAK MASUK AKAL!!!! Kalau siapa nk tahu.. persediaan MQA ini memang teruk.
  • Dari dokumen sampailah hari pembentangan tu.
  • Bayangkan saya masuk-masuk sahaja dokumen terdahulu tiada.
  • Jadi saya dengan lagi 2 lecturer kena siapkan file untuk 40 subject.
  • Kena bukak balik kotak-kotak di stor, cari balik assignment student, exam paper, segala bentuk dokumenlah..
  • Dah la style lecturer dahulu lain.
  • Kami bertiga inilah yang berhempas pulas.
Apabila selepas dapat MQA tu, kami diburuk2kan oleh Dean yang tidak berhati peruk apabila tergamak mencanangkan dekat semua orang yang kami ini tak buat kerja. Yang kami ini serba serbi buruk la. Padahal semua lecturer di situ dah tau dah perangainya bagaimana. Semua buat pekak telinga.

Ada hati suruh orang panggil dia dengan panggilan Dr. kateeeenyeee… orang patut panggil die Prof. Tapi bile tanya apa journal yang dipublish?? die boleh jawab tak tau?? bahkan nak buat table dlm microsoft word pun tidak tahu…. Saya memang dah lama syak, something wrong perempuan tua ni. Mungkin dia beli je qualification die.

Culture dekat situ, semua kena kipas Datin, macam kami ini yang marhain ini, memang tidak la nak kipas2. saya pun fikir cukup hanya saya buat kerja saya. Bukannya saya gila kuasa pun. Dan itu lah yang terjadi, Dean itu tadi setiap hari canang cerita buruk dekat Datin. So Datin ini tanpa usul periksa ni.. Dia terus berhentikan saya tanpa notis. The best part is……………. KAWAN SAYA LAGI 2 ORANG PUN SEKALI KENA BERHENTI.

(fyi: dapat title datin pun sebab jadi bini ke 2 seorang Datuk)
Kami pun terpinga-pinga… malas nak argue.. angkat kaki.

Pengajaran
 
Pengajaran buat saya, orang MELAYU sendiri yang MAKAN Melayu. Saya sendiri rasa betapa peritnye kena. Seolah-olah kami ini cuci tahi orang. Yang saya dapat tahu, lepas kami berhenti, ade 3 orang masuk menggantikan tempat kami yang merupakan anak buah kepada dean itu tadi. Saya cakap terus terang, apa yang diorang buat langsung tak boleh diterima akal. dan saya tak boleh maaffkan sampai mati. Kawan saya tu sudah ade keluarga kena tanggung. Hangus begitu je periuk nasi.

Mungkin datin tu kaya, pakai aston martin, tapi kekayaan tak mencerminkan hati budi seseorang tu.
Satu sudut saya bersyukur, Allah tutup reseki saya dekat situ supaya saya boleh tengok ade jugak orang islam yang gila mengejar harta, dunia, pangkat. Dulu dengar ingat cerita lawak sahaja. Now kene sendiri… memang baru percaya.

Untuk Ibu Bapa/Yang ingin Sambung Belajar

Sila Jauhi KOLEEEEJ ini. Saya cakap bukan atas dasar saya benci dan sudah kena macam2 dekat kolej ini. Tapi kerana kolej ini mengamalkan sistem 'jual sijil' sahaja. Sedih bila orang melayu sendiri yang makan masa depan anak-anak melayu. Jangan lah kasi sapa-sapa masuk sini sebab akademik teruk. Student saya, saya tak pernah jumpa dalam kelas, mid term tidak pernah datang, apabila meeting saya failkan budak ni (SELAYAKNYAALAH), oh management marah saya, sebab katenye STUDENT INI PTPTN, WALAU MCM MANA PUN KENA LULUSKAN SEBAB INI SUMBER DUIT KOLEJ saya rasa mcm nk hantuk kepala dekat dinding. Padan la student anggap kita lecturer macam sampah sahaja.

Kalau macam ni, dorang ni hisap duit student je.. So lagi 20 tahun, student baru akan menyesal fikir apa yang die dapat masa belajar dulu. Nothing!!.. Dapat hutang ada. Kalau nak masuk kolej private, lebih baik masuk yang ternama skit dan ada student cina. Saya bukan racist, tapi kita bole compare student ini, cara mereka belajar.

P/s: Saya dapat tahu ade lagi ramai lecturer kene berhenti, cuma lain school dari saya… harap lingkup lah suatu masa nanti.

Yang benar,
Belajar dari Pengalaman.
 
Berhati-hati. Apa pula kata anda? Adakah anda juga mempunyai pengalaman dan pengajaran yang boleh dikongsikan bersama?

P/S : Saranan Berita Semasa jika mana-mana yang ditindas di tempat kerja contoh boleh adukan ke kementerian dan biro pengaduan awam.

PKR belum dapat sahkan Adun Inanam letak jawatan

Posted: 16 Dec 2014 11:46 PM PST

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: PKR tidak dapat mengesahkan sama ada keputusan Adun Inanam, Dr Roland Chia (foto) meletakkan jawatan itu adalah muktamad.

"Saya dimaklumkan YB Dr Roland Chia, Adun Inanam berada di luar negara," ujar Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dalam satu kenyataan.

Menurutnya, PKR dalam proses menghubungi Adun itu untuk mendapat maklumat lanjut mengenai keadaan sebenar kesihatan beliau dan mengesahkan kenyataan pendek bersabit beliau di media sosial.

Rafizi telah berhubung dengan pimpinan PKR Sabah dan pegawai-pegawai Dr Roland Chia dan mereka mengesahkan bahawa Adun itu memang ada masalah kesihatan, walaupun tidak dapat dipastikan statusnya.

"Sehingga saya dapat berhubung sendiri dengan YB Dr Roland Chia, saya tidak dapat mengesahkan sama ada keputusan meletakkan jawatan itu adalah muktamad atau mengesahkan apa-apa," jelasnya lagi. - HARAKAHDAILY

Rafizi Cabar Najib & Rosmah: Jumpa Di Mahkamah

Posted: 16 Dec 2014 11:42 PM PST

KELAB GREENBOC




Tak mohon maaf, Rafizi masih tunggu saman Najib

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli masih belum mendengar apa-apa daripada peguam yang mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Ketika dihubungi hari ini, beliau berkata, memandangkan sekarang adalah akhir tahun, mungkin semua orang bercuti.

Bagaimanapun, ahli parlimen Pandan berpandangan bahawa tiada alternatif untuk Najib dan Rosmah selain menyamannya.

Menurut Rafizi, surat tuntutan guaman dari Najib dan Rosmah menyatakan beliau perlu meminta maaf dalam tempoh 14 hari dan tempoh itu akan tamat pada 28 Disember.

"Mungkin mereka sedang menunggu sama ada saya akan ubah fikiran," katanya sambil ketawa.

Sementara itu, Rafizi berkata beliau bersedia untuk berdepan dengan perdana menteri dan isteri di mahkamah.

Minggu lalu, Rafizi melalui peguamnya menjawab bahawa beliau akan mempertahankan kenyataannya di mahkamah, dengan berhujah bahawa kenyataannya adalah berasas dan adil.

Pada 4 Disember, Najib dan Rosmah menghantar surat tuntutan guaman kepada pemimpin PKR itu berhubung ucapannya pada 23 November di mana beliau bercakap tentang subsidi bahan api dan cincin berlian yang didakwa dibeli untuk Rosmah.


Rafizi jawab saman Najib: Jumpa di mahkamah

Saya telah menjawab surat tuntutan (demand letter) yang dihantar oleh Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor pada hari ini melalui peguam saya, YB N Surendran dan Tetuan Daim Gamany.

Saya tegas bahawa ucapan yang saya buat itu berkepentingan awam kerana ia bersabit dasar negara.

Saya yakin kritikan saya di atas tindakan Datuk Seri Najib Razak menghapuskan subsidi pada ketika pembaziran terus berlaku adalah betul dan akan mempertahankan ucapan itu di dalam mahkamah kelak.

Saya kini menunggu writ saman Dato' Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansur untuk mengambil tindakan selanjutnya.

Rafizi Ramli
Naib Presiden/Setiausaha Agung KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan
-FMT

Hudud: Utamakan isu kebajikan rakyat, kata Rafizi

Posted: 16 Dec 2014 11:40 PM PST


Rafizi Ramli Rafizi Ramli
 
 
SHAH ALAM – PKR seolah-olah menyindir rakan pakatannya, Pas mengaitkan isu hudud dengan menyeru pimpinan dalam PR kembali menumpukan kepada perjuangan membela kebajikan rakyat yang mendesak terlebih dahulu.

Setiausaha Agungnya, Rafizi Ramli berkata meskipun perbezaan pendapat antara mereka telah wujud sejak 1999 lagi, namun beliau berpandangan keutamaan dan muafakat yang jelas perlu diberi kepada isu-isu kebajikan rakyat

"Saya sedia maklum perbezaan pendapat di dalam PR kebelakangan ini terutamanya yang melibatkan cadangan pembentangan rang undang-undang persendirian untuk membolehkan pelaksanaan hudud oleh Kerajaan Kelantan.

"Walaupun perbezaan pendapat sebegini telah wujud sejak penubuhan Barisan Alternatif dalam tahun 1999 lagi, saya berpandangan keutamaan dan muafakat yang jelas perlu diberikan kepada isu-isu kebajikan rakyat yang mendesak terlebih  dahulu," dalam satu kenyataan, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: [ Hudud: Sudah 20 tahun Pas tunggu ]

Mengulas lanjut, beliau memberitahu isu kebajikan rakyat yang mendesak termasuklah melibatkan ekonomi, rasuah dan penyalahgunaan undang-undang.

"Ini termasuklah kepayahan rakyat mengharungi beban sara hidup yang kian meningkat, skandal rasuah dan penyelewengan yang mengakibatkan peruntukan rakyat dipotong, kemelut ekonomi yang melanda rakyat menjelang 2015, manipulasi agama dan perkauman untuk mengekalkan Umno atau BN serta salah guna undang-undang untuk menyekat suara rakyat," katanya.

Sementara itu, menyentuh soal cadangan Pas Kelantan untuk membentangkan rang undang-undang berhubung pindaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 Pindaan 2014 yang bakal diadakan 29 Disember ini, Rafizi berkata, beliau telah memohon untuk mendapatkan draf enakmen dengan segera bagi membuat penilaian.

"Saya telah memohon Sekretariat PR untuk mendapatkan draf enakmen yang bakal dibentangkan oleh Kelantan dengan segera.

"Ini bagi membolehkan PKR dan pimpinan PR yang lain menilai sendiri cadangan Kelantan itu sebelum sebarang komentar lanjut dibuat," katanya.

Oleh itu, beliau menasihati pimpinan PKR supaya berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan mengenai perkara itu supaya tidak mengeruhkan lagi keadaan.

Katanya, sebarang keputusan dan pendapat mengenai perkara ini peru merujuk kepada keputusan Majlis Presiden PR.

ADUN PKR Sabah Letak Jawatan

Posted: 16 Dec 2014 11:28 PM PST

RAKYATNEWS


alt
 



KUALA LUMPUR  - [KEMASKINI] Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam daripada PKR Roland Chia meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat bermula hari ini atas faktor masalah kesihatan.

Menulis di laman Facebooknya, Roland mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi di Inanam dan pemimpin PKR yang telah memberi sokongan kepada beliau sejak 17 bulan lalu.

"Atas masalah kesihatan, saya akan meletak jawatan sebagai Adun Inanam.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada pengundi Inanam dan pemimpin parti atas sokongan yang diberikan sejak 17 bulan lalu," katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu, Roland mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Joseph Paulus Lantip dan calon Parti Maju Sabah, Enchin Majimbun dengan majoriti 3,202 undi.

Roland memperolehi 8,926 undi mengalahkan Joseph Paulus dengan 5,724 undi manakal Enchin dengan 5,003 undi.

Sokongan Melayu: Cabaran PAS atau kecundang PRU14

Posted: 16 Dec 2014 11:24 PM PST

DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI


Pendahuluan

1. Analisis sokongan pengundi berdasarkan etnik tidak dapat dielakkan dalam konteks pilihanraya di Malaysia kerana pembentukan parti yang bertanding juga lebih berasaskan kepada etnik.

2. Data-data PRU ke-13 melibatkan tahap sokongan Melayu terhadap BN dan PR perlu dilihat dengan penuh prihatin khususnya oleh ahli-ahli PAS.

Hal ini kerana dalam konteks agihan kerusi di kalangan PR, rata-rata PAS bertanding di kerusi Melayu berhadapan dengan UMNO khususnya di peringkat Parlimen. Justeru, undi teras bagi PAS ialah pengundi Melayu.

3. Apabila DAP dan PKR yang secara umumnya bertanding di kerusi pengundi cina atau pengundi campuran berjaya mendapatkan maksima kemenangan di kerusi tersebut sedang PAS gagal memenangi kerusi Melayu maka kuasa tawar menawar politik pasca PRU ke-14 tidak berada di tangan PAS.

4. Malah tidak pelik jika di saat itu rundingan pembentukan kerajaan hanyalah antara UMNO mewakili kerusi Melayu dan DAP serta PKR mewakili kuasa politik Cina dan campuran. Dalam politik semuanya serba mungkin.

Data PRU13

1. Dalam PRU13 daripada sebanyak 222 kerusi Parlimen secara umumnya terdapat 119 kerusi majoriti Melayu, 29 kerusi majoriti Cina, 36 kerusi campuran dan 38 kerusi Bumiputra Sabah dan Sarawak.

2. PR sangat kuat menyapu bersih 29 kerusi Cina dan 23 kerusi campuran namun lemah dengan hanya mendapat 36 kerusi Melayu dan 1 kerusi Bumiputra Sabah dan Sarawak menjadikan semuanya 89 kerusi.

3. BN pula gagal memenangi walau satu pun kerusi Cina, hanya mendapat 13 kerusi campuran tetapi gagah dengan mendapat 83 kerusi Melayu dan 37 kerusi Bumiputra Sabah dan Sarawak.

4. Ertinya cabaran besar PR yang perlu ditanggung oleh PAS khususnya ialah memenangi 83 kerusi Melayu. Manakala cabaran bagi DAP dan PKR ialah memenangi 37 kerusi Sabah dan Sarawak.
Adapun di Semenanjung mereka hanya perlu bekerja keras merebut 13 lagi kerusi campuran.

5. Dengan andaian PR mengekalkan semua 89 kerusi sekarang, PR hanya memerlukan antara 23 hingga 30 kerusi untuk memerintah Malaysia atau berada pada kedudukan selesa.

6. Dengan andaian kerusi itu boleh diperolehi daripada 13 kerusi campuran milik BN hari ini dan lagi
10 hingga 17 lagi dari Sabah dan Sarawak maka PR sebenarnya seolah tidak memerlukan sangat pertambahan kerusi Melayu menerusi PAS dan PKR.

Tahap Sokongan Melayu Terhadap PR pada PRU13

1. Analisis menunjukkan bagi Semenanjung Malaysia, 63.7% undi Melayu berpihak kepada Barisan Nasional, 10.8% undi Cina dan 43.2% undi kaum India

2. Johor mencatat sokongan Melayu yang paling tinggi bagi BN dengan kadar 84.1% dan Kelantan paling rendah 46.7%. Di Kelantan berlaku sedikit peningkatan undi bagi BN berbanding PRU 12 dan fenomena ini memberi isyarat BN mampu menambahkan kerusi DUN dan Parlimen di sana.

3. PR menerusi PAS terutamanya dan PKR hanya memenangi 36 kerusi Melayu dengan hanya 16 kerusi selamat dan 20 kerusi tipis.

4. BN menerusi UMNO berjaya menang di 83 kerusi Melayu dengan 50 kerusi selamat dan hanya 30 kerusi tipis.

5. Data ini menunjukkan tugas PAS sangat besar bagi memenangi pengundi Melayu. Untuk itu strategi yang betul bagi menghadapi pengundi Melayu ialah dengan tidak menimbulkan sebarang isu kontroversi melibatkan Melayu-Islam. Sebarang kontroversi yang dibangkitkan oleh DAP terutamanya hanya akan menjarakkan lagi pengundi Melayu daripada PAS. Apatah lagi media arus perdana sangat berperanan meracuni pengundi Melayu yang rata-ratanya berada di luar bandar.

6. Sementelah pula jika kontroversi isu agama dan Melayu itu dibangkitkan oleh sebahagian pimpinan PAS maka ia menjadi bola tanggung untuk UMNO terus mengukuhkan kedudukan mereka di kalangan Melayu. Kesannya sudah lasti dirasai oleh PAS.

Sokongan Padu Pengundi Cina Terhadap PR

1. Corak pengundian pengundi Cina membayangkan mereka begitu yakin Pakatan Rakyat mampu menumbangkan BN yang terasnya adalah Melayu UMNO dan membentuk kerajaan campuran kuasa pelbagai etnik dalam PRU ke 14.

2. Dalam PRU ke 13 BN menerusi Gerakan dan MCA gagal mendapat sebarang kerusi majoriti Cina sedang PR menerusi DAP dan PKR menyapu bersih 29 kerusi dengan 25 kerusi selamat dan hanya 4 kerusi dimenangi secara tipis.

3. Di 36 kerusi parlimen campuran pula PR memenangi 23 kerusi dengan 18 kerusi selamat dan 5 kerusi tipis manakala BN hanya mendapat 13 kerusi dengan 4 sahaja kerusi selamat dan 9 kerusi tipis. Keadaan ini menunjukkan PR hanya perlu bekerja keras untuk memenangi hanya 13 sahaja lagi kerusi campuran yang dimenangi BN.

4. Kesimpulannya, dengan mengekalkan kemenangan sapu bersih 29 kerusi Cina, 23 kerusi campuran dan merebut 13 lagi kerusi campuran, PR menerusi DAP dan PKR terutamanya bakal memiliki 65 kerusi Parlimen. Dengan corak pelbagai isu dimainkan oleh PR pada hari ini usaha untuk mendapatkan kemenangan maksima di kerusi Cina dan campuran adalah mudah bagi PR.

Strategi Kemenangan PR PRU14

Merujuk kepada analisis di atas kesimpulan yang boleh dibuat ialah:

1. PAS perlu melipatkan gandakan usaha memenangi pengundi Melayu.

2. Sokongan Cina dan kerusi campuran pelbagai etnik kepada DAP dan PKR sudah hampir sampai ke siling.

3. Tumpuan utama PR ialah pada kerusi Sabah dan Sarawak.

4. Sebarang strategi yang mengabaikan sokongan pengundi teras PAS iaitu Melayu akan meletakkan PAS sebagai parti paling lemah dalam PR.

5. Kuasa tawar menawar politik apabila PAS lemah ialah antara DAP serta PKR mewakili pengundi pelbagai etnik dan UMNO mewakili pengundi Melayu manakala PAS hanyalah seumpama melukut di tepi gantang politik.

6. MCA dan Gerakan sudah hampir kehilangan gigi malah mungkin hampir lumpuh melainkan ia bersama dalam arus DAP dan PKR.

(*)  Penulis ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus.

Kebakaran Di Kampung Baru, 96 Hilang tempat Tinggal

Posted: 16 Dec 2014 11:17 PM PST

Oleh: NATASHA JOIBI
 
 
 
 
 
KUALA LUMPUR: Dua deret rumah setinggan di Jalan Raja Alang, Kampung Baru di sini terbakar dalam kejadian awal pagi Isnin, meninggalkan 96 orang kehilangan tempat tinggal.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata pihak berkuasa telah dimaklumkan mengenai kebakaran itu kira-kira pukul 4.30 pagi.

"Seramai 41 ahli bomba tiba di lokasi itu dalam masa 10 minit untuk memadam kebakaran.

"Pasukan itu berjaya memadamkan api kira-kira pukul 5.20 pagi" katanya.

Azizan berkata tiada seorang pun penduduk terpaksa berpindah cedera dalam kebakaran itu.

Lapan Ditahan Kes Curi Karya Seni RM1.5 Juta

Posted: 16 Dec 2014 11:15 PM PST

Oleh: NATASHA JOIBI



SEPANG: Polis menahan lapan suspek berhubung kehilangan enam lukisan bernilai RM1.5 juta.

Lukisan tersebut, karya Chen Shi Jie memenangi anugerah Republik Rakyat China (PRC)  sepatutnya dipamerkan di Festival Kesenian Antarabangsa Sasaran di Kuala Selangor pada bulan November.

Walau bagaimanapun lukisan-lukisan tersebut hilang dari kawasan tuntutan bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 20 November.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Yusoff Awang berkata, suspek yang berusia antara 19 dan 59 tahun, telah ditangkap di antara 6 Disember dan 9 Disember di beberapa kawasan di Kuala Lumpur.

"Kami menangkap suspek pertama, yang merupakan seorang pelukis berusia 44 tahun, pada 6 Disember. Tujuh yang lain ditahan dalam tempoh tiga hari.

"Salah seorang daripada mereka adalah seorang pemilik galeri, yang mempunyai gelaran 'Datuk'.

"Kami menemui lukisan itu di rumah Datuk itu di Damansara," katanya.

Yusoff menjelaskan, di antara lapan suspek, dua daripada mereka adalah pensyarah di institusi awam dan swasta, manakala yang lain terlibat dalam industri seni.

Suspek terdiri daripada empat lelaki dan empat wanita.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Bukit Aman Tumpas 'Macau Scam' Tipu Lebih RM12 Juta

Posted: 16 Dec 2014 11:09 PM PST

MSTAR ONLINE


PETALING JAYA: Bukit Aman menumpaskan sindiket penipuan antarabangsa 'Macau Scam' melibatkan kerugian mencecah lebih RM12 juta berikutan penahanan 60 warga Taiwan dan China dalam serbuan serentak di dua rumah di ibu negara petang Selasa.

Sindiket itu didapati aktif sejak Julai lepas dan menjadikan rumah yang disewa di Taman Seputeh dan Taman Cheras dekat sini sebagai pusat operasi.

Timbalan Pengarah Bahagian Jenayah Siber, Senior Asisten Komisioner Mohd Kamarudin Md Din, berkata sindiket ini akan menjadikan mangsa yang mempunyai masalah hutang, kad kredit dan mahkamah sebagai sasaran

"Semua warga Taiwan dan warga China yang ditahan ini  dipercayai direkrut dan dibawa ke negara ini untuk menipu mangsa dari negara masing masing," katanya.

Mohd Kamarudin berkata, selain pembabitan warga asing, polis juga tidak menolak kemungkinan rakyat tempatan turut membantu sindiket itu untuk menyewa rumah berkenaan.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Cadangan lesen pemancing dibatal serta merta

Posted: 16 Dec 2014 07:14 PM PST

SINAR HARIAN


Ismail Sabri Ismail Sabri
 
 
PUTRAJAYA - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri hari ini membatalkan serta merta cadangan Jabatan Perikanan untuk mengenakan lesen terhadap pemancing mulai tahun depan.

Beliau berkata walaupun peraturan itu adalah selaras dengan garis panduan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan diguna pakai di banyak negara, namun ia didapati belum masanya peraturan itu dikuatkuasakan di negara ini.

Katanya peraturan melesenkan pemancing telah diluluskan drafnya oleh Jabatan Peguam Negara pada 2012.

"Namun buat masa ini Jabatan Perikanan sedang mendapatkan maklum balas daripada semua pihak berkepentingan sebelum cadangan tersebut di bawa ke peringkat kementerian untuk tindakan  lanjut," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai terdapat laporan bahawa Jabatan Perikanan bercadang mengenakan peraturan itu untuk mengawal populasi ikan serta mengelak aktiviti mencari ikan dengan cara yang salah seperti aktiviti bot tunda di perairan cetek. 

Isu berkenaan menjadi viral di laman sosial terutama milik peminat dan kaki pancing yang merasakan langkah memperkenalkan lesen kepada pemancing adalah tidak wajar.

Ismail Sabri berpendapat jika tujuan pelesenan ialah untuk mengelak aktiviti perikanan yang menyalahi undang-undang termasuk pengeboman ikan, sudah terdapat undang-undang serta peraturan mengenainya yang perlu dilaksanakan.

Mengulas lanjut, beliau berkata beliau hanya mengetahui berhubung cadangan itu malam tadi menerusi posting yang dihantar ke laman Facebook beliau.

"Saya sendiri tidak tahu tentang cadangan itu dan saya sendiri terkejut selepas membaca posting di Facebook.

"Peraturan itu kurang wajar dan tidak sesuai dan saya telah mengarahkan supaya cadangan itu dibatalkan serta merta," katanya.

Aktiviti memancing jelas beliau turut merupakan aktiviti sukan dan hobi, malah ada juga nelayan miskin yang terlibat dengan aktiviti memancing di Zon A yang rata-ratanya terdiri daripada golongan miskin, sudah tentu pengambilan lesen akan menyulitkan mereka. - Bernama

JPN nafi keperluan tukar MyKad

Posted: 16 Dec 2014 07:10 PM PST

SINAR HARIAN

JPN

KUALA LUMPUR - Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mempercayai maklumat tersebar tentang arahan penukaran MyKad selewat-lewatnya pada hujung tahun ini bagi mengelak daripada didenda.
  
Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Sulaiman Keling berkata, tiada keperluan untuk menggantikan kad pengenalan kepada yang baharu sekiranya MyKad yang dimiliki masih dalam keadaan baik dan berfungsi.
  
Beliau menegaskan sebarang maklumat berkaitan kad pengenalan hanya boleh disahkan oleh ketua pengarah pendaftaran negara dan pegawai pendaftaran yang dilantik sahaja.
  
"Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengharapkan kerjasama orang ramai untuk tidak mempercayai sumber berita dari laman sosial atau media tidak rasmi bagi mengelakkan sebarang kekeliruan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
  
Beliau menjelaskan penukaran kepada MyKad struktur baharu adalah tidak diwajibkan sebaliknya, pelaksanaannya adalah secara berterusan dan tiada tarikh tutup ditetapkan.
  
Sulaiman berkata, peraturan membuat MyKad terbahagi kepada tiga bahagian.   
  
"Pertama adalah seseorang kanak-kanak warganegara Malaysia yang telah mencapai umur 12 tahun adalah wajib membuat kad pengenalan bagi kali pertama di bawah Peraturan 3, Peraturan-peraturan Negara 1990 (kecuali Orang-orang terkecuali sebagaimana di bawah Peraturan 27, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990).
  
"Warganegara yang telah mencapai umur 18 tahun dan sebelum mencapai 25 tahun wajib membuat penukaran dan ianya hanya perlu dilakukan sekali seumur hidup sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Peraturan 18, Peraturan-peraturan Negara 1990.
  
"Gantian kad pengenalan yang dibuat sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan kad pengenalan atau cip tidak berfungsi dan pertukaran butiran yang telah diluluskan oleh JPN," katanya.
  
Beliau berkata, MyKad mula diperkenalkan sejak tahun 2000 manakala MyKad versi terkini pula dikeluarkan mulai 3 Jan 2012. -Bernama

Rumpai miang Mexico menular di enam daerah Perak

Posted: 16 Dec 2014 07:09 PM PST

SINAR HARIAN

Rumpai miang mexico ini dikategorikan sebagai perosak berbahaya. Rumpai miang mexico ini dikategorikan sebagai perosak berbahaya.
 
 
IPOH - Enam daerah di Perak dikesan berlaku penularan rumpai miang Mexico atau 'parthenium hysterophorus', kata Pengarah Jabatan Pertanian negeri Zabidi Dun.

Beliau berkata penularan rumpai itu keseluruhannya meliputi seluas 11 hektar melibatkan kawasan Lembah Kinta, Kuala Kangsar, Larut Matang dan Selama, Manjung, Perak Tengah serta Hulu Perak.

"Kita sedang giat menjalankan kerja membanci di seluruh negeri untuk menentukan sama ada terdapat rumpai ini di sesuatu kawasan.

"Kita tidak dapat meliputi semua kawasan dan kita mengharapkan pemimpin tempatan atau orang ramai dapat memaklumkan kepada kita sekiranya terjumpa tumbuhan itu," katanya kepada pemberita selepas melakukan operasi kawalan rumpai berkenaan di Taman Chemor Maju di sini, hari ini.
 
Zabidi berkata rumpai miang itu mudah merebak dengan cepat kerana ia mampu menghasilkan 100,000 biji benih untuk satu pusingan dan biji benih rumpai berkenaan boleh kekal dalam tanah sehingga 10 tahun.

Katanya debunga yang keluar daripada rumpai itu juga boleh menyekat atau mengganggu proses pengeluaran hasil tanaman pokok yang sedang berbuah.

Beliau berkata tumbuhan itu perlu dikawal berdasarkan Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 yang mana rumpai berkenaan tersenarai dalam perosak kuarantin yang berbahaya dan perlu diambil tindakan untuk menghapuskannya.

"Setakat hari ini, tidak kurang separuh daripada 11 hektar kawasan yang dikenal pasti telah diambil tindakan dengan melupuskannya," katanya.

Beliau berkata antara langkah untuk menghapuskan rumpai itu ialah menggunakan sarung tangan dan pakaian yang sesuai untuk mencabut rumpai itu selain boleh dihapuskan dengan menggunakan racun rumpai yang bersesuaian.

Sebelum ini, media melaporkan kejadian alahan pada kulit dan gejala gangguan sistem pernafasan dalam kalangan pekerja ladang kelapa sawit di Sidam, Kedah dipercayai berkaitan dengan rumpai miang Mexico.

Rumpai miang Mexico merupakan sejenis tumbuhan liar yang berasal dari beberapa negara di Amerika Selatan dan Utara sebelum tersebar ke Asia dan dikatakan berbahaya kerana boleh memberi kesan teruk kepada ekosistem semula jadi, sektor pertanian dan ternakan selain kesihatan manusia.

Tumbuhan itu yang mempunyai bunga berwarna putih dan daunnya seakan-akan ulam raja mempunyai ketinggian antara 1.5 meter hingga dua meter.   

Antara negeri yang dikesan ditumbuhi rumpai itu ialah Perak, Selangor, Kedah, Negeri Sembilan, Johor dan Melaka.  -Bernama

Tangguh GST, sidang parlimen tergempar Bajet 2015

Posted: 16 Dec 2014 07:00 PM PST

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: Dengan suasana ekonomi yang tidak menentu dengan kejatuhan mendadak nilai Ringgit, harga minyak, bursa saham, harga getah dan sawit, sudah sampai masa rakyat mendesak kerajaan untuk menangguhkan perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, GST tidak wajar dilaksanakan dalam keadaan ekonomi tidak menentu kerana tiada yang dapat menjangkau impaknya pada kehidupan seharian dan ekonomi negara, lebih-lebih lagi dalam krisis ekonomi.

Katanya, kerajaan tidak harus memperjudikan nasib negara dan rakyat di 2015 dengan perlaksanaan GST yang bakal melonjakkan inflasi di dua tahun pertama perlaksanaannya sebagaimana yang berlaku di China, Singapura dan juga Australia berdasarkan laporan "2H2014 Economic Outlook: External Positives Amidst Domestic Challenges".

Menuutnya, perniagaan dan rakyat perlu diberikan ruang yang lebih selesa dan menentu untuk menghadapi krisis ekonomi yang kian nyata.

"Solusi jangka pendek boleh diwujud dengan menangguhkan perlaksanaan GST," ujarnya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, ujar beliau rakyat perlu mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memanggil satu sidang parlimen tergempar untuk memperincikan semula Bajet 2015 yang diluluskan berdasarkan pendapatan negara yang tidak menepati realiti semasa masa kini.

Tambahnya, antara butiran yang penting yang perlu diperincikan termasuklah:

1. Pengurangan pendapatan Petronas dan sumbangannya kepada kerajaan
2. Penurunan nilai Ringgit dan kesannya pada hutang negara
3. Pengurangan pendapatan daripada sumber eksport sawit dan getah
4. Langkah-langkah pengurangan kos – termasuklah pengurangan lawatan ke luar negara oleh para menteri kabinet.
5. Ke manakah wang yang diperuntukkan untuk subsidi minyak akan digunakan memandangkan subsidi minyak sudahpun ditarik balik.
6. Menjawab segala pertuduhan mengenai 1MDB.
"Di sidang tergempar ini, diharap kerajaan akan memberikan ruang kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk hadir bersama dan memberikan pendapat," ujarnya.

Beliau menambah, pengalaman Mahathir menangani krisis kewangan pada tahun 1999 boleh dijadikan panduan sebelum terlambat.

Tegasnya, rakyat perlu bersatu mendesak kerajaan melakukan sesuatu.
"Jika tidak, percayalah Najib akan terus berpekak seperti bisunya beliau dalam isu 1MDB yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat mahupun Dr Mahathir," katanya lagi. - HARAKAHDAILY

Hudud: DAP tiada hak halang Pas

Posted: 16 Dec 2014 06:54 PM PST


TUNKU ABDUL AZIZ TUNKU ABDUL AZIZ
 
 
SHAH ALAM - DAP tidak mempunyai hak untuk menghalang, sebaliknya perlu menghormati Pas untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim berkata, hudud merupakan pegangan dan perjuangan yang telah lama dibawa Pas dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.  

"Jika DAP menghalang Pas untuk laksanakan hudud, ia seolah-olah tidak menghormati dan menzalimi Pas selaku rakan dalam pakatan.

"Apa hak DAP untuk mengatakan tidak pada hukum hudud yang ingin dibawa Pas?" katanya, semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN: Hudud: Sudah 20 tahun Pas tunggu]

Beliau turut menegaskan tiada kesepaduan yang wujud dalam hubungan antara Pas, DAP dan PKR walaupun selepas sudah lama bersama sejak sekian lama.

Menurutnya, kini jelas ketara DAP dan PKR hanya menggunakan Pas untuk mendapatkan lebih banyak kerusi pada Pilihan raya umum yang lalu.

PR akan selesaikan isu hudud secepat mungkin

Posted: 16 Dec 2014 06:52 PM PST


Nurul Izzah Anwar  
Nurul Izzah Anwar


SHAH ALAM – PR akan segera menyelesaikan kemelut yang berlaku antara Pas dan DAP berhubung isu hudud yang menjadi pertikaian antara dua parti itu.

Naib Presiden PKR,  Nurul Izzah Anwar berkata,  PR akan mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat bagi membincangkan hal itu.

Beliau berkata, mesyuarat itu akan dipengerusikan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri dalam minggu ini.

"Kita juga akan keluarkan kenyataan media dalam tempoh terdekat berhubung isu ini," katanya semalam selepas hadir menyerahkan petisyen bantahan terhadap pentadbiran Universiti Malaya (UM) berhubung tindakan kepada tujuh pemimpin pelajar dikenakan tindakan disiplin.

[ARTIKEL BERKAITAN: Hudud: Sudah 20 tahun Pas tunggu]

Ketika ditanya mengenai pendirian PKR berhubung isu itu, Nurul Izzah enggan mengulas lanjut dan mengulangi kenyataannya yang perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat PR.

Sementara itu Setiausaha PKR Selangor, Amirudin Shaari berkata, isu hudud adalah satu keputusan dasar dan ia perlu diselesaikan secara mesyuarat bersama komponen PR.

"Hudud ialah keputusan dasar tidak boleh diselesaikan dengan kenyataan media dan berseorangan. Kena ada perbincangan bersama.

"Pas perlu terbuka untuk memperkemaskan hudud. Sebelum ini Pas maklumkan nak tubuhkan jawatankuasa untuk beri pemahaman tentang hudud jadi proses itu harus dijalankan, tidak boleh dilaksanakan begitu sahaja," katanya selepas sidang media Program Temasya Selangor, di sini, semalam.

Tiada ulasan: