Rabu, 26 November 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Jangan dijadikan perhimpunan agung seperti pementasan teater percuma

Posted: 26 Nov 2014 03:18 PM PST



Oleh Aspan Alias


Ucapan Muhyiddin dalam perasmian perhimpunan pemuda, wanita dan putri UMNO semalam telah menyentuh isu-isu penting yang agak hampir kepada masalah sebenar yang UMNO hadapi hari ini. Muhyiddin telah memaparkan isu yang benar iaitu cabaran-cabaran sebenar yang UMNO hadapi, dan ia memerlukan 'fresh restart' bagi parti itu untuk terus menjadi relevan untuk masa yang mendatang.

Cabaran yang dimaksudkan ialah cabaran dari kumpulan 'liberalism' yang kini sedang menghantui UMNO dan tekanan ini tentulah datangnya dari luar parti. Gulungan ini bercakap diatas nama 'human rights' dan demokrasi terbuka dan bebas. Jika dahulu isu yang dihadapi oleh UMNO ialah untuk mendapatkan imej siapa yang lebih Islam, UMNO atau PAS,  tetapi apa yang dihadapi UMNO kini bukannya lagi siapa yang lebih Islam tetapi siapa yang lebih liberal.
'Paradigm' yang baru yang ingin ditonjolkan oleh Melayu liberal sekarang ini  merupakan elemen yang sangat besar yang membawa kepada perpecahan UMNO dan juga PAS dan ini merupakan kemahuan dan kehendak setengah pihak untuk berlaku kerana kepentingan bangsa dan agama mereka.
Kumpulan Melayu liberal kini lebih liberal dan kesemua yang dilakukan oleh pihak nationalis dan kumpulan yang memperjuangkan untuk mengekalkan identiti Melayu itu sebagai bodoh, dan hanya mereka sahaja yang betul. Bagi gulungan ini yang menggunakan individu-individu Melayu yang kononnya professional dan liberal untuk menerjah segala apa yang dilakukan oleh UMNO dan PAS itu sebagai kuno dan tidak relevan bagi bangsa Melayu lagi.
Gulungan ini akan mengkritik apa sahaja yang dilakukan oleh pimpinan Melayu Islam dan tidak ada lagi yang betul kepada pimpinan ini. Mereka memandang rendah kepada bangsanya sendiri dan sanggup memberikan gelaran yang buruk-buruk terhadap bangsanya sendiri. Mereka sudah merasakan yang mereka sudah professional dan hebat. Mereka ini diperguna oleh pihak tertentu secara tidak sedar dan mereka ini seolah-olah 'lebih sudu dari kuah' semata-mata mereka mendapat pujian dari pihak yang memberikan galakan untuk merencatkan bangsanya sendiri.
Tetapi bak kata setengah pihak yang bijak pandai, 'there must be a cause for a cause'. Semuanya ini diambil kesempatan oleh pihak yang mengaku diri mereka sebagai Melayu liberal ini adalah oleh kelemahan badan-badan politik dan pejuang Melayu itu sendiri khususnya UMNO yang memerintah sekarang ini.
Apabila UMNO menunjukan kelemahan pimpinan dengan kekurangan daya pemikiran yang membawa parti dan perjuangan sesat-barat tanpa hala tuju yang selari dengan kehendak dan perjuangan parti politik Melayu itu, UMNO menjadi 'defensive' dengan tekanan pihak Melayu liberal yang mahukan Melayu itu mempunyai 'identiti baru' itu.
UMNO seperti yang disebut oleh Timbalan Presiden malam tadi sedang menghadapi cabaran-cabaran baru iaitu untuk mempertahankan ancaman baru dari pihak yang memperjuangkan liberalism dan kebebasan demokrasi seratus peratus, bebas sebebas haiwan dihutan. Malahan haiwan dihutan itu sendiri tidak sebebas dengan apa yang dituntut oleh gulungan ini.
Kehilangan identiti merupakan permulaan kepada kehilangan satu-satu bangsa di dunia ini, kerana satu-satu bangsa itu wujud dengan identitinya sendiri. Jika hilang identiti itu maka tiada lagilah bangsa itu.
Disini lah letaknya kesalahan UMNO yang pucuk pimpinannya sudah mula mahu dan sanggup tunduk kepada pihak yang membuat tuntutan ini, sedang pihak ini tidak pun mahu memberikan 'recognition' tentang apa yang sudah diliberalisasikan oleh pihak yang menuntut itu. Pihak ini akan menuntut dan menuntut sehingga segala-gala yang ada kepada kita lupus segala-galanya.
Itulah sebabnya adalah mustahak dan penting seperti yang disebut oleh Muhyiddin dan ramai pemimpin Melayu yang lain yang kita perlu memulakan negara baru dan sesiapa yang membaca blog ini selalu mereka akan membaca saranan blog ini tiada hentinya untuk giat memulakan politik baru.
Kegentingan yang kita hadapi bukannya sedikit bahayanya, tetapi kita juga tahu tiada siapa di kalangan mereka yang dipertanggungjawabkan dalam Majlis Tertinggi UMNO itu tahu dan memahami apa yang sedang berlaku dan bagaimana untuk mencari penyelesaiannya.
Pandangan saya telah dikecam hebat oleh banyak pihak tetapi sekarang kita telah dibuktikan dengan keadaan itu sesungghuhnya mengancam bangsa Melayu. Jika Melayu terancam ia akan mengancam negara kerana bangsa Melayu itu merupakan bangsa yang terbesar penduduknya di negara ini.  
Apa pun yang hendak dilakukan ia mesti dan perlu mendapat persetujuan orang Melayu. Jika pihak melayu liberal ini berfikir yang mereka akan berjaya untuk merosakan identiti dan perjuangan bangsanya yang asal itu, mereka sesungguhnya bermimpi di siang hari.
Untuk memulakan perjuangan ini ia wajar dipimpin dan dilakukan oleh manusia pemimpin yang berwibawa yang lain dari yang ada, kerana yang ada ini adalah penyumbang kepada keadaan haru-biru perjuangan ini. Mereka tidak dapat mengikis imej rasuah dan imej suntuk pemikiran ini kerana untuk membina kembali masyarakat yang adil ia memerlukan dasar-dasar yang digubal setelah meneliti segala aspek dengan baik. 
Untuk melakukan ia memerlukan seorang pemimpin yang mampu memberikan pemikiran dan berwibawa kerana jika ia diberikan kepada sesiapa yang kurang dari ini perjuangan dan niat kita tidak akan tercapai.
Terutamanya Najib, pimpinan UMNO sekarang ini hanya petah bercakap dan melakukan 'action' diatas pentas dengan baik sahaja. Lakonan dan adegannya mudah difahami dan semua orang tahu jalan ceritanya dan bagaimana cerita dan filem lakonannya itu akan berakhir.
Kalau mengikut contoh yang terdahulu perhimpunan agung ini hanya satu pementasan 'theater' yang hebat. Selepas pementasan itu pelakon-pelakonnya termasuk pelakon utamanya, Najib akan kembali dengan kehidupan dan cara yang biasa baginya.
Jiwa dan sikapnya akan masih fakir dan akan melakukan apa yang beliau selama ini lakukan berbeza dengan peranan dan adegan lakonan beliau dipentas perhimpunan agung itu.
Kita ada Istana Budaya dijalan Tun Razak untuk menyaksikan pementasan teater seperti itu, tak perlu pentas yang lain. http://aspanaliasnet.blogspot.com

Peniaga Melayu sukar berniaga di bandar?

Posted: 26 Nov 2014 03:11 PM PST

Oleh HAZAYANI ZAKARIA

KUALA LUMPUR: Seorang bekas ahli Umno kecewa apabila bengkel yang sedang didirikan berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bukit Jalil mahu dirobohkan oleh Dewan Ban daraya Kuala Lumpur (DBKL).

Hadir ke pejabat Harakah di Jalan Pahang pada 14 November lalu, Dato' Osman Saad, 53 memberitahu, beliau menerima notis dari DBKL untuk merobohkan bengkel yang akan digunakan untuk perkhidmatan mencuci kereta.

Katanya, notis DBKL ber tarikh 13 November itu memberikan tempoh tiga hari untuk mengosongkan tanah tersebut atas alas an pembinaannya tidak mendapat kebenaran daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Namun Osman berkata, sebelum mendirikan bengkel tersebut, beliau terlebih dahulu mendapatkan status tanah tersebut.

Menurutnya, tanah tersebut memang tanah rizab kerajaan namun DBKL membenarkan pembinaan dilakukan dengan syarat tanpa menggunakan batubata.

"Saya tak puas hati sebab mereka datang (untuk roboh) tanpa soal selidik dari pihak penduduk Bukit Jalil.

"Sebelum ini saya telah membuat permohonan untuk mendirikan bengkel mengikut syarat yang ditetapkan," katanya lagi.

Beliau menjelaskan, beng kel itu untuk digunakan oleh anak beliau yang merupakan orang kelainan upaya (OKU).

Sehubungan itu, beliau berharap DBKL dapat menarik kembali notis tersebut dan memberi peluang kepada orang Melayu untuk menjalankan perniagaan.

"Kerajaan kata nak tolong orang Melayu tapi bila kita nak mula berniaga, gerai dan bengkel dirobohkan," katanya.

Sebenarnya Najib Sudah Lama Dan Biasa Bangsatkan Melayu...

Posted: 26 Nov 2014 03:08 PM PST

KELAB GREENBOC




Kalau Umno jatuh, Melayu dibangsatkan, kata Najib

Datuk Seri Najib Razak mengingatkan perwakilan Umno hari ini tiada jalan lain membela kaum Melayu melainkan parti Melayu itu dipulihkan.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Ahmad Puad Zarkashi, presiden Umno itu menyifatkan jentera Umno hari ini masih pasif walaupun Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lebih setahun sudah berlalu.

"Isu politik yang beliau bangkitkan ialah jentera Umno masih dingin, lembab dan tidak bergerak.

"Ini adalah satu teguran yang amat berani daripada presiden parti di hadapan pimpinan Umno iaitu beliau tidak berpuas hati sudah setahun berlalu.

"Seperti mana beliau sebut, Umno kecundang, bangsa Melayu akan dibangsatkan. Itu ayat dia. Apatah lagi dia kata agama tidak akan terpelihara jika Umno kecundang," kata Ahmad Puad kepada pemberita di luar Dewan Merdeka.

Najib hari ini mengadakan perjumpaan tertutup selama lebih dua jam bersama perwakilan Umno seluruh negara di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Antara amanat yang disampaikan adalah Umno perlu merubah corak pertambahan ahlinya dengan memperkenalkan sistem pendaftaran undi secara automatik.

Puad berkata, amaran Najib dalam mengenengahkan kecundangan Umno sehingga menjadikan kaum Melayu sebagai bangsat perlu dijadikan faktor ketakutan Umno pada masa ini.

Katanya, peringatan Najib itu sudah sampai ke kemuncaknya apabila menggunakan analogi yang begitu mendalam bagi memotivasikan ahli Umno.

"Dia kata faktor ketakutan ini amat penting bagi Umno. Maksudnya, Umno perlu ada faktor ketakutan, iaitu jika Umno kecundang, bangsa Melayu akan dibangsatkan.

"Pada saya, presiden parti tadi seolah-olah sudah ke siling peringatannya. Maksudnya, dia dah puas cakap agaknya. Maka ayat yang digunakan tadi cukup keras. Saya tidak pernah dengar presiden parti berkata sedemikian," katanya.

Bekas ahli Parlimen Batu Pahat itu juga melihat seruan Najib agar pendaftaran ahli Umno dilakukan secara atas talian sebagai peringatan tiada sekatan dilakukan ke atas mana-mana ahli baru.

"Bila presiden parti mengumumkan penerimaan ahli secara atas talian serta merta akan dilaksanakan, saya rasa dia mengambil pendirian yang tegas.

"Jangan sama sekali menyekat golongan bijak pandai, profesional dari menyertai Umno kerana borang mereka kadang-kadang hilang," katanya.

"Perubahan ini seharusnya menjadi wajib, bukan kepada presiden parti saja tetapi pada yang lain terutama ketua bahagian.

"Mereka bertanggungjawab kerana kekuatan Umno berada di cawangan, cawangan dalam bahagian. Ketua bahagian mempunyai tanggungjawab melakukannya semua," katanya.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Umno perlu melakukan transformasi agar perjuangan parti itu dapat diterima setiap lapisan masyarakat dan menimbulkan kesedaran ia juga berjuang untuk bangsa, agama dan raja.

"Masa depan parti kita bukan saja untuk ahli Umno, tetapi kita sedar dan insaf jika kita tak lakukan untuk parti, bangsa, agama dan raja akan jadi mangsa.

"Itu merupakan agenda yang perlu diperhebatkan lagi. Lebih-lebih lagi dalam dunia yang penuh dengan cabaran," katanya.

Hishammuddin berkata, dalam keadaan begini, penting bagi Umno mengorak langkah memikirkan kedudukan orang Melayu dalam segala segi.

"Orang tak boleh marah kerana ini perjuangan parti," katanya.

Katanya, amanat Najib hari ini menjadi penyuntik semangat kepada perwakilan apabila kembali ke bahagian masing-masing dengan satu azam melihat masa depan parti. -TMI


Rupanya Najib Memang Biasa "Mengharamjadahkan" Orang

Kuala Nerus – Bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan, Datuk Ariff Sabri Abdul Aziz berkata, rakyat Malaysia tidak perlu hairan dan terkejut ketika Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Razak menghina peneroka Felda dengan perkataan 'Haram Jadah'.

Menurutnya, perkataan seumpama itu sudah biasa bermain di bibir Najib.

"Najib ni satu hal juga, seorang pemimpin yang 'mengharamjadahkan' orang lain, tetapi jangan hairan (kerana) kata-kata kesat ini keluar dari (mulut) dia (adalah) satu perkara biasa,

"kalau dia (berada) di Pekan (Pahang) itu dia tengok (orang miskin) dia cakap ini (orang) papa kedana, (orang) bangsat,

"sebab itu bila dia sebut 'Haram jadah' itu memang perkara biasa memang cara dia begitu,"
ujarnya.

Beliau yang juga bekas ADUN Umno Pulau Manis, Pekan, mendakwa perbelanjaan yang tinggi dalam pembinaan sesuatu lebuh raya adalah sebenarnya permainan pemimpin Umno.

Katanya, kos sesuatu lebuhraya itu akan meningkat dua kali ganda apabila ia telah 'diUmnokan'.

"pembinaan lebuhraya adalah satu lagi siri pembohongan pemimpin Umno, sebab itu bila dia buat 'highway' bermakna harga pembinaan itu telah 'diUmnokan' maknanya (kos meningkat) dua kali ganda,

"projek Lebuhraya Utara Selatan dulu harga sebetulnya RM3 bilion, tetapi apabila berbincangan diantara 'geng-geng Umno atas' dia kata ini tak betul, tak mencukupi, kita mesti 'Umnokan',

"kos pembinaan Lebuhraya Utara Selatan jadi RM6 bilion,"
jelasnya.

-petikan B.O.

ULASAN GB

Selepas bekas Ketua Hakim menyebut Melayu bakal menjadi Red Indian, semalam Presiden UMNO pula menegaskan Melayu jadi bangsat jika UMNO kecundang.

Kita ingin tegaskan bukan Melayu yang jadi red Indian, bukan melayu yang jadi bangsat tetapi adalah UMNO sendiri yang sebenarnya sudah pun menjadi Red Indian, yang sudah pun dibangsatkan oleh Najib sendiri.

Di dalam Islam, Rasulullah saw bersabda, "kullu kalam ad-dua" - setiap ucapan adalah doa!

Mereka sendiri sebenarnya yang berdoa mereka di "red indian" dan dibangsatkan dan mereka akan mendapatnya! Itulah hukum kebenaran dan keadilan.

[BIAR BETUL] 15 Perwakilan Pemuda UMNO Buta Huruf, Tak Tahu Membaca & Menulis!

Posted: 26 Nov 2014 04:20 AM PST

KELAB GREENBOC



 
Sekurang-kurangnya 15 perwakilan Kota Bharu dikesan buta huruf, sukar menulis nombor calon piihan ketika proses pengundian kelmarin.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Setiausahanya, Wan Abdul Rahman Wan Ismail, yang menyarankan pendekatan lebih mudah seperti memangkah di kotak kosong digunakan untuk memilih pemimpin selepas ini, berbanding menulis nombor.

"Kita kesan hampir 15 orang di Kota Bharu yang tidak dapat membaca dna menulis. Ini menimbulkan kesulitan untuk menulis calon pilihan. Mungkin mereka tidak sekolah, kita pun tahu perwakilan ini diambil dari akar umni yang terpilih bukan berdasar akademik," katanya.

ULASAN GB

Petikan ulasan di media sosial:


Macam dah betul ajer orang kata perhimpunan "Red Indian Malaysia"....
sonati xxxx

*********************************

Kalau la 15 perwakilan pemuda UMNO yang dilaporkan masih buta huruf ni tahu la membaca dan menulis, agak² mereka sokong lagi tak UMNO? Sebab menurut Mahathir, yang pandai² dah tak ada dalam UMNO.

UMNO oh UMNO. Anak² buah buta huruf. Pemimpin pula buta perut.

#peoplemovement - Hashim xxxxxx
**********************************

Malu dan memalukan.. Asmidar xxx


Muhyiddin Minta Pemilihan UMNO 2016 Tidak Ditangguhkan Lagi, Beranikah Najib?

Posted: 26 Nov 2014 03:03 AM PST

shahbudindotcom.


Ramai yang memuji ucapan Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin semasa perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri malam tadi. Ucapan beliau yang menyentuh banyak perkara dan masalah dalam parti disifatkan sebagai ucapan berterus-terang untuk memulihkan semula semangat dan kekuatan UMNO.

Beliau bukan saja menyentuh mengenai keperluan berubah, tetapi juga membangkitkan isu-isu perebutan sesama sendiri dalam parti yang terus berlaku, walaupun hakikatnya UMNO semakin merosot dan merudum sokongannya di kalangan rakyat.

Apa yang diperkatakan oleh Muhyidin itu memanglah sesuatu yang benar dan tiada yang benar, melainkan benar belaka. Cumanya, jika kita imbau ucapan beliau selaku orang nombor dua dalam parti sejak 2009 lalu, itulah lebih kurang intipatinya setiap tahun.

Periksa dan amatilah ucapan Muhyiddin ini sejak beliau menjadi orang nombor dua dalam parti dan kerajaan. Itulah retoriknya setiap tahun, mungkin hanya ada satu dua perkara baru saja yang dijadikan tambahan dalam ucapannya.

Berubah, berubah dan berubah. Tapi apa yang berubah setakat ini? Kalaulah perkataan berubah itu sendiri merupakan sesuatu yang hidup dan bernyawa, tentulah dia juga turut letih kerana setiap tahun semua orang menyebut-nyebut namanya dengan kerap sekali.

Daripada Presiden, Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden, ketua-ketua sayap, jurucakap sehinggalah kepada pemerhati yang bersidai di kedai kopi sekitar PWTC, semuanya tidak pernah tertinggal menyebut perkataan perubahan itu.

Sekali lagi, apa yang berubah? Bukan saja perwakilan daripada seluruh negara lupa untuk berubah apabila pulang ke kawasan masing-masing, bahkan Presiden dan Timbalan Presiden pun sama lupa untuk berubah sebaik perhimpunan berakhir.

Sebab itu, sepanjang masa sentiasa saja berlaku perkara-perkara yang meresahkan rakyat. Ia berlaku silih berganti daripada satu isu kepada satu isu yang lain. Isu pembaziran, pemborosan, kemewahan, mengutamakan kroni dan kaum keluarga dalam projek-projek kerajaan dan seumpamanya terus juga berlaku tanpa henti-henti.

Sekiranya pemimpin memahami apa itu perubahan, seharusnya merekalah yang lebih dulu berubah. Tunjukkanlah perubahan yang nyata di depan ahli UMNO dan rakyat semua. Ingatlah bahawa cerminan paling utama bagi pemimpin UMNO ialah peranan dan tanggungjawab mereka dalam mengurus kerajaan dan dalam kehidupan seharian.

Seharusnya berhentilah bercakap mengenai perubahan kerana sekarang adalah masa untuk bertindak. Setelah lima atau enam tahun bercakap perkara yang sama tidak lebih hanya menunjukkan kegagalan bertindak sebenarnya.

Lagi pula, bagaimana untuk meminta ahli dan pemimpin untuk berubah sedangkan mereka yang diatas sendiri tidak mahu berubah?

Ada pula yang bercakap, bagaimana UMNO mahu berubah kerana untuk melaksanakan perubahan di ibu pejabat UMNO sendiri pun, Najib tidak mampu melakukannya?

Sudah begitu banyak rungutan mengenai masalah dan karenah dalam UMNO yang melibatkan setiausaha agung, ketua penerangan dan setiausaha kerja ini yang dianggap antara punca sukarnya UMNO berubah dan semakin lemah sekarang ini. Tetapi nampaknya  Najib terus mengekalkannya juga dan memekakkan telinga kepada segala rungutan itu.

Itu belum lagi dibangkitkan perubahan-perubahan yang lain yang bukan saja mengenai Najib tetapi juga melibatkan Muhyiddin dan lain-lain pemimpin UMNO di peringkat kerajaan. Berbezakah mereka daripada dulu dengan sekarang atau daripada tahun ke tahun?

Satu-satunya perkara baru yang dibangkitkan oleh Muhyiddin dalam ucapannya semalam ialah meminta agar pemilihan parti diadakan sebelum pilihanraya umum akan datang. Sejak era Pak Lah, beliau sering menangguhkan proses pemilihan UMNO untuk memberi laluan kepada pilihanraya diadakan terlebih dahulu. Pemilihan UMNO hanya diadakan selepas pilihanraya berakhir.

Najib nyata suka meneruskan tradisi itu. Tidak seperti era Mahathir, pemilihan UMNO tidak pernah ditangguhkan sama ada di depannya ada pilihanraya atau tidak. 

Selepas pemilihan yang lalu pada 2013, pemilihan UMNO yang seterusnya ialah pada 2016. Pilihanraya umum ke 14 pula mesti diadakan sebelum Mei 2018.

Untuk berubah dan supaya perubahan itu benar-benar difahami oleh ahli UMNO semua peringkat, UMNO mesti berani mengadakan pemilihan kepimpinannya sebelum PRU 14 akan datang. Ia tidak perlu ditangguhkan lagi sebagaimana yang dilakukan oleh Pak Lah dahulu kerana ianya tidak sesuai lagi dengan keadaan dan keperluan UMNO sekarang ini.

UMNO mesti menunjukkan keberaniannya untuk berubah terlebih dahulu sebelum mahu meminta rakyat terbanyak menilai apa perubahan yang telah dilakukannya. Dengan sedia mengadakan pemilihan dan memilih pemimpin baru sebelum pilihanraya, UMNO sekurang-kurangnya sudah menunjukkan kesediaannya untuk berubah.

Muhyiddin nampaknya sudah melontarkan cabaran agar pemilihan UMNO akan datang ini tidak lagi ditangguhkan. Sekarang, terserahlah kepada Najib menyahutnya. Beliau mungkin boleh mengumumkannya dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung UMNO pada hari esok atau bila-bila masa saja sepanjang perhimpunan tahun ini.

Mungkin terlalu awal untuk mengandaikan bahawa permintaan Muhyiddin ini merupakan isyarat bakal berlakunya pertandingan di peringkat kepimpinan tertinggi UMNO, tetapi jika pertandingan atau perubahan kepimpinan boleh menjamin kemenangan, kenapa mesti takut dengannya?

Bukankah selama ini semua berkata UMNO lebih penting daripada pemimpin? Dikata juga pemimpin boleh bertukar ganti tetapi UMNO harus kekal selama-lamanya? Dilaungkan juga, tanpa UMNO orang Melayu akan jadi "bangsat" di negara ini, walaupun ia sebenarnya jauh daripada hakikat sebenarnya?

Nah, apa lagi, inilah masanya membuktikan segala yang kerap dilaungkan selama ini!!

Sekiranya majoriti pemimpin sedia ada dalam UMNO masih menunjangi parti di peringkat pusat, negeri dan bahagian dalam pilihanraya umum akan datang,  percayalah, sokongan rakyat bukan saja tidak berubah, malah akan terus merudum. Laungan perubahan juga akan terus kedengaran tahun demi tahun tanpa hentinya.

Akhirnya, rakyat lebih mungkin mengubah kedudukan UMNO terlebih dahulu sebelum UMNO sendiri memahami apa itu perubahan yang sering dilaung-laungkannya tanpa henti selama ini.

Pertahan Akta Hasutan: Malang Khairy belajar di Oxford – Nik Nazmi

Posted: 26 Nov 2014 02:51 AM PST

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR : Adalah malang apabila Ketua Pemuda Umno yang mendapat pendidikan terbaik di Universiti Oxford tetapi tidak boleh menerima keterbukaan dan pandangan ahli akademik, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau mengulas ucapan Khairy Jamaluddin di Perhimpunan Agung Umno hari ini yang  mendakwa negara pasti hancur jika Akta Hasutan 1948  tidak dipertahankan.

Nik Nazmi"Selama ini kita lihat, pemimpin Umno sendiri dan kumpulan-kumpulan ekstrem yang didokong Umno memainkan isu-isu sensitif, tiada kekecohan berlaku meskipun hampir keseluruhannya tidak didakwa di bawah Akta Hasutan.

"Sebaliknya, pemimpin Pakatan, aktivis masyarakat, mahasiswa, ahli akademik dan agamawan menjadi mangsa,"

"Malang sekali, Khairy sendiri mendapat pendidikan terbaik di Universiti Oxford, tetapi nampaknya tidak dapat menerima keterbukaan ahli akademik di Malaysia," sindirnya dalam satu kenyataan.

Beliau merujuk kepada beberapa tindakan kerajaan terhadap ahli akademik, antaranya Dr Aziz Bari dan Profesor Azmi Sharom yang didakwa di bawah undang-undang itu.

Nik Nazmi menegaskan, peruntukan di bawah Kanun Keseksaan sudah mencukupi untuk mengambil tindakan terhadap ucapan yang menimbulkan kacau bilau, tanpa menggunakan undang-undang lapuk seperti Akta Hasutan.

Pertahan Akta Hasutan, ucapan dasar Khairy sebenarnya ‘membelakangi masa’

Posted: 26 Nov 2014 02:45 AM PST

KEADILAN DAILY


Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, di dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Umno menyuarakan partinya sudah 'membelakangi masa' dengan mengenepikan pimpinan muda berbanding Pakatan Rakyat.

Pun begitu, nampaknya, Khairy sendiri membelakangi masa apabila beliau terus mempertahankan Akta Hasutan dan cuba membangkitkan sentimen perkauman menerusi soal kedudukan istimewa Bumiputera.

PEMUDA UMNOKhairy berkata undang-undang kolonial Akta Hasutan adalah perlu untuk mengelakkan negara hancur apabila isu-isu sensitif dimainkan. Namun selama ini kita lihat pimpinan Umno sendiri dan kumpulan-kumpulan ekstrem yang didokong Umno memainkan isu-isu sensitif, tiada kekecohan berlaku meskipun hampir keseluruhannya tidak didakwa bawah Akta Hasutan.

Sebaliknya, pemimpin Pakatan, aktivis masyarakat, mahasiswa, ahli akademik dan agamawan menjadi mangsa. Malang sekali Khairy sendiri mendapat pendidikan terbaik di Universiti Oxford, tetapi nampaknya tidak dapat menerima keterbukaan di kalangan ahli akademik di Malaysia.

Sudah wujud peruntukan di bawah Kanun Keseksaan bagi memastikan sebarang pengucapan yang boleh mendatangkan kacau-bilau diambil tindakan. Ini sepatutnya alternatif kepada undang-undang lapuk seperti Akta Hasutan.

Khairy juga mencabar golongan bukan Melayu agar tidak mencabar Kedudukan Istimewa Bumiputera. Beliau berkata perkara-perkara dalam Perlembagaan seperti hak pendidikan vernakular tidak dipersoalkan oleh masyarakat Melayu. Namun pemimpin-pemimpin Umno sendiri sebelum ini ada mempersoalkannya.

Hakikatnya, majoriti besar rakyat Malaysia tanpa mengira kaum tidak mempersoalkan muafakat Perlembagaan. Yang dipersoalkan adalah rasuah yang berleluasa dan kesenjangan ekonomi yang semakin melebar, yang membebankan semua rakyat Malaysia termasuk golongan Bumiputera.

Statistik menakutkan ini didedahkan oleh laporan Institut Penyelidikan Khazanah baru-baru ini.

Hakikatnya, UMNO lah yang menerajui kerajaan selama ini. Tidak wajar untuk Khairy menuding jari pada kaum-kaum lain, sebaliknya beliau perlu melihat dimanakah kegagalan dasar-dasar kerajaan selama 57 tahun mereka mentadbir negara.

Soalnya, adakah ini wajah sebenar Khairy? Jika di khalayak umum, beliau menampilkan imej liberal tetapi di dalam perhimpunan Umno beliau mengikut rentak perkauman.

Nik Nazmi Nik Ahmad
Ketua Angkatan Muda KEADILAN

ISIS: Malaysia jangan ikut telunjuk Amerika

Posted: 26 Nov 2014 02:40 AM PST

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: PAS menggesa Kerajaan Malayisa tidak mengikut telunjuk kuasa besar khususnya Amerika Syarikat dalam memperkenalkan apa sahaja undang-undang baharu di negara ini.

Sebaliknya Datuk Kamarudin Jaffar (PAS-Tumpat) berkata, kerajaan perlulah melihat kepada kepentingan dan kerangka negara kita sendiri sebelum satu-satu akta baharu diwujudkan.

"Kita mesti bertindak mengikut kepentingan negara kita sendiri bukan mengikut apa diarahkan oleh pihak lain seperti kuasa besar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Kertas Putih berhubung menangani ancaman kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) di Dewan Rakyat hari ini.

Kertas Putih yang dibentang Perdana Menteri itu antara lain mencadangkan agar satu undang-undang baharu berhubung ancaman kumpulan militan diwujudkan.

Kamaruddin yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat berkata, PAS sejak awal menyatakan penolakan terhadap pendekatan yang digunakan ISIS itu termasuk penegasan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam Ucapan Dasar ketika Muktamar PAS di Batu Pahat, Johor baru-baru ini.

PAS juga katanya menolak campur tangan kuasa asing termasuk Amerika Syarikat dalam kemelut di kedua-dua negara itu.

"PAS berpendirian biarlah masa depan negara-negara tersebut ditentukan oleh rakyat mereka sendiri," kata Kamaruddin lagi.

Beliau memberi contoh Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Chuck Hagel yang mengumumkan meletak jawatan dua hari lalu kerana mempunyai pendirian berbeza dengan Presiden Barack Obama berhubung kemelut di kedua-dua negara ummat Islam itu.

"Kita sedar Amerika Syarikat ada presiden Obama yang dipanggil lame duck president.

"Janganlah kita ikut lame duck president ini kecualilah kita mempunyai lame duck prime minister, katanya.

Beliau dalam pada itu mahu kerajaan menyatakan pendirian sama ada menyokong perjuangan rakyat Syria yang ingin membebaskan negara mereka daripada kerajaan regim kejam Bashar al Assad, atau sebaliknya. - HARAKAHDAILY

Menteri, henti dolak dalik isu pekerja industri elektrik negara

Posted: 26 Nov 2014 02:37 AM PST

Oleh Azuan Abd Rahman


KUALA LUMPUR : Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Hanim Samuri dan Timbalan Menteri Sumber

Manusia, Datuk Ismail Mutalib terus berdolak dalik dan saling tuding menuding berhubung isu tekanan yang dihadapi pekerja sektor elektrik negara.

Kesal dengan sikap tersebut, Ahli Parlimen Bayan Baru berkata, kedua-dua Timbalan Menteri itu hanya 'flip flop' tanpa memberikan sebarang kata putus kepada isu yang disifatkannya sangat penting itu.

Ia berhubung satu kajian Verite yang melaporkan bahawa 28 peratus daripada tenaga kerja di Malaysia adalah buruh paksa.

"Minggu lalu saya bangkitkan isu tersebut kepada Timbalan Menteri Miti tetapi diberitahu ia adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Sumber Manusia.

"Semalam saya bangkitkan isu tersebut kepada Timbalan Menteri Sumber Manusia tetapi beliau tolak semula isu tersebut kepada Miti," jelas Sim pada sidang media di Parlimen hari ini.

Sim berkata, keadaan itu bakal meletakkan Malaysia dalam senarai negara yang diperhatikan kerana tidak mengutamakan kepentingan pekerja.

Katanya, kerajaan perlu mengemukakan laporan balas terhadap dakwaan tersebut kerana ia boleh mengancam industri elektrik dan elektronik negara.

"Setelah didesak, Timbalan Menteri Sumber Manusia akhirnya beritahu Parlimen bahawa laporan balas akan disediakan Miti namun

diberitahu sekali lagi ia akan dilakukan oleh Kementerian Sumber Manusia dan Miti.

"Jawapan itu menunjukkan tiada persefahaman antara kementerian tersebut untuk selesaikan masalah serius ini.

"Sekali lagi saya tanya apakah laporan balas telah dibuat, beliau memberitahu 'belum'.

"Jelas kerajaan gagal sediakan laporan balas terhadap dakwaan laporan Verite," kata Sim.

Najib, menantu Hadi diperolok dalam isu IS

Posted: 26 Nov 2014 02:30 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menantu Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang hari ini diperolok ekoran kenyataan kontroversi mereka berhubung Negara Islam (IS) sebelum ini.

Ia berlaku ketika kertas putih berhubung ancaman kumpulan bersenjata itu dibentangkan di parlimen hari ini.

Ia bermula apabila Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) dan Kamaruddin Jaafar (PAS-Tumpat) ketika perbahasan membangkitkan kenyataan Najib lima bulan lalu yang menggesa anggota Umno mencontohi semangat IS.

Kamaruddin menegaskan bahawa anggota PAS dilarang menyokong IS.

Najib dalam ucapannya pada 24 Jun dilaporkan berkata sama ada suka atau tidak, harus diakui bahawa 1,300 pejuang IS telah mengalahkan 30,000 tentera Iraq.

Katanya, ia berlaku kerana tentera republik negara itu takutkan orang yang berani.

Bagaimanapun, Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) kemudian bangun dan menyerang menantu Hadi, Zaharuddin Muhammad.

Katanya, beliau terkejut dengan kenyataan wakil Tumpat itu kerana Zaharuddin di media sosial gembira dan teruja apabila IS menawan beberapa bandar di Iraq.

BN: Kajang banjir, Azizah 'tuang' DUN

Posted: 26 Nov 2014 02:27 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Pembangkang Selangor hari ini menyelar tindakan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Selangor yang tidak hadir sidang sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum ini.

Ketua pembangkang negeri Datuk Shamsudin Lias (kiri) berkata, ketidakhadiran anggota DUN (ADUN) Kajang itu tidak bertanggungjawab.

Katanya, walaupun beliau difahamkan Wan Azizah tidak hadir kerana berada di luar negara, namun sebagai wakil rakyat, beliau perlu mengutaman sidang DUN yang bermula Isnin lalu.

"Sidang ini baru bermula, berilah keutamaan. Kita kena ambil pendirian bahawa Dewan itu penting untuk bagi pendapat.

"Dia sepatutnya hadir ke Dewan sebab kawasan dia sekarang berlaku banjir kilat. Kalau begini, bagaimana nak ada tanggungjawab," kata ADUN Sungai Burong itu.

Azizah (kanan) hadir dalam persidangan sesi petang hari ini.

Menjawab kritikan itu, beliau menjelaskan bahawa telah menghantar notis ketidakhadirannya pada hari pertama dan kedua.

"Saya dah beri notis tak dapat hadir. Bukan saya 'tuang' (ponteng).

"Dibandingkan mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri, ketua pembangkang lebih kerap lagi (tak datang)," katanya ketika ditemui pemberita.

Tuntut JK banjir bawah MB

Sementara itu, ketika membahaskan belanjawan 2015, Wan Azizah mencadangkan supaya satu jawatankuasa ditubuhkan bagi menangani masalah banjir di Selangor.

Katanya, jawatankuasa itu perlu dipengerusikan oleh Menteri Besar Mohamed Azmin Ali sendiri.

"Ini bukan satu polemik. Siapa yang jadi menteri besar dia bertanggungjawab.

"engan hati terbuka, saya ingin katakan jawatan ini penting dan penuh dengan amanah dan tanggungjawab," katanya lagi.

Puteri selar pemimpin tidak lindungi Islam

Posted: 26 Nov 2014 02:24 AM PST

SINAR HARIAN

Ketua Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri Umno bersempena Perhimpunan Agung Umno 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Bernama Ketua Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri Umno bersempena Perhimpunan Agung Umno 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Bernama
 
 
KUALA LUMPUR - Puteri Umno hari ini menyelar tindakan segelintir pemimpin politik beragama Islam yang tidak mahu melindungi kesucian agama Islam hanya kerana lebih mengutamakan agenda politik dan peribadi.
  
Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berpendapat, pemimpin berkenaan bimbang akan hilang sokongan jika terlalu lantang mempertahankan Islam walaupun mereka tahu puak ekstremis agama kini sering mencetuskan ketegangan.
  
"Liberalisasi agama yang menghalalkan budaya seperti lesbian, gay, biseksual dan transgender secara terang-terangan melanggar akidah umat Islam dan golongan pluralisme agama, yang berpendapat semua agama termasuk Islam adalah sama, semakin berkembang.
  
"Adakah kita hanya mampu melihat semua ini dan membiarkan fahaman berbahaya ini menghancurkan umat Islam?," katanya semasa berucap pada Perhimpunan Agung Puteri Umno 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Mas Ermieyati berkata, Puteri Umno menyokong apa jua keputusan kerajaan dan tindakan yang diambil institusi Islam demi memelihara martabat dan kesucian agama Islam.
  
"Kami hargai ketegasan kerajaan yang memutuskan untuk mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 yang menghalang lelaki Islam berpakaian dan berkelakukan seperti wanita bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
  
"Ia dilakukan bagi menjaga kepentingan agama Islam, dan keputusan itu akan memberi kesan kepada peruntukan undang-undang sama di negeri-negeri lain," kata Mas Ermieyati.
  
Beliau turut berpendapat 'pendekatan muda' menerusi seni muzik dalam berdakwah kepada golongan muda memberi kesan lebih positif dan berupaya menarik minat orang muda mendalami Islam. – Bernama

Minggu ini Minggu Ugut dan Jerit.

Posted: 25 Nov 2014 11:18 PM PST

sakmongkol.blogspot



Kemana kita pergi sekitar KL sekarang, kita lihat banyak terpacak nya bendera UMNO. Orang sudah mulai bercakap ini bendera kumpulan gangster- yang melepaskan budak upahan menendang pelajar university yang merupakan anak2 orang; mak serta ayah serta kaum keluarga kalau masih terus sokong UMNO setelah anak2 diganyang berdosa kepada anak2 mereka; jauhkan diri dari UMNO. Parti ini sudah tidak dapat dibantu. Pemimpin asyik berpoya melayan para isteri bermewah mewahan. Harta benda rakyat habis disapu.

Ini bendera parti yang membiarkan kumpulan ala samseng buat lapuran polis lengkap dengan uniform para military; yang bercakap ajak berkelahi, merusuh dan membinasa orang lain. Anak muda Melayu pun meluat tengok telatah pimpinan UMNO yang dahulu nya malas belajar semasa sekolah, sekarang jadi kontraktor klas F dan lain2 nya tapi oleh kerana jadi AJK UMNO bahagian atau ahli UMNO cekai sekali pun- berlagak macam dunia ini mereka yang punya.

Kita tahu jenis budak2 UMNO ini- lagak di lobi hotel2 besar dan makan di restoren bawak girlfriend tapi mana sudu mana garfu pun tak tahu.

Suatu ketika dahulu saya ingat rakyat Indonesia yang tertekan perasaan dan boleh meletup bila2 masa- tapi setelah saya melawat Bandung dan menyaksikan karakter rakyat Indon yang walaupun susah tapi tidaklah bermata liar mencari mangsa untuk dikasari- saya tiba tiba sedar bahawa yang tertekan dan mudah meletup ialah gerombolan UMNO.

UMNO tidak sedar bahwa mereka hanya sebagian dari orang Melayu dan mereka yang angkat diri sendiri menjadi jurucakap Melayu. Sudah ramai Melayu yang tidak mahu UMNO bercakap bagi pihak mereka.  Kenapa kita mahu membiarkan budak lepasan SRP, SPM menjadi jurubicara bangsa kita? Kita bukan ahli JKKK.

Tapi pemimpin UMNO dan pegikut nya tidak tahu emosi apa yang dihidupkan dalam hati rakyat. Bendera nya bukan lagi lambang kelompok manusia yang megah dan bukan lagi lambang parti mulia Onn Jaafar, Tengku Abdul Rahman, Tun Razak. Ia bukan lambang parti orang Melayu yang datang dari kampong, merendah diri yang bangkit  berarak menentang Malayan Union dahulu.

Orang Melayu menentang Malayan Union dahulu kerana insaf bahawa mereka boleh hilang kuasa keatas masa depan mereka. Setelah mendapat kuasa, UMNO sendiri yang menyebabkan orang Melayu hilang kuasa keatas masa depan mereka. Walaupun ada kuasa, UMNO gagal menyediakan orang Melayu untuk mempertahankan masa depan.

Cara yang UMNO sekarang tahu mempertahankan kuasa ialah bukan dengan kekuatan buah pemikiran, kemantapan dasar pemerintahan nya- tapi melalui ugutan menggunakan tekanan, kezaliman, kuasa polis dan tentera.

Orang ramai akan kata- ini bendera parti kaki pukul, kaki ugut, kaki gunakan polis sebagai budak suruhan, kaki yang hantar budak upahan menendang pelajar, menakutkan bangsa lain rakyat Malaysia. kali ini bendera UMNO bukan lagi lambang sesuatu yang dimuliakan dan dihormati oleh rakyat. Ianya sudah menjadi lambang pemerintahan kuku besi atau reign of terror- bayangan kepada sebuah parti dimana ahli nya ganas dan membuli rakyat.

Semua nya hasil kesedaran bahawa UMNO tahu, ia parti yang menuju kepada penghujung hayat- pengikut nya naik sasau dan mudah meletup. Mereka membayangkan ancaman dalam semua tentangan terhadap nya. UMNO sudah tahu bahawa dia tidak mampu mempertahkan keberadaan nya dengan dasar2 pemerintahan nya, idealisme nya dan kemurnian buah fikiran. Kincir angin itu mereka sangkakan naga2 yang mahu membaham mereka.

Ia hanya boleh mempertahankan keberadaan nya melalui ugutan, tangkapan, penggunaan undang2 zalim, dan teriakan mengkasari orang lain. Sedangkan dewan persidangan mereka itu bukan nya memberikan sesiapa yang bercakap suatu kekebalan- namun pihak berkuasa tidak akan mengambil tindakan apa2 kepada teriakan hasutan dan teriakan ugutan. 

Bendera UMNO bukan lagi lambang yang boleh dimegahkan oleh pengikut nya kerana UMNO tidak lagi sebuah parti yang mengundang penghormatan. Ia lambang kepada gerombolan yang gila kuasa yang mahu menekan dan menindas rakyat yang tidak bersetuju dengan dasar2 nya. 

Kita tahu minggu ini minggu apa- suatu pesta bertanding siapa boleh menjerit lebih kuat dan siapa lebih hebat menaikkan darah gerombolon yang berhimpun di PWTC. Malam nya, para pemuda dan ketua2 bahagian berkepit dengan puteri2 nya dan memenuhi semua kelab2 dangdut sekitar Sentul dan Chowkit.

Lelaki Dipercayai 'Geng Mamak' Ditembak Mati, Rakan Cedera

Posted: 25 Nov 2014 11:13 PM PST

MSTAR ONLINE
 
 
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 59 tahun yang dipercayai anggota 'Geng Mamak' maut ditembak, manakala seorang rakannya cedera di pinggang selepas berbalas tembakan dengan sepasukan polis di Taman Melawati pada Selasa.

Polis menemui sepucuk revolver, beberapa bilah kapak, parang dan kira-kira15 nombor plat palsu dipercayai digunakan untuk kegiatan jenayah dari sebuah kereta yang mereka naiki. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata kejadian itu berlaku pada 1.30 tengah hari apabila pasukan polis yang menjalankan pemeriksaan di kawasan itu terserempak dengan sebuah Volkswagen yang dilihat mencurigakan. 

"Polis bertindak menahan kereta itu selepas mengesan ia menggunakan nombor pendaftaran palsu. 

"Bagaimanapun, pemandunya enggan berbuat demikian, sebaliknya cuba melanggar anggota polis serta melepaskan beberapa das tembakan.  

"Demi mempertahankan diri, polis telah melepaskan tembakan ke arah suspek. Suspek meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya kepada pemberita.

Mohd Adnan berkata rakan suspek yang cedera dihantar ke Hospital Ampang untuk rawatan dan polis akan menjalankan siasatan bagi mengetahui pembabitannya dalam mana-mana kegiatan jenayah. 

Dalam insiden itu, seorang anggota polis cedera di lengan kanan dan kiri.

Siasatan polis mendapati suspek mempunyai 24 rekod jenayah lampau, termasuk dikehendaki polis berkaitan lapan kes samun, pecah rumah dan curi. 

Mayat suspek yang berasal dari Grik, Perak dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk bedah siasat. |

Geng Mamak terkenal  dan bergerak aktif pada awal 1990-an. 

Pada mulanya kegiatan mereka tertumpu kepada memecah masuk kilang dan gudang, dan kemudian merompak kereta dan menyamun pemandu. 

Geng itu paling terkenal bila ia melarikan jongkong emas bernilai RM12 juta dari kompleks Kargo Penerbangan Malaysia di Lapangan Terbang Subang pada Hari Merdeka 1994 (31 Ogos 1994).

Tentera Antara Tiga Maut, Dua Parah Dalam Kemalangan

Posted: 25 Nov 2014 11:11 PM PST

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
 
IPOH: Seorang tentera antara tiga maut manakala dua lagi cedera parah selepas dua kereta bertembung di Kilometer 69 Jalan Ipoh-Gerik di Kampung Chuar Kati dekat Kuala Kangsar di sini, awal pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Ghuzlan Salleh berkata kejadian pada 1.10 pagi itu, mengakibatkan kereta Proton Satria terbakar dan pemandunya Safani Hassan, 28, yang merupakan anggota Batalion 4, Rejimen Sempadan di Kem Gerik, rentung.

"Pemandu kereta Mercedes Benz Mohd Aminnuddin Mohd Hashim, 57, dari Kampung Chepor di Lenggong dan penumpang sebelahnya Hanita Ariffin, 46, dari Kampung Sri Wangi Simpang Lawin dekat Kuala Kangsar meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Sementara penumpang belakang kereta Mercedes Benz Razali Yaakub dari Kampung Chepor, Lenggong dan seorang lagi wanita yang sedang dikenal pasti identitinya mengalami kecederaan parah, katanya.

Menurut Ghuzlan kemalangan dipercayai berlaku apabila Proton Satria yang datang dari arah Kuala Kangsar menghala ke Lenggong gagal memotong kenderaan lain di hadapan sebelum bertembung dengan kereta Mercedes Benz dari arah bertentangan.

"Akibat pelanggaran itu kereta Proton Satria telah terbakar dan pemandunya rentung dan meninggal dunia dalam kenderaan manakala pemandu Mercedes Benz dan penumpang depan tersepit serta meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk menerima rawatan lanjut.

Bedah siasat ke atas ketiga-tiga mayat telah dijalankan di Hospital Kuala Kangsar pada 9 pagi tadi, katanya.

"Polis telah menghubungi keluarga mangsa dan pihak Kem Gerik mengenai kejadian ini," katanya.

Bajet negara wang rakyat, bukan harta Umno

Posted: 25 Nov 2014 10:57 PM PST

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: Umno dicabar supaya melakukan perkara yang sama seperti yang dilakukan oleh MB Selangor, Azmin Ali yang mencadangkan pemberian peruntukan RM200 ribu setahun kepada Adun pembangkang, yakni Umno.

Demikian cabaran Ahli Parlimen Raub, Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz atau dikenali juga Sakmongkol AK47 di dalam blognya.

"Beranikah kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri yang dikuasai oleh Umno memberi peruntukan seperti itu kepada ahli parlimen dan adun pembangkang seperti yang diberi kepada Adun mereka?

"Peruntukan sebanyak itu sama dengan peruntukan yang diberi oleh kerajaan BN dalam sesetengah negeri yang mereka perintah - kepada Adun mereka. Adun pembangkang- yilek." Tulis Sakmongkol AK47 dalam blognya.

Menurut beliau, tindakan Azmin amat saksama kerana wang yang diberi sebagai peruntukan itu bukanlah wang parti Pakatan - tapi wang rakyat. Walalupun jumlahnya tidak sama seperti peruntukan yang diberikan kepada Adun Pakatan – sekurang-kurang ada peruntukan untuk pembangkang.

"Rakyat tidak perlu khuatir sebab wang peruntukan tersebut bukannya dimasukkan dalam akaun peribadi wakil rakyat tapi diserahkan kepada pejabat tanah dan daerah. Kecuali saya rasa di Sarawak dimana peruntukan dimasukkan kedlaam akaun peribadi." Tulisnya lagi.

Sebagai wakil rakyat pembangkang, tentunya beliau memahami situasi tersebut, yakni dinafikan hak menerima peruntukan sebagai wakil sah yang dipilih oleh rakya melalui pilihan raya.

"Berani atau tidak kerajaan Umno memberi peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang dalam negeri mereka? Tidak mengapa jika adun Umno dapat RM600 ribu - kita hanya perlu RM240 ribu setahun. Tidak mengapa ahli parlimen Umno dapat RM2 juta setahun- kita hanya perlukan Rm1 juta. Duit itu rakyat yang punya." Tegasnya lagi.

Sakmongkol AK47 turut menekankan peri pentingnya rakyat faham bahawa semua duit dan peruntukan itu adalah hak dan milik rakyat. Bukan milik Umno.

Beliau menyentuh tentang sikap Umno yang sering mengugut rakyat termasuk anak muda. Mereka sering ditekankan tentang apakah sumbangan mereka kepada negara. Anak muda sering didoktrinkan bahawa kerajaan Umno lah yang memberi biasiswa dan kemudahan kepada mereka.

Suasana ini, menurut beliau mengakibatkan perasaan antara tuan dan hamba. Rakyat sebagai hamba mesti patuh kepada tuannya, iaitu kerajaan Umno.

"Ini masalah pokok penyokong pemerintah - hanya kerana mereka menyalurkan wang rakyat, mereka ingat mereka pemilik dan tuan dan kita ini kuli dan hamba. Selalu kita dengan orang menyebut- jangan tanya apa pemerintah boleh beri kamu, tanya apa kamu boleh sumbangkan kepada kerajaan." Tegurnya.

Bagi beliau, perkara ini bertentang dengan piagam individu berjiwa merdeka. Rakyat yang berjiwa merdeka tidak anggap kerajaan atau pemerintah sesuatu yang menghimpit atau menekan mereka dari atas. Pemerintah itu adalah wasilah atau jalan untuk mencapai kepentingan bersama.

Golongan yang cerah pemikiran hari ini bertanya - apakah yang mereka boleh capai melalui kerajaan untuk kepentingan bersama. Apabila pelajar dan golongan progresif lain menentang kerajaan - mereka mendedahkan perihal keberadaan golongan yang terpinggir yang tidak menikmati kesejahteraan bersama.

Mereka memberitahu bahawa peranan kerajaan yang diujudkan oleh persetujuan rakyat jangan dijadikan jentera menekan dan menindas rakyat.

Kerajaan yang memerintah sekarang memegang semua duit rakyat yang bayar cukai memang bertanggung jawab mengurus dan mentadbir wang rakyat. Pihak pembangkang dan golongan yang menjaga kesedaran masyarakat memantau supaya wang rakyat dibelanjakan secara berhemah dan memantau supaya pemerintah jangan zalim dan mencabul hak rakyat.

"Jika mereka beri PTPTN atau bantuan lain, itu bukan wang diambil dari saku mereka sendiri - bahkan wang tersebut adalah daripada cukai yang diambil dari rakyat. Pelajar harus berterima kasih tapi mesti berdiri menentang salah laku dan rasuah dan pembulian keatas rakyat." tegas beliau lagi.

Beliau dengan tegas menyatakan bahawa kalau kerajaan tidak cekap, korup, tidak adil, adalah menjadi tanggung jawab untuk semua warga negara yang prihatin, bangun bercakap. – HARAKAHDAILY

PAS Terengganu bersedia kemungkinan banjir kedua

Posted: 25 Nov 2014 10:55 PM PST

HARAKAHDAILY



Dr Azman (kiri) bersama MP Kuala Nerus melawat mangsa banjir daerah itu, minggu lalu.
 


KUALA LUMPUR: Menghadapi musim banjir 2014 adalah pertama kalinya Badan Perhubungan PAS Terengganu melalui Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan menyusun jentera operasi berdasarkan SOP Jabatan Pengurusan Kecemasan dan Bencana PAS Pusat.

Menurut Pengarah Operasi Banjir PAS negeri, Dr Azman Ibrahim, standard operasi yang diseragamkan struktur dan fungsinya dengan gabungan armada pelbagai kepakaran bermula dari Bilik Gerakan Banjir Negeri kepada Bilik Gerakan Banjir bagi setiap kawasan parlimen seterusnya di peringkat Dewan Undangan Negeri dan akhirnya kepada Pusat Operasi di lokasi-lokasi terjejas banjir.

Katanya, armada yang terdiri dari Unit Amal, Ameerah, Rakan Khidmat, Yayasan Amal Malaysia, Radio Amatur, Papisma dan Kelab 4x4 Terengganu Adventure Group (TAG) disatukan kekuatan di bawah satu penyelarasan supaya tugasan membantu, menyelamat dan mengurus mangsa-mangsa banjir menjadi lebih sistematik, cepat, tepat dan berkesan supaya setiap sumber samada kewangan, tenaga dan aset dapat dimanfaatkan pada kadar yang paling optimum.

"Pelan bertindak meliputi langkah demi langkah bermula dari tugasan sebelum banjir, semasa banjir seterusnya kerja-kerja pasca banjir merangkumi gerak kerja pembersihan dan pembaikian," jelasnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya, menghadapi banjir gelombang pertama yang melanda Terengganu, kelihatan beberapa kawasan parlimen mampu mengadaptasi dan mengoperasikan bilik gerakan masing-masing dengan baik walau tak dinafikan bahawa setiap sistem yang baru dilaksanakan memerlukan sedikit tempoh untuk dihadamkan dengan sebaiknya.

Sebagaimana biasa, katanya jentera Unit Amal adalah antara yang paling menonjol dan dihormati di lapangan.

"Kami juga mendapat kerjasama yang sangat baik dari agensi-agensi kerajaan seperti ATM dan JPAM.

"Bagi pihak Bilik Gerakan Banjir PAS Negeri Terengganu, saya merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat dari perlbagai pihak di semua peringkat yang telah bersama menyumbang samada masa, tenaga, wang ringgit, buah fikiran dan sebagainya demi menjayakan operasi ini," ujarnya.

Beliau berkata, merujuk kepada musibah banjir yang melanda Terengganu khususnya Daerah Kuala Nerus terutamanya di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri Tepuh, Seberang Takir dan sedikit dari Teluk Pasu, maklumat dari lapangan jelas menunjukkan bahawa air yang melimpah sehingga menenggelamkan beberapa kawasan penempatan penduduk seperti Taman Baruh, Taman Darul Iman, Taman Air Mata, Taman Solehah Kampung Padang Air, Kampung Pak Tuyu, Kampung Wakaf Tengah, Kampung Padang Hangus, Perumahan Gong Badak 4 dan Kampung Gong Datuk adalah berpunca dari sebab berikut:

Yang pertama, ujarnya ketiadaan sistem saliran yang sempurna sehingga kepesatan pembangunan seperti penambakan tanah dan pembinaan bangunan-bangunan telah mewujudkan halangan-halangan kepada aliran ke sungai dan seterusnya ke laut.

Tambahnya, jelas kelihatan daerah Kuala Nerus amat memerlukan kepada monsun drain yang berperanan mengalirkan air ke laut ketika musim tengkujuh melanda.

Menurutnya lagi, tinjauan lapangan juga mendapati ada longkang besar di sekitar Tok Jembal yang dipenuhi air ketika banir tetapi air dalam keadaan tenang atau tidak mengalir.

Beliau menjelaskan, indikasi yang jelas bahawa longkang tersebut tidak dibina dengan level atau paras  yang betul sehingga menjadikan ia tidak berfungsi ketika saat yang betul.

Yang kedua, kata beliau keghairahan dengan projek pembangunan sehingga mengorbankan kawasan tadahan air di Baruh Tok Jiring dan Baruh Padang Kemunting juga antara sebab utama berlakunya banjir.

Beliau berkata, apabila kawasan baruh atau paya yang berperanan sebagai takungan air semulajadi ditimbus dengan tanah demi pembangunan dan keuntungan sesetengah pihak yang berkepentingan, maka ke mana lagi  air hujan nak mengalir.

"Di mana peranan Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Pengairan dan Saliran dalam hal ini?

"Atau mereka telah memberikan nasihat yang betul. Tetapi ada tangan ghaib yang lebih hebat dari mereka untuk meluluskan projek," ujar beliau yang juga Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS negeri.

Tambahnya lagi, terdapat juga di kawasan Tepuh beberapa taman perumahan ala-ala Belanda yang berada di bawah paras air seperti perumahan Pusu Tiga dan Taman Baruh.

Menurut beliau, dengan penambakan tanah yang tidak mencukupi tahap ketinggiannya, walaupun begitu projek pembinaan rumah tetap juga diteruskan lantas mendedahkan penghuninya kepada ancaman limpahan air banjir.

"Sekali lagi persoalan, siapa yang meluluskannya," katanya.

Kata Dr Azman, maklumat di lapangan juga menyebut bahawa terdapat 8 mengabang (out flow) yang berperanan mengalirkan air keluar ke sungai dari kawasan Baruh Tok Jiring dan Baruh Padang Kemunting telah tidak diselenggara sehingga menyebabkan tersumbat dan gagal berfungsi pada saat ianya sangat kritikal diperlukan.

"Pelan seterusnya bagi Bilik Gerakan Banjir PAS Terengganu adalah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan banjir gelombang kedua yang bakal melanda," ujarnya. - HARAKAHDAILY

RM17 juta mampu tingkat prestasi atlet Selangor

Posted: 25 Nov 2014 10:48 PM PST

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman melahirkan keyakinan peruntukan RM17 juta untuk pembangunan atlet dan prasarana sukan di Selangor mampu memberi kesan positif terhadap prestasi atlet negeri itu, lapor Selangor Kini.

Bagaimanapun, katanya organisasi sukan di Selangor dan pihak kerajaan perlu berkerjasama memastikan pemilihan program pembangunan tepat dan berkesan.

Menurutnya, bajet yang diumumkan Menteri Besar dilihat sebagai bajet mesra rakyat yang menyaksikan tumpuan kepada kelas menengah dan bawah rakyat Selangor dan semestinya juga kepada golongan anak muda.

Beliau yang juga Setiausaha PAS negeri berkata, peruntukan kepada atlet adalah tepat selepas prestasi golongan itu dan sukan Selangor dilihat masih belum mencapai tahap sebenar.

"Kita harapkan dengan adanya tumpuan kepada sukan di Selangor, maka prestasi sukan akan lebih membanggakan," katanya kepada Selangor Kini hari ini.

55,578 penerbangan guna 'airport' Sultan Ismail Petra

Posted: 25 Nov 2014 10:08 PM PST

ASLANI M 






KOTA BHARU: Sudah sampai masanya Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa dinaik taraf sebagai lapangan terbang antarabangsa memandangkan kesibukan trafiknya sekarang.

Ini dapat dibuktikan statistik pergerakan kapalterbang di lapangan terbang tersebut pada 2013 iaitu sebanyak 55,578 penerbangan.

Jumlah penerbangan tersebut termasuk MAS sebanyak 3,325 penerbangan setahun, Firefly (6,760) dan AirAsia (5,679).

Perangkaan itu dikeluarkan Department of Civil Aviation Malaysia (DCA) bagi kapalterbang yang menggunakan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa.

Manakala jumlah penumpang pada 2012 sebanyak 1.4 juta orang setahun berbanding 800,000 orang pada 2005.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Datuk Hanifa Ahmad berkata, jumlah penerbangan dan bilangan penumpang kurang sikit berbanding Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

"Jadi sudah sampai masanya Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kewangan meluluskan untuk menaik taraf airport di Kota Bharu.

"Ini memandangkan kedudukan Kota Bharu lebih dekat dengan ibu-ibu negara Asean," katanya di sini.

Kata beliau juga berdasar perkembangan tersebut sepatutnya kerajaan pusat memberi pertimbangan sewajarnya.

Menurutnya cadangan untuk membesarkan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra telah dikemukakan kepada kerajaan pusat.

"Pada pertemuan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada akhir 2013 cadangan menaik taraf airport diajukan.

"Kerajaan negeri juga telah mengangkat kertas cadangan mewujudkan International Airport melalui UPEN, di mana kosnya kira-kira RM282 juta," katanya di sini.

Speksifikasi landasan yang ada sekarang ialah 2,200 meter panjang dan lebar 45 meter. Kerajaan negeri memohon landasan dipanjangkan sehingga 3,600 meter panjang dan lebar 60 meter.

Hanifa berkata, konsentrasi penerbangan ialah di negara-negara Asean termasuk ke China, Bangkok, Jepun, Manila, Jakarta, Bangkok manakala ke Timur Tengah pula penerbangan jemaah haji ke Makkah.

Menurut beliau tanah bagi membolehkan pembesaran dilakukan sudah lama disediakan selepas pengambilan semula dibuat kerajaan negeri.

Selain itu katanya AirAsia juga bercadang mewujud hub penerbangan di Pengkalan Chepa membabitkan kawasan seluas lima ekar.

"Oleh itu kita harap kerajaan Malaysia lebih serius bagi mempertimbangkan pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra," katanya.

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra juga kini digunakan tujuh syarikat sekarang iaitu MAS, AirAsia, Firefly, Malindo Air, Westar, Asia Pacific Fligt Training dan Royal Malaysia Air Force (RMAF). - HARAKAHDAILY

Sokong Ibrahim Ali, bukti UMNO parti berideologi perkauman

Posted: 25 Nov 2014 10:05 PM PST

LIM_GUAN_ENG_PC

-Roketkini.com


GEORGE TOWN: Sokongan secara terbuka beberapa pemimpin UMNO terhadap kenyataan perkauman NGO ektremis Perkasa bukti keperluan undang-undang untuk menghukum sesiapa saja yang berusaha menyemarak permusuhan dalam negara.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata parti komponen BN MCA dan Gerakan juga perlu mengecam tindakan UMNO itu yang jelas bertentangan dengan komitmen dan 'keihlasan' kerajaan menentang perkauman.

Guan Eng berkata demikian merujuk satu lagi tindakan menghasut Ibrahim, dua hari lalu yang menggesa kerajaan supaya hanya Bumiputera saja layak mendapat pengecualian daripada membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Namun, tidak ada sebarang hukuman dikenakan terhadapnya, malah lebih menyedihkan beliau turut mendapat sokongan pemimpin UMNO

"Dengan menyokong tindakan Perkasa, bagaimana UMNO boleh menafikan bahawa mereka sememangnya adalah sebuah parti politik ekstrem yang berideologikan perkauman?, kata Guan Eng dalam satu kenyataan.

Tambah Guan Eng, belum hilang kemarahan rakyat berhubung ancaman Ibrahim mahu membakar Bible versi Bahasa Melayu dan Iban, Presiden Perkasa itu sekali lagi melakukan kenyataan menghasut.

"Bukan itu sahaja, dia juga mahukan kerajaan bertindak ke atas fenomena bahawa ramai pelajar bukan Bumiputera dikecualikan membayar semula pinjaman Perbadanana Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) kerana mereka mendapat kepujian kelas pertama..

"Diskriminasi kaum secara terang-terang ini menekankan keperluan supaya Akta Keharmonian Kaum yang boleh menyatupadukan rakyat dan menghukum sesiapa jua menghasut kebencian demi kepentingan peribadi," ujarnya. -Roketkini.com

Kes bunuh di kalangan warga asing meningkat, apa tindakan polis?

Posted: 25 Nov 2014 10:03 PM PST

steven sim 1

 Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu memberikan jaminan keselamatan kepada rakyat melalui langkah pencegahan, bukan sekadar melalui kenyataan media, kata Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong.

Katanya, beliau tidak melihat polis dan kerajaan meningkatkan usaha membanteras jenayah, terutama kes bunuh yang sudah menjadi krisis di Pulau Pinang.

"Situasi kini amat serius. polis perlu meningkatkan langkah pencegahan seperti memperbanyak skuad rondaan, bukan hanya mengeluarkan kenyataan media agar rakyat rasa selamat," katanya dalam satu kenyataan.

Sepanjang tahun ini, sudah 50 kes bunuh dilaporkan di Pulau Pinang, dengan 31 daripadanya melibatkan warga asing dan 18 daripadanya warga Myanmar.

Terbaru, insiden kepala lelaki dipercayai warga asing ditemui dalam plastik di hadapan sebuah kedai makan di Taman Impian Ria, Bukit Mertajam semalam.

Kebanyakan bunuh warga asing dilakukan dengan cara sama, iaitu dibuang ditepi jalan di kawasan perindustrian dan dibalut dengan kain putih atau cadar.

Tambah Steven, terlalu banyak persoalan yang timbul daripada siri pembunuhan ini, termasuk kegiatan gangster warga asing yang semakin meningkat di negeri itu.

"Sudah 18 kes pembunuhan kejam melibatkan warga Myanmar, tetapi polis masih menafikan sebarang kaitan.

"Adakah kegiatan gangster melibatkan warga asing kian meningkat? Jika benar, apakah tindakan polis untuk tanganinya?

"Hanya masa menentukan bilakah mereka akan mula mensasarkan rakyat tempatan, kalau pun ia masih belum terjadi," katanya lagi.

Perlu tambah anggota JSJ, kepolisan komuniti

Justeru itu katanya, sudah tiba masa kerajaan sedar keperluan menambah anggota polis terutamanya Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) seperti yang dicadangkan di Parlimen.

Sebelum ini, Steven mengusulkan cadangan agar PDRM menempatkan 11,757 polis baru ke dalam JSJ, yang kini hanya dianggotai 11.4 peratus daripada keseluruhan anggota.

"PDRM sendiri hampir sepuluh tahun lalu sudah meminta agar anggota JSJ ditambah kepada 28,000. Namun sehingga kini, anggotanya hanya seramai 16,062."

Namun, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Jaafar dalam jawapannya mengatakan, penempatan anggota adalah berdasarkan waran perjawatan yang diluluskan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

"Jawapan itu sangat tidak bertanggungjawab, hanya menunjukkan sikap acuh tak acuh.

"Mereka dalam kerajaan yang sama. Bukankah arahan boleh dikeluarkan agar JPA menambah anggota JSJ?" katanya lagi.

Selain itu, katanya lagi, situasi parah ini membuktikan keperluan unit seperti Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang bekerjasama dengan polis untuk membuat rondaan.

"Malangnya, berbanding menggalakkan semangat mencegah jenayah secara sukarela, Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara mengambil tindakan pula terhadap PPS," ujar Steven – Roketkini.com

Pencapaian UPSR menurun tahun ini

Posted: 25 Nov 2014 09:50 PM PST

SINAR HARIAN


Foto Bernama Foto Bernama
 
 
KUALA LUMPUR - Pencapaian keseluruhan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 menurun sebanyak 0.02 Gred Purata Nasional (GPN) daripada tahun 2013.

GPN pada tahun 2013 ialah 2.27 mata manakala GPN tahun ini 2.29 mata. Nilai GPN lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof semasa mengumumkan analisis keputusan UPSR di kementerian itu di PUTRAJAYA hari ini, berkata calon yang mendapat keputusan cemerlang semua gred A tahun ini ialah sebanyak 36,304 orang.

Jumlah itu ialah 7.89 peratus daripada 460,407 calon yang menduduki peperiksaan.

Pencapaian itu juga menurun sebanyak 1.26 peratus berbanding 2013 yang mencatatkan 42,646 calon mendapat keputusan cemerlang semua gred A, katanya.

Di SARAWAK, sebanyak 1,862 calon berjaya mencapai keputusan cemerlang A dalam semua mata pelajaran yang diduduki mereka, menurun 0.08, peratus berbanding 1,916 orang pada tahun lepas.

Pengarah Pendidikan Negeri Serina Sauni berkata jumlah sekolah mencatat pencapaian 100 peratus kelulusan bagaimanapun meningkat kepada 116 buah sekolah berbanding 84 buah sekolah tahun lepas.

Sementara itu, di TERENGGANU, Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) Mohammed Embong berkata pencapaian GPN negeri meningkat sebanyak 0.06 mata iaitu 2.14 berbanding 2.20 pada tahun 2013, dan jumlah ini mengatasi pencapaian peringkat nasional sebanyak 2.29.

Bagaimanapun jumlah pelajar mencapai keputusan cemerlang semua A dalam semua mata pelajaran menurun sebanyak 1.90 peratus atau 476 calon berbanding
tahun lepas.

Tahun ini hanya 2,563 pelajar daripada 21,099 iaitu 12.10 peratus yang berjaya memperolehi semua A berbanding 3,039 pelajar tahun lepas, katanya
semasa mengumumkan analisis keputusan UPSR negeri itu di Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu di Kuala Terengganu.

"Berdasarkan analisis yang dibuat, faktor utama penurunan pencapaian calon mendapat semua A adalah disebabkan oleh pencapaian mata pelajaran Sains yang 1,286 orang atau 55.70 peratus murid gagal mendapat A, bermakna mereka memperoleh 4A 1B," katanya.

Sementara itu sebanyak 49 daripada 377 sekolah di negeri itu berjaya memperoleh peratus semua A, dengan Sekolah Kebangsaan Bukit Tadok, Hulu Terengganu merupakan sekolah terbaik berdasarkan nilai Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 1.23, katanya.

"Bagaimanapun, pencapaian keputusan UPSR pada tahun ini adalah terbaik dalam tempoh 14 tahun dari segi pencapaian Baik (minimum C bagi semua mata pelajaran) dan menunjukkan peningkatan dari segi pencapaian Gred Purata (GP)," katanya,

Di KELANTAN, pencapaian keputusan UPSR mencatatkan pencapaian membanggakan apabila mendapat GPN sebanyak 2.16 mata.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Ab Aziz Abdullah berkata pencapaian GPN negeri itu menyamai pencapaian tahun lepas.

Sebanyak 3,600 calon negeri atau 11.15 peratus daripada 31,987 calon yang menduduki UPSR tahun ini, memperoleh A bagi semua mata pelajaran yang diambil, katanya pada majlis pengumuman keputusan UPSR negeri itu di Kota Bharu. - Bernama

Tidak perlu kawalan harga rumah

Posted: 25 Nov 2014 09:40 PM PST


Dr Noor Azlan Ghazali Dr Noor Azlan Ghazali
 
 
SHAH ALAM - Tidak perlu kawalan harga dalam menangani isu harga rumah yang melambung, kata Ketua Kluster Ekonomi dan Pengurusan, Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali.

Menurutnya, secara kasar kawalan harga dilihat sebagai satu kaedah bagus untuk menangani isu kenaikan harga rumah tetapi realitinya tidak.

"Untuk tempoh jangka masa panjang, kaedah itu (kawalan harga) sebenarnya lebih merugikan dan membebankan terutamanya kepada kerajaan.

"Saya tidak setuju dengan cara tersebut kerana terdapat banyak kaedah lain yang boleh digunapakai," katanya, kelmarin.

Beliau berkata, umpamanya aspek perancangan bandar serta sistem pengangkutan awam yang baik perlu dititikberatkan.

Menurutnya, kenaikan harga rumah berlaku disebabkan dua faktor iaitu permintaan tinggi dan kos tanah yang tinggi.

 Katanya, di Malaysia kebanyakan rakyat mahu tinggal di bandar dan apabila disebut bandar, semua tertumpu di Kuala Lumpur yang dilihat menyediakan pekerjaan.

"Sedangkan banyak lagi kawasan luar seperti Kajang dan Selayang yang boleh dibangunkan sebagai pusat pekerjaan.

"Jika di Jepun dan New York contohnya, kebanyakan rakyat tinggal jauh dari bandar yang perjalanannya mengambil masa satu jam. Tetapi mereka mempunyai sistem pengangkutan awam yang hebat, ia sekali gus meredakan isu kenaikan harga rumah serta pemusatan," katanya. 

Selain itu, kerajaan perlu menangani isu spekulator yang membeli rumah untuk dijadikan aset pelaburan.

"Kita boleh fokus cara atau bagaimana untuk mewujudkan suasana agar mereka kurang berminat untuk membeli rumah, contohnya kerajaan perkenalkan rumah dijual balik dalam tempoh beberapa tahun dengan cukai tinggi," katanya.

Mengulas kenyataan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda bahawa kakitangan kerajaan berisiko menjadi gelandangan jika kerajaan tidak bertanggungjawab ke atas kawalan harga rumah adalah sebagai isu yang berbeza.

"Ramai keliru maksud gelandangan kerana ia isu sosial dan tingkah laku.

"Di luar negara, kerajaan menyediakan rumah perlindungan kepada golongan gelandangan tetapi mereka memilih tinggal di jalanan kerana itu cara mereka meneruskan kehidupan," katanya.

Tiada ulasan: