Khamis, 4 Disember 2014

Tukar Tiub

Tukar Tiub


PARTI POLITIK PUNYA KERJA

Posted: 04 Dec 2014 06:38 PM PST






Laporan RCI Sabah : Penjawat Awam Dikambinghitamkan Bagi Menutup Kecurangan Parti Politik

Laporan Suruhanjaya DiRaja (RCI) berhubung pemberian Kad Pengenalan kepada warga asing di Sabah telahpun dipersembahkan kepada umum pada 3 Disember 2014. Solidariti Anak Muda Malaysia merasa terpanggil untuk memberikan respon balas terhadap dapatan laporan tersebut.

1. Solidariti Anak Muda Malaysia merasakan kelewatan pembentangan laporan RCI ini adalah untuk menukarkan beberapa fakta dan  penemuan laporan supaya sifat khianat beberapa pihak dapat terus disembunyikan.

2. Walaupun, laporan RCI telah mengakui berlakunya projek pemberian Kad Pengenalan kepada warga asing yang telah mengubah keseimbangan demografi dan agama di Sabah, namun begitu, RCI tidak menamakan mana-mana pihak yang bersalah.

3. Sehubungan itu, SAMM mendesak Kerajaan Persekutuan melalui KDN, PDRM dan Pejabat Peguam Negara untuk mengheret semua pelaku ini untuk dibicarakan di mahkamah terbuka. Tindakan menjual kad pengenalan ini adalah satu bentuk tindakan khianat terhadap kedaulatan dan keselamatan negara secara amnya dan negeri Sabah secara khususnya.

4. Kerajaan Persekutuan tidak boleh berdiam diri. Mereka yang bersalah perlu diheret ke muka pengadilan. Atau Kerajaan Persekutuan masih lagi berhasrat untuk menyorokkan sesuatu.

5. Walaupun, RCI hanya beranggapan mungkin wujud Projek IC tetapi RCI juga tidak menafikan perkara ini. Maka, SAMM berpandangan projek pemberian IC bagi tujuan politik ini tetap berlaku. Adalah mustahil sekiranya projek ini hanya sekadar bermotifkan keuntungan kewangan semata-mata. Persoalan berhubung kewujudan ramai penerima kad pengenalan ini juga yang terdapat banyak dalam daftar pemilih perlu dijawab.

6. Sekitar bulan November 2014, media di Indonesia termasuklah CNN Indonesia berhubung pemberian kad pengenalan kepada warga Indonesia kononnya atas tujuan memudahkan proses keluar masuk di antara kedua-dua negara membuktikan bahawa gejala ini berterusan berlaku sehingga kini. Apakah Kerajaan Persekutuan terus mahu mendiamkan diri?

7. Hakikatnya, pemberian kad pengenalan kepada warga asing ini adalah angkara parti politik yang ingin memanipulasi sistem pilhanraya untuk terus kekal berkuasa walaupun terpaksa menjual kedaulatan dan keselamatan negara. Meletakkan beban kesalahan sepenuhnya kepada Penjawat Awam juga merupakan satu tindakan kambing hitam untuk menutup kecurangan pemimpin politik.


Kepada para penjawat awam, renung dan ingatlah, berpada-pada dalam mengikut arahan. Gaji anda dibayar oleh rakyat. Setialah pada rakyat dan negara bukan berkiblatkan parti politik. Apabila masalah muncul, andalah yang akan dikambinghitamkan sedangkan tuan-tuan politik anda terus kekal bebas.

Che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)






---------------

SATU PERTANYAAN

Posted: 04 Dec 2014 06:04 PM PST





SYURGA
Nape??..jika ada gelaran datuk seri boleh senang masuk syurga ke??piiiiirahhhh...semua tu dunia je...ciptaan manusia... on CALL ME SAUDARA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 12/5/14




-------------

TANGKAPAN JUDI

Posted: 04 Dec 2014 05:49 PM PST








KOMENTAR
satu kejayaan
teruskan lagi
tahniah!

persoalannya:

apakah taiko
dibelakang judi
ini ditangkap sama
atau hanya
yang bermain?
..


Polis tahan 20,000 kaki judi Internet

Seramai 20,216 orang kaki judi dan penganjur pusat perjudian secara dalam talian ditahan polis antara Januari hingga November tahun ini, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini.

Beliau memberitahu persidangan Dewan Negara bahawa daripada jumlah itu, seramai 7,181 orang telah dituduh di mahkamah.

"Daripada operasi khas yang dilaksanakan pada 2014 sahaja, polis melakukan 62,819 serbuan dan merampas 138,166 unit komputer  dianggarkan bernilai RM138.1 juta," katanya.


KAH KAH KAH

woit
apa akan jadi 
pada 138,166 komputer?
dikitar semula?
atau tinggal rahai
menjadi warga
rumah pasong?

KAH KAH KAH

-------------

BANGGA BILA DISAMAN MUSUH

Posted: 04 Dec 2014 05:00 PM PST







BANGGA DISAMAN PERTAHAN SUBSIDI RAKYAT

Pada hari ini, saya menerima surat memohon penjelasan (demand letter) dari firma Hafarizam Wan & Aisha Mubarak bagi pihak Najib Razak mengenai kenyataan saya di dalam video bertajuk "Kenapa Kita Pertahan Subsidi Minyak". Surat seperti ini adalah surat awal sebelum tindakan saman diambil.

Video tersebut adalah rakaman sebahagian dari ucapan saya di Bandar Tun Razak pada 22 November 2014 yang lalu yang mempertahankan subsidi minyak sebagai hak rakyat. Rakaman tersebut boleh didapati di laman MediaRakyat dan capaian https://www.facebook.com/video.php?v=870155893018919&set=vb.145165568851292&type=2&theater

Saya sudah menjangkakan bahawa  Najib Razak akan mengambil tindakan saman terhadap saya selepas rakan saya YB Tony Pua telah menerima surat yang sama minggu lepas. Saya percaya ia ada kena mengena dengan kritikan berterusan dari kami berdua mengenai 1MDB.

Saya berasa bangga mendapat saman dari seorang Perdana Menteri kerana mempertahankan hak rakyat untuk mendapatkan subsidi minyak sekurang-kurangnya 30 sen seliter dalam keadaan pimpinan negara berbelanja sewenang-wenangnya dana rakyat dalam projek-projek yang membebankan rakyat seperti 1MDB.

Saya telah menyatakan secara terbuka bahawa saya bersedia berdebat dengan mana-mana pimpinan Umno baik yang muda atau tua, menteri atau tidak dalam mempertahankan subsidi minyak ini. Sehingga sekarang tidak ada seorang pun pimpinan Umno – dari Ketua Pemudanya hingga Ketua Penerangan yang berani tampil berdebat mengenai subsidi minyak ini.

Maka, surat ke arah tindakan saman dari  Najib  Razak ini kena tepat pada masanya. Dalam keadaan tiada pimpinan Umno yang berani berdebat secara terbuka mengenai subsidi minyak, sewajarnya Najib Razak tampil menjawab hujah-hujah saya secara terbuka.

Saya sekali lagi mencadangkan beliau tampil berdebat dengan Anwar Ibrahim khusus mengenai isu subsidi minyak yang menjadi isu besar di kalangan rakyat.

Sementara itu, saya akan menjawab surat Najib Razak dan bersedia memberi keterangan di mahkamah kelak. Saya juga percaya Najib Razak akan menggunakan mahkamah dengan menjadi saksi dan memberi keterangan mengenai 1MDB, wang pencen dan kes-kes lain yang berkaitan dengan keputusan beliau memotong subsidi.


RAFIZI RAMLI
Naib Presiden/Setiausaha Agong KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan

4 Disember 2014



-----------

CALL ME SAUDARA

Posted: 04 Dec 2014 06:07 AM PST





KOMENTAR
saudara anwar,

selamat sedar
harap kesedaran datang
kepada saudara 
bahawa karut marut
datu dan datuk sri ini
tun dan tin
semua pooorah
semua pundeeek
semuanya pudek mundek

blog tukar tiub
telah lama menolak 
pundek mundek ini

semua manusia
semua insan
derajatnya sama

Saya tidak pernah mohon 'Datuk Seri' Selangor, kata Anwar


Dalam satu kenyataan yang dikeluarkannya hari ini, Anwar berkata, beliau akan tetap meneruskan tugas sebagai Penasihat Ekonomi Selangor, namun akan sentiasa menjunjung Perlembagaan negara, Raja berperlembagaan, dan demokrasi berparlimen di negara ini. 


KAH KAH KAH

call me saudara
kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah

APA PUNYA TUUR





------------

TERGOLEK DOG

Posted: 04 Dec 2014 04:36 AM PST






Projek IC tiada kaitan politik


KAH KAH KAH

kah kah kah
kah kah kah

tergolek dog ketawa

KAH KAH KAH







------------

BERITA DARI BINTULU

Posted: 04 Dec 2014 12:07 AM PST






Jangan terpengaruh dakyah benci kerajaan

BINTULU 3 Dis. - Masyarakat terutama di pedalaman diminta tidak terpengaruh dengan dak­yah pembangkang dan segelintir pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengapi-apikan mereka supaya membenci kerajaan.

Timbalan Ketua Menteri,  Alfred Jabu Numpang berkata, sekiranya dilihat sejak 50 tahun dahulu, kerajaan Barisan Nasional (BN) te­lah membantu meningkatkan taraf hidup dan sosioekonomi rakyat.

KAH KAH KAH
woit
ini berita kiut
ini berita manja
kah kah kah

APA PUNYA TUUR






-----------

KITA TUNGGU DAN NANTI

Posted: 03 Dec 2014 10:51 PM PST




KOMENTAR
ingat berita ini
simpan berita ini
ingat dan simpan baik baik
berita ini dikutip dari sinar harian
keluaran hari ini 4/12/2014

pada 31/12/2020 nanti
kita lihat
adakah ini kenyataan benar
atau hanya ucapan temberang lapok


apakah pada tahun 2020 nanti
tidak ada lagi pendatang haram
malaysia  bebas
dari masalah pendatang haram

kita harapkan pegawai ini
berumur panjang 
terus sehat
dan tidak rasuah



Imigresen Malaysia
KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen menyasarkan Malaysia bebas daripada pendatang asing tanpa izin (Pati) menjelang tahun 2020. 

Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Kawalan),  Sakib Kusmi berkata, pihaknya juga meletakkan matlamat mencapai tahap sifar Pati dengan memperkemaskan penguatkuasaan di semua pintu sempadan tanah air.




-----------

SIAPA DIA HEGEL - MALAM INI

Posted: 03 Dec 2014 09:00 PM PST





SIAPA HEGEL
malam ini di universiti bangsar utama
melihat pandangan ahli falsafah german
friedrich hegel - 1170-1831

pembawa idea pencerahan
pencetus pandangan kiri
mempengaruhi karl marx


RADIO BANGSAR
akan mebuat siaran langsung
bermula jam 9:00 malam
untuk sesiapa sahaja
di mana sahaja berada

----------

SEBERANG MULA BERGOLAK

Posted: 03 Dec 2014 07:49 PM PST






BERITA  DARI

SEBERANG
pada 10  disember ini
bermula mogok dan tunjuk perasaan
kaum buruh di seluruh indonesia

mogok dan demo ini dirancang
oleh kesatuan buruh
dan akan berjalan
selama dua hari

kaum buruh 
kaum pekerja indonesia
sedang menuntut kenaikkan upah

keadaan hidup bertambah perit
satelah harga bahan bakar petrol
naik sebanyak 30% bulan lalu

mogok dan tunjuk perasaan ini
akan menduga jokowi
yang di war war kan sebagai
pencinta orang biasa








NOTA
kita di malaysia
lihat dan tunggu
demo pertama tahun ini
sedang dirancang oleh
pemimpin pakatan rakyat

rafizi dari pkr
dr hatta dari pas
chin tong dari dap
sedang menyusun

tempat dataran merdeka
masa: 31 disember ambang tahun baru
waktu: 9:00 malam



Indonesia Girds for Millions Demonstrating for Higher Wage Gains

A labor representative on the Jakarta Wage Council, Dedi Hartono, said at least five million workers will join rallies, including outside the offices of the governor and president. The unions want to add phone credit, refrigerators and perfume to essential items in a basket of goods used to calculate worker living costs.


---------

Tiada ulasan: