Tukar Tiub |
- JANGAN SALAH BACA
- JEMPUTAN SABTU MALAM
- INI HANYA SANDIWARA
- SAJE NAK TANYA JANGAN MARAH
- SATU CARA TIPU ORANG RAMAI
- BERSEDIA KE JALAN RAYA
- KESAH EZI DAN JAI #2
- SATU CABARAN
- HANYA SATU JAWAPAN - LAWAN
Posted: 11 Nov 2014 07:09 PM PST |
Posted: 11 Nov 2014 06:30 PM PST |
Posted: 11 Nov 2014 05:48 PM PST |
Posted: 11 Nov 2014 05:00 PM PST |
Posted: 11 Nov 2014 06:00 AM PST PAC 'hidu' unsur rasuah dalam projek loji insineratorPAC juga mendapati KPKT gagal untuk meneliti cadangan pemilihan teknologi oleh Syarikat XCN Technology Sdn Bhd (XCNT). KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed menyatakan bahawa pihaknya 'menghidu' unsur rasuah dalam projek loji insinerator yang bernilai RM187.74 juta. Ekoran prestasi fizikal projek yang kurang memuaskan, PAC telah memanggil Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Ketua Pengarah (KP) Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) beserta penjawat awam yang lain. Isu loji insinerator ini timbul apabila projek ini mendapat liputan daripada media massa. Oleh yang demikian, kajian audit terhadap projek ini telah dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) tahun 2012, siri 2 yang telah dibentangkan di Parlimen pada 1 Oktober 2013. KAH KAH KAH woit pac ini selalu buat manja selalu buat kiut selalu buat tak faham selalu tanya tanya konon demokratik tugas pac ini tipu kabur mata rakyat untuk kukuhkan keyakinan rakyat bahawa tak ada kes tipu tak ada kes rasuah gerombolan jujur hiduo melayu POOOORAH ----------- |
Posted: 11 Nov 2014 05:06 AM PST KOMENTAR jika masih ada jika masih terdapat warga yang tidak faham warga yang tidak sedar akan peranan spr spr ada salah satu jentera daulah spr adalah alat parti ketuanan melayu tugas spr ialah untuk memastikan parti ketuanan melayu terus berkuasa maka jika pada hari krismas jika pada hari cuti jika pada hari libur spr memulakkan langkah persempadanan semula maka ini bukan pekarta tidak baik ini pekara baik langkah ini akan mendidik orang ramai untuk sedar bahawa pilihan raya ini hanya satu peniupan langkah ini akan menaikan kebencian oranng ramai terhadap spr akan meberi kesedaran orang ramai tentang peranan spr ini akan membantu bersih ini akan membantu para demokrat untuk menyusun satu ombak besar ke jalan raya NOTAdalam sejarah moden politik dalam sejarah moden dunia tidak ada lagi perubahan kerajaan dalam negara dunia ketiga berlaku melaui pilihan raya ini fakta bukan propaganda KENYATAAN MEDIA (11 Nov 2014) Jangan jadikan tarikh persempadanan semula sebuah teka-teki Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), yang selama ini gagal melaksanakan tugasnya, kini berpeluang untuk memperbaiki imej dan kredibiliti mereka dengan tidak menjadikan tarikh proses persempadanan semula sebuah permainan teka-teki sebagaimana yang dilakukan oleh Perdana Menteri (dahulu dan sekarang) kepada tarikh pilihan raya umum (PRU). Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) mengulangi seruan kami kepada SPR untuk mengumumkan rancangan keseluruhan bagi persempadanan semula seawal yang mungkin supaya orang awam digalakkan menyertai proses ini seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Keterbukaan SPR dalam hal ini menjadi amat penting memandangkan orang ramai hanya mempunyai 30 hari di bawah undang-undang yang sedia ada untuk mengambil bahagian dalam proses ini, walhal mereka sepatutnya diberi sebanyak masa yang mungkin untuk meneliti cadangan SPR yang akan memberi kesan terhadap keputusan PRU14 dan PRU15. Tambahan lagi, jikalau cadangan yang dikemukakan oleh SPR adalah tidak adil dan melanggar peruntukkan Perlembagaan Persekutuan, maka pengundi berhak untuk membantah cadangan tersebut dan SPR harus memberi masa dan ruang yang sewajarnya untuk memudahkan penglibatan pengundi dalam proses ini. BERSIH 2.0 juga mengingatkan SPR agar tidak menjalakan proses persempadanan semula ini pada musim perayaan yang akan datang. 25 Disember merupakan cuti perayaan Krismas, diikuti dengan cuti Tahun Baru pada 1 Januari dan Tahun Baru Cina pada bulan Februari. Jelas bahawa sekiranya persempadanan dijalankan ketika tempoh-tempoh ini, ia akan mengganggu penglibatan pengundi, dan SPR akan dilihat sebagai berniat jahat dalam menafikan penyertaan umum. Dalam keadaan sebegini, SPR mestilah menanggung segala tanggungjawab bagi apa-apa pergolakan politik yang terhasil. BERSIH memberi amaran kepada SPR agar tidak menjalankan proses persempadanan semula ini secara tergesa-gesa kerana persempadanan yang bakal dilakukan ini akan memberi kesan dalam penentuan keputusan PRU14 dan PRU15 akan datang. Demokrasi bukannya permainan untuk mengejutkan pihak yang bukan berkuasa. Dikeluarkan oleh, Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, yang terdiri daripada - ----------- |
Posted: 10 Nov 2014 09:13 PM PST HELLO DARI JAI BUAT LAH Engkau nak jilat babi pun apa aku kisah Jaga moral sendiri sudah Jaga diri susdah Tak payah sibuk x Melayu memang suka sibuk hal org Rumah sendiri pun kucar lacir Hampeh kah kah kahJgn liwat anak sendiri sudah Jgn buang bayi dlm longkang sudah Jgn rogol saudara mara sudah Kah kah kah Org nak masyuk syurga kah neraka kah prg punya pasal.... jgn nak sibuk Kah kah kah on KESAH JAI DAN EZI Anonymous on 11/10/14 MANUSIA BAIK isham...kalau hang nak org yg betul jaga anjing hang bgtau aku..aku ada kenalan auntie ruby..dia ni owner ruby resort dkt cherating...dia xdk apa bnda politik ka apa...dia cuma pets lover...resort dia ada anjing dan byk kucing...hang pun patut pi sana usha-usha... on KESAH JAI DAN EZImalayneum on 11/10/14 JAGA RUMAH Ko suruh ezi ngan jai jaga umah ko. Bukan lama pun. 3 tahun aje pak TT on KESAH JAI DAN EZIAnonymous on 11/10/14 SALAM DARI EZI Bagi kat Syed yg buat program I want to touch a dog hari tu kan bole.... Tak pom bagi kat pompuan pakai tudung yg kepit anjing ari turr on KESAH JAI DAN EZI Anonymous on 11/10/14 MENYELAM tuan mesti pernah gk gambar kat internet seorang mamat nih menyelam dengan anjing dia kat satu tasik nak bagi anjing dia tidur...tak pa tuan...apa yang kita yakin baik dan tak menindas orang lain, kita buat aje...sekarang nih semua orang dah gila...kita pun gila...masing-masing gila...jadilah GILA-GILA! on KESAH JAI DAN EZIeddeved on 11/10/14 . ------------- |
Posted: 10 Nov 2014 07:57 PM PST MERAIKAN KEBODOHAN Saya hampir pecah perut bila Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan mengaitkan isu nombor plat adalah punca utama kemalangan jalan raya di Malaysia. Di benak saya, rupanya orang bodoh ini bukan sahaja boleh menjadi menteri. Kenapalah Malaysia ditakdirkan mempunyai insan-insan bodoh sebegini. Kalau dulu menteri bodoh, kini penyakit bodoh itu semakin melarat kepada ketua pengarah. Saya sangat bimbang bodoh ini akan melarat kepada rakyat dan saya lebih bimbang jika bodoh ini turut dijangkiti oleh anak-anak dan cucu saya. Kalau lah saya diberikan tugas sebagai Ketua Pengarah JPJ dan saya merasakan atau saya ditekan agar curi duit rakyat, saya hanya perlu menukar cara membuat plat kenderaan itu. Setiap pembelian kenderaan yang memerlukan cukai jalan perlu juga membeli plat daripada kerajaan . Nombor plat ini dikeluarkan oleh JPJ. Seandainya JPJ tidak mempunyai kepakaran, JPJ boleh membuka tender kepada pemilik syarikat membuat plat nombor. Yang penting ianya hendaklah seragam. Oleh itu, tidak akan ada lagi jenis jenis plat yang tidak cukup inci, berbentuk catchy atau pelik dan sebagainya. Saya rasa mampu menyelesaikan masalah tersebut. Sebenarnya perkara ini telah lama diamalkan di negara lain. Terkadang saya merasakan seolah kedai yang membuat plat kenderaan ini adalah sebenarnya milik JPJ. Mereka perlu mereka-reka plat yang pelik-pelik dan menjualnya. Akhirnya pemilik kedai plat melaporkan kepada JPJ untuk menyaman kenderaan yang menukar nombor platnya. Jahatkan rasa saya itu. Tapi ia nampak macam lojik.Esok saya akan cuba risik risik dengan kedai membuat plat ni. Lagipun benda pelik memang selalu berlaku di negara ini. Saya juga sangat tertarik dengan cara seorang pekerja Petronas yang mencabar Ketua Pengarah JPJ itu. Oleh kerana pekerja petronas itu mencabar Ketua Pengarah JPJ, maka saya juga ingin mencabar beliau bermain aji di kedai kopi Zul di kampung saya. Tarikhnya 14 November 2014. Sehari selepas bertemu dengan pekerja petronas itu.Saya berjanji akan membayar air pada hari itu. Semestinya ada sedikit syarat yang saya nak letakkan.Pemenang perlawanan aji tersebut akan dilantik sebagai Pengarah JPJ yang baru. Agak-agaknya beranikah dia sambut cabaran saya? Sebelum berakhir, saya nak tanyakan satu soalan. Adakah plat kereta bernombor JPJ 11 itu kena dengan spesifikasinya? Mari kita sama-sama ketawakan kebodohan ini. Kah kah kah. Hj Osama ----------- Penyelaras SAMM Kelantan |
Posted: 10 Nov 2014 07:13 PM PST KOMENTAR sudah berpuluh kali berlaku ini kerajaan tipu undi hanya 47% tapi rompakan 100% rakyat tak ada pilihan hanya satu jawapan lawan
Ia melibatkan wang tidak dituntut melalui pemalsuan dokumen. KAH KAH KAH woit baru sedar tiap tahun pekara yang sama berlaku woit jangan buat buat kiut jangan buat buat manja jangan buat buat donoo dah berlaku setiap tahun POOOOORAH ----------- |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan