Selasa, 11 November 2014

dollah yankee

dollah yankee


Abang Mat Sabu dah 'stand-by'

Posted: 11 Nov 2014 07:31 AM PST



Demi mahu mengekalkan hubungan dengan sahabat-sahabat lain dalam Pakatan Rakyat dan demi mahu ke Putrajaya pada PRU-14 akan datang, Datuk Seri Presiden parti PAS telah dinasihatkan untuk berundur dari parti.

Kerja-kerja untuk mengundurkan Datuk Seri presiden ini sedang dan telah giat dilakukan olih satu kumpulan gurkah-gurkah politik yang tak berjubah, yang tak ada simpan janggut dan tak pakai serban.

Kumpulan ini sebenarnya dah lama juga 'dok' buat kerja untuk mengundurkan Datuk Seri presiden. Pada 'stage' terakhir kumpulan gurkah-gurkah ini 'dok' buat kerja mereka, sikap, perangai dan tabiat dan 'mood' tuan presiden ini sudah mula bertukar.

Sikap ini bertambah-tambah jelas selepas dia mendapat dan menerima rawatan dihospital di Turki.

Tuan presiden parti kita ini sekarang boleh cepat 'naik-hangin' walaupun dalam hal-hal yang kecil-kecil jika tak kena gaya. Kalau tak percaya boleh tanya Anwar Ibrahim sendiri tentang 'hangin' tuan presiden ini semasa krisis MB Selangor baru-baru ini dan semasa Anwar ke rumah tuan presiden di Terengganu.

Gurkah-gurkah ini juga berkata yang semenjak pulang dari rawatan di Turki, keputusan-keputusan tuan presiden ini dah macam  yo-yo', tak konsisten, sekejab kata A sekejab cakap B, lepas dua jam kata C pulak. Jadi kumpulan gurkah-gurkah ini telah memberi jalan kepada Tuan presiden supaya memberitahu masalah kesihatan yang menyebabkan beliau mahu berundur.

Disebalik kumpulan gurkah-gurkah ini 'dok' buat kerja untuk mengundurkan tuan presiden, ada lagi satu kumpulan pula juga sedang 'dok' buat kerja untuk memilih calun bagi menggantikan tuan presiden kita.

Selepas berjaya mengundurkan tuan presiden kita ini nanti, dia akan menggantikan TG Nik Aziz sebagai Mursyidul-AM PAS  . InsyaAllah !

dollah yankee -
Hidup Abang Mat Sabu !!!






Tiada ulasan: