Khamis, 20 November 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Hadi Awang patut berundur cara terhormat

Posted: 19 Nov 2014 05:05 PM PST

Saya terkejut membaca luapan kemarahan Wakil Pemuda dalam suratnya. Mengusik nama Datuk Asri Muda (Allahyarham) sebagai perbandingan, bukanlah satu kaedah bijak untuk menggesa Haji Hadi Awang melepaskan jawatan sebagai presiden parti PAS. Ianya satu pendekatan yang teramat kasar. 

Keputusan mengekalkan Hadi tanpa sedikit pun cabaran (kecuali satu daripada PAS cawangan Tanah Merah sewaktu pencalonan), membuktikan cengkaman beliau yang masih kuat dalam PAS.

 Hakikatnya 'seperti sudah terang lagi bersuluh' dan dimaklumi oleh semua pemerhati politik. Hadi sudah tidak diperlukan dalam barisan kepimpinan PAS, tetapi disebabkan beberapa kumpulan dalam parti itu yang tidak sampai hati dianggap 'tidak mengenang budi', maka Hadi dikekalkan. 

 Sedangkan, tanyalah kepada semua saf kepimpinan, terutamanya Pemuda, ternyata suasana Hadi sekarang samalah seumpama situasi Tun Dr Mahathir Mohamad pada akhir era pemerintahannya. Tun Mahathir telah melakukan tindakan terhormat dan bertindak sebagai seorang negarawan. 

 Tetapi Hadi masih menunggu isyarat-isyarat yang semakin banyak terkumpul. Ini adalah sebahagian isyarat-isyaratnya. Hadi ternyata sudah menjadi satu liabiliti dan beban teramat berat kepada PAS dan bukan lagi aset.

 PAS di bawah Hadi akan dikaitkan dengan imej kafir mengkafir, sembahyang dua imam, penghinaan kepada pemimpin parti lain dan juga peristiwa Memali yang cuba dilupakan oleh semua orang Islam di Malaysia. 

 Hadi tidak perlu menunggu ahli-ahli PAS menyebut 'Marakbar Hadi' sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Pemuda zaman Hadi kepada Datuk Asri. Marakbar Asri mengikut buku 'memoir' Asri digunakan oleh penyokong Khomeini di Iran untuk menghalau pengaruh Amerika melalui pimpinan Shah Iran. 

 Dengan slogan 'Marakbar Amerika', Khomeini berjaya. Dengan jeritan 'Marakbar Asri' kumpulan Hadi dulunya telah berjaya. Dan kini sudah sampai masanya Pemuda PAS baru ini menjerit 'Marakbah Hadi'.~ 30 Jun 2005 Umar Zain

Tiada ulasan: