Ahad, 21 Disember 2014

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Haron Din kata tahaluf siyasi dengan DAP sudah koyak, lapor Utusan

Posted: 21 Dec 2014 11:00 PM PST

 
Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata jika DAP atau Lim Guan Eng terus mempertikai hukum hudud, parti tersebut bebas untuk memilih jalan sendiri. – Gambar fail
Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata tindakan DAP yang berterusan mempertikaikan hudud mengoyakkan kertas "tahaluf siyasi" antara PAS dengan komponen Pakatan Rakyat (PR), DAP kerana bagi beliau hudud adalah "nyawa" PAS, lapor Utusan Online hari ini.

Malah lapor Utusan, Haron berkata jika DAP ataupun Lim Guan Eng tidak selesa dengan perjuangan PAS itu, setiausaha agung DAP tersebut boleh mencari "keselesaan" lain dengan jalannya sendiri.

Justeru, tegas tokoh ulama PAS itu, jika DAP atau Guan Eng berterusan mempertikai hukum hudud, parti tersebutlah sebenarnya bertanggungjawab merosakkan "kertas" tahaluf siyasi yang dipersetujui pakatan pembangkang sejak 2008, lapor media Umno itu lagi.

"PAS tidak terbelenggu dengan komen lawan mahupun kawan. Hudud adalah nyawa PAS dan ini perjuangan asas yang tidak pernah lekang. Jika Guan Eng berasa tidak selesa, maka carilah jalannya sendiri untuk keselesaan kerana hudud tetap diteruskan (di Kelantan).

"Apa yang dibuat DAP hanya mencacat dan mencarik robek tahaluf. Kalau terus menerus demikian, maka DAP yang mengoyak kertas tahaluf kerana PAS tidak pernah mempertikai asas perjuangan DAP," katanya sebagaimana dilaporkan akhbar itu.

Kerajaan negeri Kelantan yang dipimpin PAS akan mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 29 Disember ini bagi meminda Enakmen Jenayah Syariah II (Hukum Hudud) bagi membolehkan ia dilaksanakan di negeri itu.

Pada masa yang sama, DAP terus mengkritik PAS dan menyifatkan hudud bakal melambatkan PR ke Putrajaya.

PKR pula akan mengadakan mesyuarat hari ini bagi membincangkan isu ini.

Guan Eng pula menyifatkan, komitmen sekutu DAP itu untuk tetap melaksanakan hudud di Kelantan adalah penghinaan kepada PR selain mendakwa langkah berkenaan bertentangan dengan konsensus pakatan.

Kenyataan tersebut dibuat ketua menteri Pulau Pinang berkenaan tidak sampai seminggu selepas beliau mendesak pakatan pembangkang memuktamadkan pendirian untuk menolak hudud ketika merasmikan Persidangan Kebangsaan DAP kononnya demi aspirasi pengundi.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mengalu-alukan DAP keluar pakatan sekiranya tidak yakin dapat memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14, jika hukum hudud dilaksanakan di Kelantan.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam satu laporan media menyebut, isu hudud sudah lama diputuskan oleh PAS sebelum wujudnya PR. - TMI


Lagi Berita

VIDEO - Tahun 2015 Rakyat Bakal di "April Fool" kan - V Sivakumar

Posted: 21 Dec 2014 10:15 PM PST


Isnin, 22 Disember 2014 Tahun 2015 Rakyat Bakal di "April Fool" kan - V Sivakumar

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

Rafizal ada 7 hari untuk minta maaf kata Khairuddin Khairuddin

Posted: 21 Dec 2014 09:30 PM PST

Khairuddin menyifatkan Rafizal sebagai "budak hingusan" dan mahu Ketua Pemuda UMNO itu minta maaf atau berhadapan tindakan undang-undang

PETALING JAYA : Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan mendesak Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang Rafizal Abdul Rahim menarik balik kenyataannya fitnahnya dan memohon maaf kepadanya secara terbuka dalam masa tujuh hari.

Khairuddin berkata, sekiranya Rafizal tidak berbuat perkara sedemikian, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Katanya, kenyataan Rafizal yang mendakwa beliau tidak pernah menghadiri program yang melibatkan UMNO bahagian dan negeri merupakan suatu fitnah yang terbesar dilakukan oleh Ketua Pergerakan UMNO negeri itu.


Rafizal Abdul Rahim

"Sayalah orang yang tinggal di Kuala Lumpur yang rajin balik ke bahagian saya hampir setiap minggu. Saya ingin nasihatkan Rafizal bahawa kenyataan kolotnya sudah tidak relevan lagi di zaman sekarang.

"Kini kita sedang menghadapi dunia yang semakin terbuka dan amat mencabar. Kita mesti berani dikritik dan menerima pandangan rakyat sekiranya kita mahukan UMNO terus disayangi," katanya dalam satu kenyataan kepada Free Malaysia Today. 


Khairuddin turut mempersoalkan tindakan Rafizal yang meminta beliau meninggalkan UMNO dan seolah-olah parti itu miliknya.

"Rafizal ingat UMNO ini hak beliau?

Siapa beliau nak suruh saya tinggalkan UMNO? Hakikatnya Rafizal adalah seorang budak hingusan dan baru di dalam arean politik. Politik beliau adalah politik mengampu pemimpin.

"Teguran saya amat ikhlas demi untuk menjamin agar UMNO terus diterima serta disayangi rakyat seakhir zaman. Ini yang harus jadi pedoman serta asas perjuangan kita," tegasnya. 


Khairuddin berkata, beliau juga telah bersedia terhadap apa jua bentuk tindakan disiplin ke atasnya sekiranya tindakannya melanggar etika parti.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan Badan Perhubungan UMNO negeri didesak mengambil tindakan terhadap Khairuddin kerana mengkritik pimpinan UMNO di negeri itu. Ketua Pergerakan UMNO negeri, Rafizal Abdul Rahim berkata, UMNO negeri perlu mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan isu Khairuddin yang menggunakan portal propembangkang untuk menyerang UMNO negeri dengan pelbagai tohmahan.

Menurutnya, UMNO negeri tidak sepatutnya mengambil sikap tunggu dan lihat kerana tindakan Khairuddin itu secara terang-terangan membawa imej buruk kepada UMNO Khairuddin baru-baru ini menerusi satu temubual portal Malaysiakini mendakwa pemimpin negeri yang dipilih oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melantik pemimpin yang 'tidur'

Beliau turut mencetuskan kontroversi apabila turut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan anak syarikatnya kerana menjalankan perniagaan yang boleh dipersoalkan serta mahu siasatan terperinci dan komprehensif dilakukan bagi mengenal pasti punca masalah syarikat itu.

 


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

[VIDEO] Rentap Kain Rentang Krismas: KDN Perlu Bertindak Ke Atas PERKASA

Posted: 21 Dec 2014 08:45 PM PST

 
 

Perkasa salah rentap kain rentang Krismas'

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi mengkritik tindakan anggota PERKASA yang merentap jatuh kain rentang ucapan Krismas dan tahun baru di hadapan ibu pejabat DAP Perak, pada Jumaat.

"Kita harus menghormati agama lain. Saya berpendapat bahawa jika kita mahu agama kita dihormati, kita juga mesti menghormati orang lain.

"Saya yakin sekiranya ada orang yang melakukan perkara itu kepada kita, kita juga akan marah," kata Zahid, seperti dilaporkan The Star.

Jumaat lalu, PERKASA mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat DAP Perak ekoran kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng yang berkata orang bukan Islam di Pulau Pinang boleh menggunakan kalimah 'Allah'.

Dalam demonstrasi itu, NGO Melayu tersebut merentap jatuh kain rentang itu dan cuba menarik lengan ADUN Tebing Tinggi Ong Boon Piow.

Selain dari demonstrasi di Perak, mereka turut membuat bantahan sama di Pulau Pinang.

Di negeri Pulau Mutiara itu, penunjuk perasaan menggelar Lim sebagai "babi hutan". -mk






ULASAN GB

KDN sepatutnya mengambil tindakan ke atas PERKASA dan kumpulan yang menyerang serta mengoyakkan kain rentang Krismas di ibu pejabat DAP beberapa hari lalu.

Adalah tidak wajar tindakan liar itu dibiarkan dengan mereka meletak undang-undang di dalam tangan mereka sendiri.

Jikalah kesalahan itu dilakukan oleh PR, kerajaan begitu pantas bertindak, tetapi oleh kerana ia dilakukan oleh NGO mesra UMNO, pihak polis dan KDN membiarkannya saja.

Mengapa ada double standard di dalam penguatkuasaan undang-undang? Ketua Polis Negara perlu bertanggungjawab menjelaskan hal ini.



Kelab Greenboc

GAYA HIDUP SERBA MEWAH PUTERA DI RAJA DUBAI

Posted: 21 Dec 2014 08:00 PM PST

 


Putera Mahkota Dubai, Hamdan bin Mohammed, mempunyai kehidupan yang cukup menakjubkan.... Kehidupan sepenuhnya dalam segala bidang. 
Dari akaun Instagram, anda boleh lihat sendiri bagaimana beliau membawa gaya hidup yang semua orang inginkan....

























Gambar: Trak Tentera Terbalik Di Lahad Datu Korbankan Seorang Anggota Kita Bantai

Posted: 21 Dec 2014 07:30 PM PST

 
Trak Tentera Terbalik
LAHAD DATU: Seorang anggota tentera maut, 2 kritikal dan 11 parah setelah terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah trak pengankut 3 tan yg terbalik ke dalam sebuah parit di Jalan Tengah Nipah, dekat Kampung Biuang, semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 10.45 pagi itu dilaporkan trak maang itu membawa 23 anggota daripada 17 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dari Kem Cenderawasih dalam wilayah Esscom untuk rondaan.


Trak Tentera Terbalik




Trak Tentera Terbalik

Anggota tentera yang meninggal adalah arwahyarham  Koperal Farouk Bahar, 29, dari Yong Peng, Johor dipercayai meninggal dalam semasa daa perjalanan ke Hospital akibat kecederaan parah di tubuhnya.


Trak Tentera Terbalik

Jenazah mangsa telah diterbangkan menggunakan helikopter Nuri ke Hospital Tawau untuk dibadeah siasat dan anggota lain yang terlibat telah di rawat di Hospital Lahad Datu dan dilaporkan stabil. 

Berikut adalah ringkasan kejadian kemalangan tersebut.

1) 0855H - Konvoi bergerak dari Kem Cenderawasih untuk ke Sandakan bagi pelaksanaan Ex PASAK 1 di bawah kelolaan MK ESSCOM. Konvoi seramai 2 x Peg dan 71 x LLP yang diketuai oleh Kapt Mohammad Faezi bin Ruslan (3011379) dengan menggunakan 1 x D-Max dan 3 x Trak 3 Ton.

2) 1052H - Kapt Faezi telah menghubungi PS3 Gerak MK Bgd ESSCOM, Kapt Aliff Nadzri bin Ridzuan (3009811) memaklumkan 1 x Trak 3 Ton, no daftar ZC 2421 telah terbabas kira-kira 4 KM dari dari Pekan Lahad Datu di kawasan Batu 5, Kg Sungai Nipah, Lahad Datu.

3) 1055H - Kapt Aliff memaklumkan kejadian kepada Komander Op Daratan, Kol Abdul Halim bin Ismail (3003508).

4) 1100H - Kejadian dimaklumkan kepada Peg Mem 5 RRD yg berpengkalan di Kem JPG Lahad Datu untuk tindakan awal. Anggota yang cedera di bawa ke Hospital Lahad Datu untuk menerima rawatan dengan ambulans.

Status meninggal/cedera.
Meninggal - 1 x LLP
Cedera kritikal - 2 x LLP
Cedera parah - 6 x LLP
Cedera ringan - 14 x LLP

Butir-butir anggota yang meninggal adalah seperti berikut.

1. Nama: 1143866 Kpl Mohd Farouk bin Bahar (Pen Ket Seksyen)

2. Pasukan: 17 RAMD (Para), Terendak.

3. TMT: 14 Jun 2004 (10 tahun 6 bulan).

4. TTP: 17 Jun 2019 (15 thn).

5. T/Lahir: 5 Dis 1985 (29 tahun)

6. Waris 1: Habibah binti Rantau (ibu).

7. Waris 2 : Bahar bin Mustafa (ayah) - 0127524126

8. Ins Kelompok: 15 unit (261983)

9. Alamat: No 4, Jln Utama 10, Taman Utama, 83700 Yong Peng, Johor.

10. Ringkasan kejadian

Pada 201050H Dis 14, di kawasan Batu 5, Kg Sungai Nipah, Lahad Datu, 1x 3 Trak Ton yang dipandu oleh 1171843 Pmd Watson AK Usin dilaporkan hilang kawalan selepas memotong 1x lori.

Sewaktu pemandu cuba menstabilkan kenderaan tersebut, tayar kiri belakang kenderaan tersebut dilaporkan telah terkeluar dari bahu kiri jalan dan terseret menyebabkan kenderaan hilang kawalan dan terbabas di seberang kanan jalan. Anggota yang terlibat kemalangan adalah seperti berikut.

1) Laporan awal kemalangan yang melibatkan anggota ops daratan khas.

Anggota terlibat:
1. 1130869 Sjn Kamaryuslizam bin Yusoff
2. 1143564 Kpl Mohammad Amir bin Zakaria
3. 1175388 Pbt Muhammad Azrul Nazmi bin Muhammad.
4. 1174284 Pbt Mohd Suhaiman Akram bin Mohd Shukri.
5. 1174483 Pbt Mohd Nazirul Mubin bin Mohd Zakaria.
6. 1174875 Pbt Mohd Nur Firdaus bin Nurdin
7. 1168254 LKpl Mohd Khairul Zamir bin Safri.
8. 1175065 Pbt Shahrul Adib bin Ghazali
9. 1129423 Sjn Mohd Yusoff bin Abd Ghani.
10. 1143866 Kpl Mohd Farouk bin Bahar - Meninggal di tempat kejadian.
11. 1175342 Pbt Muhammad Hadri Hafis bin Othman.
12. 1174666 Pbt Muhammad Zarin bin Mohd Zabidi.
13. 1174715 Pbt Muhammad Faiz bin Mohd Faizol.
14. 1173384 Pbt Nik Mohd Haikal Syakir bin Nik Subardi.
15. 1128791 LKpl Azlan bin Ahmad.
16. 1174525 Pbt Mohd Romzi bin Jemali.
17. 1124132 SSjn Syamsuddin bin Hashim.
18. 1142190 Kpl Wan Mohd Azraey bin Wan Rosli.
19. 1175075 Pbt Syed Muhamad Nasrul bin Syed Jaafar.
20. 1141413 Kpl Mohd Syafaril bin Mohd Sabri.
21. 1120277 Kpl Mohamad Zaki bin Awang.
22. 1128939 Kpl Kamarudin bin Muhamad.
23. 1171843 Pmd Watson ak Usin.

- Anggota yang terlibat kemalangan telah dihantar ke hospital lahad datu untuk mendapat rawatan susulan.

11. Tindakan Pasukan:

a. Maklumat awal telah dimaklumkan kepada Peg Mem 17 RAMD.

b. Mendapatkan maklumat lanjut berkenaan status anggota yang menerima rawatan di Hospital Lahad Datu.

c. Lembaga siasatan akan ditubuhkan bagi menyiasat kejadian kemalangan tersebut.

Read more: http://www.kitabantai.info/2014/12/gambar-trak-tentera-terbalik-di-lahad.html#ixzz3MZxCCdNW

Allahyarham Tan Sri Ani Arope Dalam Kenangan - AL FATIHAH

Posted: 21 Dec 2014 07:00 PM PST


Perkhabaran duka saya terima awal Subuh tadi dengan pemergian Allahyarham Tan Sri Ani Arope ke rahmatuLlah tatkala sedang dalam rawatan di hospital swasta di Subang Jaya.

Allahyarham dahulunya pegawai Kanan MARDI, Pengarah Institut Penyelidikan Getah (RRI), dan terakhir menyumbang khidmat bakti selaku Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Allahyarham dikenali sebagai seorang ketua yang tegas khususnya dalam kontroversi pengeluar tenaga bebas (IPP) yang menyaksikan perjanjian berat sebelah yang nyata sekali membebankan rakyat terbanyak. 

Asakan politik ketika itu membuatkan Allahyarham terpaksa membayar harga yang mahal: meletakkan jawatan selaku pengerusi TNB atas prinsip dan integriti.


Memoir beliau yang dilancarkan tahun lepas, meskipun ringkas tetapi padat dengan maklumat dan pendedahan yang sewajarnya membuka mata rakyat.

Kesihatan Allahyarham acapkali terganggu beberapa tahun kebelakangan berikutan kanser prostat yang beliau hidap sekian lama tetapi dikesan hanya pada tahun 2010. 

Azizah berkelapangan beberapa kali menziarahi Allahyarham mewakili kami sekeluarga.

Sekalung takziah buat Puan Sri Sakinah dan keluarga atas pemergian Allahyarham kembali menemui Sang Pencipta. Nyata sekali ia satu kehilangan besar buat negara khususnya atas batu tanda integriti Allahyarham yang telah dipasak dalam lembaran sejarah.



Anwar Ibrahim
 

Anwar akan selamatkan Najib dari serangan Mahathir?

Posted: 21 Dec 2014 06:15 PM PST

Dalam politik segalanya mungkin.. hari ini mungkin seorang teman seperjuangan yang rapat tapi esok lusa belum tentu masih sebagai teman yang rapat.

Ianya boleh bertukar dari teman menjadi musuh dan begitu juga sebaliknya.. untuk mengekalkan kuasa ditangan mereka segalanya mungkin..

Oleh itu kita yang berada diperingkat bawahan ni jangan terlalu taksub kepada pemimpin, berpada-padalah dalam menyokong..

Amin Iskandar menulis..


Tidak kelihatan tanda-tanda Tun Dr Mahathir Mohamad akan menghentikan serangannya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Lihat sahaja hulubalang-hulubalang Dr Mahathir seperti Tun Daim Zainuddin, Datuk Ibrahim Ali, Datuk A Kadir Jasin dan Tan Sri Zainuddin Maidin, semuanya semakin agresif menyerang presiden Umno itu.

Terbaru bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid‎ Abdul Rahman yang menggunakan platform Perkasa menggesa Najib agar berhenti menipu rakyat.

Serangan daripada Umno juga sudah bermula. Daripada pemimpin bahagian sehingga ke pemimpin cawangan.

Walaupun serangan daripada Umno ‎masih di tahap "benih", tidak mustahil ia akan berakar dan menyebabkan Najib tersingkir.

Pada masa sama hanya dua tiga kerat pemimpin tertinggi Umno yang berani mempertahankan Najib secara terbuka.

Yang lain semuanya mengambil sikap "tunggu dan lihat."


Keadaan Najib kini sama seperti ketika bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi‎ diserang Dr Mahathir dahulu.

Melihat kepada sejarah Dr Mahathir, beliau tidak akan berhenti selagi objektifnya tidak tercapai.

Dan objektif Dr Mahathir pada ketika ini adalah Najib perlu berundur sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang.

Bantuan Anwar

Sekiranya mahkamah membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan, Dr Mahathir akan bertambah marah kepada Najib.

Bagi yang memahami politik antarabangsa, kenyataan Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden baru-baru ini agar Malaysia membuktikan ketelusan sistem kehakiman dan perundangan melalui kes Anwar merupakan isyarat jelas ketua umum PKR itu akan dibebaskan.

Apatah lagi pentadbiran Najib mengambil pendirian untuk bernaung di bawah kekuasaan AS.

Jangan kita lupa Presiden Barack Obama sendiri sudah datang Malaysia‎ baru-baru ini. Tidak mungkin Najib akan mengecewakan Obama.

Tulisan Biden di Twitter tentang Akta Hasutan di Malaysia dan kes Anwar tidak akan dilakukan tanpa restu presiden kulit hitam pertama AS itu.

‎Sekiranya Anwar bebas, beliau sudah tentu akan terhutang budi dengan Najib.

Dan Anwar merupakan satu-satunya musuh yang masih gagal "dibunuh" secara politik oleh Dr Mahathir dan mampu bertarung dengan bekas mentornya itu.

Jika Najib berani bekerjasama dengan Anwar, bekas timbalan perdana menteri itu merupakan benteng terbaiknya daripada serangan Dr Mahathir.

‎Anwar juga pada ketika ini tidak boleh lagi mengharapkan Pakatan Rakyat (PR) sebagai ‎kenderaan politiknya untuk menawan Putrajaya.

Perbalahan PAS dan DAP hanya menunggu masa sebelum mengulangi sejarah Barisan Alternatif pada 2001.

Sebelum ini, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa pernah mendedahkan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang berusaha memancing parti Islam itu untuk bekerjasama.

Sebelum Muhyiddin berjaya mendapatkan PAS, lebih baik Najib dan Anwar hidupkan kembali Konsensus Nasional yang tergendala.

Lagipun, oleh kerana musuh utama kepada Najib kini adalah Dr Mahathir, Anwar harus berkawan dengannya.



Anak Sungai Derhaka

Siapa sebenarnya yang terancam & jadi pengemis ?

Posted: 21 Dec 2014 06:00 PM PST

PERKASA Bertindak Keterlaluan....??

Posted: 21 Dec 2014 05:30 PM PST

 
Tindakan ahli-ahli PERKASA yang merentap jatuh kain rentang ucapan Krismas dan tahun baru di hadapan ibu pejabat DAP Perak, pada Jumaat lalu adalah amat melampau dan keterlaluan. 

Tindak-tanduk ahli-ahli PERKASA yang keterlaluan ini boleh mengundang ketegangan antara kaum dan agama. Sudah sekian lama ahli-ahli PERKASA ini bermaharajalela dalam membuat provokasi perkauman melampau tanpa di kenakan sebarang tindakan oleh pihak berkuasa.

Dalam demonstrasi itu, NGO Melayu pro-Umno itu juga cuba menarik lengan ADUN TebingTinggi Ong Boon Piow.

Selain dari demonstrasi di Perak, mereka juga mengadakan demontrasi di Pulau Pinang dan telah memanggil Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai 'Babi'.
 

Palanivel 'ayahanda' samseng, kata Muneandy

Posted: 21 Dec 2014 05:00 PM PST

 

Walaupun mengkritiknya, hakikatnya Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel sendiri seorang "ayahanda samseng dan ganas" dalam parti itu, kata seorang anggota jawatankuasanya Datuk N Muneandy.

Dalam kenyataannya kerasnya hari ini, Muneandy, berkata Palanivel memberi habuan terhadap pihak yang terlibat menyingkirkan bekas presiden Datuk Seri S Samy Vellu sebelum ini.

"Palanivel menganugerahkan mereka kedudukan dan ini petunjuk jelas terhadap dukungannya terhadap amalan samseng dan ganas," katanya anggota MIC Ampang itu.

Palanivel sebelum ini menyelar kekecohan yang berlaku dalam persidangan tergempar MIC pada Khamis sebagai "samseng dan ganas" terhadap pihak yang mahukannya berundur.

'Seribu orang sokong saya'

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Palanivel dilaporkan berkata, "lebih daripada seribu" orang hadir bagi menunjukkan sokongan padanya.

Beliau berkata demikian walaupun ramai hadirin hari itu menuntut beliau meletakkan jawatan.

Palanivel memberitahu The Star bahawa kesemua bahagian dan pengerusi negeri turun selepas mesyuarat jawatankuasa pusat khas berhubung pemilihan semula parti mendudukungnya.

"Parti kami sangat kuat, lebih 1,000 orang turun menyokong saya, semua MIC bahagian dan pengerusi negeri ada di situ.

"Ada sekumpulan kecil buat hu hah, keganasam dan perbuatan samseng – kita mesti tahu siapa mereka ini.

"Mereka cuba provok kita, kumpulan saya mahu bertindak tetapi mereka tidak lakukan, mereka diam saja," Palanivel dipetik sebagai berkata kepada akhbar itu.

Orang Sabah 'sebenar' dalam bahaya, kata Jeffrey

Posted: 21 Dec 2014 04:30 PM PST


Ahli politik Sabah, Datuk Jeffrey Kitingan memberi amaran bahawa orang Sabah 'sebenar' dalam bahaya kerana ekonomi terancam dan warga asing yang diberikan kad pengenalan kini mengambil alih pekerjaan dan tempat tinggal mereka.

Pengerusi Parti Reformasi Negeri (Star) Sabah itu mendakwa, terdapat 229,484 rakyat asing diberikan kad pengenalan secara "meragukan" antara tahun 1996 dan 2000.

"Terdapat bukti yang meyakinkan untuk menyokong 'penemuan' bahawa kad pengenalan dikeluarkan, walaupun tidak semua, kepada warga Indonesia dan Filiphina yang tinggal (di Sabah) melebihi tempoh," katanya yang juga ADUN Bingkor.

Bancian antara 1970 dan 2010 mendapati, tambahnya, berlaku peningkatan penduduk sebanyak 302 peratus (atau 1,918,792) di Sabah daripada 684,693 kepada 2,603,485 orang.

 
Sedangkan di Sarawak, menurut Jeffrey lagi, hanya berlaku peningkatan sebanyak 106 peratus (1,036,347), daripada 976,269 kepada 2,012,616 orang.

"(Warga asing) kini bukan sahaja bekerja sebagai pekerja ladang atau pembinaan, tetapi dalam pasaran terbuka, mereka mengambil alih tempat penduduk tempatan.

"(Warga asing) mengambil alih tanah pribumi, ladang, dan juga mengawal sektor pengangkutan, teksi dan bas," ujarnya.

Sementara itu pula, katanya, kebanjiran warga Pakistan dan India Muslim turut memberi ancaman kepada penduduk tempatan Sabah kerana berniaga secara runcit, menjual makanan dan lain-lain perniagaan di negeri itu.


Malaysiakini.

DAP cabar SPRM siasat projek jalan Kapit..?

Posted: 21 Dec 2014 04:00 PM PST



Ketua DAP Sarawak Chong Chieng Jen mencabar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat penganugerahan projek pembinaan jalan raya di Kapit, Sarawak.


Ini sebagai reaksi terhadap kenyataan seorang pengarah jabatan SPRM Mohd Jamidan Abdullah bahawa beliau tidak menemui kesalahan dalam pemberian tender untuk projek jalan Song/ Sungai Yong itu.

Chong turut menggesa agar SPRM menyelesaikan siasatan dalam tempoh tujuh hari.

Beliau mendakwa, "penukaran berahsia" daripada "tender terbuka" kepada "tender terpilih" untuk projek itu mempunyai unsur kronisme dan amalan perindustrian yang tidak betul.

Ini terutamanya apabila sebanyak 53 kontraktor menghantar tender masing-masing kerana beranggapan ia masih projek tender terbuka.

"Hanya SPRM berpendapat bahawa ia boleh diterima," katanya yang juga anggota parlimen Bandar Kuching dan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa.

Dalam perkembangan berkaitan, SPRM meminta DAP mengemukakan bukti bagi membantu siasatan terhadap projek itu.


Malaysiakini.

Kerana takut hilang kuasa, UMNO sanggup ‘mengemis’ kepada Perkasa dan ISMA Zairil - Roketkini.com

Posted: 21 Dec 2014 08:00 AM PST

 
KUALA LUMPUR: DAP hari ini menyelar tuduhan jahat dan tidak masuk akal bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa masyarakat Melayu sudah hilang dominasi dan menjadi pengemis kepada kaum Cina.

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari berkata, beliau sedih kerana Dr Mahathir sanggup menipu orang Melayu serta merendahkan martabat sendiri sehingga menggambarkan senario yang bukan sahaja mustahil, malah merupakan tipu muslihat politik zaman dahulu kala.

Menurutnya, hujah Dr Mahathir hanyalah muslihat politik kerana kuasa Melayu dalam setiap aspek masyarakat Malaysia sebenarnya berada di kemuncaknya pada masa ini, termasuk menguasai setiap jawatan penting kerajaan, daripada Perdana Menteri kepada 12 daripada 13 menteri besar negeri, semuanya dipegang oleh orang Melayu.

 Katanya, orang Melayu juga menguasai institusi-institusi negara seperti badan kehakiman, pasukan polis, perkhidmatan awam dan tentera.

Melayu juga membentuk majoriti penduduk Malaysia, selain mencatatkan kadar kesuburan yang satu setengah kali lebih daripada orang Cina. Ini bermakna bahawa orang Cina dan kaum-kaum lain semakin mengecil dari segi populasi penduduk.

 "Dari segi ekonomi, meskipun pemilikan ekuiti Melayu pada tahun-tahun awal Dasar Ekonomi Baru mungkin dalam digit tunggal, pemilikan ini telah berkembang dengan pesat sejak beberapa dekad yang lalu," katanya dalam satu kenyataan untuk menjawab muslihat politik perkauman Dr Mahathir.

 Dr Mahathir telah dilaporkan media sebagai berkata bahawa parti-parti dominasi Melayu seperti UMNO, PKR dan PAS terpaksa meminta sokongan dari DAP untuk memenangi PRU yang disifatkannya sebagai Melayu menjadi pengemis.

Zairil yang juga Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP menjelaskan, Bank Pembangunan Asia telah melaporkan bahawa ekuiti yang dimiliki syarikat berkaitan kerajaan (GLC) daripada permodalan pasaran Bursa Malaysia dan penanda aras pasaran Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) masing-masing berada pada kadar 36 peratus dan 54 peratus.

"Ini bermakna bahawa sebahagian besar ekonomi negara kita dikuasai oleh GLC yang secara umumnya dikuasai oleh orang Melayu," tambah beliau.

Apa yang sebenarnya berlaku, kata Zairil, ialah Dr Mahathir cuba menjadi wira untuk menyelamatkan UMNO kerana beliau sedar UMNO sedang menghadapi risiko kehilangan kuasa kerana semakin ditolak oleh rakyat, termasuk orang Melayu sendiri.

Ini bererti bukanlah orang Melayu yang bakal hilang kuasa, sebaliknya UMNO itu sendiri yang semakin tidak relevan, khususnya selepas prestasi buruk dalam pilihanraya umum tahun lalu, kata beliau yang juga Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan.

Zairil turut mempersoalkan hujah kononnya Melayu boleh hilang kuasa atau menjadi pengemis sedangkan kedudukan istimewa Melayu terjamin dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Sebarang Pindaan Perlembagaan melibatkan kedudukan Melayu memerlukan majoriti dua pertiga di Parlimen dan kelulusan Raja-raja Melayu. Jaminan ini bermakna tidak akan ada sebarang ancaman terhadap orang Melayu di negara ini.

"Berikutan prestasi sangat mengecewakan pada PRU lalu, UMNO sebenarnya yang telah pun melutut dan menjadi 'pak turut' kepada sayap kanan perkauman seperti Perkasa dan ISMA. Bukti  paling jelas adalah tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang membut pusingan-U terhadap janjinya untuk memansuhkan Akta Hasutan," katanya.

Selain menjadi 'pengemis' kepada Perkasa dan ISMA, Zairil berkata, ketakutan UMNO juga semakin membuak akibat ketidakmampuan mereka merencana agenda ekonomi yang jelas akibat masalah nilai ringgit kepada rakyat.

"Harga komoditi semakin merosot dengan prospek inflasi, penggunaan domestik juga bakal mengecut akibat pelaksanaan GST.

"Jadi, adalah tidak menghairankan bahawa UMNO dan Mahathir terpaksa menjaja ketakutan serta memilih cara terdesak untuk memulihkan sokongan yang teruk," ujarnya. – Roketkini.com


Dicatat oleh ELBI RISALAH

SPRM: Tak puas hati sila adu pada JK khas

Posted: 21 Dec 2014 07:30 AM PST


  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa DAP mengemukakan bukti bagi membantu siasatan terhadap projek pembinaan jalan di Kapit, Sarawak yang penganugerahannya dipertikai.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, pihaknya cuba menghubungi Ketua DAP Sarawak Chong Chieng Jen, yang membangkitkan perkara itu.

Shukri menegaskan bahawa mereka sedia bertemu dengan Chong sendiri berhubung perkara itu.

"Justeru, SPRM mengucapkan terima kasih dan berharap YB Chong Chieng Jen (kanan) dapat mengemukakan maklumat tambahan mengenai kes ini sekiranya ada.

"SPRM ingin menekankan bahawa SPRM tidak pernah menutup atau enggan menyiasat mana-mana aduan yang ada merit untuk disiasat," katanya.

Shukri berkata, SPRM memerlukan maklumat terperinci untuk membolehkan siasatan lanjut dijalankan apabila menerima aduan dan maklumat.

"Dalam hal ini, masyarakat perlu memahami bahawa keterangan yang diperlukan hendaklah mengenai pembabitan kedua-dua pihak yang menerima dan memberi rasuah," katanya.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini hari ini, SPRM juga menegaskan bahawa mereka bertindak secara telus, bebas, profesional dan tidak bersikap selektif.

Shukri juga berkata, jika tidak berpuas hati, Chong boleh menghubungi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah dan Jawatankuasa Aduan, iaitu badan bebas yang memantau perjalanan SPRM.

"Anggota Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah terdiri daripada kalangan ahli parlimen, termasuk wakil DAP iaitu Dr Tan Seng Giaw," katanya.

Isu Tudung - Rosyam Maafkan HAMLEYS

Posted: 21 Dec 2014 07:00 AM PST




Kuala Lumpur: Isu pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor yang memuat naik status di Twitter betapa dia kecewa dengan kakitangan kedai menjual alat permainan di sebuah pusat membeli-belah di Petaling Jaya yang meminta anak perempuannya, Nurlisa, 17, membuka tudung jika mahu bekerja di situ, Khamis lalu sehingga menjadi 'viral', menemui noktah petang tadi.

Ini kerana, pengurusan kedai terbabit membuat kenyataan maaf secara terbuka kepada Rosyam menerusi laman Facebook rasmi mereka dan Rosyam menerima permohonan maaf itu.

Pengurusan kedai berkenaan menafikan mereka mempunyai polisi tidak membenarkan pekerja wanita beragama Islam memakai tudung, malah mengalu-alukan sesiapa saja yang ingin bekerja di situ tanpa mengira bangsa atau agama.

Menurut kenyataan itu, siasatan yang dijalankan mendapati ia dilakukan salah seorang kakitangan baru mereka yang tidak mempunyai kuasa untuk menemuduga atau mengambil pekerja dan tindakan disiplin sudah diambil terhadap kakitangan terbabit.

Rosyam berkata, dia berharap perkara itu tidak berulang lagi pada masa akan datang.

"Saya maafkan mereka dan berharap perkara ini tidak akan berulang lagi," katanya yang akan bertemu pengurusan kedai berkenaan.

- hmetro


Minyak: Rakyat Pula Kena Beri Subsidi Kepada Kerajaan RM274 Juta Rakyat bayar harga lebih untuk RON95

Posted: 21 Dec 2014 06:15 AM PST

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata pengguna terpaksa menanggung harga tinggi untuk petrol RON95, sedangkan harga purata bagi 15 hari pertama Disember 2014 jatuh ke paras kurang dari RM2 seliter.

Menurutnya, formula yang diumumkan oleh kerajaan BN sebelum ini menunjukkan harga RON95 kini telah jatuh ke paras RM1.98 liter tanpa subsidi.

Malah, jika subsidi 30 sen seliter dikembalikan, maka harga RON95 bagi dua minggu pertama bulan ini secara purata telah jatuh ke paras RM1.68 seliter, katanya.

"Sehingga kini, tidak ada seorang pemimpin BN pun yang berani menafikan kenyataan saya sebelum ini bahawa rakyat telah terlebih bayar harga minyak yang lebih tinggi yang dianggarkan RM274 juta dalam tempoh 45 hari sejak 1 November 2014.

"Mengikut amalan biasa, jumlah ini dikembalikan oleh syarikat-syarikat minyak kepada kerajaan sebagai cukai tersembunyi," katanya dalam satu kenyataan.

Berdasarkan pengiraan itu, beliau mendesak kerajaan BN agar tidak berdolak dalih dan menurunkan harga RON95 kepada RM1.90 serta merta.

Rafizi berkata, jika harga RON95 yang akan diumumkan pada 31 Disember ini lebih tinggi dari RM1.90 seliter, ia bermakna BN terus memanipulasi harga RON95 dan diesel untuk mendapatkan keuntungan melalui cukai minyak secara tersembunyi.

"Selagi BN tidak menafikan perkara ini dan menjelaskan mekanisme sebenar, siapa yang menyimpan jumlah RM274 juta yang dibayar lebih oleh rakyat ini, selagi itulah rakyat akan terus beranggapan bahawa mereka dicukai secara tersembunyi melalui harga RON95 dan diesel yang lebih tinggi," katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan dalam laporan Bernama semalam menyebut, harga runcit RON95 dan diesel dijangka diturunkan di bawah paras RM2 seliter mulai 1 Jan ini, sekiranya harga minyak dunia kekal mengalami penurunan.

"Sekiranya harga minyak dunia terus mengalami penurunan selama tempoh 10 hari akan datang ini, saya yakin harga runcit RON95 dan diesel boleh ditetapkan pada harga di bawah RM2 seliter," katanya.

Harga runcit semasa bagi RON95 dan diesel pada ketika ini masing-masing RM2.26 dan RM2.23 seliter. -mk

Berita Yang Menakutkan Umno Selama Ini Telah Berlaku..

Posted: 21 Dec 2014 05:30 AM PST

 
Tidak gentar dengan pelaksanaan hukum hudud oleh PAS di Kelantan, Kumutha Raman, ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yakin undang-undang syariah itu bakal menurunkan kadar jenayah di Kelantan apabila ia dilaksanakan.

Ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Kumutha Raman tetap yakin pelaksanaan hudud kelak akan memberi kebaikan dalam menangani jenayah di Kelantan.

Meskipun berlaku pertelagahan antara PAS dan DAP, kedua-duanya merupakan ahli pembangkang daripada Pakatan Rakyat (PR) termasuk PKR, berhubung idea PAS untuk melaksanakan hudud, Kumutha berkata beliau bersedia menghadapi apa sahaja kemungkinan.

Berusia 35 tahun, nama Kumutha mula terpapar di media apabila bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, menjadikan beliau calon wanita bukan Islam pertama yang diletakkan PAS untuk bertanding dalam pilihan raya umum.

Malah, ketika rakan sekutu bukan Islam daripada PR menolak idea PAS, Kumutha optimis undang-undang syariah itu akan memberikan kebaikan kepada negeri pantai timur itu.

"Hudud hanya untuk orang Islam. Saya melihatnya daripada perspektif perundangan.

"Bagi saya, hudud akan mengurangkan kadar jenayah di Kelantan, malah terdapat syarat yang ketat perlu dipatuhi untuk melaksanakannya," katanya kepada The Malaysian Insider.

Antara jenayah yang disasarkan hudud adalah berzina, meminum minuman beralkohol, serta fitnah melakukan zina.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah baru-baru ini dilaporkan berkata, beliau yakin rancangan negeri itu untuk melaksanakan hudud akan membuahkan hasil tidak lama lagi.

Veteran DAP, Lim Kit Siang bagaimanapun melihat kedegilan PAS meneruskan rancangan mereka itu bakal memusnahkan PR.

Kumutha bagaimanapun menolak pendapat Kit Siang, tanpa memberikan penjelasan lanjut beliau berpendapat, PAS dan DAP tidak akan kehilangan sokongan melalui pelaksanaan hudud.

Berita Yang Menakutkan Umno Selama Ini Telah Berlaku

"Saya tidak yakin sokongan akan menurun. Malah, saya percaya bukan Islam akan melihat hasil yang positif dan kemudiannya menyokong hudud," katanya.

Penasihat guaman di sebuah syarikat di Johor Baru itu berkata, beliau yakin kerana pernah bertemu komuniti bukan Islam di Kelantan.

"Mereka gembira dengan Tok Guru dan cara beliau memerintah negeri," katanya, merujuk kepada Mursyidul AM PAS, dan juga bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat.

"Kerajaan negeri juga tidak pernah mencampuri urusan agama dan mereka sangat bertolak ansur," tambahnya lagi.

Ketika menyertai PAS pada 2008, kebanyakan rakan-rakannya terkejut tetapi tidak bapanya.
Kumutha berkata, disebabkan bapanya beliau memilih untuk bersama PAS dan turut menyokong dari belakang ketika dicalonkan dalam pilihan raya.

"Saya membesar dalam keadaan yang penuh dengan pengisian agama. Kami penganut Hindu yang kuat. Ketika menyertai politik, ia secara semulajadi saya memilih parti yang berteraskan agama," katanya.

"Bapa saya juga sebahagian daripada parti politik pembangkang suatu ketika dahulu," katanya lagi.

Graduan Universiti Northumbria, United Kingdom itu berkata, beliau melihat terdapat peluang bagi dirinya menyertai PAS ketika meneliti perlembagaan parti Islam itu.

"Saya mendapati parti itu mematuhi segala prinsip dalam Perlembagaan dan saya berpuas hati dengan apa yang saya temui dalam PAS."

Beliau kemudiannya menyertai DHPP, sayap yang ditubuhkan untuk penyokong bukan Islam PAS.
Dianggarkan, DHPP mempunyai keahlian seramai 40,000 ahli berdaftar di seluruh negara.

Kumutha menjadi calon PAS di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tiram di Johor pada 2008, namun bertanding atas lambang PKR.

PAS kemudiannya meminda perlembagaan parti itu bagi membolehkan ahli bukan Islam bertanding menggunakan tiket mereka, dan beliau turut bertanding dalam PRU 2013 pada Mei lalu menggunakan tiket PAS.

"Bukan mudah untuk saya, sebagai wanita di bawah lambang PAS namun ia adalah pengalaman bertanding pilihan raya. Kita harus cukup berani dan kental."

Pemimpin PAS juga katanya menyokong penuh sayap bukan Islam parti itu dan turut mendengar rintihan serta keluhan mereka untuk menjadikan parti itu lebih baik.

"Ketika Muktamar PAS pada September, saya berpeluang berbahas usul sekolah vernakular Cina dan Tamil serta peluang sama rata untuk komuniti bukan Islam dalam sektor awam.

"Perbahasan saya diterima dan parti amat menyokong idea saya," tambahnya.

"Tidak seperti sangkaan banyak pihak, PAS sangat terbuka dalam menerima pendapat orang lain." ~

malaysian insider

Islam Mana Yang Mereka Anut, Melayu Mana Keturunan Mereka?

Posted: 21 Dec 2014 04:45 AM PST



'Islam ada hukum, Melayu ada santun' Apa macam Hakim pencen? Kalau Cina panggil Melayu dengan 'Melayu Setan' bagaimana?

'PERKASA salah rentap kain rentang Krismas' 4:28PM - 21 Dec 2014 - mk Menteri

Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi mengkritik tindakan anggota PERKASA yang merentap jatuh kain rentang ucapan Krismas dan tahun baru di hadapan ibu pejabat DAP Perak, pada Jumaat.

"Kita harus menghormati agama lain. Saya berpendapat bahawa jika kita mahu agama kita dihormati, kita juga mesti menghormati orang lain.

"Saya yakin sekiranya ada orang yang melakukan perkara itu kepada kita, kita juga akan marah," kata Zahid, seperti dilaporkan The Star.

Jumaat lalu, PERKASA mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat DAP Perak ekoran kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng yang berkata orang bukan Islam di Pulau Pinang boleh menggunakan kalimah 'Allah'.

Dalam demonstrasi itu, NGO Melayu tersebut merentap jatuh kain rentang itu dan cuba menarik lengan ADUN Tebing Tinggi Ong Boon Piow. Selain dari demonstrasi di Perak, mereka turut membuat bantahan sama di Pulau Pinang.

Di negeri Pulau Mutiara itu, penunjuk perasaan menggelar Lim sebagai "babi hutan".

Posted by mountdweller at 6:10 PM

400,000 Netbook 1Malaysia yang dijanji nak diberi dah hilang kemana wahai Pak Menteri?

Posted: 21 Dec 2014 04:00 AM PST

 

Janji ditepati adalah antara ayat yang sering dicanangkan oleh Najib dalam berbagai ucapannya.. kononnya apa yang dijanjikan oehnya mahupun lain-lain pemimpin Barisan Nasional akan ditepati.. kononnyalah..

Namun slogan itu nampaknya hanyalah satu retorik bagi memperbodohkan rakyat dan macai antara golongan rakyat yang sering diperdaya..

Tujuh bulan yang lalu seorang Menteri yang menerajui Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dalam catatan laman sosial Facebook miliknya menyatakan bahawa pemberian Netbook 1Malaysia telah dipersetujui Kabinet.

Ianya akan diagihkan kepada 400,000 Guru-guru yang di seluruh Malaysia bersempena dengan hari Guru 2014 yang lalu, kononnya ianya adalah sebagai menghargai jasa Guru-guru kerana tidak pernah kenal erti putus asa.

Dan ianya telah dipetik dan dijadikan sebagai laporan oleh Bernama..

Tapi kini.. janji tinggal janji.. 400,000 Guru dah kena kencing dengan Ahmad Shabery..

Baca laporan ni..

Kalau tak buat janji, orang tak akan minta. Tapi janji dah dilafazkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Ahmad Shabery Chik untuk memberi setiap guru sebuah Netbook 1Malaysia pada 16 Mei lepas sempena sambutan Hari Guru.

Malangnya setelah tujuh bulan berlalu, berita tentang janji yang dilafazkan itu terus senyap tanpa ada sebarang perkembangan.

"Saya masih ingat lagi beliau menyebut sebagai permulaan, kira-kira 400,000 guru akan menerima komputer tersebut.

"Pemberian tersebut kata Ahmad Shabery adalah sebagai hadiah kepada guru yang dianggap sebagai tonggak kemajuan negara.

"Persoalannya, bila komputer yang dijanjikan itu akan sampai ke pangkuan kami? Kalau tak janji, kami pun tidak akan bertanya, apa lagi untuk menuntut," kata seorang guru sekolah rendah, Mohamad Azian Abdul Aziz.

Jelasnya, soal mampu atau tidak untuk membeli sebuah komputer bukan menjadi persoalan dan tidak perlu dibangkitkan tetapi apa yang dituntut adalah janji yang dibuat wajar dilaksanakan.

"Memang boleh dikatakan semua guru kini memiliki komputer sendiri kerana ia merupakan satu keperluan dalam urusan kerja harian.

"Namun itu bukan alasan untuk memungkiri janji yang telah dibuat oleh menteri terbabit," ujarnya.

Tambah Mohamad Azian lagi, apa juga perkembangan mengenai janji yang dibuat perlu dimaklumkan agar ia tidak terus menjadi bahan perbualan sesama guru. -

MalaysiaGazette

Isu Pakai Tudung Untuk Mohon Kerja, HAMLEYS Mintak Maaf Kepada Rosyam Nor .

Posted: 21 Dec 2014 03:15 AM PST

Sebelum ini cerita panas mengenai anak gadis Rosyam Nor itu disuruh membuka tudung jika ingin bekerja di sebuh kedai di pusat membeli belah terkemuka tanah air tersebar meluas di Media Sosial.

Dengan itu pihak HAMLEYS tampil dengan permohonan maaf. Rupa-rupanya salah seorang pekerja HAMLEYS yang baru dan tidak mempunyai kuasa untuk menemuduga atau mengambil pekerja, telah memberi maklumat yang tidak tepat. ehm selepas ini kami berharap pihak  HAMLEYS lebih peka isu - isu seperti ini. Ini kerana banyak menguris hati orang Islam di negara ini

Permohonan maaf daripada pihak HAMLEYS

Salam Sejahtera Semua

Terima kasih kepada semua yang memberitahu pihak kami mengenai isu ini.

Kami tidak mempunyai sebarang polisi syarikat di mana pekerja wanita tidak dibenarkan memakai hijab/tudung. Kami memang mengalu-alukan semua yang ingin bekerja untuk datang membuat permohonan kerja, tidak kira bangsa atau agama.



Setelah disiasat, memang salah seorang pekerja kami yang baru dan tidak mempunyai kuasa untuk menemuduga atau mengambil pekerja, telah memberi maklumat yang tidak betul kepada anak Datuk Rosyam. Tindakan disiplin telah pun diambil terhadap pekerja ini.

Pihak pengurusan serta semua pekerja di kedai kami dengan ikhlas ingin memohon maaf di atas isu ini. Kami berasa sangat kesal dengan insiden ini dan juga dengan apa yang telah tercetus disebabkannya. 


Diharap Datuk Rosyam serta anak gadisnya dan juga kaum Muslimin & Muslimah yang telah terguris dengan kejadian ini sudi merima permohonan maaf kami ini.

Yang Ikhlas
Pihak Pengurusan

https://www.facebook.com/hamleysmalaysia

Ini kata Rosyam Nor:

Sedih, harini anak saya yg baru habis SPM gi mintak kerja nak isi masa terluang TAPI syarat kena bukak tudung. Kedai HAMLEY's !!! Kurang aja


Kedai tu kat ONE UTAMA .ingat nama HAMLEYS jgn masuk 

Diharap perkara ini menjadi perhatian kerana seperti merendahkan agama, maruah orang dan menggalakkan orang membuka tudung.

Rosyam Nor juga meminta orang ramai boikot kedai tersebut.

Ini pula tulis Hamleys Malaysia:

Salam to our Muslim brothers and sisters... Please bear with us while we investigate this alleged incident thoroughly. Thank you for your kind patience.

Hamleys kini sedang menyiasat kejadian yang menimpa anak gadis Rosyam Nor

- medianetwork

“Tun M Yang Pengemis Terdesak, Bukan Melayu”

Posted: 21 Dec 2014 02:30 AM PST

 
Sunday, December 21, 2014   TRP Bagi Zairil, kumpulan yang berdepan risiko kehilangan kuasa adalah UMNO, khususnya selepas prestasi buruk mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-13, tahun lepas. 

KUALA LUMPUR, 21 Disember:
Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari meluahkan rasa sedihnya, apabila seorang pemimpin terhormat seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, merendahkan diri sehingga menggambarkan senario yang bukan sahaja mustahil, bahkan penuh tipu muslihat. 

Dia berkata demikian, susulan laporan media yang memetik bekas Perdana Menteri itu sebagai berkata, masyarakat Melayu sudah hilang dominasi dan telah diremehkan sehingga menjadi 'pengemis' kepada orang Cina. Dr Mahathir dilaporkan sebagai berkata: 

"Sekarang UMNO, PKR (Parti Keadilan Rakyat) dan PAS perlu meminta sokongan daripada DAP untuk memenangi pilihan raya umum. Apabila kita menjadi pengemis, kita tidak lagi mempunyai kuasa.

" Zairil sebaliknya berpendapat, orang Melayu sebenarnya berada di kemuncak dalam semua aspek. "Daripada segi politik, setiap jawatan penting kerajaan, daripada Perdana Menteri Kerajaan Persekutuan, 12 daripada 13 Menteri Besar terdiri daripada orang Melayu. 

"Dominasi Melayu juga sangat jelas dalam institusi-institusi negara, seperti badan kehakiman, pasukan polis, perkhidmatan awam dan tentera. "Jika itu tidak mencukupi, Melayu juga membentuk majoriti penduduk Malaysia, selain mencatatkan kadar kesuburan yang satu setengah kali lebih daripada orang Cina. 

"Ini bermakna orang Cina dan kaum-kaum lain semakin mengecil dari segi populasi penduduk," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Daripada segi ekonomi pula, Ahli Parlimen Bukit Bendera itu berpendapat, meskipun pemilikan ekuiti Melayu pada tahun-tahun awal Dasar Ekonomi Baru mungkin dalam digit tunggal, pemilikan itu telah berkembang pesat sejak beberapa dekad lalu.

Katanya, menurut Bank Pembangunan Asia, ekuiti yang dimiliki syarikat berkaitan kerajaan (GLC) daripada permodalan pasaran Bursa Malaysia dan penanda aras pasaran Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI), masing-masing berada pada kadar 36 peratus dan 54 peratus. 

Ini bermakna sebahagian besar ekonomi Malaysia dikuasai GLC yang secara umumnya dikuasai orang Melayu. 

"Dan jika semua di atas tidak mencukupi, kedudukan istimewa Melayu juga termaktub dalam perlembagaan. "Selain itu, bukan sahaja sebarang pindaan perlembagaan yang melibatkan kedudukan Melayu memerlukan majoriti dua pertiga di Parlimen (yang dalam erti kata lain memerlukan sokongan penuh Melayu), ia juga memerlukan kelulusan Raja-raja Melayu.

"Jaminan ini bermakna, tidak akan ada sebarang ancaman terhadap orang Melayu di negara ini. Siapa sebenarnya yang terancam?" soalnya. 

Bagi Zairil, kumpulan yang berdepan risiko kehilangan kuasa adalah UMNO, khususnya selepas prestasi buruk mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-13, tahun lepas. 

"Dengan hanya memenangi 47 peratus undi popular, gabungan parti politik yang diterajui UMNO itu merupakan kerajaan tanpa mandat popular. 

"Berikutan prestasi pilihan raya yang mengecewakan, UMNO telah pun melutut dan menjadi pak turut kepada kumpulan nasionalis sayap kanan, seperti PERKASA (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia) dan ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia). 

"Bukti yang paling jelas adalah tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang membuat pusingan U terhadap janjinya untuk memansuhkan Akta Hasutan," katanya. 

Tambahnya, akibat tidak berdaya menangkis tekanan daripada sayap kanan, dan tanpa mempunyai agenda ekonomi jelas dalam menghadapi masalah nilai ringgit yang semakin lemah, harga komoditi merosot serta prospek inflasi dan penggunaan domestik yang bakal mengecut, berikutan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015. 

Jadi, tidak menghairankan UMNO dan Dr Mahathir terpaksa menjaja ketakutan serta memilih cara terdesak untuk memulihkan sokongan yang merosot, katanya. 


Posted by mountdweller
Sunday, December 21, 2014 "Tun M pengemis terdesak, bukan Melayu" Dec 21, 2014 01:13pm - TRP Bagi Zairil, kumpulan yang berdepan risiko kehilangan kuasa adalah UMNO, khususnya selepas prestasi buruk mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-13, tahun lepas. KUALA LUMPUR, 21 Disember: Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari meluahkan rasa sedihnya, apabila seorang pemimpin terhormat seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, merendahkan diri sehingga menggambarkan senario yang bukan sahaja mustahil, bahkan penuh tipu muslihat. Dia berkata demikian, susulan laporan media yang memetik bekas Perdana Menteri itu sebagai berkata, masyarakat Melayu sudah hilang dominasi dan telah diremehkan sehingga menjadi 'pengemis' kepada orang Cina. Dr Mahathir dilaporkan sebagai berkata: "Sekarang UMNO, PKR (Parti Keadilan Rakyat) dan PAS perlu meminta sokongan daripada DAP untuk memenangi pilihan raya umum. Apabila kita menjadi pengemis, kita tidak lagi mempunyai kuasa." Zairil sebaliknya berpendapat, orang Melayu sebenarnya berada di kemuncak dalam semua aspek. "Daripada segi politik, setiap jawatan penting kerajaan, daripada Perdana Menteri Kerajaan Persekutuan, 12 daripada 13 Menteri Besar terdiri daripada orang Melayu. "Dominasi Melayu juga sangat jelas dalam institusi-institusi negara, seperti badan kehakiman, pasukan polis, perkhidmatan awam dan tentera. "Jika itu tidak mencukupi, Melayu juga membentuk majoriti penduduk Malaysia, selain mencatatkan kadar kesuburan yang satu setengah kali lebih daripada orang Cina. "Ini bermakna orang Cina dan kaum-kaum lain semakin mengecil dari segi populasi penduduk," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Daripada segi ekonomi pula, Ahli Parlimen Bukit Bendera itu berpendapat, meskipun pemilikan ekuiti Melayu pada tahun-tahun awal Dasar Ekonomi Baru mungkin dalam digit tunggal, pemilikan itu telah berkembang pesat sejak beberapa dekad lalu. Katanya, menurut Bank Pembangunan Asia, ekuiti yang dimiliki syarikat berkaitan kerajaan (GLC) daripada permodalan pasaran Bursa Malaysia dan penanda aras pasaran Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI), masing-masing berada pada kadar 36 peratus dan 54 peratus. Ini bermakna sebahagian besar ekonomi Malaysia dikuasai GLC yang secara umumnya dikuasai orang Melayu. "Dan jika semua di atas tidak mencukupi, kedudukan istimewa Melayu juga termaktub dalam perlembagaan. "Selain itu, bukan sahaja sebarang pindaan perlembagaan yang melibatkan kedudukan Melayu memerlukan majoriti dua pertiga di Parlimen (yang dalam erti kata lain memerlukan sokongan penuh Melayu), ia juga memerlukan kelulusan Raja-raja Melayu. "Jaminan ini bermakna, tidak akan ada sebarang ancaman terhadap orang Melayu di negara ini. Siapa sebenarnya yang terancam?" soalnya. Bagi Zairil, kumpulan yang berdepan risiko kehilangan kuasa adalah UMNO, khususnya selepas prestasi buruk mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-13, tahun lepas. "Dengan hanya memenangi 47 peratus undi popular, gabungan parti politik yang diterajui UMNO itu merupakan kerajaan tanpa mandat popular. "Berikutan prestasi pilihan raya yang mengecewakan, UMNO telah pun melutut dan menjadi pak turut kepada kumpulan nasionalis sayap kanan, seperti PERKASA (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia) dan ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia). "Bukti yang paling jelas adalah tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang membuat pusingan U terhadap janjinya untuk memansuhkan Akta Hasutan," katanya. Tambahnya, akibat tidak berdaya menangkis tekanan daripada sayap kanan, dan tanpa mempunyai agenda ekonomi jelas dalam menghadapi masalah nilai ringgit yang semakin lemah, harga komoditi merosot serta prospek inflasi dan penggunaan domestik yang bakal mengecut, berikutan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015. Jadi, tidak menghairankan UMNO dan Dr Mahathir terpaksa menjaja ketakutan serta memilih cara terdesak untuk memulihkan sokongan yang merosot, katanya. Posted by mountdweller

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

Majlis Perkahwinan Anak Perempuan Roslee Hussein Di Dewan Merak Kayangan, Felda Kuala Lumpur.

Posted: 21 Dec 2014 01:52 AM PST

Perkahwinan Diantara Roslyana Farah Rozlee 
Dengan
Mohd Aizat Abd Shukor













Tiada ulasan: