Rabu, 26 November 2014

Tukar Tiub

Tukar Tiub


GILA BERJANGKIT

Posted: 26 Nov 2014 06:04 PM PST







KOMENTAR
inilah contoh terbaik
contoh untuk kajian
tentang berita dibuat
untuk mengolah persetujuan

laporan awal 6 hari dulu
satu orang gila bakar kitab suci
hari ini  satu orang gila
sudah bertambah jadi 8

apa tujuan berita ini?
apa yang hendak diolah?
apa yang tersurat?
apa yang tersirat?

hendak takut takutkan melayu?

ORANG GILA

Polis tahan lapan suspek kes bakar 

al-Quran di Alor Setar -

Polis menahan lapan lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian kes bakar al-Quran di Alor Setar pada Khamis lepas.
Mereka yang ditahan dalam tiga tangkapan berasingan di sekitar Alor Setar itu berusia dalam lingkungan 19 dan 30 tahun.
Pemangku Ketua Polis Kedah Datuk Zakaria Yusof berkata dalam kejadian Khamis lepas, seorang suspek ditahan selepas dipercayai membakar beberapa cebisan helaian al-Quran dalam sebuah tong aluminium di sebuah medan selera berdekatan Pasar Besar Alor Setar di Alor Setar.
Zakaria berkata pada hari yang sama kira-kira pukul 4 petang, lima suspek ditahan berkaitan kes memukul seorang lelaki di kawasan yang sama berikutan rasa tidak puas hati dengan kejadian membakar cebisan al-Quran itu.
"Seorang lelaki berumur 50-an  dipukul oleh seorang suspek menggunakan kayu pemukul besbol dan kami percaya akibat rasa tidak puas hati dengan kejadian membakar al-Quran yang berlaku pada sebelah pagi.
Mangsa yang dipukul hanya mengalami kecederaan ringan.
"Kami turut merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipercayai hilang di Klang pada tahun 2008, kayu pemukul besbol dan sebuah telefon bimbit. Semua suspek ditahan reman," katanya.
Sementara itu, beliau berkata dua suspek yang dipercayai membakar enam gerai makan di sebuah medan selera di kawasan sama kira-kira pukul 2 pagi Sabtu lalu, juga berjaya ditahan bagi membantu siasatan.
"Kami tahan dua suspek selain merampas bahan bukti iaitu botol minyak petrol. Mereka ditahan reman sehingga esok tapi kami akan minta sambung," katanya.
Zakaria berkata pihaknya yakin ketiga-tiga kejadian saling berkaitan kerana semua berlaku di tempat sama dalam tempoh masa yang dekat.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/polis-tahan-lapan-suspek-kes-bakar-al-quran-di-alor-setar#sthash.O6KD4gwI.dpuf

BERITA 6 HARI DAHULU

Lelaki ditahan kes bakar cebisan al-Quran

Polis menahan seorang lelaki berhubung penemuan beberapa cebisan helaian al-Quran dipercayai dibakar di dalam tong di sebuah medan selera berhampiran sebuah pasar di Alor Setar hari ini.
  
Pemangku Ketua Polis Kedah Datuk Zakaria Yusof berkata lelaki itu ditahan di sebuah pasar raya di Mergong kira-kira jam 3 petang tadi.
  
Katanya lelaki itu, yang belum diketahui maklumat dirinya, akan dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan.
  
"Mengikut keterangan peniaga-peniaga di pasar itu, lelaki berkenaansentiasa dilihat berkeliaran di kawasan pasar dan sentiasa membakarkertas-kertas di tempat pembakaran terbabit," katanya dalam kenyataan malam ini.
  
Beberapa cebisan al-Quran dibakar itu ditemui oleh seorang peniaga setelah dimaklumkan individu lain, lalu beliau melaporkan perkara itu kepada pihak polis dan Jabatan Agama Islam Negeri.
  
Dalam sidang media petang tadi, Zakaria berkata pihaknya mengesyaki orang yang melakukan perkara itu mengalami masalah mental.

KAH KAH KAH

woit
hebat
mula sorang gila
ni dah jadi 8 pulak
tujuh dari mana?
adakah gila berjangkit
atau kedah memang
zaman cucu kutty
memang ramai gila
atau ramai nak jadi gila

KAH KAH KAH



------------

LUBANG SEBESAR KAKI GAJAH

Posted: 26 Nov 2014 05:45 PM PST




LUBANG TEGAK
lubang melintang
sama besar
dama luas
sama lohe

Wanita Umno masih kuat, tak perlu gamat 

atau pelincir, kata Shahrizat

Shahrizat Abdul Jalil menggamatkan dewan hari ini apabila menggunakan perkataan "gamat dan pelincir" bagi menggambarkan sayap Wanita Umno itu masih relevan dan kuat.

Shahrizat menangkis tanggapan mengatakan mereka dipenuhi generasi tua, sebaliknya menegaskan mereka merupakan tulang belakang kepada parti utama kaum Melayu tersebut.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/wanita-umno-masih-kuat-tak-perlu-gamat-atau-minyak-pelincir-kata-shahrizat#sthash.zunQwLLp.dpuf


KAH KAH KAH

woit 
dah lohe atas bawah
lubang sebesar
kaki gajah
nak pakai ky jelly?
lubang dah luas
kereta boleh masuk
nak pelincir apa?
kalau lubang sifool
bolehlah guna ky
apa punya tuuuuur

KAH KAH KAH


----------

KEBERANIAN MINAH RED INDIAN

Posted: 26 Nov 2014 05:00 PM PST






TANDA 

BERANI
dua orang minah red indian
yang berani

TAHUKAH
tahukah minah red indian ini
apa yang sedang mereka lakukan
sedarkan minah red indian ini
bahawa mereka dalam bahaya
tahukah minah red indian ini
apa terjadi kepada altantuya
KAH KAH KAH




----------------

PROJEK MENGOLAH PERSETUJUAN

Posted: 26 Nov 2014 06:00 AM PST





KAH KAH KAH

ISIS ialah projek amerika
ISIA ialah projek global amerika
untuk mengolah persetujuan
masyrakat dunia untuk
menyediakan undang undang zalim

ini persediaan untuk
menghadapai kemarahan rakyat sedunia
yang akan bangun menuntut keadilan

ISIS juga digunkan untuk
bersedia menghadapi perang dunia
yang akan muncul







Pakatan bimbang akta baharu 

kekang Isis jadi 'ISA‎' 

Pakatan Rakyat (PR) menyokong penguatkuasaan undang-undang sedia ada bagi mengekang gerakan kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syam (Isis), tetapi bimbang akta baharu yang akan digubal akan menjadi seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). 
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim ketika membahaskan usul Kertas Putih bagi menangani kegiatan Isis yang dibacakan Najib Razak di Parlimen hari ini berkata, beliau khuatir ramai yang menjadi mangsa seperti mana ISA digunakan terhadap pemimpin pembangkang yang menentang kerajaan. 
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pakatan-bimbang-akta-baharu-kekang-isis-jadi-isa#sthash.vOJYHni0.dpuf


KAH KAH KAH

woit
tunggu dan lihat
pasti ada tuduhan
pasti ada tangkapan
pasti ada ledakan
untuk mengolah 
persetujuan

ingat 5 geng india
ditembak mati di penang
sebelum POCA dilulus

ingat al-maunah
ingtat kmm
ingat ji



-------------

TUKAR TIUB TEPAT DAN BETUL

Posted: 26 Nov 2014 05:00 AM PST






KOMENTAR

kelmarin saya menulis tentang ISIS
saya mengatakan ISIS ini
adalah alat untuk mengolah persetujua
untuk undang undang anti pengganas
belum sempat dakwat kering
najib telah cadangkan

PM gesa undang-undang baru tangani militan

Perdana menteri hari ini meminta kepada parlimen untuk menyokong undang-undang keselamatan lebih keras untuk menentang ancaman kumpulan bersenjata Negara Islam (IS) yang berpusat di Syiria dan Iraq.





KAH KAH KAH

woit
lihat bagaimana
amerika mengolah
persetujuan rakyat dunia
untuk menjadi lagi zalim

apa sangkut paut ISIS
di iraq dan syria
dengan kita?

APA PUYA TUUUR



--------------

HUTANG AKAN BERTAMBAH

Posted: 26 Nov 2014 12:08 AM PST




Potongan Bajet IPTA teruk, yuran universiti dijangka naik

Dalam sesi perbahasan Kementerian Pendidikan semalam, saya telah membangkitkan potongan bajet yang dahsyat terhadap 060000 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Jumlah keseluruhan potongan bajet 2015 adalah sebanyak RM 1,046,630,000 atau bersamaan dengan -12.36% berbanding bajet 2014. Daripada 20 IPTA, 18 IPTA mengalami potongan bajet yang di antaranya UPM mengalami potongan setinggi 35.35%. Saya amat terkejut dan berasa kesal atas pemotongan yang mendadak ini. Sila rujuk carta.
Pada masa yang sama jumlah pelajar dalam IPTA telah berkembang 39,999 pelajar atau bersamaan dengan 8.03%. Daripada 20 IPTA semua universiti mengalami peningkatan jumlah mahasiswa, kecuali UTM. Sila rujuk carta.
Ini bermaksud, IPTA mengalam dua masalah (double whammy), potongan bajet dan peningkatan mahasiswa. Dalam keadaan yang begini, kewangan universiti akan terjejas teruk. Kalau kita ambil contoh UPM pelajar naik 11.15% tetapi potong bajet 35.35%, ini bermaksud defisit UPM mungkin mencapai 46.5%. UMK pelajar naik 15.61%, bajet dipotong 35.08% akan mencapai defisit 50.7%.
Dalam keadaan demikian, pihak universiti hanya mempunyai 2 pilihan: Naikan yuran pelajar atau potong bajet R&D dan perkhidmatan pembelajaran. Atau kedua-duanya sekali. Kami menjangkakan pihak universiti akan melaksanakan kedua-duanya sekali.
Maka, kami menjangkakan yuran universiti akan dinaikan pada tahun depan. Ini akan melibatkan 538,077 mahasiswa dalam IPTA. Peratusan kenaikan yuran dijangkakan dalam lingkungan 18-20% untuk menampung defisit yang dialami oleh IPTA. Pihak universiti juga mungkin menaikan yuran-yuran bukan akademik seperti yuran asrama, yuran pendaftaran, fi perkhidmatan dan sebagainya. Dalam keadaan pinjaman PTPTN dipotong, kenaikan yuran universiti akan menjadi sangat tidak popular di kalangan mahasiswa.
Dalam keadaan potongan bajet yang begitu besar, pihak universiti juga dijangka akan memotong bajet perkhidmatan pembelajaran dan R&D. Perkhidmatan pembelajaran seperti peralatan makmal sains, journal sains dalam perpustakaan, computer software license juga dijangka akan dikurangkan. R&D grant juga dijangka akan dipotong. Ini akan mengakibatkan banyak projek R&D yang kritikal terjejas. Ini tidak bantu pembangunan Negara. Dalam keadaan sedemikian, kedudukan universiti tempatan dalam world higher education ranking juga akan jatuh lagi.
Pemotongan bajet ini sejajar dengan kajian HEAP (Higher Education Complaint and Advisory Panel) oleh PKR. Kami mendapati penurunan pengambilan pelajar sebanyak 9.87% pada bulan Ogos oleh MOE. Mungkin pihak MOE telah merancang untuk mengurangkan pengambilan pelajar kerana menjangka pemotongan bajet IPTA 2015. Akibat tekanan pihak pelajar dan Pakatan Rakyat, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan, Prof.  Dr. Asma Ismail telah mengumumkan penambahan pengambilan pelajar seramai 5,328 ke IPTA pada bulan September.
Kami mendesak pihak MOE kembalikan bajet sebenar kepada IPTA. Bajet sebenar bermaksud sejajar dengan peningkatan 8.03% mahasiswa, bajet 2014 harus ditambah 8.03% atau lebih. Maka bajet IPTA untuk tahun 2015 seharusnya lebih daripada RM 9,146,244,142.
Pendidikan universiti adalah sektor yang kritikal untuk memacukan Negara untuk mencapai Negara maju. Kerajaan BN tidak haruslah memotong bajet IPTA semata-mata kerana gagal menangani masalah rasuah dan pembaziran dalam pengurusan bajet. Kalau boleh melabur dalam 1MDB, mengapa tidak boleh melabur dalam pendidikan rakyat Malaysia?
Dalam manifesto Pakatan Rakyat, kami mengetahui betapa pentingnya mahasiswa dalam pembangunan Negara. Kami telah menjanjikan pendidikan percuma kepada semua mahasiswa Pengajian Tinggi. Pakatan Rakyat tahu betapa pentingnya melabur dalam pendidikan tinggi rakyat Malaysia. Dalam sesi perbahasan semalam, Menteri Pendidikan II YB Dato' Idris Jusoh tidak menjawab soalan saya. Maka saya memohon menteri respond dan jawap kepada para mahasiswa.


Sim Tze Tzin
Ahli Parlimen Bayan Baru


--------------

ISIS DAN GEOPOLITIK

Posted: 25 Nov 2014 08:00 PM PST






PERANAN ISIS DAN GEOPOLITIK


Geopolitik ialah kajian yang menganalisa geografi, sejarah, serta sains sosial, dengan rujukan kepada politik antarabangsa. Ia memeriksa kepentingan politik dan strategi geografi, dengan geografi ditakrifkan dari segi lokasi, keluasan dan sumber kawasan-kawasan. Stratiji ini muncul di German. Dan digunapakai oleh Nazi Hitler dalam usaha untuk menawan Eropah dan dunia.

Dari mana pula muculnya ISIS?

ISIS muncul sebagai budak suruhan dalam geopolitk kuasa Imperial Amerika dalam usaha untuk mempertahankan EMPIRE. Sesudah tamat Perang Dingin (1985) keadaan dunia agak kendur saketika. Perang idealoji antara blok Sosialis dengan blok Kapitalis reda.

Dalam suasana reda ini Amerika mula meluaskan pengaruh. Sesudah tamat Perang Dingin Blok Soviet Union telah memansuhkan perjanjian persenjataan Warsaw Pact ( 1955-1991). Perjanjian Warsaw Pact ini dimunculkan sebagai jawapan kepada Amerika yang menubuhkan perjanjian persenjataan NATO – North Altantic Treaty Organisation – pada tahun 1949.

Hari ini NATO semakin diperluas. Negara-negara bekas perjanjian Warsaw Pact – Albania, Slovania, Slovakia, Hungary, Republik Czech, Romania, Bulgaria, Latvia dan Poland semua telah menjadi ahli NATO.

Negara-negara bekas Warsaw Pact ini dari segi ilmu alam semuanya wujud disekeliling Rusia. Maka inilah yang dikatakan geopolitik – wilayah bumi yang akan memainkan strateji politik. Geopoilitik sedang mengepong Rusia.

Justeru,  apa pula peranan ISIS satelah kembali suasana perang dingin. Saya berani menyatakan disini bahawa dalam geopolitik hari ini ISIS hanyalah bidak catur.

Saya yakin ramai anak-anak muda Islam bukan sahaja di Malaysia malah dari benua lain juga tidak dapat memahami bahawa ISIS ini hanyalah alat untuk kegunaan strateji geopolitik kuasa imperial Amerika. ISIS sedang digunakan sebagi buah catur dalam straterji geopolitik untuk mempertahankan Empire. Pasti, susah untuk mereka menerima hakikat bahawa 'satu gerakan Islam' sebenarnya hanyalah budak suruhan Amerika. Kerana itu kita  wajib memahami geopolitik untuk memahami ISIS.

Saya ulangi sekali lagi – dalam strateji geopolitik ini - Amerika sedang mengepong kawasan-kawasan yang memiliki bahan bakar petrol dan kawasan yang dijangkakan memiliki bahan ini. Ini strateji jangka panjang kuasa imperialis Amerika.

Ingin saya nyatakan disini bahawa jika Iraq sebuah negara pengekspot belacan pasti Saddam Hussein masih hidup dan Iraq selamat. Saya juga yakin jika Saudi Arabia negara pengeluar buah kurma pasti setiap hari kita akan terbaca berita 'orang kena pancung' dihadapan Masjid Riyadh. Media Barat setiap hari akan berlagu dengan kesah-kesah warga Saudi sebagai rakyat yang tidak betamadun kolot penindas perempuan.

Hakikatnya Saudi dan Iraq negara pengeluar minyak yang terbesar dalam dunia. Maka negara-negara ini dari segi geopolitik amat-amat penting. Maka Iraq diserang untuk ditawan. Saudi tidak diganggu gugat kerana setia menjadi budak suruhan.

Dari salasilah - ISIS adalah sambungan dari Al-Qaeda. Asal usul turun temurun ISIS ialah Al-Qaeda. Jangan kita lupa bahawa Al-Qaeda ini adalah anak syarikat Amerika. Kumpulan ini bertelor, mengeram, menetas dan beranak dalam reban CIA di Peshawar Pakistan. Al-Qaeda adalah sebahagian dari budak suruhan Amerika ketika Amerika melawan Soviet Union diakhir 70'an.

Dalam geopolik dunia hari ini Empire Amerika memiliki tiga musuh. Pertama Rusia, kedua Iran dan musuh akhir ialah China. Sesudah Saddam tewas tidak ada lagi kuasa Arab yang berpotensi untuk engkar dengan kuasa Amerika atau berani melawan Israel. Mesir - kuasa terkuat negara Arab telah mandul dan masuk ke dalam poket Amerika samenjak zaman Anwar Saddat lagi.

Hanya Iran yang dilihat memiliki keupayaan ekonomi, tenaga manusia dan hasil bumi yang boleh bebas merdeka dari kuasa Empire. Iran ada keupayaan untuk menandingi Israel. Justeru Iran wajib ditundukkan. Dalam usaha menundukkan Iran tidak dapat tidak Amerika perlu juga menundukkan Syria dahulu. Ini kerana Syria dan Iran memiliki perjanjian setiakawan. Sekatan ekonomi sahaja belum tentu berhasil.

Dalam masa yang sama Syria dari samenjak zaman Hafiz al-Assad telah menjalinkan hubungan baik dengan Rusia. Rusia memberi alat persenjataan kepada Syria dan juga Iran. Tentera laut Rusia dibenarkan datang berlabuh di perlabuhan Tartus wilayah milik Syria.

Dalam strateji geopolitik - ISIS digunakan sebagai 'hantu' untuk menakut-nakutkan banyak negara. Hantu yang saya maksudkan ialah menjadikan ISIS bahan mengolah persetujuan orang/ manufacturing consent. Peranan ini awalnya telah dimainkan oleh Usama Bin Ladin dan Al-Qaeda.

Lihat bagaimana ledakan WTC 9/11 telah berjaya mengolah persetujuan rakyat dunia agar perang dimulakan di Afghanistan dan Iraq diserang.
Suasana salepas 9/11 memperlihatkan bagaimana Amerika dapat mengumpulkan banyak negara untuk menyerang Iraq. Presiden Bush Senior dilihat berjaya mengolah persetujuan dunia untuk menggalang satu barisan menentang Saddam walau pun Iraq TIDAK ada sangkut paut dengan ledakan WTC.

Dalam masa yang sama pembaca wajib sedar bahawa politik domestik Amerika telah berjaya diolah. Pelbagai undang-undang baru telah diluluskan oleh Senate/Kongres Amerika. Sedikit demi sedikit hak kebebasan rakyat Amerika sendiri terhakis. Ada yang disedari dan ada yang TIDAKdisedari.

Warga Amerika yang terkejut dengan ledakan WTC telah bersetuju untuk mengurangkan hak kebebasan demi keselamatan. Warga Amerika – yang takut - bersetuju untuk memberikan lebih banyak kuasa kepada polis dan tentera demi keselamatan.

Kini Soldadu Amerika boleh masuk ke dalam bandar. Kini soldadu Amerika boleh masuk ke dalam rumah persendirian. Lihat hari ini bagaimana kawalan ketat dilapangan terbang. Lihat bagaimana ramai aktivis Amerika disenarai hitamkan dan TIDAK boleh menaiki pesawat udara. Semua ini 'dihalalkan' melalui Patriot Act yang diluluskan sesudah berlakunya ledakan WTC 9/11.

Media Amerika – yang satu ketika dahulu memiliki sejarah bebas dan berani kini menjadi lembik dan manai. Dunia masih ingat lagi peranan Washington Post yang berjaya menundukkan Presiden Nixon sehingga Nixon meletakkan jawatan kerana Skandal Watergate.

Hari ini media Amerika telah jadi manai. Ketika Iraq diserang media Amerika datang bersama-sama soldadu dan duduk berkhemah – bergolek bantal bersama soldadu. Ini TIDAK pernah terjadi ketika Vietnam diserang. Kini Media Amerika telah Sekatil dengan Empire Amerika.

Dimana peranan ISIS sekarang?

Ingat atau TIDAK apa terjadi petang 2 Julai 2000 di Bukit Jenalik Grik Perak? Satu kumpulan yang dipanggil Al-Maunah telah dituduh merampas 5 tan senjata dan dimasukkan ke dalam 3 buah Pajero dalam masa 15 minit. Satu Malaysia melihat babak Al-Maunah ini sebagai satu sandiwara.

Babak Al-Maunah ini tidak masuk akal dan TIDAK diyakini maka terpaksa sekali lagi dipentaskan di Kuala Lumpur untuk membuktikan bahawa - boleh 5 tan senjata masuk ke dalam Pajero dalam masa 15 minit.

Sabenarnya sandiwara Al-Maunah ini dipentas untuk mengolah persetujuan agar orang ramai agar jangan turun berdemo ke jalan raya menentang Anak Lelaki Iskandar Kutty. Ketika itu gerakan anti United Malays National Organisation sedang mengampoh.

Al-Maunah juga telah digunakan untuk menyediakan persetujuan orang ramai agar ISA digunakan dengan meluas. Pada 10 April 2001 seramai 10 orang Reformis telah ditahan dibawah ISA. Ini diikuti pula dengan penahanan berpuluh-puluh warga yang dituduh sebagai ahli Kumpulan Mujahidin dan Jamaah Islamiah.

Apa hubungan Al-Maunah denganh ISIS?

Al-Maunah ini digunakan untuk mengolah politik domestik Malaysia. ISIS digunakan untuk mengolah persetujuan geopolitik dunia. ISIS diperlukan untuk mengetatkan lagi hukum dan undang-undang domestik Amerika. Edward Snowden bekas pekerja National Security Agency telah membocorkan bagaimana badan risikan Amerika sedang menyimpan semua e-mail dan panggilan talipon warga Amerika. Pihak berkuasa mengakui ini berlaku demi keselamatan. Inilah peranan ISIS.

Lihat bagaimana berita ISIS memancung kepala menjadi heboh, heboh dan heboh sedunia. Hanya tiga kepala putus. Tetapi media dunia TIDAK pernah melaporkan 79 kepala yang dipenggal tahun lalu oleh Saudi Arabia. Statistik ini adalah laporan dari Amnesty International.

Dengan menghebohan berita – ISIS PENGGAL KEPALA – maka warga dunia menjadi takut dan gentar. Dalam masa yang sama berita saperti ini menarik anak-anak muda yang suci dan jujur yang mahu melihat satu dunia baru yang lebih adil.

Saudi negara pengeluar minyak terbesar dalam dunia ini dengan fahaman Wahabi dan Salafi sedang bersekongkol dengan imperialis Amerika untuk menyerang Iran. Saudi bersama negara Telok telah mengeluarkan berbilion dolar untuk membiyai perang di Syria.

Kepada anak muda atau sesiapa sahaja yang masih TIDAK faham apa itu ISIS biar saya terangkan. Di belakang ISIS ini ialah Saudi Arabia - barua Amerika yang paling kental. Tanpa duit Saudi ISIS tidak mungkin wujud. Saudi dan Amerika sedang menjual Islam untuk mempertahankan sistem ekonomi kapitalis yang semakin tidak menentu.

Hujah saya ini saya kuatkan dengan pertanyaan.

Pada 30 Oktober 2014 ISIS cawangan Sinai Mesir telah membunuh 30 orang soldadu Mesir. Kenapa gerila ISIS ini tidak menyerang Zionis Israel? Wal hal Sinai bersempadan dengan Israel. Siapa musuh utama? Zionis atau warga Mesir?

Pada Jun 2011 Saudi menghatar 1,500 soldadu bersama kereta kebal ke Bahrain. Ini untuk menyerang demonstrasi anak-anak muda Bahrain yang menolak keputusan pilihan raya. Kenapa Saudi Arabia tidak pernah dalam sejarah terlibat menyerang Israel?


Akhirnya negara-negara di Eropah, Amerika Latin dan Afrika – tidak dapat tidak akan mewujudkan undang-undang baru atas nama keselamatan untuk menentang pengganas ISIS. Malaysia juga akan memunculkan undang-undang baru anti-pengganas. Wal hal kepala pengganas utama dalam dunia ialah imperialis Amerika. Inilah peranan ISIS. (TT)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN 
sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-3045


-------------

TERKEJUT KIUT

Posted: 25 Nov 2014 07:48 PM PST




TAK POYO
Kau memang kiut la TT.Pagi-pagi buta dah buat orang terkejut.Bukan terkejut kena belangkong,tetapi terkejut dengan blog kau yang selalu tak poyo.kah..kah..kah.. 

Hasrat hati nak masuk blog gerombolan lain, tapi ternampak blog TT yang lebih kiut dan terkejut.kah..kah..kah.. Pokonnya macam biasa, bila mati dalam jel sah mati mengejut.Ini cerita tak habis-habis nak tipu melayu.kah..kah..kah.. on KENAPA TERKEJUT
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 11/26/14

GOL MENGEJUT
sedih , suspek saja dah GOL mengejut. kalau tengok bik bogel saja tak mati kot , tapi buta mata dan buta hati tu boleh percaya lah sikit kan. apa nak susah , semua akan mati jugak dan malaikat maut tak terima rasuah tau. on KENAPA TERKEJUT
Anonymous
on 11/26/14


-----------

BANGANG BIN BODOH

Posted: 25 Nov 2014 07:42 PM PST






KOMENTAR








tokoh kepala bana
tokoh kepala taik
tokoh kepala lanchow


KUALA LUMPUR - Pembaharuan lapan nama jalan sedia ada di ibu negara telah diputuskan oleh jemaah menteri sejak 4 Jun lalu.

Datuk Bandar Kuala Lumpur,  Ahmad Phesal Talib berkata, keputusan dibuat kerajaan pusat setelah mendapat pandangan serta penelitian yang sewajarnya.

Menurutnya, bukan mudah untuk membuat pertukaran nama kerana ia perlu dilakukan atas dasar kepentingan nasional dan mempunyai lambang dari segi sejarah serta tokoh.


KAH KAH KAH

woit
raja jepun
nama digunakan
pada tanaman laut
yang baginda temui
raja siam nama
digunakan pada
penemuan biloji baginda
raja malaysia nama
pada jalan raya
kah kah kah
must i say 
something my lord

POOOOOOORAH






------------

Tiada ulasan: