Tukar Tiub |
- KELAS FALSAFAH MINGGU DEPAN
- SEJARAH BERULANG LAGI
- HANYA SATU JAWAPAN
- KESAH EZI DAN JAI #3
- AWAS! BERJAGA JAGA
- TUKAR TIUB SUPER GILA
- BERI TAHU AMERIKA
- ASAL USUL ISIS
- KES AKAN MELETUP
Posted: 20 Nov 2014 07:07 PM PST |
Posted: 20 Nov 2014 06:43 PM PST BERDEMO kecil tua muda jantan betina semua keluar berdemo KOMENTAR inilah yang berlaku 40 tahun dahulu hujan turun bulan november hujan turun bulan disember harga getah jatuh harga barang makan naik maka orang kampong di utara kedah maka orang kampong di baling maka orang kampong di sik maka orang kampong di tikam batu turun ke jalan raya sejarah berulang kembali WARGA BALING warga baling warga utara kedah turun berdemo hilang 66% pendapatan Kejatuhan harga pasaran getah dunia bukan saja menyebabkan pendapatan penoreh dan pemilik kebun getah terjejas, malah hampir setengah juta penoreh getah dan pekebun kecil terpaksa bergelut untuk hidup seharian ekoran kesan kenaikan kos sara hidup. Jika dulu mereka menikmati hasil menoreh getah sehingga RM1,500 sebulan, tetapi kini hanya mampu memperoleh pendapatan antara RM500 hingga RM600, hilang kira-kira 66% daripada pendapatan asal sejak awal tahun ini. Zulkifli Husin, 61, pemilik kebun getah di Kampung Peradong, Jelebu di Negeri Sembilan berkata, hidupnya kini bagaikan 'kais pagi makan pagi, kais malam makan malam'. Mewarisi kebun seluas 3 ekar daripada ayahnya, menoreh getah merupakan pendapatan utama Zulkifli bagi menyara lima isi rumah, dua daripadanya masih bersekolah. "Kalau dulu boleh menyimpan duit untuk belanja keperluan anak, sekarang dalam buku bank RM1 pun tidak ada. "Kami tidak ada pilihan selain terpaksa ikat perut lebih-lebih lagi harga barang dan makanan sekarang semuanya mahal," katanya ketika ditemui The Malaysian Insider. Sebagai pekebun kecil, beliau terpaksa akur dengan harga getah yang merudum teruk sehingga RM1.60 sekilogram berbanding sebelum ini RM3. Lebih menakutkan, beliau tidak dapat membayangkan keadaan dirinya sekeluarga menghadapi musim 'daun luruh' tahun depan, iaitu tempoh getah tidak dapat mengeluarkan hasil sepanjang Februari dan Mac. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/harga-getah-jatuh-penoreh-sengsara-hilang-66-pendapatan#sthash.VtI6EnJq.dpuf PELAJAR turun berdemo 3 disember 1974 dataran merdeka untuk pertama kali dijadikan tempat berdemo masjid negara untuk pertama kali dijadikan tempat berdemo serjarah dilakar 40 tahun dahulu -------------- |
Posted: 20 Nov 2014 06:09 PM PST KOMENTAR hanya satu jawapan lawan hanya satu jawapan turun ker jalan raya hanya satu jawapan turun turun turun Mahasiswa bukan lagi budak hingusan yang perlu mengikut semua telunjuk pihak kerajaan dan segala kebebasan bersuara perlu diberikan kepada mahasiswa. Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol hari ini semakin lantang bersuara menentang kerajaan dengan menggesa pelajar Universiti Malaya supaya tidak tunduk kepada kepada kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Katanya, mahasiswa bukan lagi budak hingusan yang perlu mengikut semua telunjuk pihak kerajaan. KAH KAH KAH lawan jangan tak lawan tentang kangan tak tentang turun jangan tak turun malam 31 disember dataran merdeka KAH KAH KAH ----------- |
Posted: 20 Nov 2014 05:34 PM PST MENGANDUNG Tengok perut ezi tu mcm mengandung.. Nanti bila beranak..Kau jgn buang pulak anak ezi tu tt. on KESAH EZI DAN JAI #2Anonymous on 11/11/14 NAMA SAYA JAI FAKWA FAKWI Betul aku setuju. I wanna fuck pig dibolehkan dalam ajaran kominih. Fatwa fuck khinzir ni dah dikeluar oleh Stalin dulu. Sila patuh fatwa ini. Kalau lawan Agong Putin akan ambil tindakan. kah...kah...kah... on KESAH EZI DAN JAI #2 Anonymous on 11/11/14 ULAR MAK BAHAYA Sekumpulan spesis ular mamak berkeliaran utk jaga moral melayu islam..kah kah kah... ular semua dah tau... mamak pun dah kenal benar... guna fatwa fatwi gempur melayu... mamak memang suka melayu terus bodoh.... peluang bisnes tu...kah kah kah Bani melayu pulak asyik dengar golongan ular mak nie....lagi pening.... on KESAH EZI DAN JAI #2Publish | Delete | Spam Anonymous on 11/11/14 NAMA SAYA EZI BUDAK BUDAK Jai dan Ezi ini bebudak baik , bukan bahalol macam jutaan mamat mamat Bahalol yang ada di Malaysia ini. Tok sah risau pasal Jai & Ezi. Banyak bangsa bukan Bahalol sanggup bela kasi makan tidor pada Jai & Ezi ini. Yang penting , jangan di serah pada kaum Bahalol sudah. on KESAH EZI DAN JAI #2 Anonymous on 11/11/14 ----------- |
Posted: 20 Nov 2014 04:49 PM PST Pihak hina Islam berdepan tindakan tegas KUALA LUMPUR - Kerajaan mengambil perhatian serius dalam menyekat pihak yang cuba memfitnah dan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW khususnya di media sosial. Jamil Khir Baharom berkata, untuk menangani isu tersebut kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Jabatan Islam Negeri (Jain) serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menjalinkan kerjasama bagi mencegah gerakan ini daripada berleluasa. "Tindakan ini dilaksanakan melalui pemantauan penguatkuasaan, dan penjelasan kepada masyarakat melalui bidang kuasa masing-masing. "Kita juga jalin kerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan kita telah persetujui satu mekanisme khusus bagi atasi masalah ini," katanya ketika menjawab soalan Mohd Fasiah Mohd Fakeh (BN-Sabak Bernam) di Dewan Rakyat, semalam. KAH KAH KAH woit awas berhati hati berjaga jaga wakil tuhan telah bersabda KAH KAH KAH ----------- |
Posted: 20 Nov 2014 06:30 AM PST SUPER GILA Tukar tiub bukan gila....tapi super gila...dia gila untuk merubah sistem mentaliti manusia terutama melayu agar menjadi simple..cerdik...tegas...flexible dan berani berkata tidak pada buli dan penindasan halus......apakan daya...kebanyakan umnoporiean talak mau ubah..selaku presiden pertubuhan manusia gila malaysia (PEGILASIA).saya nobatkan dan istyiar mahatir..noh udang..abe ing..najib..hassanlik..maslan..zaidkomidi....GILA....sekian...mhahahhahahahahaha.....sorry tukar tiub...cuba lagi lain kali.....hahhaha on APA ITU ISIS in response to The difference between CRAZY and STUPID One truck driver was doing his usual delivery to a Mental Hospital. He discovered a flat tyre when he was about to go home. He jacked up the truck and took the flat tyre down. When he was about to fix the spare tyre, he accidentally dropped all the bolts into the drain. As he can't fish the bolts out, he started to panic.One patient happened to walk past and asked the driver what happened. The driver thought to himself, since there's nothing much he can do; he told the patient the whole incident. The patient laughed at him & said "can't even fix such a simple problem... No wonder you are destined to be a truck driver..." "Here's what you can do, take one bolt each from the other 3 tyres and fix it onto this tyre. Then drive to the nearest workshop and replace the Missing ones, easy as that" The driver was very impressed and asked:"You're so , by Anonymous. Publish | Delete | Spam DD KAYBEE on 11/7/14 ----------- |
Posted: 20 Nov 2014 05:00 AM PST KOMENTAR beri laporan pada jabatan kewangan amerika rosmah dan najib bawa lari duit masuk amerika guna filem sebagai laundry LAPORAN KEPADA KETUA AUDIT NEGARA DAN GABENOR BANK NEGARA UNTUK MULA SIASATAN TERHADAP 1MDB Saya telah mengajukan 4 soalan rasmi bagi siding Dewan Rakyat kali ini untuk mendapat maklumat lanjut mengenai pelaburan 1MDB dari Najib Razak. Hari ini, saya mendapat jawapan dari Najib Razak bagi soalan no. 38 yang saya ajukan. Malangnya, Najib Razak tidak memberi sebarang jawapan malah menyalin bulat-bulat ("copy and paste") perenggan yang sama dalam soalan-soalan lain berhubung 1MDB setakat ini. Jawapan Najib Razak mengenai perkara ini adalah seperti di bawah yang diulang dalam soalan-soalan lain: "1MDB memastikan fi dan perbelanjaan adalah dinyatakan dengan betul di dalam penyata kewangan yang telah diaudit. Apa-apa maklumat lain yang telah dinyatakan di dalam penyata kewangan adalah milik persendirian (proprietry) syarikat" Keengganan Najib Razak memberi maklumat mengenai pelaburan 1MDB adalah satu penghinaan kepada Dewan Rakyat. Namun, perkara yang lebih membimbangkan saya ialah keengganan itu memberi gambaran ada sesuatu yang perlu disembunyikan. Oleh kerana skandal 1MDB ini membawa risiko besar kepada kedudukan kewangan negara dan Najib Razak menyembunyikan maklumat dari rakyat, saya percaya masanya telah tiba supaya institusi-institusi utama negara mengambil tindakan untuk campur tangan dalam menentukan di mana dan ke mana dana rakyat yang diambil 1MDB ini. Maka, pada hari ini saya akan menulis secara rasmi kepada Ketua Audit Negara, i Ambrin Buang untuk memulakan siasatan ke atas 1MDB bagi menentukan apakah risiko yang dibawa oleh 1MDB kepada tanggungan hutang Kerajaan Persekutuan setakat ini, mengambil kira prestasi kewangan 1MDB setakat ini. Saya juga akan menulis secara rasmi pada hari ini kepada Gabenor Bank Negara Malaysia, Zeti Akhtar Aziz supaya memulakan siasatan terhadap aliran dana dan pemindahan dana keluar masuk negara yang melibatkan 1MDB mengikut peruntukan di bawah Akta Penggubahan Wang Haram (Anti Money Laundering Act). Mengikut peraturan anti-penggubahan wang haram (anti money laundering) yang diterima pakai secara bersama di seluruh negara, sebarang aliran dan pemindahan wang keluar masuk sesebuah negara perlu diisytiharkan dengan maklumat terperinci mengenai latar belakang pemindahan itu seperti dari mana wang itu datang, siapa yang menguruskan wang itu, syarikat mana terbabit, untuk apa wang itu digunakan dan lain-lain. Saya yakin Zeti Akhtar Aziz akan membuat tindakan yang betul dengan menyiasat dan mengumumkan butiran dana 1MDB yang sebelum ini sering kali dipindahkan ke seluruh dunia. Jika saya tidak mendapat sebarang maklumat dari Bank Negara Malaysia, saya akan membuat permohonan rasmi kepada badan-badan serupa di Hong Kong, Singapura dan Switzerland agar siasatan rasmi di bawah peraturan anti-penggubahan wang haram (anti money laundering) juga dimulakan di negara-negara ini terhadap 1MDB. Saya akan mengedarkan surat-surat yang dihantar kepada Ketua Audit Negara dan Gabenor Bank Negara Malaysia menjelang akhir hari ini. RAFIZI RAMLI Naib Presiden/Setiausaha Agong KEADILAN Ahli Parlimen Pandan KAH KAH KAH woit biar najib dan rosmah kena tangkap di amerika taik terjulur julur akan lari lintang pukang KAH KAH KAH ---------------- |
Posted: 19 Nov 2014 08:39 PM PST ASAL USUL ISIS November 16, 2014 "ICH" - "The Independent"- The Islamic State (Isis) has recruited an army hundreds of thousands strong, far larger than previous estimates by the CIA, according to a senior Kurdish leader. He said the ability of Isis to attack on many widely separated fronts in Iraq and Syria at the same time shows that the number of militant fighters is at least 200,000, seven or eight times bigger than foreign in intelligence estimates of up to 31,500 men.
Dari mana agaknya perlu saya mulakan surah ini. Dari detik mana wajib saya jadikan patukan kelahiran ISIS. Saya bertanya kerana saya ingin berlaku adil ketika kita besama-sama membaca salasilah dan memahami ISIS. Kepada anak-anak muda biar saya nyatakan bahawa pada 11 September 2011 dua bangunan World Trade Center di New York telah meledak dilanggar oleh kapal terbang penumpang. Juga Bangunan 7 dengan tak semena mena telah runtuh. Ini 12 tahun dahulu. Semenjak itu dunia yang kita diami ini telah berubah. Dunia hari ini bukan saperti dunia sebelum ledakan WTC. Biar saya rungkai sejarah. Ketika ledakan 9/11 berlaku saya dikurung di Kamunting. Justeru, tidak banyak lambakan berita yang masuk. Tetapi saya masih ingat bagaimana pada minggu pertama satelah 9/11 ada muncul 'kesah' ajen Saddam Hussein bertemu dengan wakil Mohamed Atta di Praque. Muhamad Atta – dikatakan dari kumpulan Al-Qaeda. Si Atta ini juga pemimpin 19 'pengganas' yang dikatakan telah meledakkan WTC. Bagitu pantas risikan Amerika telah mengetahui rancangan Al-Qaeda. Malah maklumat ini dikatakan telah diketahui 5 bulan sebelum ledakan. Tetapi, hairan bin takjub - TIDAK ada apa-apa yang dilakukan. Akhirnya pada 19 March 2003 Iraq telah diserang oleh Amerika atas tuduhan Saddan Hussein memiliki Senjata Pemusnah - weapon of mass destruction. Tetiba kesah Saddam bersubahat dengan Al-Qaeda meledakkan WTC hilang ghaib bagitu sahaja. Saya mengulangi-ulangi kesah ini kerana saya merasa terpanggil oleh sejarah untuk merakamkan apa yang telah berlaku satu dekad yang lalu. Iraq dan Saddam Hussein tewas. Presiden Iraq ini digantung mati. Tetapi perang TIDAK mengendur tapi berterusan dan hari ini semakin melebar. Satelah Baghdad jatuh yang datang menjadi wakil Rumah Puteh ke Baghdad ialah seorang diplomat bernama Paul Bremer. Langkah pertama Mamat Bremer ini telah meruntun dan memusnahkan apa sahaja lembaga-lembaga daulah dari kerajaan Saddam. Pegawai kerjaaan, guru sekolah, pensyarah, pemandu, wartawan semua dibuang kerja. Paling memeranjatkan dunia ialah apabila semua askar, soldadu dan pegawai polis Irag dilucutkan senjata. Beratus ribu hilang pekerjaan. Mengikut lojik Bremer - semua ini dilakukan untuk memastikan semangat dan kesetiaan terhadap nasionalis Saddam dan parti Baath dapat dilupuskan. Maka perang gerila anti-Amerika dan anti-kolonial bermula. Perang gerila ini ini dipandu dan dipimpin oleh bekas soldadu dan tentera yang masih setia dengan Saddam. Mereka terdiri dari pelbagai jalur termasuk kaum nasionalis, kaum agamawan juga dari kabilah-kabilah suku Badwi yang memiliki kesetiaan lepada ketua kabilah. Perang gerila ini menghuru harakan Rumah Puteh. Ramai soldadu Amerika dan sekutunya gugur. Langkah Bremer melupuskan tentera Saddam dilihat sebagai satu kesilapan besar. Maka satu taktik baru dimunculkan. Saperti kuasa kolonial British ketika menjajah Tanah Melayu dan berhadapan dengan Perang Gerila Rakyat Malaya – Amerika juga menggunakan taktik 'pecah perentah'. Kalau di Tanah Melayu – kaum Cina dijadikan hantu untuk menakut-nakutkan Melayu. Di Tanah Melayu Cina dan Melayu digaduh-gaduhkan. Di Iraq – penganut Sunni dan Shiadigaduh-gaduhkan. Satu malam yang gelap ajen Amerika secara sulit telah meledakan Masjid Sunni. Satu minggu kemudian ajen yang sama telah meledakkan Masjid Shia. Pemimpin Sunni dibunuh. Pemimpin Shia dibunuh. Semua ini dilakukan beruang-ulang. Akhirnya setia kawan yang dibina dizaman kerajaan nasionalis hancur lebur. Kesedaran satu bangsa – Bangsa Iraqi hancur. Kini jati diri diwakili dengan kesedaran mazhab. Wilayah Utara Iraq menjadi negara Kurdish. Dari Baghdad ke Basrah menjadi wilayah Shia. Penganut Sunni menduduki diantara dua kawasan ini. Kota Baghdad yang kosmopolitan – dimana warga kota tidak memilih mukim Sunni atau Shia kini hancur. Dalam kota Baghdad daerah dan mukim mula dipisah-pisah melalui mazhab. Taktik pecah dan perentah ini membawa kejayaan besar kepada Amerika. Perang gerila mengendur dan akhirnya dapat dipatahkan. Puak penentang Amerika dari jalur nasionalis termasuk kumpulan Islamis telah hampir hancur. Mereka berundur ke wilayah padang pasir yang lebih selamat. Ketika inilah Presiden Obama dengan bangganya membawa bala tentera Amerika meninggalkan Iraq. Pada Disember 2011 Obama mengumumkan semua soldadu dan bala tentera Amerika selamat pulang. Iraq dipulangkan kepada Iraqi dibawah pimpinan Presiden Maliki. Iraq Baru - dibawah pimpinan Presiden Maliki membawa satu harapan kepada rakyat Iraq. Presiden Maliki diharap-harapkan akan membawa keamanan. Tetapi harapan tinggal harapan. Maliki dilihat bukan Presiden Iraq, bukan mewakili Iraqi tetapi menjadi Presiden Shia. Sikap berpuak Maliki ini cukup tebal dan ini GAGAL untuk melahirkan Iraq Baru pasca Saddam. Pilihanraya 2010 telah memperlihatkan cara pengundi memilih. Sama saperti yang berlaku di Tanah Melayu pada tahun 1955. Melayu undi Melayu. Cina undi Cina. Di Iraq Shia undi Shia dan Sunni undi Sunni. Sikap sekterian mazhab ini semakin menebal. Pertelingkahan Shia/Sunni ini menjadi bertambah buruk. Naib Presiden Tariq al-Hashemi telah dituduh oleh Maliki bersekongkol. Dengan 'puak pengganas'. Tariq melarikan diri. Pada September 2012 dia telah dijatuhkan hukum mati. Kini Tariq seorang Sunni hidup dalam buangan di Doha. Sikap sekterian Maliki ini tidak berkesudahan. Kini seorang lagi Menteri Keewangan Iraq dituduh bersekongkol dengan 'puak pengganas'. Raffi al-Issawi dilihat sebagai perwakilan Sunni dalam kabinet Maliki. Pada bulan Disember 2012 sosok ini diserang dan cuba ditangkap. Raffi yang amat-amat dihormati dikalangan Sunni kini melarikan diri. Dengan ini keyakinan warga Sunni terhadap kerajaan Iraq Baru hancur. Ketika semua ini berlaku Abu Bakar Baghdadi mungkin dalam penjara Amerika di Kem Bucca atau mungkin telah dibebaskan. Apa yang saheh dalam penjara Iraq ada ratusan anak-anak muda Sunni yang telah ditahan oleh soldadu Maliki. Dalam masa yang sama kumpulan Rela Shia terus menerus membunuh anak-anak muda Sunni walau pun mereka tidak terlibat dalam apa gerakan politik. Shia bunuh Sunni menjadi lumrah hinggakan saban hari mayat bergelimpngan ditemui dipinggir jalan. Ketika ini juga Amerika sedang menjalankan strateji induk untuk mendominasi telaga minyak dunia. Racangan kaum imperialis Amerika untuk mengepong dan memiliki telaga minyak dunia sedang dijalankan satu persatu. Libya kini telah menjadi wilayah Amerika. Gadaffy telah mati dibunuh. Maka langkah saterusnya ialah menyerang Syria. Amerika menyerang Syria adalah sebahagian dari tindakan yang telah dilakar dan dirancang. Amerika dengan licik telah menggunakan dasar 'pecah perentah'. Di Iraq Amerika mendokong kerajaan Shia manakala di Syria Amerika menyokong Sunni untuk mengodam Bashir yang dikatakan dari mazhab Shia. Perang Syria ini telah membuka peluang yang amat baik untuk Al-Qaeda cawagan Iraq. Pada musim panas 2011 mereka telah memasuki Syria. Di Syria Al-Qaeda telah mendapat sambutan hangat. Mereka dilihat sebagai pejuang Sunni. Saudi, Qatar dan Kuwait telah menyokong dengan dolar dan dinar segala jenis macam kumpulan-kumpulan Sunni yang katakan ingin menumbangkan kerajaan Bashir. Senjata mula masuk mencurah-curah dari Amerika dan sekutunya. Amerika, Britain , Peranchis dan Tutkey telah terlibat secara langsung dalam usaha untuk menumbangkan kerajaan Bashir di Damascus. Disinilah Al-Qaeda yang berpengalamn dalam taktik perang gerila telah membuktikan ketrampilan mereka. Kalau dahulu mereka hanya menunggu duit zakat dan sedekah kini duit dan senjata datang mencurah-curah. Mereka juga telah mula menjalankan 'road blok' untuk memungut cukai. Melakukan 'rompakan' untuk menambah dana. Al-Qaeda juga telah berjaya menawan telaga minyak di Syria. Pada bulan April 2013 warga Sunni di Iraq telah melakukan tunjuk perasaan di Bandar Huwija. Seorang soldadu telah 'ditembak' mati. Tapi tindak balas dari Presiden Maliki cukup memeranjatkan. Seramai 56 penunjuk perasaan telah ditembak mati oleh soldadu Maliki. Keadaan ini menjadikan semua pekan dan kota bermajoriti Sunni – Ramadi, Fallujah, Takrit dan Mosul- keluar berdemo untuk bersetia kawan. Dalam suasana inilah kumpulan Al-Qaeda cawangan Iraq berhujah bahawa – pilihan raya telah dijalankan: hasilnya Menteri Sunni ditangkap. Tunjuk perasaan telah dilakukan hasilnya ramai yang ditembak mati. Al-Qaeda kini berhujah bahawa masanya telah sampai untuk semua anak muda Sunni bangun menentang Maliki dengan mengangkat senjata. Lima bulan sesudah pembantaian di Huwija – Al-Qaeda telah menyerang penjara Abu Ghraib. Serangan ini membebaskan 500 tahanan. Ini bermakna Al-Qaeda bertambah 500 orang gerila. Dengan senjata dari Syria dan sokongan warga Sunni Al-Qaeda telah menyerang Ramadi dan Falujjah. Dua kota Sunni ini berjaya ditawan. Amat jelas soldadu Maliki tidak ada kepuayaan untuk menentang kumpulan Al-Qqeda ini. Pada bulan April 2013 Al-Qaeda Iraq menukar nama untuk menjadi Negara Iraq dan Levan (ISIS) dan melantik Abu Bakar al-Baghdadi sebagai pemimpin. ISIS menghidupkan kembali konsep Khalifah. Konsep ini dilihat telah berjaya menjerut bukan sahaja anak muda di Iraq malah ialah telah menjerut dan memanggil ramai anak-anak muda Sunni dari benua Arab dan Eropah untuk menyertai revolusi dalam usaha untuk menegakan kembali sistem Khalifah Islam. Laungan Kahlifah Islam ini juga telah sampai ke Malaysia. Justeru lauangan inilah yang telah memanggil saya untuk menulis dan memberi pencerahan tentang ISIS. ( TT) (bersambung) NOTA tulisan ini telah disiarkan dalam SUARA KEADILAN sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini sila pukul talipon: 03-92-21-30-45 ---------------- |
Posted: 19 Nov 2014 07:33 PM PST KOMENTAR apakah IMDB mendaftar di pulau cayman bertujuan untuk bawa lari duit duit berbilion dibawa lari apa peranan jo low? anak rosmah buat filem 100 juta dolar duit dari mana? duit dari 1MDB? berapa bilion jumlah dana 1MDB hangus? lebih hebat dari kes bank bumi di hong kong lebih hebat dari skandal scorpene apa peranan rosmah? apa peranan najib? apa peranan menantu rosmah? apa peranan besan rosmah? semua akan meletup tunggu dan nanti JMM minta Tony Pua jawab isu Pulau CaymanSehubungan itu, Presidennya, Azwanddin Hamzah mempersoalkan apakah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua akan turut menghentam semua syarikat tempatan itu seperti yang dilakukan ke atas 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).
|
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan