Jumaat, 26 Disember 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


[VIDEO & GAMBAR] Banjir: Pahang Dah Makin Teruk, Baru Nak Balik...

Posted: 26 Dec 2014 06:34 AM PST

KELAB GREENBOC




Jumlah mangsa di Pahang naik mendadak, Kelantan menurunBernama

Mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak berjumlah 103,649 orang pagi ini dengan Pahang menunjukkan peningkatan mendadak mereka yang dipindahkan ke pusat pemindahan manakala Kelantan mencatatkan sedikit penurunan.

PAHANG paling teruk terkesan apabila jumlah mangsa banjir meningkat secara mendadak pagi ini kepada 35,736 berbanding 28,578 orang semalam.

Jumlah itu membabitkan 9,094 keluarga dari lapan daerah yang terjejas, menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.

Kuantan mencatatkan jumlah mangsa paling tinggi dengan 19,924 orang daripada 5,343 keluarga yang ditempatkan di 44 pusat pemindahan.

Jerantut merekodkan 4,723 mangsa pemindahan, Lipis (2,763), Maran (2,711), Temerloh (2,661), Pekan (2,266), Rompin (411) dan Bera (277).

Di KELANTAN, keadaan banjir menunjukkan perubahan dengan jumlah keseluruhan mangsa banjir sedikit menurun iaitu kepada 32,079 orang pagi ini berbanding 34,955 orang malam tadi.

Keadaan di enam jajahan bertambah baik apabila jumlah penduduk yang dipindahkan mula berkurangan termasuk di Kota Baharu apabila hanya 1,198 masih berada di pusat pemindahan berbanding 3,231 semalam.

Angka mangsa banjir juga menurun di Tanah Merah dengan sebanyak 3,546 orang masih berada di pusat pemindahan berbanding 3,840 semalam, Pasir Mas (6,679 berbanding 7,237), Gua Musang (5,150 berbanding 7,385), Tumpat (5,005 berbanding 5,803) dan Pasir Puteh (192 berbanding 193).

Bagaimanapun keadaan bah di tiga lagi jajahan semakin buruk pagi ini terutamanya di Kuala Krai dengan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 5,200 berbanding 4,864 orang semalam.

Mangsa banjir di Machang turut bertambah kepada 4,039 berbanding 1,133 manakala Jeli meningkat kepada 1,430 daripada 1,269 orang malam tadi.

Di TERENGGANU, keadaan banjir tidak menunjukkan banyak perubahan dengan jumlah mangsa banjir kini mencecah 30,147 orang berbanding 29,082 orang semalam.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, daerah Kemaman paling teruk terjejas dengan 20,679 mangsa masih berada di 46 pusat pemindahan.

Turut terjejas teruk ialah daerah Dungun dengan 7,314 mangsa banjir, Kuala Terengganu (1,551), Besut (317) dan Hulu Teregganu (286).

Banjir di daerah Marang dan Setiu kini kembali pulih.

Di PERAK, jumlah mangsa yang dipindahkan di tiga daerah iaitu Kuala Kangsar, Hulu Perak dan Perak Tengah meningkat kepada 5,530 berbanding 5,512 malam tadi.

Menurut jurucakap MKN Negeri Perak, daerah Kuala Kangsar yang turut meliputi Sungai Siput mencatatkan bilangan tertinggi mangsa banjir membabitkan 2,558 mangsa daripada 621 keluarga.

Kesemua mangsa banjir ditempatkan di 47 pusat pemindahan, katanya.

Di KEDAH, keadaan banjir semakin buruk dan setakat pagi ini, sejumlah 157 orang penduduk melibatkan 31 keluarga di Daerah Padang Terap dan Bandar Baharu terpaksa berpindah.

Penolong Setiausaha Tentera Majlis Keselamatan Negara Kedah Mejar Mohd Radzi Abd Hamid berkata kesemua mangsa banjir ditempatkan di empat pusat pemindahan. -Bernama



Najib pulang esok bagi pantau perkembangan banjir

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan pulang ke tanah air Sabtu ini bagi memantau perkembangan banjir yang melanda beberapa negeri.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri petang tadi, sejurus tiba Perdana Menteri akan ke Kelantan untuk mempengerusikan mesyuarat dan mendapatkan taklimat dari Majlis Keselamatan Negara, MKN dan Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negara.

Perdana Menteri juga akan mengadakan pertemuan dengan orang ramai dan mendapatkan reaksi bagaimana cara mengatasi dan bentuk bantuan yang diperlukan oleh mangsa banjir.
-astroawani
LIHAT VIDEO DI SINI:
VIDEO - 1
VIDEO - 2
VIDEO - 3


Kelantan ucap terima kasih kepada Pusat, Selangor

Posted: 26 Dec 2014 06:04 AM PST

HARAKAHDAILY


Pagi tadi saya sempat bersama Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam majlis taklimat banjir di Kelantan yang telah disampaikan oleh Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) di lapangan terbang Sultan Ismail Petra pagi tadi.

Saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Timbalan Perdana Menteri yang telah mengeluarkan arahan agar dipertingkatkan keperluan aset air, udara dan darat dalam usaha membantu serta menyelamat seluruh mangsa banjir di Kelantan.

Kerajaan Negeri akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Kerajaan Persekutuan dalam mengurus bencana banjir yang kritikal ini.

Saya mewakili pihak Kerajaan juga turut berterima kasih kepada Menteri Besar Selangor YAB Haji Mohamed Azmin Ali kerana dengan keprihatinan beliau sanggup turun ke Kelantan menyerahkan sumbangan sebanyak RM1 juta dan membuat kerahan rasmi akan menghantar jentera khusus bagi operasi membersih pada fasa kedua setelah banjir surut nanti.

Saya memohon maaf kepada sekalian rakyat khususnya rakyat di Dun saya kerana pada masa ini saya menghadapi kesukaran untuk keluar mengagihkan bantuan kerana saya turut terperangkap dengan air yang mulai masuk ke rumah.

Sama-samalah kita berdoa, solat hajat dan jangan putus munajat kepada Allah agar diselamatkan sekalian rakyat Kelantan daripada bencana ini.

USTAZ DATUK AHMAD YAKOB
Menteri Besar Kelantan
Bertarikh: 4 Rabiul Awwal 1436 / 25 Disember 2014




Wacana Sinar bakal kupas isu 1MDB 31 Dis

Posted: 26 Dec 2014 05:52 AM PST


Wacana34
 
 
SHAH ALAM - 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mencetuskan pelbagai persepsi dalam kalangan pemerhati ekonomi dan politik tanah air malah pelaburan yang besar didakwa menggunakan wang negara masih belum pasti untung ruginya.

Sehubungan itu, rakyat perlukan penjelasan dan isu ini bakal menjadi penutup tirai 2014 di pentas Wacana Sinar siri ke-34.

Pakar ekonomi yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Institut bagi Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan bakal mengendalikan Wacana Sinar ini.

Manakala isu ini akan dikupas oleh Pensyarah Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azmi Hassan; Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Orang ramai dijempur hadir bagi menyaksikan kupasan menarik ini di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkrad, Seksyen 15, Shah Alam pada 31 Disember ini jam 2.34 petang.

Masuk adalah percuma dan untuk maklumat lanjut sila hubungi Laila (019-3310211), Fazli (019-2808492) dan Nurkhairini (019-3371066).

Azmin bawa duit RM1 juta untuk banjir Kelantan

Posted: 26 Dec 2014 05:44 AM PST

MSO




Ketibaan Azmin di Kelantan disambut Mohd Amar.
Alhamdullilah MB Selangor Mohamed Azmin Ali telah menunaikan apa yang dijanjikan untuk membantu masa banjir di Kelantan apabila hari ini kerajaan Selangor telah menghulurkan bantuan kewangan RM1 juta manakala RM100,000 untuk negeri-negeri Terengganu, Pahang dan Perak yang juga mengadapi musibah banjir.

Peruntukan RM1 juta itu adalah komitmen Azmin dan sebagai tanda solidiriti kerajaan Pakatan Rakyat Selangor itu negari
"sekutunya" Kelantan. Dua hari lepas Naib Presiden Pas Husam Musa membuat rayuan peribadi kepada Azmin agar memerhati dan menghulurkan bantuan kepada Kelantan yang nazak ditimpa banjir.

Mungkin kalau keperluan dan persediaan mencukupi di Kelantan Husam tidak akan membuka mulut membantu ehsan Azmin dan juga kerajaan Pulau Pinang. Dalam pada itu kerajaan Pulau Pinang juga menerusi Lim Kit Siang akan menghulurkan bantuan kepada Kelantan menerusi Yayasan Hijrah yang ditubuhkan oleh Husam Musa.

Kerajaan Pulau Pinang atau Lim Kit Siang tidak menjanjikan untuk memberi saluran menerusi kerajaan Kelantan mungkin akibat perkembangan tidak baik antara DAP dengan Pas waktu ini bersabit cadangan Pas untuk melaksanakan hukum hudud yang tidak disenangi DAP.

Seharusnya DAP tidak mengambil kira pertentangan itu untuk membantu Kelantan. Yang mungkin berdosa dengan DAP atau kurang asam ialah sesetengah pemimpin Pas bukannya rakyat Kelantan. Namun apabila bantuan disalurkan menerusi Adun Salor ia sesuatu yang patut disyukuri sedalam-dalamnya.

Dalam pada itu Husam yang dihubungi Azmin selepas Subuh pagi tadi mencadangkan agar peruntukan sebanyak RM1 juta itu disalurkan menerusi Tabung Serambi Makkah. Kerajaan Kelantan sebelum ini telah meguar-uarkan orang ramai menyumbang untuk membantu mangsa banjir menerusi Tabung Serambi Makkah. Elok juga kalau dikeluarkan kenyataan sudah berapa juta yang dipunggut oleh tabung berkenaan.

Azmin serah chek RM1 juta diterima TMB Kelantan.
Berbalik kepada kemurahan MB Selangor menghulurkan derma itu disinilah menunjukkan keperihatinan Azmin dalam membantu rakyat. Tagline "Rakyat Diperluikan" dipakai Azmin benar-benar dipraktikan dan ia terhimbau ke Kelantan.

Dalam menghadapi kegawatan bencana banjir di Kelantan elok juga kalau negeri-negeri lain dibawah tadbiran UBN mengikuti jejak Selangor. Kerajaan Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak yang tidak terlibat dengan banjir elok memberi sumbangan bagi meringankan mangsa banjir di negeri-negeri ditimpa banjir seperti Kelantan, Terengganu, Perak dan Pahang.

Azmin diberitakan sudah pun berada di Kelantan dan beliau akan berada di negeri malang itu dua hari untuk meninajau ke kawasan banjir dan menziarahi mangsa-mangsa banjir. Ketibaan Azmin di lapangan terbang disambut penuh takzim hormat oleh TBM Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah yang juga ketika itu baru selepas berjumpa dengan Muhyiddin Yassin. Berapa Muhyiddin sumbangkan untuk Kelantan, tidak ada rekod.

Dalam perkembangan lain pujian perlu diberikan bukan sahaja atas kemurahan Azmin tetapi juga orang yang berusaha dan berikhtiar untuk membantu Kelantan. Walaupun pemberian RM1 juta itu adalah komitmen Azmin dan kerajaan Selangor ia sedikit sebanyak hasil bantuan Husam Musa.

Persoalan kini timbul apakah peranan pemimpin Pas dan kerajaan Kelantan lain untuk membantu mangsa banjir. Apakah dengan hanya membuka bilik gerakan banjir 24 jam ia sudah mencukupi. MB, TMB dan para Exco dan seluruh wakil rakyat Adun dan Parlimen perlu berganding bahu, berikhtiar untuk membantu mangsa banjir. Sehingga ini tidak ada aktiviti vokal mana-mana wakil rakyat untuk mengatasi masalah timbul dari bencana itu.

Gunakah keistimewaan masing-masing untuk membantu negeri Kelantan. Mereka yang sebelum ini menjadi kaya raya apabila memperolehi lombong biji besi, emas dan kawasan balak elok berkorban mensedekah sejuta dua kepada Tabung Serambi Makkah untuk disalurkan kepada mangsa banjir yang sangat memerlukan. Ramai ahli politik di Kelantan mendapat ksenangan dan kekayaan yang dianugerakna kepada mereka.

Jangan sahaja asyik tambah bini beli kereta baru atau kondominium di ibu kota dengan hasil jual balak, jual estet kepunyaan kerajaan negeri atau pun mendapat keuntungan menganjur eskpo dan sebagainya itu, tetapi dermalah untuk membantu mangsa banjir. Banjir menguji apakah orang-orang ini bakhil atau pun murah.

Sekali lagi diucapkan terima kasih kepada MB Selangor Minali dan kerajaan Selangor di atas keprihatinan membantu Kelantan. Dan terima kasih juga kepada Husam yang berusaha keras untuk membantu meringankan beban mangsa banjir di Kelantan dengan kesendiriannya. Terbaru seorang dermawan juga telah memberi tahu Husam akan mnyediakan helikopter untuk menghantar bekalan kepada mangsa banjir.

Ibrahim Ali saman akhbar The Star

Posted: 26 Dec 2014 05:35 AM PST

MALAYSIAKINI



 
 
 
Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali hari ini memfailkan saman fitnah terhadap akhbar The Star dan seorang lagi berhubung penerbitan sebuah artikel yang didakwa berunsur fitnah terhadapnya, pada 2 November lepas.
 
Ibrahim, 63, memfailkan saman itu melalui Tetuan Adnan Sharida & Associates menggunakan proses "e-filing" di Mahkamah Tingggi Kuala Lumpur, bagaimanapun kes itu akan didengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
 
Bekas ahli Parlimen Pasir Mas itu menamakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Star Publications (M) Berhad Datuk Seri Wong Chun Wai sebagai defendan pertama dan Star Publications (M) Berhad sebagai defendan kedua.
 
Dalam pernyataan tuntutan, Ibrahim mendakwa pada 2 November lepas, Wong telah menulis dan menerbitkan artikel berjudul "A  mind-boggling spin" di blognya "On the Beat" dan artikel itu kemudian diterbitkan semula di 'The Star Online' dan akhbar The Star.
 
Beliau mendakwa perkataan fitnah di dalam artikel itu membawa maksud antaranya ialah plaintif seorang pelampau agama, memperlekeh agama Kristian dan telah melakukan kesalahan besar serta tidak sepatutnya dilepaskan.
 
Selain itu, Ibrahim berkata artikel itu mendakwa beliau adalah pelampau yang sentiasa terlepas daripada tindakan undang-undang, sepatutnya ditangkap dan didakwa di bawah Akta Hasutan.
 
Artikel itu juga mendakwa plaintif mengeluarkan kenyataan yang menyerang dan menghina penganut agama Kristian serta menimbulkan perbalahan dan permusuhan di antara kaum dan penganut agama di negara ini.
 
Ibrahim mendakwa bahawa disebabkan perkataan fitnah itu, reputasi beliau terjejas teruk, mengalami kerugian teruk dan dipandang rendah oleh masyarakat.
 
Sehubungan itu, Ibrahim memohon defendan membayar ganti rugi am, teruk, teladan dan injunksi bagi menghalang defendan daripada mengeluarkan, menerbitkan atau mengedarkan sebarang kenyataan memfitnah terhadapnya sama ada secara maya atau bercetak.
 
Selain itu, beliau juga memohon faedah atas jumlah penghakiman pada kadar lima peratus setahun, kos tindakan dan apa-apa relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.- Bernama

Jumlah mangsa di K'tan cecah 45,467

Posted: 26 Dec 2014 05:30 AM PST

MALAYSIAKINI


 
 
BLOG LANGSUNG BANJIR Malaysiakini membawa maklumat terkini mengenai keadaan banjir yang berlaku.

 
7.52pm: Jet peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib  Razak yang didaftarkan dengan nombor 9M-NAA, mendarat di Indianapolis, Indiana, dari Los Angeles pada 6.52 petang waktu Malaysia.

Ia berdasarkan maklumat di laman penjejak penerbangan FlightRadar24.

Pesawat tersebut mendarat di Los Angeles pada jam 1.40 petang waktu Malaysia di Honolulu, Hawaii, yang menjadi tempat percutian perdana menteri.

Perdana menteri bergegas pulang dan dijangka tiba di Kelantan esok untuk menyelia operasi menyelamat.

4.10pm: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) di Pantai Timur menyebut kesemua lapangan terbang yang dikendalikannnya di pantai timur masih beroperasi seperti biasa.

Ia melibatkan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu, Kelantan; Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah Kuantan, Pahang, dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu, Terengganu.

"MAHB sedang memantau keadaan dan akan membuat pengumuman jika keadaan berubah," kata firma tersebut dalam kenyataan, seperti dilaporkan Bernama

4.10pm: Pasukan tentera menumpukan usaha menghantar bekalan makanan dan bahan api kepada mangsa banjir yang terputus hubungan di Kuala Krai.

Laporan Bernama menyebut, ia melibatkan 1,000 liter minyak diesel untuk kegunaan hospital dan
bantuan makanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ia akan digugurkan melalui helikopter, kata Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed.

"Memandangkan helikopter yang menghantar bantuan tidak dapat membuat pendaratan di kawasan terjejas teruk, maka bantuan bekalan ini akan digugurkan dari udara," katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

4.00pm: Sehingga jam 3 petang ini, mangsa banjir meningkat kepada 118,896. Di bawah pecahan ikut negeri:
 
NEGERI             25 DIS       26 DIS (PAGI)     3 PTG
------                ------         ----------------     -----
 
KELANTAN       34,955          32,139               45,467 
TERENGGANU   29,082         30,147               31,001
PAHANG          28,578          35,736               35,736
PERAK              5,512            5,530                 6,119
JOHOR              -                     201                    214
KEDAH                 76               157                      96   
PERLIS               263               263                    263
 
JUMLAH          98,466         104,173            118,896


3.30pm: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, beliau telah dihubungi pejabat pemimpin DAP, Lim Kit Siang untuk menyumbang kepada mangsa banjir Kelantan.

Selain itu, beliau turut dihubungi seorang dermawan pagi tadi, menawarkan helikopter untuk menghantar makanan ke kawasan terputus bekalan.

2.30pm: Sebanyak 10 stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Pantai Timur tidak dapat beroperasi akibat ditenggelami air banjir.

Pengerusi KTMB Datuk Nawawi Ahmad berkata, stesen yang terlibat ialah Chegar Perah, Merapoh, Gua Musang, Limau Kasturi, Bertam Baharu, Kemubu, Dabong, Bukit Abu, Manek Urai dan Krai.

"Disebabkan perkhidmatan intercity yang masih terganggu, para penumpang boleh menukar semula tarikh perjalanan atau pun mendapatkan pemulangan tambang penuh untuk perjalanan yang dibatalkan," katanya seperti dipetik dalam laporan Bernama.

1pm: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan keperluan aset air, udara dan darat dipertingkatkan dalam usaha membantu serta menyelamatkan mangsa banjir di Kelantan.

Muhyiddin berkata keperluan aset berkenaan masih tidak memadai setakat ini.

"Sebab itu saya telah beri arahan supaya aspek logistik dipertingkatkan lagi di mana aset seperti helikopter, bot tambahan akan diuruskan oleh MKN," katanya seperti dipetik dalam laporan Bernama.

Muhyiddin melawat pusat pemindahan banjir di Pengkalan Chepa, Kelantan.

Jumlah terkini mangsa banjir setakat ini:

Negeri           26 Dis, 1pm
Kelantan          32,139
Terengganu      31,001
Pahang            35,736
Perak               6,119
Johor               214
Kedah              96 
Perlis               263
Jumlah        105,568

12.30pm: 
Johor mula dilanda banjir apabila 201 mangsa di Kluang dipindahkan pagi ini, lapor Bernama memetik MKN Johor.

12.15pm: Negeri di pantai barat Semenanjung yang belum dilanda banjir dijangka hanya akan mengalami banjir kilat sahaja ekoran keadaan hujan yang tidak berterusan. 
 
Pegawai Meteorologi Kanan, Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata ramalan itu dibuat berdasarkan pergerakan monsun timur laut.
 
"Bagi negeri di pantai barat (yang belum dilanda banjir) kami jangkakan buat masa ini hanya alami banjir kilat, sebab tempoh hujan tidak lama, sekejap-sekejap," katanya ketika dihubungi Bernama.

12.00pm: Sembilan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Negeri Sembilan, bergerak ke Temerloh, Pahang, hari ini dengan sebuah lori lima tan dan sebuah bot bagi membantu para petugas dalam operasi menyelamat mangsa banjir. 
 
Timbalan Pengarah JPAM Negeri Sembilan Abdul Ba'ith Abdul Rahim berkata ini merupakan pasukan kedua selepas lapan anggota yang dihantar ke Kuala Lipis, Pahang pada Rabu lepas.

Kerajaan Selangor sumbang RM1 juta kepada  Kelantan dan masing-masing RM100,000 kepada Terengganu, Pahang dan Perak.
 
11.00am: Menteri Besar, Azmin Ali berkata, kerajaan negeri membatalkan semua acara hiburan dan program Temasya Selangor 15 menjelang Tahun Baru 2015. 
 
"Kerajaan Selangor mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam membatalkan program Jom Heboh anjuran TV3 yang dijadualkan pada 27 dan 28 Disember 2014 di I – City, Shah Alam atas prinsip yang sama.

9.35am: Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak kini meningkat kepada 103,413 orang - meningkat sebanyak 9,395 mangsa dari malam tadi, demikian menurut tweet Bernama.

9.05am: PAS Selangor akan mengadakan solat hajat ekoran banjir besar melanda negara ini, terutama di pantai timur.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad (kiri) berkata konvoi lebih 130 anggota berlepas dalam empat kumpulan untuk Kelantan dan Terengganu.

Katanya, terdapat 27 kenderaan pacuan empat roda dan sembilan lori membawa tiga hingga 10 tan barangan keperluan untuk mangsa banjir.

Mereka yang ingin menyumbang kepada mangsa banjir boleh datang ke Pusat Pengumpulan PAS Selangor beralamat  di Dewan Merbau, Jalan Senangin 17/2, Seksyen 17, Shah Alam atau menghubungi En. Rayme Abd Rahman 018 664 5036.

8.50am: Di Kota Bahru malam tadi, Bernama melaporkan jambatan Petra Jambatan Sultan Yahya (di bawah) yang menghubungkan bandar Kota Baharu ke Pasir Pekan, Tumpat, kini ditutup kepada semua kenderaan selepas air di Sungai Kelantan melimpah naik.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Rohaimi Md Isa, ketika dihubungi, berkata jambatan itu ditutup kepada semua lalu lintas kerana keadaan itu berbahaya kepada pengguna jalan raya.

Laporan Bernama juga menyatakan bahawa air banjir dari Gua Musang dan Kuala Krai kini mengalir ke arah daerah Kota Baharu.

8.40am: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed mengakui terdapat kelemahan dalam mengurus dan menyelamatkan mangsa banjir di Kelantan.

Mustapa, juga anggota Parlimen Jeli, mengambil masa 10 jam dengan bot untuk perjalanan ke Kuala Krai, kawasan yang terjejas dengan mendalam akibat banjir.

Beliau menyifatkan banjir tahun ini sebagai besar berbanding tahun-tahun lalu dan berkata ini menyebabkan kelemahan kerajaan dalam menyelaras bantuan.

8.30am: Semalam, seorang doktor di sebuah klinik kerajaan di Badang memuatkan posting mengenai keadaan terdesak di kliniknya yang beliau dakwa terputus hubungan akibat banjir dan tidak mendapat apa-apa bekalan.

"Oh ya, saya ingin mengucapkan selamat bercuti kepada perdana menteri kita di Hawaii sementara cuti kami semua telah dibekukan dan berkorban nyawa demi rakyat tercinta.

8.00am: Malam tadi Bernama melaporkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menggantung operasi 1,606 pencawang stesen di seluruh Kelantan, Pahang dan Terengganu memandangkan banjir semakin teruk.

Sidang Khas Dun Kelantan mungkin ditangguh

Posted: 26 Dec 2014 05:23 AM PST


Mustafa Ali Mustafa Ali
 
 
KUALA LUMPUR - Sidang khas Dun Kelantan pada 29 Disember ini untuk meminda Kanun Jenayah Syariah II 1993 berkemungkinan akan ditangguhkan kepada tarikh lain susulan bandar Kota Bharu sudah dinaiki air beberapa hari lalu.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali bagaimanapun berkata, perkara itu akan diumumkan Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan Pas dalam masa terdekat.

"Oleh kerana banyak negeri terlibat dan jumlah mangsa banjir makin bertambah, kemungkinan persidangan Dun Kelantan akan ditangguhkan.

"Itu kena tunggu pengumuman rasmi Menteri Besar Kelantan sama ada terus atau tidak sidang Dun itu.

"Kemungkinan kalau banjir sampai ke bandar Kota Bahru, laluan akan terjejas, kemungkinan ditangguhkan sidang khas Dun," katanya kepada pemberita di Pejabat Agung Pas Pusat, di sini, hari ini.

Terdahulu, Kerajaan Negeri Kelantan akan mengadakan sidang khas Dun Kelantan pada 29 Disember ini untuk meminda Kanun Jenayah Syariah II 1993 bagi membolehkan sebahagian hukum Hudud dilaksanakan di negeri itu.

Bagaimanapun pengumum Pas Kelantan itu mengundang suasana tidak senang dalam kalangan pemimpin PR khususnya DAP yang lantang membantahnya.

Tidak kurang pula pemimpin PKR yang mempersoalkan hasrat Pas Kelantan itu yang dilihat seolah-olah cuba mengalihkan isu skandal syarikat pelaburan nasional, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam pada itu, Mustafa berkata lagi, Pas Pusat juga akan menangguhkan taklimat khas mengenai pindaan draf Kanun Jenayah Syariah II oleh Kerajaan Negeri Kelantan yang dijadualkan pada Ahad ini.

"Penangguhan itu dibuat memandangkan ramai pimpinan Pas kemungkinan tidak dapat hadir kerana terlibat membantu mangsa banjir.

"Secara rasminya, perjumpaan pada 28 Disember ini ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan diumumkan kemudian," katanya lagi.

Pas, DAP akan 'tenggelam' jika bincang soal hudud

Posted: 26 Dec 2014 05:13 AM PST


 Mustafa Ali - Foto Sinar Harian Mustafa Ali - Foto Sinar Harian
 
 
KUALA LUMPUR - "Kami tidak mahu bertengkar mengenai hukum hudud, nanti kedua-duanya (Pas dan DAP) tenggelam dalam banjir," kata Setiausaha Agung Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali.

Demikian menurutnya ketika pemberita cuba mengajukan soalan mengenai hukum hudud yang cuba dipolitikkan ketika Kelantan dilanda banjir besar ketika ini.

Mustafa dengan nada sinis mahu perkara itu dilupakan seketika kerana pihaknya mahu menumpukan kepada usaha membantu mangsa banjir di empat negeri yang terjejas seperti di Kelantan, Terengganu, Perak dan Pahang.

Sementara itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub merakamkan penghargaannya kepada banyak pihak yang telah menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di empat negeri terbabit.

Salahuddin berkata, sumbangan sama ada dalam bentuk kewangan ataupun makanan serta kelengakapan lain sedikit sebanyak dapat melegakan penderitaan banjir.

"Pada saat ini, kita perlu mengetepikan perbezaan ideologi politik dan kita menyambut baik bantuan semua pihak termasuk Kerajaan Negeri Selangor sebanyak RM1 juta dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pula RM1.5 juta," katanya.

Ditanya mengenai bantuan kecemasan yang diumumkan kerajaan Pusat baru-baru ini, Mustafa berkata pihaknya tidak maklum sejauhmana ia diagihkan sama ada terus kepada kerajaan negeri atau sebaliknya.

"Kalau boleh kami mahu lebih banyak dana namun peruntukan RM50 juta yang diumumkan kerajaan tidak pula kami ketahui beritanya," katanya.

Dalam pada itu, Mustafa juga berkata, pihaknya tidak pernah mendapat dana yang mencukupi untuk menyelesaikan masalah banjir khususnya di Kelantan menyebabkan projek tebatan Sungai Golok gagal mengawal banjir apabila musih tengkujuh.

"Setahu saya dana itu tidak pernah cukup untuk selesaikan masalah ini (banjir).

"Projek tebatan Sungai Golok hanya dibuat di sebelah Thailand sahaja.

"Perkara ini banyak kali disuarakan Ahli Parlimen Kelantan dari Rantau Panjang dan Tumpat dalam setiap sesi sidang Dewan Rakyat," katanya lagi.

Najib akan tinjau banjir di Kelantan esok

Posted: 26 Dec 2014 05:11 AM PST

SINAR HARIAN


Najib Tun Razak - Foto Bernama Najib Tun Razak - Foto Bernama
 
 
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melawat Kelantan esok untuk meninjau keadaan banjir di negeri itu dan juga memantau usaha membantu mereka yang terjejas akibat banjir di empat negeri lain.

Setibanya, Najib akan mempengerusikan mesyuarat dan mendengar taklimat daripada Majlis Keselamatan Negara, Jawatankuasa Pengurusan dan  Bantuan Bencana Negara, kerajaan negeri dan pasukan penyelamat setempat.

Najib berkata, beliau amat bimbang dengan banjir, dan bersimpati dengan mereka yang kehilangan rumah, dan keluarga yang kehilangan orang  tersayang.

"Ketika berada di luar negara, saya sentiasa berhubung dengan Majlis Keselamatan Negara dan Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana  Negara yang memberi jaminan kepada saya bahawa mereka sedang melakukan apa yang termampu untuk membantu mereka yang terjejas.

"Tetapi saya mahu melihat sendiri keadaan dan bersama-sama rakyat," kata Najib, menurut kenyataan daripada Pejabat Perdana Menteri di sini, hari  ini.

Sementara itu, kenyataan itu memetik seorang jurucakap kerajaan sebagai berkata bahawa Perdana Menteri mengambil keputusan untuk kembali  dari Amerika Syarikat untuk memantau usaha bantuan kecemasan dan akan mendarat di Kelantan pada Sabtu.

Jurucakap itu berkata semasa berada di luar negara, Perdana Menteri menerima maklumat terkini setiap hari tentang keadaan banjir di Malaysia.   

Najib juga telah berhubung dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengarahkan Jawatankuasa Pengurusan dan  Bantuan Bencana Negara supaya meningkatkan usaha membantu mereka yang terjejas akibat banjir, menurut jurucakap itu. 

"Berikutan laporan baru-baru ini bahawa keadaan terus bertambah buruk, Perdana Menteri berpendapat bahawa adalah perlu untuk pulang bagi  memantau sendiri usaha penyaluran bantuan," kata jurucakap itu.

Semasa melawat Kelantan esok, Perdana Menteri juga akan menemui penduduk yang terjejas banjir dan membincangkan langkah-langkah baharu  untuk membantu mereka yang terpaksa berpindah, kata kenyataan itu. - Bernama

Mangsa cecah 119,000, Kota Bharu makin kritikal

Posted: 26 Dec 2014 05:09 AM PST

SINAR HARIAN

Keadaan banjir di Kelantan Keadaan banjir di Kelantan
 
 
KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di tujuh negeri kini mencecah 119,087 orang dengan Kelantan mencatat jumlah tertinggi iaitu 45,467 orang setakat petang ini.

Di KELANTAN, limpahan air Sungai Kelantan menyebabkan jumlah mangsa di Kota Bharu naik mendadak iaitu seramai 13,388 orang kepada 14,586  orang petang ini berbanding 1,198 orang pagi tadi.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri,  Nik Omar Nik Abdul Rahman berkata, limpahan air sungai itu telah merebak ke beberapa kampung  berhampiran termasuk Kampung Lembah Sireh, Kampung Pintu Geng, Kampung Kedai Buloh, Kampung Banggol, dan kawasan sekitar Pengkalan Chepa.

Kesemua mangsa kini dipindahkan ke 40 pusat pemindahan berbanding hanya tujuh pagi tadi, katanya.

Kecuali di Pasir Mas yang menunjukkan sedikit penurunan dengan jumlah mangsa kini mencecah 6,319 orang, beberapa kawasan lain  kebanyakannya tidak berubah termasuk di Tanah Merah (3,546 orang), Gua Musang (5,150 orang), Tumpat (5,005 orang), Machang (4,039 orang), Jeli (1,430 orang), Kuala Krai (5,200 orang) dan Pasir Puteh (192 orang).

Di TERENGGANU, jumlah mangsa terus meningkat kepada 34,884 petang ini berbanding 31,001 pada tengah hari.

Daerah Kemaman mencatat tambahan mangsa kepada 25,090 orang daripada 21,381 yang ditempatkan di 46 pusat penempatan, demikian  menurut portal Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Terengganu.

Daerah Dungun turut menunjukkan peningkatan menjadikan jumlah mangsa 8,197 orang manakala Kuala Terengganu masih bertahan dengan 1,369 orang dan Hulu Terengganu (228 orang).

Bagaimanapun menurut portal itu,  bandar Kuala Terengganu masih dapat dihubungkan dengan Kuantan melalui beberapa lencongan dan jalan  alternatif walaupun beberapa jalan utama masih dinaiki air dan hanya dibuka kepada kenderaan berat.

"Bagi pengguna jalan raya yang hendak ke Kuantan dari Kuala Terengganu menggunakan jalan pesisir, mereka disaran melalui persimpangan  alan  Che Lijah di Dungun dan menggunakan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) Tol Dungun.

"Dari LPT2 Tol Dungun itu, pengguna boleh melaluinya sehingga susur keluar Tol Paka berikutan kawasan sekitar di Air Hitam sehingga Kampung  Nyior di Dungun dinaiki air," menurut laporan itu.

MKN berkata pengguna jalan raya akan menggunakan kembali sebahagian laluan pantai di Kemaman sebelum sekali lagi masuk ke LPT2 susur  keluar Tol Kijal untuk dihubungkan ke LPT1 ataupun Kuantan, manakala petang ini LPT Bukit Besi-Ajil telah dibuka semua kepada semua  kenderaan.

Keadaan di PAHANG pula menyaksikan jumlah mangsa berkurangan kepada 32,380 orang berbanding 35,736 orang pada tengah hari.      Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, jumlah mangsa di Kuantan kini (16,691 orang), Jerantut (4,728 orang), Pekan (2,281 orang), Temerloh (2,823 orang), Maran (2,818 orang), Lipis (2,697 orang), Bera (310 orang) dan Rompin (32 orang).

Di JOHOR, jumlah mangsa meningkat kepada 537 orang daripada 130 keluarga di 10 pusat pemindahan berbanding 214 orang pada tengah hari.  Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Johor, Datuk Ismail Karim berkata sehingga pukul 5 petang, daerah yang terjejas melibatkan Kluang, Batu  ahat, Kulaijaya Segamat dan Muar.

Katanya enam pusat pemindahan di buka di Kluang dan masing-masing satu di Batu Pahat, Kulaijaya, Segamat dan Muar.   

Di KEDAH, jumlah  angsa semakin berkurangan setelah banjir di dua daerah iaitu Padang Terap dan Bandar Baharu semakin surut dengan tinggal 28 mangsa berbanding 96 orang tengah hari tadi.

Di PERLIS, angka mangsa turut berkurangan kepada 209 orang setelah 54 orang dibenarkan pulang sehingga pukul 5 petang ini.

Di PERAK, jumlah mangsa kekal 6,119 orang dengan daerah Kuala Kangsar merekod jumlah 2,579 mangsa di 50 pusat pemindahan, menurut  jurucakap MKN Negeri Perak. - Bernama

Rombongan MB tiba di Kelantan hulur bantuan banjir

Posted: 26 Dec 2014 01:23 AM PST

Oleh: NURUL FARINA NAZLAN


KOTA BHARU: Dato' Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dan rombongan selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Petra, di sini, kira-kira jam 12 tengah hari.

Rombongan yang turut disertai Setiausaha Politiknya, Shuhaimi Shafiei dan Exco Kerajaan Negeri, Dr Daroyah Alwi serta Amirudin Shari.

azminB5wlHORCEAA2Xl0Mohamed Azmin disambut Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Amar Abdullah dan beberapa jentera PKR negeri.

Terdahulu, penumpang pesawat MAS terkejut melihat kehadiran Mohamed Azmin yang duduk di kerusi kelas ekonomi.

Dalam lawatan berkenaan, Mohamed Azmin akan turut menyalurkan sumbangan RM1 juta kepada Kerajaan Kelantan untuk membantu meringankan beban mangsa banjir di negeri itu, sejak 16 Disember lalu.

10888676_1040579102634471_8692349925849343972_nSementara itu, RM300,000 diagihkan kepada mangsa banjir Pahang, Terengganu dan Perak, yang mana setiap negeri mendapat RM100,000.

Sehingga jam 3 petang ini, jumlah mangsa banjir dipindahkan di 7 negeri meningkat kepada 118,896 orang.

Sepuluh stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad di pantai timur tidak dapat beroperasi akibat ditenggelami air disebabkan banjir kuat yang melanda kawasan itu.

Kesemua stesen yang terlibat ialah Chegar Perah, Merapoh, Gua Musang, Limau Kasturi, Bertam Baharu, Kemubu, Dabong, Bukit Abu, Manek Urai dan Krai.

Di Terengganu, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 31,001 orang berbanding 30,147 pada sebelah pagi tadi. Kesemua mangsa ditempatkan di 98 pusat pemindahan banjir di empat daerah.

Kebanyakan mangsa dari daerah Kemaman yang kini mencecah 21,381 orang, diikuti Dungun (7,979), Kuala Terengganu (1,369) dan Hulu Terengganu (272).

Besut merupakan daerah terbaharu pulih daripada banjir hari ini apabila baki 317 mangsa di dua pusat pemindahan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Sehingga kini, beberapa jalan utama masih ditutup kepada semua kenderaan termasuk Jalan Chukai ke Air Putih, Cheneh Mak Lagam dan Jalan Chukai Utama.

Di Kuantan, jumlah mangsa banjir kekal 35,736 orang dengan kebanyakan mereka di daerah Kuantan yang merekodkan sejumlah 19,924 mangsa, menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.

Di Perak, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 6,119 orang berbanding 5,530 mangsa pagi tadi, membabitkan tiga kawasan di Kuala Kangsar, Hulu Perak dan Perak Tengah.

Di Perak Tengah, bilangan mangsa banjir kini 2,914 orang, Kuala Kangsar (2,579) dan Hulu Perak (626).EZY

MB turun ke Kelantan esok, PM ‘sibuk’ main golf di Hawaii

Posted: 26 Dec 2014 01:15 AM PST

Oleh: NURUL FARINA NAZLAN


SHAH ALAM: Pelbagai pihak memuji tindakan Dato' Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, yang akan mengadakan lawatan ke Kelantan dan menyalurkan sumbangan kepada mangsa banjir negeri itu.

Nagaswari Murusagan berkata, tindakan Mohamed Azmin itu tepat berbanding Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang ketika ini 'sibuk' bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat,  Barrack Obama di Hawaii.

banjir1

"PM main golf dengan Obama di Hawaii sambil bercuti habiskan wang rakyat, tetapi mangsa banjir duk merana. Inilah kerja BN yang pentingkan percutian lebih dari rakyat sendiri," katanya.

Terdahulu, Mohamed Azmin melalui akaun Facebook miliknya memberitahu bakal terbang ke Kelantan bagi mengadakan lawatan ke atas mangsa banjir di negeri itu, esok.

azminDalam lawatan berkenaan, Mohamed Azmin akan turut menyalurkan sumbangan kepada Kerajaan Kelantan untuk membantu meringankan beban mangsa banjir di negeri itu, sejak 16 Disember lalu.

Mohamed Azmin berkata, akan mengadakan mesyuarat khas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) berhubung perkara terbabit.

"Insya Allah, esok mesyuarat khas MMKN dan Kerajaan Selangor akan umum bantuan untuk mangsa-mangsa banjir. Saya sendiri turun ke Kelantan esok," katanya dalam akaun berkenaan.

banjirfb

Sementara itu, rakyat Kelantan turut memuji keprihatinan Mohamed Azmin yang sanggup turun padang sendiri menghulurkan sumbangan.
" Tq yab mb selangor..respect dari anak kelate," kata Syafnan Zain.

Siti Ainiza Kamsari pula berkata, Mohamed Azmin telah mengambil alih tugas Perdana Menteri yang seharusnya turun padang pada saat genting itu.

"YB, u take over the PM yang sepatutnya turun Kelantan! Thumbs Up YB!!!!" katanya.

Laman http://portalbencana.mkn.gov.my/ memaklumkan tiga sungai utama negeri itu iaitu Sungai Lebir, Sungai Kelantan dan Sungai Golok melepasi paras bahaya dan sehingga kini 16 jalan di enam daerah sudah ditutup kepada lalu lintas.

Keadaan banjir itu berlaku ekoran fenomena 'New Moon' iaitu kedudukan bulan agak berhampiran dengan bumi hingga menyebabkan air pasang besar di kawasan Pantai Timur.

10 Stesen KTM di pantai timur ditenggelami air

Posted: 26 Dec 2014 01:10 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic

 
 
KUALA LUMPUR: Sepuluh stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad di Pantai Timur tidak dapat beroperasi akibat ditenggelami air disebabkan banjir kuat yang melanda kawasan itu. 
 
Pengerusi KTM Berhad Datuk Nawawi Ahmad berkata kesemua stesen yang terlibat ialah Chegar Perah, Merapoh, Gua Musang, Limau Kasturi, Bertam Baharu, Kemubu, Dabong, Bukit Abu, Manek Urai dan Krai.
 
"Disebabkan perkhidmatan intercity yang masih terganggu, para penumpang boleh menukar semula tarikh perjalanan atau pun mendapatkan pemulangan tambang penuh untuk perjalanan yang dibatalkan," katanya dalam sidang akhbar di sini, Jumaat.
 
Nawawi berkata lapan perkhidmatan tren di kawasan Chegar Perah hingga Tumpat dibatalkan sejak 22 Disember lepas, melibatkan perkhidmatan tren Intercity iaitu tren shuttle No. 70, 71, 72, 73.
 
Turut terlibat, tren ekspres No. 26, 27, 28 dan 29 iaitu Ekspres Wau dan Ekspres Senandung Timuran, katanya.
 
Nawawi berkata sistem mekanikal kereta api yang turut terjejas merangkumi lapan lokomotif, 19 koc, satu buffet (katering) serta empat generator dan dijangka mengambil masa lama untuk dibaik pulih.
 
Namun, katanya, kos kerugian dan baik pulih masih belum dapat diketahui kerana perlu melakukan proses penganalisis secara menyeluruh.
 
Dalam perkembangan berkaitan, Nawawi berkata KTM Berhad turut menyalurkan sumbangan sebanyak RM1,500 serta bekalan makanan kepada 177 kakitangannya yang terlibat banjir demi memastikan kebajikan mereka terus terjamin.

Banjir kilat di Jalan Ipoh, lima kereta terperangkap

Posted: 26 Dec 2014 01:09 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Hujan lebat berterusan di ibu negara malam tadi telah mengakibatkan Jalan Ipoh berhadapan Bank Rakyat, Sentul di sini mengalami banjir kilat dan menyebabkan lima kereta terperangkap.
 
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Khirudin Drahman berkata pihaknya dimaklumkan kejadian berkenaan pada 10.45 malam dan tiba di lokasi lima minit kemudian.
 
"Bomba mendapati jalan tersebut mengalami banjir kilat dan paras air telah naik setinggi pembahagi jalan hingga memerangkap lima buah kereta," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
 
Sementara itu, laman Twitter Informasi Bencana @PortalBencana dan PBanjir KL @PBanjirKL melaporkan beberapa kawasan di ibu negara dinaiki air dan mengalami banjir kilat.
 
Informasi Bencana @PortalBencana melaporkan Kampung Padang Balang berhampiran Sungai Gombak mengalami banjir kilat pada 12.12 pagi dan surut hampir sejam kemudian.
 
PBanjir KL @PBanjirKL pula melaporkan, Kampung Puah dinaiki air sedalam 0.6 meter, Jalan Tun Razak berdekatan bangunan PERKIM, Jalan Rahmat (0.3-0.6 meter) dan Jalan Sentul Manis, Jalan Rahmat dan Jalan Ipoh mengalami banjir kilat.
 
Air mula surut di jalan berkenaan pada 12.11 pagi.

Johor pula mula dilanda banjir

Posted: 26 Dec 2014 12:01 AM PST

MALAYSIAKINI



  
Johor menjadi negeri terbaru dilanda banjir apabila dua daerah di negeri berkenaan mula terjejas, manakala keadaan di Pahang, Terengganu, Kedah dan Perak tidak banyak berubah, setakat tengah hari ini.

Di JOHOR, daerah Kluang dan Muar mula terjejas banjir dengan sebanyak 214 mangsa dipindahkan ke lima pusat pemindahan mulai hari ini.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Johor berkata di Kluang, sejumlah 201 orang termasuk empat bayi daripada 46 keluarga dipindahkan ke empat pusat pemindahan manakala 13 penduduk di Bukit Kepong, Muar dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan.

"Kesemua mangsa di Kluang ditempatkan di Balai Raya Kampung Paya Palembang, Balai Raya Mardi, Mukim Renggam, Balai Raya Kampung Mengkibol dan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Kencana. Penduduk di Bukit Kepong pula dipindahkan ke balai raya kampung berkenaan," katanya.

Beliau berkata paras air di lokasi terjejas banjir semakin meningkat.

Di KELANTAN, keadaan banjir yang semakin buruk menarik perhatian Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk turun padang ke negeri itu bagi meninjau situasi semasa bencana tersebut.

Muhyiddin mengarahkan aset air, udara dan darat dipertingkatkan dalam usaha membantu serta menyelamatkan mangsa banjir di Kelantan yang kini melebihi 32,000 orang.

Beliau turut mengarahkan agar bekalan barangan keperluan seperti makanan ditambah di semua pusat pemindahan sementara (PPS) daripada tiga hari kepada seminggu, antaranya bagi mengelak masalah kekurangan bekalan.

Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 31,001 orang berbanding 30,147 pada sebelah pagi tadi. Kesemua mangsa ditempatkan di 98 pusat pemindahan banjir di empat daerah.

Kebanyakan mangsa dari daerah Kemaman yang kini mencecah 21,381 orang, diikuti Dungun (7,979), Kuala Terengganu (1,369) dan Hulu Terengganu (272).

Besut merupakan daerah terbaharu pulih daripada banjir hari ini apabila baki 317 mangsa di dua pusat pemindahan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Sehingga kini, beberapa jalan utama masih ditutup kepada semua kenderaan termasuk Jalan Chukai ke Air Putih, Cheneh Mak Lagam dan Jalan Chukai Utama.

Di KUANTAN, jumlah mangsa banjir kekal 35,736 orang dengan kebanyakan mereka di daerah Kuantan yang merekodkan sejumlah 19,924 mangsa, menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.

Di PERAK, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 6,119 orang berbanding 5,530 mangsa pagi tadi, membabitkan tiga kawasan di Kuala Kangsar, Hulu Perak dan Perak Tengah.

Di Perak Tengah, bilangan mangsa banjir kini 2,914 orang, Kuala Kangsar (2,579) dan Hulu Perak (626).

Belum ada keputusan rayuan kes Altantuya

Posted: 25 Dec 2014 11:49 PM PST

MALAYSIAKINI
 

 
 
 
Semalam genap enam bulan sejak rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan dua anggota polis Unit Tindakan Khas, ketua inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, didengar di Mahkamah Persekutuan dalam kes yang melibatkan kematian Altantuya Shaariibuu.
 
Bagaimanapun, belum ada keputusan oleh panel lima anggota yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang mendengarnya di mahkamah tertinggi negara itu.
 
Ini telah disahkan oleh Timbalan Peguamcara 1 Tun Abdul Majid Tun Hamzah, dan peguam Hazman Ahmad dan J Kuldeep Kumar yang mewakili Azilah dan Hasnal Rezua Merican yang mewakili Sirul.
 
"Sehingga kini, tiada tarikh ditetapkan," kata Tun Majid kepada Malaysiakini. Para peguam lain juga bercakap dengan Malaysiakini pada masa yang berlainan minggu ini.
 
Secara umumnya, hakim diberikan tempoh sehingga tiga bulan untuk menulis penghakiman mereka.
 
Bagaimanapun, Arifin ketika mengulas kes Liwat II terhadap Datuk 
Seri Anwar Ibrahim berkata awal bulan ini bahawa para hakim harus diberi tempoh masa yang munasabah untuk menyelesaikan penghakiman kerana setiap kes berbeza.
 
Katanya, amalan standard bagi Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan ialah untuk melengkapkan penghakiman dalam tempoh tiga bulan selepas kes didengar.
 
Beliau telah dipetik oleh Bernama sebagai berkata dalam sesetengah kes, mahkamah (Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan) akan mengambil masa yang lebih lama, mungkin sehingga enam bulan untuk menyiapkan penghakiman itu - bergantung kepada kerumitan kes.
 
Selain Arifin, hakim-hakim lain dalam panel lima anggota dalam kes Altantuya itu adalah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Ahmad Maarop dan Tan Sri Suriyadi Halim Omar.
 
Rayuan pihak pendakwaan didengar selama tiga hari pada bulan Jun.

Himpunan tuntut harga minyak RM1.90 ditangguh

Posted: 25 Dec 2014 11:29 PM PST

MALAYSIAKINI

 
 
 
Jawatankuasa penganjur Himpunan Tuntut Harga Minyak RM1.90 memutuskan untuk menangguhkan perhimpunan itu kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak ekoran bencana banjir yang sedang melanda negara.

"Bagaimanapun, kami menagih janji yang telah dibuat oleh timbalan menteri kewangan yang menyebut bahawa harga minyak akan turun di bawah RM2.00 pada 1 Januari 2015.

"Sekiranya harga RON95 tidak diturunkan sehingga RM1.90, kami tidak teragak-agak untuk melancarkan bantahan besar-besaran nanti," kata pengerusi TURUN, Azan Safar dalam satu kenyataan hari ini.

Jawatankuasa penganjur sebelum ini merancang mengadakan perhimpunan itu di Dataran Merdeka pada ambang Tahun Baru.

Azan juga menuntut supaya semua sambutan ambang tahun baru dibatalkan sebagai tanda solidariti kepada mangsa banjir.

Oleh itu beliau menggesa supaya program Malam Cinta Rasul yang dianjurkan di Dataran Merdeka serta sambutan-sambutan di peringkat kerajaan negeri dibatalkan.

Semalam, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata program sambutan Ambang Tahun Baru 2015 di Putrajaya pada 31 Disember dibatalkan sebagai tanda simpati terhadap mereka yang terjejas banjir.

Bagaimanapun, Tengku Adnan berkata, program selawat yang akan diadakan di Masjid Putrajaya dan di Jalan Raja, akan diteruskan sebagaimana dirancang.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga meminta penganjur perhimpunan itu supaya membantu mangsa banjir, daripada mengadakan protes tersebut.

"Saya fikir mereka boleh turun padang dan membantu rakyat yang menderita. Itu lebih produktif dan berfaedah," Muhyiddin dilaporkan berkata.

Dalam kenyataannya hari ini, Azan berkata bencana banjir harus diinsafi semua pihak.

"kita semua harus lebih sensitif dengan nasib yang menimpa semua mangsa banjir.

"Perdana menteri dan seluruh anggota kabinet perlu turun padang bagi memastikan kebajikan seluruh mangsa banjir terbela," katanya.

Sehubungan itu, kata Azan, pihaknya menyeru semua pihak supaya menghentikan sentimen politik kepartian dan juga polemik politik yang tidak berkesudahan tatkala negara dilanda musibah.

"Kami peringkat NGO/aktivis/ parti politik yang terlibat di dalam penganjuran himpunan ini sudah pun menggerakkan operasi membantu mangsa banjir di seluruh negara.

"Kami juga menyeru kepada rakyat Malaysia untuk bersama-sama dalam menghadapi krisis banjir hari ini," tambahnya.

Selangor sumbang RM1 juta pada K'tan

Posted: 25 Dec 2014 11:21 PM PST

MALAYSIAKINI

 

Kerajaan Selangor akan memberi sumbangan sebanyak RM1 juta kepada  Kelantan berikutan krisis banjir yang melanda negeri itu kata Menteri Besarnya Mohamed Azmin Ali.

Selain itu, sebanyak RM100,000 pula akan disumbangkan kepada negeri Terengganu, Pahang dan Perak.

Azmin bersama dua exconya Amirudin Shari dan Dr Daroyah Alwi akan ke Kelantan pagi ini untuk menyerahkan sumbangan itu.

Bercakap dalam satu sidang akhbar, Azmin berkata keputusan untuk memberi sumbangan tersebut diputuskan dalam mesyuarat khas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pagi ini ekoran situasi banjir di Pantai Timur Semenanjung Malaysia khususnya di Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan juga Perak.

Katanya, ia sebagai tanda simpati kerajaan Selangor terhadap negeri-negeri yang dilanda bencana banjir itu.

Kerajaan dan rakyat Negeri Selangor, katanya amat bersimpati dengan mangsa banjir dan keluarga mereka yang menanggung kesusahan dan mengalami kerosakan harta benda akibat banjir yang disifatkan paling buruk dalam tempoh 43 tahun.

"Kami memohon doa ke hadrat Allah SWT agar cuaca bertambah baik dalam masa terdekat dan semua yang terkesan dengan bencana ini berada dalam keadaan selamat.

"Kami juga memohon semoga rakyat di Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak bersabar dan tabah menghadapi musibah dan agar keselamatan dan kesejahteraan rakyat  terus dilindungi dan dipelihara Allah SWT," tambahnya.

Menurut Azmin lagi, beliau telah berbincang dengan Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagi meneliti langkah-langkah yang perlu diambil dalam membantu negeri-negeri terlibat.

"Saya juga telah menghubungi Datuk Paduka Husam Musa bagi menyampaikan hasrat kerajaan negeri Selangor untuk bersama–sama kerajaan negeri Kelantan dalam situasi yang getir pada masa ini," katanya.

Selain itu, katanya, kerajaan Selangor juga menyediakan peruntukan RM200,000 bagi misi bantuan kemanusiaan yang akan diselaraskan oleh Dr Daroyah melalui Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusian Selangor (PANTAS) yang akan turun bagi memberi khidmat bantuan dan khidmat kemanusiaan.

Untuk program pasca bencana banjir, katanya, kerajaan Selangor telah bersetuju untuk memberikan khidmat kerja pembersihan kawasan banjir dengan penglibatan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor.

"Seluruh jentera PBT Negeri Selangor akan diturunkan untuk kerja pembersihan sebaik sahaja air semakin surut bagi tujuan pembersihan sampah sarap dan sisa pepejal akibat banjir bagi menjamin kebersihan dan keselamatan rakyat.

"Kerajaan Selangor juga akan mendapatkan sokongan kewangan daripada anak-anak syarikat, syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) Negeri dan syarikat-syarikat swasta di Selangor untuk membantu menyediakan peralatan persekolahan termasuk pemberian beg sekolah dan pakaian seragam untuk pelajar sekolah rendah dan menengah.

Sementara itu, Azmin berkata, MMKN juga mengambil keputusan untuk membatalkan semua acara hiburan dan program Temasya Selangor 15 menjelang Tahun Baru 2015 sebagai tanda simpati kepada semua rakyat yang mengalami bencana banjir dan menjimatkan perbelanjaan kerajaan Selangor.

"Kerajaan Negeri Selangor telah mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam untuk membatalkan program Jom Heboh anjuran TV3 yang dijadualkan pada 27 dan 28 Disember 2014 di I – City, Shah Alam atas prinsip yang sama.

"Kerajaan Negeri Selangor menggesa agar kerajaan persekutuan meluluskan geran bantuan bencana alam secepat mungkin bagi membantu kerajaan-kerajaan negeri mengatasi bencana banjir serta meringankan beban yang dialami rakyat dalam tempoh yang getir ini.

"Kerajaan Selangor juga telah berbincang dengan JAIS supaya semua masjid di Negeri Selangor mengadakan solat hajat sejurus solat Jumaat bagi memohon pertolongan Allah SWT agar kesejahteraan dan keselamatan rakyat di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak terus dilindungi dan dipelihara," tambahnya.

SUK naik air, sidang khas 'hudud' terjejas?

Posted: 25 Dec 2014 11:15 PM PST

MALATSIAKINI

 
 
Situasi banjir yang semakin buruk di Kelantan, khususnya kawasan Kota Bharu meletakkan Sidang khas DUN untuk meminda Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 pada 29 Disember bagi membolehkan hudud dilaksanakan di negeri itu, dalam keadaan yang tidak menentu.

Kawasan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Kota Darul Naim, yang menempatkan dewan persidangan negeri, turut dinaiki air sedalam sekaki sejak petang semalam.

Menurut seorang kakitangan Unit Komunikasi Menteri Besar, operasi pusat pentadbiran kerajaan negeri Kelantan kini telah dipindahkan ke sebuah Dewan di Masjid Telipot - kira-kira 3km dari situ.

"Semua kenderaan rasmi kerajaan negeri juga sudah dialihkan ke tempat lebih selamat sejak petang semalam.

"SUK tidak lagi beroperasi, sudah pindah ke Masjid Telipot," katanya yang hanya mahu dikenali sebagai Zam kepada Malaysiakini.

Beliau turut memaklumkan, kawasan Kediaman Rasmi Menteri Besar di JKR 10, - satu setengah kilometer dari pejabat SUK- juga dinaiki air sedalam setengah kaki petang semalam.

Sementara itu, Timbalan Speaker, Abdul Latif Abdul Rahman ketika dihubungi berkata setakat ini beliau tidak dimaklum sebarang perubahan sidang tersebut.

Katanya, sebarang perubahan mungkin diumumkan sendiri oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob dalam masa terdekat.

"Saya tak boleh jawab sebab saya tidak ada maklumat. Saya sendiri terkepung banjir di Kula Kerai. Rumah saya dinaiki air dan terpaksa berpindah.

"Jika ada perubahan, mungkin menteri besar sendiri akan umum," katanya.

Laporan Bernama menyebut, jumlah keseluruhan mangsa banjir di Kelantan sedikit menurun iaitu kepada 32,079 orang pagi ini berbanding 34,955 orang malam tadi.

Keadaan di enam jajahan bertambah baik apabila jumlah penduduk yang dipindahkan mula berkurangan termasuk di Kota Bharu apabila hanya 1,198 masih berada di pusat pemindahan berbanding 3,231 semalam.

Angka mangsa banjir juga menurun di Tanah Merah dengan sebanyak 3,546 orang masih berada di pusat pemindahan berbanding 3,840 semalam, Pasir Mas (6,679 berbanding 7,237), Gua Musang (5,150 berbanding 7,385), Tumpat (5,005 berbanding 5,803) dan Pasir Puteh (192 berbanding 193).

Bagaimanapun keadaan banjir di tiga lagi jajahan semakin buruk pagi ini terutamanya di Kuala Krai dengan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 5,200 berbanding 4,864 orang semalam.

Mangsa banjir di Machang turut bertambah kepada 4,039 berbanding 1,133 manakala Jeli meningkat kepada 1,430 daripada 1,269 orang malam tadi.

Ridhuan Tee Abdullah Dilarang Masuk ke Sarawak

Posted: 25 Dec 2014 11:10 PM PST

RAKYATNEWS
 
alt
 
KUCHING - Ahli akademik Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah dilarang daripada memasuki Sarawak sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), pagi ini.

Timbalan Pengarah Imigresen Sarawak, Hamfatullah Syawal Hamdan ketika dihubungi Bernama di sini mengesahkan bahawa Jabatan Imigresen mendapat arahan daripada Pejabat Ketua Menteri untuk tidak membenarkan Mohd Ridhuan memasuki Sarawak.

Bernama difahamkan Mohd Ridhuan dijadual menyampaikan ceramah agama di Masjid Kecil Daerah Lundu, kira-kira satu setengah jam perjalanan dengan kereta dari Kuching, pada 8 malam ini.

Beberapa pihak sebelum ini menyuarakan harapan mereka menerusi laman sosial, agar penceramah itu dihalang daripada memasuki Sarawak.

Seorang sumber yang dihubungi Bernama berkata: "Ketua Menteri (Tan Sri Adenan Satem) kurang setuju dengan kehadiran Mohd Ridhuan di Lundu malam ini, jadi majlis diarahkan untuk dibatalkan."

Sebelum ini beberapa pemimpin pembangkang dihalang daripada memasuki Sarawak di LTAK dan Lapangan Terbang Sibu, dan Adenan yang baru dilantik sebagai ketua menteri pada hujung Februari lepas pernah mengeluarkan kenyataan tidak membenarkan pentaksub agama atau golongan pelampau ke dalam negeri ini.

Banjir : Keluarga Trauma Bayi Dihanyut Air Deras

Posted: 25 Dec 2014 11:08 PM PST

RAKYATNEWS

alt
 
KUALA KRAI  - Sudah lebih seminggu Kampung Pertang di sini dilanda banjir lumpur, namun, bagi keluarga bayi malang yang dihanyutkan air deras Nor Adriana Adila Asrol Afendi, peristiwa itu masih meninggalkan kesan trauma dalam diri mereka.

Bayi berumur setahun sembilan bulan itu terlepas daripada pegangan ibunya Suhana Abdul Ghani, 34, apabila bumbung tempat mereka berlindung runtuh ekoran kederasan air yang melimpah dan sehingga hari ini, masih belum dijumpai.

Menceritakan kembali detik mencemaskan itu, datuk bayi berkenaan Abdul Ghani Sulaiman, 63, berkata, hujan mula lebat pada petang 17 Dis dan beliau mengarahkan isterinya Faridah Salleh, Suhana serta anak-anaknya untuk panjat ke bumbung kerana air naik begitu pantas.

"Hari tu, pukul 4.30 petang, hujan mula turun mencurah-curah, pak cik tengah nak ambil kereta bawak naik atas bukit. Masa tu angin kuat pakcik oyak (beritahu) cucu-cucu naik atas siling.

"Semasa sedang kesejukan menunggu bantuan, tiba-tiba bumbung tempat Suhana berpaut tadi runtuh apabila dihempas arus deras.

"Dia terlepas anaknya bila bumbung tempat mereka berpaut jatuh. Isteri pakcik terjun untuk tarik Suhana tetapi tidak boleh buat apa-apa bila anak Suhana hanyut," katanya kepada Bernama.

Media sebelum ini melaporkan Nor Adriana Adila dikhuatiri mati lemas sewaktu banjir melanda Rabu lepas dan sehingga kini jasadnya masih gagal dikesan walaupun operasi mencari telah dilakukan secara besar-besaran.

Tinjauan Bernama di sekitar kampung Ladang Kelapa Sawit Kuala Pertang itu mendapati, terdapat kesan deretan pokok kelapa sawit tumbang sepanjang 500 meter, dipercayai akibat dilanggar kepala air sewaktu banjir lumpur melanda kampung itu.

Bencana itu turut merosakkan hampir 50 rumah serta masjid, di samping jalan tar terkopak dalam kepingan besar di sepanjang jalan masuk ke kampung itu akibat kederasan air.

Abdul Ghani berkata, beliau juga hampir lemas ketika sedang berpaut pada serpihan bumbung yang masih tinggal, disebabkan arus sangat luar biasa.

"Namun, keluarga pakcik, terutama Suhana hanya mampu berserah kepada takdir. Kami sekeluarga dah pun buat solat jenazah ghaib selepas hari kedua kehilangan cucu pakcik," katanya lagi.

Abdul Ghani berkata, Suhana kini sedang berada di Hospital Kuala Krai menjaga seorang lagi anak perempuannya yang patah tangan ketika berpaut di bumbung sewaktu hari kejadian.

Isterinya Faridah pula berkata, oleh kerana sebahagian bumbung tempat mereka berpaut runtuh, dirinya terpaksa berendam dalam air lebih lapan jam manakala dua cucunya terpaksa berpaut pada pokok berhampiran, sebelum diselamatkan.

Banjir yang melanda beberapa negeri kini merupakan yang terburuk dalam sejarah negara apabila mencatat jumlah mangsa banjir terbanyak iaitu melebihi 100,000 mangsa yang kini sedang mendapatkan perlindungan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Kelantan merupakan antara negeri yang teruk terjejas banjir dengan jumlah mangsa melebihi 32,000 orang.

Kawasan yang paling teruk terjejas banjir di Kelantan ialah jajahan Kuala Krai, Pasir Mas, Gua Musang dan Kota Baharu.

Akhiri pesta maksiat tahun baharu

Posted: 25 Dec 2014 11:03 PM PST

DETIK DAILY




BEBERAPA hari lagi kita akan melangkah tahun baharu 2015. Memasuki tahun baharu Masihi selalunya dikaitkan dengan majlis keramaian yang acaranya dipenuhi pesta-pestaan termasuklah konsert, pergaulan bebas lelaki perempuan dan mengambil minuman keras. Majlis ini tidak terbatas kepada orang bukan Islam tetapi juga orang Islam di negara kita yang acap kali didakwa sebagai negara Islam paling dinamik di dunia.

Adalah menjadi kebiasaan kepada rakyat, malah disuburkan oleh pemimpin untuk berhimpun beramai-ramai pada malam tahun baru di lokasi strategik seperti Dataran Merdeka, Bukit Bintang dan lapangan terbuka di negerinegeri, menunggu detik 12.00 tengah malam bagi menandakan permulaan tahun baharu.

 Sambil menunggu, biasanya orang ramai dihidangkan dengan persembahan artis. Di majlis seperti inilah berlaku pergaulan bebas lelaki perempuan dan daripadanya membawa kepada pelbagai kemungkaran seperti menogok minuman keras, melakukan mukadimah zina seterusnya berzina, meragut, mencuri malah sampai membunuh sekalipun.

Di negara kita, adalah begitu mudah mendapatkan minuman keras. Ia dijual secara terbuka termasuk di kedai mesra 24 jam.

Sekali pun ditandai dengan perkataan kecil bahawa arak adalah haram kepada orang Islam dan penjualannya ditegah ke atas individu yang berusia kurang 18 tahun, penjualannya begitu berleluasa, anak-anak muda begitu bangga meneguk air syaitan itu. Buktinya, selepas tamatnya perhimpunan ramai itu, akan ditemui bekas tin minuman keras, malahan di tepi-tepi pantai penemuan bekas tin minuman keras adalah biasa, menunjukkan betapa hebatnya anak-anak muda berpesta sakan.

Bagi kita perkembangan ini ada kaitan dengan gelagat sesetengah pemimpin yang cenderung kepada kegiatan merugikan yang membuka ruang-ruang maksiat.

Contohnya pada malam tahun baru, pemimpin turut menyertai rakyat melakukan 'countdown' (mengira terbalik...3,2,1) dan balik hingga awal pagi. Pepatah Melayu ada menyebut, bapa borek anak rintik, bagaimana acuan begitulah kuihnya dan apa yang disemai itulah yang dituai. Jika pemimpin sebagai penyemai, menanam benih lalang, maka akan suburlah anak lalang di negara kita ini.

Sebagai negara Islam contoh, kita terasa malu apabila maksiat berlaku secara nyata. Lihatlah, kedai-kedai judi tumbuh bagaikan cendawan, manakala premis menjual arak dibuat secara terbuka manakala iklannya berleluasa pula.

Satu lagi perkara memualkan adalah eksploitasi wanita secara terang-terangan yang mendapat dukungan pihak berkuasa. Ambil contoh penggunaan gadis-gadis litar yang berpakaian seperti tidak cukup kain di pesta perlumbaan seperti F1. Tidak cukup dengan syarikat minyak antarabangsa yang mempamerkan gadis seksi, Petronas yang menjadi kebanggaan kita pun tidak kurang hebatnya. Kita mahu bertanya pemimpin termasuk peneraju Petronas ada apa kaitan antara lumba kereta dengan gadis seksi?

Apakah kehadiran gadis seksi akan membolehkan kereta atau motosikal dipecut lebih laju?

Kita nyatakan perkara ini kerana kita cinta dan sayangkan negara ini termasuk masyarakatnya. Kita tidak mahu Allah SWT turunkan bala kepada kita angkara maksiat yang semakin berleluasa termasuk yang disuburkan oleh sang penguasa.

Sesungguhnya kemusnahan bumi Aceh akibat tsunami dan gempa di Padang, sewajarnya menginsafkan kita bahawa Allah SWT boleh pada bila-bila masa saja menghukum kita.

Sekarang pun, bagi orang yang ada fikiran, mereka sudah merasakan bahana akibat daripada keterlanjuran kita menyuburkan maksiat. Tidak sedarkah kita bahawa kehidupan kita kini tidak seaman dulu walaupun pemimpin kerap menguar-uarkan negara kita paling aman dan makmur di dunia. Pembunuhan, perampokan, kejadian ragut, rogol dan aneka maksiat semakin berleluasa, seolah-olah tidak dapat dibendung lagi. Sementara itu kehidupan rakyat semakin tertekan sekali pun diuar-uarkan negara ini antara yang paling kaya di dunia!

Sempena pengakhiran tahun 2014 dan awal tahun 2015, sukacita diingatkan adalah haram hukumnya menyertai kegiatan (seperti berpakaian Santa Klaus), memasang pokok Krismas, memotong kek apatah lagi menyambut Hari Krismas (Hari Natal) dan Tahun Baharu Masihi. Sila rujuk kepada artikel di www.voa-islam.com bertajuk 'Haram Merayakan Natal dan Tahun Baru'. – Lanh14.blogspot. com

DAP lancar Tabung Bencana Banjir

Posted: 25 Dec 2014 10:54 PM PST

10882139_380804538764532_5777046653786745225_n
Roketkini.com

 
KUALA LUMPUR – DAP hari ini melancarkan Tabung Bencana Banjir bagi mengumpulkan sumbangan daripada rakyat Malaysia untuk disalurkan kepada usaha-usaha membantu mangsa-mangsa bencana tersebut di seluruh negara.

Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke Siew Fook dalam kenyataannya berkata tabung tersebut adalah tanda solidariti DAP bersama ratusan ribu mangsa banjir.

"Sebagai permulaan, DAP Pusat telah memutuskan untuk memperuntukkan RM10,000 untuk tabung tersebut," ujarnya.

Menurutnya lagi, semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri DAP di seluruh negara telah diarahkan untuk melancarkan kutipan derma daripada orang ramai di kawasan masing-masing pada hujung minggu ini.

"Semua wang yang dikutip melalui tabung ini akan disalurkan kepada kawasan-kawasan yang paling teruk terjejas mengikut keperluan,"

Selain itu, sebuah trak dengan muatan satu kontena air mineral dan roti akan dikerahkan ke Gua Musang dan Kuala Krai pada hari Isnin, 29 Disember untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa di kawasan tersebut.

"Saya sendiri akan mengetuai misi tersebut ke Kelantan," ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Seremban, sambil berkata bahawa usaha berterusan sedang dilakukan bagi mendapatkan lebih banyak kontena untuk dihantar ke kawasan-kawasan yang terjejas serius, terutamanya di negeri Kelantan.

"Pucuk pimpinan DAP ingin menyeru semua rakyat Malaysia menghulurkan bantuan secara ikhlas dan menderma kepada "Tabung Bencana Banjir" kami untuk membantu mangsa-mangsa yang terjejas," katanya.

Semua kutipan derma akan dimasukkan ke dalam satu akaun khas iaitu "Tabung Dana Kecemasan" Ambank: 8881002244649. – Roketkini.com

Sambutan Ambang 2015 Putrajaya sah batal

Posted: 25 Dec 2014 04:17 PM PST


Sambutan Ambang 2015 Putrajaya sah batal
 
 
 
SHAH ALAM – Hasil perbincangan antara penganjur bersama sambutan Ambang 2015 Putrajaya, Perbadanan Putrajaya (PPj) dengan penganjur utamanya, Kumpulan AmBank, program tersebut sah dibatalkan.

Pengumuman tersebut dibuat PPj menerusi laman sosial Facebook rasmi, jam 6 petang tadi.

"Setelah perbincangan diadakan di antara Perbadanan Putrajaya dan Kumpulan AmBank, dengan ini dimaklumkan bahawa program sambutan Ambang 2015 Putrajaya kini sah dibatalkan," kata kenyataan ringkas itu.

Lewat petang tadi, Sinar Harian Online melaporkan, PPj sedang cuba berbincang dengan Kumpulan AmBank dalam rangka untuk membatalkan sambutan berkenaan.

"Perbadanan Putrajaya prihatin terhadap semua pandangan dan musibah yang menimpa Malaysia.

"...akan tetapi program sambutan Ambang Tahun Baru Putrajaya 2015 ini adalah program Kumpulan AmBank dan pihak Perbadanan Putrajaya sedang dalam usaha untuk berbincang dgn pihak penganjur bagi membatalkan sambutan Ambang 2015 ini," katanya.

Acara sambutan mengira detik tahun baharu yang bertempat di Dataran Putrajaya itu dijadualkan bermula dari 8.30 malam pada 31 Dis sehingga 1 pagi 2015.

Ekoran bencana alam yang sedang melanda negeri-negeri di Pantai Timur, orang ramai mendesak agar sambutan ambang tahun baru dibatalkan.

Hari ini, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan sebarang acara konsert atau yang berunsur hiburan yang dirancang kerajaan negeri itu atau mana-mana agensi sempena sambutan tahun baru ini, dibatalkan serta-merta.

Redah banjir selamatkan kucing bunting

Posted: 25 Dec 2014 04:15 PM PST


Gambar menunjukkan Faizilawadi memeluk seekor kucing bunting dan menyelamatkannya daripada banjir menjadi viral dalam internet hari ini. Gambar menunjukkan Faizilawadi memeluk seekor kucing bunting dan menyelamatkannya daripada banjir menjadi viral dalam internet hari ini.
 
 
KUALA KANGSAR - Gambar seorang anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) menyelamatkan seekor kucing bunting sewaktu banjir di Kuala Kangsar menjadi viral di laman sosial hari ini.

Tindakannya itu mendapat reaksi positif dari pengguna laman sosial dan ramai memuji sifat penyayang yang dimiliki anggota bernama Faizilawadi Husin, 29, itu.

Ketika menceritakan semula kejadian tersebut, Faizilawadi memberitahu dia ternampak kucing tersebut cuba menyeberang banjir namun haiwan tersebut kelihatan seperti dalam ketakutan.

Tanpa berfikir panjang, dia terus menghampiri kucing tersebut dan membawanya menyeberangi banjir yang berlaku berhampiran Arena Square Kuala Kangsar itu.

"Masa nampak kucing itu, saya berasa kasihan kerana terfikir kucing itu pasti dalam kesejukan dan ketakutan selepas terperangkap di situ.

"Sebaik sahaja saya memegangnya, dia tidak bergerak dan diam semasa berada dalam pelukan saya. Saya gembira kerana dapat menyelamatkan kucing itu," katanya kepada Sinar Harian.

Dia yang merupakan anggota JPAM Larut Matang dan Selama mengakui sifat cintakan kucing menjadi punca dia segera menyelamatkan haiwan tersebut tanpa menghiraukan keadaan banjir di situ.

"Saya membela kira-kira 20 ekor kucing dalam rumah saya di Changkat Jering. Mungkin kerana sayangkan kucing, saya tidak fikir panjang untuk selamatkan kucing yang terperangkap itu," katanya.

Tiada ulasan: