Jumaat, 26 Disember 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Cerita merapu seorang yang ngaku Doktor.....

Posted: 26 Dec 2014 08:28 AM PST

Pandangan seorang face booker....

Ini jenis tak baca seerah ke apa? Bukan banjir besar yang meranapkan berhala di Ka'bah dan sekitarnya seperti dakwaan diatas tetapi Rasulullah SAW bersama kaum Muslimin yang telah menghancurkannya ketika Fathul-Makkah ( Pembebasan kota Makkah / Bakkah ) 20 Romadhan 8 Hijriyah. Dengan demikian berakhirlah Paganisme di wilayah Jazirah Arab.

 Dah terlanjur cerita banjir, eloklah kita imbas kembali kejadian banjir di zaman Nabi Nuh Alaihi Salam dulu yang mengorbankan manusia kufur kepada perintah Allah. 

Apakah mangsa-mangsa banjir Kelantan masa ini, samada yang telah kehilangan nyawa, kehilangan dan kerosakan harta benda, tempat tinggal dan bagai, mereka semua durhaka kepada Allah?

Inilah dugaan Allah ke atas hambanya.....diuji dengan kesenangan dan keperitan. Mudah-mudahan mereka yang terlibat akan dapat melepasi ujian ini dengan penuh tabah dan kesabaran.

Cerita sebab Allah nak menyucikan bumi Kelantan semata-mata kerana akan terlaksana hukum Hudud tahun depan adalah karut. Ngaku doktor pulak tu!

Zaman Nabi Nuh Alaihi Salam, beliau tebang pokok buat bahtera untuk selamatkan ummat yang beriman dan binatang-binantang....

Zaman la ni depa beri besar-besaran tanah-tanah hutan simpan untuk diterokai dan dicuri balak serta hasilnya atas nama malaun tertentu yang kemudiannya kapitalis-kapitalis cina yang bersenang-lenang di negeri Kelantan atas perlindungan malaun. Dapat makan komisyen senang hati goyang teloq!


Raja Balak Kelate sdg iringi MB melawat mangsa banjir...berapa juta agak dia beri?
 Tgk ko muko mace tak cukup balak lagi bagi dia tebang belako bg jahanam bumi kelate.
(Gambar dan kapsyen dari seorang facebooker)

Ini pula ulasan dari  Mat Kuantum :


Lama sebelum banjir besar di Kelantan, dunia mengalami banjir besar di zaman Nabi Nuh AS. Bezanya, Nabi Nuh AS sudah dimaklumkan oleh Tuhan (melalui wahyu) bahawa banjir besar akan berlaku. 

Maka, Nabi Nuh AS turut menyediakan persiapan fizikal (selain dari rohani) dengan membina bahtera yang maha besar - satu peranan manusia dalam menghadapi takdir Tuhan. 

Tidaklah Nabi Nuh AS meminta agar Tuhan menurunkan sebuah kapal dari langit supaya baginda tidak perlu bersusah payah membina bahtera/kapal. 

Bahkan, oleh sebab ketaatan (kepada Tuhan) dan keteguhan baginda membina bahtera, baginda dihina dan diejek sebagai orang gila daripada kaum dan keluarganya sendiri. 

Tetapi hari ini, ada golongan agamawan dan ustaz berlagak seperti sudah mencapai taraf Nabi Nuh, sehingga semuanya dipulangkan kepada Tuhan tanpa melibatkan peranan manusia - seolah-olah banjir ini hanyalah bala Tuhan yang ditakdirkan dan manusia tidak perlu berbuat apa-apa selain berdoa dan redha. Hebat betul ! 

Sedang Nabi Nuh itu pun diperintahkan membina bahtera sendiri, bukannya Tuhan hantar sebuah kapal dari langit. 

Orang kita ini memang suka hijack agama untuk kepentingan diri sendiri. Mereka mempergunakan Tuhan dalam semua urusan untuk mendapatkan hajat mereka, seolah-olah Tuhan itu hamba. 

Tetapi para Nabi menggunakan segala urusan dengan keupayaan fizikal dan mental untuk mendekatkan diri kepada Tuhan. 

Paling jelek bila ustaz dan agamawan hanya menuduh banjir di Kelantan sebagai bala Tuhan dan pembersihan untuk melaksanakan hudud tanpa mengambil kira kerosakan tanah seperti pembalakan, dan sistem perparitan yang tidak cekap - air sungai di Kelantan pun sangat keruh pada masa tidak banjir. 

Begitulah para ustaz dan agamawan, lagaknya seperti mencapai taraf Nabi Nuh AS. Cukup-cukuplah hijack agama untuk menutup kekurangan dan kesalahan diri sendiri. 

Belajarlah dari sirah Nabi Nuh, yang cukup holistik dalam menguruskan persiapan fizikal, mental dan rohani untuk menghadapi takdir. 

 Sungguh, pada kisah Nabi Nuh AS dan bahtera-nya, begitu banyak hikmah dan ibrah yang boleh dipelajari. Dan para Nabi itu ikutan yang baik bagi kita semua. 
Para ustaz? Belum tentu ! 

 Manusia yang buat masalah, kemudian suruh Tuhan selesaikannya. Ajaran apakah ini? Allahul musta'an

 "Telah berlaku kerosakan di darat dan di laut yang berpunca daripada perbuatan tangan-tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). [Surah Al-Rum: 41].

Habislah Nyawa PAS.....tangguh lagi!

Posted: 26 Dec 2014 02:08 AM PST

Nampaknya sidang khas Dun Kelantan pada 29 Disember ini untuk meminda Kanun Jenayah Syariah II 1993 berkemungkinan akan ditangguhkan kepada tarikh lain susulan bandar Kota Bharu sudah dinaiki air beberapa hari lalu.

Saya tidak pasti kenyataan Setiausaha PAS kali ini boleh dipakai atau tidak? Ramai yang keliru, siapa yang lebih berkuasa MSU atau JKPP?

Walau apa pun yang menariknya ialah dibahagian akhir kenyataan Mustafa Ali yang menyebut :
Dalam pada itu, Mustafa berkata lagi, Pas Pusat juga akan menangguhkan taklimat khas mengenai pindaan draf Kanun Jenayah Syariah II oleh Kerajaan Negeri Kelantan yang dijadualkan pada Ahad ini. 


"Penangguhan itu dibuat memandangkan ramai pimpinan Pas kemungkinan tidak dapat hadir kerana terlibat membantu mangsa banjir. 


"Secara rasminya, perjumpaan pada 28 Disember ini ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan diumumkan kemudian," katanya lagi di sini
Korang perasan tak yang peliknya? "...Pas Pusat juga akan menangguhkan taklimat khas mengenai pindaan draf Kanun Jenayah Syariah II oleh Kerajaan Negeri Kelantan yang dijadualkan pada Ahad ini ..."

Bukankah sebelum ini, Dr Zuhdi telah menyanggah kenyataan JKPP  bahawa mereka tidak pernah bersetuju untuk membawa Rang Undang-undang Persendirian Kelantan berkaitan hudud ke parlime?

Percanggahan tersebut kini ternyata apa yang didakwa oleh JKPP itu adalah benar, bahawa JKPP sendiri tidak tahu menahu apa sebernarnya pindaan yg nak dibentangkan tersebut. Ianya misteri seperti mana kelaku Hj Hadi dulu ketika menghantar nama cadangan perlantikan MB Selangor... pekerjaan biasa bagi kaum UG!

 Macam mana nak dapat persetujuan JKPP apabila hanya pada 28 Disember inilah Kelantan baru bercadang nak bagi briefing kepada JKPP? Aku difahamkan Adun-adun Kelantan sendiri pun tak mendapat maklumat yang jelas mengenainya.Bendanya pun baru dicetak....nak percaya dengan maklumat ini terserahlah. Hanya mereka yg terlibat mengetahuinya perkara ini.

Inilah buktinya pembohongan dan tidak cukup bersedianya Kelantan dengan pindaan draf tersebut.Apakah sudah pasti JKPP akan hanya jadi rubberstamp sahaja? Bukankah sepatutnya sekurang-kurangnya mereka diberikan masa yang lebih selesa untuk mengkajinya?

Maklumat yang saya dapati bahawa pindaan draf Kanun Jenayah Syariah II oleh Kerajaan Negeri Kelantan tidak terlibat apa-apa pun dengan hukum Hudud seumpama kerat tangan ...Tapi puak-puak UG ni sengaja nak buat havoc dan mensensasikan isu Hudud. Waima ianya hanyalah beberapa pindaan tambahan hukuman yang telah sedia ada.Motif utamanya ialah mahukan Pakatan Rakyat berpecah.

Itu sebabnya maka puak Kelantan UG merahsiakannya dari pengetahuan JKPP dan hanya bercadang mendedahkannya pada 28 Disember....Jahat puak UG nih! 

Tiada ulasan: