ZAKRI ALI |
- Berita Mengejutkan Dari Sumber Dalaman PAS
- Berita Mengejutkan Dari Sumber Dalaman PAS
- APAKAH BENAR MELAYU TERANCAM?
- Mangsa nafsu serakah pembalak http://nusapark.com/
- Makhamah Malukan Shafiee Abdullah ???
- Arak: Gerak Misi Besar-besaran Tolak MAS.. Posted by Ibnu Hasyim
- SOKONG AZIZAH BUKAN SATU ARAHAN?
- Banjir Di Terengganu Bertambah Buruk !!
- PM Najib Segera Berundur !!
- Polis Sedang Menjejaki Pembeli Buku Zunar....???
- PAWS: Azmin arah Pejabat Tanah dan Daerah Petaling cari tapak alternatif - by admin
- Siapa yang peduli rintihan si miskin....JKKK, Tok Penghulu, Adun, Ahli Parlimen, Menteri dan PM...!! Oleh Abd Shukur Harun
- Vell Paari kata Palanivel perlu segera berundur...!!! MALAYSIAKINI
- VIDEO - My Trials and Tribulations by Anwar Ibrahim – TEDxGeorgetown
- Palanivel Sanggah Tuduhan Sultan Pahang Dia Tak Buat Kerja...!!
- Pampasan RM2.6Juta: Azmin sahkan wujud salah guna kuasa
- Nama Sebenar Aaron Aziz Dalam IC Terbongkar ?
- Tak boleh suruh parti lain keluar Pakatan - Tuan Ibrahim
- Kalau fitnah 1MDB, kami sudah ke penjara – Rafizi ..
- Transgender bertentangan Islam - ISMANIZA AHMAD
- Tengku Puji Umum Jual Tanah Mantapkan PASMA
Berita Mengejutkan Dari Sumber Dalaman PAS Posted: 20 Nov 2014 11:00 PM PST Pemilihan pucuk kepimpinan PAS tahun depan bakal menjadi pertembungan terakhir antara kumpulan yang berbeza pandangan dalam PAS sekarang dengan satu hala tuju, siapa yang kalah akan meninggalkan parti itu. "Kalau kami kalah, kami perlu fikir sama ada boleh kekal dalam PAS lagi atau tidak. Besar kemungkinan kami perlu menubuhkan parti baru. "Kami juga difahamkan, pihak belah sana juga berpendirian begitu. Kalau kalah, mereka juga melihat menubuhkan satu parti baru adalah satu opsyen bagi mereka," kata seorang pemimpin kanan PAS yang berada dalam kumpulan profesional atau lebih dikenali Erdogan, mengambil nama presiden Turki sekarang, Raccip Tayyib Erdogan. Sehubungan itu, beliau meminta semua ahli dan perwakilan PAS memastikan mereka membuat pilihan yang betul dalam pemilihan PAS pada Muktamar ke-61 yang dijangka diadakan pertengahan tahun depan. Beliau yang enggan namanya disebutkan berkata demikian kepada The Malaysian Insider ketika mengulas hala tuju PAS ekoran perbezaan pendapat yang ketara dalam parti itu sekarang, bermula sejak kekalutan pemilihan menteri besar Selangor. Sebelum fenomena yang dihadapi Malaysia ini, Turki sebagai sebuah negara umat Islam yang besar juga menghadapi fenomena sama. Sehingga pada awal 1980-an, semua aktivis politik Islam di Turki berada dalam satu parti iaitu Refah pimpinan Necmetin Erbakan. Namun mereka berpecah kerana berbeza jalur pemikiran dengan kumpulan progresif dalam parti itu membentuk AKP dan konservatif membentuk Parti Saadet. AKP pimpinan Erdogan menang pilihan raya Turki selepas menyertainya buat pertama kali pada 2002 dan memerintah Turki sehingga sekarang sedangkan Saadet kekal sebagai parti pembangkang dengan menerima sokongan tidak sampai 2% daripada rakyat Turki. Ahli Parlimen PAS itu berkata, keputusan perlu dibuat dengan jelas oleh perwakilan PAS sama ada mereka mahu bersama dengan pendekatan progresif yang dibawa kumpulan profesional atau konservatif yang dibawa kumpulan pro ulama. "Kempen nampaknya sudah bermula. Semuanya dilakukan dengan jelas oleh NGO masing-masing," katanya. Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) mewakili kumpulan ini manakala Geng Ustaz (GU) mewakili kumpulan pro ulama. "Kita meminta perwakilan mempunyai minda yang jelas, pemilihan tahun depan untuk menentukan hala tuju PAS. Sama ada kita mahu maju bersama Pakatan Rakyat (PR) atau kita mahu bersendirian dengan alasan mahu menjaga kemurnian Islam. "Jika perwakilan mahu maju bersama PR, mereka perlu memilih pemimpin yang pro PR. Jika mereka memilih pemimpin yang pro kepada duduk bersendirian dan menjauhi PR, kami terpaksa meninggalkan PAS kerana kami mahu maju ke depan," katanya. Pihak yang paling tersepit dengan fenomena yang berlaku dalam PAS sekarang adalah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Aktivis PasMa mula menyerang beliau secara terbuka dalam laman sosial di samping tekanan yang diberikan rakan dalam PR sendiri khasnya DAP. Terbaru, aktivis PasMa dari utara semenanjung Zolkharnain Abidin, bekas ketua Pemuda PAS Perlis menulis dalam Facebooknya:"PAS bukan sekadar memerlukan presiden baru, tetapi presiden yang berupaya membawa pembaharuan". Tulisan bekas Adun Santan yang banyak memenuhi program PasMa di bahagian utara Semenanjung ini mendapat komen pro dan kontra daripada pembaca. Ada yang menyokong dan tidak kurang juga yang menentang keras cadangan itu. Pihak yang pro ulama pula aktif menyerang kumpulan profesional ini, juga melalui Facebook di samping menggunakan aktiviti dalaman parti itu sebagai tapak serangan mereka. El Haraki menamakan pemimpin PasMa dan pemimpin PAS yang pro kumpulan ini sebagai 'Jebon' iaitu sejenis binatang yang suka membuat kerosakan. Kumpulan ini juga menguatkan kedudukannya di Kelantan termasuk melantik seorang pemimpin baru di Pusat Kajian Strategik (PKS) Kelantan mulai Januari nanti. ~malaysian insider |
Berita Mengejutkan Dari Sumber Dalaman PAS Posted: 20 Nov 2014 10:15 PM PST Pemilihan pucuk kepimpinan PAS tahun depan bakal menjadi pertembungan terakhir antara kumpulan yang berbeza pandangan dalam PAS sekarang dengan satu hala tuju, siapa yang kalah akan meninggalkan parti itu. "Kalau kami kalah, kami perlu fikir sama ada boleh kekal dalam PAS lagi atau tidak. Besar kemungkinan kami perlu menubuhkan parti baru. "Kami juga difahamkan, pihak belah sana juga berpendirian begitu. Kalau kalah, mereka juga melihat menubuhkan satu parti baru adalah satu opsyen bagi mereka," kata seorang pemimpin kanan PAS yang berada dalam kumpulan profesional atau lebih dikenali Erdogan, mengambil nama presiden Turki sekarang, Raccip Tayyib Erdogan. Sehubungan itu, beliau meminta semua ahli dan perwakilan PAS memastikan mereka membuat pilihan yang betul dalam pemilihan PAS pada Muktamar ke-61 yang dijangka diadakan pertengahan tahun depan. Beliau yang enggan namanya disebutkan berkata demikian kepada The Malaysian Insider ketika mengulas hala tuju PAS ekoran perbezaan pendapat yang ketara dalam parti itu sekarang, bermula sejak kekalutan pemilihan menteri besar Selangor. Sebelum fenomena yang dihadapi Malaysia ini, Turki sebagai sebuah negara umat Islam yang besar juga menghadapi fenomena sama. Sehingga pada awal 1980-an, semua aktivis politik Islam di Turki berada dalam satu parti iaitu Refah pimpinan Necmetin Erbakan. Namun mereka berpecah kerana berbeza jalur pemikiran dengan kumpulan progresif dalam parti itu membentuk AKP dan konservatif membentuk Parti Saadet. AKP pimpinan Erdogan menang pilihan raya Turki selepas menyertainya buat pertama kali pada 2002 dan memerintah Turki sehingga sekarang sedangkan Saadet kekal sebagai parti pembangkang dengan menerima sokongan tidak sampai 2% daripada rakyat Turki. Ahli Parlimen PAS itu berkata, keputusan perlu dibuat dengan jelas oleh perwakilan PAS sama ada mereka mahu bersama dengan pendekatan progresif yang dibawa kumpulan profesional atau konservatif yang dibawa kumpulan pro ulama. "Kempen nampaknya sudah bermula. Semuanya dilakukan dengan jelas oleh NGO masing-masing," katanya. Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) mewakili kumpulan ini manakala Geng Ustaz (GU) mewakili kumpulan pro ulama. "Kita meminta perwakilan mempunyai minda yang jelas, pemilihan tahun depan untuk menentukan hala tuju PAS. Sama ada kita mahu maju bersama Pakatan Rakyat (PR) atau kita mahu bersendirian dengan alasan mahu menjaga kemurnian Islam. "Jika perwakilan mahu maju bersama PR, mereka perlu memilih pemimpin yang pro PR. Jika mereka memilih pemimpin yang pro kepada duduk bersendirian dan menjauhi PR, kami terpaksa meninggalkan PAS kerana kami mahu maju ke depan," katanya. Pihak yang paling tersepit dengan fenomena yang berlaku dalam PAS sekarang adalah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Aktivis PasMa mula menyerang beliau secara terbuka dalam laman sosial di samping tekanan yang diberikan rakan dalam PR sendiri khasnya DAP. Terbaru, aktivis PasMa dari utara semenanjung Zolkharnain Abidin, bekas ketua Pemuda PAS Perlis menulis dalam Facebooknya:"PAS bukan sekadar memerlukan presiden baru, tetapi presiden yang berupaya membawa pembaharuan". Tulisan bekas Adun Santan yang banyak memenuhi program PasMa di bahagian utara Semenanjung ini mendapat komen pro dan kontra daripada pembaca. Ada yang menyokong dan tidak kurang juga yang menentang keras cadangan itu. Pihak yang pro ulama pula aktif menyerang kumpulan profesional ini, juga melalui Facebook di samping menggunakan aktiviti dalaman parti itu sebagai tapak serangan mereka. El Haraki menamakan pemimpin PasMa dan pemimpin PAS yang pro kumpulan ini sebagai 'Jebon' iaitu sejenis binatang yang suka membuat kerosakan. Kumpulan ini juga menguatkan kedudukannya di Kelantan termasuk melantik seorang pemimpin baru di Pusat Kajian Strategik (PKS) Kelantan mulai Januari nanti. ~malaysian insider |
Posted: 20 Nov 2014 09:30 PM PST Akhbar 'The Star' bertarikh 20 November 2014 membawa tajuk, "UMNO delegates to speak their mind at assembly". Melihat tajuknya sepintas lalu memberikan gambaran kepada aku bahawa itu merupakan perkembangan yang amat baik bagi parti UMNO kerana para perwakilannya telah diberikan kebebasan untuk menyatakan hasrat apa yang terkandung dalam pemikiran mereka. Dan tidaklah lagi para perwakilan terkongkong untuk menyatakan sesuatu mengenai keadaan orang Melayu kini, terutama yang berkaitan dengan kelemahan orang Melayu dalam berbagai bidang yang belum dapat diselesaikan oleh UMNO yang merupakan tunjang kepada Barisan Nasional yang memerintah Negara ini semenjak beberapa puluh tahun yang lalu. Setelah membaca seterusnya berita berkenaan, barulah aku sedar bahawa tanggapan aku salah. Para perwakilan rupanya tidak akan membincangkan tentang keadaan orang Melayu yang seperti ayam yang 'mati di kepuk padi' dan seperti itik 'yang mati kehausan di air tenang'. Mereka tidak akan membincangkan tentang kenaikan harga minyak yang menyebabkan harga barang melambung naik dan menyusahkan kehidupan orang Melayu yang miskin. Para perwakilan juga tidak akan membincangkan tentang wang Negara yang berkemungkinan 'lesap' sepertimana yang pernah dialami oleh Negara ketika Skandal BMF pada awal 1980an dulu. Dan para perwakilan juga rupanya tidak mebincangkan tentang kegiatan rasuah yang bermaharajalela yang dilakukan oleh setengah pemimpin mereka. Mereka juga rupanya tidak akan ambil pusing tentang teguran bekas pemimpin mereka, Tun Mahathir yang menegur tentang berbagai perkara terutama yang berkaitan dengan perjalanan sistem pendidikan Negara. Dan para perwakilan juga tidak akan diberitahu tentang kemungkinan orang Melayu akan berinjak ke pinggir hutan setelah kemampuan mereka untuk membeli sebuah rumah dibandar diluar kemampuan mereka. Malang sungguh nasib orang Melayu….. Rupanya apa yang aku paparkan di atas bukan merupakan perkara yang harus dibincangkan oleh perwakilan UMNO nanti. Rupa-rupanya isu berkenaan bukan merupakan isu yang 'merunsingkan' ahli UMNO di seluruh Negara mengikut apa yang dipaparkan oleh akhbar 'The Star'. Rupanya isu yang aku paparkan di atas bukan isu yang membabitkan orang Melayu keseluruhannya. Dengan sendirinya memberikan gambaran kepada aku bahawa orang Melayu sudah tidak ada apa yang perlu dibincangkan mengenai diri mereka kerana semua perkara telah dibereskan oleh kerajaan terutama dengan pemberian BRIM sudah cukup untuk memberikan orang Melayu tidur nyenyak dengan buaian mimpin yang indah-indah. Agaknya begitulah….. Rupa-rupanya yang sangat membimbangkan orang Melayu kini (terutama di kampung-kampung agaknya) ialah tentang usaha-usaha pihak tertentu yang kononnya cuba menggugat Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan kedudukan agama Islam, kedudukan orang Melayu dan kedudukan Raja-Raja Melayu. Dan para perwakilan UMNO akan mengkeritik pihak pemerintah kerana tidak begitu tegas dalam menangani isu-isu ini, walaupun kononnya kelihatan terdapat usaha-usaha untuk memperkecilkan peruntukan dalam perlembagaan Negara ini disamping mempersoalkan juga mengenai ketegasan pihak kerajaan menguatkuasakan Akta Hasutan. Sebagai orang Melayu 'tulin' keturunan orang asli, mungkin agaknya mataku 'buta' dan 'pekak' kerana tidak dapat melihat 'ancaman' yang begitu serious terhadap orang Melayu terutama ancaman terhadap agama Islam, kedudukan orang Melayu dan Raja-Raja Melayu. Setahu aku apa yang disentuh ini adalah merupakan 'isu Pakatan Murni' antara tiga kaum terbesar di Negara ini (Melayu, Cina, India) untuk mencapai kemerdekaan dulu (1957). Malah Lord Reid, yang merupakan arkitek merangka Perlembagaan Persekutuan pada ketika itu telah diberi 'pesan' bahawa isu-isu ini adalah teras kepada kewujudan Negara Malaya yang merdeka. Dan seingat akulah, tidak pernah lagi ada usaha-usaha kaum lain ( Cina dan India) untuk menggugat kedudukan orang Melayu, Bahasa Melayu, agama Islam dan Raja-Raja Melayu. Malah seingat akulah, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan oleh Tun Abdul Razak pada awal 1970an mendapat sokongan dari pemimpin kaum lain, sedangkan DEB itu jelas bertujuan untuk memajukan orang Melayu. Kaum lain faham tentang semangat muhibbah dan kerjasama yang perlu diamalkan dalam Negara seperti Malaysia demi kesinambungan kesejahteraan Negara ini. Oleh hal yang demikian, mengapakah diheboh-hebohkan tentang kononya agama Islam terancam. Mengapa ditimbulkan isu yang kononnya orang Melayu tergugat. Dan apakah benar yang kedudukan Raja-Raja Melayu telah dipersoalkan kewujudannya oleh kaum lain. Bagi aku kedudukan perkara-perkara ini adalah amat kukuh dalam perlembagaan kita seperti kukuhnya Banjaran Titiwangsa. Maknanya tidak akan siapa yang berani menggugatnya. Pendek kata seseorang yang cuba menggugatnya akan terpaksa 'melangkah mayat orang Melayu' terlebih dahulu. Orang bukan Melayu tahu dan faham hakikat ini kerana kewujudan mereka dan datuk nenek mereka sudah begitu lama berada di Negara ini dan tidak ada sebab mengapa mereka akan mengancam dan menggugat isu-isu yang sudah termaktub dengan jelas yang dirangka oleh datuk nenek kita dahulu. Rakyat Malaysia yang perihatin tahu dan faham bahawa pemimpin UMNO sentiasa menggunakan 'fear paradigm' untuk 'menakut-nakutkan orang Melayu supaya akan terus menyokong mereka. Dan sebagai salah satu usaha UMNO juga ialah untuk menjadikan 'bayang-bayang' sebagai satu reality demi untuk menyembunyikan isu sebenar yang dihadapi oleh orang Melayu kini. Selagi tektik sedemikian digunakan oleh UMNO, maka aku khuatir selagi itulah orang Melayu akan terus berada 'di takuk' lama. Mungkin……. Abuhassanadam Posted & copy by RAKYAT MARHAEN |
Mangsa nafsu serakah pembalak http://nusapark.com/ Posted: 20 Nov 2014 08:45 PM PST Transparency International-Malaysia (TI-M) menggesa pihak bertanggungjawab supaya membelas nasib golongan kanak-kanak dan wanita kaum Penan yang didakwa menjadi mangsa nafsu serakah pekerja industri pembalakan sejak bertahun-tahun. Seruan itu disuarakan organisasi bukan kerajaan antirasuah, setelah Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem berjanji untuk menamatkan amalan rasuah yang membabitkan taikun balak di sana. Melalui satu kenyataan, presidennya, Datuk Akhbar Satar berkata, walaupun tindakan tegas ketua menteri itu terhadap syarikat pembalakan dipuji, namun beliau harus juga memandang isu penderaan seksual yang dihadapi kaum Penan. Kira-kira 16,000 kaum Penan, di mana 200 orang masih lagi menjalani cara kehidupan nomad," ujar beliau dalam satu kenyataan. Tambahnya lagi, masyarakat tersebut pernah mendapat perhatian apabila mereka menentang operasi pembalakan di kawasan kediaman mereka yang meliputi Baram, Limbang, Lawas dan Tutoh di Sarawak. Jelas Akhbar, perjuangan kaum Penan telah bermula semenjak 1960-an lagi apabila kawasan-kawasan di pedalaman Sarawak diteroka untuk tujuan pembalakan komersil. Pada tahun 2000, wakil penduduk Penan pernah membuat aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) berkenaan isu rogol yang melibatkan kaum Penan. Kes tersebut berlanjutan sehingga kini walaupun laporan direkodkan tentang salah laku pekerja pembalakan terhadap kaum tersebut, lapor Mynewshub. Read more: http://www.kualalumpurpost.net/mangsa-nafsu-serakah-pembalak/#ixzz3JfM38vC2 |
Makhamah Malukan Shafiee Abdullah ??? Posted: 20 Nov 2014 08:00 PM PST DSAI ( Dato Seri Anwar Ibrahim ) sejak di pecat oleh Mahathir tempoh hari dengan pengadudumbapakan salah laku seks luar tabiee telah meletakkan pengurusan dan pentadbiran negara kucar kacir, pemerintah menggunakan semua kemuahan kerajaan untuk memastikan DSAI meninggalkan arena politik tanah air Kita sendiri lihat bagaimana " mahkamah " dipergunakan semaksima mungkin, kadang kala terlihat seolah-olah badan kehakiman ini di tunjukan oleh UMNO untuk membuat keputusan. Lihat sahaja apa yang berlaku pada kes terakhir di perbicaraan liwat 2.e Shafee mahu Anwar disabit hina mahkamah Ketua pendakwa yang dilantik kerajaan, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah berkata beliau menerima arahan untuk memohon mahkamah memulakan prosiding menghina mahkamah ke atas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas keputusan rayuan kes Liwat II. Shafee berkata beliau menerima arahan daripada peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan memaklumkan kepada panel hakim yang dipengerusikan ketua hakim Tan Sri Ariffin Zakaria sebaik selepas prosiding bermula hari ini. Beliau memetik dua laporan yang disiarkan Malaysiakini dan satu lagi yang disiarkan portal The Malay Mail Online. Peguam kanan itu memetik dua perenggan terakhir dalam laporan Malaysiakini bertajuk 'Go back to lawschool'. Beliau bagaimanapun tidak membacakan laporan The Malay Mail Online. Shafee mendakwa Anwar sebelum ini mengheret Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke ruang skandal dengan kenyataannya dan kini membuat perkara sama ke atas Mahkamah Persekutuan. Ekoran itu, beliau memohon agar Anwar diseret ke mahkamah atas kesalahan itu. -mk
Para peguambela Anwar yang diketuai oleh Gopal Sri Ram berjaya menimbulkan banyak persoalan serta keraguan dan para hakim pula memberi ruang yang seluas-luasnya untuk mereka menimbulkan persoalan itu demi menegakkan keadilan. Pada peringkat awal, isu seluar dalam Saiful yang berbeza yang ditemui kesan air mani serta wajahnya yang selamba menghidangkan teh kepada tetamu Anwar walaupun mendakwa diliwat sehari sebelum itu, telah pun ditimbulkan. Ia kemudian disusuli dengan kaitan konspirasi politik kerana Saiful juga didapati bertemu dengan pegawai tinggi polis dan Najib sebelum kejadian liwat didakwa berlaku serta turut menghubungi Musa Hassan yang ketika itu menjadi Ketua Polis Negara melalui telefon. Isu DNA lelaki ketiga yang ditemui pada seluar dalam dan dubur Saiful juga turut dibangkitkan oleh peguam, selain penemuan empat doktor tiada penembusan pada duburnya, tiada kecederaan walaupun mendakwa diliwat secara kasar dan tanpa rela oleh Anwar. Dengan baki pembelaan hanya tinggal sedikit waktu sahaja lagi pada petang ini iaitu selepas sembahyang Jumaat sebelum pendakwa pula berhujah dan kemudian hakim dijangka membuat keputusan, peguambela Anwar terus menimbulkan banyak keraguan lagi untuk perhatian mahkamah. Antara yang disentuh pada Khamis ialah mengenai permaidani yang didakwa tempat berlakunya kejadian liwat itu tetapi ditemui di unit kondominium yang berbeza daripada dakwaan di mana kejadian itu berlaku. Gopal juga membangkitkan mengenai tiada penemuan forensik kejadian liwat telah berlaku di atas permaidani itu serta tidak dibuktikan juga ianya telah dipindahkan. Secara bergurau, Gopal berkata, beliau tidak percaya adanya "karpet terbang". Isu DNA lelaki ketiga yang dipertahankan oleh Shafee sebelum ini kemungkinan ianya datangnya daripada tempat duduk tandas yang digunakan Saiful serta kemungkinan juga kepunyaan Dr. Osman yang merawat Saiful, turut disanggah oleh Gobind Deo dengan mengaitkannya dengan kes Hanif Basri yang dibebaskan daripada tuduhan membunuh Norita Shamsudin hanya kerana penemuan air mani lelaki lain yang tidak dikenali dalam tubuhnya. Beliau juga mengulangi mengenai penemuan awal empat orang doktor yang mendapati tiada penembusan zakar pada dubur Saiful untuk dipertimbangkan sebagai tiada bukti kejadian liwat itu telah berlaku. Keraguan mengenai sut jenama Brioni yang tidak dibuktikan serta seluar Saiful yang ketika diperiksa tidak disahkan mempunyai jenama itu, kamera CCTV dalam lokap yang tidak berfungsi untuk mengesahkan penggunaan berus gigi, tuala dan botol air minuman serta beberapa isu yang lain oleh Anwar, turut juga dibangkitkan oleh peguam untuk mengukuhkan lagi keraguan bagi melayakkan Anwar dibebaskan. Dengan keraguan yang semakin terserlah, secara logik dan harapan umumnya ialah peluang Anwar untuk dibebaskan cukup cerah walaupun kenderaan FRU dan bas penjara sudah pun diletakkan di sekitar Istana Kehakiman sejak awal pagi seolah-olah sudah siap untuk menghumban Ketua Pembangkang itu ke penjara. Tetapi sama ada Anwar bebas atau tidak, tiada siapa yang tahu dan macam-macam perkara boleh berlaku pada petang ini. Hanya Tuhan yang menentukan segala-galanya. Namun, sementara ramai merasakan Anwar semakin mempunyai hujah dan fakta kukuh untuk dibebaskan, Shafee yang dilantik sebagai pendakwaraya juga memaklumkan bahawa beliau telah diarahkan oleh Peguam Negara untuk memohon memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Ahli Parlimen Permatang Pauh itu selepas keputusan kes rayuan ini nanti. Tindakan itu ialah berhubung kenyataan Anwar yang disiarkan dalam dua portal berita yang meminta Shafee kembali ke sekolah undang-undang yang dianggap sebagai menghina mahkamah. Dengan ini, bermakna kiranya Anwar dibebaskan dalam rayuan kes liwat, satu lagi kes iaitu menghina mahkamah pula sedang menunggunya. Jika rayuan ini gagal dan Anwar menghuni penjara sekali, pastinya prosiding menghina mahkamah itu tidak akan akan diteruskan kerana tidak mempunyai makna lagi jika diteruskan pun. Penjara nampaknya tetap dijadikan sasaran untuk memendekkan hayat perjuangan Anwar.mJika kes liwat memperuntukkan hukuman penjara dan sebat, kes menghina mahkamah pula melibatkan penjara dan denda. Terdapat beberapa kes menghina mahkamah yang berlaku sebelum ini. Jika kita masih ingat, Presiden Perkasa, Ibrahim Ali pernah didapati bersalah pada 2013 kerana menghina mahkamah dan dipenjara sehari serta denda RM20 ribu. Seorang blogger, Amizuddin Ahmat pula dipenjara tiga bulan kerana kesalahan yang sama setelah dilarang menerbitkan artikel yang memburuk-burukkan Dr Rais Yatim. Dalam kes menghina mahkamah melibatkan Anwar, hukuman yang bakal menantinya mungkin penjara atau denda atau kedua-duanya sekali yang boleh menyebabkannya hilang kelayakan sebagai wakil rakyat. Jika itu berlaku, bukan saja peluangnya untuk terus berjuang dalam PRU 14 nanti jadi terhalang, tetapi penjara tetap merupakan destinasi yang disasarkan kepadanya. -shahbudindotcom ULASAN GB Amat jelas di dalam proceeding di Mahkamah Persekutuan bahawa kredibiliti dan reputasi pendakwa yang dilantik Peguam negara bagipihak Saiful telah hancur musnah apabila para peguambela Anwar berjaya mendedahkan banyak kepincangan hujah-hujah Shafee. Sekarang apabila berhadapan dengan kemungkinan Anwar bakal dibebaskan petang ini, Shafee & Peguam Negara cuba untuk mencari jalan lain... tak dapat tanduk, dapat pulas telinga pun tidak mengapa... GB sudah mengulas semalam, petikan: Pertama, ia tiada kaitan dengan penghinaan mahkamah. Tetapi Shafee yang merasa "terhina" kerana Anwar menempelaknya supaya belajar undang-undang semula sedangkan hujah Anwar adalah betul. Berikut sebahagian kenyataan Anwar: Anwar pernah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada 1 Julai, 2008 mendakwa Musa dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail telah mereka-reka keterangan serta menyembunyikan fakta dalam siasatan kes serangan fizikal terhadapnya oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor, pada 1998. Peguam Negara dan Shafee berhempas pulas untuk menegakkan benang yang basah. Tetapi kesemua usaha untuk melawan Hukum Kebenaran dan Keadilan akan tetap tewas juga. Walaupun pada awalnya peguambela gagal mengenepikan Shafee sebagai peguam pendakwa, tetapi rupa-rupanya ada hikmah. Proceeding di Mahkamah Persekutuan mendedahkan "kebodohan" Shafee. Malah Shafee cuba untuk merendahkan dan mencemarkan reputasi orang lain seolah-oleh macamlah beliau seorang mempunyai reputasi yang baik. GB juga sudah ulas hal ini. Petikan. Semalam beliau menyerang Dr.Osman dari Pusrawi, hari ini beliau menyerang Dr. McDonald, tetapi tidak berani memanggil mereka untuk menjawab hujahnya. |
Arak: Gerak Misi Besar-besaran Tolak MAS.. Posted by Ibnu Hasyim Posted: 20 Nov 2014 07:15 PM PST KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Kelantan tidak menolak kemungkinan akan menggerakkan misi besar-besaran untuk menolak Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) sekiranya tidak ada sebarang perubahan dalam penjualan tiket termasuk kos minuman keras. Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata sekiranya pihak kerajaan khususnya MAS tidak mengambil kira desakan pihaknya termasuk orang ramai, kempen menolak syarikat penerbangan itu akan diadakan besar-besaran. Beliau berkata demikian kepada media selepas menyerahkan memorandum kepada pihak MAS, semalam sebagai bantahan berikutan setiap pembelian tiket oleh penumpang termasuk kos hidangan arak. Memorandum itu diserahkan kepada Pengurus Akaun Wilayah Timur, Ruslan Mohd Yaman. Hadir sama pada penyerahan memorandum itu, Ketua Penerangan Pemuda PAS negeri, Nor Azariza Mohd Alawi. Penyerahan memorandum itu dilakukan berikutan pendedahan dalam Dewan Rakyat minggu lalu yang dikejutkan dengan pemakluman setiap harga yang dibeli penumpang adalah termasuk dengan kos hidangan yang disediakan dalam pesawat MAS termasuk arak. (Hrkh) |
SOKONG AZIZAH BUKAN SATU ARAHAN? Posted: 20 Nov 2014 06:30 PM PST BENARKAH Surat Akuan Sumpah yang ditandatangani oleh 13 Adun dari PKR untuk menyokong Wan Azizah sebagai MB Selangor dulu merupakan satu "arahan' dari parti? Apakah juga Akuan Sumpah dari 15 Adun DAP untuk menyokong Wan Azizah juga merupakan satu 'arahan' dari DAP? Manakala dua lagi Adun dari PAS yang turut sama menyokong Azizah hanyalah secara sekarela? Aku timbulkan isu ini kerana ada dakwaan bahawa beberapa Adun telah melanggar "arahan" parti apabila menarik balik Akuan Sumpah kepada Azizah dan menyokong Azmin. Aku dari awal lagi yakin apa yang berlaku adalah Mesyuarat MPP dan Biro Politik PKR sendiri buat keputusan untuk hanya mencalonkan Azizah sebagai MB Selangor. Di dalam mesyuarat tersebut, Azmin juga turut hadir dan mungkin lebih faham samada pencalonan Azizah itu dibuat secara "paksa" dan sokongan juga di"paksa" kepada semua Adun PKR. Ertikata lain, semua yang hadir di dalam mesyuarat berkenaan tentu tahu samada menyokong Azizah itu merupakan satu arahan parti atau sekadar parti membuat keputusan mencalonkan beliau tanpa mengarahkan mana-mana Adun untuk menyokong atau tidak. Tentu Minit Mesyuarat ada rekod samada ianya merupakan satu arahan atau tidak. Aku lebih berpegang kepada pendapat bahawa 13 Adun PKR itu menyokong Azizah dan menandatangani Aku Sumpah itu atas dasar bersetuju dan bersolidariti dengan pencalonan oleh parti. Mereka hanya mahu tunjukkan bahawa PKR termasuk semua Adun sebulat suara menyokong Azizah, iaitu Presiden mereka untuk menjadi MB Selangor. Ertikata lain, aku percaya tiada arahan resmi dari parti untuk menyokong Azizah. Tentang sokongan kesemua Adun DAP juga begitu di mana aku yakin tiada arahan resmi dari PR agar kesemua Adun PR mesti menyokong Azizah dan menandatangani Akuan Sumpah. Apa yang terjadi adalah sokongan jitu atas dasar bekerjasama untuk memberikan sokongan. Sebab itu lah PAS waktu itu masih tidak membuat sebarang keputusan kerana tiada arahan resmi dari PR untuk menyokong Azizah. Dua Adun PAS yang menyokong Azizah dan menandatangani Akuan Sumpah itu hanya bertindak secara peribadi sejajar dengan konsep Tahalluf Siyasi yang diperjuangkan oleh PAS iaitu mengutamakan rakan sendiri dari calon Bebas. Jika tidak berlaku arahan, maka tidak benarlah dakwaan bahawa Dr Xavier dan beberapa Adun itu telah melanggar arahan, jika benar cerita itu. Khabarnya ada lima Adun yang beralih sokongan kepada Azmin, tetapi setakat hari ini aku hanya dapat melihat satu bukti berkaitan Dr Xavier. Bukti yang ditunjukkan dan kini hangat dibahaskan di dalam FB dan blog adalah surat yang kononnya ditandatangani oleh Dr Xavier itu, betul atau palsu? Terdapat bukti yang dipamirkan di media sosial bahawa adanya keraguan terhadap tandatangan Dr Xavier. Dua tandatangan yang berbeza Aku tidak mahu ulas mana satu tandatangan Dr Xavier yang betul dan palsu. Aku cuma ingin katakan andainya memang benar Dr Xavier dan beberapa Adun PKR itu mengalih sokongan dari Azizah kepada Azmin, adakah itu melanggar arahan parti? Jika tiada arahan ertinya Dr Xavier dan beberapa Adun itu tidak bersalah. Oleh itu, sebelum pergi lebih jauh, kena buktikan dulu bahawa terdapat "arahan" sokong Azizah samada secara bertulis mahupun di dalam Minit Mesyuarat. Jika benar ada, maka wajarlah tindakan diambil kepada yang melanggar asrahan parti walaupun aku tidak setuju dengan kaedah paksaan untuk menyokong seseorang. Harap-harap tidak begitu. Dicatat oleh WFAUZDIN NS. |
Banjir Di Terengganu Bertambah Buruk !! Posted: 20 Nov 2014 05:45 PM PST Banjir di Terengganu bertambah buruk malam ini apabila 4,813 orang dipindahkan berbanding 3,863 orang petang semalam. Pemangku Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu Roslina Ngah dalam kenyataanya berkata sehingga 9 malam tadi, dua lagi pusat pemindahan banjir dibuka masing-masing di daerah Setiu dan Besut menjadikan jumlah keseluruhan pusat pemindahan yang dibuka kini ialah 38 buah. "Di daerah Setiu, pusat pemindahan yang baru dibuka ialah Balai Raya Kampung Jelapang yang menempatkan 16 mangsa dari lima keluarga. "Di Besut pula, pusat pemindahan yang baru dibuka ialah Surau Kampung Pengkalan Kubur yang melibatkan 43 mangsa dari 14 keluarga," katanya. Orang ramai boleh mendapatkan maklumat banjir di negeri ini dengan menghubungi bilik gerakan bencana negeri di talian 09-6316021 atau melayari laman web etindakan.terengganu.gov.my. Sementara itu di Kelantan, jumlah mangsa banjir di tiga pusat pemindahan di Kota Bharu dan Pasir Puteh meningkat kepada 130 orang malam ini berbanding 49 orang petang tadi. Menurut portal rasmi kerajaan negeri, seramai 77 orang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Mulong dan 28 orang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Tiong di daerah ini, manakala 25 orang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Wakaf Raja, Pasir Puteh. Sementara itu, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas mencatatkan bacaan 9.11 meter yang melepasi paras bahaya 9 meter. Sungai-sungai lain masih belum mencecah paras amaran dan tiada jalan utamaditutup berikutan banjir. Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim, ketika melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Tiong di sini, menasihatkan mereka yang terlibat dengan banjir supaya tidak meninggalkan barang berharga di dalam rumah bagi mengelak kejadian pecah rumah. Beliau menasihatkan penduduk supaya mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa dan berpindah segera bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. Turut sama dalam lawatan itu ialah Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Rohaimi Md Isa dan Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Supt Azli Mohd Noor. |
Posted: 20 Nov 2014 05:15 PM PST |
Polis Sedang Menjejaki Pembeli Buku Zunar....??? Posted: 20 Nov 2014 04:43 PM PST Polis didakwa meminta sebuah portal pembayaran atas talian menyerahkan maklumat transaksi mereka bagi mengenal pasti pelanggan yang membeli buku kartunis terkenal Zunar. Tindakan itu dipercayai sebahagian siasatan bawah Akta Hasutan 1948 yang dihadapi oleh Zunar, atau nama sebenarnya Zulkifli Anwar Ulhaque. Sebuah e-mel daripada MOLPay Sdn Bhd kepada kartunis itu memaklumkan, mereka menerima surat rasmi daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mendedahkan senarai pelanggan. "PDRM menghantar permohonan rasmi untuk MOLPay Sdn Bhd bagi membekalkan resit bayaran atas talian pelanggan yang membeli buku tersebut melalui laman web anda www.zunar.my, yang mana MOLPay tiada pilihan kecuali membekalkan mereka dengan maklumat yang dikehendaki," e-mel daripada MOLPay dipetik. Buku dipersoalkan itu berjudul "Komplot Penjarakan Anwar". - Mkini Bloglist Malaysia. |
PAWS: Azmin arah Pejabat Tanah dan Daerah Petaling cari tapak alternatif - by admin Posted: 20 Nov 2014 08:00 AM PST Dato' Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali mengarahkan Pejabat Tanah dan Daerah Petaling untuk mencari tapak alternatif bagi Pusat Kebajikan Haiwan (PAWS) yang sebelum ini diberikan notis berpindah 14 hari. ""Saya telah memanggil pegawai daerah dan menjelaskan, dan memerintahkan mencari tempat alternatif untuk rumah perlindungan haiwan itu," katanya dipetik The Malay Mail, hari ini. Mohamed Azmin menjelaskan tanah yang diduduki pusat jagaan haiwan itu akan digunakan dalam sebahagian pembangunan negeri dan Projek Transit Aliran Ringan. Terdahulu, PAWS dibenar meneruskan operasi mereka di kawasan sedia ada sehingga kajian penempatan semula pusat itu selesai dijalankan Kerajaan Negeri. Pengurus PAWS, Edward Lim berkata, perkara itu diputuskan dalam perbincangan antara pihak beliau bersama Pejabat Tanah dan Daerah Petaling. Bagaimanapun, jelas Edward, PAWS sendiri sendiri tidak dapat memastikan sama ada tanah itu milik kerajaan atau sebaliknya. Hal itu berikutan Sime Darby pernah memaklumkan kepada PAWS mahu mengambil semula tanah terbabit, dua tahun lalu. KL - TODAY |
Posted: 20 Nov 2014 07:15 AM PST Ketika harga barang keperluan naik melambung, rakyat biasa merasakan sangat tertekan dengan kos hidup yang demikian tinggi, keluhan dan rintihan rakyat terdengar di sana sini, tetapi siapalah yang pedulikan mereka in. Orang besar dan kaya meneruskan hidup bermewah-mewah mereka. Kereta besar beberapa biji menjalar di garaj banglo mereka di atas bukit di kota besar. Puan seri dan mak datin jarang sekali ke pasar dan tidak pedulikan harga barang dapur naik atau tidak naik. Semuanya ada van yang datang ke banglo mereka untuk menghantar bahan mentah untuk dimasak oleh orang gaji. Siang dan malam ada saja lunch dan dinner silih berganti bagi mereka di dewan atau hotel ternama – merai dan diraikan. Makanan yang dihidangkan pelbagai dan lazat. Silih berganti senyum dan gelak ketawa orang kaya dan ternama, menggambarkan kehidupan mereka tidak ada masalah. Dirver orang besar dengan kereta besar menjalar menunggu sertia di tempat parking, menunggu sedia orang besar dan isteri untuk dibawa pulang selesai jamuan. Ini suasana yang sungguh kontras dengan kehidupan rakyat miskin di kota besar dan di desa. Tidak ada siapa yang pedulikan mereka. Setinggan di bandar hidup dibelit kemiskinan beraba-abad lamanya, sementara di desa kemiskinan menjadi warisan mutlak. Kini harga getah jatuh sejatuh-jatuhnya, demikian juga kejatuhan harga kelapa sawit. Laut pula bergelora dengan ribut taufan dan ombak besar, menyebabkan nelayan - perahu kecil dan besar - tidak dapat menangkap ikan, mengakibatkan harga ikan melambung dan tidak mampu dibeli oleh si miskin. Sayur juga semakin mahal di mana penjual di pasar memberitahu bahawa sayur dari Cameron Highlands sangat kurang, akibat tanah runtuh dan banjir merosakkan kebun sayur di sana. Semakin sukarlah kehidupan si miskin. Kemiskinan ini semakin bertambah parah. Ini menyebabkan jurang miskin-kaya semakin ketara terutama di kota besar Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya. Di tengah-tengah tangisan dan rintihan golongan miskin ini, terutama di kawasan tanah rancangan, sebuah badan - Pertubuhan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) - bergerak meneruskan jelajah ke tanah rancangan di seluruh negara bagi berdialog dengan peneroka mendengar nasib mereka. Presidennya, Mazlan Aliman, yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, bersama teamnya, minggu lalu, menjelajah dan berdialog dengan para peneroka serta berpeluang mendengar maklumat terkini mengenai kehidupan mereka. Menurutnya, pihaknya mengadakan pertemuan ini di Felda Mempaga, Bentong, Pahang, yang rata-ratanya melahirkan kebimbangan berhubung harga kelapa sawit yang semakin menurun sehingga menjejaskan kehidupan mereka. Menurut Mazlan, peneroka juga tertanya-tanya mengenai cara bagaimana kerajaan hendak berbuat sesuatu untuk memastikan harga komoditi tidak terus menjunam bagi menjamin kelangsungan hidup mereka. Para peneroka ini, kata beliau, bergantung hidup semata-mata dengan tanaman mereka, jika harga komoditi semakin membimbangkan, sudah tentu ia memberi kesan kepada pendapatan peneroka. "Mereka mahukan jaminan kerajaan, mekanisme apa yang akan digunakan kerajaan bagi memastikan mereka dapat keluar dari kesukaran ini," kata beliau. Kesan dari kejatuhan harga kelapa sawit ini, menurut Mazlan, para peneroka terpaksa pula menanggung pengurusan kebun yang bermasalah yang menyebabkan sasaran untuk mendapatkan hasil terjejas. Menurut Mazlan, apabila satu masalah besar timbul, ia akan memberi kesan kepada isu berkaitan peneroka yang saling kait-mengait. Malah, dengan keadaan itu, katanya lagi, menyebabkan mereka tidak berpuas hati dan mempersoalkan beberapa insentif Felda yang dahulunya mudah, kini semakin sukar diterima. "Sebagai contoh, beberapa insentif seperti bantuan anak melanjutkan pelajaran, bantuan pinjaman perumahan yang kini semakin sukar diterima ekoran pelbagai masalah yang timbul akibat merudumnya harga kelapa sawit," tegasnya. Justeru, kebanyakan para peneroka mendesak kerajaan untuk segera mencari satu mekanisme bagi mengatasi maslaah tersebut, selain memberi jaminan untuk memastikan kelangsungan hidup mereka. Menurutn Mazlan lagi, siri jelajah itu akan diteruskan ke bahagian utara Semenanjung pada minggu hadapan. Turut bersama pada program di Felda Mempaga itu ialah Penasihat Ekonomi Anak, Dr. Rosli Yaakop, Timbalan Pengerusi Anak, Aris Fezul Ismail, Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Nasaie Ismail, dan Ketua Penerangan Anak, Naraza Muda. Usaha gigih Mazlan dan teamnya ini sewajarnya disokong oleh semua pihak, justeru badan ini sangat prihatin dengan nasib para peneroka, walaupum mereka tahu kebanyakan peneroka ini adalah penyokong tegar Umno/BN setiap kali pilihan raya. Namun begitu badan Anak ini tidak jemu-jemu menjai pembela peneroka. Adapun kemiskinan rakyat ini, terutama di desa, telah dirakam oleh Sasterawan Negara, Dr. Usman Awang, puluhan tahun yang lalu, menerusi sajaknya, 'Pak Utih' yang terkenal itu. Inilah bait-bait puisinya itu: Pak Utih Punya satu isteri mau dakap sampai mati, Lima anak mau makan setiap hari, Teratak tua digayuti cerita pusaka, Sebidang tanah tandus untuk huma. Kulit tangan tegang berbelulang, Biasa keluarkan peluh berapa saja, O Pak Utih, petani yang berjasa. Tapi malaria senang menjenguk mereka, Meski dalam sembahyang doa berjuta, Dan Mak Utih boleh panggil dukun kampung, Lalu jampi matera serapah berulang-ulang. Betapa Pak Dukun dan bekalan pulang, Wang dan ayam dara diikat bersilang. Di kota pemimpin berteriak-teriak, Pilihanraya dan kemerdekaan rakyat, Seribu kemakmuran dalam negara berdaulat, Jambatan mas kemakmuran sampai ke akhirat. Ketika kemenangan bersinar gemilang, Pemimpin atas mobil maju ke depan, dadanya terbuka, Ah, rakyat tercinta melambaikan tangan mereka. Di mana-mana jamuan dan pesta makan, Ayam panggang yang enak di depan, Datang dari desa yang dijanjikan kemakmuran. Pak Utih masih menanti dengan doa, Bapak-bapak pergi ke mana di mobil besar? Demikian perihal kemiskinan rakyat ini tidak putus-putusnya dibicarakan orang, termasuk sasterawan, sejak zaman berzaman. Kemiskinan bukan suatu kehinaan, tetapi ia wujud disebabkan pengurusan ekonomi sesuatu pemerintah yang ticak adil. Oleh itu menjadi kewajipan mutlak kepada pemerintah untuk menyusun rancangan ekonomi yang adil untuk membantu mereka, justeru hasil negara ini, terutama hasil minyaknya, mesti dapat dinikmati bersama oleh semua rakyat. KedahLanie |
Vell Paari kata Palanivel perlu segera berundur...!!! MALAYSIAKINI Posted: 20 Nov 2014 06:30 AM PST Pengarah strategi MIC, Datuk Seri Vell Paari berkata presidennya Datuk Seri G Palanivel perlu segera berundur kerana tidak mampu lagi menjalankan tanggungjawab sebagai menteri alam sekitar. Vell Paari berkata, menteri tersebut yang juga MP Cameron Highlands juga tidak hadir semasa kunjungan Sultan Pahang ke kawasan bencana banjir lumpur. Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah Sultan Abu Bakar dilapor menyatakan kemurkaan ke atas Palanivel yang menurutnya tidak berbuat apa-apa selepas tragedi yang sama berulang di kawasan itu. Vell, yang juga anak kepada presiden MIC, S Samy Vellu, turut membangkitkan beberapa tuduhan berhubung kegagalan Palanivel sebagai ketua parti. "Kami di dalam MIC sudah lama mengesyaki bahawa Palanivel mengalami satu masalah perubatan yang menyebabkan beliau tidak dapat menjalankan tugasnya dengan berkesan. "Malah ketika sultan mengunjungi Cameron Highlands semalam dan semasa kejadian sebelum ini, MP itu tidak hadir. Ini melanggar protokol dan rasa hormat kepada raja. "Umum mengetahui bahawa presiden MIC itu pelupa dan sering mengalami keletihan yang teruk. "Keadaannya itu menyebabkan sesetengah pihak mempengaruhi dan mengambil kesempatan ke atas presiden dan menguasai parti. "Ini perlu berakhir. Tanda-tandanya semakin jelas," kata Vell dalam kenyataannya. Laporan akhbar hari ini menyebut, Sultan Pahang murka kerana Palanivel tidak melakukan tindakan drastik untuk mengelakkan tragedi itu berulang, selepas kejadian pertama tidak sampai setahun lalu. "Apa yang beliau lakukan? Tiada apa... rakyat kita menderita secara mental dan fizikal apabila bencana ini berlaku. "Rakyat telah mengundi dan memilih beliau pada pilihan raya umum lalu, tetapi inikah yang diberikan kepada rakyat?," titahnya seperti dipetik dalam laporan Berita Harian. Sultan Ahmad Shah turut memberi amaran bahawa rakyat tidak akan mengundi parlimen itu lagi sekiranya isu berkenaan tidak ditangani. "Beta rasa malu dengan kejadian ini. Beritahu menteri kamu supaya memberi keutamaan pada kawasan sendiri terlebih dahulu. "Jangan masa pilihan raya sahaja turun padang, lawat kawasan. Jaga tempat sendiri," titahnya lagi. Kejadian banjir lumpur terbaru di Cameron Highlands mengorbankan lima orang termasuk seorang remaja 13 tahun. Pada Oktober lalu, banjir di Lembah Bertam mengorbankan empat nyawa. Dicatat oleh ELBI RISALAH |
VIDEO - My Trials and Tribulations by Anwar Ibrahim – TEDxGeorgetown Posted: 20 Nov 2014 05:30 AM PST His trials have included arrest and imprisonment for his unrelenting campaign against corruption and but he soldiers on as the strongest-ever challenge to the ruling coalition in Malaysia. In this talk, he explains his determination to continue the "Reformasi" campaign and the struggle for freedom and democracy despite a looming five-year prison sentence. Malaysia's Anwar Ibrahim, once a rising political star expected to succeed Malaysian Prime Minister Mahathir Mohamad, is now the leader of the Malaysian Opposition. The creator of the "Reformasi" campaign of reforming the Malaysian political structure, he is an ardent supporter of democracy and is an authoritative voice in bridging the gap between East and West. He is viewed as one of the forefathers of the Asian Renaissance and a leading proponent of greater cooperation among civilizations. About TEDx, x = independently organized event In the spirit of ideas worth spreading, TEDx is a program of local, self-organized events that bring people together to share a TED-like experience. At a TEDx event, TEDTalks video and live speakers combine to spark deep discussion and connection in a small group. These local, self-organized events are branded TEDx, where x = independently organized TED event. The TED Conference provides general guidance for the TEDx program, but individual TEDx events are self-organized.* (*Subject to certain rules and regulations) Demi Rakyat |
Palanivel Sanggah Tuduhan Sultan Pahang Dia Tak Buat Kerja...!! Posted: 20 Nov 2014 04:45 AM PST Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel menangkis dakwaan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bahawa beliau tidak melakukan apa-apa tindakan untuk menangani kes banjir lumpur di Cameron Highlands. Dalam kenyataannya, Palanivel berkata masalah yang timbul itu perlu mendapat perhatian serius dan bukannya dengan mencari salah mana-mana pihak. "Banyak perkara berlaku malah sebelum saya menjadi MP (Cameron Highlands) "Namun saya yakin kami boleh memulihkan semula Cameron Highlands dan menghentikan kemusnahan besar alam sekitar yang berlaku," kata Palanivel dalam satu kenyataan. Beliau juga mendakwa beliau mempunyai hubungan baik dengan sultan Pahang. "Saya akan jelaskan semuanya kepada baginda, yang baik dan yang buruk. Saya yakin kebimbangan baginda ke atas tanah ini dan rakyatnya sangat tulus dan baginda prihatin pada kebajikan mereka. MP tersebut berkata beliau juga sudah banyak kali melawat kawasan yang diwakilinya itu. "Bencana banjir adalah isu berbangkit yang serius sejak bertahun-tahun lalu. Kes kematian terbaru hanya menambahkan lagi kebimbangan mereka. "Kerajaan komited dengan usaha mencari penyelesaian jangka panjang. Sebagai langkah segera, kerajaan memperuntukkan RM40 juta untuk tebatan banjir di Lembah Bertam," katanya. Tambahnya, isu itu juga dibangkitkan kepada perdana menteri dan dalam mesyuarat Kabinet. Sultan Pahang hari ini dilaporkan murka kerana Palanivel tidak melakukan tindakan drastik untuk mengelakkan tragedi itu berulang, selepas kejadian pertama tidak sampai setahun lalu. Sultan Ahmad Shah turut memberi amaran bahawa rakyat tidak akan mengundi parlimen itu lagi sekiranya isu berkenaan tidak ditangani. Posted by Jeebond BLM. |
Pampasan RM2.6Juta: Azmin sahkan wujud salah guna kuasa Posted: 20 Nov 2014 04:00 AM PST Azmin menyatakan penyelewengan yang dilakukan pengurusan terdahulu MBI itu sangat ketara ia bukan sahaja membabitkan nilai pampasan malah proses pembayaran juga. "Ya, terlalu jelas wujud salah guna kuasa bukan sahaja dari segi jumlah malah proses pemberian pampasan. "Penyaluran ganti rugi kepada lapan orang ahli lembaga MBI itu dilakukan serta merta dan ia jelas meragukan," katanya ketika ditemui selepas Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), hari ini. Justeru Azmin bertegas akan meminta pengurusan baharu MBI yang bakal melapor diri bermula 1 Disember ini untuk melakukan siasatan terhadap laporan audit berkenaan. Sementara itu, Azmin menegaskan sekiranya hasil siasatan jelas mendapati perkara itu melanggar peraturan, salah guna kuasa pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang. "Kita tidak akan sembunyikan fakta malah tidak akan berkompromi dengan salah guna kuasa. Semua perkara harus diselesaikan mengikut proses. Beri saya masa untuk selesaikan semua kemelut," katanya lapor SinarHarian. Anak Sungai Derhaka |
Nama Sebenar Aaron Aziz Dalam IC Terbongkar ? Posted: 20 Nov 2014 03:45 AM PST Nak tergelak pun ade jugak. Admin ingat memang dah betul nama Aaron Aziz tu. Ye la kan nama orang Singapare ni tak sama dengan nama orang Malaysia. Tapi rupa-rupanya silap. Korang tahu tak nama sebenar Aaron Aziz tu ape? Tengok kad pengenalan Aaron Aziz ni kat bawah. Nama Aaron Aziz yang sebenar ialah Mat Haron Mustafa bin Mat Aziz Mustafa. -selatanonline- Nama Sebenar Aaron Aziz Dalam IC Terbongkar Nak tergelak pun ade jugak. Admin ingat memang dah betul nama Aaron Aziz tu. Ye la kan nama orang Singapare ni tak sama dengan nama orang Malaysia. Tapi rupa-rupanya silap. Korang tahu tak nama sebenar Aaron Aziz tu ape? Tengok kad pengenalan Aaron Aziz ni kat bawah. Nama Aaron Aziz yang sebenar ialah Mat Haron Mustafa bin Mat Aziz Mustafa. -selatanonline- Make Money at : http://bit.ly/copy_win |
Tak boleh suruh parti lain keluar Pakatan - Tuan Ibrahim Posted: 20 Nov 2014 03:29 AM PST HARAKAHDAILY | 20 November 2014.KUALA LUMPUR: PAS tidak melihat kritikan secara terbuka antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat boleh menyelesaikan perbezaan pendapat yang berlaku. Sebaliknya kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, sebarang perbezaan pendapat terhadap sesuatu perkara itu wajar dilontarkan melalui mesyuarat Pakatan Rakyat. "Semua parti perlu menjaga batas parti masing-masing. Tidak boleh untuk kritik parti lain apatah lagi secara terbuka. "Seperti contoh, DAP tak boleh kritik PAS dan PAS juga tidak boleh kritik DAP. "Sebarang perbezaan pendapat, bawa ke mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat," katanya kepada Harakahdaily. Tak boleh suruh keluar PR Dalam pada itu, beliau turut menafikan laporan sebuah akhbar hari ini kononnya menggambarkan beliau menggesa DAP keluar Pakatan Rakyat. Menurutnya, laporan itu dipetik di luar konteks sebenar dari apa yang dinyatakan beliau. "Saya sebut, setiap parti tak boleh suruh parti lain keluar dari PR, tetapi jika parti itu sendiri sudah berasa tidak selesa, maka parti itu sendiri boleh keluar. "Ini kerana dalam PR tidak ada borang keluar, hanya ada borang masuk. Kecuali parti itu sendiri nak tarik diri, itu hak parti itu. Tak boleh suruh orang keluar," ujar beliau. Beliau juga menjelaskan, DAP pernah mengambil tindakan menarik diri selepas mereka menyertai Barisan Alternatif sebelum 2004. - HARAKAHDAILY 20/11/2014 Tabik spring untuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man. |
Kalau fitnah 1MDB, kami sudah ke penjara – Rafizi .. Posted: 20 Nov 2014 02:15 AM PST PETALING JAYA 19 NOV : Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli tidak berganjak daripada dakwaannya bahawa kerajaan Persekutuan menanggung hutang Syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM19.5 bilion. "Daripada RM42 bilion hutang 1MDB yang telah kita ketahui, RM20 bilion itu telah disahkan secara fakta dan sahih bahawa ia membawa tanggungan terus kepada kerajaan. "RM5.8 bilion dijamin secara terus oleh kerajaan itupun selepas kerajaan sendiri membuat pengakuan untuk tanggung pinjaman berkenaan," katanya di hadapan kira-kira 400 hadirin dalam Forum '1MDB Negara Berhutang' di Petaling Jaya, malam tadi. Menurut Rafizi, terdapat dua lagi pinjaman lain yang disembunyikan kerajaan dan telah didedahkan Pakatan Rakyat di parlimen. "Kedua-dua pinjaman itu adalah, RM9.7 bilion yang datang dengan surat sokongan yang mana kerajaan perlu membayar pinjaman berkenaan sekiranya 1MDB tidak mampu bayar dan juga RM4 bilion daripada Wang Amanah Pencen (KWAP) yang telah dibelanjakan," jelasnya. Justeru katanya, melalui ketiga-tiga tanggungan itu, kerajaan dianggarkan berdepan tanggungan kewangan sebanyak RM19.5 bilion tidak termasuk hutang-hutang sedia ada syarikat itu yang berjumlah RM42 bilion. Rafizi turut membidas kenyataan segelintir pihak yang mendakwa beliau dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua sengaja membawa isu 1MDB untuk memfitnah dan memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional. "Setelah kami semak segala maklumat ini benar, tidak mefitnah dan ada kepentingan awam, maka isu ini kami bawa terus kepada rakyat dan media. "Kami berdepan dengan saman, tindakan. Kalau apa yang kami sebutkan itu tidak betul, sudah lama kami dimasukkan ke penjara," jelas Rafizi mendapat tepukan hadirin yang hadir. Jelas Rafizi, segala pendedahan yang dibuat beliau berdasarkan dokumen-dokumen yang diperolehinya seperti pendedahan mengenai skandal NFC melibatkan bekas Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil. "Dulu masa kita bongkar pasal NFC, tak ada orang percaya lembu boleh duduk dalam kondo dan kita sendiri pun tidak percaya skandal itu boleh berlaku. "Tetapi setakat ini isu yang kami bawa, kami akan berikan bukti sehinggalah menteri atau kerajaan pada mulanya akan menafikan pun akhirnya akan akui juga. Misalnya dalam kes NFC, sampai Ketua Wanita Umno sendiri letak jawatan," sindir Rafizi. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=64164 |
Transgender bertentangan Islam - ISMANIZA AHMAD Posted: 20 Nov 2014 01:30 AM PST IPOH - Isu transgender dibimbangi menjadi titik tolak kepada penerimaan amalan-amalan hak asasi liberal Barat yang tidak sesuai dengan budaya masyarakat negara ini selain bertentangan dengan ajaran Islam. Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita Gopeng, Datuk Hamidah Osman berkata, apa yang berlaku kini amat mengelirukan malah larangan tersebut jelas jika dilihat dari aspek agama Islam. "Bagaimana kita hendak mengaku Malaysia negara Islam sedangkan transgender iaitu perbuatan luar tabii dibenarkan dalam undang-undang negara," katanya kepada Sinar Harian semalam. Beliau berkata, kerajaan perlu tegas dalam isu ini dan mengkaji semula perlembagaan serta undang-undang untuk diselaraskan kembali. Hamidah berkata, umat Islam perlu bangun untuk mempertahankan undang-undang larangan kepada transgender ini. Kelmarin, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan istilah transgender tidak wujud sebagai mewakili golongan tertentu sebaliknya ia hanya satu perasaan yang dibuat-buat. Harussani berkata, hakikat tersebut turut diakui oleh pakar-pakar psikologi yang mengakui tidak wujud istilah sedemikian. Sementara itu, Pengerusi Kumpulan Perkembangan Wanita Gugusan Manjoi, Selamah Mohd Din secara peribadi berpendapat golongan ini perlu diberi peluang untuk berubah ke arah yang lebih baik. Katanya, dia kurang pasti sama ada golongan ini berminat untuk menyertai persatuan-persatuan wanita yang ada namun sekiranya ada mungkin boleh dipertimbangkan. "Mereka datang dengan cara baik, kita layan dengan baik. Cuba usahakan untuk bimbing mereka ke jalan yang benar. Jika dibiarkan mungkin mereka terus hanyut dan melakukan perkara yang tidak elok. "Perkara-perkara ini mungkin sukar untuk diterima oleh ahli persatuan malah perbuatan mereka salah di sisi agama Islam. Apa yang penting doakan mereka agar dapat berubah dan bersyukur dengan apa yang ALLAH jadikan," katanya. |
Tengku Puji Umum Jual Tanah Mantapkan PASMA Posted: 20 Nov 2014 12:45 AM PST Subang - Veteran PAS Pahang, Y.M. Tengku Puji Tengku Abd. Hamid malam ini bukan sahaja bersedia memimpin Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) peringkat negeri, bahkan, mengumumkan untuk menjual seekar tanah peribadi untuk NGO politik berkenaan. Melihat posisi mesyuarat NGO itu minggu lepas, katanya, mengingatkan pengalaman zaman muda memugar sokongan rakyat Pahang pada parti masa depan itu, dulu. "In sha Allah, saya akan jual seekar tanah saya kerana kita perlu gerak dengan apa yang kita ada," ujar Tengku Puji yang juga bekas timbalan pesuruhjaya PAS Pahang pada sesi mesyuarat bulanan NGO berkenaan. Sebelum itu, Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Mohd. Zawawi memberitahu, PasMa mulai dipelawa dialog dengan peringkat PAS Pusat melalui Naib Presidennya Salahudin Ayub, serta di beberapa negeri susulan retreat parti masa depan berkenaan baru-baru ini. "Selepas retreat PAS baru-baru ini, PasMa seakan diiktiraf dan pemimpin parti mula mengaturkan dialog peringkat pusat selepas ini," ujar Phahrolrazi. Phahrolrazi yang juga Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah turut mengarahkan semua ahli tetapnya supaya mengukuhkan organisasi di peringkat negeri dan cawangan. Lebih 50 ahli serta perwakilan negeri masing-masing mengadakan dialog dua hala dengan pemimpin pusat PasMa. -faqar Kelab Greenboc |
You are subscribed to email updates from ZAKRI ALI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan