Nuffnang

Pengikut

ALHUSSEYN

sumber :-

ALHUSSEYN


Jom solat istikharah lagi, mohon petunjuk Mu.....

Posted: 04 Dec 2014 02:58 AM PST


Berita ini tentunya tidak akan keluar di Harakah, lidah resmi PAS demi menjaga waterface Tuang Presideng yang begitu kuat menyokong Khalid Ibrahim supaya dikekalkan jadi MB Selangor. Hj Hadi begitu yakin dengan Khalid dan menganggapnya sebagai seorang yang sangat amanah; maka kedudukannya sebagai MB perlu dikekalkan.

 Sepatutnya, Hj Hadi tampil kedepan membela Khalid Ibrahim yang sedang berkecamuk la ni. Ulama taraf donia sepertinya sepatutnya menyatakan sesuatu untuk mempertahankan hujahnya yang pernah dikeluarkan tidak berapa lama dulu.

Lainlah kalau pendiriannya mengenai Khalid sudah turut berubah. Berubah pendirian bukan perkara baru bagi Tuang Presideng. Dah jadi macam satu hobi kepadanya.Terlalu kerap sangat flip-flopnya.

Harakah sepatutnya cuba mendapatkan komen dari Khalid Ibrahim dan mendapatkan ulasan dari Tuang Presideng? Orang mahu tahu berita yang sebenar.Takkanlah kita nak terima berita dari PKR bulat-bulat gitu; parti liberal sekular dan liberal sosialis!

 Tu lagi, Geng Ustaz Enterpris ...bila nak buat solat hajat selamatkan Khalid Ibrahim? Dah dapatkah RM1juta tu? Hanya pertanyaan sahaja....

Nasib Khalid akan ditentukan Selcat, MBI ambil tindakan, kata Azmin 

 Nasib bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung pemberian pampasan bernilai RM2.6 juta kepada lapan bekas pembantunya akan ditentukan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) dan pengurusan baru Perbadanan Menteri Besar (MBI), kata Mohamed Azmin Ali.

 Menteri besar Selangor itu berkata, anggota jawatankuasa Selcat yang diketuai Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) Hannah Yeoh akan memutuskan tindakan lanjut manakala pengurusan baharu MBI akan mengambil tindakan terhadap Khalid.

 "Jawatankuasa Selcat, speaker akan putuskan, tetapi pengurusan baharu MBI akan mengambil tindakan," kata Azmin ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan surat tawaran Skim Pembiayaan Perumahan SelangorKu (Dana-Sel) di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK), di Shah Alam hari ini.

 Laporan audit setebal 11 muka surat yang dilakukan 5 panel penyiasat Perbendaharaan Negeri diketuai Ketua Bendahari Azal Adzhar dan diedarkan semalam mendapati pembayaran pampasan yang dilakukan Khalid kepada bekas-bekas pembantunya dilakukan tidak mengikut terma dan syarat perkhidmatan surat tawaran pelantikan.

 Laporan itu juga mendedahkan kelulusan yang dibuat bagi bayaran pampasan sebanyak 30% daripada gaji terakhir didarabkan dengan jumlah bulan sepanjang berkhidmat dan skim pemberhentian secara sukarela (VSS) yang diambil oleh 8 pembantu Khalid itu juga dilaksanakan tidak mengikut proses yang betul.

 Khalid juga dikatakan tidak mendapatkan persetujuan ahli lembaga pengarah sebelum meluluskan pembayaran tersebut.

 "Kelulusan pembayaran ini tidak dikemukakan kembali pada Lembaga Pengarah MBI (Menteri Besar Incorparated) untuk tujuan pertimbangan dan kelulusan," kata laporan itu.

 Sementara itu, laporan juga mengatakan semua ahli lembaga pengarah MBI tidak pernah memberi persetujuan secara bagi melaksanakan pembayaran pada 22 September 2014 tersebut.

 Daripada laporan itu, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MBI, Faekah Husin menerima bayaran tertinggi RM581,400 sebagai pampasan dan RM114,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan.

 Bagaimanapun, laporan tersebut mendedahkan pembayaran kepada bekas setiausaha politik Khalid itu tidak mengikut perkiraan yang telus kerana tempoh Faekah berkhidmat dengan MBI hanya selama 12 bulan dan bukannya 51 bulan.

 "Semakan mendapati CEO MBI Faekah Husin mula berkhidmat pada 1 September, 2013.

 "Sebelum itu beliau adalah setiausaha politik kepada Datuk menteri besar Selangor mulai Julai 2010 dan gaji beliau dibayar kerajaan negeri Selangor di bawah VOTB01 – menteri besar dan setiausaha kerajaan negeri berjumlah RM5,190 (gaji pokok). Justeru, jumlah bulan berkhidmat dengan MBI adalah selama 12 bulan 23 hari dan bukannya 51 bulan," kata laporan itu. Jumlah pampasan yang sepatutnya diterima Faekah sepanjang berkhidmat dengan MBI sepatutnya RM136,800 jika 30% daripada gaji pokok RM38,000 didarabkan dengan 12 bulan.

 Seorang lagi pembantu Khalid, Mustapha Mohd Talib juga menerima jumlah pampasan yang tidak mengikut perkiraan tepat kerana jumlah bulan beliau berkhidmat dengan MBI adalah 53 bulan 23 hari dan bukannya 78 bulan.

 Sementara itu, Yeoh juga tidak menolak laporan audit berkenaan akan dibawa ke peringkat Selcat, namun menegaskan laporan tersebut sudah lengkap.

 Kesemua pembayaran dibuat menerusi surat arahan pembayaran kepada Affin Bank Berhad pada 22 September, 2014.

 Bayaran itu didakwa dibuat pada penghujung tempoh perkhidmatan Khalid sebelum Azmin mengambil alih jawatan menteri besar Selangor berkuatkuasa 23 September lepas, yang dilihat sebagai tidak munasabah. – 4 Disember, 2014. SUMBER

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT