Khamis, 18 Disember 2014

dollah yankee

dollah yankee


MCA kacau, DAP pertahan

Posted: 18 Dec 2014 06:20 AM PST


Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mempertahankan dengan saksama Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 daripada dimansuhkan oleh MCA, serta mendaulatkan prinsip asasi bahawa fatwa adalah tidak terpakai terhadap orang bukan Islam.
Pihak-pihak ekstremis dan perkauman dalam Umno akan secara dasarnya mengubah perwatakan asas dan identiti Perlembagaan Persekutuan serta melucutkan hak yang dijamin Perlembagaan dan tidak dapat terpisah daripada orang bukan Islam dengan berkeras bahawa fatwa turut memberi kesan terhadap orang bukan Islam seperti mana ia terpakai terhadap orang Islam.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan terus tegas dan mengemukakan undang-undang sedia ada bahawa fatwa adalah tidak terpakai terhadap orang bukan Islam dan hanya untuk orang Islam.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang ingin mengutuk secara terbuka akhbar yang dikawal BN kerana enggan menyiarkan kenyataan saya mengenai sikap berkeras Umno mengatakan bahawa fatwa turut terpakai terhadap orang buklan Islam, serta tidak mengendahkan tuntutan mengarut MCA yang menimbulkan kontroversi ini, apabila mereka mahu memansuhkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menolak tuntutan melampau MCA kerana ia merupakan campur tangan melampau terhadap hal ehwal orang Islam, di mana usaha untuk memansuhkan keseluruhan enakmen terbabit akan membawa implikasi serius, termasuk memansuhkan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang ditubuhkan oleh Enakmen ini.
Sikap diam membisu Umno terhadap tuntutan MCA supaya memansuhkan Enakmen ini sama sahaja dengan sikap bisu MCA terhadap hujah Umno bahawa fatwa turut terpakai kepada orang bukan Islam.Sementara kedua-dua MCA dan Umno telah berkira-kira mereka akan mendapat manfaat daripada pembohongan, kemunafikan dan double standard sedemikian, taktik tidak bertanggungjawab ini hanya akan memberi kesan kepada perpaduan negara dan keharmonian antara agama.
Orang bukan Islam boleh didakwa kerana kesalahan-kesalahan agama seperti menyampaikan ajaran agamanya kepada orang Islam seperti yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan atau mana-mana kesalahan berkaitan yang disebut secara jelas dalam Akta atau Enakmen yang terpakai terhadap orang bukan Islam.
Peruntukan-peruntukan ini dianggap telah diluluskan di bawah undang-undang sivil, bukan undang-undang syariah, kerana sebaliknya adalah merbahaya dan merupakan pemaksaan undang-undang Islam ke atas orang bukan Islam, dan tidak boleh diterima.
Di Pulau Pinang, ini diperuntukkan di bawah Seksyen 5 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 1996, di mana orang bukan Islam boleh didakwa di mahkamah sivil.
Tidak ada disebut bahawa menjadi kesalahan bagi seorang bukan Islam untuk tidak mengikuti fatwa. Malah Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 turut menyokong kenyataan saya, di mana Seksyen 49(1) Enakmen terbabit menyatakan bahawa sesuatu fatwa adalah mengikat ke atas setiap orang Islam di dalam negeri…, tanpa menyebut orang bukan Islam, jelas mengehadkannya kepada orang Islam sahaja.
Umno patut berhenti cuba membuli saya seperti mana Umno telah membuli MCA dan Gerakan untuk menerima bahawa fatwa kononnya turut terpakai terhadap orang bukan Islam. Saya ingin menegaskan bahawa sekiranya Umno ikhlas dan serius mahu mempertahankan Islam, maka Umno seharusnya mengutuk dan membuat laporan polis terhadap MCA atas tuntutan mereka supaya Enakmen Pentabiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 dimansuhkan.
Ini adalah campurtangan melampau terhadap urusan agama Islam oleh MCA kerana langkah memansuh Enakmen terus turut bermakna mamansuhkan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang
dollah yankee - mana perkasa?mana 3 line?

Tiada ulasan: