Khamis, 18 Disember 2014

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


PANDUAN HIDUP, PEREMPUAN YENGKEE PENCABUL , RUMAH SEMPIT DAN JAHAT TETANGGA

Posted: 18 Dec 2014 08:09 PM PST

JIKA SANGKUT TOLAK KEHADAPAN UNTUK MENONTON SETERUSNYA



Kenaikan Elaun Imbuhan Tetap Perumahan Naik (ITP) Penjawat Awam 2015? Kali Terakhir Semak 2005!

Posted: 18 Dec 2014 06:20 PM PST

Kenaikan Elaun Imbuhan Tetap Perumahan Naik (ITP) Penjawat Awam 2015? Kali Terakhir Semak 2005!


Imbuhan Tetap Perumahan


Kenaikan Elaun Imbuhan Tetap Perumahan Naik (ITP) Penjawat Awam 2015? Boleh Tetapi Bersyarat! : 

Jikalau dibandingkan dengan pembayaran bonus 2014 yang akan dibayar Januari 2015 ini, kalangan penjawat awam telah mengimpikan agar kenaikan Elaun Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) naik kakitangan awam dilakukan dengan kadar segera. Setuju?
Masakan tidak, kali terkahir semakan kenaikan kadar Imbuhan Elaun Tetap Perumahan (ITP) kali terakhir dilakukan pada tahun 2015. yang mana :

Kenaikan Elaun Imbuhan Tetap Perumahan Naik (ITP) Penjawat Awam VS Kenaikan 2015?

  • Kenaikan Elaun Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) naik bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 hingga 44 adalah kepada RM210.00 sebulan
  • Manakala kenaikan Elaun Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) naik bagi Kumpulan Sokongan Gred 1 hingga 40 adalah RM180
Sekarang ini sudah pun menuju ke akhir tahun 2014, dan bakal menginjak ke tahun 2015 tidak lama sahaja lagi. Kadar elaun yang diberikan "tetap utuh dan masih tidak berganjak" setelah sekian lama…..
  • Pada ketika itu harga rumah berapa?
  • Sekarang pula harga rumah berapa kali kenaikan?
  • Bagaimana pula sewa di bandar-bandar besar?
  • Masih relevankah dengan kos sara hidup sekarang ini?
KLIK SINI : Trend Kenaikan Harga Rumah di Malaysia Berjaya Menewaskan Negara Maju Lain (UK, Singapura & UK)! Pemaju Hartanah di Malaysia Paling Beruntung!
Berita terkini dan terbaru Berita Semasa semak dari persdidangan Dewan Negara, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim akan melakukan semakan kenaikan Imbuhan Elaun Tetap Perumahan (ITP) naik kakitangan kerajaan dengan bersyarat :
  • Syaratnya, jikalau dana dan kewangan kerajaan Malaysia berada dalam keadaan stabil
Insyaallah….Mudahan-mudahan dipermudahkan harapan besar 1.4 juta kakitangan awam di Malaysia sekarang ini. Amin
Berita Semasa tidaklah mengatakan yang mana kerajaan malaysia mesti menampung kos sewa dan tempat tinggal kakitangan kerajaan sehingga 100%. Tidak begitu. tetapi sekurang-kurangnya biarlah angka itu munasabah dan relevan pada hari ini. Anda semak pada tahun 2005 yang pada ketika harga rumah masih lagi "aman-aman sahaja" masih lagi stabil. Sedangkan realitinya kenaikan harga rumah dan kadar sewa mula melonjak tinggi sejak tahun 2009 sehinggalah sekarang. Munasabahkah kadar Imbuhan Elaun Tetap Perumahan (ITP) naik kakitangan awam?
BERITA BERKAITAN : Semakan & Kajian Cuepacs Malaysia : Kalangan 1.4 Juta Kakitangan Awam di Malaysia Berisiko Jadi Gelandangan. Setuju?
Diharapkan kerajaan Malaysia & JPA pertimbangkan juga kadar Elaun Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) mengikut lokasi.
P/S : Dalam realiti dan cabaran hidup sekarang, prihatin sahaja tidak cukup. Yang penting tindakan dan prestasi. 1.4 juta kakitangan awam sedang daripada jauh dan dekat menilai prestasi anda sekarang ini. Buktikan…
Di bawah ini pekeliling kenaikan kadar elaun rumah yang JPA  semak sekitar 9 tahun lepas….

DOKTOR YANG TAKSUB DENGAN Umnoooo

Posted: 18 Dec 2014 05:30 PM PST


 http://youtu.be/VJaQKzhGp_w-ustz azhar











Anak seorang peniaga sayur pun mendapat 5A..anak seorang imam dan bilal pun mendapat 5A...bukan kerana jasa Umno pun.. habis anak anak cina anak india tak kerana jasa Umno pun boleh dapat 5a..Kalau setakat nak kata anak anak dapat 5a ....





Jadi pemimpin ni kena cerdik sikit...betoi la hang jadi doktor pakar..itu dalam bidang hang..orang lain menjadi pakar dalam bidang masing masing. Jadi apa kena mengena dengan Umno pulak yangbagi hang ngan anak hang makan nasi?  akai ada ka?

Nak bagitau hang juga..kalau hang tak ajaq anak hang masakan nak dapat 5 a...tentu cikgu cikgu yang pakar juga mengajar anak hang.So  apa yang hang nak bagi tau kat perhimpunan ni bahawa anak hang cerdik sebab hang sokong Umno la ya??? Kalau tak sokong Umno anak tak dapat 5 a la ya...anak seorang jaga pun boleh dapat 5 a..anak seorang gurujuga mampu mendapat 5a..anak seorang peniaga juga mampu mendapat 5a...bukan sebab Umno, tetapi anugerah Tuhan , rezeki yang diberikan Tuhan...bukan Umno bagi rezeki...hang silap...




Harga Saham FGV Semasa IPO (RM4.55). Terkini, Disember 2014 Jatuh Merudum RM2.32 Sahaja? Hampir 50% Modal Pasaran Hilang!

Posted: 18 Dec 2014 01:18 AM PST


saham fgv
Harga Saham FGV Semasa IPO (RM4.55). Terkini, Disember 2014 Jatuh Merudum RM2.32 Sahaja? Hampir 50% Modal Pasaran Hilang di Bursa Malaysia : Sudah cakap bukan tidak cakap. Sudah nasihat, bukan tidak nasihat pun. Tetapi mereka beranggapan mereka sudah buat keputusan yang terbaik sambil mendabik dada.
Sudah elok-elok dahulu FGV sebuah entiti perniagaan yang berada 100% di bawah naungan dan dimiliki oleh Felda. Dek kerana tangan-tangan gatal yang "tamak haloba" menyenaraikan FGV di Bursa Malaysia kononnya bercanggah dengan dasar GRIB. Kononnya Felda tidak boleh berniaga.
  • Berpuluh-berpuluh tahun FELDA berniaga untung berbilion-berbilion ringgit, kenapa berdegil mahu senaraikan saham FGV di Bursa Malaysia. Mengapa?
  • FELDA sudah ada banyak modal. Apa perlunya senaraikan di Bursa Malaysia?
BACA LAGI SINI : IPO FGV (Felda Global Ventures) Bernilai RM10.2 Bilion : 65% Orang Penting Felda Jangka Penyenaraian Ini Akan Gagal!! Apa Kata Anak Felda?
Nah…lihatlah sekarang ini selepas sahaja FGV tersenarai di Bursa Malaysia, tiba-tiba FELDA dilihat rancak berniaga. Satau demi satu hartanah yang dibeli FELDA. Buktinya…pastinya ramai yang sudah mengetahui yang mana FELDA baru sahaja berjaya membeli Grand Plaza Kensington Hotel di London. Baru-baru ini Berita Semasa dimaklumkan yang mana Tan Sri Isa Samad menghadiri perasmian bagi hartanah yang dibeli mereka sebelum ini.
Setakat ini FELDA sudah memiliki beberapa hartanah termasuklah :
  • Hotel Seri Costa di Melaka RM24 juta
  • Hotel Grand Borneo di Sabah RM86 juta
  • Apartment Service Plaza di Bayswater, LondonRM500 juta. Kesemuanya
  • Grand Plaza Kensington Hotel RM329 juta
Persoalannya sekarang ini FELDA mahu menjalankan urusan perladangan negara atau perlancongan atau hartanah? Mengapa tidak fokus sahaja kepada "core business" yang dilakukan sekarang kelapa sawit?
  1. Kenapa tidak dilaburkan untuk memajukan produk "oleochemical" seperti "fatty acids" atau "esthers"? Ia sebenarnya bakal membuka banyak peluang pekerjaan untuk kalangan jurutera tempatan, ahli kimia dan sebagainya. Bukan setakat itu sahaja, peluang keusahawanan untuk teknologi tinggi bagi industri "oleochemical" dapat diperluaskan
  2. Ataupun cuba bangunkan ladang sawit untuk tujuan pembangunan yang lebih mampan bagi projek bahan api yang boleh diperbaharui. Bukankah sekarang sudah ada diesel B5. Kenapa tidak kita fokus pula untuk B10 atau B20?
Semasa disenaraikan di Bursa Malaysia ada lebih 400 juta unit ditawarkan pada orang awam. Siapa yang dapat? Siapa yang dapat pink form yang mana mereka-mereka telah dapat berjaya merasai durian runtuh pada masa disenaraikan. Sekarang?
Sekarang FGV terkial-kial untuk mencapai sasaran hasil 18 ton untuk setiap hektar. Inilah jadinya dilantiknya orang-orang PEMANDU yang tiada pengalaman dan "track record" untuk menjaga syarikat-siarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Dilantik pula bekas Exco Negeri Sembilan ____________untuk menjaga ladang sawit. Hannnncurrr…
harag saham fgv

Harga Saham FGV Hari Ini di Bursa Malaysia?

Akhirnya apa terjadi? Nah…hasilnya…
  1. Harga semasa IPO FGV pada 27 Disember 2012: RM4.55
  2. 8 Disember : RM3.00
  3. 13 Disember ditutup pada : RM2.37
  4. Hari ini 18 Disember 2014 berada pada paras : RM2.32
  5. Sudah hampir 50% harga saham FGV jatuh sejak IPO
  6. Ini bermakna hampir separuh modal pasaran FGV di Bursa Saham "telah terbang……"
KLIK SINI : Bursa Malaysia : Senaraian IPO Felda Global Ventures (FGVH). Nasib Peneroka Selepas Ini?
Cerita dan kisah yang berlaku kepada FELDA lebih kurang sama plot kejatuhan Malaysia Airlines (MAS).
  • Berat di atas
  • Kos operasi makin besar
Bursa Saham FGV
P/S : Kepada Perdana Menteri Malaysia, mohon anda luang masa perhatikan "anak buah kesayangan yang dipilih oleh anda" ini, takut-takut tersilap langkah kelak sehingga menyusahkan lebih ramai lagi yang terbabit dengan FELDA yang sudah sedang elok sebelum ini.
PP/S : Ketika orang lain cukup sangsi dengan integritinya, ketika orang lain sangsi dengan kebolehan dan kemampuannya, keyakinan anda (Najib Razak) cukup tinggi untuk tetap melantiknya. Jadi mohon sekarang anda (Najib Razak) menasihatinya supaya jangan "berasa selesa" terlalu lama.
PP/S : Kerisauan pihak tertinggi FELDA sebelum ini mengenai penyenaraian saham FGV di Bursa Malaysia, melihatkan harga bursa saham FGV hari ini ada kebenarannya…

Tiada ulasan: