ZAKRI ALI |
- Maharaja Najib & Maharani Rosmah..
- Fara Fauzana Hantar Mesej Mengejutkan Kepada Dr.Masyitah!
- 64 RATU PELANCUNGAN ANTARABANGSA TIBA DI LANGKAWI ??
- Bukan Azmin untuk khianati Anwar
- ASB: Dividen 7.50 sen, bonus 1 sen seunit,,??
- Siapa Makan Tanah: Dialog Din Ayam VS Lim Guan Eng ?
- Khairy pertahan Najib, Ahli UMNO yang mahu Najib letak jawatan itu 'suara paling rendah' katanya..
- 10 Penjawat Awam Antara 57 Ditahan SPRM Di Sarawak Kita Bantai
- MB Azmin : "Jangan Cuba Lagakan Saya Dengan Dato Seri Anwar Ibrahim"
- Sejak Bila Umnobn Menyokong Atau Melakukan Sesuatu Tanpa Mengharapkan Keuntungan Politik?
- Article ini saja saya abadikan dalam blog: Ikut ‘pandai’ Umnolah
- Persoalan Terhadap FELDA
- 2.9 Juta Warga Asing Di Malaysia Dilaporkan Adalah PATI.
- Setiap Pertukaran Nama, Cukai Tetap Dikenakan !!
- Tekanan demi Tekanan tuk menyuarakan Hak Rakyat.
- JIKA PAS JAUHI PAKATAN/DAP - Ismaily Bungsu C
- Libat media punca Pemuda PAS batal pertemuan dengan Perkasa Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
- TERKINI: PARTI SEKUTU UMNO, MIC AKAN TERBUBAR?
Maharaja Najib & Maharani Rosmah.. Posted: 18 Dec 2014 10:45 PM PST Dalam dunia ini bukan Najib seorang memegang jawatan Perdana Menteri ini, tetapi PM yang lain itu tidaklah bersikap seperti si kudung mendapat cincin seperti sikap PM kita ini. Siapa yang membuatkan Najib menjadi begini? Siapa yang tahu? Kenapa tidak ada langsung sifat malunya? Kenapa? Hendak kita biarkan sahaja keadaan ini berterusan? Kenapa Umno dan Barisan Nasional tidak bertindak terhadap Najib yang sudah melupakan daratan ini? Hentikanlah budaya 'vandalisme' yang di amalkan oleh PM ini. Cara beliau berbelanja amat menakutkan kita. Beliau sudah menjadi seorang maharaja dan tidak lagi pemimpin rakyat. (Kredit: AspanAlias) | ||
Fara Fauzana Hantar Mesej Mengejutkan Kepada Dr.Masyitah! Posted: 18 Dec 2014 10:00 PM PST "Pada saya hanya ucapan tahniah harus diberikan, untuk memastikan orang itu akan terus kekal dalam penghijrahannya. "Saya berhijab kerana Allah SWT," jelas Fara atau dikenali juga sebagai 'Fafau' ketika ditemui The Rakyat Post. Fara yang juga pengacara rancangan televisyen NONA berkata, sejak berhijab dia sering memohon doa agar dirinya bertemu guru mursyid yang membawanya ke jalan yang benar mengikut tuntutan syarak. "Saya suka mendengar ceramah ceramah agama. Dalam doa saya selalu minta perlindungan Allah SWT agar ilmu yang saya cari itu tidak membawa ke jalan yang menyesatkan, mudah-mudahan membawa saya ke jalan yang benar," katanya. Fara berkata, kalangan pendakwah tempatan sebenarnya telah berjaya menyampaikan dakwah di kalangan artis dan selebriti di negara ini dengan baik. "Saya (hanya) akan menghadkan diri saya untuk bercakap soal agama kerana saya bukan individu yang layak untuk membuat sebarang komen mengenai isu-isu tertentu," ujarnya yang bimbang ada pihak tertentu mengaitkan selebriti dan artis sepertinya dengan pertubuhan tertentu. Ditanya mengenai penampilan selepas berhijab, beliau mengakui perlu lebih teliti memilih pakaian yang ditaja. "Saya bergabung dengan FF By Maganda buat pada masa ini untuk menyediakan fesyen yang bersesuaian dengan imej hijab yang akan digayakan dalam majlis. "Saya cuba elak berpakaian ketat menampakkan bentuk tubuh," kata Fara. -ekeleh Kelab Greenboc | ||
64 RATU PELANCUNGAN ANTARABANGSA TIBA DI LANGKAWI ?? Posted: 18 Dec 2014 09:15 PM PST SUKANYA DEPA DAPAT TENGOK RATU SEPARUH BOGEL NAK HERAN APA WOI......DEPA KATA MACAM DIBAWAH...... Selama ni pun mmg dh ramai geng depa dok bejemoq kot belah pantai cenang tu...bkn first time kita jumpa mcm ni... depa ni adalah wakil pelancong dr negara masing2 mai sini dan blk memperkenaikan negara kita dan membawa masuk lebih ramai lagi warga negara depa ke sini sebagai tempat tarikan utama pelancong.... 64 peserta Ratu Cantik Pelancongan tiba di Langkawi Langkawi: Seramai 64 peserta Ratu Cantik Pelancongan Antarabangsa 2014 dari seluruh dunia tiba di pulau peranginan ini untuk lawatan sehari sambil mengadakan persembahan extravaganza di sebuah hotel, semalam. Ketibaan rombongan jelitawan itu kira-kira jam 2 petang semalam, di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi di Padang Matsirat, di sini, untuk pertandingan berkenaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya, pada 31 Disember mengejutkan orang ramai di situ. Turut serta bersama rombongan itu ialah Pengerusi Antarabangsa pertandingan Tan Sri Danny Ooi dan wakil ratu cantik negara Ranjani Rajamanickam dari Kota Kinabalu. Sejurus tiba, kumpulan ratu cantik terbabit bergambar dengan orang ramai sebelum dibawa dengan bas ke hotel penginapan di Berjaya Langkawi Resort (BLR) di Teluk Burau, di sini. Pengurus Perhubungan Awam BLR N Shumindhran ketika dihubungi berkata, sepanjang menginap di hotel itu kumpulan ratu cantik berkenaan akan menghadiri majlis jamuan makan malam dan mengadakan persembahan serta memperaga pakaian batik. MB, EXCO AGAMA TAK MAU KOMEN APA-APA KE....BUAT BODOH JE... PAS membantah penganjuran acara ratu cantik "Miss Tourism International: Show Extravaganza", yang dijadual berlangsung di Berjaya Langkawi Resort, Pulau Langkawi esok. Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar, berkata PAS kecewa dengan kerajaan negeri yang membenarkan program yang "tidak membawa budaya sihat" kepada masyarakat itu. "Menteri besar (Datuk Seri Mukhriz Mahathir) perlu menyatakan pendirian jelas terhadap program ini. "Ia sama sekali bercanggah dengan imej yang cuba ditonjolkan seperti (program) Kedah Berselawat, dan cuba gambarkan beliau seorang Islamik," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga berkata, penganjuran program itu juga mempamerkan sikap tidak sensitif dengan tragedi melibatkan MH17 dan MH370. Beliau yang juga ketua penerangan PAS berkata, Langkawi tidak perlu kepada acara seperti itu kerana pulau itu sendiri sudah bersifat "ratu" dan mampu menarik pelancong. "Atau adakah Langkawi di bawah pentadbiran Datuk Mukhriz sudah tiada tarikan?" soal beliau. Program itu anjuran bersama Berjaya Langkawi Resort dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Seramai 62 finalis dari seluruh negara mengambil bahagian. ALOR SETAR: Dewan Ulama PAS Negeri Kedah menyifatkan penganjuran Miss Tourism International: Show Extravaganza di Berjaya Langkawi Resort, Pulau Langkawi pada 17 Disember sebagai bukti sikap pragmatik Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mencampuradukkan segala kegiatan sama ada makruf atau mungkar. "Kami percaya, perkara ini langsung tidak dirujuk kepada pihak Mufti terlebih dahulu. Sedangkan semasa awal pentadbiran Datuk Seri Mukhriz, logo rasmi negeri Kedah pun dirujuk kepada pihak Mufti," sindir Setiausaha Ulama PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahaya. Ujar beliau, acara seperti ini hakikatnya langsung tidak mewakili budaya, identiti dan simbol masyarakat negara ini. Malah katanya, tidak juga membawa keuntungan ekonomi yang nyata melalui urusan perniagaan atau pelancongan tempatan, selain tidak meluaskan hubungan dengan banyak pihak kecuali golongan berkepentingan. Paling utama tegasnya, penganjuran itu menyalahi hukum syarak dan melanggar fatwa berkaitan dengannya. Demikian itu tegas Ustaz Ahmad, tidak ada kewajaran yang nyata dan perlunya acara tersebut diadakan di Langkawi khususnya dan di Malaysia amnya. "Apatah lagi dengan imej ketimuran serta pelbagai penganjuran tahunan bertaraf dunia seperti 'Musabaqah Al-Quran' hingga meletakkan negara ini dengan julukan 'Negara Islam' contoh. "Lebih malang, Langkawi Permata Kedah yang pernah diusahakan sebagai pulau pelancongan berakhlak dan dibatasi serta dikurangkan unsur maksiat terhadapnya semasa diketuai oleh mantan Menteri Besar, Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak kini dicemari semula dengan imej-imej sedemikian. "Malah, penganjuran program seperti ini bukan kali pertama sejak Kedah kembali ditadbir Barisan Nasional, apabila sebelum ini membenarkan penganjuran Pesta Muzik Planet Eupe di Sungai Petani melibatkan artis antarabangsa yang juga tidak sesuai dengan masyarakat setempat," katanya pada satu kenyataan di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, hari ini. Menurutnya, Dewan Ulama PAS Negeri Kedah melihat, jika sekiranya 'trend' ini tidak ditangani, bermakna Kedah akan terus menjadi tumpuan program seumpamanya yang dilihat mempunyai pelbagai agenda tersirat. Secara khusus dakwanya, program seperti itu tentunya mengundang kesan sosial terutama kepada anak-anak muda yang selama di bawah kepimpinan Almarhum Ustaz Azizan telah dibawa kepada bimbingan yang berakhlak dan mendewasakan. "Oleh itu, Dewan Ulama PAS Negeri Kedah mendesak Mukhriz agar menetapkan pendirian sebenar terhadap jati diri rakyat negeri Kedah yang diacukannya untuk masa hadapan dan bukan hanya menumpukan kepada projek mega angan-angannya. "Dewan Ulama PAS Negeri Kedah juga menggesa pihak berkuasa agama negeri agar tidak berdiam diri, sebaliknya memandang serius perkara ini serta melihat pelbagai kemungkinan pada masa hadapan agar ia segera ditangani sebelum membarah," ujar kesal. – HARAKAHDAILY 16/12/2014 | ||
Bukan Azmin untuk khianati Anwar Posted: 18 Dec 2014 08:30 PM PST JIWA SENJAPendirian dan sikap yang diambil MB Selangor Mohamed Azmin Ali (Minali) melihat peranan Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi dan sumbangan yang dimainkan khasnya dalam menggerakkan politik Pakatan Rakyat sebagai relevan adalah tepat dan satu pandangan ikhlas yang terbit dari dhamir seorang bertanda tokoh.
Minali jelas tidak berpandangan sempit seperti sesetengah orang yang melihat Anwar sudah lapok dan usang serta tidak berkemampuan untuk mengayuh politik di negara ini. Pendirian Manili itu juga menyerlahkan akan kesetiaan beliau dalam berkolobrasi politik sejak zaman remaja hingga ke hari ini bersama bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu. Lebih jauh dari itu penerimaan Minali terhahap Anwar dan tidak pernah terpengaruh dengan sebarang elemen memburuk-burukkan idolanya itu menunjukkan keintiman dan kepercayaan Minali kepada seorang yang dianggap ketua, dan sahabat bersifat sebagai abang. Hakikat itu diakui sendiri oleh Minali apabila beliau memperakui akan kehebatan Anwar, dengan mengatakan; "Saya menghormati Anwar. Saya sudah lama bekerja dengan beliau dan pandangan beliau diambil kira dalam parti, dalam PR dan dalam kerajaan negeri sebagai penasihat ekonomi." Iya, siapa boleh menafikan, melonjaknya Minali dalam persada politik hari ini sehingga menjadi orang terpenting di Selangor adalah kerana kucahan arus dan gelombang dibangkitkan Anwar. Kerana kesabaran, kegigihan dan keberanian telah meletakkan Minali ditempat itu hari ini. Belum tentu nasibnya segemilang hari ini kalau dia mufarakah daripada Anwar. Banyak rakan-rakan lain yang tidak mempunyai sinargi kesabaran terjepalak di tengah jalan. Pernyataan Minali itu menunjukkan MB Selangor itu senantiasa sedar diri, ikhlas dan jujur dalam menilai siapa Anwar. Sesetengah pihak tanpa menilai kebolehan, bakat serta keistimewaan yang ada kepada Anwar, bahkan menolak realiti, menggesa atau cuba memberi pandangan agar Minali menggugurkan jawatan penasihat ekonomi Selangor yang dipegang Anwar dengan mengambil kesempatan atas apa yang berlaku, apabila Sultan Selangor menarik balik darjah kebesaran yang dianugerahkan Sultan Selangor kepada Anwar. Bagi mereka yang waras dan tahu hal ehwal pentadbiran tidak sesekali akan mencampuri urusan pentadbiran negeri dengan hak yang ada kepada Sultan selagi ia dibenarkan oleh Perlembagaan. Sultan berhak menarik balik darjah kebesaran itu daripada sesiapa sahaja, tetapi hak untuk mengekalkan Anwar sebagai penasihat ekonomi Selangor adalah hak Menteri Besar. Kalau mereka mempunyai mata dan pandangan sama seperti Minali, mereka dapat memisahkan mana hak sultan dan dimana pula kehebatan yang ada kepada Anwar yang boleh dimanfatkan untuk membangun Selangor sekaligus mengukuhkan kedudukan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Mereka ini sebenarnya tidak dapat menilai dan mengenali antara kaca dengan berlian kerana "semabur" warna. Mereka yang mahu melihat Minali menggugurkan jawatan Anwar itu adalah mereka yang cemburu, iri hati dan tidak senang dengan Anwar atas sifat peribadi dan bukan dibuat demi kemajuan dan pembangunan di Selangor. Gesaan itu juga bermotif mahu mewujudkan ruang pertelingkahan antara Minali dengan Anwar agar senang mereka mencelah dan memisahkan kepaduan antara keduanya. Mereka ini adalah musuh dan penasihat yang jahat mahu mengerat duakan PKR agar senang mereka membina terusan untuk menyeberang. Anwar dan Minali perlu diasingkan kalau mahu melihat PKR hancur. Minali tidak semudah itu untuk terpengaruh dengan cadangan-cadangan dan idea Yahudi begitu. Kesetiaan Minali terhadap Anwar telah teruji sejak berdekad lampau. Dalam pada itu Minali sangat memerlukan Anwar sebagai "penaung" atau azimat kepada kerajaanya. Kehebatan Anwar atau keupayaan dalam memberi nasihat kewangan, ekonomi dan sebagainya terbukti bila mana beliau (Anwar) sering dijemput untuk bercakap (diskusi) mengenai kewangan di serata dunia dan juga menjadi panel kepada beberapa syarikat kewangan atau perbankan antarabangsa. Hanya mereka yang cemburu dengan Anwar, tidak senang dengan karektornya dan termakan racun disembur oleh bekas PM, Mahathir Mohamad kepada Anwar sejak tahun 1989 akan membenci Anwar selamanya walaupun sebelum ini merekalah yang menjadi juara mempertahankan dan tukang sambut Anwar dan sanggup menjadi hulubalang mempertahankan Anwar walaupun bersenjatakan parang tumpul. Anwar sebarnya bernasih baik mempunyai rakan dan bekas pegawai seperti Minali yang tetap mengenang budi dan menyanjungi kehebatannya dan sama sekali tidak menunjukkan niat untuk khianat. Hari pun kalau Minali ada angan-angan untuk khianat atau melupai Anwar, peluang itu sudah terbuka kerana dia sudah memiliki hampir semua kekuatan. Tetapi dengan pernyataan dan pengakuan serta pembelaan Minali kepada Anwar Ibrahim menujuk dan mengenalkan dunia siapa dia Minali. Minali seorang sahabat dan anak didik yang senantiasa mengingati apa-apa budi dan kebaikan Anwar sebab itu MB Selangor itu tidak mudah terpengaruh dengan orang-orang yang membenci Anwar Ibrahim. Baginya biarlah seribu kali orang membenci Anwar sejuta kali dia akan menyayanginya. Memakan jeruk waktu petang,Jeruk kerian makan bersama,Biarlah buruk dimata orang,Tetapi intan dihatinya. Semoga mereka akan kekal dan sepakat selamanya. [wm.kl.7:22 pm 18/12/14] | ||
ASB: Dividen 7.50 sen, bonus 1 sen seunit,,?? Posted: 18 Dec 2014 07:45 PM PST Anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu turut mengumumkan bahawa 8.60 juta pemegang unit ASB bakal menerima bonus 1.00 sen seunit. Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, pemegang unit secara kolektifnya memegang 137.07 bilion unit ASB. Beliau berkata, peruntukan bagi pengagihan pendapatan itu membabitkan jumlah pembayaran sebanyak RM10.16 bilion, meningkat sebanyak 10.8 peratus berbanding RM9.17 bilion yang dibayar pada tahun lepas. Manakala bagi bayaran bonus, ia melibatkan sejumlah RM804.43 juta, peningkatan sebanyak 19 peratus daripada 2013. Sehingga Selasa lepas, katanya, skim itu mencatatkan pendapatan kasar sebanyak RM10.55 bilion. "Pelaburan dalam beberapa syarikat menyumbang RM4.64 bilion atau 44 peratus, pendapatan daripada keuntungan jualan saham sebanyak RM4.23 bilion atau 40.1 peratus dan lain-lain pendapatan sebanyak RM1.68 bilion atau 15.9 peratus," katanya pada satu taklimat media di sini hari ini. Prestasi ASB sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2014, secara keseluruhannya masih memuaskan walaupun pasaran saham mengalami penurunan mendadak sejak kebelakangan ini. "Semua urus niaga bagi ASB akan ditangguhkan mulai 23 Disember 2014 sehingga 1 Januari 2015, bagi tujuan pengiraan pendapatan dan bonus," katanya. - Bernama Lagi Berita | ||
Siapa Makan Tanah: Dialog Din Ayam VS Lim Guan Eng ? Posted: 18 Dec 2014 07:00 PM PST Tajuk ini sepatutnya bukan cabar ajak dialog tetapi ajak dialog secara profesional Inilah keadaannya bila politik persepsi menjadi ukuran umum.. Sepanjang masa PAS bertahaluf Siyasi dengan parti pembangkang lain,sejauh manakah seruan atawa syiar dakwah islamiah khususiah dalam bab Hudud dijalankan ? Malang sekali, ruang dan peluang yang telah diberikan oleh Allah swt selama ini tidak digunakan semaksimanya untuk memahamkan anggota PR.. Adakah rakyat terbanyak akan dsogokkan dengan politik Takfiri ? PAS cabar Guan Eng dialog, jelaskan sebab tolak hudud Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dicabar Ahli Majlis Syura Umala PAS Zaharudin Muhammad untuk berdialog berhubung isu hudud. Ahli Majlis Syura Ulama PAS Zaharudin Muhammad hari ini mencabar Lim Guan Eng berdialog dengannya berhubung isu hudud, merujuk kenyataan yang dibuat setiausaha agung DAP itu meminta Pakatan Rakyat (PR) memberi jaminan hudud tidak akan dilaksanakan sekiranya ia mengambil alih pemerintahan negara. Zaharudin yang juga menantu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dialog itu bagi memberi peluang kepada Lim menerangkan kenapa beliau menolak hudud dan kepada PAS menjelaskan keadilan sistem Islam kepada rakyat. "PAS membawa politik Islam, politik damai dan politik dialog. Maka dengan sebab itu saya menyeru YAB (Yang Amat Berhormat) berdialog di depan masyarakat khususnya bukan Islam. "Saya tidak kisah jika dalam dialog nanti YAB dengan jelas dan lantang menyatakan tidak bersetuju dengan alternatif yang PAS bawa, tetapi yang saya dan rakyat perlukan ialah fakta di sebalik penolakan lantang YAB," katanya dalam satu surat terbuka kepada Lim hari ini. Surat itu, bertajuk "Cabaran dialog dengan Lim Guan Eng" diletakkan di status Facebooknya petang semalam. Berucap pada Persidangan Nasional DAP 2014 di Subang Jaya pada Ahad, Lim berkata, dalam usaha menunjukkan pembangkang mempunyai suara sama, pendirian tidak melaksanakan hudud perlu jelas dinyatakan. "Pakatan perlu buktikan kita boleh mentadbir lebih baik, ini dapat dilakukan dengan dasar yang jelas. "Perlu ada pendirian tegas, kerajaan PR di Putrajaya tidak akan melaksanakan undang-undang hudud. Itu mesti jelas sama sekali," kata ahli Parlimen Bagan itu. Zaharudin berkata beliau menulis surat itu atas kapasiti peribadi sebagai seorang Islam dan rakyat Malaysia yang faham dan yakin tentang keselamatan rakyat semakin terhimpit, jenayah menjadi-jadi serta kewujudan unsur rasuah dalam pengurusan ekonomi negara. Katanya, PAS menegakkan Islam melalui kerangka demokrasi dan menawarkan sistem Islam yang adil sebagai alternatif kepada sistem sedia ada sekarang. "Dengan kata lain, PAS berusaha menjelaskan keadilan sistem Islam kepada rakyat, kemudian terpulang kepada mereka untuk memilih atau menolak dasar PAS. "Bila rakyat sokong dengan memberikan undi dan kemenangan kepada PAS sebagaimana berlaku di Kelantan, bermakna PAS berhak melaksanakan apa yang termampu sebagaimana yang dijanjikan kepada rakyat. "Dengan kerangka demokrasi, sepatutnya semua parti dalam PR bebas bercakap tentang dasar perjuangan masing-masing dan ini juga dipersetujui dalam deklarasi ringkas pada 5 Mei 2013," katanya. Beliau berkata, DAP tidak sepatutnya meminta PAS membuat pengisytiharan untuk tidak melaksanakan Islam sekiranya PR memenangi pilihan raya umum akan datang, sebagaimana PAS juga tidak boleh memaksa DAP untuk mengisytiharkan menerima pelaksanaan Islam. "Apa yang penting ialah kita bersatu menentang BN (Barisan Nasional). Selepas menang kita melihat siapa yang majoriti sewaktu kemengangan. "Jika PAS majoriti, maka Islam akan dilaksanakan demi kebaikan semua. Jika DAP majoriti, maka terpulang kepada DAP. Itu namanya demokrasi," katanya. Zaharudin berkata, keadaan itu sudah pun berlaku secara tidak langsung di Pulau Pinang di mana urusan pentadbiran diserahkan sepenuhnya kepada DAP dan di Kelantan, mengikut cara PAS. Beliau menasihati orang bukan Islam supaya mengamalkan keterbukaan dan memahami hudud yang akan diperkenalkan oleh PAS, termasuk "hak dan keistimewaan yang mereka akan perolehi" di sebalik dasar itu, sebelum membuat keputusan menerima atau menolaknya. "Apa yang rakyat tidak perolehi daripada Barisan Nasional (BN) ialah kebebasan mendengar dasar parti yang wujud di dalam Malaysia secara lebih jelas. "Suara PAS disekat, dasar PAS tidak dapat difahamkan kepada masyarakat. Lebih teruk, media Umno putar belit hakikat dasar PAS. Akhirnya sokongan rakyat kepada sesuatu parti ialah berdasarkan sentimen. "Saya menyeru YAB supaya sentimen ini dihancurkan bersama. Biar rakyat mendengar dan menilai. Itu yang saya dan rakyat Malaysia mahukan," katanya sambil mendakwa BN menerangkan dasar PAS dan memutar belitnya melalui sekatan media. "1% betul, 99% putar belit. Akhirnya rakyat keliru. Saya harap ini tidak diikuti oleh DAP," katanya. Zaharudin dengan yakin menegaskan beliau boleh menyatakan fakta yang hak orang bukan Islam sedang didiskriminasikan dalam sistem perundangan konvensional sekarang yang mempunyai banyak kelemahan. sumber...TMI | ||
Khairy pertahan Najib, Ahli UMNO yang mahu Najib letak jawatan itu 'suara paling rendah' katanya.. Posted: 18 Dec 2014 06:15 PM PST Oh.. baru aku tahu.. ada kasta rupanya dalam UMNO ni.. nak tegurpun kena sama level kalau tak jangan boleh blah! Hanya orang yang berada dalam level yang sama boleh tegur sesama sendiri.. Orang bawah jangan nak sibuk tegur hal orang atasan.. sedar dirilah sikit.. Maknanya.. kalau bertaraf macai tu jadi tukang sorak, tukang tepuk tangan dan tukang pacak bendera serta gantung poster sajalah bila pilihanraya.. Hinanya golongan macai dalam UMNO ni... KJ: Kenapa layan suara paling rendah Umno? Gesaan pemimpin cawangan Umno Syed Rosli Syed Harman Jamalullail supaya Datuk Seri Najib Razak berundur hanya suara paling rendah dalam hierarki Umno, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin. Bercakap pada sidang media hari ini, Khairy berkata beliau hairan mengapa Malaysiakini memilih untuk menyiarkan surat Syed Rosli kerana dia tidak mempunyai jawatan tinggi dalam Umno. Apatah lagi kata Khairy, Syed Rosli (kanan) pernah mencabarnya untuk jawatan ketua Pemuda namun tidak mendapat sebarang undi. Khairy menegaskan laporan yang dibuat sekurang-kurangnya harus memetik seseorang yang mempunyai kewibawaan. Dalam surat yang disiarkan Malaysiakini sebelum ini, Rosli yang juga ketua penerangan Umno Pusat Bandar Taman Chempaka, Pandan menganggap Najib "liabiliti teramat besar" kepada BN, selain kelemahan sokongan Cina dan India. Khairy berkata akar umbi merasakan khidmat Najib "tidak diperlukan" dan "lebih baik berundur secara terhormat" sebelum pilihan raya umum ke-14 demi memberi nafas baru kepada Umno. Sementara itu Media Umno melaporkan, Umno Pandan menafikan mempunyai kaitan, sama ada di peringkat bahagian atau cawangan, dengan kenyataan Syed Rosli itu. Ketuanya Datuk Haniff Koslan berkata, Umno Pandan di setiap peringkat menyokong penuh kepimpinan Najib selaku presiden Umno dan juga perdana menteri. Haniff juga menyerahkan kepada pihak cawangan untuk mengambil sebarang tindakan terhadap Syed Rosli berhubung kenyataannya itu. Ini kerana, kata Haniff, Syed Rosli menggunakan kedudukan sebagai ketua penerangan Umno cawangan tanpa berbincang terlebih dulu lapor Malaysiakini | ||
10 Penjawat Awam Antara 57 Ditahan SPRM Di Sarawak Kita Bantai Posted: 18 Dec 2014 05:30 PM PST Pengarahnya Badrul Shah Norman berkata jumlah itu turut merangkumi 13 orang awam dan seorang penjawat yang ditahan menerusi Ops Tukul yang dilancarkan sejak Oktober lalu bagi membanteras aktiviti rasuah berkaitan pembalakan haram. Beliau berkata 42 orang sudah dihadapkan ke mahkamah dengan sembilan daripadanya menerusi Ops Tukul. Berucap pada majlis makan malam bersama media di Kelab Golf Sarawak di sini malam ini, katanya dari aspek pencegahan, SPRM bersama Jabatan Hutan Sarawak berjaya mengadakan Majlis Ikrar Integriti Korporat (CIP) dengan pemain industri pembalakan di Sarawak. "Ini merupakan satu kejayaan yang amat bersejarah kerana julung-julung kali syarikat-syarikat gergasi dalam industri pembalakan di Sarawak menyatakan ikrar untuk berurusan secara telus dan penuh integriti dalam urus niaga dan urusan pembalakan mereka," katanya. Badrul berkata pihaknya akan terus berusaha untuk lebih proaktif dalam isu rasuah yang dibangkitkan orang ramai dan bertekad untuk meningkatkan lagi keterlibatan dengan pihak NGO, pemimpin masyarakat, sektor swasta dan masyarakat setempat bagi menyampaikan mesej berkaitan antirasuah. Read more: http://www.kitabantai.info/2014/12/10-penjawat-awam-antara-57-ditahan-sprm.html#ixzz3MH8EHdgO | ||
MB Azmin : "Jangan Cuba Lagakan Saya Dengan Dato Seri Anwar Ibrahim" Posted: 18 Dec 2014 04:45 PM PST Azmin: Peranan Anwar masih pentingMenteri Besar Selangor Azmin Ali menegaskan bahawa peranan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi negeri masih penting bagi memperkukuhkan kerajaan negeri dan Pakatan Rakyat. Beliau berkata demikian hari ini ketika ditanya pemberita mengenai dakwaan bahawa beliau dibayangi oleh Anwar. Mengulas perkara itu, Azmin berkata beliau menghormati pandangan tersebut, yang dinyatakan oleh ketua kluster politik Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Mustafa Ishak. "Itu pandangan dia. Peranan Anwar itu masih lagi penting. Peranan Anwar dalam konteks memberikan nasihat pandangan itu penting bagi kerajaan negeri dan Pakatan Rakyat. "Beliau telah memainkan peranan yang cukup besar dalam memperkukuhkan Pakatan. "Saya telah lama bekerja dengan beliau (Anwar) dan pandangan pandangan beliau itu diambil kira dalam parti, dalam Pakatan, dalam kerajaan negeri sebagai penasihat ekonomi," katanya. Azmin ditemui pemberita selepas mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, Shah Alam. Kedudukan Anwar itu menjadi perhatian susulan tindakan sultan Selangor, yang melucutkan gelaran "Datuk Seri" kepada ketua pembangkang itu pada bulan lalu. Kenyataan istana menyebut, pembatalan darjah kebesaran itu dibuat atas alasan Anwar mempersoal kewibawaan dan kuasa sultan dan institusi raja ketika krisis menteri besar sebelum ini. Ketegangan dengan istana itu muncul susulan projek "Langkah Kajang", apabila PKR sebelum ini bertegas untuk menamakan seorang calon pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim walaupun istana mahukan lebih nama. PKR mencalonkan presiden PKR dan isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Ismail walaupun istana akhirnya memilih timbalannya Azmin Ali sebagai menteri besar baru. Batu Vs Kayu | ||
Sejak Bila Umnobn Menyokong Atau Melakukan Sesuatu Tanpa Mengharapkan Keuntungan Politik? Posted: 18 Dec 2014 04:00 PM PST Semua Yg Dilakukan Semata2 Utk Popular Dan Utk Pancing Undi.. -Sejak 63 Thn Yg Lalu,Bila Masa Umnobn Mnyokong Sesuatu Yg Dilakukan Oleh Pas? Malah Sblm Ini,Berbagai Kejian Dan Makian Yg Dilemparkan Kpd Pas..Berbagai Gelaran Buruk Yg Diberikan Kpd Pas.. "Parti Ajaran Sesat".."Parti Ajaran Songsang".."Parti Ajaran Syaitan".."Parti Pemecah Umat",dan Byk Lagi.. -Knapa Tiada Satupun Nada Umno Yg Menyokong Pas Utk Laksanakan Hudud Di Kelantan Sblm Pru 13 Walaupun Dah Pulohan Thn Pas Mengatakan Utk Laksanakan Hudud? -Knapa Tiada Satu Suara Pun Yg Mngatakan Umno Mnyokong Pas Utk Laksanakan Hudud Di Klantan Walaupun Sdh 21 Thn Pas Memerintah Kelantan? -Knapa Baru Skrg Umno Bersungguh2 Mnyatakan Sokongan Utk Pas Laksanakan Hudud? -Knapa Setelah Umnobn Mengalami Prestasi Buruk Dan Hanya Mendapat Sokongan 47% Pengundi,Barulah Terdengar Suara Mnyokong Pas Laksanakan Hudud Di Kelantan? -Kamu Mngatakan Mnyokong Pas Laksanakan Hudud Di Klantan,Tapi Kamu Tak Prnah Benarkan Dan Izinkan Kjaan Kelantan Mnggunakan Kemudahan2 Yg Berada Di Bwh Kjaan Pusat Utk Kjaan Klantan Laksanakan Hudud? Bila Masa Kamu Membenarkan Anggota Polis,Mahkamah Dan Hakim,Penjara Dan Kemudahan Hospital Utk Digunakan Oleh Kjaan Klantan Laksanakan Hudud? -Sebabnya Sokongan Kamu HANYALAH SOKONGAN MENCARI LABA POLITIK SEMATA2.. -Sokongan Kamu Hanyalah Usikan Dan Gula2 Supaya Kjaan Ngeri MELANTAH Supaya Kamu Mndapat Keuntungan Politik..Supaya Kamu Ternampak Oleh Rakyat Klantan Kononnya Kamu Cakna Kpd Islam,Krana Agama Adalah Mnjadi Keutamaan Kpd Rkyat Kelantan. Supaya Mudah Bagi Kamu Utk Buruk2kan Pas Di Mata Rakyat Seandai Hukum Hudud Itu Tidak Dpt Dilaksana Kerana Tiada Kemudahan2 Utk Laksanakannya.. Mudah Bagi Kamu Utk Momokan Rakyat Kelantan Kononnya Pas Cakap Tak Serupa Bikin..Kononnya Pas Menjual Agama Demi Politik..Kononnya Pas Hanya Menipu Org2 Islam Kelantan Dgn Hudud.. -Jerat Yg Kamu Pasang Terlalu Cantik..Madu Di Pangkal Tapi Racun Di Hujungnya.. -Sbb Bagi Kamu,Pas Berjaya Menang Di Kelantan Krana Hudud Dan Pas Mungkin Berjaya Ditewaskan Juga Dgn Hudud.. -Kpd Sahabat2 PR,Berhati2 Dgn Jerat Percintaan Yg Sedang Dipasang Oleh Umnobn.. | ||
Article ini saja saya abadikan dalam blog: Ikut ‘pandai’ Umnolah Posted: 18 Dec 2014 10:05 AM PST Najib vs Muhyiddin: Siapa yang menang akhirnya? DR DZULKEFLY AHMAD | 18 Disember 2014. PENULISAN ini adalah cubaan menziarahi kembali Perhimpunan Agung Umno (PAU) serta membaca politik Umno; khasnya tentang kepemimpinan Presiden dan Timbalannya, dalam cita-cita untuk mengemudi seterusnya perjuangan yang semakin getir seumpama sedang melalui lautan penuh gelora. Ucapan yang kurang enak serta menghampiri 'lucah' seperti 'membakar coli' dan 'minyak pelincir' kurang sangat nilai ilmiahnya termasuk juga cakap-cakap macam 'ustaz dan ustazah ekspres' yang tebal dengan prejudis tidak wajar dilanjutkan. Cakap terbuang namanya. Kalau boleh saya cadangkan kepada warga besar Umno kedua-dua pimpinan Wanita Umno ini wajar ditolak segera oleh Umno kalau Umno nak 'survive'. Akan tetapi kalau mereka dikekalkan bahkan diangkat lebih tinggi lagi, bagus sangat untuk pembangkang di negara ini. Itu semua saya tak mahu campur. Ikut 'pandai' Umnolah. Walau macam mana pun gegak-gempita ucapan perwakilan lain, di mana-mana perhimpunan parti politik di muka bumi ini, hanya ucapan orang nombor satu dan dua sahaja yang wajar diberikan tumpuan. Yang lain itu sekadar menambah rempah ratus, sesudu dua ajinamoto sahaja. Dengan kekangan ruang, maaf tidak wajar saya melanjutkan untuk memberi laluan kepada yang lain, walaupun ada dikatakan menarik. Saya tumpukan dulu ucapan Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sejak bermain peranan 'second-fiddle', peribadi ini memang diakui umum tidak pernah menyerlah. Berucap atau tidak, tidak sangat jadi pertikaian ahli apatah lagi pihak awam atau media. Jarang-jarang mungkin kadang-kadang sangat yang menyerlah dan selalunya tidak dipeduli. Lazimnya hambar. Tidak begitu dalam PAU yang baru ini. Berkebetulan saya berada di hadapan set TV ketika itu. Saya tonton dan dengari seluruh ucapan beliau. Bukan sahaja punya 'wow faktornya' tapi sangat berlainan dan berbisa. Lebih penting bagi saya selaku penganalisis politik yang memimpin sebuah think-tank parti adalah untuk membaca semuanya dengan beberapa lapis bacaan. Saya mahu lanjutkan naratif dan pengamatan ini. Tentangan Terbuka Menyimpang sedikit, tentangan terhadap Presiden Umno bukan lagi satu rahsia. Ia telah menjadi satu 'open-secret' atau rahsia terbuka. Wujud ketidakselesaan terhadap dasar serta kecenderungan kepemimpinan Presiden parti. Penentangan terhadap dasar-dasar 'liberalisasi' ekonomi dan kewangannya telah lama dinyatakan oleh 'warlords' parti yang sangat tebal doktrin 'Kemelayuan'nya. Kesemua dasar 'liberalisasi' ini ditanggapi kelompok ini sebagai menggugat kepentingan Melayu. Pun begitu 'warlords' beserta sebahagian besar ahli parti menyatakan tidak persetujuan mereka apabila Presiden Umno menamatkan undang-undang drakonian Akta Keselamatan Dalam Negeri, ISA dan Kanun Darurat peninggalan penjajah British. Nah, apakah ini 'backdrop' politik yang melatari ucapan Timbalan Presiden Umno ini? Pastinya kalau perhitungan tentang janji Presiden mereka untuk memansuhkan satu lagi akta peninggalan penjajah yang sangat besar manfaat dan kegunaan untuk parti pemerintah di negara ini yakni Akta Hasutan 1948. Perhatikan kembali ucapan Muhyiddin dan kita tekuni ma'ani atau maksud-maksud yang sarat dalam bait-bait ucapan beliau tempoh hari. Mungkin ada beberapa perkara yang wajar saya tonjolkan tentang ucapan beliau yang sangat besar maknanya. Sayugia diingat ucapan ini dibuat Muhyiddin pada perasmian Perhimpunan Wanita dan Pemuda. Saya memerhatikan kritikan beliau tentang ekonomi khususnya kesenjangan atau jurang antara kaya-miskin dan antara kaum Melayu-Bumiputera dan Bukan Bumiputera adalah sangat bertepatan. Sandaran statistiknya sangat tepat dan relevan. Beberapa contoh boleh saya ulangi di sini. "Dalam era pasca DEB, data terbaharu Jabatan Perangkaan Malaysia untuk tahun 2013 menunjukkan bahawa jurang ekonomi antara kaum masih wujud. Misalnya, pendapatan bulanan isi rumah Bumiputera sebanyak RM3,282 masih rendah berbanding kaum Cina, iaitu RM4,643 dan kaum India sebanyak RM3,676." "Dalam kumpulan isi rumah berpendapatan 40% terendah, 75.5% adalah Bumiputera. Pemilikan hartanah dalam kalangan Bumiputera juga masih jauh lebih rendah berbanding kaum-kaum lain. Hanya 36.3% transaksi bangunan hartanah kediaman melibatkan Bumiputera. Pemilikan hartanah bangunan industri dan perdagangan Bumiputera juga rendah iaitu 2.37% bagi hartanah industri dan 7.85% bagi hartanah perdagangan." (point 13) "Secara umumnya, kedudukan ekonomi orang Melayu hari ini masih meruncing. Ketidaksaksamaan dalam masyarakat agak menggerunkan kita. Pada masa yang sama, kita berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam meneruskan agenda ekonomi Melayu. Kita bersaing dalam ekonomi yang lebih terbuka." "Kita berhadapan dengan fahaman kesamarataan yang menentang sebarang pelaksanaan agenda Melayu. Menerusi pelbagai instrumen perjanjian perdagangan bebas antarabangsa, negara kita didesak supaya jangan lagi mengamalkan dasar untuk melindungi kepentingan kaum Bumiputera. Kononnya, dasar seperti ini merupakan penghalang kepada pembangunan ekonomi dan merencatkan pasaran." Kesemua ini akhirnya saya perhatikan tersimpul dan terangkum maksudnya dalam ayat ini: "Saya ingin mencadangkan supaya Agenda Bumiputera serta dasar dan strategi merapatkan jurang ekonomi dijadikan teras utama Rancangan Malaysia Ke-11 yang merupakan lonjakan terakhir Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju". "Agenda Bumiputera sebagai Agenda Nasional tidak boleh dilaksanakan secara picisan atau terpisah daripada kerangka besar ekonomi negara. Ia mesti dilaksanakan secara inklusif, komprehensif dan merentasi semua sektor ekonomi. "Oleh itu, kita perlu menjadikan Agenda Bumiputera sebagai Agenda Nasional, bukan agenda kaum. Saya juga mencadangkan satu Dasar Ekonomi Nasional yang baharu dirangka untuk memacu inisiatif kesaksamaan ke hadapan." Nah... pada pengamatan saya Najib di'checkmated' oleh Muhyiddin. Hampir sahaja Muhyiddin mahu isytiharkan bahawa bosnya telah gagal. Dalam politik "timing" atau "kejituan waktu" adalah segala-galanya dalam perlaksanaan strategi. Punyalah banyak program-program GTP, ETP, NKRA dan NKEA dengan segala KPI dan SRInya, tetiba sahaja Muhyuddin secara lantang dan di hadapan semua perwakilan Wanita dan Pemuda,mengisytiharkan bahawa beliau mahukan satu Dasar Ekonomi Nasional yang baharu! Dengan kata lain, Najib telah gagal kerana kemiskinan masih wujud di kalangan Melayu-Bumiputera dan gejala jurang kaya-miskin terus melebar di antara kaum. Program Liberalisasi Najib sekaligus diimplikasikan sebagai punca kegagalan dasar-dasar ekonomi Najib. Aneh analisis ini! Hanya yang naïf politik yang membacanya dengan selapis sahaja. Menekan Najib Seolah-olah tidak cukup lagi untuk 'menekan' Najib, Muhyiddin beralih kepada isu yang lebih membakar yakni Akta Hasutan yang telah pun dijanjikan Najib kepada rakyat dalam dua pernyataan beliau untuk memansuhnya. Dunia dah ketahuan dan sebuah interview dengan BBC pada Julai 2013, Najib telah menyebut akan memansuhkan Akta Hasutan ini. Lebih awal lagi pada 12 Julai 2012, Najib menyebut di hadapan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Ali Hamsa dan Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail. Apakah kenyataan mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohammad bahawa Melayu akan menjadi seumpama "Red-Indians" di Amerika satu kebetulan atau semua telah diorchestrated dan 'stage-managed'? Hanya Allah yang lebih Mengetahui! Muhyiddin membuat saranan yang tajam dan tegas, memintas Najib dalam hal polemik ini. "Pada hemat saya juga, dalam semangat untuk mengikis sikap prejudis sesama rakyat, adalah wajar kerajaan mengambil tindakan tegas dalam membendung kenyataan-kenyataan yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama daripada memercikkan api perbalahan. "Adalah lebih baik kita mencegah daripada nantinya terpaksa merawat luka permusuhan yang parah. Kerana itu saya telah menyatakan pendirian saya mengenai Akta Hasutan. "Bagi saya, Akta ini wajar dikekalkan dengan beberapa penambahbaikan. Peruntukan khusus perlu dimasukkan untuk melarang mana-mana pihak daripada mempersoalkan jaminan perlembagaan mengenai kedudukan agama Islam sebagai Agama Persekutuan. "Akta ini juga perlu menghalang mana-mana pihak daripada mempersoalkan hak penganut agama lain untuk mengamalkan kepercayaan agama masing-masing." Berdepan dengan asakan Muhyiddin pastinya merimaskan Najib. Beliau sememang tidak punya banyak opsyen kecuali untuk tunduk dan akur kepada orang nombor duanya yang kelihatan lebih mantap dan bersedia kali ini. Nah, apa lagi keupayaan Najib untuk membuat sikap yang tegas serta pendirian yang tidak berganjak dalam hal Akta Hasutan ini? Akhirnya beliau terpaksa mengakui setelah mendengar kehendak seluruh ahli Umno, maka beliau mengambil sikap untuk mendengar pandangan ahli. Paling jelas dan tuntas 'serangan' Muhyidin terhadap Najib adalah dalam isu pemilihan parti. Saya ungkapkan kembali secara verbatim. "Kita tidak ada banyak masa untuk menunggu perubahan berlaku. Kita perlu merekayasa perubahan. If change does not happen, we have to engineer the change. Justeru pada hemat saya, wajar untuk kita pertimbangkan pemilihan parti dilaksanakan mengikut kehendak Perlembagaan Umno dan tidak ditangguhkan selepas pilihan raya umum seperti yang pernah dibuat sebelum ini." Pada awalnya Muhyiddin bercakap tentang masa yang semakin suntuk untuk Umno berubah, diberi setahun sahaja lagi. Kemudian beliau mahu pemilihan tahun depannya tetap dijalankan! Apakah mesej semua ini? Tegas beliau, "If change does not happen, we have to engineer the change" (Jika perubahan tidak juga berlaku, kita yang kena ubahkan). Cakap-cakap yang Muhyiddin hendak bersara pasti 'spin' yang dibuat oleh satu pihak yang mahukan beliau digantikan. Oleh siapa ya? Bagaimana pula dari pihak Presiden Umno itu sendiri dalam menangani serangan yang bertali arus dari segenap sudut ini. Kini Tun Mahathir sudah mulakan tembakan beliau tentang kegagalan PAU menangani isu 1-MDB, TPPA dan jurang-kaya miskin. Mampukah Najib bertahan? Muhyiddin Tidak Lagi Berselindung Setelah dibutirkan penampilan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyuddin Yasin yang agak mantap, saya akan berkongsi pengamatan saya tentang Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak. Saya hanya minta diizinkan berterus terang dan tidak perlu sangat menyantuni diplomasi dalam berkarya. Takut-takut tak kesampaian maksud sebenar nanti. Sukar untuk dinafikan bahawa Najib pastinya gugup dan tersentak mendengar ucapan Muhyiddin yang luar biasa petahnya. Lebih mengganggu kestabilan emosinya adalah terjahan beberapa isu yang difahaminya sebagai memintas, mengepung bahkan mengikat beliau. Garis ucapan Najib wajarnya berbeza supaya tidak dilihat terperangkap dalam kerangka dan kotak pemikiran Muhyiddin khasnya dalam isu-isu seperti agenda tuntutan pemilihan parti yang beliau desak supaya langsungkan juga dan tidak ditangguhkan. Lafaznya jelas... "kita perlu merekayasa perubahan... 'If change doesn't happen, we have to engineer the change'... jarang-jarang sangat dia berbahasa penjajah... kalau perubahan tidak berlaku kita yang perlu mengubahnya. Tegas beliau lagi, "justeru pada hemat saya, wajar untuk kita pertimbangkan pemilihan parti dilaksanakan mengikut Perlembagaan Umno dan tidak ditangguhkan selepas pilihan raya umum seperti pernah dilakukan sebelum ini." Juga tegas dan tajam adalah tuntutan Muhyiddin supaya dirangka Agenda Bumiputera sebagai Agenda Nasional, bukan agenda kaum. Saya juga mencadangkan satu Dasar Ekonomi Nasional yang baharu dirangka. Bukankah segala GTP, ETP, NKRA dan NKEA serta segala KPIsnya di bawah Pemandu itu kebanggaan Najib. Pendeknya NAJIBNOMICS lah! Sederap kata-kata Muhyiddin, tampak Najib semacam terkulai. Di mana jawab balas Najib sama ada dalam ucapan dasarnya mahupun penggulungannya? Di mana penjelasan Najib yang menerangkan bahawa kita tidak perlu semua itu kerana kita telah ada segala Program Transformasi Ekonomi (ETP) mahupun Transformasi Kerajaan (GTP)? Tegasnya beliau seakan-akan mengaku kalah dan bersalah. Sebab Muhyiddin tampilkan statistik dan tulisan-tulisan terkini. Bukan sahaja menyebut buku-buku Joseph Stiglitz dan Piketty tetapi membawa statistik dan 'evidence' terkini dengan penulisan Dr Mohammad Khalid (The Colour of Inequality) dan Pakar ekonomi Just Faaland, J.R Parkinson dan Rais Saniman membuktikan dalam buku mereka Growth and Ethnic Inequality: Malaysia's New Economic Policy. Mesej Menjadi Lantang Kalau Najib tak faham lagi biarlah saya tambah semangkuk dua untuk betul-betul pastikan gol disumbat kemas-kemas. Mesej ini telah menjadi lebih lantang dengan peluncuran Laporan MHDR atau Malaysia Human Development Report Bangsa-Bangsa Bersatu. Secara lebih khususnya betul Perikatan-BN telah menurunkan Kadar Kemiskinan dari 49% isi-rumah (household) pada tahun 1970 ke serendah 1.7% pada 2010. Sementara kadar kemiskinan telah berjaya ditangani yang menjadi pertikaian kesemua pakar-pakar ekonomi mutakhir ini adalah persoalan Jurang atau Kesenjangan kaya-miskin bukan sahaja disegi pendapatan (income) tetapi jauh lebih parah, sama ada dalam sesuatu kaum mahupun antara kaum ialah jurang kekayaan (wealth) diukur dari segi aset. Ini bicaranya Muhyuddin! DEB berjaya mensasarkan penurunan kadar kemiskinan tetapi jurang dan kesenjangan masih lagi berleluasa dan program Najib dan sebelumnya, pendeknya gagal! Itu mesej Muhyiddin! Meneliti ucapan dan penggulungan Najib langsung tidak terjawab! Pada saya KO atau 'Knock-Out' Najib! Dengan kata lain, apa jaminan kalau Najib diberi lanjutan kepimpinan dalam Umno-BN bahawa beliau akan memperbaiki prestasinya. Muhyiddin dan warlords Umno telah pun mengisyaratkan tidak persetujuan program Najib melalui Pemandu! Muhyuddin secara tegasnya mahukan Agenda Bumiputera sebagai Agenda Nasional, bukan agenda kaum dan menuntut Dasar Ekonomi Nasional yang baru. Nah, meneliti kembali ucapan Presiden Umno tempoh hari, saya masih tercari-cari kata-kata ibunya, yang mega dan bersifat 'visionary'. Maaf, tegasnya tak ada. Najib sememangnya tahu bahawa beberapa warlords termasuk dua Tun telah bersuara -- Mahathir dan Daim. Kritikan mereka sebelum PAU adalah sangat keras dan tajam. Isunya ialah 1MDB yang kepada Mahathir dan Daim adalah 'debacle' atau mala petaka menunggu meletup. Tun Mahathir dan Daim telah 'mengherdik' Najib dengan pelbagai cacian yang sangat pedas. Mereka mengharapkan akan ada perwakilan atau juga pimpinan yang mengangkat isu-isu ini termasuk TPPA yang beliau bangkitkan. Najib sebaliknya lebih sibuk menghitung popularitinya yang mesti sentiasa diukur nisbah orang nombor duanya. Dilihat dan ditanggapi lemah oleh perwakilan bakal membawa bencana dan padah untuk kesinambungan kepimpinannya. Maka itu lebih besar manfaatnya dari cuba mengetengahkan isu 1MDB atau pun TPPA, mentelahan kedua-dua ini, Muhyiddin secara mudahnya boleh lepas tangan. Bahkan dia boleh sahaja meletakkan seluruh punca masalah kepada Najib selaku bos nombor satu. 1MDB ialah Najib dan Rosmah, mengikut persepsi umum, khasnya kerana keterlibatan Jho Low, anak muda jutawan yang kaya-raya serta kaitannya dengan 1MDB. Meskipun tidak seorang pun tahu apa pegangan saham Jho Low dalam 1MDB. Tidak ada retorik baru atau 'slogan baru' yang baru kecuali "Solidariti Melayu dan Bumiputera" yang dilafazkan bersekali dan senada dengan "Solidariti Umno". Nak dibawa ke mana retorika ini Najib? Sangat janggal seperti picisan yang amat asing dan tersasar. Dalam suasana landskap politik negara melalui peredaran dan berangkat meninggalkan segala yang bersifat 'feudal' dan 'kuno' dengan Politik Baru yang serba 'terangkum dan inklusif', Najib tiba-tiba sahaja mengungkapkan wacana dan 'discourse' bahasa yang sangat 'aloof' atau 'terpisah' dalam alam khayalan Umno lama dan pastinya bukan Umno Gen-Y, Umno Khairy, Umno Saifuddin, Umno Ashraf Wajdi dan Umno Puteri! Maka ketika Najib cuba membawa perihal 'Peremajaan Umno' dengan ungkapan istilah JIL Umno, pastinya rekaan Wajdi dan Fathul Bari (tekaan penulis), pertaliannya menjadikan Umno dipersepsi semakin eksklusif oleh umum. Tambahan dengan orientasi yang mahukan pemerkasaan Akta Hasutan, Umno jelasnya tidak dapat tidak dilihat sebagai bergerak kebelakang dengan penuh paradoks dalam era pencerahan politik dan pendemokrasian. Umno sudah menjadi parti 'ekstrem kanan' atau 'far right' di segi spektrum ideologi yang difahami bahasa Sains Politik. Tambahan Najib dan Umno kini yang sangat selesa dan melazimi NGO Melayu-Islam yang ditanggapi umum sebagai 'ekstrem kanan' dengan pegangan doktrin 'Melayu-Islamist' supremacist. Di mana yang hendak dikatakan peremajaan Umno. Yang dimaksud 'remaja dan peremajaan' adalah diukur bukan sahaja usia mereka tetapi dengan nilai, aspirasi dan cita-cita golongan muda. Bolehkah kita bayangkan seangkatan anak muda berusia di bawah 30 tahun contohnya, tetapi mempunyai 'worldview' yang feudal, aristokratik, rasis dan fasis dan sangat ekstrem seperti Taliban di segi pegangan agama dan pembawaan kehidupan. Di situ paradoksnya kalau bercakap tentang 'peremajaan' tetapi tidak diberikan 'pencerahan' yang diperlukan bagi membolehkan potensi mereka dikembangkan dan menjadi anasir yang menyatukan umat dan bangsa-negara. Di sini letak kegagalan 'peremajaan Umno' yang sangat 'superficial' dan tertumpu hanya kepada peralihan generasi untuk 'jawatan' atau dengan kata 'kuasa, pengaruh dan kemewahan' tetapi tidak berangkat meninggalkan segala kebobrokan serta tradisi dan 'baggage' Umno yang usang dan mengaibkan. Rakyat tidak berhajatkan JIL Umno yang berperangai macam Umno lama yang didakwa umum 'membolotkan kekayaan dan memperkaya suku-sakat'. Apakah saya merekayasa kesemua ini? Pastinya tidak! Tun Mahathir sendiri membuat sebutan bahawa beliau kecewa PAU tidak membahaskan perkara-perkara yang bersabitan 1MDB, TPPA dan gejala kewujudan kaya-miskin! Apa perlu mengangkat isu-isu negara dan nasional ini, kalau pun tidak perlulah diulangi menyebutkan kegelojohan dan kerakusan penguasa pilitik Umno-BN tentang perihal NFC dan PKFZ? Sebab menyebut dan mengangkatnya isu-isu ini akan menginsafkan 'JIL Umno' akan kepincangan tadbir-urus dan tuntutan pentadbiran yang bersih, telus dan bertanggungjawab. Untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat, bukan sahaja sokongan orang Umno diperlukan, bahkan Umno mesti menyatakan bahawa mereka telah sedar dan berani mengaku kesalahan dan kesilapan lampau dan mahu berubah. Pastinya kepercayaan rakyat yang telah tertipu kesekian lamanya ini, tidak boleh dipulihkan dengan hanya laungan slogan "Hidup Melayu" atau pengenalan kalimat-kalimat besar seperti Solidariti, Peremajaan dan JIL Umno wahai Presiden Umno! Mentelahan pendedahan Laporan Transparency International Malaysia (M-TI) baru-baru ini yang menyenaraikan 'Orang dan Parti Politik' yang paling korup berbanding kelompok kerjaya yang lain termasuk Polis dan Kastam. Kemudiannya disusuli pula oleh Tun Mahathir beberapa hari berikutnya dengan menyebutkan "parti politik kebelakangan ini semakin korup". "Parti politik kini diakui lebih banyak dicemari masalah rasuah kerana ramai ahli politik guna kedudukan kumpul kekayaan peribadi." Siapa Yang Tumbang Selepas Perhimpunan Agung Umno? Kelincahan gelagat dan pidato Presiden dan Timbalannya dalam PAU sukar untuk dinafikan, baik oleh kawan atau lawan. Cara ucapan umum atau 'public speaking' kedua-dua pemimpin Umno ini semacam mereka itu 'finalis' dalam 'pertandingan' untuk merebut siapa juara pemidato dalam Umno. Sesekali terasa mual dan jelek pulak bila berlebih-lebihan atau 'over' kata anak muda. Itu pandangan peribadi saya. Membaca dari dalam media sosial pula (Fb dan blog) semacam mengesahkan hakikat tersebut dan setiap 'kumpulan' cuba mengangkat 'bosnya' serentak memperlekeh 'pesaing'nya. Kedua-dua pemimpin Umno ini tersilap dalam menanggapi apa yang dihajati dan diharapkan oleh seluruh rakyat di negara ini. Ya, rakyatlah yang bertanggungjawab menentukan sama ada Umno-BN terus memerintah atau di jadikan pembangkang di peringkat Persekutuan nanti. Jelasnya kedua-dua mereka telah tersasar kerana hanya bermain dalam gelanggang Umno pada PAU itu, khususnya di penggulungan. Inilah apa yang dikatakan, dengan izin, 'Playing to the gallery'. Malangnya kalau pun semua ahli dan perwakilan dalam PAU, memberi 'standing ovation', bertepuk-sorak dan bertempek meneriak 'Hidup Melayu' sekuat-kuatnya, akan tetapi kalau rakyat dan pengundi diluar 'gallery-gelanggang' itu, menolak Umno-BN, maka kedua-dua pemimpin ini berserta seluruh pimpinan parti dan barisannya akan bakal tersungkur dan tumbang! Justeru, saya mahu mengulas secara lebih substantif menghuraikan kenapa dan bagaimana mereka telah gagal mengekploitasi semaksimanya tumpuan seluruh rakyat terhadap PAU tempoh hari. Najib ada menyebut akan perihal itu, tetapi beliau sendiri lebih pentingkan 'style' dan gaya. Jelasnya yang paling kecewa adalah Tun Mahathir sendiri. Umum mengetahui Tun adalah negarawan yang tidak pentingkan 'style' dan 'bahasa yang berbunga-bunga'. Najib sejak dulu semacam nak menandingi ketua pembangkang dan kini dengan Timbalannya pun tampak macam dah kalah. Pun begitu, Tun menyelar PAU sejurus selepas tirai PAU dilabuhkan. Berkebetulan Tun telah membangkitkan isu 1-MDB sebelum berlangsung PAU dengan sangat konsisten. Amat mengecewakan Tun adalah kerana bukan sahaja kedua-dua pemimpin tertinggi parti itu sengaja tidak menyinggung perihal 1MDB, isu itu tidak juga dibangkitkan oleh mana-mana perwakilan yang berucap. Turut menjadikan Tun berang kerana dalam banyak-banyak ucapan perwakilan tidak ada juga yang menyentuh isu TPPA dan paling mustahak adalah isu jurang kaya-miskin. Bagi Tun, sebagai parti pemerintah gamaknya, tidak membicarakan dan mendebatkan hal-hal ini, jelas membuktikan Umno tidak menghayati denyut nadi rakyat dan peka tentang apa yang menjadi topik perbualan rakyat teramai. Jelasnya bukan macam topik orang-orang Umno dan kuncu-kuncunya yakni hal kontrak dan kontrak. PAU mempamerkan Umno yang sedang gusar dan dalam serba ketakutan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14. PRU ke-14 itu masih jauh tetapi Umno dikejar dan dihambat dengan igauan yang sampai ke paras 'paranoia' dan 'neurosis'. Tidak mustahil seluruh pimpinan tertinggi Umno, perwakilan serta ahli-akar umbi parti mahukan Akta Hasutan dikekalkan malah diperkasakan justeru kerana menayangkan bahawa legasi peninggalan penjajah yang telah menghadiahkan mereka kuasa satu hari dulu, akan menyelamatkan mereka dari serangan pembangkang termasuk pimpinan NGO dan terkini sekumpulan 25 "Elit Melayu". Hanya Pak lah yang berani menegur akan perkara tersebut. Dalam serba keserabutan fikiran inilah terserlah fenomena 'neurosis dan paranoia' pimpinan Umno. Dengan kekangan ruang, saya hanya mampu memilih satu isu besar sahaja dahulu. Najib dan Muhyiddin memilih untuk meyakinkan rakyat bahawa Umnolah pejuang Islam dan konsisten dalam mendukunginya. Saya petik untuk tatapan saudara kembali apa yang disebut Timbalan Presidennya. "Saya pernah berkata bahawa jika kita menganggap Malaysia ini di bawah pimpinan Umno, berada di atas landasan perjuangan, mengikut syariat Islam dan hukum syarak dan ada orang kata sebaliknya pula, bagaimana kita hendak cari satu penilaian yang boleh menggambarkan bahawa negara Malaysia ini, hala tuju yang dibawa oleh Umno dari dulu sampai sekarang ini adalah berpandu kepada tuntutan Islam yang sebenarnya, maka lahirlah cadangan supaya kita buat satu Indeks Syariah. "Indeks syariah ini akan membuat penilaian sejauh mana negara ini bawah Umno menjaga agama kita, menjaga akal, menjaga keturunan, menjaga nyawa dan menjaga harta benda. Lima tuntutan maqasid syariah." Sangat tidak sopan buat Muhyiddin yang secara semberono menyebutkan bahawa Umno telah melandaskan perjuangan parti Melayu terbesar itu di atas landasan Islam dan secara tiba-tiba mengisytiharkan juga bahawa 'liberalisme' telah menjadi musuh Umno nombor satu dan bukan lagi PAS. Saya akan hanya mengulas dari satu sisi sahaja. Ditakdirkan sejurus PAU tamat, sebuah badan antarabangsa 'Transparency International–Malaysia (TI-M) mendedahkan dapatan berikut mengikut 'Malaysian Corruption Barometer' (MCB) 2014 dari kajian di kalangan 2,032 responden. Kelompok paling korup ialah parti politik (45%), diikuti oleh pasukan polis (42%) dikuti dan pegawai kakitangan dan penjawat awam (31%). Umno yang telah memerintah negara ini untuk lebih 5 dekad lamanya dan diketahui sebagai parti politik paling korup sehingga pernah memecat pimpinan tertinggi parti kerana rasuah dan amalan politik wang dan akibat itu sarat seluruh jentera pemerintahan dengan rasuah, tiba-tiba mandakwa bahawa mereka telah berlandaskan semua amalan mereka di atas pentadbiran Islam? Umno yang masih punya menteri-menteri, menteri-menteri besar yang sama ada telah sabit kesalahan mahupun dalam proses perbicaraan kerana amalan rasuah dan pecah amanah dalam kes-kes sperti KPFZ dan NFC, bersedia membuat dakwaan bahawa segala-galanya mereka telah lakukan atas nama Islam dan dalam penghayatan Islam? Penguasa politik Umno serta kuncu-kuncu dan kroni yang telah membolot kekayaan negara dengan segala cara batil dan amalan kronisme yang menghampiri rasuah dan jenayah, tidak termasuk lagi hal hal pembaziran bersedia untuk mendakwa bahawa mereka telah melakukan semua itu dengan komplian dengan muamalat kewangan Islam? Hanya instrumennya sahaja 'syariah-komplian', sama ada dalam PKFZ, NFC dan MITP dan lain-lain, tetapi penipuan, amalan direct-nego dengan harga yang sangat 'bolated', curang dan culas adalah segala muamalat yang bertentangan dengan Syariat Islam! Sila perhatikan ayat Allah SWT: "Dan Janganlah kamu makan (atau mengambil) hak dan harta(orang lain) di antara kamu dengan cara yang salah..." (Al-Baqarah: 188) Baru-baru ini kita diumumkan akan kewujudan 20 bilionair dan 30,054 jutawan. Alhamdulillah! Syabas! Kalau rezeki itu dari usaha gigih, cekal, kreativiti mereka tidak sesiapa yang harus cemburu. Mereka menjadi ikon dan ikutan golongan yang belum berjaya. Namun kalau di kalanagn mereka ini terdapat golongan dari kalangan orang politik dan kuncu-kuncunya, rakyat mahukan supaya mereka berani isytihar bagaimana kekayaan mereka itu mereka jana. Mereka sendiri seharusnya sedar dan insaf kerana rezeki akan disuapkan ke mulut isteri dan anak-anak mereka dan menjadi darah daging zuriat sehingga ke anak cucu. Nah, seandainya cara perolehan kekayaan ini adalah secara batil yakni rasuah dan segala cara yang salah, rakyat minta mereka segera bertaubat kerana rakyat sesungguhnya tidak redha wang dan dana rakyat dicuri dan rompak oleh golongan yang sepatutnya menjaga Amanah Rakyat! Mereka wajar pulangkan wang rakyat ini! Sesungguhnya saya sedang dalam proses mendengar keluhan seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat GLC yang sedang diasak dan diperas ugut oleh seorang menteri yang mahu diberikan sejumlah wang sebanyak RM50 juta bagi memudahkan syarikat beliau meneruskan perolehan yang dikeluarkan oleh kementeriannya. Beliau tidak akan lakukan! Dikatakan bahawa wang tersebut adalah untuk diberikan kepada 5 bahagian. Senang-senang menjadi menjadi multi-millionaire dengan satu transaksi kontrak! Dan amalan ini dakwa beliau adalah lumrah. Lumrah di kalangan orang politik dan orang birokrat dan pegawa tadbir! Beliau menyebutkan tidak akan 'tunduk' namun kawan-kawan beliau dalam kedudukan yang sama tidak boleh beliau jamin. Nah, ini tidak termasuk pelbagai cerita menteri yang meminta 5-10% bayaran upfront kepada syarikat-syarikat yang diberikan kontrak. Biasa sahaja itu. Saya terpaksa percaya kerana yang mencerita adalah pihak yang memberi dan mereka dikatakan terpaksa memberi kalau tidak tak dapat kontrak! Mereka pun dua kali lima juga. Makanya wahai pimpinan Umno, anda janganlah bermudah untuk mendakwa bahawa Islam telah menjadi landasan perjuangan Umno! Jangan jadikan persepsi orang Islam dan bukan Islam tersalah tanggap tentang Islam itu kerana amalan buruk dan kebobrokan kamu. Mutakhir ini menjadi lebih buruk kerana pegangan ekstremisme agama secara sempit yang diadunkan dengan doktrin ketuanan Melayu. Semua ini mahu dipaksa sebagai mendukungi Islam sementara Islam itu pada sifat hakikinya adalah penuh rahmat dan adil untuk semua... Alahai Umno! Penulis ialah Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Posted by mountdweller | ||
Posted: 18 Dec 2014 04:15 AM PST
1.Saya penyokong kuat FELDA, kadangkala perlu kritik kerana sayang bukan untuk jatuhkan. Kalau dahulu Tun Razak dengan bijak menyatukan orang Melayu ke satu kawasan agar lebih mudah dibangunkan daripada petempatan berselerak, sekarang FELDA merupakan antara cerita 'rags to richest' yang dipuji oleh rakyat Malaysia dan juga ahli pemikir antarabangsa. Prof Jeffrey Sachs seorang pemikir yang sinonim dengan pembasmian kemiskinan telah menggunakan contoh FELDA di satu temu bual sebagai program terbaik untuk menyelesaikan masalah kemiskinan tegar. 2.Alhamdullilah, sekarang Koperasi Permodalan FELDA merupakan antara koperasi terkaya di negara dengan 3.43 billion asset. Peneroka juga hidup dengan selesa dijaga rapi oleh syarikat itu sambil diberi kemudahan untuk berniaga dan mendapat pendidikan. Felda Global Ventures pula satu kebanggan negara merupakan sebuah syarikat bernilai berbillion dan merupakan antara pemilik kelapa sawit terbesar di dunia. Jauh perjalanan orang Melayu yang dahulu hanya bekerja di ladang sebagai buruh kasar dan bukan pengurus. 3. Agak menyedihkan sejak kebelakangan ini ada beberapa isu menghasilkan tanda tanya kepada rakyat. Bermula dengan 'suspension' Director General Datuk Faizoull Ahmad kerana tidak bersetuju dengan Pengerusi Tan Sri Isa Samad atas isu tertentu. Datuk Faizoull merupakan DG kedua digantung selepas Datuk Dzulkifli Abd Wahab juga digantung dan sekarang dihantar ke Rome,Italy atas alasan kerja. Bagaimana dua DG boleh digantung kerana tidak bersetuju dengan Pengerusi? Kerana FELDA mempunyai begitu banyak peneroka yang bergantung kepada syarikat tersebut, kerajaan perlu memberi perjelasan terperinci berkenaan masalah pengurusan dalam syarikat itu. 4.Hari ini pula berita terhangat ialah FELDA membeli hotel ke-2 mereka di London,UK bernama Park City Hotel bernilai £60mil (RM330mil). Keputusan FELDA bercanggah dengan kenyataan Timbalan Menteri DS Razali Ibrahim di parlimen : "Buat masa ini, Felda tidak merancang untuk membeli mana-mana hotel. Konglomerat itu hanya akan fokus kepada hotel sedia ada beroperasi," (DS Razali Ibrahim). Bagaimana peneroka boleh untung daripada pembelian hotel ini? Adakah peneroka akan dihantar ke hotel itu untuk latihan atau diberi peluang mengurus hotel? Jika setakat dividen ia tidak berapa menguntungkan negara, sepertimana semua tahu apabila syarikat Malaysia membuat pelaburan di luar, KDNK tidak akan meningkat kerana rakyat London yang akan untung dan bukan rakyat Malaysia 5. Saham Felda Global Ventures juga menjunam kepada paras terendah disebabkan oleh kejatuhan harga minyak kelapa sawit (CPO) dan minyak mentah (20-25% eksport Malaysia merupakan produk petroleum). 6. Dahulu juga Tabung Haji sedang menyiapkan kertas kerja untuk membuat pelaburan besar di bandar muflis Detroit,Amerika, tetapi pada saat akhir mereka membatalkan rancangan itu . Saya fikir kerajaan tidak patut beri banyak peluang kepada ahli politik untuk mengurus tadbir sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) walaupun sebagai Pengerusi (Chairman). Kerajaan perlu telus dan membenarkan golongan korporat mengurus GLC manakala ahli politik kerja dalam bidang politik sahaja. Jika letak ahli politik dalam syarikat ia akan menyukarkan kemajuan syarikat itu dan juga membenarkan budaya politik wang untuk membiak. Disebabkan saya tiada fakta jadi tidak boleh membuat tuduhan, tetapi pergantungan DG itu kemungkinan besar ada kait rapat dengan pembelian hotel ini. Teori sahaja. Gaya Peneroka | ||
2.9 Juta Warga Asing Di Malaysia Dilaporkan Adalah PATI. Posted: 18 Dec 2014 03:30 AM PST Semalam. Aku ada baca satu artikel berita yang diterbitkan oleh FMT. Dia melaporkan kenyataan Zahid Hamidi yang memandang ringan jumlah PATI di Sabah. Ini kenyataan dia. Aku penting point2 penting je. 1. Zahid Hamidi mengatakan jumlah pendatang asing tanpa izin di Sabah tidak la sebanyak seperti yang dilaporkan. 2. Hanya 250,000 je jumlah pendatang tanpa izin di Sabah. 3. Tanggapan rakyat bahawa semua warga asing yang masuk bekerja disini ialah pendatang tanpa izin ialah tanggapan yang salah dan perlu dibetulkan. 4. Bancian yang dilakukan bermula 2010 hingga oktober 2014 menunjukkan 2.5 juta penduduk di Sabah ialah rakyat Malaysia. 5. Kata Zahid lagi, populasi di Sarawak 2.6 juta dan di Sabah ialah 2.5 juta ialah rakyat Malaysia yang memiliki kad pengenalan (yang sah). Owh. Oke. Yang aku tak faham. Kenapa Zahid Hamidi bayangkan ; - Jumlah pendatang asing tanpa izin sebanyak 250,000 itu ialah satu angka yang kecil? 250,000 sekalipun, ia masih satu jumlah yang banyak tau. Nak tahu kenapa? - 250,000 merujuk kepada jumlah pendatang tanpa izin. - 700,000 merujuk kepada jumlah pendatang dengan izin + tanpa izin. - 700,000 merujuk kepada jumlah warga asing di Sabah semata2. Manakala 250,000 merujuk kepada pendatang tanpa izin di Sabah juga semata2. - Bagaimana di Sarawak? Semenanjung? Adakah Zahid Hamidi rasional dan aware ketika dia keluarkan kenyataan seperti di atas? - Dan. Kenapa dia membayangkan rakyat Malaysia neh bingai sangat? Adakah kita neh bingai sangat sampai tatau apa beza PADI dengan PATI? - Isu babitkan PATI. Ialah isu penguatkuasaan undang2 di negara neh. Rakyat mempersoalkan intergriti, ketelusan dan kecekapan pasukan keselamatan dan kerajaan dalam membanteras kebanjiran PATI di Malaysia. - Isu babitkan PADI? Ialah isu bilangan mereka yang semakin banyak di negara ini sedangkan negara tiada keperluan membiarkan kemasukan mereka secara beramai2. Ini pointnya. Zahid sedar ke tak sedar? Dan sila rujuk laporan Sabah Times di atas. 2.9 juta jumlah bilangan PATI = pendatang tanpa izin = tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dilaporkan berada di negara ketika ini tau. 2.9 juta. Jumlah ini mengatasi populasi rakyat Maalysia di Sabah dan Sarawak. Dan 2.9 juta hanya merujuk kepada BILANGAN PENDATANG TANPA IZIN semata2. Bagaimana jika digabungkan dengan izin dan tanpa izin? Berapakah jumlah mereka di negara ini agak2nya? Lue fikirlah sendiri. Ameno World. | ||
Setiap Pertukaran Nama, Cukai Tetap Dikenakan !! Posted: 18 Dec 2014 03:00 AM PST Walau tanah tadi milik moyang kita yg punya - anda tetap di tax oleh lhdn 1 % nilai tanah anda.kallau tanah anda rm200k anda kena byrrm2k..aku pun x tahu fungsi lhdn tax tanah kita . Nak kata buatkan parit x pun nak msuk tiang letrik x pun.mungkin nak jana pendapatan negara kot? Last2 hujung thn gi china gi hong kong kot? Anyway majulah ameno utk negara.,, | ||
Tekanan demi Tekanan tuk menyuarakan Hak Rakyat. Posted: 18 Dec 2014 02:30 AM PST kami sebagai rakyat mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga... Cukai tersembunyi yang di PUBLISH oleh YB Rafizi Ramli membuka mata rakyat.. dan membuatkan Ahmad maslan terkinja² menyatakan harga akan turun 1januari2015, sejak 1november 2014 sehingga 15disember2014 cukai tersembunyi mendapat keuntungan bersih 200juta... dimanakah duit itu dibelanjakan, kami sbg rakyat dan masyarakat menyeru Najib Razak dan sekutunya menjawab dgn adil dan saksama... Jika 1MBD bakal menghancurkan ekonomi negara,adakah keuntungan minyak petrol digunakan sebagai backup untuk 'coverline' 1MBD? kihkihkihkih.... Minyak akan turun juga akhirnya, akan tetapi aku tak tahu berapa sen akan turun sama 5sen atau 8sen... kihkih tunggu dan lihat... sekali lg,terima kasih YB Rafizi Ramli dan YB Tony Pua... fight for us... 52% punya fight, 47% pun dpt merasa..... Harrrkkktuih.... #TurunHargaMinyak RM1.90 mana cai² bangang,mana??? kalau sembang bikin bimbang,tak payah.... ptuiihhhh kt lobang hidung muuu...... | ||
JIKA PAS JAUHI PAKATAN/DAP - Ismaily Bungsu C Posted: 18 Dec 2014 01:45 AM PST Seorang ustaz masuk sama ke kelab judi dan sama main judi, tetapi tika waktu solat dia minta izin duluan dan demikianlah kejadian berlaku dan kesan itu satu demi satu ikut ustaz bersolat bila sampai waktunya dan akhirnya semua ikut solat dan semua sepakat meninggalkan judi dan menjadi kaki masjid. Alhamdulillah! Nabi pernah disimbah dengan air kotoran ketika mahu ke masjid/bukan sekali tetapi berkali2 dan kali pertama nabi mengatakan tidak sengaja, tetapi yang melontar kata memang sengaja. sesudah kali ketiga, tidak ada simbahan lagi dan nabi bertanya jiran sebelah, lalu dijelaskan yang menyimbah itu sakit tenat dan nabi terus ziarah dan ketika ziarah yang sakit memalingkan mukanya. sesudah nabi kembali ia minta puterinya memasakkan sup kambing dan puterinya bertanya untuk siapa dan nabi menjawab untuk yang menyimbah sedang uzur dan fatimah berkata "kenapalah ayah yang begitu baik selalu kena aniaya" dan nabi menjawab yang dia belum islam dan belum tahu kebaikan islam. Ketika nabi ziarah seterusnya sambil dibawanya sup kambing, pun yang nyimbah buat tak tahu tetapi kesan di rumahnya tiada makanan dan dia cium bahu sup kambing itu enak, maka ia makan juga suapan nabi dan sesudah habis dan ia berpeluh, nabipun niat berangkat pulang dan sebaik saja nabi berdiri yang nyimbah tangkap tangan nabi " kau bukan manusia" " saya rasul" " tidak, kau malaikat" " saya rasul" tegas nabi dan serentak itu yang menyimbah itu terus minta nabi islamkan dia saat itu juga. Memang banyak lagi olah dan sikap nabi yang harus kita contohi dan cara nabi tidak dengan kekerasan, tetapi dengan kebaikan meski dia terus kena aniaya dan cara nabi tidak berhenti2 terus saja menyebar kebaikan dan kesannya ramai suka akan sikap nabi ketika itu, makanya di bawah pimpinan nabi yang bukan islam terasa terlindung sangat dan selamat. Nah, soal politik kita di malaysia ini bagaimana? Saya lihat kalangan politikus kita agak keras dan kalau dianggapnya musuh dan tidak sehaluan, terus dicop sebagai musuh dan enggan bersemuka dan cara ini sebenarnya amat merugikan dan yang bukan islam akan pasti menjauhi meski islam itu ajaran terbaik unutk semua umat manusia di dunia ini. kesan cara politikus kita terlalu keras dan sanggup mengeluarkan kata-kata yang keras dan tidak menyenangkan hati maka secara langsung itu cukup mendukacitakan dan kalau ada yang gagal memujuk yang bukan islam ke islam, maka itu bukan salah islam tetapi salah diri kita sendiri orang islam yang tidak mempraktikkan cara hidup islam yang berbaik kepada semua insan di dunia tanpa mengira warna kulit, bangsa dan agama. maaf, ini sekadar pandangan peribadi berdasarkan cara yang saya praktikkan hingga sedikit berjaya dalam bidang dakwah dan menyebabkan ramai yang menjadi saudara baru kita sejak 30 tahun lalu secara diam2 dan mungkin ada yang tak percaya jumlahnya disekitar 500 orang. Allah sahaja yang tahu segalanya. salam kasih sayang ISMAILY BUNGSU sabah 18/12/2014 | ||
Libat media punca Pemuda PAS batal pertemuan dengan Perkasa Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win Posted: 18 Dec 2014 01:00 AM PST Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat berkata, mengikut janjinya tidak ada sebarang liputan media, tetapi Perkasa menjemput media. "Perkasa panggil media. Jadi kita nampak ada khianatnya, kita pun batal pertemuan itu," katanya. Suhaizan berkata, Perkasa yang beriya-iya mahukan pertemuan itu, jadi apabila media dipanggil, Pemuda PAS sedar ada yang tidak kena. Sayap pemuda Perkasa, Wira Perkasa dijangka mengadakan pertemuan dengan Pemuda PAS pada jam 4 petang semalam di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut. Tetapi, pada sebelah paginya Wira Perkasa menerima surat daripada Pemuda PAS membatalkan pertemuan tersebut. Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris melahirkan kekecewaanya apabila pertemuan itu dibatalkan. Beliau berkata perkara itu dimaklumkan secara rasmi kepada pihaknya pada awal pagi, semalam, sedangkan Pemuda PAS Pusat sebelum ini menghantar surat persetujuan mengenai pertemuan itu, 4 hari lalu. "Saya agak terkejut dan sedikit kecewa, kerana sebelum ini kita menerima surat daripada Pemuda PAS Pusat menyatakan pihak mereka membatalkan perjumpaan itu atas alasan tidak dapat mengelak urusan penting. "Sepatutnya kita dapat berjumpa untuk membincangkan perkara yang lebih penting selain kuasa politik iaitu agama Islam kita pada hari ini dicemari, dipertikai dan sebagainya," katanya seperti dilaporkan Sinar Online, hari ini. Sayap pemuda kumpulan pendesak Melayu itu dijadual mengadakan pertemuan dengan Pemuda PAS Pusat bagi mencari 'titik persamaan' antara mereka khususnya melibatkan soal agama Islam dan kepentingan orang Melayu serta Bumiputera Posted & copy by RAKYAT MARHAEN Tindakan Perkasa melibatkan media dalam pertemuan mereka dengan Pemuda PAS menyebabkan pertemuan itu dibatalkan oleh PAS. | ||
TERKINI: PARTI SEKUTU UMNO, MIC AKAN TERBUBAR? Posted: 18 Dec 2014 12:15 AM PST T. Mohan MIC berdepan dengan pembubaran berikutan 'keangkuhan' dan 'kedegilan pucuk pimpinan parti yang masih enggan melakukan pemilihan semula beberapa jawatan tertinggi seperti yang diarahkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang mendapati berlaku manipulasi undi dan salah guna kuasa pada pemilihan sebelum ini. Persoalannya, mengapa Presiden parti itu, Datuk Seri G.Palanivel masih lagi 'bermain api' dengan menggadaikan nasib MIC yang mungkin pendaftarannya dibatalkan dalam tempoh kurang daripada 75 hari lagi. Sebaliknya, Palanivel mengambil keputusan untuk mengkaji arahan tersebut, sekaligus mencabar kredibitiliti ROS telah menjalankan siasatan hampir setahun sebelum mengambil keputusan terdapat unsur penipuan pada pemilihan November tahun lalu di Melaka. Akibat takut parti yang berusia lebih 60 tahun itu dibatalkan pendaftarannya, bekas Ketua Pemuda MIC merangkap anggota 'Maru Malarchi', Datuk T. Mohan bersama lebih 1,000 ahli akan mengadakan protes secara aman di hadapan ibu pejabat parti itu esok bagi mendesak Palanivel meletak jawatab kerana tidak efisien. Menurut Mohan, beliau mengambil keputusan untuk mengadakan protes berikutan sikap lepas tangan Palanivel yang enggan duduk semeja dengan akar umbi untuk membincangkan perkara tersebut pada hari ini seperti yang dijanjikan, sebaliknya Presiden MIC itu sibuk berkempen. "Saya memang tidak faham dengan sikap beliau, saya sudah tidak kisah lagi dengan perangainya yang macam budak kecil, yang saya kisah parti kami perlu diselamatkan. Palanivel juga tidak layak menerajui MIC lagi, sila letak jawatan dan buat apa yang anda suka. Jangan gadaikan maruah dan masa depan parti kami lagi. "Walaupun protes bukan jalan penyelesaian, malah mungkin mengundang persepsi negatif pelbagai pihak termasuk komponen Barisan Nasional sendiri namun apakah daya kami. Parti ini perlu diselamatkan dan semua pihak perlu mendengar keluhan kami," katanya kepada MalaysiaGazete di sini hari ini. Dakwa Mohan, tindak tanduk Palanivel juga jelas menunjukkan beliau lebih berminat untuk memecah-belahkan parti daripada menyelamatkannya. Katanya, mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) esok juga tidak sah kerana ROS tidak mengiktiraf CWC. Dengan siapa Palanivel hendak bercakap? Atas kapasiti apa mereka mahu membuat keputusan? Mengapa Palanivel menyusahkan semua pihak? "Saya mohon kepada semua ahli-ahli MIC yang sayangkan parti untuk hadir pada 1 petang di hadapan ibu pejabat MIC menyatakan sokongan kepada kami agar kita bersama-sama dapat menyelamatkan parti ini daripada terbatal pendaftaran," katanya. Ketika ini, hastag #SaveMIC telah menjadi viral di laman media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter yang mempamerkan gambar-gambar, video dan kenyataan berhubung protes itu. - MalaysiaGazette |
You are subscribed to email updates from ZAKRI ALI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan