Khamis, 4 Disember 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Seeloknya Mashitah sepentas dengan artis berhijrah

Posted: 04 Dec 2014 03:46 PM PST

MUHAMMAD FAIZAL


KUALA LUMPUR: ‎Sulaiman Ibrahim atau lebih dikenali Leman Raja Lawak kesal dan kecewa dengan keengganan Ketua Wanita Umno Bahagian Baling, Datuk Dr Mashitah Ibrahim tampil meminta maaf secara terbuka sebaliknya hanya berdolak dalik.

Katanya, Mashitah sepatutnya berlapang dada dengan teguran yang diberikan terhadap ucapan pada Persidangan Wanita Umno sebelum ini.

"Tak salah untuk beliau memohon maaf secara terbuka kepada golongan artis yang berhijrah ke dalam PAS dan ingin mendekati golongan alim ulama, beliau tidak perlu takut atau malu.

"Untuk tidak memanjangkan isu ini, seeloknya Mashitah duduk sepentas dengan golongan artis yang berhijrah ini dalam membincangkan dan berkongsi pendapat supaya rakyat mendapat penjelasan," jelasnya kepada Harakahdaily.

Leman turut berpendapat, penjelasan Mashitah kelmarin adalah untuk menyelamatkan diri serta karier politiknya di hadapan rakyat.

Mashitah pada Persidangan Wanita Umno dengan lantang mengkritik fenomena 'ustaz ekspres, ustazah jadian' ini.

Namun pada kenyataan berasingan kelmarin, beliau menjelaskan ia tidak bertujuan menghina atau memperlekeh mana-mana pihak apabila membuat teguran mengenai kewujudan ramainya 'ustaz ekspres, ustazah jadian' di kalangan artis yang berhijrah. - HARAKAHDAILY

PAS desak Najib bertindak pertahan nilai ringgit

Posted: 04 Dec 2014 03:43 PM PST

ANIS NAZRI 


KUALA LUMPUR: Kejatuhan harga minyak mentah dunia turut menyumbang kepada kejatuhan nilai ringgit berdasarkan konsep permintaan dan penawaran, selain faktor sentimen dan persepsi di kalangan pelabur.

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad, menegaskan sebagai negara tunggal dalam mengeksport minyak di seluruh Asia Tenggara, sentimen dan persepsi terhadap Malaysia akan jatuh, ditambah dengan hutang negara yang semakin membengkak.

"Apabila harga minyak mentah menjunam, hasil negara akan berkurangan selain hutang kerajaan yang bertambah. Maka ia akan menyebabkan persepsi dan sentimen terhadap negara jatuh apabila mereka mula menolak untuk berurusniaga dalam nilai ringgit," tegas beliau pada satu sidang media di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Begitu juga penggantungan nilai mata wang itu, katanya berdasarkan konsep permintaan dan penawaran yang jelas akan terjejas apabila tiada pihak yang mahu berurusniaga dengan Malaysia.

Katanya, sekiranya permintaan terhadap Ringgit Malaysia tinggi, maka nilai mata tinggi, dan begitu juga sebaliknya.

Sehubungan itu, beliau mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berbuat sesuatu bagi memastikan nilai mata wang dipertahankan, selain mengawal perbelanjaan dan hutang negara agar tidak terus culas dan membarah.

Dalam pada itu, beliau berkata biarpun harga minyak mentah dunia terus menjunam, ia bukanlah satu petanda baik bagi Malaysia yang merupakan negara pengeluar minyak di Asia Tenggara.

Malah, kejatuhan harga minyak mentah dunia itu menyebabkan negara berisiko untuk kehilangan hasil negara, yang kini sudah mencecah RM25 bilion.

Dzulkefly menegaskan keadaan itu bertambah rumit dengan hutang kerajaan yang terus membengkak, di samping pelbagai keberantakan sosio-politik di garis etnik dan agama muktahir ini.

"Ketika orang ramai gembira dengan penurunan harga minyak mentah dunia itu, ia berbeza dengan Malaysia yang disifatkan sebagai negara pengeksport minyak, yang sudah tentunya akan memberi kesan rantaian ke atas hasil negara," kata beliau.

Sekalipun RON95 dan RON97 telah diturunkan, katanya rakyat tidak teruja dengan keadaan itu kerana harga diesel dinaikkan 3 sen ekoran kejatuhan minyak mentah dunia ke paras $68 se tong.

"Ramai sangsi bagaimana kira-kira dibuat tentang harga runcit, di mana pada penurunan minyak mentah 40 peratus sejak September lalu, dari $115 kepada $70, penurunan hanya pada takuk 1.7 peratus sahaja. Apakah dan bagaimanakah  apungan terkawal dilakukan kerajaan?" soal beliau.

Jelas Dzulkefly, harga runcit ditentukan oleh Mean of Platt Singapore (MOPS) yang memasukkan kos operasi sebanyak 9.54 sen, 5 sen keuntungan syarikat minyak, 12.19 sen keuntungan stesyen minyak dan 5 sen Alpha yang berperanan sebagai penimbal, yang kesemuanya berjumlah 31.77 sen.

Tambah Dzulkefly, jika dilihat kepada mekanisme MOPS ini, kerajaan dilihat memberi jaminan keuntungan kepada syarikat-syarikat dan stesyen-stesyen minyak, bagaimanapun tidak memberi jaminan kepada rakyat.

Sehubungan itu, tegas Dzulkefly sebagai sebuah negara pengeluar minyak, Malaysia disarankan agar mewujudkan aras tanda tersendiri yang menandingi MOPS seperti Brunei dan Saudi.

Sudah sampai masanya, kata beliau Malaysia yang berkeupayaan untuk menapis sendiri minyak memikirkan tanda aras tersendiri bagi mengelak ketidaktelusan tentang hitungan MOPS itu sendiri.

"Kita telah lama menggunakan MOPS, sedangkan keupayaan negara menapis minyak dan gas sudah melebihi 30 tahun, dengan stesyen penapisan di Port Dickson, Melaka, dan Terengganu," tegas beliau.

Ekoran itu, beliau turut mencadangkan kerajaan untuk menetapkan harga siling bagi minyak, bersesuaian dengan harga pasaran semasa.

Kerajaan juga, tambah Dzulkefly diminta memberi keizinan kepada syarikat-syarikat minyak yang beroperasi hingga ke rantaian runcit supaya boleh bersaing antara satu sama lain.

"Pengusaha stesyen minyak boleh menawarkan harga yang lebih rendah dari harga siling, yang mana boleh dilihat diamalkan di negara maju lain. Dengan cara ini, ia membolehkan satu persaingan di antara penguasaha minyak, selain memberi banyak pilihan kepada pengguna," kata beliau.

Malah, Dzulkefly berkata langkah tersebut dilihat tidak menyalahi undang-undang dan boleh diamalkan di negara ini. - HARAKAHDAILY

Video: Polis bantuan, pemandu teksi bergasak

Posted: 04 Dec 2014 03:39 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Satu rakaman video didakwa menunjukkan dua anggota polis bantuan bertumbuk dengan seorang pemandu teksi di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Johor Bahru mendapat perhatian meluas di Facebook.

Rakaman sepanjang lebih satu minit itu menunjukkan dua anggota tersebut memukul dan menendang pemandu teksi terbabit, yang bertindak melawan.

Video yang dimuatkan petang ini di beberapa laman Facebook popular seperti 'Sukan Star TV' dan 'What's Going On in Johor Baru' turut menunjukkan seorang anggota polis trafik muncul untuk meleraikan pergaduhan itu.

Seorang sumber yang dekat dengan individu dalam video berkenaan memberitahu Malaysiakini bahawa pemandu teksi tersebut pada awalnya meletakkan kenderaan di satu kawasan larangan.

"Polis bantuan itu beritahu pemandu teksi itu secara baik untuk memindahkannya ke kawasan lain, tapi pemandu teksi itu marah-marah.

"Dia kemudian mencabar anggota polis itu untuk membuka baju seragam dan memukul serta menendang (anggota polis bantuan)," kata sumber terbabit yang enggan dinamakan.

Katanya, kejadian tersebut berlaku pada hari Selasa lalu.

Sementara itu, ketua polis daerah Johor Bahru Selatan, Sulaiman Salleh berkata anggota terbabit sudah membuat laporan polis.

"Kejadian itu berlaku pada jam 8.45 pagi pada 2 Disember. Pemandu teksi 38 tahun itu ditahan pada hari sama dan direman selama dua hari," katanya.

Pemandu teksi itu ditahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan berhubung kesalahan menghalan tugas rasmi penjawat awam dan Seksyen 323 kerana menyebabkan kecederaan.

'Cincin Rosmah' undang ancaman saman PM, isteri

Posted: 04 Dec 2014 03:34 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor mengancam menyaman Naib Presiden PKR Rafizi Ramli ekoran kenyataannya berkaitan "cincin mahal" Rosmah.

Surat tuntutan guaman itu dikeluarkan oleh tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.

Ia antaranya menyebut, wakil rakyat pembangkang itu menyakiti dan memalukan Najib dan isterinya.

Surat itu juga memetik beberapa bahagian dalam ucapan Rafizi (kiri) berkaitan harga minyak dalam sebuah acara di Kuala Lumpur pada 23 November, yang kemudiannya dimuat naik ke YouTube.

Antara lain, Rafizi dikatakan berkata kerajaan setiap bulan berjimat RM1 bilion yang boleh membeli "20 cincin mahal Rosmah" yang tiap satu bernilai RM20 juta.

Surat daripada peguam itu hari ini berkata dakwaan itu "tidak berasas dan palsu" dan dibuat dengan niat utama untuk menyerang dan merosakkan reputasi dan nama baik tanpa sebab munasabah.

"Dengan tindakan itu, kamu bertindak dengan niat jahat," menurut surat tuntutan itu.

Rafizi mempunyai 14 hari untuk mengeluar dan menyiarkan permohonan maaf penuh dan bertulis dan menurunkan video berkaitan di Internet atau berdepan tindakan saman.

Jika UMNO tewas, pimpinan mesti bertanggungjawab, jangan dipersalahkan ahli-ahli

Posted: 04 Dec 2014 03:53 AM PST

Kali ini hendak sentuh tentang isu perubahan yang disebut dengan lantang oleh pimpinan UMNO terutamanya yang selalu disebut oleh Presidennya Najib Razak. Kita sudah sentuh cebisan apa yang perlu diubah dalam posting yang lepas tetapi jika Najib dan pimpinan UMNO itu serius hendak berubah, persoalan yang selanjutnya ialah siapa yang hendak melakukan perubahan itu.

Tidak siapa yang menentang pandangan Timbalan Presidennya yang perubahan itu mesti dilakukan, kerana jika tidak dilakukan rakyat akan mengubah UMNO itu. UMNO akan duduk dipetak pembangkang dan jika itu berlaku UMNO tidak akan bangun lagi sampai bila-bila,

UMNO tidak akan bangun lagi, sekali gus mereka yang melaung dan berucap bergegar-gegar itu akan duduk ditepian sambil menjilat luka mereka sendiri. Semasa itu tiada siapa yang memandang UMNO lagi dan kita semua telah lihat apa yang terjadi kepada UMNO Selangor yang kini hanya tinggal seperti melukut ditepi gantang.

UMNO di Selangor 'diibaratkan jika ia datang tidak nampak mukanya dan jika ia pergi tidak nampak belakangnya'. 'Datangnya tidak dijemput perginya tidak disuruh'. Tiada siapa yang peduli walaupun telah pernah diminta supaya UMNO Selangor itu berubah. Tetapi tiada siapa yang percaya UMNO akan tumbang seperti itu dan sekarang baru masing-masing sedar yang mereka sudah dianggap tidak wujud lagi di bumi Selangor itu.

Sesungguhnya pimpinan UMNO sedar keadaan ini maka kita mendengar suara perubahan dan transformasi dan berbagai-bagai lagi istilah dan slogan besar-besar yang kita dengar diungkapkan oleh pimpinan UMNO itu.

Tetapi ia tetap dengan tahap lama, tiada perubahan dan tiada membawa apa-apa 'consequence' terhadap retorik besar itu. Rakyat telah memekakkan telinga mereka apabila mendengar ucapan dan kata-kata pemimpin UMNO dan membutakan mata dengan segala tindakan UMNO yang mereka sendiri mengaku sebagai tindakan yang baik untuk rakyat. Segala apa yang dilakukan oleh pimpinan UMNO hanya dianggap seperti angin yang lalu sahaja.

Pucuk pimpinan UMNO terutamanya sedang menghadapi krisis keyakinan yang tidak pernah dialami oleh parti itu selama ini. Dari segi moral dan teknikalnya UMNO sudah hilang segala-galanya. "UMNO is finished and done with" kata seorang perwakilan UMNO ke perhimpunan parti itu yang tamat pada Sabtu lepas. Katanya lagi UMNO hanya tinggal tubuh yang besar dan gemuk tetapi rohnya sudah mati. UMNO itu sudah tidak ada rohnya lagi. UMNO itu sudah tidak UMNO lagi pada hakikatnya. Ia wujud hanya pada zahirnya sahaja.

Parti ini sudah mengenepikan semua pimpinan yang berpotensi dan yang baik dan sekarang ia sedang sarat dengan mereka yang telah bersama-sama bertanggungjawab membawanya ketahap yang kita rasakan hari ini. tetapi kumpulan ini jugalah yang sedang melakukan segala-galanya untuk memperbaiki keadaan tetapi sentiasa menemui kegagalan.

Kita tidak tahu bagaimanakah cara kumpulan pimpinan yang sedang menghadapi krisis keyakinan ini boleh memperbaiki hasil perbuatan mereka sendiri. Mereka adalah kumpulan perosak parti dan jika kita masih mahukan mereka melakukan perubahan, ia hanya akan menjadikan keadaan dan situasi lebih buruk lagi. Memberikan mereka tanggungjawab untuk memperbaiki keadaan serupalah seperti tikus memperbaiki labu.

Mengekalkan tanggungjawab ini kepada mereka akan hanya mengekalkan persepsi yang kali ini merupakan penggal terakhir UMNO itu mentadbir negara. Jika ini kemahuan UMNO, pimpinan hari ini mesti berhenti menyalahkan sesiapa atau pihak-pihak lain jika UMNO sampai kepenghujung usianya dalam masa yang singkat ini. Yang pentingnya pimpinan parti ini jangan sekali-kali menyalahkan mana-mana pihak jika ia terjadi dan hanya mengambil dan mengakui yang kesalahan itu letaknya kepada mereka.

Selagi imej dan persepsi rasuah serta politik rasis dan extremis agama masih terlekat kepada parti ini, selagi itulah pimpinan hari ini tidak akan kekal lebih lama dari sekarang. UMNO mahukan imej baru dan imej baru ini hanya akan boleh diperolehi dari pimpinan baru, 'and nothing less'.

Pimpinan Najib mesti mengambil kefahaman yang dimarahi rakyat sekarang ini ialah sifat menyalahkan ahli-ahli mereka sendiri dan pihak-pihak lain apabila menghadapi krisis keyakinan ini. Mereka tidak mahu menerima hakikat yang kesalah-kesalahan itu terbit dari kekosongan roh pimpinan dan kelemahan daya pemikiran mereka sendiri.

Mereka tidak mahu menerima kenyataan yang mereka sudah tidak patut memimpin parti dan negara lagi. Jika mereka menerima hakikat kelemahan itu datang dari mereka sendiri dan membawa parti itu menghadapi zaman malapnya nanti, maka kita tidak payah bertanggungjawab terhadap segala yang buruk menimpa kita semua.

Kini yang nyata kepimpinan Najib sudah sampai ketahap terendah. Tandanya beliau sanggup menggunakan perkataan seperti 'bangang' dan sebagainya terhadap bloggers yang menyokong UMNO sendiri kerana memberikan pandangan kritikan baik dan berguna untuk UMNO. Jika sudah sampai ketahap itu ia dengan jelas menunjukan Najib adalah dalam situasi 'desperation' yang sangat nyata. Najib akhirnya menembak ke kaki sendiri.

Kita akan lebih bersedia untuk menerima hakikat yang akan menerima bencananya ialah orang-orang dan rakyat biasa seperti kita semua ini.

Parti politik dianggap paling korup

Posted: 04 Dec 2014 02:28 AM PST


Datuk Akhbar Satar Datuk Akhbar Satar
 
 
PETALING JAYA - Parti-parti politik di negara ini dianggap sebagai institusi yang paling korup, diikuti oleh polis dan penjawat awam. 
 
Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar berkata, ini berdasarkan tinjauan Barometer Rasuah Malaysia 2014 yang dilakukan badan itu ke atas 2,000 responden dari pelbagai lapisan masyarakat.
 
"Ramai yang memilih parti politik, menunjukkan mereka tidak percaya kepada institusi berkenaan. Malah, ini kali pertama parti politik berada di kedudukan teratas berbanding tahun lalu, (iaitu) di tangga kedua.
 
"Secara peribadi bagi saya, korup dalam parti politik ini kebiasaannya melibatkan pemberian kontrak, perniagaan, lesen ali baba dan seumpamanya. Jadi, sebagai ahli politik, sepatutnya mereka tunjukkan contoh yang baik," katanya pada sidang media selepas mengumumkan keputusan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2014, di sini, semalam. 
 
Mengenai keputusan CPI, beliau juga tidak menolak faktor politik sebagai penyumbang markah terendah dalam penilaian lapan kriteria yang dijalankan di bawah CPI.
 
"Satu daripada kriteria ini melibatkan politik, jadi saya rasa kita terlalu banyak 'politiking'. Mungkin itu kemungkinan kita dapat markah rendah. Jika kita memiliki kestabilan politik, kita akan dapat CPI yang baik," katanya.
 
Dalam pada itu, beliau berkata, TI-M turut mencadangkan satu pembaharuan dilakukan terhadap pembiayaan politik untuk parti-parti politik supaya lebih telus dan bertanggungjawab dalam menerima dan menggunakan sumbangan politik.
 
"Sumbangan politik sepatutnya disalur kepada akaun parti, bukannya individu. Semua sumbangan mestilah direkodkan dan diaudit bagi menunjukkan ketelusan.
 
"Saranan ini bukan saja untuk parti pemerintah, tetapi juga kepada parti pembangkang yang turut memerintah beberapa negeri. Parti daripada kedua-dua belah pihak perlu bekerjasama bagi memastikan cadangan ini dapat dilaksanakan," katanya.
 
Bagaimanapun, beliau berkata, secara keseluruhannya kedudukan Malaysia dalam CPI tahun ini masih berada dalam keadaan memuaskan.
 
Katanya, Malaysia berjaya memperbaiki kedudukan CPI ke tangga 50, berbanding 53 tahun lalu dan turut mencatat peningkatan markah daripada 50 ke 52.
 
Dalam kalangan negara Asean, Malaysia berada di kedudukan kedua di belakang Singapura yang menduduki tangga ketujuh keseluruhan.

Kerajaan tak perlu sembunyi kadar kemiskinan – Nurul Izzah

Posted: 04 Dec 2014 02:21 AM PST

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar menggesa kerajaan tidak menyembunyikan kadar kemiskinan yang disifatkan sebagai amat serius di Malaysia.

Berdasarkan laporan Pembangunan Manusia Malaysia 2013  oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) menunjukkan bilangan kemiskinan relatif di negara ini meningkat sejak 2007, katanya.

Nurul-Izzah1"Kerajaan perlu bersikap jujur dan ikhlas untuk mengakui kebenaran bagi menyelesaikan isu kemiskinan yang sering diabaikan dan tidak ditangani dengan sewajarnya.

"Umno juga mendakwa mereka berjaya mengurangkan kadar kemiskinan tegar kurang 1 peratus daripada 60 peratus sebelum merdeka, tetapi laporan daripada UNDP mempunyai cerita berbeza," ujar Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Berdasarkan laporan UNDP, satu daripada lima isi rumah (20%) masih dianggap miskin relatif bagi tahun 2012 yang jelas menunjukkan tahap kemiskinan masih membelenggu negara.

Sebelum ini, Ketua Felo Penyelidik di Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Denison Jayasooria turut mahukan garis kemiskinan di Malaysia dirombak semula.

Ia katanya bagi mendapatkan angka yang lebih realistik terutamanya masalah kemiskinan bandar yang terus menghimpit kalangan anak muda dan mereka yang mula berkeluarga serta tinggal di bandar-bandar besar.

Menurut Izzah, kerajaan perlu menggunakan kaedah alternatif yang  diterima di seluruh dunia, iaitu ukuran kemiskinan relatif atau menggunakan indeks kemiskinan multidimensi.

Katanya, jumlah hutang isi rumah dengan pendapatan boleh guna berada pada paras 140 peratus atau 86.8 peratus daripada KDNK yang menjurus kepada peringkat yang amat membimbangkan negara.

Selain itu, katanya kos sara hidup rakyat turut akan meningkat dengan perlaksanaan GST nanti dengan majoriti rakyat negara ini masih berpendapatan rendah memandangkan hanya 14 peratus daripada pekerja yang layak untuk untuk membayar cukai pada tahun 2013.

"Isu kemiskinan mungkin telah diabaikan dalam Perhimpunan Agung Umno. Kesilapan yang sama dalam pentadbiran tidak perlu diulang berkali-kali" ujarnya.

Akta Hasutan lindungi pemimpin Umno, pecahbelahkan kaum

Posted: 04 Dec 2014 02:19 AM PST

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR : Akta Hasutan 1948 hanya bertujuan melindungi pemimpin Umno dan melebarkan lagi perbezaan antara kaum, kata Naib Presiden KEADILAN, Shamsul skandar Mohd Akin.

Beliau merujuk kenyataan pemimpin Gerakan hari ini yang mahukan perwakilan Umno yang berucap pada Perhimpunan Agung Umno minggu lalu, didakwa di bawah akta itu kerana menghasut.

Shamsul_AMKMenurut Shamsul, kenyataan Gerakan itu jelas menunjukkan pemimpin Umno kebal daripada tindakan di bawah akta  itu yang disfatkan sebagai selektif.

"Tindakan menghidupkan semula akta ini boleh dianggap minda kelas ketiga, ia jelas digunakan untuk melindungi pimpinan BN sahaja," ujarnya menggesa parti komponen dalam BN menyatakan pendirian mereka terhadap undang-undang berkenaan.

Terdahulu, Gerakan hari ini menuntut kerajaan menguatkuasakan Akta Hasutan secara adil, termasuk mendakwa beberapa perwakilan Umno yang menghasut dalam perhimpunan agung parti itu baru-baru ini.

Pengerusi Biro Hak Asasi Manusia dan Undang-undang Pusatnya, Baljit Singh merujuk ucapan perwakilan Umno, Mohd Zaid Mohd Said dan Dr Mashitah Ibrahim, selain menuntut tindakan sama diambil terhadap Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.

Mengulas lanjut, Shamsul yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil, berkata, Akta Hasutan  hanya akan melebarkan lagi jurang antara kaum dan memecahbelahkan perpaduan sekiranya ia dikekalkan.

Ini kerana katanya, berlaku pendakwaan terpilih apabila kenyataan-kenyataan perkauman yang dikeluarkan pemimpin Umno atau Perkasa tidak diambil tindakan.

"Ia akan memberi kesan negatif terhadap pembinaan negara dan bangsa itu sendiri," ulasnya.

CIJ gesa tarik balik cadangan daftar internet

Posted: 04 Dec 2014 02:18 AM PST

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR : Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) menggesa kerajaan tidak meneruskan cadangan untuk mendaftarkan pengguna internet dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

Katanya, cadangan itu hanya akan mewujudkan cabaran birokrasi serta menghalang kebebasan bersuara di negara ini.

"Tiada keperluan bagi kesemua pengguna media sosial untuk mendaftarkan diri dengan SKMM kerana tindakan ini hanya untuk menghalang hak kebebasan bersuara sahaja.

"Selain itu, kesalahan menghasut di bawah Akta Hasutan perlu dimansuhkan kerana tindakan kerajaan ini cuma untuk mendiamkan perbezaan pendapat," kata CIJ dalam satu kenyataan.

Pada 1 Disember 2014, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mencadangkan pengguna media sosial mendaftar dengan SKMM, dengan alasan terdapat mereka yang menggunakan nama samaran atau identiti palsu.

Menurut CIJ, pelaksanaan itu bukan sahaja akan mengundang kesukaran kepada pengguna, malah SKMM sendiri.

Jelasnya, tindakan mendakwa individu di laman sosial sebelum ini membuktikan pihak berkuasa sudah mempunyai sumber teknologi yang mampu mengesan identiti mereka.

Selain itu, katanya ungkapan yang melahirkan kebencian dan menghasut seharusnya didakwa atas kesalahan jenayah.

"Kerajaan sepatutnya lebih memberikan tumpuan mencari punca berlakunya tingkah laku tidak bertoleransi dan suara negatif bagi mencari jalan penyelesaian yang lebih efisien," ujarnya.

‘Kejayaan’ Permata cuma atas kertas, mana buktinya? – Manivanan

Posted: 04 Dec 2014 02:15 AM PST

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kapar, Manivanan Gowin meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim menunjukkan bukti yang lebih kukuh berhubung pencapaian program Permata Negara (PERMATA).

Shahidan dipetik berkata, kanak-kanak yang menerima pendidikan awal dalam program itu didapati menunjukkan keupayaan berfikir lebih ke hadapan melebihi satu peringkat usia.

"Ini kenyataan mengelirukan, di atas kertas nampak berjaya tetapi mana buktinya. Tidak semestinya sertai program tersebut memberikan hasil seperti yang dinyatakan. Banyak faktor lain yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak itu," kata Manivanan ketika dihubungi.

Beliau mempersoalkan pencapaian pelajar yang terlibat dalam program itu sejak ia perkenalkan pada 2007, bagi menggambarkan kejayaan keseluruhan PERMATA.

"Mana peserta yang terlibat dari awal.  Kita mahu lihat buktinya, apakah sekarang mereka ini tergolong dalam ketegori pelajar cermerlang yang boleh dijadikan sebagai ukuran kejayaan program itu?." soalnya.

Manivanan sebelum ini mempertikai peruntukan RM70 juta yang diberi kepada PERMATA yang hanya dibelanjakan kepada 1780 pelajar sahaja.

Katanya, statistik berdasarkan laman web rasmi PERMATA tidak logik kerana peruntukan tersebut terlalu besar, namun tiada keseimbangan daripada aspek kejayaan berdasarkan program yang dijalankan.

"Kenyataan terbaru Shahidan masih tidak ikhlas dan telus, beliau seharusnya memberi jawapan kepada rakyat bukan keluarkan kenyataan yang hanya bodek Rosmah," tegasnya.

Program PERMATA Negara diasaskan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, sepanjang penubuhannya sejak 2007, berbagai spekulasi berkaitan salahguna dana bagi program tersebut timbul.

Anwar gesa Najib mohon maaf, tarik balik dakwaan

Posted: 04 Dec 2014 02:05 AM PST

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memohon maaf dan menarik semula kenyataan yang dibuat terhadapnya.

Anwar berkata, Najib pada Perhimpunan Agung Umno minggu lalu mendakwa beliau menawarkan RM100 juta kepada Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, dalam usaha membawanya menyertai Pakatan Rakyat.

anwar1Tuduhan itu berasaskan kenyataan Anifah di Mahkamah Tinggi yang mendakwa Anwar menawarkan ganjaran itu, dengan menamakan ahli Perniagaan, Datuk Ishak Ismail sebagai orang tengah.

Ismail bagaimanapun semalam menafikan membuat tawaran berkenaan, sebaliknya wakil Anifah sendiri datang bertemu beliau bagi memujuk Anwar menarik balik saman terhadapnya.

Kata Anwar, meskipun perbicaraan saman terhadap Anifah sedang berlangsung, Najib memilih untuk mengulangi tuduhan tidak berasas yang dibuat menteri berkenaan.

"Saya kini menyeru Najib untuk menarik balik kenyataan palsu yang dibuat pada perhimpunan UMNO itu dan memohon maaf kepada diri saya dan Pakatan Rakyat.

"Politik wang dan kaedah rasuah sentiasa menjadi lambang Umno dan BN,  Pakatan Rakyat tidak pernah mengamalkannya dan tidak akan bertolak ansur dengan politik  wang atau rasuah," tegasnya.

Anifah pada 27 November memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau ditawarkan RM100 juta serta jawatan timbalan perdana menteri oleh pasukan Anwar untuk berpaling tadah.
Katanya, tawaran itu dibuat melalui Ishak  yang juga bekas Timbalan Presiden KFC bagi membawa 10 anggota parlimen Sabah menyertai Pakatan Rakyat dan membentuk kerajaan pada 2008.

Ishak bagaimanapun semalam menafikan sepenuhnya perkara itu dan sebaliknya mendakwa didekati "orang tengah" Anifah beberapa bulan lalu untuk memujuk Anwar menarik balik saman fitnah tersebut.

Tawar gaji setimpal kepada lepasan vokasional

Posted: 04 Dec 2014 02:02 AM PST

SINAR HARIAN


Khairy Jamaludin Abu Bakar Khairy Jamaludin Abu Bakar
 
 
KUALA LUMPUR - Pihak industri disaran menawarkan gaji setimpal kepada pelajar lepasan vokasional dan institusi latihan kemahiran, sesuai dengan kelayakan dan kemahiran yang dimiliki mereka, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
   
Beliau berkata, setakat ini gaji yang ditawarkan belum berada pada tahap yang diharapkan, walaupun kerajaan membelanjakan peruntukan yang tinggi untuk meningkatkan kualiti pendidikan vokasional dan institusi latihan kemahiran.
   
"Beberapa negara yang mempunyai tahap kompetensi teknikal yang tinggi seperti Jerman, Jepun dan Korea Selatan telah mengangkat martabat latihan kemahiran sehingga masyarakat di negara tersebut memandang tinggi kepada bidang itu," katanya.
   
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah bertajuk 'Malaysia's Human Capital Towards High Income Economy' di Universiti Teknologi Malaysia, di sini, semalam.
   
Khairy berkata, masyarakat terutamanya ibu bapa juga perlu mengubah persepsi bahawa pelajar yang melalui pendidikan vokasional tidak cemerlang dalam bidang akademik dan menganggap latihan kemahiran sebagai pilihan kedua.
 
"Kebanyakan ibu bapa mahu anak-anak menjadi doktor, jurutera, peguam dan sebagainya, tanpa melihat potensi anak-anak mereka dalam bidang teknikal sedangkan bidang itu adalah sama penting untuk pembangunan ekonomi negara," katanya.
   
Tambahnya lagi, lepasan vokasional dan institusi latihan kemahiran juga sebenarnya mempunyai tahap kebolehpasaran yang tinggi.
   
"Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) sebagai contoh mempunyai tahap kebolehpasaran graduan sehingga 83 peratus dan usaha sedang dilakukan untuk meningkatkan jumlah itu kepada 90 peratus menjelang 2016.
   
"IKBN turut bekerjasama dengan beberapa syarikat besar seperti Petronas, Samsung dan Tan Chong Motors dan Institut Automotif Malaysia untuk memastikan kursus yang disediakan menepati kehendak industri selain menyediakan peluang latihan industri," katanya. - Bernama

Eqa harap penjenayah terima hukuman setimpal

Posted: 04 Dec 2014 01:59 AM PST


Wajah Eqa selepaskejadian.Gambar kecil: Wajah Eqa sebelum kejadian. Wajah Eqa selepaskejadian.Gambar kecil: Wajah Eqa sebelum kejadian.
 
 
PASIR PUTEH - Pengalaman ngeri ditumbuk dan ditoreh muka dengan pisau oleh penjenayah yang menceroboh rumahnya di Kampung Wakaf Berangan, Seri Aman di sini, Sabtu lalu sudah semestinya menjadi peristiwa yang tidak akan dilupakannya.
 
Walaupun berkemungkinan menjadi parut kekal, mangsa, Nur Shafiqa Lah, 22, yang masih dalam keadaan trauma bersyukur kerana selamat dan berjaya mempertahankan maruah diri.
 
"Saya terima ketentuan ini. Saya berharap penjenayah terbabit dapat ditangkap dan menerima hukuman setimpal," katanya ketika menerima kunjungan Ketua Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin di rumahnya di sini, semalam.
 
[ARTIKEL BERKAITAN: Suspek toreh muka dikenalpasti]
 
Anak kelima daripada enam adik beradik itu meminta untuk tinggal di rumah kakaknya, Hulma Lah, 35, di Bachok selepas dibenarkan keluar dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), petang kelmarin kerana masih takut untuk kembali ke rumahnya.

Hulma berkata, adiknya masih memerlukan sokongan moral untuk kembali pulih dan meminta orang ramai tidak lagi menyebarkan berita yang bukan-bukan di laman sosial kerana ia akan mengganggu fikiran adiknya.

"Saya berharap orang ramai memahami keadaan ini. Ketika ini, saya sendiri akan jaga dia dan harap polis berjaya mengesan kedua-dua penjenayah terbabit untuk dihadapkan ke muka pengadilan," katanya.

Tunang Eqa, Azija Zafran Zakari, 24, berkata, dia terkejut apabila menerima panggilan daripada Eqa sendiri yang memaklumkan mengenai kejadian itu.

"Saya sentiasa memberi semangat kepadanya dan faham keadaannya yang memerlukan rehat yang cukup bagi menenangkan fikiran," katanya.

Mereka yang bertunang April lalu dan merancang untuk berkahwin pada bulan Mac tahun depan tidak bercadang untuk mengubah jadual tersebut.

Sementara itu, Mas Ermieyati yang diiringi Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman dan Ketua Puteri Umno Pasir Puteh, Marshela Ali ketika ditemui berkata, pihaknya menyampaikan sumbangan Biro Kebajikan Umno berjumlah RM5,000 kepada mangsa.

Katanya, Puteri Umno akan terus mengaktifkan tabung kebajikan sedia ada bagi membantu mereka yang menjadi mangsa kekejaman penjenayah atau bencana alam.

"Dana itu sudah ada, kita hanya perlu menggerakkannya semula supaya lebih banyak pihak mendapat manfaat daripadanya,' katanya.

Dalam kejadian tersebut, Eqa dan ibunya, Hat Tema Mat Zain, 58, cedera parah akibat ditoreh penjenayah yang menceroboh rumah mereka kira-kira jam 1.40 petang.

Kedua-dua suspek melarikan diri apabila Eqa yang berjaya mengunci bilik dari dalam memekik dari tingkap meminta pertolongan.

Sementara itu, polis masih memburu dua suspek dalam kes rompak dan toreh wajah Eqa, Ahad lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan lazim berkata, setakat ini, beliau telah mengarahkan Ketua Polis Daerah Pasir Puteh meneruskan operasi memburu suspek terlibat.

"Kita sedang mengenal pasti dua lelaki menaiki motosikal jenis LC ketika melakukan rompakan terbabit, dipercayai merupakan orang tempatan di kawasan berhampiran.

"Buat masa ini, kita masih menyiasat motif dan punca kejadian dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun dan menyebabkan kecederaan," katanya.

Liwat II: Mahkamah sedang siapkan penghakiman

Posted: 04 Dec 2014 01:56 AM PST

SINAR HARIAN


Anwar Ibrahim - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB Anwar Ibrahim - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
 
 
KUALA LUMPUR - Mahkamah Persekutuan sedang menyiapkan penghakiman berhubung rayuan terakhir Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan hukuman penjara lima tahun atas sabitan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lepas.

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria ketika dihubungi Bernama hari ini berkata beliau tidak dapat memberikan tarikh tepat kerana panel hakim masih  menyiapkan penghakiman mereka.

"Saya tidak boleh memberitahu tarikh sebenar sehingga kami (hakim-hakim) melengkapkan penghakiman. Kami masih membaca penghujahan, biarlah kami membaca terlebih dahulu sebelum menulis penghakiman. Berilah kami ruang untuk menyediakannya," katanya ketika ditanya mengenai tarikh pengumuman keputusan kes rayuan Anwar oleh Mahkamah Persekutuan.

Arifin, yang mempengerusikan panel lima hakim dalam kes rayuan itu berkata, seseorang hakim diberi tempoh yang munasabah untuk menyelesaikan penghakiman kerana setiap kes adalah berbeza.

Empat lagi hakim ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dan tiaga Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Arifin menjelaskan, amalan standard bagi Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan untuk menyiapkan penghakiman mereka ialah dalam tempoh tiga bulan selepas kes itu didengar.

"Tetapi dalam kes-kes tertentu, mahkamah (Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan) akan mengambil masa lebih lama, mungkin sehingga enam bulan untuk menyiapkan penghakiman. Ia bergantung kepada kerumitan kes itu," katanya.

Pada 7 November, Mahkamah Persekutuan menangguhkan penghakiman berhubung rayuan kes itu selepas mendengar hujahan peguam Anwar, Datuk Seri Gopal Sri Ram, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan yang mengetuai pasukan 15 peguam termasuk tiga anak

mendiang Karpal Singh, Ramkarpal Singh Deo, Sangeet Kaur Deo dan Gobind Singh Deo serta peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mengetuai pasukan pendakwaan.

Pendengaran rayuan itu yang pada awalnya ditetapkan dua hari mulai 28 Oktober telah berlarutan selama lapan hari berikutan pihak pembelaan dan pendakwaan menyampaikan hujahan panjang lebar dan mengemukakan banyak rujukan kes undang-undang dalam rayuan itu.

Mahkamah Persekutuan yang merupakan mahkamah tertinggi di negara ini, akan membuat keputusan sama ada membenarkan atau menolak rayuan Anwar bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara yang diputuskan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lepas, selepas ia membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi untuk membebaskannya.

Sekiranya Anwar gagal dalam rayuannya, beliau akan hilang kelayakan sebagai anggota Parlimen (MP) kawasan Permatang Pauh berikutan Perkara 48 (1) (e) Perlembagaan Kerajaan Persekutuan menetapkan seseorang MP lucut kelayakan sekiranya dijatuhi hukuman penjara lebih setahun atau denda lebih RM2,000.

Pihak pendakwaan juga telah memfailkan rayuan balas untuk menambah tempoh hukuman penjara.
Bagaimanapun rayuan itu hanya akan akan hanya didengar jika Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan.

Mahkamah Rayuan mendapati Anwar, 67, bersalah meliwat Mohd Saiful, 27, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Tuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi membebas dan melepaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Mohd Saiful dengan alasan mahkamah tidak pasti 100 peratus tentang integriti sampel yang diambil untuk ujian DNA daripada individu yang didakwa menjadi mangsa.

Mahkamah memutuskan bahawa sampel berkenaan mungkin telah diusik sebelum sampai ke Jabatan Kimia untuk analisis.

Bagaimanapun, ketika mensabitkan Anwar dengan kesalahan meliwat itu, Mahkamah Rayuan berpendapat hakim perbicaraan terkhilaf dalam dapatannya tentang sampel berkenaan, yang didasarkan kepada keterangan dua saksi pakar yang dipanggil pihak pembelaan.

Ini kes liwat kedua melibatkan Anwar. Dalam kes pertama, beliau didapati bersalah meliwat pemandu keluarganya Azizan Abu Bakar di Tivoli Villa di sini pada 1994, dan dihukum sembilan tahun penjara oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos 2000.

Mahkamah Tinggi memerintahkan Anwar menjalani hukuman itu selepas beliau selesai menjalani hukuman penjara enam tahun kerana kesalahan rasuah.

Beliau didapati bersalah terhadap empat tuduhan rasuah pada 4 April 1999.  

Bagaimanapun, setelah merengkok selama hampir enam tahun di penjara kerana rasuah, beliau dibebaskan pada 2 Sept 2004 apabila Mahkamah Persekutuan, yang diketuai Hakim Tun Abdul Hamid Mohamad, yang kemudian menjadi Ketua Hakim Negara, mengubah sabitan kesalahan dan mengetepikan hukuman penjara terhadap Anwar bagi tuduhan meliwat Azizan dalam keputusan majoriti 2-1.

Abdul Hamid dan Hakim Tengku Baharudin Shah Tengku Mahmud membuat keputusan yang memihak kepada Anwar, manakala keputusan Hakim Datin Paduka Rahman Hussein pula adalah sebaliknya.

Bagaimanapun, Abdul Hamid, yang menulis penghakiman majoriti itu, berkata para hakim berkenaan mendapati Anwar dan tertuduh bersama, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, "terlibat dengan kegiatan homoseksual" dan oleh itu para hakim terdorong untuk mempercayai bahawa perbuatan liwat yang didakwa itu memang berlaku.  - Bernama

Ong Tee Keat Saman Robert Phang RM12 Juta

Posted: 04 Dec 2014 01:42 AM PST

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
 
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Ong Tee Kiat memfailkan saman terhadap Pengerusi Yayasan Kebajikan Sosial Tan Sri Robert Phang bagi menuntut ganti rugi RM12 juta berhubung kenyataan berunsur fitnah yang disiarkan dalam beberapa akhbar berbahasa Cina, Jun lepas.

Saman itu difailkan Ong selaku plaintif menerusi Tetuan Tan, Goh & Associates di kaunter e-filing Mahkamah Tinggi Seremban, Negeri Sembilan, semalam. Bagaimanapun, kes itu akan didengar di Mahkamah Tinggi di sini.

Media memperoleh salinan dokumen itu daripada peguam Tan Foong Luen, yang mewakili Ong ketika mengadakan sidang media di sini, Rabu.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Ong, 58, mendakwa Robert atau nama sebenarnya Phang Miow Sin, 75, selaku defendan, secara palsu dan berniat jahat telah mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dalam artikel yang disiarkan di Nanyang Siang Pau, Sin Chew Daily, China Press dan Oriental Daily, pada Jun lepas.

Ong, yang juga bekas presiden MCA mendakwa perkataan fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau adalah seorang yang tidak mengenang budi, hipokrit dan tidak beretika.

Ong mendakwa beliau melalui peguamnya telah mengeluarkan surat tuntutan bertarikh 19 Ogos lepas kepada Phang, antara lain menuntut supaya beliau menarik balik kenyataan akhbar itu dan memohon maaf, namun Phang enggan berbuat demikian.

Justeru itu, Ong menuntut ganti rugi am sebanyak RM8 juta, ganti rugi teruk RM4 juta, ganti rugi teladan, faedah dan kos.

Tan ketika sidang media berkata pihaknya telah menulis surat kepada peguam S.N Nair, yang mewakili Phang bagi memaklumkan mengenai penyerahan writ saman itu.

Madu Ghaib: Sebutan Kes Daftar Nikah Suami Mangsa MH370, 27 Januari Depan

Posted: 04 Dec 2014 01:41 AM PST

Oleh: SOFEA SUSAN ALBERT KASSIM
 
 
Azrai Izet Mohamad.
 
 
PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Khamis menetapkan 27 Januari depan sebagai tarikh sebutan baharu bagi kes permohonan daftar nikah suami salah seorang penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.

Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Atrasina Mohd Zahrullail menetapkan tarikh itu selepas menerima permohonan plantif, Azrai Izet Mohamad agar kes ditangguhkan bagi urusan penyediaan dokumen.

Azrai Izet diwakili peguam syarie, Wan Amir Akram Zainal Abdin dari firma guaman, Tetuan Amir & Elly Associates.

Terdahulu, Azrai Izet memfailkan permohonan daftar nikah di mahkamah tersebut pada awal November lalu selepas bernikah untuk kali kedua di Songkla, Thailand.

Bapa kepada empat anak itu menghadapi kesukaran untuk mendaftar nikah kali kedua kerana tidak dapat mengemukakan surat kebenaran isteri seperti yang dituntut walaupun isterinya merupakan penumpang pesawat MH370 yang hilang di Lautan Hindi.

"Sijil kematian isterinya juga tidak dikeluarkan, jadi sukar untuk bernikah kali kedua dalam negara, oleh itu pasangan itu ke Songkla, Thailand dan kini terpaksa memfailkan permohonan daftar nikah," kata sumber kepada mStar Online.

Menurut sumber, Azrai Izet telah bernikah kali kedua dengan seorang wanita yang berasal dari Muar, Johor dan bekerja di ibu negara.

"Majlis meraikan pasangan pengantin baharu ini juga dilangsungkan secara kecil-kecilan di sebuah homestay di Langat bulan lalu," katanya.

Nor Fadzillah Mat Rahim.
 
Isteri Azrai, Nor Fadzillah Mat Rahim, 39, merupakan antara 239 penumpang pesawat MH370 yang hilang pada awal pagi 8 Mac sebaik berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk ke Beijing.

Pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari sama.

Sementara itu, Azrai Izet ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

"Maaf saya tak dapat komen hal peribadi," katanya.

Selesai PAU, Umno terus ambil tanah rakyat

Posted: 03 Dec 2014 04:17 PM PST

MUHAMMAD FAIZAL 


KUALA LUMPUR: Walaupun Persidangan Agung Umno (PAU) yang lepas membincangkan isu membabitkan tanah bumiputera, namun parti yang dikatakan memperjuangkan hak bumiputera itu terus mengambil tanah rakyat dengan alasan pembangunan.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Nasaie Ismail berkata keputusan yang dibuat Kerajaan Negeri Melaka mengekalkan untuk mengambil tanah rezab Melayu di Kampung Sungai Jerneh untuk dijadikan empangan adalah tindakan tidak bertanggungjawab.

"Isu kehilangan 70 peratus tanah rezab Melayu menjadi topik hangat bermulanya Perhimpunan Pemuda Umno dan seterusnya Perhimpunan Agung Umno serta disebut Presiden Umno pada penggulungannya.

"Namun tindakan Ketua Menteri Melaka yang juga Pengerusi Umno Melaka mengekalkan usaha kerajaan mengambil tanah kampung ini sehari selepas PAU berakhir menampakkan penegasan mereka dalam Perhimpunan Agung UMNO hanya satu lakonan semata-mata," jelasnya kepada Harakahdaily.

Mohd Nasaie turut berkata, kampung Sungai Jerneh merupakan sebuah kampung yang berusia 200 tahun dan rumah-rumah di kampung tersebut telah dibina sejak tahun 1830 lagi.

"Kampung ini mempunyuai nilai sejarah tersendiri, di kampung inilah pahlawan Melayu Dol Said berkubu pada tahun 1832 selepas tewas dalam pertembungan dengan Inggeris di Tabuh Naning.

"Bagi Pemuda PAS, kerajaan negeri sepatutnya membangunkan kampung tersebut dan menjadikannya sebagai produk pelancongan sejarah di melaka.

"Usaha mesti dijalankan agar kampung ini diikhtiraf oleh agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai tapak warisan dunia, sebaliknya tindakan untuk membina empangan adalah tidak sepatutnya," sambung beliau lagi.

Beliau yang turut menggesa jika Kerajaan Negeri Melaka ingin meneruskan juga pembinaan empangan  tersebut ia perlu dipindahkan ke lokasi yang tidak didiami penduduk apatah lagi perkampungan bersejarah.

Perkara ini disebut oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Harun dalam berita Astro Awani semalam. – HARAKAHDAILY

Mashitah jangan jual agama - Abby Abadi

Posted: 03 Dec 2014 04:12 PM PST

MUHAMMAD FAIZAL


KUALA LUMPUR: Abby Abadi meminta Ketua Wanita Umno Bahagian Baling, Datuk Dr Mashitah Ibrahim agar tidak menjual agama dengan berdolak dalik dalam isu memperlekeh kewujudan 'ustaz ekspres, ustazah jadian' dalam kalangan artis yang berhijrah dan bersama dengan PAS.

Katanya, ucapan Mashitah pada Persidangan Wanita Umno minggu lalu amat jelas mengkritik artis-artis yang berhijrah termasuk ustaz yang berdakwah menggunakan kaedah hiburan.

"Rasanya beliau perlu berfikir terlebih dahulu sebelum membuat penafian, jelas apa yang beliau ucapkan pada persidangan Umno yang lalu.

"Saya cuma ingin tahu kenapa artis yang berhijrah terutamanya bersama PAS sahaja dikritik kenapa pula mereka yang bersama Umno tidak dipersoalkan," katanya kepada Harakahdaily.

Abby Abadi turut mempersoalkan pendirian Mashitah yang berkata tentang kelayakan seseorang dalam menyebarkan agama Allah.

"Bagi saya untuk mengingatkan seseorang itu tentang Islam ia tidak perlu ada gelaran, tak bolehkah orang yang selama ini buat salah mengingatkan orang lain agar tidak melakukan dosa, sudah tentu boleh sebab itu dari pengalamannya sendiri.

Menurut beliau lagi, kenyataan Mashitah sebelum ini terlalu banyak yang mengelirukan rakyat khususnya umat Islam yang perlu diambil perhatian.

"Jangan ingat bila duduk di dalam Umno atau kerajaan kita boleh mengeluarkan kenyataan mengikut kehendak diri sendiri, perlu bijak berfikir jangan menjadikan diri kita ini 'bodoh' tanpa kita sedar.

"Mashitah yang dulu selalu bercakap tentang agama, bersopan santun telah hilang apabila sekarang lebih mementingkan jawatan serta kedudukan," tambahnya lagi.

Mashitah semalam menjelaskan beliau tidak bertujuan menghina atau memperlekeh mana-mana pihak apabila membuat teguran mengenai kewujudan ramainya 'ustaz ekspres, ustazah jadian' dalam kalangan artis yang berhijrah.

Ketua Wanita Umno Baling itu berkata, pandangannya yang dikemukakan ketika berucap pada Perhimpunan Agung Umno minggu lepas, disalah erti sehingga menimbulkan kemarahan banyak pihak. - HARAKAHDAILY

Pengapungan terkawal tapi harga barang tetap naik

Posted: 03 Dec 2014 04:09 PM PST

SALMIYAH HARUN


KUALA LUMPUR: Kaedah pengapungan terkawal petrol RON95 dan diesel yang dilaksanakan oleh kerajaan tidak akan akan memberi perubahan terhadap harga barang di pasaran, demikian menurut Lajnah Pekerja dan Pengguna, Anuar Tahir.

Katanya, apatah lagi kaedah pengapungan itu dilaksanakan dalam tempoh yang tertentu sudah tentu mustahil untuk harga barang diturunkan walaupun berlaku penurunan harga petrol.

Tambahnya, harga petrol RON95 hanya turun 4 sen sahaja, dan bukan dalam tempoh jangka masa panjang.

"Sudah tentu tidak ada perubahan pada harga barang. Ia tidak ada perubahan pada dasar, harga barang tetap akan naik," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau percaya tindakan kerajaan ini tidak memberi kegembiraan kepada rakyat di saat harga barang masih lagi mahal selepas kerajaan menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen sebelum ini ini.

"Sebenaranya rakyat terus terdera dalam suasana hari ini dan ianya akan berterusan. Dan keadaan bertambah buruk apabila kerajaan memperkenalkan GST nanti," katanya.

Kaedah pengapungan yang buat pertama kali diperkenalkan di negara ini, katanya akan menyebabkan harga di pasaran tidak menentu akhirnya pengguna yang menjadi mangsa.

"Industri di negara kita banyak pakai diesel, jadi kaedah yang dibuat ini tidak memberi keuntungan kepada pengguna," katanya mengenai kenaikan harga diesel sebanyak 3 sen seliter ekoran pengapungan itu.

Menurutnya, apabila harga minyak tidak stabil sekali gus akan mempengarui harga barang.

"Harga barang dinaikkan sekali ganda, tidak mungkin akan turun," katanya.

Pada 1 Disember lalu, kerajaan buat pertama kali menarik semula subsidi ke atas RON95 dan diesel dengan menggunakan kaedah pengapungan terkawal. Kaedah ini dilaksanakan berikutan harga minyak dunia jatuh kepada USD85 setong.

Bagaimanapun kerajaan telah membayangkan penjimatan antara RM10 bilion hingga RM20 bilion setahun apabila subsidi minyak tidak lagi disuntik. - HARAKAHDAILY

P Pinang bertindak khabar angin 'Persiaran Chin Peng'

Posted: 03 Dec 2014 04:02 PM PST

MALAYSIAKINI


 
Majlis Exco Negeri Pulau Pinang mengarahkan supaya laporan polis dibuat terhadap Ketua Ketua Pemuda Umno negeri, Rafizal Abdul Rahim kerana didakwa cuba menimbulkan kebencian terhadap kaum minoriti.
 
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata Rafizal telah menyebarkan khabar angin bahawa Persiaran Gurney akan dinamakan semula sebagai Persiaran Chin Peng, sedangkan pentadbirannya tidak pernah berniat untuk berbuat demikian.
 
Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Lim mendakwa bahawa pembohongan itu adalah untuk mengalihkan perhatian rakyat dari masalah sebenar dalam Umno.
 
Semalam, dalam satu sidang akhbar di George Town, Rafizal menuntut penjelasan kerajaan negeri sama ada Persiaran Gurney akan ditukar kepada Persiaran Chin Peng.

Rafizal berkata beliau menerima maklumat daripada sumber di pejabat Ketua Menteri tetapi enggan menamakan individu berkenaan.
 
Rafizal memberi amaran bahawa Umno akan membantah langkah itu sekiranya ianya benar.
 
Lim mencabar Rafizal (kiri) supaya mendedahkan sumber maklumat itu dan memberikan bukti terhadap dakwaannya itu.
 
"Di mana dia mendapatkan maklumat tersebut? Jika KM tak tahu mengenainya, bagaimana dia tahu?" tanya Lim.

RCI: K'jaan, parti tak terlibat kes kerakyatan

Posted: 03 Dec 2014 03:59 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai masalah pendatang asing di Sabah dalam laporannya menegaskan bahawa tiada pihak kerajaan atau parti politik terlibat dalam pengeluaran kerakyatan kepada migran yang tidak layak di negeri itu.

Ia menangkis dakwaan yang tersebar luas bahawa agensi persekutuan dan pemimpin Umno mengeluarkan kerakyatan demi mendapatkan undi bagi menewaskan lawan mereka dalam rancangan yang digelar 'Projek IC'.

Sebaliknya, laporan RCI itu mengenalpasti sindiket melibatkan bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara yang didakwa mengeluarkan kerakyatan secara haram untuk bayaran jutaan ringgit.

"Tiada motif politik dalam pengeluaran kad pengenalan haram," kata Ketua Setiausaha Negara Ali Hamsa semasa melancarkan laporan tersebut di Kota Kinabalu hari ini.

Menurut siasatan suruhanjaya, Jabatan Pendaftaran Negara telah menurut tatacara yang ditetapkan dalam mengeluarkan kad pengenalan dan kerakyatan.

Namun, terdapat pihak "korup" yang telah menyalahgunakan proses tersebut dengan menggunakan pengesahan maklumat palsu dan lain-lain untuk membuktikan mereka layak diberikan kerakyatan.

"Ini jelas menunjukkan bahawa isu 'Projek IC' yang dibangkitkan tidak timbul," beliau berkata dalam ucapan sebelum sidang media.

"Kerajaan amat berharap agar dengan pengumuman Laporan Siasatan Suruhanjaya in, isu mengenai pendatang asing di Sabah tidak lagi digembar-gemburkan."

Tidak jejas keputusan pilihan raya

RCI melaporkan bahawa seramai 68,703 orang yang asing diberikan kerakyatan di antara tahun 1963 sehingga 31 Ogos, 2013.

Ia mengesyorkan siasatan lanjut untuk mengetahui berapa ramai dari jumlah tersebut telah menggunakan kaedah haram untuk mendapatkan kerakyatan.

Jumlah yang dilaporkan jauh lebih rendah dari anggaran Surahanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) akan jumlah individu yang telah mendapatkan kerakyatan secara haram.

Anggaran Suhakam adalah berdasarkan kajian dari bekas pemimpin PBS Dr Chong Eng Leong.

RCI juga mendapati, ada di kalangan individu tersebut didaftarkan sebagai pengundi, namun jumlahnya yang sebenar tidak dapat ditentukan.

Menurut Peguam Negara Abdul Gani Patail, ini tidak mempunyai implikasi atas keputusan pilihanraya yang lalu.

"Tiada implikasi kerana jumlahnya terlalu sedikit (neglible)," katanya di sidang media tersebut.

Beliau berkata proses pembersihan daftar pemilik oleh JPN and Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sedang berjalan dan SPR telah pun mengeluarkan sebilangan pengundi yang didapati telah memperoleh kerakyatan secara haram.

Namun, beliau tidak dapat memberikan jumlah pengundi yang telah dikeluarkan dari daftar pengundi atas sebab tersebut.

DAP tolak guru dari China, mahu kerajaan utama warga Malaysia

Posted: 03 Dec 2014 03:56 PM PST

Ramadhan - Teo Nie Ching pix

 Roketkini.com


KUALA LUMPUR: DAP menentang keras cadangan kerajaan mengimport guru dan pakar dari China untuk mengajar bahasa Mandarin di sekolah-sekolah seluruh negara.

Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching berkata, cadangan kerajaan itu sama sekali tidak praktikal kerana guru-guru dari China kebanyakannya tidak fasih berbahasa Melayu.

"Kami mengalu-alukan cadangan menjadikan Mandarin bahasa ketiga di setiap sekolah seluruh negara kerana percaya bahawa walaupun berlainan latar belakang geografi dan kewangan, semua berhak mendapat peluang sama.

"Persoalannya, bagaimana guru-guru dari China ini boleh berkomunikasi dengan pelajar dan mengajar Mandarin sebagai bahasa ketiga secara berkesan? Apa jaminannya?

"Bukankah sejak tahun 2007 kerajaan membelanjakan RM12 juta menghantar 409 pelajar bukan Cina ke China untuk belajar bahasa Mandarin.

"Berapa banyak pula akan dibelanjakan kali ini? kata Nie Ching dalam satu kenyataan.

Pada 1 Disember lalu, Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata China memberi respon positif terhadap cadangan kerajaan mahu membawa masuk guru Mandarin dari negara itu.

Cadangan tersebut dibangkitkan Muhyiddin semasa mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Menteri Pendidikan China Yuan Guiren, di Beijing.

Dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2014 lalu, beliau juga telah membangkitkan kepentingan untuk pelajar-pelajar seluruh negara menguasai bahasa ketiga.

Kerajaan perlu utamakan warga Malaysia

Justeru itu, Nie Ching yang juga Penolong Setiausaha Publisiti DAP berkata, langkah terbaik seharusnya ditekankan Muhyiddin adalah meneroka bakat dalam negara sendiri.

Menurut Nie Ching, kajian menunjukkan 21 peratus pelajar seluruh negara belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan 80,000 menuntut di Sekolah Tinggi Persendirian Cina.

"Semua ini adalah calon-calon berpotensi menjadi guru bahasa Mandarin pada masa akan datang.

"Kerajaan harus meningkatkan pengambilan untuk mengajar bahasa Mandarin sebagai bahasa ketiga di Program Ijazah Muda Perguruan (PSIMP), Diploma Perguruan Malaysia Kursus Dalam Cuti (KDM-KDC) dan melibatkan diri dengan Dong Jiao Zong.

"Kaedah ini lebih mudah dan efektif untuk menghasilkan 30,000 guru Mandarin bagi 10,000 sekolah kebangsaan," ujarnya. -Roketkini.com

Jangan guna Akta Hasutan diamkan suara Sarawak dan Sabah

Posted: 03 Dec 2014 03:54 PM PST

lks kanak2

 Roketkini.com


KUALA LUMPUR: DAP menolak sebarang usaha pemisahan, namun menentang keras tindakan kerajaan menggunakan Akta Hasutan untuk menangkap individu atau kumpulan 'pemisah' Sarawak dan Sabah, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Katanya, tindakan itu membelakangi prinsis asas Perjanjian Malaysia kerana penggunaan undang-undang drakonian itu memberi kesan apabila rundingan tidak dibuat.

"Adakah rakyat, kerajaan dan badan perundangan kedua-dua negeri itu bersetuju bahawa Akta Hasutan perlu 'diperkukuhkan' melalui pindaan baru yang membenarkan kumpulan itu disabitkan atas kesalahan menghasut?

"Langkah paling tepat dan berhemah adalah dengan mengetahui punca ketidakpuasan hati serta mencari jalan membetulkan keadaan jika rungutan itu benar, dan bukannya menjenayahkan pandangan mereka," kata Kit Siang dalam satu kenyataan.

Ujarnya, salah satu langkah adalah menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk mendapatkan maklumat tentang rasa tidak puas hati rakyat Sarawak dan Sabah kerana kerajaan gagal menghormati Perkara 18/20.

"Cadangan ini berulang kali saya utarakan di Parlimen, tetapi tidak pernah dipedulikan oleh Ahli Parlimen BN sama ada dari Sarawak atau Sabah," kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu.

Kit Siang pada 31 Ogos lalu melancarkan Kempen Batu Sumpah Keningau, bertujuan membawa kesedaran tinggi tentang hak dan harapan rakyat Sabah dan Sarawak ketika Malaysia dibentuk 51 tahun yang lalu.

Beliau berulang kali menggesa ahli-ahli parlimen BN dan Pakatan Rakyat menyokong cadangannya bagi membentuk RCI bagi mengkaji komitmen Pusat terhadap aspirasi rakyat Sabah dan Sarawak dalam tempoh lima dekad,

Tegasnya, Dewan Undangan Negeri Sarawak dan Sabah perlu mengambil kira pandangan rakyat dan badan perundangan negeri sebelum rang undang-undang meminda Akta Hasutan dibentangkan di Parlimen untuk mengkategorikan tindakan kumpulan 'pemisah' sebagai kesalahan menghasut. -Roketkini.com

Kekeliruan bila RCI jadi s'jaya siasatan

Posted: 03 Dec 2014 03:48 PM PST

MALAYSIAKINI



 
 
 
Wujud kekeliruan apabila para pegawai mendakwa bahawa pesuruhjaya yang ditugaskan menyiasat kehadiran pendatang di Sabah bukan sebahagian daripada sebuah 'Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)' walaupun disebut demikian sejak ditubuhkan pada Januari tahun lepas.
 
Sebaliknya, wartawan diberitahu oleh urusetia suruhanjaya itu bahawa ia perlu dirujuk sebagai "suruhanjaya siasatan (CI)" saja.
 
Ditanya mengenainya kemudian, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata: "Gunalah apa saja yang ditulis pada tajuk laporan itu."
 
Apabila diberitahu bahawa laporan 376 halaman bertajuk 'Commission of Enquiry' bukannya 'Commission of Inquiry', Abdul Gani secara berseloroh berkata ia seharusnya dibincang dalam pelajaran Bahasa Inggeris.
 
Menambah lagi kekeliruan tersebut, Abdul Gani, ketika bercakap kepada media kemudiannya, juga menyebut suruhanjaya itu sebagai 'RCI' manakala setiausaha suruhanjaya itu, Saripuddin Kasim diperkenalkan dalam sidang media itu sebagai 'setiausaha RCI'.
 
Tetapi Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa, yang mengumumkan laporan itu di Kota Kinabalu petang ini, tidak menggunakan perkataan 'diraja'.
 
Perkataan itu tidak disebut pada tajuk kulit laporan tersebut, tetapi dalam laporan itu, pesuruhjayanya merujuk diri mereka sebagai anggota RCI.
 
Sama ada ia suruhanjaya 'diraja' atau sebaliknya, Ali berkata ia ditubuhkan di bawah Seksyen 2 (1)(d) Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 yang mengkehendaki pesuruhjaya dilantik oleh Yang di-Petuan Agong.
 
Laporan itu telah dikemukakan kepada baginda pada 5 Mei manakala perdana menteri telah membentangkannya kepada kabinet pada 7 Julai.

Laporan selamatkan Dr M, kata Jeffrey

Posted: 03 Dec 2014 03:45 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Parti Reformasi Negeri (Star) Sabah menyifatkan laporan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung pendatang haram di negeri itu yang dibentangkan hari ini menyelamatkan bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad.

"Penduduk Sabah tidak gembira dengannya," kata presiden Star Datuk Jeffrey Kitingan.

Katanya, mustahil untuk kerajaan dipersalahkan ekoran "projek IC" itu.

Ini kerana, dakwanya, situasi itu berlaku apabila kerajaan sendiri yang mengeluarkan kad pengenalan yang dipertikaikan.

 Jeffrey menambah, kandungan laporan itu mengecewakan dan tiada isi walaupun mengambil masa lama untuk mendedahkan laporan dan cadangannya.

Projek IC kadangkala dirujuk juga sebagai "Projek M", yang dikaitkan dengan Mahathir yang dituduh sebagai tangan belakang pemberian kerakyatan demi tukaran undi dalam pilihan raya.

Tiada ulasan: